VIOLENCE

1. I was tickled when I read a newspaper headline stating “Violence has no place in our country”
2. Today we all know that “non-violence” also has no place in our country.
3. Think.

SALAM RAMADHAN 1445H

1. Saya dan Hasmah mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam khususnya.

2. Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam.

3. Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya serta Hasmah, dan kesejahteraan kami berdua.

4. Saya masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat daripada jangkitan yang saya alami sejak bulan Januari lalu.

5. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih para doktor, jururawat, serta staff di IJN ini.

6. Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini ada kala saya dibenarkan pulang sekejap, atau “home leave”, oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.

7. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya.

8. Selamat berpuasa. Saya berdoa agar semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang Istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah.

MENGURANGKAN RASUAH

1. PMX berkata ia akan lawan rasuah tanpa mengambil kira siapa yang terlibat. Tun Tun juga tidak akan dikecuali.

2. Saya ucap tahniah kepada PMX kerana ia sudah berjaya mengurangkan rasuah di Malaysia.

3. Yang pertama rasuah dikurangkan dengan menghenti dakwaan terhadap ke semua 47 kes Timbalan Perdana Menteri dalam mahkamah. Dengan ini 47 kes rasuah dikurangkan.

4. Rasuah dikurang lagi apabila statutory deklarasi Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar terlibat dengan rasuah sebanyak RM3 bilion tidak diteruskan tindakan (No further action). (Dengan ini RM3 bilion diselamatkan).

5. Beberapa wakil rakyat parti pembangkang mengisytihar mereka sokong Anwar kerana dakwaan sokongan dibuat untuk dapat peruntukan wang dari Kerajaan. Ini tidak dianggap sebagai rasuah. Sekali lagi rasuah dikurangkan.

6. Demikian juga rasuah dikurangkan apabila tindakan Ketua SPRM memiliki bermillion saham tidak dianggap sebagai rasuah kerana adik ketua guna akaun ketua.

7. Ramai nama orang tertentu terdapat dalam Pandora Papers tidak diselidik sama ada terlibat dengan rasuah atau tidak juga mengurang rasuah di Malaysia.

8. Sesungguhnya rasuah di Malaysia sudah dikurangkan. Ini adalah kejayaan Kerajaan PMX.

9. Sebaliknya Kerajaan PMX sedang siasat Tun Tun yang memiliki kekayaan atau dituduh tanpa bukti memiliki kekayaan.

10. Mereka, anak mereka, isteri mereka akan didapati bersalah kerana gagal mengisytihar semua harta mereka sejak 42 tahun dahulu dalam jangka masa 30 hari.

11. Mereka gagal kerana tidak dapat resit-resit pembelian nasi lemak dan kopi selama 42 tahun. Semua rakyat Malaysia mempunyai bukti sah apabila mereka makan nasi lemak. Kenapa Tun Tun tidak simpan semua resit segala perbelanjaan mereka selama hanya 42 tahun. Kenapa setelah diberi masa 30 hari mereka tidak patuh kepada notis dari SPRM.

12. Sebagai Kerajaan yang pegang kepada “Rule of Law” pemerintahan mengikut undang-undang, mereka boleh dipenjara lima (5) tahun dan denda RM100,000.

13. Untuk menentu kesalahan bukti tidak penting. Tuduhan oleh PMX cukup.

14. Demikianlah bertanggungjawabnya Badan Pencegah Rasuah.

15. Apabila Tun Tun masuk penjara maka berjayalah Kerajaan PMX melawan rasuah.

TUDUH…TAK PERLU BUKTI

1. Anwar tuduh saya memiliki berbillion Ringgit kerana menyalahguna kuasa semasa jadi Perdana Menteri.
 
2. Saya minta bukti kebenaran kenyataan ini.
 
3. Anwar tidak bagi bukti.
 
4. Saya saman Anwar kerana fitnah terhadap saya.
 
5. Saya minta bukti dikemuka dalam mahkamah.
 
6. Setahun sudah berlalu.
 
7. Tidak ada bukti ditunjuk.
 
8. Akhir sekali konon bukti ada pada Petronas.
 
9. Petronas terletak bawah Anwar.
 
10. Tetapi sebaliknya anak saya didakwa dengan ugutan jikalau dia buat apa-apa tindakan yang pendakwa anggap bertentangan dengan dakwaan dia akan dipenjara selama lima tahun.
 
11. Tidak disebut akan dihadap ke mahkamah.
 
12. Inilah Reformasi.
 
13. Di luar Kerajaan cakap tentang kezaliman pihak berkuasa.
 
14. Bila jadi Kerajaan dan berkuasa laku lebih buruk kezaliman terhadap musuh politik.
 
15. Kalau sokong jadi kawan.
 
16. Perbicaraan mahkamah pun boleh dihenti.

17. Kenapakah nama pemimpin Kerajaan dan kawan-kawan Anwar di dalam Pandora Papers tidak disiasat seperti Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jee Keen dan YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

18. Bukan sahaja mereka tidak disiasat, jauh sekali didakwa. Terdapat juga nama beberapa ahli perniagaan seperti Lim Kok Thay, Mahmud Bekir, Tiong Hiew King, Larry Low Hock Ping, Datuk Yamani Hafez bin Tan Sri Musa dan mendiang Tan Sri G Gnanalingam dalam Pandora papers.
 
18. Inilah keadilan Reformasi.

RACIST

1. Ramasamy is a great thinker. He says and I quote “it takes a bigger, more intensive racist to call another racist”.

2. So when Ramasamy calls me a racist it must be because he is “a bigger, more intensive racist”.

3. Now, only now Ramasamy thinks that the DAP is a fake multiracial party. Yet he stayed with the DAP a long time. Only when he was not re-nominated as a candidate of the DAP and he quit the party, that he now considers the DAP as a “fake” multiracial party.

4. “Urimai” is short for “United for the Rights of Malaysians”. Could it be that the “i” at the end stands for “Indian” and the full name is “United for the Rights of Malaysian Indians”?

5. The US, Australia, Canada, and many more countries have multiracial population. Can Mr. Ramasamy name any multiracial country which has race based political parties. Has Indonesia, Thailand and the Philippines got race based political parties. They all have people who are not indigenous living there.

KERAJAAN YANG KEKAL

1. Terdapat pendapat oleh pemimpin Negara bahawa apabila sebuah Kerajaan ditubuh, ia sepatutnya dibenar memerintah sehingga tamat edahnya. Dengan cara itu Kerajaan menjadi stabil.

2. Memanglah kestabilan baik untuk Negara.

3. Tetapi apa akan jadi kepada Negara apabila Kerajaan dipimpin oleh seorang penjenayah yang secara terbuka mencuri duit Kerajaan dan menyalahguna kuasa Kerajaan dengan memasuk dalam tahanan anggota parti lawan. Apa akan jadi jika harta milik rakyat dirampas?

4. Apa akan jadi apabila ekonomi rosak teruk sehingga rakyat mati kebuluran? Apa akan jadi jika polis dan tentera merompak? Apa akan jadi jika rasuah menjadi-jadi sehingga segala urusan dengan Kerajaan mengambil masa yang panjang dan bergantung kepada sogokan yang diberi.

5. Jika Kerajaan yang seburuk ini berkuasa lima tahun, kerosakan yang akan berlaku tidak boleh dipulih dan Negara akan hancur.

6. Mungkin dalam PRU Kerajaan jenis ini boleh dijatuhkan. Tetapi dengan kuasa dan alat yang ada pada Kerajaan, PRU boleh ditipu dan Kerajaan buruk ini mendapat kemenangan. Maka akan berterusanlah salah guna kuasa oleh Kerajaan.

7. Sebaliknya jika demokrasi berjalan dengan baik, parti Kerajaan sendiri boleh menjatuhkan pemimpin penjenayah dan penipu. Sebagai pengganti seorang pemimpin yang lurus dan berpegang kepada undang-undang akan dipilih untuk mengganti pemimpin yang bersifat perosak.

8. Jika parti tidak jatuhkan pemimpinnya yang perasuah dan penyamun, wakil-wakil rakyat boleh hentikan sokongan kepadanya. Dan dia akan jatuh. Mungkin parti juga akan jatuh. Dan PRU diadakan untuk memilih Kerajaan baru.

RAMASAMY RACIST

1. Ramasamy sering menuduh saya racist.

2. Tetapi apabila ia tinggalkan parti berbilang kaum ia menubuh parti orang keturunan India.

3. Dan apabila orang keturunan India tidak terdapat dalam kabinet Kerajaan ia menegur Kerajaan.

4. Jikalau ia tidak utamakan orang keturunan India, apa salahnya jika tidak ada menteri keturunan India dalam kabinet.

5. Menteri bukan keturunan India juga Menteri Malaysia. Sebagai orang Malaysia tidak ada sebab kenapa tidak adanya menteri keturunan India bukan masalah.

6. Jika kerana tidak adanya menteri keturunan India dalam kabinet ternampak tidak adil, sebabnya tentulah kerana Ramasamy masih setia kepada kaum keturunan India.

7. Ini bermakna Ramasamy racist yang berjuang bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk bangsa keturunan India.

BRIBING THE KING

1. The social media carried a statement that I bribed the Yang di-Pertuan Agong with RM500 million to RM 1 billion.

2. Please prove that I did this. Making such a statement and hiding your identity is cowardly.

3. In bribery both the giver and the receiver would be guilty.

4. Is the writer suggesting that the Agong should be arrested for taking the bribe? Does he have evidence that the Agong took 1 billion Ringgit from me?

5. Please also prove that I had the money.

6. As everyone knows Anwar had said that I have billions of Ringgit. Asked to show proof that I had the money, until now he has not been able to prove I had the money.

7. Now the statement that I bribed he Agong with 1 billion means I have the money. If Anwar cannot prove it until now perhaps the originator of the statement should show Anwar that I had the money to bribe.

8. On another note Anwar’s political secretary has made a report that talking about removing the PM should be banned.

9. We cannot talk about 3R. We cannot politicise the budget. Now we cannot talk about the overthrow of the PM.

10. So nobody can talk about anything. And this is the Government led by a man who before talked about reform, about freedom etc.

US AND THE KILLING OF PALESTINIANS / WHEN WAR WILL END

1. When in the Security Council the US refused to approve the resolution that calls for a ceasefire, 200 Palestinians were killed in the war in Gaza. Had the US agreed to the ceasefire, the 200 Palestinians would be still alive. The US is therefore guilty of killing the 200 Palestinians.

WHEN WAR WILL END

1. Israel will not stop its war against Gaza until it has achieved its objective.

2. Its objective is to destroy Hamas completely.

3. Since the bombs and rockets cannot identify Hamas, all Palestinians must be killed because among them there would be Hamas.

4. When Palestinians in Gaza are killed then Hamas personnel hiding among them will be killed.

5. The Palestinian babies and children who would also be killed are just collaterals. Besides they are likely to become members of Hamas when they grow up. So killing them is a part of the war for the security of Israel.

6. So when will Israel stop the war?

7. It will only stop the war when Hamas is no more.

8. Since this can only happen when all the people in Gaza are killed, are no more, genocide has to be carried out.

9. Only when there are no Palestinians in the world will Israel be secure.

10. So, America must uphold the right of Israel to continue the war and to kill all Palestinians.