GTA-PEJUANG



1. GTA – Pejuang is a Malay organisation.
2. This does not mean it is racist and against non-Malays.
3. Remember since merdeka Malaysia was ruled by Malay – dominated Governments.
4. But it was during independence that non-Malays made progress in business and industry.
5. Likewise a GTA – Pejuang Government will be good not just for Malays but the non- Malays as well.
6. GTA – Pejuang will set up good business – friendly Governments.
7. Together we will develop and prosper Malaysia.


NILAI MATA WANG



1. Nilai mata wang
Ringgit jatuh nilai
Siapa untung??

2. Eksport dapat kurang USD
Import RM kos meningkat
Keadaan nilai RM tidak menentu
Baik utk businesskah?

3. Bahan import naik harga
Kos buatan Malaysia tidak turun kerana lebih Ringgit untuk bahan import yang diimport.

4. Barangan import lebih mahal
Rakyat jadi miskin.

5. Apabila nilai Ringgit jatuh
Mungkinkah naik balik ke paras lama?
Biasanya tidak

6. Dahulu RM 2.50 satu US Dolar
Kemudian RM 3.80 satu US Dolar
Sekarang lebih RM 4.60 satu US Dolar

7. Boleh balik ke RM 3.80 kah?
Boleh balik ke RM 2.50 kah?

8. Pendapatan pekerja kurang
9. Naikkan upah

10. Tapi harga barang, makanan dan khidmat naik bersama.

11. Naik gaji masih tidak menambah daya beli pekerja.

N.G.O.



1. Sehingga kini NGO tidak berkuasa melaksana matlamat atau projek mereka.
2. NGO hanya dapat merayu kepada Kerajaan supaya menerima perjuangan NGO dan melaksana.
3. Kali ini melalui Gerakan Tanah Air, NGO sudah diberi peluang untuk menyertai PRU 15 sebagai calon dan akan menjadi wakil rakyat, bahkan berada dalam Kerajaan.
4. Dengan diberi suara dan peranan dalam Dewan Rakyat dan Kerajaan, perjuangan NGO akan dicapai dengan lebih mudah.
5. Untuk ini semua yang aktif dalam NGO hendaklah keluar beramai-ramai mengundi GTA yang menggunakan logo Pejuang pada 19hb November ini.
6. Salam hormat dari saya – Mahathir Mohamad, Pengerusi Gerakan Tanah Air / Pejuang.

CALON GUGUR 7

1. Sukar bagi manusia biasa memikir tentang sokongan kepada parti penjenayah dengan pemimpin tertingginya di penjara 12 tahun di denda RM 210 juta untuk dipilih menjadi Kerajaan sesebuah negara.

2. Tetapi di Malaysia terdapat sekelompok orang Melayu yang giat berusaha untuk dapat parti penjenayah sebagai Kerajaan Malaysia.

3. Apakah mereka begitu utamakan duit lebih dari nasib bangsa, nasib negara dan ajaran agama.

4. Tidak adakah perasaan sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup jual maruah dengan sedikit duit.

5. Ingatlah, apabila negara diperintah oleh penjenayah, jika kita tidak rasa apa-apa tetapi apakah nasib anak dan cucu kita.

6. Mereka akan menderita kerana kehancuran negara dan kehilangan kemudahan yang menjadi hak mereka.

7. Fikir samalah tentang anak cucu kita dan tidak kepada sedikit wang haram yang didapati oleh kita.

RAPID – KL

1. Nama cukup cantik – Rapid KL – Cepat KL.
2. Tetapi bukan sahaja tidak cepat, tidak jalan pun.
3. 16 stesen tertutup. Pelanggan tidak dapat pergi kerja.
4. Tidak dapat buat apa pun.
5. Inilah Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Ismail Sabri dari BN.
6. Mudah janji tetapi tidak mudah tunai janji.
7. Bukan sahaja dengan Rapid KL, tetapi juga dengan ekonomi, politik dan sosial.
8. Belanja berbillion, curi pun berbillion duit rakyat. Tetapi keretapi tidak jalan.
9. Cara rakyat perbaiki masalah satu sahaja.
10. Tolak Perikatan Nasional dan BN dalam PRU 15.
11. Jangan lagi pilih gabungan ini sebagai Kerajaan.
12. Pilih Pejuang pimpinan-pimpinan yang berpengalaman dalam pentadbiran Negara, tidak terlibat dengan rasuah.

ANWAR TAK JADI PM

1. Anwar dan penyokong-penyokong PH tidak henti-henti tuduh saya tidak tepati janji untuk serah jawatan PM kepadanya.

2. Selain itu, tak habis-habis salahkan saya kerana tak bincang letak jawatan.

3. Saya nak terang sekali lagi, peletakan jawatan oleh saya tidak menyebab jatuhnya Kerajaan PH. Dan jika Kerajaan PH tidak jatuh maka ia boleh sahaja namakan Anwar ganti saya.

4. Contohnya di United Kingdom, negara yang sistem Westminsternya kita ikuti, apabila PMnya letak jawatan, parti yang memerintah tentukan siapa yang harus ganti.

5. Liz Truss baru-baru ini tidak bincang dengan pemimpin lain untuk letak jawatan. Dia letak jawatan apabila merasa tidak dapat sokongan. Begitu juga yang saya lakukan.

6. Bezanya, Parti Konservatif masih menjadi Kerajaan walaupun Theresa May, Boris Johnson, Liz Truss letak jawatan. Sekarang Rishi Sunak jadi PM Kerajaan Konservatif.

7. Yang menjatuh Kerajaan PH ialah Mahiaddin, Hamzah dan Azmin yang menarik keluar ramai ahli mereka dari PH sehingga hilang majoriti dan jatuh.

8. Jadi salahkan Azmin, Hamzah dan Mahiaddin dan pengikut mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan Anwar tidak dapat jadi PM.

9. Anwar juga bersalah kerana ia membuat Azmin dan beberapa ahli-ahli Parlimen PKR bersekongkol dengan Mahiaddin.

10. Jangan asyik nak salahkan saya.

CALON GUGUR 6


1. Najib tolak perjuangan UMNO untuk bangsa, negara dan agama. Perjuangan UMNO beralih kepada rasuah “Cash is King”.

2. Najib percaya dengan sogokan secara besar-besaran dia tidak boleh kalah.

3. Oleh itu tidak perlu sembunyi jenayah yang dilakukan. Berbillion Ringgit dicuri untuk sogok UMNO dan pengundi di hadapan mata rakyat.

4. Tetapi dia kalah. Dan segala jenayah yang dilakukan terang-terang menghasilkan hukuman penjara dan denda.

5. Hanya mereka yang taksub dengan duit yang diberi oleh Najib sahaja yang masih menerima Najib sebagai boss dan cium tangannya.


CALON GUGUR 5


1. Dakwaan Najib akan diri Kerajaan Melayu/Islam dengan PAS apabila dia kalah menghasilkan Kerajaan-Kerajaan pintu belakang tebuk atap.

2. Melayu dalam PH pun lompat masuk gabungan dengan kleptokrat UMNO.

3. Kerajaan menjadi tidak stabil. Bila-bila Najib boleh tarik sokongan dan menjatuh Kerajaan.

4. Bukan Kerajaan Melayu/Islam yang diminati oleh Najib. Tujuannya ialah untuk selamatkan dirinya dari di penjara.

5. Apabila Kerajaan-Kerajaan pintu belakang gagal menyelamat Najib, sokongan Najib ditarik balik untuk tukar Kerajaan.

6. Akhirnya Najib gesa supaya Parlimen dibubar dengan harapan BN menang besar dalam PRU 15, dan Najib diampun serta kes 1MDB digugur. Maka berpeluanglah banduan menjadi Perdana Menteri.

CALON GUGUR 4


1. Latar belakang mencerminkan jenis manusia hari ini.
2. Latar belakang Najib, Zahid dan lain-lain menggambarkan jenis manusia mereka ini.
3. Pilih mereka jadi Kerajaan maka segala sifat yang ditunjuk oleh mereka dahulu, akan diulangi lagi.
4. Dan Malaysia akan terus jadi negara kleptokrat dengan pemimpin yang akan selewengkan duit Kerajaan.
5. Maka akan bertambah rosaklah negara. Dan akan lebih menderitalah rakyat.