MENZIARAH ANWAR

1. Saya tidak dapat menziarahi Dato’ Sri Anwar di Hospital Cheras. Saya diberitahu Menteri Dalam Negeri telah mengarah pejabat penjara supaya tidak membenar saya ziarah Dato’ Sri Anwar.

2. Saya kecewa dan sedih. Apakah yang sudah jadi pada negara kita ini. Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini melarang sebarang lawatan untuk berjumpa pesakit atau banduan, samada ia ahli politik atau orang biasa. Saya, semasa menjadi Perdana Menteri, tidak pernah menghalang mana-mana banduan, termasuk Dato’ Sri Anwar, diziarahi oleh sesiapa.

3. Tetapi sekarang sudah ada arahan ini khusus bagi saya.

4. Tujuan saya menziarah hanya untuk ucap terima kasih kerana Anwar telah bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk saya dinamakan calon Perdana Menteri jika kami menang.

5. Dalam gabungan empat buah parti ini, kita bersetuju semua keputusan dibuat secara konsensus iaitu dengan dipersetujui oleh semua empat parti. Jika ada mana-mana satu parti tidak bersetuju, keputusan tidak akan diterima sebagai keputusan Pakatan Harapan.

6. Apabila saya dicalon sebagai bakal Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan, tiga buah parti bersetuju, tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat keputusan.

7. Namun pada saat terakhir PKR bersetuju. Saya percaya masa yang panjang yang diambil oleh PKR ialah kerana tidak senang dengan saya, yang menjadi PM diwaktu Anwar dipenjara.

8. Memendek cerita akhirnya PKR bersetuju. Saya percaya persetujuan ini adalah oleh kerana pengasas PKR, Dato’ Sri Anwar dapat mengatasi perasaannya dan mengutamakan kepentingan negara lebih dari perasaan diri sendiri. Jelas Anwar, seperti semua kami dalam PH mengutamakan penyingkiran Najib lebih mustahak dari permusuhan antara kami dahulu.

9. Bukan mudah bagi Anwar terutamanya. Tetapi jelas Anwar utamakan negara lebih dari dirinya.

10. Parti-parti lawan tidak pernah mengalahkan gabungan 13 buah parti dalam BN. Sebabnya ialah kerana parti lawan tidak dapat betul-betul bekerjasama antara mereka.

11. Hanya jika ada pakatan yang kuat hasil keikhlasan dalam bekerjasama antara parti lawan, barulah mereka berkemungkinan kalahkan BN.

12. Dengan Keadilan memenuhi syarat konsensus empat buah parti lawan, kemenangan PH menjadi lebih cerah.

13. Sebab itulah saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada Anwar. Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa, tidak lebih. Tidak ada niat bercakap berkenaan politik.

14. Lagipun semua orang tahu perlantikan saya akan menentukan kekalahan Pakatan Harapan. Bukankah Institute of Strategic and International Studies Senior Fellow Sholto Byrnes telah berkata pencalonan saya bermakna Pakatan telah ambil satu langkah kebelakang. Apalah nak takut sangat perjumpaan saya dengan Anwar. Tentulah ia akan jadi satu lagi langkah kebelakang oleh Pakatan Harapan.

21 thoughts on “MENZIARAH ANWAR”

  1. Salam buat Tun yang saya hormati,

    Nampak sudah ketara sangat BN amat gentar dengan kehadiran Tun di dalam gabungan PH..setiap hari di dada akhbar keluar cerita pasal Tun..
    Saya amat bersyukur kerana akhirnya 2 pemimpin yang amat saya segani bergabung kembali demi untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin nya sekarang ini.
    Moga Allah sentiasa memberikan kesihatan buat Tun agar dapat memimpin kembali Malaysia yang Tercinta bersama DSAI..buang yang keruh ambillah yang jernih..aminnn

  2. Tun has the answer to most questions & problems
    Najib puzzles by using money not by his brain
    End of the day he loses more & more money
    The after he ask his ‘ Baruah ‘ to come forward
    Najib deny of any wrong doings
    Like the Felda …He deny and have no knowledge . As The Prime Minister it is his duty to execute any wrong doings and must know what is going on . Having don’t know for an answer is a lame excuses . Its pack yr bag & get lost Najib
    Najib is a fat man with no brain
    A pampered , spoiled son of Tun Razak …. Anak ku Sazali

    Vision 2020 is down the drain
    Though Tun may succeed his post of the PM
    Its already too late to revive

    These are the results of foreign interference interfering with PUTRAJAYA discreetly from day of Pak Lah . They have their interest & agendas
    Tun knows this
    And I hope Tun will manage these his next round
    Consenting foreign interference into Putrajaya
    Will reap Malaysia apart
    As much as Pak Lah & Najib turn their back on Tun
    If they were to listen to Tun today
    Malaysia will be Malaysia today

  3. Assalamualaikum Tun.

    Apabila Tun kembali menjadi PM, blog chedet, blogging to unblock mungkin sudah sampai ke penghujungnya.

    Selesai sudah merentasi halangan.

    Satu penghargaan untuk melalui zaman tanpa kuasa dengan 2 pemerintahan yang berbeza.

    Mungkin tamat sudah pengajian saya.

    Mungkin sedih saya lebih banyak dari gembira dengan khabar ini, walau itulah tujuan kita.

    Terima kasih Tun.

  4. President Edrogan dari Turkey sekarang sibuk memperjuangan mengatur langkah langkah mempertahan Ummah . Beliau antara Pemimpin Islam yg sudah menunjukan kesediaan mempertahankan Kaum Rohingya di Burma , sedia membenteras anasir luar yg memecah belahkan kaum Syria

    Hanya beliau saja yg terkini saya lihat bersungguh perjuangan demi Ummah
    Pemimpin Najib kemarin hanya sekali saja berkobar kobar nak bantu saudara kita Rohingya tapi sekarang Hh…….mmmmm senyop je jang .Cakap Bugis mengalahkan Keling

    Saya berharap Tun berjaya menjadi PM kita semula
    Di susuli dengan Anwar Ibrahim , kemudian Mukliz , kemudian Hafizi
    Kesemua ini bersifat pemimpin ,berilmu dan yg penting mereka dapat mengawal diri mereka ketika marah ….mereka cool hanya mungkin Anwar saja agak macama Harimau sikit .
    Tak macam Najib kena pump sikit ….cakap mengeliat macam kuda kepang nak menurun. Banyak aouta keling , banyak wayang kulit

    Saya berharap juga Pemimpin kita dapat menghulur tangan dan bendera berjuang membantu President Edrogan . Mungkin sekarang pun Tun bolih ziarah President Edrogan bagi memberi semangat membantu Edrogan bukan sebagai PM sekarang tapi sebagai seorang Muslim .Saya lihat Edrogan kesaorangan begitu juga saya harap Tun dapat bawa Pemimpin Islam yg lain bertemu Edrogan memberi semangat,menghulur bantuan , menaikan Bendera Islam, berhimpun demi Ummah
    Saya nak ikut samalah Tun, sekadar tukang angkat kasut pun saya mahu . Ameen

  5. Fuh betul2 buang yg keruh dan ambil yg jernih.
    Sengketa lama perlu di letak ketepi sebab sekarang negara di ambang masalah sehinggakan penyamun sekarang terang terangan menyamun duit rakyat untuk kemajuan,pendidikan dan masa depan depan negara depan mata rakyat. Silap haribulan kita rakyat malaysia dijajah oleh china.
    Tanah pun tergadai, cucu cicit semua tanggung hutang. Rasuah berleluasa,undang2 negara pun dah jadi macam undang2 kangeroou,jawatan perdana menteri pun jadi swasta,hutang negara nak masuk trillion? Malaysia negara kecil bukan besar pun.
    Yg lucunya kita punya penyamun malaysia PM ni boleh gi america niat nak tolong negara america yg semua dunia tau america ni super power negara yg kaya.
    Sebaliknya negara kita sendiri dibiarkan rakyat ikat perut,hidup dibelenggu dengan hutang sehingga orang miskin pun terpaksa mencuri nak survive kehidupan harian.
    Perdana menteri najis razak paling teruk dalam malaysia sehingga ada saja orang mati kena bunuh ,kena culik pasal 1mdb. Sampai tanah pun boleh hilang kesian kat anak2 felda tu tanggung hutang yg bila nak langsai tu.entah la.
    Kalau nak list satu persatu boleh katakan banyak sampai tak habis kesusahan yg penyamun sekarang ni buat dekat malaysia. Teruk.
    Umno yg dikatakan payung untuk bela bangsa dan negara pun rosak teruk,lingkup sampai jadi corrupt nak bela biawak yg sedang tekan rakyat dengan cukai sana cukai sini sampai gst sekarang pun corrupt nampak macam digunakan untuk tutup lubang2 perompak duit rakyat.
    Kita ada perdana menteri sekarang yg gemar ikut trend negara luar.oaling teruk.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/01/15/pm-jangan-banding-ekonomi-arab-saudi-malaysia/

    Nasib baik la ada pembaca kat situ tolong correct kenyataan kalau tak habis la malaysia ni.

  6. Salam Tun dan sahabat sahabatyang lain.

    Persetujuan PH untuk melantik Tun Jadi PM adalah satu hikmah yang sangat besar. UMNO dan BN tidak pernah menjangka yang Tun akan diterima dan dipersetujuan olih komponan PH.

    Ini tanda kemenangan pertama. Kemenangan kedua sedang menunggu pada PRU nanti.Siapkan Penjara untuk MO1 sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

    Siapkan juga penjara untuk Ahli MT UMNO sekarang ni.

  7. Tak payah PRU
    Mari kita lihat bagaimana reaksi rakyat
    Mari kita lihat dengan mata kita sendiri

    Tun Mahthir & Isteri dan Datin Siti Hasnah
    DENGAN
    Tun Najib & Isteri dan Datin Rosmah Mansor

    Berjalan bersama di Mall yg sibuk serentak
    Mari kita tengok sambutan rakyat terhadap di antara 2 mempelai ini

    Mari kita goncang dadu dan tengok …siapa yg menang !

  8. Tuan yang dihormati,

    Pertama kali menulis dalam Bahasa Melayu
    Kalau ada kesalahan minta dibetulkan

    Terjemahan Surah Al Maidah ayat 51 dalam Bahasa Roman

    “O ye who believe! Take not the Jews and Christians for friends.
    They are friends one to another.
    He among you who taketh them for friends is (one) of them.
    Lo! Allah guideth not wrongdoing folk.”

    Terjemahan dalam Bahasa Melayu

    Wahai orang-orang yang beriman!
    Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain

    Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka

    SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADA KAUM YANG BERLAKU ZALIM

    Saya ulangi Najib menjadi Perdana Menteri bukan atas merit

    Ada yang lebih layak daripadanya tetapi dasar kronism Tuan telah menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri

    Saya menaroh harapan supaya kenyataan video Najib berbaiah kepada Trump dicetak dan disebarkan seantero dunia, seluroh pelosok kampong

    Betolkan saya kalau saya salah

    Najib berbaiah dengan berkata Sesiapa musoh Amerika adalah musoh Malaysia juga

    Kenyataan ini dicetak dalam banyak akhbar asing

    Amerika mendukong Israel

    Najib secara terang telah melanggar perintah Allah seperti ayat di atas

    Najib adalah golongan mereka

    Saya menyeru semua rakyat Malaysia dari semua golongan khususnya yang beragama ISLAM

    Menolak Najib

    Mufti dan Ulamak beranilah bersuara

    Raja-Raja turunkan Najib ini

    Najib ini sudah melampau dengan berbaiah kepada musoh Islam

    Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri serta merta

    Parti PAS yang mendukong perjuangan Islam juga disuroh menolak Najib

    Parti UMNO juga disuroh menolak Najib ini

    Supaya kita selamat dari laknat Allah

    Parti PAS juga mesti dibubarkan kerana dalam Islam tiada sistem parti seperti yang diperjuangkan oleh PAS

    MARILAH SEMUA BERSATU DALAM PAYONG PAKATAN HARAPAN MENOLAK NAJIB

    Kawan kawan saya yang Bugis tidak seperti Najib ini

    Orang Bugis banyak yang alim dan faham agama Islam

    Orang Bugis malu dengan Najib ini

  9. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Mengenai tempat bertanding, Tun wajar bertanding di Kedah atau Putrajaya.

    2. Lebih wajar jika Tun bertanding di Kubang Pasu kerana kawasan ini memang lubuk Tun, dan saya amat yakin Tun tiada masalah untuk menang.

    3. Tun jangan bertanding di Gombak atau tempat2 lain di Selangor (dan negeri2 selain Kedah). Tun mesti berhati-hati kerana penyokong2 PAS agak ramai di Selangor.

    4. Tun juga mesti berwaspada dengan sesiapa sahaja yang mungkin masih tidak berpuas hati dengan perlantikan Tun sebagai bakal/calon PM jika PH menang. Semoga Tun berjaya.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  10. Petikan daripada Al-Quran, Yunus (10:52)

    ثُمَّ قِيلَ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا ذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ هَلْ تُجْزَوْنَ إِلَّا بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ

    Thumma qeela lillatheena thalamoo thooqoo AAathaba alkhuldi hal tujzawna illa bima kuntum taksiboona

    Kemudian dikatakan lagi kepada orang-orang yang berlaku zalim itu: “Rasakanlah azab yang kekal. Tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa yang kamu usahakan (di dunia)”.


    http://get.muslimpro.com

  11. Assalamualaikum Tun,

    Isu pemilihan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan telah pun selesai. Saya harap sekarang semua anggota Pakatan Harapan fokus kepada PRU 14 mengalahkan Najib. Kita sudah tidak tidak ada masa bergaduh sesama sendiri.

    PAS baru-baru ini berkata sebab tidak mahu sertai Harapan adalah ingin menjadi “king Maker”. Dengan memenangi 40 kerusi, kedua-dua BN dan Harapan akan memberi apa sahaja kepada PAS untuk mendapat sokongan PAS untuk menubuhkan kerajaan.

    Strategi ini tidak masuk akal. Kesemua pakar-pakar startegi politik mengatakan PAS akan kalah kesemua kerusi yang ditandingi. Jangan harapkan 40 kerusi, 10 kerusi pun belum tentu.

    Strategi yang lebih tepat bagi PAS, adalah menjadi “spoiler” iaitu menafikan kemenangan Pakatan Harapan walaupun PAS juga akan turut kalah dengan memberi kemenangan kepada Najib. Dengan pengorbanan PAS ini, adalah diharapkan Najib akan tolong PAS jika Najib menang PRU nanti. Ini berdasarkan konsep “You help me, I help you”.

    Jadi tugas PAS dalam PRU 14 nanti, adalah sebagai “spoiler” dan bukanlah “king maker”. Berkata guna stategy “king maker’, hanyalah untuk membuat pengikut-pengikut PAS supaya terus sokong PAS.

    Yang jelas, PAS lebih memihak kepada Najib berbanding Pakatan Harapan. Ini fakta jelas yang dapat dilihat semua orang.

    Jadi mengundi PAS, hanyalah akan memastikan kerajaan Najib akan terus memerintah. Mengundi PAS samalah seperti mengundi Najib.

  12. Assalamualaikum Tun.

    Masanya telah tiba. Beluncas menjadi rama rama.

    Najib kata jarang orang diberi peluang untuk masuk ke makam Rasulullah saw.

    Tapi pintu makam juga dibuka untuk saya. Dibawa bersama penyapu, disuruh sapu di celah celah lorong.

    Tapi bagaimana mungkinku sapu sedangkan ia sememangnya tiada kotoran?

    Untuk melangkah masuk pun ku segan ya Rasulullah.

    Assalamualaikum ya Rasulullah.

  13. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Nampak sangat rejim Najib takut dengan banyang-bayang mereka sendiri kerana tidak bersikap profesional. Walaupun saya bukan penyokong DS Anwar, amat tidak patut bila Tun tidak dibenarkan untuk melawat beliau di hospital.

    2. Apapun, SYABAS kepada Tun kerana dicalonkan sebagai bakal Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan (jika menang). Hakikat ini amat menggerunkan pihak BN berdasarkan rekod cemerlang Tun dalam 5 PRU yang lepas.

    3. Saya doakan (setiap hari) semoga Tun dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-7. Amin…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  14. Petulant Al-Quran, Durah Saba Ayat 37. Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa.

  15. Petikan daripada Al-Quran, Yunus (10:44)

    إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا وَلَٰكِنَّ النَّاسَ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

    Inna Allaha la yathlimu alnnasa shayan walakinna alnnasa anfusahum yathlimoona

    Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.


    http://get.muslimpro.com

  16. Assalamualaikum wbt Tun

    Tun sekarang di mata Kjaan UMNO/BN sekadar rakyat biasa. Taraf Tun pd Tun tu, tidak ada nilainya. Depa saja nak bagi Tun hangat hati dan return that Tun title. Jika itu berlaku, depa mudah utk belasah Tun sehingga boleh keluar perintah hantaq Tun balik “Kampung asai tokwan Tun”. Tak apa Tun, terima semua itu dgn jiwa Negarawan besar. Tidak hilang bisa ular biar menyusur akar sekalipun.

    (2) Tun tak dapat jumpa Anwar n utk ucap terima kasih, tidak mengapa n jangan sedih. Nurul
    Izzah dah sambut n tahu niat
    Tun, pasti Anwar juga tahu dan akan terima. Inilah satu lagi sifat kenegarawan besar yg Tun demonstrate sekali lagi yg rakyat In Shaa Allah hormati.

    (3) Kpd semua yg mengikuti
    Bloq Tun, ayuh kita semua berdoa supaya Allah bukakan pintu hati Najib MO1 dan khasnya Tun Sri Rahah ie ibu Najib MO1 yg kini sedang Umrahan utk menasihati beliau supaya b great gentleman utk melakukan PRU 14 the most clean democratic way.

  17. Setelah lama berjuang , lama berkorban
    Akhirnya Anwar sekerluarga
    Berjaya

    Berjaya bukan PRU
    Tapi berjaya di hargai
    Hingga Najib , Zahid , Nazri juga Tun masih menghargai
    Anwar Ibrahim walau beliau masih menrengkok di Penjara

    Apakah Hikmah disebalik semua peristewa ini , ya Allah ?
    Sebak hati ku , ya Allah
    Mengalahkan Pergolakan cerita Tamil yg berbelit belit

    Doa & Harap saya semuanya faham ini kehendaknya
    Maka perlu memahami dan
    ” Berpegang teguh tali Allah ,Tidak berpecah sesama Ummah ”

    Dunia Islam di Hina , di Fitnah , di Zalimi
    Dunia Islam jatuh di taraf yg paling hina , paling bawah sekarang
    Umat Islam di bunuh dengan zalim
    Di bakar hidup hidup , si Bayi kedengaran bunyi Bom saja sudah menangis teresak esak , Anak Kecil di Rogol ,di Bakar hidup hidup
    Sang Ibu menangis tidak terhingga , Si dara di rogol bergilir gilir
    Si jaka ,di bunuh dengan zalim , di beri habuan pada haiwan mereka
    Umat Islam sekarang Pelarian meneduh mengemis di Tanah orang
    Dalam keadaan sejuk ,panas , lapar ,dahaga , sensara yg amat

    Maka itulah Najib
    Tanah tidak bolih di jual untuk dapat kesenangan
    Dengan Tanah kita perlu berusaha , berteduh untuk dapatkan kesenangan

    Sudah Tertulis , Namun Manusia diwajibkan Berusaha
    Untuk mencorak nasib sesuatu Kaum

    Maka itu
    Perlu dan di harapkan sebagai satu Doa
    Semoga Pemimpin kita
    Najib , Zahid , Tun , Anwar dan semua faham akan tujuan kita
    Macamana kita bolih mencapai dan menolong saudara kita se Dunia
    Sedangkan kita masih Sengketa

  18. Salam Tun.

    1. Itulah namanya penjara. Lebih-labih lagi penjara di dunia. Ia di bina manusia itu sendiri. Sejarah sudah membuktikan penjara bukan di huni penjahat tetapi juga manusia yang teraniaya.

    2. Kerana kelemahan manusia itu maka tercatat sejarah penjara ini pernah di huni oleh negarawan yang berjasa pada sesebuah negara malah pernah di huni seorang Rasul lantikan Allah s.w.t.

    3. Ini semua satu ujian kepada PENGHUNI serta PENGENDALINYA dan semuanya bergantung kepada kekuatan keimanan seseorang itu.

    4. Kehidupan penjara yang di bukukan tidak kira buku – buku ilmiah termasuk kitab – kitab agama menceritakan kepada kita untuk menjadi panduan atau iktibar kepada manusia masa kini.

    5. Contohnya kepada Rasul pilihan Allah s.w.t Nabi Yusof a.s akan kekuatan keimanan untuk di contohi yang teraniaya pada seorang pemimpin yang zalim pada zamannya.

    6. Begitu juga yang berlaku pada Allahyarham Tuan Guru ilmuan agama yang Rimba Emas berguru sekarang pernah teraniaya di penjara oleh pemimpin pada zamannya.

    7. Di ceritakan ketika di dalam penjara kalau di ikutkan hati atau imosi pasti menyakitkan kerana terpisah dari dunia luar dengan kawalan yang tidak membahagiakan tuan punya diri.

    8. Maka yang kuat iman selalunya menjurus kepada tuhan yang menjadikan manusia ini. Jiwa ini tidak di biarkan kosong lalu di isi dengan mendekatkan diri pada tuhan.

    9. Tun , walaupun kecewa dengan keadaan ini mungkin ada hikmah di sebaliknya. Harap DSAI telah menerima hidayah hingga menerima Tun.

    10. Ucapan terima kasih tampa melihat panjangkan kepada tuhan di iringi doa kita pada yang maha berkuasa serta bersyukur akan nikmat keselamatan pada rakyat dan negara Malaysia.

    11. Perlembagaan nyatakan Malaysia sebuah negara Islam. Hormatilah agama Islam kerana memberi peluang kepada kita berbilang bangsa dan agama hidup aman damai.

    Wallahua’lam.

  19. Tun ada Peminat
    Begitu juga Anwar Ibrahim ada penyokong setia beliau
    Najib tidak ada penyokong . Yang suka Najib hanya Rosmah
    Anggota UMNO turut menyokong beliau sebab beliau adalah Perdana Menteri
    Itu pun atas dasar pengakuan Tun melantik Najib kerana mendiang Arwah Tun Razak dan Tun sendiri mengaku akan Kesilapan ini

    Nama Tun akan di harumi Dunia
    My Honor to be the First to name you
    Tun Mahathir Mohamed
    Man of the 21st Century
    The Hero of Malaysia

    Sudah 92 Tahun . Masih Berjuang untuk Negara
    Terbukti dan nyata Tun berjuang untuk Malaysia
    Bukan untuk beliau , bukan untuk anak beliau
    Kalau untuk beliau , Tun sendiri yg minta Bersara dahulu
    Rafidah Aziz sampai merayu menangis juga kebanyakan anaggota UMNO dulu

    Limpahan Fitnah dari UMNO kononnya untuk Anak Tun si Mukhliz
    Sudah terbukti kini jika Tun di pilih sekali lagi , Anwar Ibrahim bakal mengambil kedudukan Tun sebagai Perdana Menteri bukan si Mukhliz

    Ada sesiapa yg dengar Tun cakap Mukhliz yg bakal menyandang PM setelah beliau kini ?

    Najib memang tidak layak , tidak berkebolihan malah tidak Amanah
    Malu saya sebagai Rakyat
    Apabila Najib cuba membela diri beliau sebagai seorang PM
    Sebagai seorang Professional persoalan Harga barang naik ….Salahkan Kerajaan
    Beliau menggunakan Harga Kangkung turun , untuk membela diri ….Hahaha
    Nampak sangat Najib tidak layak malah tidak bertanggung jawab akan Kuasa yg di beri pada beliau

    Di harap Tun bersama Anwar dapat Bersama demi Ummah
    Semoga Sejahtera Negara Malaysia
    Semoga UMMAH Malaysia jadi contoh pada Dunia Islam

  20. Assalamualaikum Tun,

    Alasan Tun tidak boleh melawat Anwar di penjara tidak dapat diterima. Bukankah Najib, Zahid dan Nazri boleh melawat Anwar? Ini pula seorang berumur 92 tahun yang pemimpin UMNO kata baling batu kaca tidak pecah? Kata boleh menang majoriti 2/3 dalam PRU 14. Tetapi dari segi tindakan dan herdikan non-stop pemimpin UMNO ke atas Tun sejak diumumkan calon Perdana Menteri nampak macam dah goyang dan terdesak. Relaks la. Tidak ada apa-apa yang hendak dirisaukan. BN yakin sangat kan menang PRU 14.

Comments are closed.