(Ini adalah rencana bersiri mengenai aliran semasa
yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa
Inggeris telah disiarkan di dalam blog ini pada Mei 7, 2009)
1. Terdapat
pula skim Piramid atau Ponzi. Bernard Madoff hanya terbongkar selepas dia
kehilangan 50 bilion duit yang telah dilaburkan dengannya.
2. Operasinya cukup mudah. Operator hanya memulangkan sebahagian sahaja wang
yang “dilaburkan” dengannya sebagai dividen. Jika dia membayar
dividen sebanyak 20 peratus setahun dia akan menghabiskan wang tersebut dalam
masa lima tahun.
3. Tetapi apabila semakin ramai pelabur baru
melabur dengannya, dianya akan dapat terus bayar dividen hinggakan para pelabur
asal telah menerima semula pulangan jumlah yang mereka labur terdahulu. Lagipun
pelabur akan terus melabur selagi mereka mendapat pulangan yang tinggi.
