1. Pada tahun 2021 Russia, satu negara gergasi menyerang Ukraine sebuah negara kecil. Tujuan Russia ialah menawan dan mengambil sebahagian dari wilayah Ukraine untuk dijadikan wilayah takluk Russia.
2. Ukraine terlalu kecil dan lemah untuk mempertahan wilayahnya. Ukraine boleh tunduk kepada Russia. Dan akan terselamatlah rakyat Ukraine dan terselamatlah juga bandar-bandarnya dari dihancurkan oleh tentera Russia dengan meriam dan roket canggihnya.
3. Tetapi tidak. Walaupun kawasan yang hendak direbut oleh Russia kecil sahaja, Ukraine tidak rela barang secebis pun wilayahnya dikuasai oleh bangsa lain.
4. Dengan itu, apabila tentera Russia serang, tentera dan rakyat Ukraine pertahankan wilayah mereka. Beribu askar dan orang awam Ukraine terbunuh dan cedera parah mempertahan negara mereka.
5. Tetapi mereka tidak gentar. Mereka akan terus pertahan negara mereka walaupun lebih ramai akan menemui maut, cedera parah dan negara hancur.
6. Kita di Malaysia sanggup terima orang asing menjadi warga negara. Kita sanggup kongsi negara kita ini. Tetapi tidaklah sampai negara tercinta ini dimiliki oleh keturunan orang asing dan kita menjadi puak yang miskin di negara yang kaya ini.