2. Bahawa peguam terkemuka di Malaysia mendapat RM2 juta setahun amat memberangsangkan saya. Jelas sekali saya telah pilih karier yang salah kerana Perdana Menteri mendapat hanya RM240,000 setahun. Ini tentulah kerana tanggungjawab Perdana Menteri tidak seberat peguam, wallahua’lam.
3. Dakwaan Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Undang-undang tentang pendapatan peguam terkemuka tentulah diasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai pemilik firma guaman yang mempunyai 100 peguam. Saya tidak pernah baca berkenaan Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Undang-undang mempertahankan mana-mana penjenayah atau anak guam dalam mahkamah. Jadi saya tertanya-tanya daripada manakah datangnya pendapatan yang lumayan bagi firma guamannya dan sudah tentu dirinya sendiri.