MERPERKAYAKAN MELAYU

MERPERKAYAKAN MELAYU

1.​Dibawah dasar ekonomi Najib, ramailah orang Melayu yang sudah menjadi kaya. Separuh menjadi kaya dengan mudah. Apa yang diperlukan hanyalah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Raja Wang Tunai.

2.​Jangan tanya dari mana wang itu datang. Jangan soal. Terima sahaja. Halalkannya dengan ibadah tertentu.

3.​Jika dihadiah jawatan, guna jawatan untuk sauk duit yang ditangani. Jangan takut. Jika SPRM terjumpa, tindakan tidak akan diambil atau mengambil masa yang amat panjang.

4.​Jika memegang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan, peluang banyak akan terdapat untuk seleweng. Jika tidak ada tempat untuk simpan ratusan juta, bawah katil, bawah T.V. pun boleh. Untuk lebih selamat kongsi bersama pihak yang berjawatan tinggi dan berkuasa.

5.​Jika berpeluang bawa wang tunai itu ke Hong Kong atau Australia. Jika dikesan dan kena tangkap tak mengapa. Kata tak faham bahasa Inggeris.

6.​Jangan takut SPRM tak akan siasat. Kalau ada berbillion dalam akaun, okay. Ada A.G. Boleh sembunyi fakta, laporan, bukti.

7.​Sekarang datang satu cara baru. Orang asing nak beli tanah di Malaysia. Pinjamkan nama sebagai Presiden, CEO, pengurus untuk tubuh syarikat Bumi Sdn. Bhd. Beli tanah. Harga tak penting. Beli, beli, beli.

8.​Yang mudah sekali tanah orang Melayu. Tak mahu jual, naik harga. Naik harga, naik harga sehingga jual. Tanah milik bukan Melayu pun boleh beli jika kena harga.

9.​Pemilik syarikat akan hadiah bermillion Ringgit kepada tuan punya nama pinjaman untuk syarikat yang didaftar sebagai syarikat tempatan milik bumi. Orang asing yang pinjam nama orang bumi amat kaya. Mereka memiliki berbillion Ringgit. Banyaklah tanah akan dimiliki oleh mereka melalui proksi Melayu.

10.​Melayu ini akan kaya. Mereka akan naikkan pendapatan sekepala Melayu. Fikirkan jika seorang dari 1000 orang Melayu menjadi jutawan, pendapat purata tiap seorang dari 999 yang tidak berpendapatan akan berjumlah RM1000.

11.​Inilah cara Melayu boleh jadi kaya dan pendapatan per kapita mereka meningkat.

12.​Kemudian apabila dihitung, Melayu tak ada tanah lagi. Warga Malaysia lain pun sudah tidak ada tanah lagi. Bersama dengan TRX, Sg Besi, Melaka, Kuantan, Johor, Langkawi, Kedah, tanah yang berharga sudah tidak lagi milik rakyat. Ia sudah jadi sebahagian dari negara lain.

13.​Tetapi okay. Melayu dan lain-lain warganegara sudah kaya. Sekurang-kurangnya sebahagian dari hutang 1 billion sudah dibayar. Bandar-bandar moden, canggih dan mewah terdiri di seluruh negara. Dan orang Malaysia, terutama orang Melayu dapat melihat dengan bangganya betapa Malaysia sudah jadi negara maju, penuh dengan pencakar langit. Mereka sendiri tinggal dalam pondok papan berbumbung zink di kawasan setinggan.

14.​Kekayaan hasil dari pinjaman nama rupa-rupanya tidak kekal. Dan kembalilah orang Melayu ke pinggir hutan, jauh dari pencakar langit yang memenuhi tanah Melayu dahulu.

15.​Ingat, kita jual Singapura. Masih kita punyakah? Tanah di Malaysia yang kita jual kepada orang asing, masih kita punyakah?

16.​Bukan sahaja sudah bukan kita punya, undang-undang negara kita, duit negara kita juga tidak diguna. Masih kita punya kah?

17.​Apabila kita sudah jual semua tanah kita, apakah Malaysia masih kita punya?

18.​Sokonglah Najib, penyangak, perompak dan lanun Melayu.

17 thoughts on “MERPERKAYAKAN MELAYU”

  1. Salam tun,

    Nak kayakan melayu? Melayu yg mana?
    Yg dah kaya nak ditambah kaya?
    Yg miskin bertanbah susah..
    jadi hina..!

    eerrr…toot toottt
    Jalan keretapi port klang – gombak..
    Apa agaknya janji surga??
    Berapa pulak kaum kerabat ada persen?

    Macam bugis…ehhh macam bagus pulak.!

    adalah tuu..

  2. Assalamualaikum, Tun.

    Generasi muda Melayu harus berpegang kepada prinsip hidup yang betul, demi maruah bangsa dan harga diri.

    Jangan sekalipun mempergadaikan maruah bangsa dan harga diri, dengan perbuatan-perbuatan kurang bermoral atau beretika. Akhirnya insan sebegini akan menerima balasannya. Sila ingat bahawa semuanya akan disoal di dunia akhirat nanti.

  3. 19. Hate speech is the root cause of terrorism.

    20. Usa learned their lesson hard.

    21. The blessing is mereka sedar, and will continue to safe guard the statue of liberty.

    22. Some people believe man propose, god dispose.

    23. There is a proverb that says, a friend will never try to borrow comb from shave monk.

  4. Behind a successful man is always a women
    Tun Mahthir is an example of so
    Lee Kuan Yew is another good example of such

    Behind a failed man is also a women
    Najib is such an example

    Najib & Rosmah
    Are both failed man & women
    That failed UMNO & Malaysia as a whole today

    Both are seen as the only Prime Minister couples of Malaysia
    that are not being respected
    They cannot raise their heads up
    Its very sad to see our coupled PM are being Boooed on National occasions
    Even bad remarks & comment on mass media & even Govt media

    Najib failed many
    Whatever he implement & invest its a complete failure
    He is like whatever US touches it goes into flames
    Its alike chinese called ‘Sueh’

    Near Before PRU
    I do believe Najib will withdraw
    He knows he will failed even how much govt money
    he will cash in and waste to secure his seats
    UMNO will be at Stake
    The first time in history

    As the saying goes
    Bapa tubuh UMNO
    Anak kubur UMNO

  5. Why is this government charging Foreign Tourists RM10 per night in Taxes?
    Do you really think tourists are dying to come visit Malaysia?

    This government is so dumb. You leave a bitter taste of Tax Grabbing to all visitors of Malaysia upon departure…

    You have corrupt idiots at the helm of your political decision making.
    No wonder Malaysia is still a run down unmaintained kleptocratic mess. These guys are Idiots.

  6. Today Rais Yatim says he wanted to propose a new Act to “gag” ex PM. This is the glaring evidence why this country is going in to the drain, because a despotic government with despotic crooks are delusional of the meaning of a transparent, progressive and free nation. Last time The Malaysian Insider website went down. Now Freemalaysiatoday website comments section is no longer functioning – its demise is near. Next Sinarharian?

  7. Nak kaya cepat ikut skim cepat kaya macam Najib
    Halal Haram soal Kedua
    Ada duit bolih buat Majlis Perkawinan besar besaran

    Buat 1 investment , amik loan, kerajaan jamin , duit loan masuk ahem ahem
    Lepas tu jual tanah Negara untuk bayar balik loan
    Supaya apa dibuat itu kelihatan berjaya

    Itu sebablah tanah Malaysia kini semakain pupus
    Saya fikir lebih banyak Tanah Laut kita Tambak
    Lebih Luas Hak milik Tanah Kerajaan atau Hak Milik Anak Bumi

    Itu sebablah saya lihat si Ahmad niaga kat kaki lima
    Sebalah Gudang Besar milik Cina
    Pondok gerai si Ahmad pun macam Kandang Lembu
    Oh….. ini yg dimasudkan
    Tanah di jual tidak bolih bawa ke mana rupanya
    Bagus bagus ….seronok seronok , Rasidah kau ikut laki kau tidur di kandang Kuda

    Pulau Batu Putih , Malaysia lawan Singapura
    Belanja bermillion dollar di Mahkamah Antarabangsa ICJ
    Malaysia Kalah
    Macamanalah tak Kalah
    Pergi Mahkamah , Mahkamah Ahem Ahem yg lebih memihak juga sekutu Yahudi & Amerika . Cuba Mahkamah Iran ke, Turkey ke Jepun ke atau China ke
    Mungkin Malaysia akan menang akan fakta geograpical & sejarah

    Yang jadi Bebal si dia tu
    Pulau Batu Putih yg tidak ada Hasil
    Yang mana Malaysia sekarang masih nak tuntut lagi
    Tanah KTM Tanjung Pagar di Singapura
    Kerajaan Najib mengizinkan begitu sahaja
    Dengan cakap NO saja pada Sinagpura tanpa lawan ke Mahkamah

    Tukaran & perundingan yang teramat Bodoh
    Macam di perbudak budakan Singapura

    Tukaran ibarat 2 biji Goli dan 2 intan permata dengan begitu keluasan tanah KTM dari Tanjung Pagar hingga ke Woodland
    2 biji goli ini pun di bahagi dengan Singapura
    Itu pun saya rasa dalam setahun dua sajalah akan jadi hak milik Singapura keseluruhannya

    Terserlah bertapa Bebalnya Kepimpinanan Najib yg Amat cukup Bodoh

  8. Assalamualaikum.

    Melayu yang tiada maruah, sanggup buat apa saja demi wang.
    Tetapi saya percaya ramai Melayu yang di luar sini tidak mudah dibeli maruahnya dengan wang atau habuan pangkat atau apa sahaja.
    Jadi Melayu seperti ini akan menolak pemimpin seperti Najis Razak.
    Jika ditafsirkan orang yang ada maruah pada zaman dahulu kala adalah berdarah seorang pahlawan.
    Tidak seperti seorang manusia mengangkat diri sebagai seorang pahlawan bugis.
    Orang macam Najis Razak umpama Kokok Berderai, Ekor Bergelumang Tahi.

    Wassalam.

  9. Salam Tun.

    1. Rimba Emas lupakan untuk komen ‘Najib Broadside’ semuanya kerana hari Sabtu tarikh 4 hb Nov. 2017 negeri yang menaungi menerima musibah banjir besar.

    2. Masih dalam fikiran adakah ini satu ujian kepada Rimba Emas seorang warga Melayu menyelamatkan keluarga yang terpaksa meranduk air paras betis.

    3. Kesian terhadap isteri dan anak bakal menerima ujian yang lain dari kebiasaan dalam rumah beratapkan zink bocor di sana sini maka larilah kami anak beranak ke rumah tumpangan berbayar demi kelesaan bersama.

    4. Di celah-celah tingkap bangunan yang lebih teguh ini dapat di lihat pokok-pokok bergoyangan dengan hujan berpanjangan lebih 12 jam.

    5. Melayu ini terpaksa korban wang ringgit untuk kelesaan anak bini yang di bawah tanggungan yang menjadi nilai diri sendiri.

    6. Jam 3.00 pagi Ahad hujan ribut membadai negeri Pulau Mutiara ini. Menjadi tanda tanya kenapa ia memilih negeri ku sedangkan sudah lama berlegar di lautan luas.

    7. Rupanya usaha ku melindungi keluarga tampa berkira dibayar dengan pertolongan membersih kediaman tampa bantuan dari pihak berwajib yang lebih di perlukan pada kawasan yang terjejas teruk.

    8. Kami sekeluarga aktif dengan siaran internet dan maklumat bantuan sana sini yang di siarkan melalui ‘group wassap’.

    9. Semuanya bantuan tertuju kepada semua golongan kaum di Malaysia tetapi tidak semuanya menerima bantuan itu , ada Melayu seperti kami yang tertinggal. Malah sumber kekayaan Melayu pun di perolehi melaui cara yang baik dan buruk.

    10. Melayu seperti kami hanya dapat menyerahkan semua bantuan atau pertolongan dengan berdoa agar musibah ini terhindar untuk hari seterusnya.

    11. Semua ini menjadi pengajaran bahawa kita jangan mengharapkan bantuan atau keselesaan dari manusia lain tampa berusaha.

    12. Usaha kita dahulu dapat sekurang-kurangnya memberi keselesaan dari menanti pertolongan yang tak kunjung tiba.

    13. Melayu hanyalah bangsa sahaja ia tidak akan sama dengan agama yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat.

    Wallahua’lam.

  10. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Manusia yang benar-benar jujur dan amanah tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit, pangkat dan kedudukan.

    2. Rakyat Malaysia yang menjual nama (jadi proksi pihak asing) semata-mata kerana mahu jadi orang kaya ialah manusia yang amat durjana terutamanya jika ia melibatkan penjualan tanah dan air (tanah air) negara kepada orang asing. Mereka ini pengkhianat negara.

    3. Tetapi, jangan ingat orang (mana- mana pihak) yang marah sangat kerana orang lain jadi kaya dengan cara mudah (jual nama – korup) memang seorang yang betul-betul jujur dan amanah. Ada yang marah sebab (dari apa yang saya pernah lihat) mereka tidak dapat peluang keemasan tersebut (dengki /iri hati). Jika ada peluang di depan mata (ada kuasa /pangkat), barulah kita tahu warna / watak sebenar seseorang itu. Mereka cuma mahukan peluang tersebut!

    4. Seperti yang saya komen sebelum ini, SPRM mesti siasat kes di mana tanah yang sangat luas dijual kepada 2 syarikat (entiti) besar dari negara China (http://chedet.cc/?p=2647#comment-139703) .

    5. Janganlah ada yang terpedaya dengan senarai nama Pengurusan Tertinggi (Top Management) yang kononnya dapat membuktikan bahawa sesebuah syarikat memang milik rakyat Malaysia.

    6. Saya senyum dalam hati (geli hati) bila lihat senarai nama tersebut.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  11. Assalamualaikum Tun,

    Nampaknya Najib sudah mula berani menjawab Tun. Walaupun pada pandangan saya cara menjawabnya adalah biadap dan langsung tidak menggambarkan pribadi seorang Perdana Menteri apabila menggunakan istilah ‘kepala bapak ko’. Orang melayu terkenal dengan sifat sopan santun dan bahasa jiwa bangsa. Ternyata Najib bukanlah seorang seperti ini.

    Kalaulah Najib ingin menjawab Tun, tidak perlulah menggunakan bahasa kesat. Jawab secara professional berserta fakta. Tunjuk dokumen-dokumen berkaitan. Saman Tun. Sertai forum ‘Nothing to Hide 3.0.

    Ni berucap kat perhimpunan MCA yang orang-orangnya telah dikuasai, memberi gelaran ‘pemimpin lama’ dan tidak khusus kepada Tun. Nampak sangat ketakutannya. Ini namanya baling batu sembunyi tangan. Apatah lagi ini percakapan seorang Perdana Mentari kepada mantan Perdana Menteri yang telah berjasa selama 22 tahun.

    Takpelah. Tindakan Najib ini hanyalah akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan. Pasti ramai pengundi atas pagar akan beralih arah ke Pakatan Harapan kerana percakapan Najib ini.

  12. Yng kaya org mlayu brkepentingan dan orng2 umno.. Org mlayu mcam kmi.. Yng tdak ada apa2.. Akan trus dtindas.. Tun hrus mksudkan org mlayu umno.. Bkan smua org mlayu jdi bgitu.. Org mlayu sprti kmi, msih mmpnyai hrga mruah.. Kmi yng tdak mmpnyai apa2.. Tdak akan mnjual mruah kami kepda raja tunai.. Spatutnya.. Tun dpat lihat gerak geri raja tunai dan kncu2nya sjak dri Tun mmegang jwatan prdana mnteri.. Ttapi apakan daya, stiap org umno yng mmakan rsuah dan mnyelewengkan duit rkyat, Tun tdak ambil tndakan.. Tun hnya buang shaja mreka dri mmegang jwatan mnteri.. Tun tdak ambil tndakan wlaupun, Tun tahu mreka2 ini mnyeleweng duit rakyat ktika itu.. Shinggalah bnda ini mnjadi virus.. Tun ambil juga raja tunai mnjadi PM krana Tun ingin mmblas budi.. Dgan ingin mmblas budi.. Bnyak rkyat mndrita dbwah raja Tunai.. Kami trsepit, kami trseksa.. Adakah pmimpin atas dan org knamaan brbangsa mlayu ambil pduli tntang kami? Soalnya tdak lngsung.. Yng mnghalau org mlayu.. Itu bapa najib.. Tun razak.. Dgan mnghalau org mlayu msuk ke dlam hutan.. Maka dri situlah.. Org mlayu tdak mampu mmegang ekonomi.. Smuanya dkawal oleh orang cina.. Tetapi, kenapa Tun ingin mnyalah orang melayu.. Jika bukan umno yng lngsungkan smua ini.. Khidupan org mlayu dbawah, tdak akan mnderita..

  13. Benar Tun!
    Teruskan usahamu.

    Semuga ALLAH swt merahmati kita semua dan kembalikan pemerintahan Malaysia kepada yang selayaknya, Ameen.

    Semuga ALLAH swt jua memudahkan urusan dunia kita semua dan murahkan rezeki kita semua. Ameen.

    Sesungguhnya dunia ini adalah sementara, akhirat jua kekal abadi.

  14. Tun, some true story for you to read to get some idea of the grand corruption in Chinese history. It is what you have said, 1 rich man and 999 poor. People learned their mistakes in a hard way.

    https://en.m.wikipedia.org/wiki/Heshen

    Corruption don’t choose by colour, race or time. It is a system implemented by an individual for his own greed. Many fake leaders has fallen due to greed, is just a matter of time. People will finally understand what they believe and what is reality.

  15. Salamalikom Tun,
    Saya sangat gembira hari ini apabila mendapati Najib sudah tidak dapat mengawal dirinya sendiri.
    Tanda2 dia sudah tersepit semakin nyata.
    Ucapan2 menipu rakyat sudah diulang-ulang. Tong kosong aje…
    Apabila dia memaki hamun orang tua, itu tanda kemunafikan sudah mengawal dirinya…
    Jiblis sudah dapat menguasai fikiran Najib.
    Najib dah bingong !!
    Tun yang Haq, Najib yang Bathil.

    Hadis Sohih Muslim, 9/351, no.3407:
    Doa Rasullullah Untuk Pemimpin yang Buat Susah Rakyatnya.
    Terjemahannya “Ya Allah, barangsiapa yang mengurus umatku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia. Dan sesiapa yang menguruskan perkara umatku, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia”.

    Tun, keep on with your excellent work. We love you. Allah loves you.

    Ingat Akhirat

  16. amat tepat kata Tun.Saya orang singapura.kalau berjalan jalan di kawasan perumahan mewah, nama jalan jalan seme nye nama orang melayu tapi penduduk seme bangsa cina dan india.melayu satu batang hidung pun da takde dulu penduduknye orang kampong melayu tapi digadai oleh mereka for quick buck. berape je tauke cina bayar. skg harga sebiji jutaan dollar…cuma jalan je name melayu.entah2 besok ditukar name cina.btw Tun musuh Tun cuba mematahkan semangat Tun…kite orang melayu tau nilai Tun yang amat dihormati.May Allah bless you

Comments are closed.