NASIHAT

1. Ramai yang menasihat saya supaya sokong dan bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin

2. Ingin saya jelaskan kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin.

3. Dia bersama dengan saya dan beberapa kawan lain menubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khusus untuk menjatuh Kerajaan Kleptokrasi Najib Razak.

4. Rakyat percaya inilah perjuangan kami dan rakyat beri kemenangan kepada kami bersama parti rakan lain.

5. Tetapi Muhyiddin bersama dengan ahli UMNO yang masuk Bersatu telah rancang untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan diri Kerajaan baru bersama dengan kleptokrat yang kami telah kalahkan.

6. Bagi saya ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat. Ia juga mengkhianati rakan dalam PH yang menjayakan perjuangan kami. Tanpa PH Muhyiddin tidak mungkin menang, tidak mungkin jumpa pintu belakang.

7. Ya. Memang dalam PH ada DAP. Walaupun DAP menang 42 kerusi, DAP hanya dapat 6 Menteri Kabinet, sama dengan Bersatu yang menang hanya 13 kerusi tetapi dapat 6 Menteri juga. Dan ahli Bersatu dipilih sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet 28 Menteri.

8. Tak mungkin sama sekali DAP kuasai Kabinet dengan 6 orang Menteri. Segala keputusan dalam Kabinet perlu persetujuan 28 orang Menteri. Anggapan bahawa 6 Menteri Kabinet boleh kuasai 22 Menteri lain tidak masuk akal. Lagipun persetujuan saya sebagai Perdana Menteri perlu didapati.

9. Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja pendaftaran DAP. Kuasa membatal ada pada Muhyiddin Yassin, jika ia nampak DAP akan hancur Melayu. Tetapi yang Muhyiddin berminat ialah mengguna DAP untuk menakut orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan untuk jatuh PH dan dia menjadi Perdana Menteri dengan sokongan UMNO dan PAS.

10. UMNO menyokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri supaya usaha untuk lepas Najib dari dipenjara dapat dilakukan. Kita dapat lihat usaha ini sedang berjalan. Jauh dari menunai janji untuk jatuhkan Najib, Muhyiddin sekarang sedang berusaha supaya Najib bebas dari segala tuduhan dan dapat bertanding dalam PRU 15. Di waktu itu Najib tidak perlu Muhyiddin lagi, kerana Najib berhasrat menjadi Perdana Menteri.

11. Muhyiddin sekarang ini berusaha supaya Bersatu hilang pemimpin dengan melucut keahlian mereka.

12. Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH. Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah. Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela UMNO dengan “Cash is King”nya.

13. Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.

14. Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya.

41 thoughts on “NASIHAT”

  1. https://m.malaysiakini.com/news/534261

    ONCE THIS DEATH SENTENCE IS ABOLISHED AT FEDERAL LEVEL, THEN NAMA-NAMA YANG PRIHATIN TV SEBUTKAN ADALAH PENGKHIANAT BANGSA SENDIRI.

    MAHU DENGAN ATAU TIDAK, THEY SHOULD KNOW THE RANKING OF SOP DAN KEMAMPUAN POLIS DIRAJA, MALAYSIA, ON WHETHER THEY CAN HANDLE OR NOT DOMESTICALLY AND INTERNATIONALLY AT THE BORDER.

    WHY?

    OUR NEIGBOURING COUNTRIES ALSO CANNOT AFFORD TO ABOLISH SUCH RULING TO CURB DRUG TRAFFICKING THAT AFFECT ALL OF THEM THIS REGION, YOU THINK MALAYA, SABAH DAN SARAWAK CAN MAMPU?

    TO ATTRACT OR TO PUSH THESE CRIMINALS AWAY, PN, OPPOSITION AND INDEPENDENTS DECIDE SINCE THEY HAVE THE STATISTIC COLLECTED FROM ALL STATES UNDER 1 MALAYSIA.

    A…. LWN N…, YOU FILL IN THE BLANKS AS MP.

  2. MUHYIDDIN HANYA PENGKHIANAT DI MATA TUN M TETAPI HERO (PENYELAMAT) DI MATA RAKYAT JELATA

    Assalam Tun M,

    Sudah2lah Tun semuanya sudah selesai rakyatpun sudah selesa tidak pernah terfikir bab2 mandat PRU14 yang lepas malah ada yang menyesal mengundi PH nasib baik Tun M merajuk lalu letak jawatan PM ke 7 justeru kenapa hendak salahkan Muhyiddin?

    Anwar lah sebenarnya pengkhianat dalam PH mana tidaknya asyik2 puak dia diketuai Rafizi memberi tekanan di hari pertama Tun jadi PM ke 7 lagi namun agak terkejut kami rakyat bilamana Tun M yang kami kenali berhati kental dan waja akhirnya lembik dan cair terus merajuk letak jawatan tapi mungkin juga faktor umur mudah sensitif sejak akhir2 ini.

    Ingatlah ini bukan salah Muhyiddin tapi salah Tun sendiri dan Anwar dalam konflik perebutan jawatan PM.

    Nasi dah jadi bubur dan janganlah menuding jari salahkan orang lain pula kerana kalau Tun berhati kental dan waja macam berdekad yang lalu maka pasti tidak akan letak jawatan PM dan masih terus memimpin negara ini walaupun diberi tekanan oleh Anwar maka tidaklah Tun meroyan seperti sekarang ini.

    Rakyat muak dengan permainan politik merajuk Tun yang tidak tahan dengan tekanan puak Anwar tambahan pula berlaku dikala pandemik Covid-19 mula berputik.

    Jikalau Tun M hendak tahu kami rakyat jelata bersyukur Muhyiddin berpeluang memerintah diwaktu pandemik Covid-19 dengan kejayaan memeranginya dan kami juga bersyukur menerima bantuan Prihatin Nasional diwaktu kami benar2 memerlukannya.

    Kenapa kami kata bersyukur? Sebabnya jikalau Tun @ PH yang memerintah ketika PKP jangan haraplah rakyat boleh dapat bantuan sebegini banyak.. tak begitu Tun? Silap haribulan langsung tak dapat sebab Tun selalu berkata jangan manjakan rakyat, jangan gunakan tunai untuk memenangi hati rakyat lepas itu selalu hina orang Melayu masa hendak jatuhkan Najib dahulu dengan berkata orang Melayu boleh dibeli dan hadap sangat dengan BRIM walaupun hanya RM500 setahun.

    Ingatlah Tun M tidak biasa susah sesusah rakyat biasa maka RM500 di mata Tun macam 5 kupang sahaja gamaknya tapi nilai tu besar bagi kami rakyat jelata apatah lagi Muhyiddin beri sehingga RM1,600 dan kurang bagi lain2 kategori tapi agak banyak bagi seisi keluarga.

    Kami bersyukur diwaktu yang sukar ini Muhyiddin yang memerintah dan kami berterima juga kepada Anwar yang berjaya buat Tun M merajuk dan meletak jawatan.

    Maka hero (penyelamat) yang sebenar2nya dalam episod kali ini adalah Yang Amat Berbahgia Tun Dr Mahathir yang lembut hati meletakkan jawatan PM ke 7.. terima kasih Tun.

    Prihatin TV : Sudi2lah tonton sedutan blog chedet dengan tajuk Daddy Says Ok Boboi jadi TPM klik link di sini
    https://youtu.be/6lb74WPG8XA

  3. KAMPUNG BARU LAND UNDER FELDA GAZETED FOR 1MDB MUST BE THE PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI, LAMA TAK DENGAR KHABHAR DARI SAMURAI.

    IT IS REALLY UGLY, UNFAIR AND HORRIBLE TO SAY JHO LOW IS BEING HELD IN MAINLAND CHINA.

  4. Drunk on Politics.

    As the country’s members of Parliament and their party/personality supporters of all kinds, are drunk in the political merry-go-round, including the top officials in government and the keyboard warriors, at home and the coffee shops, little does anyone realize or care to realize that the country is fast spiraling into an economic nightmare.

    Malaysia’s latest monthly export performance has PLUNGED by more than 25% year-n-year(!!!)

    I am not sure if anyone is really qualified or deserves to be a leader in this country at all(!!)

    Go on, continue the political talk. Pardon me for the interruption.

  5. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Tun wajar cadangkan DS MUKHRIZ untuk jawatan PM. Saya percaya ramai yang bersetuju.

    Saya yakin beliau layak untuk meneraju Malaysia kerana DS Mukhriz seorang yang amat berprinsip, berani (tidak bacul), bersih, amanah, berintegriti dan berkredibiliti.

    Saya tahu Tun tidak mahu mempromosi anak Tun sendiri, tetapi saya nampak potensi beliau. Ini nasihat dua kupang saya… 🙂

    Mana ada MB yang sanggup melepaskan jawatan sebanyak dua kali semata-mata kerana mahu mempertahankan PRINSIP beliau?

    Ini membuktikan yang DS Mukhriz seorang yang boleh dipercayai, dan tidak makan sogokan (jawatan/pangkat) dan pujukan / rayuan.

    Tolonglah anak Tun sendiri jika memang dia berpotensi. Berlaku adillah kepada DS Mukhriz. Beliau juga amat taat setia kepada Tun. Ini ciri seorang Melayu Islam yang amat baik.

    Dahulu Tun tolong Najib, tetapi tengoklah hasilnya yang hampeh. Sekarang Najib tidak berhenti-henti mengutuk Tun. Memang dasar manusia tidak sedar diri! Sama juga dengan TS Muhyiddin…Lupa diri.

    Apapun, Tun tetap HERO saya, dulu, kini, dan selamanya!

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  6. Quote from the Holy Qur’an: An-Nisaa (4:171)

    يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ لَا تَغْلُوا۟ فِى دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْحَقَّ ۚ إِنَّمَا ٱلْمَسِيحُ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ ٱللَّهِ وَكَلِمَتُهُۥٓ أَلْقَىٰهَآ إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ ۖ فَـَٔامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ ۖ وَلَا تَقُولُوا۟ ثَلَٰثَةٌ ۚ ٱنتَهُوا۟ خَيْرًا لَّكُمْ ۚ إِنَّمَا ٱللَّهُ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ سُبْحَٰنَهُۥٓ أَن يَكُونَ لَهُۥ وَلَدٌ ۘ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًاYa ahla alkitabi la taghloo fee deenikum wala taqooloo AAala Allahi illa alhaqqa innama almaseehu AAeesa ibnu maryama rasoolu Allahi wakalimatuhu alqaha ila maryama waroohun minhu faaminoo biAllahi warusulihi wala taqooloo thalathatun intahoo khayran lakum innama Allahu ilahun wahidun subhanahu an yakoona lahu waladun lahu ma fee alssamawati wama fee alardi wakafa biAllahi wakeelan

    O People of the Scripture, do not commit excess in your religion or say about Allah except the truth. The Messiah, Jesus, the son of Mary, was but a messenger of Allah and His word which He directed to Mary and a soul [created at a command] from Him. So believe in Allah and His messengers. And do not say, “Three”; desist – it is better for you. Indeed, Allah is but one God. Exalted is He above having a son. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And sufficient is Allah as Disposer of affairs.

    http://go.muslimpro.com/aanU

  7. twinpeaks Jun 28,2020 2:31 PM

    Malaysia’s economy.

    By the time the banking moratorium on borrowers ends in September, and if businesses still cannot pick up their sales, and if individual borrowers who have lost their jobs still cannot find new employments, there is a very high chance, that if the moratorium is not extended, the country will see a sudden rise in foreclosures and bankruptcies, both corporate and individual.

    Whoever is the Prime Minister in September, whether it is TSMY or Shafie Apdal, needs to look into a huge program of public spending to avert a situation where otherwise healthy companies start retrenching massively, and the consequent mass unemployment translate into an even weakened domestic consumer markets.

    What the current government needs to do now is to create massive employment opportunities through public works programs to assist individual households survive and simultaneously support the domestic consumer market, which in turn will keep businesses alive, even though in a weak economy. Another banking crisis is also a fear if this is not already undertaken by now.

    Massive public spending program is NOT the same as bailing out individuals and businesses, as currently the preferred practice by the government. It is instead another way to stimulate the economic demand for goods and services, during difficult times. No companies or individuals should receive bailouts (free money), but they must be given the opportunities to work and sell their products and services.

    The government can and should do this.

    WHOEVER BECOME THE NEXT PERDANA MENTERI, MENTERI MELAYU MUST BE READY AND PREPARED THAT DECENT MALAYSIANS AND FD INVESTORS DO NOT WANT TO TAKE IN MELAYU INTO THEIR MANAGEMENT.

    THIS IS THE ECONOMICAL FACT THAT MUST ACCEPT.

    WHY?

    KERANA MEREKA SUKA MAIN PUAK DAN POLITIK THINKING WITHOUT THEM, THERE IS NO MALAYSIA.

  8. Dear Tun Dr Mahathir,
    Refer to below News:
    https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/27/dr-m-shafie-apdal-as-pm-was-unanimous-decision-with-dap-amanah-warisan/1879409
    I am perplexed and confused of Tun’s proposal Datuk Seri Shafie Apdal as the Opposition’s prime ministerial candidate and the next PH Plus government would have two deputy prime minister posts with nominated PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim as candidate for DPM 1 and Mukhriz as candidate for DPM 2 as “return the people’s mandate” given to PH Plus in Election 2018.

    Did Tun, DAP, Amanah and Warisan had so short a memory and conveniently forget that the GE14 people’s mandate was won by PH (PKR, DAP, Amanah, PPBM and Warisan with PH’s GE14 manifesto) and PKR logo was used for GE14 in Peninsular Malaysia?

    Did Tun also forget Tun’ repeat promised to honor agreement to handover PM post to Datuk Seri Anwar Ibrahim?
    https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/pm-mahathir-says-he-will-honour-agreement-to-hand-power-to-anwar-after-two-years
    https://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3041492/malaysias-mahathir-mohamad-says-hell-hand-over-power-anwar
    Is Tun trying to pull further apart and create more animosity and mistrust among PH component parties?

    I refer to Tun’s own words, “Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH”

    Please pardon me to ask, what will history record on Tun role on betrayal of people’s mandate given to PH in GE14? And what will be Tun’s legacies?

    Legacies of success or failure?
    Failure to honor Tun’s promised to Datuk Seri Anwar Ibrahim?

    Failure to honor Tun’s promised to Tun’s alma mater Sultan Abdul Hamid College’s (SAHC) in reforming education?

    Failure to formulate policies and inspire Malaysians to acheive the main goals of “Wawasan 2020”?
    To modernize and develop our country based on its own model and develop the nation economically, politically, socially, spiritually, psychologically and culturally. In achieving those goals, nine challenges have been listed

    1) Establish a united Malaysian nation with a sense of common and shared destiny. This must be a nation in peace with itself, territorially and ethnically integrated, living in harmony and full and fair partnership, made up of one Malaysian race with political loyalty and dedication towards the nation.

    2) Creating a psychologically liberated, secure and developed Malaysian society with faith and confidence in itself, justifiably proud of what it is, of what is has accomplished, an robust enough to face all manner of adversity. This Malaysian society must be distinguished by the pursuit of excellence, fully aware of all its potentials, psychologically subservient to none, and respected by the people of other nations.

    3) Fostering a mature, democratic society, practicing a form of consensual, community-oriented Malaysian democracy that can be a model for many developing countries.

    4) Establish a fully moral and ethical society, whose citizens are strong in religious and spiritual values and imbued with the highest of ethical standards.

    5) Establishing a mature, liberal and tolerant society in which Malaysians of all colors and creeds are free to practice and profess their customs, cultures and religious beliefs, and yet feel a sense of belonging to the nation.

    6) Establishment of scientific and progressive society, a society that is innovative and forward-looking, one that is not only a consumer of technology but also a contributor to the scientific and technological civilization of the future.

    7) Nurturing a fully caring society and a caring culture, a social system in which society will come before self, in which the welfare of the people will revolve not around the state or the individual but around strong and resilient family system.

    8) Ensuring an economically just society in which there is a full partnership in economic progress. Such a society cannot be in place so long as there is the identification of economic backwardness with race.

    9) Establishing a prosperous society, with an economy that is fully competitive, dynamic, robust and resilient.

    Thank you
    Yours truly,
    SS LEE
    P/S: In memory of the late Karpal Singh:
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2020/06/28/the-tiger-of-jelutong-lives-on/
    Even though the 73-year-old statesman suffered greatly for his principles, he was always undeterred. “We cannot be discouraged, as that’s exactly what our enemies would want.” In our current political climate, these words couldn’t ring more true.

    Karpal never gave up. Neither should we. For that is what the great warrior would have wanted – for us to carry his hopes and dreams for a better Malaysia into the future. May his lifelong pursuit not be left unfinished.

    For all these reasons and many more, he will always have a special place in our hearts. Thank you, Karpal, for leaving us such a powerful legacy. You were committed to justice and equality, even until the very end. Your life has been such an inspiration to all of us.

    As you once poignantly said six years ago, “The fight goes on. You knock out one Karpal Singh, a hundred Karpal Singhs will rise.” Indeed, the Tiger lives on. Happy birthday, Karpal!

  9. Malaysia’s economy.

    By the time the banking moratorium on borrowers ends in September, and if businesses still cannot pick up their sales, and if individual borrowers who have lost their jobs still cannot find new employments, there is a very high chance, that if the moratorium is not extended, the country will see a sudden rise in foreclosures and bankruptcies, both corporate and individual.

    Whoever is the Prime Minister in September, whether it is TSMY or Shafie Apdal, needs to look into a huge program of public spending to avert a situation where otherwise healthy companies start retrenching massively, and the consequent mass unemployment translate into an even weakened domestic consumer markets.

    What the current government needs to do now is to create massive employment opportunities through public works programs to assist individual households survive and simultaneously support the domestic consumer market, which in turn will keep businesses alive, even though in a weak economy. Another banking crisis is also a fear if this is not already undertaken by now.

    Massive public spending program is NOT the same as bailing out individuals and businesses, as currently the preferred practice by the government. It is instead another way to stimulate the economic demand for goods and services, during difficult times. No companies or individuals should receive bailouts (free money), but they must be given the opportunities to work and sell their products and services.

    The government can and should do this.

  10. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/28/zulkiflis-liverpool-t-shirt-a-khat-above-the-rest

    DO YOU KNOW THE ACTUAL MEANING OF STEALING PUBLIC FUND, FARID ISLAM?

    THIS IS PENCURIAN PAKAI NAMA YAYASAN ISLAM, AND IT HAS NOTHING TO DO WITH ALIBABA DLL FDI INCLUDING, S’BAH AND S’WAK.

    NEVERTHELESS, IF THIS PIC WANTS IT THAT WAY, THEN, HOW?

    THIS YOU HAVE TO ASK UMNO BARU, PAS, PKR, AMANAH, BERSATU DLL PARTI POLITIK YANG FRIENDLY TO THEM.

    TO CHANGE, OR NOT, THEY DECIDE.

    TO CONTINUE WITH STEALING PUBLIC FUND, THEY DECIDE.

    I SAID OUT HERE NOT BECAUSE I JELES.

    I SAID OUT HERE BECAUSE I WANT THEM NOT TO CONTINUE USING PUBLIC FUND FROM KAFIR TO CONTINUE THEIR ABSOLUTE ISLAMIC MONARCHY POLICIES THAT WOULD DROVE FDI AWAY.

    MAHU DENGAR ATAU TIDAK, YOU DECIDE.

  11. On PM post.

    I may be found biased here, but rest assured I speak with knowledge and logic.

    Shafie Apdal may not be everyone’s cup of tea to be the country’s next Prime Minister, especially by those who only think that the nation can only be run by someone from the Peninsula.. perhaps they think that only Peninsula Malay leaders have the brain and capability to lead a country(?)

    If I was a neutral and not a Malaysian, here is my top five people whom I would consider to be Prime Minister materials in the past or present, based on what they have achieved whilst in power.

    1) Tan Sri Harris Salleh (Sabah’s ex-CM). The founder of Berjaya Party considered to be the benchmark for all Chief Ministers in Sabah and Sarawak. Just ask anyone today.
    2) Tun Mahathir Mohamad.
    3) Tan Sri Musa Aman (Sabah’s ex-CM). The 21st century version of Harris Salleh.
    4) Tun Abdul Razak. The architect of the NEP.
    5) Tun Lim Chong Eu (Penang’s ex-CM).

    These five can be considered safe hands if the ultimate objective is to build up an economically prosperous and stable country. They are leaders who don’t need anyone’s advice on how to run a country.

    Shafie is ok. A safe compromise, and will work well with a good team behind him.

    P/S. As a Sabahan, I place Tun at no. 2, to appease the angry Sabahans for even mentioning. Sorry Tun.

    Yes, they are all controversial figures

  12. Salam Dearest Tun Dr. Mahathir,

    https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/27/in-new-video-clip-dr-m-says-dropping-out-of-pm-race-in-favour-of-shafie-apd/1879398

    I still believe Tun is the best candidate to become PM9.

    DS Shafie is okay, but there’s something about DS Shafie that I don’t quite like (can be used against him).

    He has to come out clean about rumors regarding his personal life (gossips?). Is it true that he is married to an artist (second wife)? It’s okay if he has two wives as long as he can control both! Just saying…

    P/S: Just my personal opinion (bukan nasihat)…Tun can go ahead with this Plan B…

    Thank you Tun.

    -May Allah SWT bless Tun and family-

  13. Assalamualaikum, Tun.

    BERSATU masih “terapung-apung” dengan ketidaktentuan halatuju sama ada ia pro-PN atau pro-HARAPAN.

    Baik Tun uruskan hal ehwwal parti dulu sebelum tampil ke percaturan yang selanjutnya. Bilangan penyokong yang dikata boleh menggasak and mengguling kerajaan sekarang hanya cakap-cakap sahaja. Rakyat juga syaki dengan apa yang diutarakan.

    Biar PM Muhyiddin habiskan penggal beliau sebagai PM. PM sekarang nampaknya berkaliber juga dalam menandingi pelbagai isu. Buat masa kini, jika Malaysia mengamalkan sistem “Presidential”, ramai yakin PM Muhyiddin diundi dan disokong majoriti.

  14. Assalamualaikum, Tun.

    Idea menjadikan Shafie sebagai PM tidaklah dikomen banyak, kerana selama ini Shafie juga disambut baik di kalangan kedua-dua belah.

    Namun, jika pertukaran berlaku, apakah arena politik tanahair boleh stabil, dengan PM dari Borneo?

    Politik bukan sekadar untuk kepentingan peribadi, sila utamakan masa depan Negara.

  15. ONE THING FOR SURE IS IF SNAP ELECTION IS CALLED IN S’BAH AND S’WAK FIRST, THEN, THE CHANCES OF LOOSING PENINSULA IS VERY REAL.

    BOCK ROCKING IS VERY RISKY WHEN THE SHIP IS GOING THROUGH A STORM.

    EVEN WHEN DSAS, DSAI AND DSMM ARE BEING NAMED AS PM, DPP1 AND DPP2 TO REPLACE TSMY AND HIS KABINET, THEY TOO WILL FACE A LOT OF CRITISM, SABOTAJ, SUMPAHAN AND GOSIP FROM MEMBERS OF PN, BN AND PAN KHUSUSNYA HARDCORE PERJUANG MELAYU NATIONALISTS.

    TO BE OR NOT TO BE, THAT IS NOT THE QUESTION.
    ABLE OR NOT, WE WILL KNOW AS WE MOVE FORWARD.
    WE NEED A STRONG AND CAPABLE LEADERSHIP, NOT A WEAK LEADERSHIP WHO NEEDS TONGKAT TO STAY RELEVANT.

  16. twinpeaks Jun 27,2020 7:15 PM

    https://www.youtube.com/watch?v=JrksWKjytpQ

    Sabah CM Shafie Apdal for PM post.

    A brilliant move Tun. Much depends on PKR and Bersatu Sabah, if they will support this.

    It is good for Sabah-Sarawak-Peninsula relations definitely. A good progress going forward. I am all for it(!)

    YOU CAN KEEP DREAMING, TWINPEAKS, AS SABAHAN.
    WHY?
    MEREKA DAH TAK SABAR-SABAR NAK WOLLAP THE WHOLE KEK TO FAVOR THEMSELVES.

  17. Correction: I SURE HOPE THEY DONT REGRET FOR GIVING UP THE WHOLE FOREST JUST FOR 1 TREE DAY AFTER TOMMOROW.

    WILL MANGGIS TURNED NANGIS AGAIN?

    SUSAH NAK DIKATOKAN KERANA PARTI2 POLITIK BOLEH MENGHASUTKAN PARTI AHLI2 MASING2 TO DENGKI PARTI2 POLITIK LAIN.

    ANYWAY, THIS IS NOT THE FIRST, AND IT WILL NOT BE THE LAST CONTEST.

  18. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/27/more-dap-assemblymen-will-quit-party#cxrecs_s

    ITU LAH SEBABNYA I KATA PI MAI PI MAI TANG TU.

    I SURE THEY DONT REGRET FOR GIVING UP 1 LITTLE TREE FOR THE WHOLE FOREST.

    I SURE HOPE THEY DO NOT CULTIVATE A CULTURE OF KATAK DI BAWAH TEMPURUNG OF PERKASA ALI, YANG BEZANYA ADALAH ALI IS MELAYU MUSLIM, SIVA IS INDIAN HINDU.

    GOOD LUCK TO THE WANNABES, AND PLEASE DO NOT WASTE TIME IS TRAPPING YOURSELF WITH THIS KIND OF FLIP THEN FLOP POLITICAL TRAP OF CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

  19. An independent judiciary system is important. Besides, serving as a check and balance to the system, it serves as a feedback loop as well. This is only a personal opinion. TQ.

  20. Salam Tun

    1. Moga Allah kurnia Tun dan keluarga sihat dan afiat jua.

    2. Saya sokong pendirian Tun terhadap pemerentahan PN yang diterajui TSMY sekarang.

    3. Kerajaan yang terdiri dari parti UMNO + PAS + MCA + MIC + GPS + BERSATU (serpihan) + PKR (serpihan) jelas tidak tidak laksana pemerentahan bersih mengikut undang-undang.

    4. Pencuri (pemimpin dan dan persona elit negara) duit berjuta dan berbilion RM dari Tabung Kerajaan dan Harta rakyat yang selama bertahun memberi pinjam kepada 74 negara (termasuk Malaysia), dengan mudah dilepas dari didakwa di mahkamah.

    5. Berbanding dengan rakyat miskin yang curi susu untuk anak, mereka dengan pantas dijatuh hukum penjara dan atau denda yang tinggi. Di mana keadilsn undang-undang yang diamal oleh para hakim?

    6. Sistem pemerentahan demokrasi beraja berasaskan kapitalisme sangat mudah diselewengkan.

    7. Agaknya sudah tiba masanya sistem pemerentahan ditukar kepada demokrasi beraja berasaskan panduan Al Quran, Hadis dan Undang-Undang Islam.

    8. Semua pemimpin yang dilantik mesti dari kalangan orang beriman yang bila diberi kuasa dapat menghindar dan bebaskan diri dari menjadi korap. Andainya didapati korap maka kelayakan untuk memohon atau dilantik lagi ke jawatan tinggi terbatal.

    9. Pada masa ini disyorkan Tun supaya berunding dengan rakyat yang hartanya diseleweng oleh banyak negara yang diketuai DS Najib.

    10. Semoga Allah beri petujuk dan mudahkan urusan Tun. Demi Agama, Bangsa (Melayu Antarabangsa) dan Negara (Tanah Melayu), kita mengangkat doa supaya selamatkan negara beserta isinya.

    Amiin. Wallahuaklam.
    Terima kasih.

  21. Assalamualaikum, Tun.

    Sekiranya arena politik tanahair begitu huru-hara, baik adakan pilihanraya umum, pulangkan hak memilih kerajaan kepada Rakyat.

    Selama ini, selepas PM Muhyiddin menyandang kerusi PM, tiada isu besar yang memincangkan masyarakat majmuk, dan cara PM menandingi wabak pun agak memuaskan. Biarlah PM menunaikan tanggungjawab dan mandat Rakyat dan DYMM, sehingga akhir penggal ini.

    Janganlah Tun masih fikir nak kembali berkuasa. Cukuplah! Negara ini memerlukan kestabilan politik, apatah lagi Negara tengah mengatasi kegawatan ekonomi.

  22. WHEN LOVERS TURNED HATERS, WHAT HAPPEN NEXT?

    WHEN POWER ABUSE AT THE HIGHEST LEVEL TURNED INTO A ‘MUST HAVE BUDAYA MELAYU DAN MUSLIM’, WHAT HAPPEN NEXT?

    TRULY MALAYSIANS AND TRULY ASIANS, YOU SEE THE DIFFERENCES?

    I ALREADY SAID, IT IS VERY MUCH DEPENDS ON THE WANNABES TO DECIDE WHICH ISSUES THAT THEY WANT TO PLAY, OR SILENT.

    https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/26/of-s-pavithra-and-standards-of-beauty

    WILL HATERS GET ANGRY, JELES?

    WILL MAJORITY OF THE CONSERVATIVE AND RELIGIOUS MALAYSIAN INDIAN PA PA ALLOW THEIR DAUGHTERS TO BE EXPOSED IN SUCH A WAY TO EARN A DECENT INCOME?

    NEVERTHELESS, I SURE HOPE SUCH ISSUE IS NOT EVOLVING AND TURN OUT TO BE ANOTHER PILIH KASIH RACE ISSUE KERANAMU MALAYSIA.

    P/S: IT IS REALLY HARD AND DIFFICULT FOR ME TO IMAGINE SEMUA ALHI2 PARTI MELAYU ARE THE MOST TOLERANT RACE WITHOUT POLITICAL/MONETARY REWARD MOTIVES AFTER BEING IN HERE FOR MORE THAN A DECADE AFTER WHAT THEY HAVE DONE, AGAIN AND AGAIN.

  23. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Tun tidak mahu masuk ke kolam kumbahan yang ada tah* terapung-apung dan nampak dengan jelas.

    Tetapi ada orang sanggup berkubang di dalam kolam kumbahan. 🙁

    Dalam kolam kumbahan yang kotor itu mungkin ada emas dan intan berlian yang berkerlipan kot…

    Apa pun Tun jangan berputus asa. Untuk bersara atau tidak itu pilihan Tun. Tidak perlulah orang yang tiada apa-apa sumbangan kepada negara buat bising dan meroyan di sini.

    Golongan kleptokrat dan penyangak akan terus mengganggu Tun dan anak-anak Tun dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.

    Jika anak-anak Tun dapat projek Kerajaan, apa yang hendak dihairankan! Ini isu BASI yang golongan kleptokrat ulang tayang… Anak-anak Tun pun rakyat Malaysia dan ada kebolehan @ kepakaran. Bukannya mereka merompak dan menyamun duit rakyat seperti yang ada orang lain lakukan.

    Kuatkan semangat Tun. Saya tidak suka kepada DAP/PKR/Amanah (atas sebab2 tertentu), tetapi bagi saya Tun boleh ‘handle’ mereka dengan cara Tun tanpa Tun bergelumang dengan ‘tah*’.

    Saya percaya kepada KEBIJAKSANAAN Tun.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  24. Another thing bila Tun dan gang bercakap al-kisah appointments gang UMNO kat GLC, odd. Tun tau kenapa, I dah tau yang Tun juga appointed those bloggers yang anti Najib ka jawatan besar GLC masa PH.

    Tun tau tak berapa banyak sosek2 I baca online. Hanya orang2 Tun saja pura2 tak nampak yang kata Tun masih power. Careful ya, I juga dulu undi PH, sampai hari ini I menyesal. Dah lah I rugi 50% my investment sekarang musim COVID anak I pula tak bekerja. Penting sangat ke cerita politik Tun ini? Penting sangat kah nak porak peranda kerajaan sekarang? At least DSAI ada logik tak nak sokong Tun jadi PM lagi.

    Not only that I singgah wall Tok Mat FB, beliau juga nak TSMY bubar parlimen cepat. Simple aje to me, sebab Zahid ada court case. If Muafakat Nasional menang, Tok Mat naik jadi PM. Tun naik jadi PM? I don’t think so. Ramai tak minat DAP and Amanah. I sendiri pun tak nak lagi undi gang Tun lagi. Cukuplah sekali. Voters macam I nak hidup selesa bukan serabut dengan cerita2 politik tanpa hujungnya. Billion there million here, kita cerita ribu2 ringgit pun payah.

    As I said earlier, Tun no longer my hero, TSMY yes my new hero. At least ada juga TSMY cuba membantu orang macam I dalam kesusahan.

  25. Assalamualaikum tun,

    Minta maaf dulu tumpang mengeluh. Saya tak ada apa nak ckp psl tun.. cuma nak mengadu knp kerajaan rakus menekan rakyat. Semalam batu terima bil setelah sekian lama.. bil tu tulis bln sblm ni ada lebihan bayar sikit.. tetapi bil semasa naik 4x ganda. Saya taknak ulas mcm dalam facebook. Cuma sedih knp org politik dan kerajaan terlalu rakus mencuri dari kami rakyat marhain. Mereka tak takut ke muflis akhirat nanti. Tak kira siapa perintah, keadaantak pernah berubah buat rakyat. Semoga kalian mendapat keampunan akhirat kelak.. jazakallahu khairan kathira.

  26. mbam367 Jun 26,2020 1:56 AM

    Salam Tun M
    Nampak adalah makcik dok meroyan dalam blog ni .Dahlah tak bagi salam,kononnya nak bagi nasihat, hei siapa yang buat dosa kering?Nak sangat najib dan ahmad maslan? Apalah??Buatlah blog kat tempat lain sembang kat tempat ,x payah menyemak kat sini.Boleh sertai lembu2 yg jadi tukang ikut yang lain.Sorilah ye.
    Pelik yang diorang dok obses dengan tun dengan macam2 tohmahan.DIorang dah ada kuasa,hrata dll ap yang diorang takut sangat?Kat Malaysia ni kalu jadi penjenayah jadi orang politik boleh jadi berkuasa tanpa rasa malu.Pengikut pon ramai juga.Ada yang suka bertengek dalam blog ni buat busuk sana sini.
    Kalau biarkan mereka2 ini terus berkuasa,adalah sangat2 buruk masa hadapan Malaysia. Saya lihat inilah plan barat dan zionis , memecahkan negara2 islam menjadi serpihan.
    Salam dan Terimakasih Tun

    IT LOOKS LIKE HARGA RUNCIT PUMP PETROL NEEDS TO BE CONTINUED TO CURB HYPERINFLATION DUE TO ABSOLUTE POLITICAL POWER STRUGGLING WITHIN PARTI-PARTI MELAYU.

    IT LOOKS LIKE CPI OR INFLATION MEASURE MUST BE CONTROLLED WITHIN 2% TO RETAIN JOBS, AND TO CREATE NEW JOBS FOR MULTI-RACIAL MALAYSIANS AND LOW SKILLED WORKERS.

    IT LOOKS LIKE GST CANNOT BE RE-ACTIVATED DUE TO INCOMPETENT OF MPS MELAYU WHO KNOWS NOTHING ABOUT GEOPOLITICS, EVEN WITH INTER-STATE POLITICS, THEY ALSO CANNOT HANDLE.

    IT LOOKS LIKE SST NEEDS TO BE CONTINUED TO SUSTAIN WELFARE OF PRIHATIN AND PENJANA.

    IT LOOKS LIKE IMPORTATION OF LOW SKILLED WORKERS NEED TO BE CONTINUED DUE TO HUMANITARIAN MISSION/HUMANITARIAN AIDS.

    IT LOOKS LIKE STICK AND CARROT DISIPLINE NEEDS TO BE UPHOLD FOR THOSE WHO PERFORM AND THOSE WHO ABUSED THE POWER OF AUTHORITHY AS PUBLIC SERVANTS AND POLITICAL PARTIES’ MEMBERS.

    WHETHER MELAYU BUMIPUTRA LIKE IT OR NOT, HARDCORE NATIONAL POLICIES IN THE NAME OF MELAYU AND ISLAM SUPREMACY WILL ONLY SPLIT THE VOTES OF THE MELAYU BUMIPUTRA FURTHER, BUT, PRIVATE SECTOR WILL BE ABLE TO FILL THIS VOID TO SUSTAIN THE ECONOMY.

    IF YOU WANT TO UPGRADE YOUR WIFI, ALL YOU NEED TO DO IS PAY MORE.

    ELECTRIC BILL CAN INCREASE MELAMPAU TINGGI, ADAKAH ITU FAKE NEWS ATAU CONSPIRACY THEORY, CAN YOU DIFFERENTIATE?

    WILL MAS PROCEED WITH THE PURCHASE OF BOEING DREAMLINER?

    WILL AIR ASIA GETS ANGRY?

  27. Yang nyata dan salah pengiraan Tun,bukan Muhydeen.Majority Melayu memang tolak DAP.Bukan kerana DAP mampu atau tidak mampu gugurkan Melayu.Melayu memang tolak DAP.Itu jawapannya yg Tun cuba menidakan.Serupa HBT,apa Tun fikir dia sokong Tun ? Dengan tulisan baliau kita sudah tahu jantan betinanya
    Namun Muhydeen juga akan tumbang jika beliau tidak kenal hitam atau putih,salah atau benar
    Yang mengeceawakan kita adalah Kes Najib & The Gang sudah sampai ke Badan Mahkamah,dek bertukar Kerajaan tiba tiba keaadaan berubah. Erti kata Apakah kebenaran Mahkamah melaksanakan Keadilan.Ada kah Mahkamah Malaysia amat begitu Dayus dan Lemah ?
    Apa,Siapa yg perlu kita Rakyat hormati ?
    Jho Low atau HBT ?

  28. Assalamualaikum, Tun.

    Dalam persepsi umum, PM Muhyiddin bukannya seteruk yang disifat, iaitu selaku perancang untuk menjatuhkan PH. PM dilantik berikutan Tun meletak jawatan. PM disambut baik untuk mengambil-alih. Pergolakan politik berlaku kerana Tun meletak jawatan dan mewujudkan keadaan yang mendesak pemilihan semula. Kenapa pula nak persalahkan PM Muhyiddin?

    Kalau tak silap, segelintir Melayu benci akan DAP kerana juga Tun yang dulunya mengecam dan mengutuk teruk DAP. Tak boleh dinafikan yang pihak musuh politik berjaya mencuci otak segolongan yang kurang berdaya menganalisa, yang DAP menguasai kerajaan.

  29. Salam Tun M
    Nampak adalah makcik dok meroyan dalam blog ni .Dahlah tak bagi salam,kononnya nak bagi nasihat, hei siapa yang buat dosa kering?Nak sangat najib dan ahmad maslan? Apalah??Buatlah blog kat tempat lain sembang kat tempat ,x payah menyemak kat sini.Boleh sertai lembu2 yg jadi tukang ikut yang lain.Sorilah ye.
    Pelik yang diorang dok obses dengan tun dengan macam2 tohmahan.DIorang dah ada kuasa,hrata dll ap yang diorang takut sangat?Kat Malaysia ni kalu jadi penjenayah jadi orang politik boleh jadi berkuasa tanpa rasa malu.Pengikut pon ramai juga.Ada yang suka bertengek dalam blog ni buat busuk sana sini.
    Kalau biarkan mereka2 ini terus berkuasa,adalah sangat2 buruk masa hadapan Malaysia. Saya lihat inilah plan barat dan zionis , memecahkan negara2 islam menjadi serpihan.
    Salam dan Terimakasih Tun

  30. Dear Tun M

    Your logic is flawed.

    By cooperating with Muhyiddin, you can destroy UMNO from within as you cannot destroy UMNO from outside. Many UMNO members have been waiting to flee UMNO and join BERSATU if you are still around.

    No doubt, Muhyiddin is the replacement that Malaysia needs now and the future. Kleptocracy of Najib Razak has been partially destroyed.. you just given it a life support. Without your help, Muhyiddin will not last the assault by Najib/UMNO loyalists. Like you, he will fall into another well-designed political trap.

    Without Anwar cooperation, PH remains Party for the Hopeless. There is no future in the coalition. Anwar is determined to become next PM but the ultimate decision for the post of PM is not his or his party. The coalition can nominate but YDPA decides. With a series of controversy continued to dog the 72-year-old, Anwar may never stand a chance.

    Do not underestimate DAP. They are a group of Democratic Socialists. Democracy and Socialism are created for the dajjal system. Their ideology is to confuse us – nationalism, socialism, capitalism, and many more. It is all depends on us to think rationally, know what is wrong and what is right. The method of an ideology is ‘covered’ or ‘wrapped’ the hidden objective (agenda) by a good thing. For example, nationalism- defend your country, your race and so on. This ideology appear to be good for our country but it will cause racism and chaos. That’s why we must take only the good thing in every ideology. But DAP takes what is GOOD not based on Islam! In short, there is NO NEED OF IDEOLOGY, the only ideology we must choose to follow is ISLAM. If we just follow AL-QURAN and SUNNAH, we are all in ‘common ground’ the battle is only between these two; GOOD and EVIL. Thats it!

    It is not too late for you to come back to BERSATU. After PRU15 BERSATU may no longer be around.. DAP loyalists do not want another Malay-based party to replace UMNO, UMNO and PAS loyalists do not want a small party on a big stage. You risk sounding like a broken record, leaving behind a negative legacy.

  31. SMOKE SCREEN SAJE.

    TDM KNOWS WHO HE IS DEALING WITH.

    ‘DO AS I SAID, DONT DO AS I DO MIGHT RING A BELL HERE.’

    ANYWAY, THIS IS HIS LAST CHANGE TO CLEAR THE OBSTACLES FOR HIS BOBOI TO BE THE 9TH PERDANA MENTERI.

    IF YOU KNOW HIM WELL, YOU SHOULD KNOW HIS STYLE.

  32. Sebenarnya dah usia nak masuk 95 tahun, tak perlulah Tun memberi nasihat atau menerima nasihat daripada sesiapa pun. Just relaks have fun with your family.

    Tun cakap gini, sure kena bantai kat FB. Tun tak sedih ka? Najib pun dah bantai Tun kat FB milik beliau. Tun tak tahu ka? Orang Tun boleh kata yang komen negative semua kerja orang Najib or TSMY kat wall FB milik Tun.

    My question sebelum Najib jatuh dan BN kalah GE14, adakah Tun yang hantar orang2 Tun kutuk Najib di FB bagai nak giler. If jawapan Tun tidak, maka the group yang hantar komen dan pandangan adalah orang luar party, chances are mereka terdiri golongan yang tidak ada party langsung.

    Sekarang time Tun pula kena balik. Over and over again. Rata2 komen suruh Tun pencen. I tak menyalahkan mereka sebab Tun dah nak masuk 95 tahun bulan depan. Come on la I pangkat usia anak2 Tun pun jobless, I relaks je, malas la nak asyik berpolitik, hasut menghasut orang, jadi batu api, cari dosa kering.

  33. Maaf, Tun.

    Bagi saya, PH yang terlebih dahulu mengkhianat kepercayaan Melayu yang mengundi mereka pada pilihanraya yang lalu melaui tindak tanduk konco DAP yang keterlaluan.

    Sedangkan Tun yang banyak berjasa diasak bertubi-tubi supaya meletak jawatan kerana mereka menolak jati diri Melayu yang ada pada Tun, inikan pula rakyat kebanyakan seperti saya. Mereka rasanya tidak akan ambil peduli langsung.
    Tidak pernah seumur hidup saya mencadang kepada mana-mana rakyat Malaysia meninggalkan negara ini. Bila PH pernah menang, ada pulak pengikut blog Tun ini yang suruh saya tinggalkan negara ni. Sudah terang lagi bersuluh, kebiadaban mereka memang terserlah selepas DAP merasa kuasa Persekutuan.

    Bolehkah dibuktikan yang lensa saya terhadap DAP selama 22 bulan PH memerintah adalah silap?

    BN yang dulu memang sudah rosak; lensa kita sama dalam perkara ini. Rasanya tidak perlu dibincang dengan panjang lebar lagi rasanya.

  34. Assalamualaikum Tun.

    Saya faham jika Tun tidak mahu lagi bekerjasama dengan TSMY.

    Namun begitu, saya juga tidak dapat memberi peluang kedua kepada DAP selepas peluang pertama diberi pada pilihanraya yang lalu.

    Ya, ahli kabinet dari DAP hanya 6 orang, tetapi kebiadaban konco mereka terlalu menyakitkan hati.
    Menteri Kula mem’pendatang’kan Melayu, rasis Dong Zhong tidak terkawal hendak menjadikan Malaysia seperti Taiwan, seorang lagi menteri bawa sami masuk parlimen, P Ramasamy memperjuangkan LTTE dan menyokong PM Modi dari menyokong penyatuan negara, kalau tidak kerana Tun rasanya Zakir Naik dah dihambat keluar, bertahun-tahun memperjuang Teoh Beng Hock tapi senyap sahaja bila bomba Adib dilanyak, orang Melayu tidak bersalah mati dilanggar pemandu mabuk tapi DAP srnyap, tanah status 900 tahun diberi kepada bangsa DAP.

    Memang BN buruk dengan sikap kleptokrasi mereka sebab itu saya undi PH pada pilihanraya lalu. Tetapi BN rosak setelah lebih 50 TAHUN memerintah. Tapi konco DAP jadi tidak terkawal hanya dalam masa tidak sampai 2 tahun. Tulisan jawi tidak dapat PH pertahankan, apakah jaminan Melayu terpelihara?
    UEC diperjuangkan tanpa mengira keadilan orang yang mengikuti sistem kebangsaan.

    Seperti yang pernah saya tulis sebelum ni, yang lebih membimbangkan saya adalah siapa dalam PH yang akan menjaga Melayu selepas Tun tidak lagi memimpin nanti? PKR parti AAD, Amanah pencacai DAP.

    Pada hari ini memang nampak semuanya salah pasal penubuhan PN. Tapi mungkinkah the push factor yang menjadi pencentusnya adalah tindak tanduk DAP yang rakyat boleh lihat sendiri.
    Saya lihat 2 video berlainan dimana kumpulan Kristian mengadakan keraian di atas kemenangan PH yang mereka sifatkan sebagai kemenangan Kristian.

    Dulu bangsa DAP tidak berminat berpolitik sebab keutamaan mereka untuk kumpul kekayaan, lepas itu mereka semakin galak untuk memperolehi kuasa politik sebab hendak pertahan hak. Apa jaminan DAP tidak jadi semakin rakus di masa hadapan sehingga meminggir Melayu jika mereka berkuasa lebih lama, Tun?

    Saya memang tolak DSN. Pasti!
    Tapi DAP nampaknya bukan pilihan lebih baik dari PN.

    Maaf Tun.Lensa kita berbeza disini.

    Kalau DAP secara tetbuka boleh kawal Dong Zhong yang rasis, tidak memperjuang UEC sehingga membelakangkan dasar pendidikan negara, turunkan pemimpin seperti Kula dan P Ramasay, bantah pesta arak, mungkin Tuhan akan buka pintu hati saya untuk sokong PH kali kedua.
    Begitulah dengan Amanah, tolong hentikan menjilat DAP.
    Kepada PKR, jangan jadi parti AAD.

  35. Hi Tun,

    Very clear points. Interesting. Understood.
    Your next blog should be “Why did I resign?”
    Please provide detail explanation from A – Z.
    What really happened and all the people involved.
    Don’t hold back even if you need to quote the Agong.

  36. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Ya, saya amat faham apa yang Tun rasa.

    Tun tidak mahu bersekongkol dengan TS Muhyiddin dan konco-konco beliau untuk melakukan pengkhianatan.

    Sebab itu Tun meletak jawatan PM. Ini sebab utama.

    Saya yakin Tun berada di pihak yang benar kerana sekarang kita sudah lihat karakter sebenar TS Muhyiddin.

    Saya masih tidak percaya yang TSMY tergamak membuang (melucut keahlian) Tun, DS Mukhriz, dll. dari BERSATU.

    Tun telah bekerja keras untuk membina BERSATU. Saya doakan Tun dapat balik HAK Tun dalam BERSATU.

    Tanpa Tun BERSATU bakal berkubur!

    Ya, BERSATU akan TERKONTANG-KANTING tanpa sokongan UMNO/PAS dan juga PH.

    Saya yakin, jika ada PRU-15 dalam masa terdekat, TSMY tidak akan menjadi calon PM.

    Tamatlah riwayat politik beliau (lebih buruk jika beliau kalah di peringkat Parlimen / Negeri).

    Jadi, silalah bubar Parlimen kalau berani…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  37. Hi Tun, as a thank you for all the things you have done I made a little video on YouTube. However, I’m afraid that some of the funny bits around 2mins are a little politically sensitive and I don’t want to cause any damage. They actually happened by accident and I hope you enjoy and are OK for me to make the video public. At the moment only those with this link (only you and Ayiz have it)

    https://youtu.be/fV_no7UiwNs

    I also made one for Malaysia Airlines & MOTAC which is here:

    https://youtu.be/JXiOZ-du35I

Comments are closed.