1. Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat.
2. Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjuk betapa beraninya Nazri.
3. Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong.
4. Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat.
5. Kata Nazri Proton adalah seekor Gajah Putih. Semasa saya menjadi PM, Proton dapat kumpul tabung keuntungan sebanyak RM4 billion. Proton membina kilang baru di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 billion tanpa pinjaman bank atau bantuan Kerajaan.
6. Di masa yang sama Proton membayar RM18 billion cukai kepada Kerajaan.
7. Kemerosotan Proton bermula apabila kereta buatan asing dibenar masuk dengan mudah, walaupun negara-negara pengeluar kereta ini menghalang kemasukan kereta Proton ke negara mereka dengan berbagai alasan.
8. Apakah kereta Proton begitu buruk? Hari ini kereta Proton buatan tahun 1985 masih boleh diguna. Ya. Ada kes tingkap tidak berfungsi. Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Cermin tingkap Proton sekarang tidak bermasalah. Lain-lain kelemahan kereta Proton sudah diatasi.
9. Demikian juga dengan kereta buatan Korea dan Jepun. Dahulu tidak baik. Sekarang berkualiti. Dahulu dikatakan jika kikis cat akan ternampak label tin milo. Sekarang tidak siapa berani fitnah.
10. Kenaikan harga kereta import bukan disebabkan oleh Proton. Cukai kereta adalah suatu punca dana Kerajaan. Sebelum ada Proton pun harga kereta import memang tinggi jika diambil kira zaman kos sara hidup yang rendah.
11. Hari ini penjualan kereta Proton memang tidak laris. Sebabnya ialah kerana banyak kereta jenama asing boleh masuk dengan mudah. Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluar berjuta buah setahun. Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan Kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia. Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan.
12. Kerajaan biasanya membiayai dana untuk research and development dalam industri pembuatan. Tetapi walaupun ada peruntukan dana untuk Proton, Kerajaan lambat membekal dan membekal kurang dari peruntukan budget bagi Proton. Namun Proton mengguna duit sendiri untuk develop tiga kereta baru. Ini menyebabkan masalah kewangan Proton.
13. Memang ada kelemahan-kelemahan dalam Proton, tetapi teknologinya sesuai untuk Malaysia, Australia dan Asean. Ada bantuan teknologi syarikat Eropah dalam Proton. Yang menjadi masalah ialah cashflow kerana kemasukan kereta asing memakan pasaran Proton.
14. Saya telah beli ketiga-tiga model baru Proton dan saya tidak menghadapi masalah menggunanya.
15. Saya yakin YB Menteri Nazri boleh beli kereta mewah yang diimport dan berbangga memperkecilkan kebolehan bangsa sendiri. Pada pendapat saya menjadi menteri dalam Kerajaan Najib jauh lebih mudah dari mengeluar kereta. Buat salah, menghilangkan berbillion Ringgit pun okay. TV3, Utusan dan New Straits Times akan lapor duit dapat dari raja yang sudah mangkat.
16. Gajah putih depan mata tak nampak. Semut di seberang laut ternampak uban dikepalanya. Dunia kata awak anggota geng pencuri.
Awak kata awak bukan pencuri, hanya perompak sahaja.
Untuk pihak yang berkenaan:
Kalau padi katakan padi
Tidak saya tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
Tidak saya ternanti-nanti
Kalau sabut katakan sabut
Tidak saya mengasap-asap
Kalau takut katakan takut
Tidak saya mengharap-harap.
Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
Debat antara YB Menteri Nazri Aziz dan Tun Mahathir
1. PM Najib @ Ah Jib Gor pernah CABUT LARI (hiding somewhere…) semasa program NothingToHide.
2. Kita lihat samada DEBAT antara Menteri Nazri Aziz dan Tun Mahathir di Padang Rengas.akan jadi kenyataan
3. Tun memang hebat bila sanggup turun ke kubu kuat YB Nazri untuk berdebat walaupun usia Tun sudah hampir 92 tahun. Inilah contoh pemimpin yang betul2 berani.
4. Harap2 Si YB ‘samseng dan kurang ajar’ ini akan lebih beradab semasa sessi debat tersebut.
5. Dan saya harap Si YB Nazri tidak beri lagi hujah dangkal bahawa ‘tanah-air /Apartment di Forest City’ yang dijual kepada warga asing dengan status HAK MILIK KEKAL tidak dapat diangkut balik ke negara China. Jika hujah ini boleh dipakai, jual sajalah kesemua tanah2 & kawasan laut di Malaysia ini kepada warga asing sebab memanglah mereka tidak boleh angkut seluruh Malaysia ke negara2 mereka. Tetapi mereka boleh angkut berjuta-juta kaum-kerabat mereka ke Malaysia dan boleh pula mohon kewarganegaraan selepas 12 tahun di sini. Si YB ini memang dung* dan tidak berpandangan jauh.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Tun,
With respect to Proton and Lotus, I saw this quote today in Automotive News:
“Ask other automakers,” Tavares told Automotive News Europe. “My plate will be full integrating Opel/Vauxhall.”
In fact, his plate is about to get even fuller as PSA prepares to buy Proton Holdings, the Malaysian automaker. Proton “is all but a done deal,” Tavares said, “and could offer us a great opportunity to expand in Southeast Asia.”
I sincerely hope this has a positive outcome.
John Mansfield
Assalamualaikum Tun,
Bravo, si nazri! sambut juga dia cabaran Tun berdebat, untuk peringatan dia dia yang cabar Tun dulu. Tun represents the people who were shut down from knowing the truth behind these scandalous episodes. Si nazri, whatever his friends say, represents kerajaanMO1. Now the people will learn something from this debate. People are craving for new information and insights. Don’t they go cancel at the last minute and say the 1MDB case is still on-going and it would be subjudiced, Igp tak selesai siasat lagi ka? Masa raja salman datang mesti mereka ada minta dia sign dokumen sebagai tanda bukti RM2.6billion tu raja arab yang derma, adakah? Selagi tak tunjuk bukti sapa nak percaya.
Si nazri kata kalau Tun tak datang dia don’t care, kita kata kalau dia tak datang tu tanda mereka nak everything2hide. Tak kesah dia tu lawyer ka menteri ka, yang paling utama dia mewakili MelayuUmno, seorang pejuang nasionalis MelayuUmno yang berakhlak tinggi, bersopan-santun dalam menyampai buah fikiran yang melambang budaya fikiran yang tinggi yang dapat berkongsi manfaat bersama2 Tun dan audiences (maaf tumpang ayat2 ni). Jangan pula dia beremosi attack peribadi Tun dan ajak bertumbuk pula.
Tun dah berdepan dengan’musuh2′ yang lagi hebat, degil dan garang daripada si nazri ni – puak2 Israel, USA, G.Britain, Australia tapi takle sampai Malaysia nak berperang. To create a personality is power. The encounter between Tun and si nazri, whose personality has the greatest power on the audiences? Whose power has the greatest impact on the audiences?
Some people responded to pressures by trying to become salesmen who could not only sell their company’s gizmo but also themselves. Is si nazri selling himself by trying to impress himself or his boss? Get him Tun, wallop dia cukup2, let him bite the dust. May Allah gives Tun strength and success from a witty high-octane public speaker to a record breaking salesman.
May Allah Bless and Protect Tun and family Always. May Allah never take away your greatest treasure – your knowledge. Thank you Tun and Good Luck.
When wr could be brought over behind the voters, thats money politics no matter how we put it.
If a principle could be dated and numbered, thats not principle, said warren buffet said, arent you?
General election sentiment can never replace a thought, similarly, a thought can never replace the general election sentiment, thats what what warren buffet said, and i agree, arent you?
One thing is for sure, dap can be replaced by gerakan, and pkr can be replaced by bn, thats for sure.
Perhaps, some think history repeat itself.
Even if history is repeat, the challenges would be so much difference from the past.
When general election is called, we will know who are the winners, who are the loosers.
What you complaints is nothing new.
I sure hope you have not forget the latest example of how umno baru gained back perak by buying over 2 pkr wr and 1 dap wr that pushed out the legally elected pas mb.
I got br1m myr450, and i will vote bn when next general election is called.
JPB Mar 12,2017 3:12 PM
Dear Tun,
Sometimes I wonder how some people become wakil Rakyat. They are so dam stupid with poor people skills. They are rude and arrogant. One such person is Nazri Aziz. Does he know the difference between your age and his? Is this how his parents thought him to behave? Is this the quality of an educated person representing the people of Malaysia?
Even if he disagrees with Tun on policies, I believe there are much better ways of putting it. During your period as PM, I have never seen you to be rude or arrogant. You were always mild mannered yet firm in your ways.
We need these qualities in our next leader. So far the two people you chose to lead us are jokers as far as I am concerned. I hope the next one you pick would be more civilized, cause if you make a mistake again, you will be too old to rectify it.
With that, I salute your efforts to make right what the current govt is doing wrong.
Best Wishes,
JPB
Dear Tun,
Sometimes I wonder how some people become wakil Rakyat. They are so dam stupid with poor people skills. They are rude and arrogant. One such person is Nazri Aziz. Does he know the difference between your age and his? Is this how his parents thought him to behave? Is this the quality of an educated person representing the people of Malaysia?
Even if he disagrees with Tun on policies, I believe there are much better ways of putting it. During your period as PM, I have never seen you to be rude or arrogant. You were always mild mannered yet firm in your ways.
We need these qualities in our next leader. So far the two people you chose to lead us are jokers as far as I am concerned. I hope the next one you pick would be more civilized, cause if you make a mista
Saya rasa kasihan kepada DrM jika beliau terpaksa berdebat dengan Nazri.
Kerana Nazri terlatih sebagai seorang peguam, maka besar kemungkinan DrM terpaksa cari alasan baharu utk batalkan cadangan beliau sendiri.
Jika diteruskan juga debat itu, saya berani potong kereta, bahawa DrM akan mendapat “kemaluan yang besar” seperti simpulan bahasa yang menjadi rujukan Sammy Vellu.
😀
Assalamualaikum Tun,
To Tun Proton is like a family, he’s the ‘father’ and he’s also the great maestro. Being committed as a brilliant maestro, his admiration and honest emotion towards Proton and its family, Proton flourished to its highest height, became an iconic symbol of car-maker industry in the country and furnished it with sweet successes for years and years.
With Tun’s loving touch and care Proton is set to live happily ever after.
To cut it short, somewhere along the way, Proton (or the untouchable Big Shots in Proton and outside?) stopped listening to Tun. Bad corrupted germs crept in – jealousy, greed, cronysm, back-stabbing, disloyalty, betrayal – all these eventually cracked Proton thus sales, quality and profits dwindled because money gone somewhere else. Every company has its short-comings but this was crudely done – all because Tun was there, in Proton. They want you out because they have some ulterior agenda in Proton. They may abide all industrial and commercial laws but they sure stray from the law of honesty and integrity. They’ve put Tun at the sideline then mercilessly removed Tun – and still blaming Tun till now?! This is my perception and my understanding.
Tun, you have been very kind and generous to let us into your ‘house’, a few – well sort of rude and sarcastic. They try very hard to infiltrate, to inject and embed their so-called high-class well-researched thoughts into our minds. They’ll keep on bulldozing and exploit brains that with tiny leakage till these brains become retarded…like them. They think they have done an eloquent and powerful job of extolling the virtues of themselves as thinkers and fact-finders. Yes, most hard thinkers like them do appreciate and willingly face hard problems that demand careful thoughts. But it’s a good idea to know what you want to say before you press your fingers on the keyboard. It would be a nice piece to read and to ponder upon if it was less sarcastic and more gracefully written. Same goes here.
May Allah forever Bless and Protect Tun and family. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care in your safety and Thank you Tun.
P/S: si nazri ni just wants your attention, Tun that’s all. Tentu dia gumbira Tun ‘tegur’ dia, dapat perhatian Tun…sikit pun jadi.
Assalammualaikum YAB Tun dan fellow bloggers,
To Mr abdulHamidMohammed.
Tenguk kata2 you, teringat Kitul…..good try
Are proud to quote his comments? (yg childish tu?)
Karl,
Tak sangka pulak DRB-Hicom berminat pada benda yang retarded? Sekarang Geely pula.
They must be equally retarded?
Assalamuaalaikum
Nazri (Padanku)
Aziz (Yang mulia, yang kuat, kekasih)
Hari ini adalah sempena hari wanita sedunia… Jadi… Selamat Hari Wanita…
Hari ini juga… Ialah ulangtahun yang ke 3… MH370 dimana hilangnya kapal terbang Malaysia Airline pada tarikh 08.03.2014.
Takziah kepada yg kehilangan… Hanya Tuhan sahaja yg mengerti apa yang kalian lalui sepanjang kehidupan ini…
Quote from the Holy Qur’an: Ar-Ra’d (The Thunder) (13:30)
كَذَٰلِكَ أَرْسَلْنَاكَ فِي أُمَّةٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهَا أُمَمٌ لِتَتْلُوَ عَلَيْهِمُ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَهُمْ يَكْفُرُونَ بِالرَّحْمَٰنِ ۚ قُلْ هُوَ رَبِّي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ
Kathalika arsalnaka fee ommatin qad khalat min qabliha omamun litatluwa AAalayhimu allathee awhayna ilayka wahum yakfuroona bialrrahmani qul huwa rabbee la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wailayhi matabi
Thus have We sent you to a community before which [other] communities have passed on so you might recite to them that which We revealed to you, while they disbelieve in the Most Merciful. Say, “He is my Lord; there is no deity except Him. Upon Him I rely, and to Him is my return.”
http://www.muslimpro.com/dl
Yg mengelisahkan Malaysia
Adalah pentakbiran Kerajaan yg tidak berfungis Mantap
Ini Bukan persoalan Najib semata
Apabila Kerajaan kita tidak Mantap
Maka apa jua yg kita lakukan dan yg telah lakukan akan hancur demi masa
Bermakna apa juga perjuangan , pembangunan tidak akan berjaya
Jika Kerajaan Malaysia tidak ada Chemistry dari atas hingga di bawah
Maka pentingnya kita memilih yg terbaik untuk mewakili kerajaan
Perlu memilih pegawai yg berkebolihan , amanah dan cekap
Bukan kerana ia , saudara mara Pengarah atasan atau sahabat handai Bateri
In yg menhancurkan pentakbiran Negara
Maka apa yg kita lakukan semua jadi tidak betul
Saya berharap kita bersama dapat pilih yg terbaik
Berlandaskan Hukum Agama , Hukum Akal manusia sebaiknya
Untuk mendapat yg terbaik
Sekarang semua macam Biscut
Biscut lah jadinya
Orang2 Johor yang tertutup mindanya@pembodek buat laporan polis bila Tun datang Johor.
Pada aku, patutnya si Nazri ni yang patut direport polis sebab biadap. Tgk muka dia pun aku benci.
This is the fact regarding North Korea issue in Malaysia:
Either this issue was mishandled by Malaysian police as usual. It would be a shame if it’s indeed.
OR
This issue was exaggerated by Najis to divert people attention from something as usual.
North Korea doesn’t mind about Malaysia and it’s people residing in Malaysia, since they are more engaged with rhetoric against US and South Korea.
In fact if North Korea wanted something seriously from Malaysia, they would have done it through China.
Nazri bukanlah satu isu, tapi isu sebenar ialah Proton.
Proton telah jual 100% kepada DRB-Hicom.
DRB pula adalah satu entiti bisnes.
Proton walaupun dah berusia lebih 35 tahun, masih macam toddler dalam industri.
Arrested development atau retarded?
semua yg hentam mahathir disini tiada masalah….malaysia kan amerika negara kebebasan bersuara…
tapi janganlah berani baling batu tapi ikut celah lobang menyorok…..cuba bagi sikit link2 korang supaya kami boleh kesana pula….
org ckp isu proton ko ckp isu sultan johor…..org cakap proton berdaya saing tapi kerajaan tidak melindungi seperti kerajaan korea lindungi dan bayar kia and hyundai ko amik berdaya saing jer….kalau mukhriz beli macam la najib nak tolong beli proton untuk rosmah?
aku ni pun dah gila cam korang sbb melayan keyboard warrior yg sah2 xkan baca reply nie…..tapi takperla…….
saya cabar nazri aziz bertanding di kawasan berkecuali dengan saya…tapi kena bagi saya separuh atau satu bola la sbb saya bukan politician….kalau saya dapat 1/4 dari jumlah undi kira nazri kalah…hehehehe….
berbalik isu proton…..pada tahun 2000 saya beli sebuah kereta satria 1.3 manual….sbb kongsi bayar dengan kakak, bukan tidak mampu beli honda, tapi sbb nak bantu mesia dan isi minyak di petronas….
selepas 17 tahun…kereta tersebut masih otr tanpa banyak masalah….
kesilapan proton bukan pada cashflow dll…kesilapan proton dilahirkan dimalaysia…negara yang ramai tak tahu rukun negara dan negaraku dengan betul(mata sepet) dan ramai melayu tapi perasan bangsa mulia dicapai kerana dna sahaja tanpa usaha….
sad but true
Tun…kenapa perlu Tun sahaja yang banyak bercakap dalam media sosial selain Syed Saddiq…dimana yang lain dari PPBM ?
Salam Tun.
1. Adakah kemenangan seseorang calon untuk menjadi wakil rakyat bermakna perbuatan haram yang salah di sisi agama , bangsa dan negara telah di halalkan.
2. Mengundi dalam pilihanraya terlalu lemah dalam mendapatkan kebenaran kerana rakyat tidak melalui satu sistem bicara.
3. Melainkan pengundian selepas satu bicara sistem kehakiman untuk mendapat sokongan majoriti di pilih sebagai kemenangan.
4. Bagaimana pun sistem yang di amalkan sekarang di dunia ini kadang2 pun boleh di pertikaikan jika telah berlaku pencabulan terhadap undang2 atau pun barisan pendakwa.
5. Di ambil contoh dalam sistem agama Islam bicara terhadap umat manusia bukan sahaja di dunia tetapi akan di bicarakan oleh yang maha adil.
6. Semasa di dunia manusia akan di catat setiap kesalahan dan juga kebaikan yang di lakukan.
7. Di akhirat nanti catatan itu akan di nilai kembali dengan kekuasaan Allah s.w.t dengan adanya nama-nama yang tidak dapat di adakan umat di dunia seperti neraca mizan , titian siratholmustaqim , anggota yang bercakap atau lebih tepat bukan dari kebolehan manusia dunia.
8. Apa yang di buat manusia di dunia penuh kelemahan malah ciptaan kita terhadap Proton sendiri akan di lemahkan oleh manusia itu sendiri dek kerana nafsu pilihan masing2.
9. Sifat serta perbuatan itulah yang akan di bawa sebagai bekalan yang akan di nilai kembali di akhir zaman dunia ini.
10. Ingat kita tidak kemana akhirnya kembali kepada tuhan.
Wallahua’lam.
Hajar
2. Dulupun dia ada cabar Tun untuk bertumbuk. Berani betul dia mencabar seorang yang jauh lebih berusia dari dia.
Nazri bukan orang Berani
Sebenarnya dia ni Kurang Ajar sebagai seorang dewasa
Malah sebagai politician beliau dilihat sebagai penyagak jalanan
Seperti cetusan seniman bujang lapok , cerita P.Ramlee
Kata Ahmad Nisfu ….. Itu bukan gagah, itu gelojoh, bodoh!
UMNO merupai Politic Kampung
Punya angkatan yg tidak berpelajaran juga professional
Macam budak budak
Inilah akibat dan hasilnya
nazri aziz jangan sombong
Assalamualaikum Tun,
Listen listen listen…orang2 yang berkepentingan dan berpengaruh suruh Tun shut-up. Mereka ni semua ada agenda masing2 dan longgokan habuan yang sedang menunggu untuk di kutip – yang jadi pesuruh dan kuli adalah orang2 bawahan mereka seperti si nazri dan yang sewaktu dengannya. Dia cabar Tun, Tun sambut dengan berani, Tun cabar balik dia…ada dia berani sambut ka.
Banyak dah main cabar-mencabar ni tapi satu pun tak jadi apa2, seperti pemuda umno cabar Pemuda Bersatu berbahas. Pemuda Bersatu sambut dengan berani tapi dok senyap je pemuda umno ni, dok tengah cari dan latih orator terbaik mereka kot. Tak sabar la nak tengok sapa berani berbahas dengan Tun. Tun cakap pun slow and steady tak jerit2 tak sembuq2 so depa ni boleh cut Tun dengan cepat. So jangan malu jangan segan jangan sipu2 dengan seorang tua yang berumur 91 tahun ya, tuan2 dan puan2 MelayuUnmno yang berani lagi bijak bistari. Jangan hanya cakap besaq dan lagak hero je – sambut jangan tak sambut.
These dubious people sow then reap our country’s resources like there’s no tomorrow till barren and when they dried up our funds they sent s.o.s. to the Chinese ’emperors’ for borrowings, and at the same time rubbed Alladin’s lamp and zam-zam ala ka-zam pop in billions from the Arabian kings and princes. Wow, that so powerful la, could woo in billions and billions. Tun pun dah admit zaman Tun pak arab sangat kedekut. What’s the catch? Could not be for free. Obviously, there’s something lost something gain.
If our economy is so great why slash our children’s biasiswa, universities’ funds and the government agencies’ allocations, why are jobs not on standby or welcoming our graduates according to their credentials but instead they have to beg for jobs, why impose heaps of cut-throat taxes on people of all levels and ages, the sick and the poor and increase in prices of essentials goods and other services without the people’s referendum, why the rampant rasuah by government officials and civil servants, and the big WHY borrow from foreign creditors? The FDIs they say are investments but in actual fact they are borrowings. What are the consequences when a country borrow from foreign creditors?
Tun, on the latest diplomatic crisis with N. Korea was kerajaanMO1 thrown off- balance in handling the case? Diplomatically, who was lack of tack in handling this case till both sides acted aggressively and hostile? Didn’t they take into account their own citizens’ security in foreign land? N. Korea has got the backing from her own army and missiles, kerajaanMO1 has the backing from…? That’s why we need a smart-thinking PM who will take actions without jeopardize the country’s security and people’s lives. But we have to bank on his wisdom for now. Just hope his brilliant advisers and agents do not aggravate the situation further. I wonder, Tun how you would have handled it if you were still the PM of Malaysia.
Semoga Allah permudah dan berkati segala usaha murni Tun dalam Menyelamatkan Malaysia. Semoga Allah lindungi dan beri kesihatan yang baik kepada Tun. Terima kasih Tun.
Tun,
It would seem the political class in Malaysia now how to get a reaction from you!
I won’t get involved in the politics.
However, I do hope that both Proton and Lotus come out of their present predicament with an owner (private/state/other) that has the funds and a plan that is feasible going forward.
John Mansfield
Assalamualaikum Tun.
Berkaitan dengan projek projek yang berlaku di Johor, telah diketahui umum bahawa Sultan Johor ada mengata Tun dengan perkataan yang kurang manis.
Setakat pengetahuan selama ini, Sultan hanya mempunyai kuasa dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam negeri sahaja.
Malah MB, Sultan juga tidak bokeh memecat sesuka hati baginda.
Begitu juga dengan jawatan PM. Agong tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menggugurkan PM.
Dulu MB Ahmad Said diminta Najib untuk memujuk Sultan Mizan agar bersetuju memberi pajak telaga minyak untuk 1MDB.
Sekiranya Sultan Mizan telah bersetuju memajak telaga minyak Terengganu ketika itu dan kini 1MDB bermasalah seperti sekarang, maka siapa akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian tersebut?
Siapa rugi siapa lepas tangan?
Begitu juga isu Forest City. Sultan dapat hadil dari pelaburan warga China. Tetapi kesan jangka panjang siapa akan tanggung dan siapa akan lepas tangan?
Kan Sultan Johor yang tandatangan atas nasihat MB?
MB dari mana? Dari pihak pemerintah.
Jika Malaysia dijajah dan jatuh pemerintahannya, di mana kuass Sultan Sultan kita, termasuk Sultan Johor?
Saya orang muda, tak berapa reti pasal sejarah Malayan Union. Mungkin kita perlu ingat balik bagaimana undang undang digunakan secara sah untuk perkara yang tak betul.
Terima kasih Tun.
Salam Tun M dan rakan2 lainnya..
Sekali lg jwpn yg bernas dr Tun..tindkbls sempurna dr Tun utk YB Nazri..
Bagi saya, isu dr YB Nazri hanyalah utk tujuan kepopularitian politik shj..sbgai tanda beliau msih wujud dlm politik Msia..just kacau2 sana skit sini skit…then tercalon lg…begitulah seterusnya..
Bagi isu proton, pd saya keputusan di tgn kerajaan..mahu tolong @ tidak..segala2nya mgkin kalau mahu…ya tak? Hrpnya bkn kerana dendam pd Tun…kalut2 KLCC pn nntinya terpksa dirobohkan..ada shja alasannya…hihi…mntk simpang malaikat 44..hihi..
Cerita pasai proton ni…teringat sitcom Mr. Bean dahulu ada buat scene kondem keta proton…babak Mr. Bean pukul bola golf msuk lubang ekzos keta wira yg dijadikan teksi lalu meletup bonet depan…toyaa pnya Mr. Bean hehehe…
By the way..all the best to you Tun….thanks!
Jika baca hubaya-hubaya Tun Mahathir dalam tajuk “Pembangunan JB”, sudah tentu Tun Madey pasti tepis-menepis untuk memastikan kenyataannya sahih seperti sahih Bukhari & Muslim.
Justeru, untuk berlaku adil tidak bulat-bulat menyebelahi Tun Madey. Saya (Abdul Hamid) ingin tampal titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa Tuanku mencemar duli di ruang Galeri Darurat Bukit Kepong , Muar Johor. Titah Sultan Ibrahim ini, ada dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian (Feb 24, 2017) dalam tajuk “Amaran Tuanku – Ingatkan golonga politik luar tidak campuri urusan negari”.
{/Sinar Harian/ /Amaran Tuanku/}
Rakyat Johor sememangnya sudah mencapai keselesaan serta keamanan, oleh itu pemimpin politik luar tidak perlu tunjuk pandai untuk mengatur perkara yang harus dilakukan.
Suka saya (Tuanku Ibrahim) ingatkan kepada orang politik di luar Johor supaya jangan masuk campur dalam urusan negeri ini. Jangan cuba untuk mengelirukan rakyat saya atau memecahbelahkan perpaduaan Bangsa Johor.
Orang luar tidak perlu hendak tunjuk pandai atau mengajar apa yang patut dibuat. Rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang berniat menakut-nakutkan rakyat dengan cerita dongeng yang direka-reka.
Kewujudan orang luar yang cuba masuk campur dalam urusan negeri ini pastinya sudah lupa akan kata-kata yang pernah dilontarkan beliau suatu ketika dahulu.
Mungkin orang luar itu telah lupa yang zamannya telah berlalu. Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, nampun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.
Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat. Dulu dia kata media Barat suka buat cerita, tapi sekarang cerita media barat dikatanya fakta. Jika dia bukan pelupa, mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia.
Nasihat saya kepada dia (Si Nyanyuk akibat faktor usia), cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh siang berterusan.
Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak, atau orang kata the best business you can have today is mind you own business.
Dari kecil lagi saya (Sultan Ibrahim) telah dididik untuk menjaga negari Johor, saya tahu apa yang terbaik untuk negeri saya. Tak akan saya hendak aniaya rakyat saya sendiri.
Kita mesti sedar yang usia kita terus meningkat dan kesihatan kita pula akan menurun. Saya juga akan bertambah tua, bila sampai satu tahap saya sudah tiada kudrat untuk memerintah negeri ini. Saya akan turun takhta dan serahkan kepada anak saya. Saya tidak akan campur tangan atau kecam raja baharu yang memerintah.
{/Feb 24, 2017/ /Amaran Sultan Ibrahim/}
Apa macam, ayat-ayat yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim?? Cool tak titah Sultan Ibrahim?? Memang cool titah Sultan Ibrahim.
Tun Madey masa bersarang dipuncak kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4, suka sangat sindir orang Melayu dengan ayat “Melayu mudah lupa”.
Sekarang padan muka Tun Madey, Sultan Ibrahim gunakan sindiran Tun Madey (Melayu mudah lupa) untuk ditembak tepat ke hidung Madey. Lebih dramatik lagi Sultan Ibrahim tembak lagi dengan ayat “mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia”.
Sultan Ibrahim mengakhiri titahnya “Saya juga akan bertambah tua, bila sampai satu tahap saya sudah tiada kudrat untuk memerintah negeri ini. Saya akan turun takhta dan serahkan kepada anak saya. Saya tidak akan campur tangan atau kecam raja baharu yang memerintah”.
Sesudah Tun Madey tidak memerintah. Tun Madey tidak duduk diam, asyik kecam Pak Lah. Akhirnya Pak Lah mengalah dan letak jawatan.
Kini (2017) Dato’ Sri Najib Tun Razak pula memerintah. Tun Madey tetap tidak duduk diam, asyik kecam dan terus mengecam Najib. Tetapi, Najib bertindak secara bijak, Najib nampak dan Najib belajar. semasa Madey gila-gila mengecam Pak Lah. Madey menggunakan proksinya yakni Muhyiddin Yasin untuk mendesak Pak Lah letak jawatan.
Sesudah berlaku peristiwa tragik terhadap Pak Lah, dan Najib belajar dari peristiwa tragik yang menimpa Pak Lah. Untuk memastikan tidak lagi proksi Madey dapat mengganggu-gugat Najib. Tanpa takut-takut, Najib memecat proksi Madey yakni Muhyiddin Yasin, sebelum Najib dipaksa lepaskan jawatan seperti Pak Lah.
Padan muda Tun Madey dan semua proksinya yang kini mundar-mandir meroyan seperti hantu raya tidak berjinjang.
Slalu bile Tun tulis ape je kt sini klu geng2 sana rasa tak berkenan cepat je kluar tv3…ni Tun dh cabar nazri debat, tak de pun kluar tv..hahaha..nazri goyang ke stakat sembang cabar sana cabar sini buat ape?..klu rasa ape yg dibuat tu btul pertahankan lah..biar rakyat tahu..dari dlu nazri ni ntah ape2..cmne bleh jd menteri..
tagosan4,
Apa bangang Najib ni? Kalau betul Malaysia ekonomi baik, kenapa mintak tolong negara Cina? Kenapa perlu nak jual Proton ataupun mencari strategic partner sekalipun? Jangan cakap je.
Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
1. Ya Tun, betapa BERANInya Menteri Nazri Aziz mencabar Tun untuk bertanding.
2. Dulupun dia ada cabar Tun untuk bertumbuk. Berani betul dia mencabar seorang yang jauh lebih berusia dari dia.
3. Mungkin dia patut cabar seorang NENEK tua yang berusia 94 tahun di China yang pandai berkungfu untuk berlawan ( http://www.star2.com/family/seniors/2017/02/21/shes-94-and-they-call-her-kung-fu-grandma-for-a-good-reason/ ). Mungkin belum sempat Nazri Aziz buka langkah nenek tua tersebut sudah belasah dia sebab nenek ini pantang lihat ‘samseng’ atau orang jahat…
4. Mengenai Proton, memang menjadi tanggungjawab / kewajipan Kerajaan semasa untuk membiayai R & D (Research and Development) dalam sektor pembuatan automotif yang telah bertapak di negara kita. Hasil penyelidikan (walaupun dipandang rendah oleh segolongan manusia yang ada masaalah ‘mentaliti’) tetap memberi pulangan dari segi pengalaman dan pembelajaran berguna kepada rakyat dan negara.
5. Mungkin ramai yang tidak tahu/peka bahawa apa saja bentuk penyelidikan (walaupun GAGAL / kurang berjaya) akan berhasil menjana minda kreatif dan memberi ilmu berguna (useful/valuable ‘journey’) kepada mereka terlibat, dan sudah pasti ini baik untuk rakyat dan negara.
6. Yang lucu (komen dangkal) ialah ada pihak yang kata Proton tidak perlu hasilkan ENJIN sendiri. Tapi, jika setakat ‘pasang badan kereta’ (pakai enjin syarikat lain) saja pun, kena KUTUK bertan-tan juga jika PROTON yang lakukan.
7. Jadi apa sebenarnya yang para pengutuk ini mahu? Adakah perangai mereka juga seperti YB Menteri Nazri Aziz yang pandang rendah terhadap produk (kereta) tempatan?
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Assalamualaikum Tun.
Pendapat saudara Fariq Islam juga ada logiknya. Saya boleh bersetuju dengannya.
Namun bagi sebuah negara kecil mengeluarkan jenama kereta sendiri buatan tempatan mungkin Tun terlepas pandang menyatakan berapa % peruntukan disediakan dari jumlah keuntungan Proton untuk R&D ?
Saya tidak pasti jika rakyat Malaysia merasakan betapa pentingnya ada R&D dalam perniagaan pembuatan.
Dalam agakkan saya, 80% dari keuntungan Proton akan diperuntukkan untuk R&D sahaja – itu jika sesuai dengan pasaran dan dapat untung sgt2.
Jika jualan kurang memberangsangkan untuk mencapai 80% dari keuntungan penanda aras tadi, maka itulah Proton dikatakan rugi, sedangkan kerajaan sepatutnya membantu dari segi memperuntukkan sejumlah wang bagi tujuan R&D Proton.
Maka hasilnya, rakyat Malaysia ada pekerjaan, kerajaan dapat hasil cukai dan ekonomi orang Melayu akan lebih kukuh atas dasar pelindungan kerajaan tadi.
Jika dikatakan Proton untuk orang miskin saya tak berapa setujulah. Tapi jika Proton untuk orang tidak kaya, saya bersetuju.
Rasa saya pada orang kaya, isu nak beli Proton atau tidak, tak menjadi isu sekalipun.
Saya fikir isu Proton adalah isu Melayu tak pandai niaga atau tak ada otak niaga dalam hal pembuatan terutama orang kerja kerajaan.
Dan pulak ia ditambah dengan isu dendam pada Tun Mahathir.
Teringat saya pada satu sessi ceramah, dikatakan orang itu susah bukan sebab dia mahu susah (miskin)
tapi rezekinya setakat itu sahaja Allah bagi, walau berusaha sekuat mana pun.
Inilah tanggungjawab kita, tanggungjawab kerajaan : memberi `makan`pada orang yang tidak mampu
Semoga amal kita ditimbang lebih berat dosa kita diakhirat kelak. Perkenankanlah! Ya Allah.
Terima kasih Tun.
Assalamulaikum & selamat sejahtera.
1. Ybhg. Tun., jangan di layan saudara Nazri ni. Dia dalam umno macam hidup segan mati pun tak mahu. Dari Zaman Tun sehingga sekarang tidak ada jasa pun pada bangsa dan negara.
2. Muka dia dua , belakang dia ada ekor ibarat layang layang tali nak putus.
Sekejap dia kata tak ada duit dalam akuan tuan dia , lepas tu layang layang tu pusing balik , mengaku ada duit dlam akaun.
3. Dalam umno dia hanya samseng melayu.Dia lah manusia yang menyebabkan pemandu teksi naik kepala. Suka hati nak kena tambang kat penumpang.
4. Bila uber dan grab ada baru padan muka.
5. Saya sekarang pakai proton saga iswara tahun 1997, saya bangga ada kereta
ni. Spare part dah lah murah,maintainance senang.Kalau rosak beli spare part repair sendiri.
6.”membangangkan” orang lain hanya menampakan kelemahan kita sendiri
dan tahap kecergesan minda serta batasan ilmu.
Sekian
Assalamualaikum, Tun.
Budaya politik kini semakin hari semakin merosot. Bila seseorang tokoh masih berkuasa, maka beliau dihormati malah dibodek. Bila seseorang bekas pemimpin dah bersara dan bersuara mengutuk, maka beliau dikritik, dicabar dan digambar seakan-akan bekas pemimpin tidak pernah berjasa.
Wahai… Apakah itu budi pekerti?
Assalamualaikum, Tun.
Rakyat bersyukur bahawa kerajaan membenarkan penubuhan Perodua, dan tidak membiar Proton memonopoli status kereta nasional. Ini langkah yang bagus, demi menjamin masa depan sektor pengilangan kereta nasional.
Tanpa kemasukan kereta-kereta asing, jualan Proton juga akan terjejas kerana Rakyat mungkin lebih cenderung membeli kereta Perodua yang lebih berkualiti.
Walau bagaimanapun, kerajaan nampaknya tidak memberi kebenaran kemasukan kereta-kereta asing, sepertimana yang dikutuk. Contohnya Nissan Datsun yang laris dijual di banyak negara tidak dibenar masuk. Kalaulah Datsun dijual pada harga RM30k – RM35k di Malaysia, maka Proton mungkin terpaksa tutup bisnes.
Assalamualaikum.
Setuju dengan Tun.
4. Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat.
APA LAGI NAZRI AZIZ, KALAU KAMU BENAR-BENAR ANAK JANTAN, SAHUTLAH CABARAN TUN UNTUK BERDEBAT TANPA SYARAT.
IANYA HENDAKLAH DISIARKAN SECARA LANGSUNG DALAM TV1 DAN TV3.
ADA BERANI KAH, NAZRI???????????????????
JANGAN BERI ALASAN. JIKA PUN NAZRI SANGGUP PUN TETAPI ADA PIHAK KERAJAAN AKAN MENJADIKAN PERBAHASAN INI GAGAL.
TAK PERCAYA TUNGGU DAN LIHAT.
Semuga Tun dan keluarga sentiasa dirahmati.
Saya berpendirian sebenarnya Proton bolih di selamatkan
Perosalannya Yes or No saja
Ini tergantung pada Niat
Kalau Tun masih PM , saya yakin Tun akan pulih kan
Alasan kononnya kereta luar masuk tanpa kawalan dan selainya
Bolih di tepis jika Kerajaan Niat Ikhlas untuk menghidupkan Proton
Kerajaan Sinagpura tidak buat Kereta pun
Bolih untung Keuntungan kereta lebih berlipat kali ganda dari pembuat kereta satu Dunia dengan mengaturkan undang undang bagi mementingkan kepentingan mereka
Ini persoalan Yes or No
Bukan Cannot
Atau mungkin juga ada Agenda tersirat , terselit di hati busuk
Maka Proton beria ia nak di jual
Pasaran sengit memang alasan tapi tidak perlu jadi sebab musebab Proton perlu di jual . Pembuat kerata lain juga ada masalah sendiri , ada jenama Prestige pun masih belum ada untungnya lagi
Jadi apa sebenarnya isu Proton ?
Apa jijiknya Proton ?
Ok lah Proton jika cermat 15 tahun , 20 tahun masih bolih pakai
Di Singapura , Mercedes , Lambogini , Ferrari , Toyota , Nissan , Proton atau kereta China yg pekak badak selepas 10 tahun bukan saja tak bolih pakai ,malah jadi Balak jika disimpan begitu saja . Bukan bolih isi dalam Almari , nak Parking Kereta tak bergerak pun kena bayar , kena juga Lay off .Semuanya Duit
I say Bedah , Cik Nazri mungkin bolih juga bahas dengan Tun soal 1MDB ,BMF juga Proton . Kami sedia menyaksikannya
Jangan pula gaya Cik Nazri Gagah macam Limousine , macam Mercedes
Rupaya macam Mini Morris bertayar 2 tayar yg lembik
Dah banyak bucur agaknya
Assalamualaikum Tun
Memang disedari tanpa kawalan kemasukan kereta asking, kewangan proton akan merosot dan mungkin akan dijual utk mendapatkan keuntungan singkat oleh kerajaan sekarang.
Proton adalah maruah dan kebanggaan negara.
Ramai warga Malaysia terutamanya bumiputera berkerja dan ada yg menjadi usahawan kerananya.
Dengan menjual proton, warga malaysia akan dinafikan perkerjaan di proton.
Ini bukan hanya terjadi di Proton sama.Banyak kompeni GLC terutamanya kompeni strategic seperti MLNG Dan Petronas Carigali menggajikan warga asing terutamanya perkerjaan kelas pertengahan.
Assalamualaikum, Tun.
Usia lanjut mungkin penghalang kepada penyertaan dalam persidangan Parlimen atau DUN. Namun, usaha untuk menjaga kepentingan Rakyat sentiasa dialu-alukan dan dihormati.
Mungkin sejak dekad-dekad lalu, Proton tidak menghasilkan kereta yang cukup berkualiti, setakat memenuhi keperluan golongan miskin, ini menyebabkan nama dan imej Proton yang kurang baik – “sub-standard”. Imej ini menjejaskan jualan pada masa kini. Membenarkan pengimportan kereta-kereta asing tidak boleh dijadikan alasan jualan kurang laris.
Kalau kualiti dan harga betul, kereta Proton tetap juara Malaysia dalam pasaran domestik.
16. Gajah putih depan mata tak nampak. Semut di seberang laut ternampak uban dikepalanya. Dunia kata awak anggota geng pencuri.
Awak kata awak bukan pencuri, hanya perompak sahaja.
Alamak Tun ! Ini perpatah Melayu baru , eh
Semut pun ada uban di kepala
Fuyuh….ini mesti semut jantan stress
Jangan jangan Najib tak , Najib banyak uban pe !
Apa lagi Nazri ?
Ini Veteran lama umur 92 tahun
Tulang Besi , Urat Dawai sudah cabar awak
Berbahas soal 1MDB juga soal BMF on the Table
Apa lagi Hang tunggu ?
Sudah dari awal , tak payah Tun umumkan
Kami pun tahu Tun memang tidak akan bertanding
Jadi janganlah macam budak higusan , cabar cabaran kosong
Tujuan Tun bukan untuk Mukhliz pun yg sebagai mana kaum kamu semua FITNAHKAN
Kalau bertujuan untu Mukhliz dari dulu selepas Pak Lah pun Tun bolih pilh Mukhliz ,sewaktu itu Mukhliz pun sudah Baligh , sudah Matang pun
Malulah kalau awak tak seru cabaran Tun , sedangkan awak yg mulakan ?
Awak ni cakap , bual macam Champion
Sayang , tak pernah saya tengok awak masuk Final
Apa Fasal eh ?
Hihihi….. Melayu mudah lupa, Tun
Semuga ALLAH swt sentiasa mengingatkan kita semua supaya bersyukur atas segala nikmatNya. Ameen
Dunia sementara, akhirat jua kekal abadi !
Salam!
Nazri Aziz memang hebat… Micheal Chia bagi dia guna Hummer, dia bagi anak dan supir dia guna Hummer tu.
Tapi dia penakut tak berani berdebat dengan Tun. Bukan dia sorang je penakut, boss dia pun penakut. Kawan-kawan dia dalam UMNO dan BN pun semuanya penakut tak berani debate dengan Tun… UMNO dan BN cuma berani guna TV3suku dan Utusan Meloya.
Apa bangang mahathir ini ? Kalau ingat proton berdaya saing ? Suruh je mukhriz ,mirzan atau mokhzani membeli proton dari drb hicom.Jgn cakap je ,