1. Kenapa parti tertentu sogok wang kepada pengundi semasa PRU.
2. Sebabnya kerana calon dan parti tidak terkenal sebagai orang dan parti yang baik.
3. Mereka sogok wang dengan harapan apabila jadi Kerajaan duit Kerajaan boleh disapu oleh mereka, untuk dapat balik wang yang disogok.
4. Mereka percaya dengan sogokan wang mereka akan menang dan mendiri Kerajaan yang akan melindungi jenayah mereka.
5. Lihat Najib. Apabila mengetahui Peguam Negara (AG) akan caj Perdana Menteri (PM) dalam mahkamah, AG dilucut jawatan dan kroni yang jinak dilantik.
6. AG baru mendakwa Najib tidak lakukan apa-apa kesalahan.
7. Apabila Najib kalah AG baru mendakwa dia dihadap ke mahkamah.
8. Bukti menunjuk Najib sebenar bersalah dan dihukum penjara 12 tahun dan denda 210 juta Ringgit.
9. Tiga orang hakim dalam Appeal Court dan lima orang hakim dalam Federal Court bersetuju dengan hakim dalam high court bahawa Najib bersalah.
10. Tetapi dalam PRU 15. Najib, UMNO akan guna sogokan lagi kerana jika UMNO menang dan diri Kerajaan, Najib akan di ampun.
11. Untuk tujuan ini sogokan yang banyak akan diberi kepada pengundi.
12. Pengundi yang terima sogokan dan undi UMNO akan dapat Kerajaan yang tidak sedikit pun berkhidmat untuk bangsa, negara dan agama.
13. Jangan pilih UMNO atau BN jika ingin dapat nikmat dari Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.
14. Tolak sogokan.
15. Tolak calon yang menyogok.

SOGOKAN
1. Duit sogok adalah duit yang dicuri dari Kerajaan.
2. Duit yang dicuri tidak halal.
3. Duit sogokan ialah duit haram kerana dicuri.
4. Menerima duit haram bermakna bersubahat dengan pencuri dalam jenayah pencurian.
HAK RAKYAT – PRU
1. Wah! Bukan main.
2. Kata SUA UMNO PRU-15 akan diadakan tahun ini. Sebab? Mengembalikan hak rakyat untuk pilih Kerajaan. Bukan untuk itu. Wahai SUA! Dah lupa!!
3. PRU 14, rakyat pilih Pakatan Harapan (PH). BN rampas kuasa melalui lompatan bukan kehendak rakyat.
4. Kerajaan sekarang Kerajaan pintu belakang.
5. BN bukan utamakan hak rakyat. UMNO utama UMNO, untuk jadi PM.
6. PRU 15 awal kerana belanjawan boleh dikemukakan tetapi parti lawan tidak dapat bahas.
7. Banyaklah gula-gula akan diberi supaya rakyat akan sokong BN (UMNO).
8. Jangan peduli bulan November banjir besar, angin kencang.
9. Ramai tak boleh undi.
Ramai kehilangan rumah.
Ramai ditempat tempat tertentu
Ramai yang akan cedera dan mati.
Okaylah itu masalah mereka.
Kerajaan akan tentukan penyokong UMNO boleh undi.
Bantuan wang dan makanan boleh diberi.
10. Dahulu jumlah pekerja Kerajaan tak sampai 1 juta.
11. Dalam jangka masa beberapa tahun sahaja pekerja Kerajaan meningkat 1,700,000. Gaji pun naik berkali-kali. Akan naik lagi dalam belanjawan baru.
12. 1,700,000 pegawai Kerajaan dan keluarga tentu sokong Kerajaan.
13. Jangan peduli tidak ada duit tinggal untuk pembangunan negara.
14. Jangan peduli harga barang naik.
15. Jangan peduli ramai hadapi tekanan kewangan.
16. Mereka boleh hutang.
17. Tidak dapat bayar hutang mereka akan bankrap. Itu masalah mereka.
18. Duit Kerajaan diguna untuk sogokan, tak usah bayar, tak bayar faedah pun.
19. Jumlah hutang meningkat kerana tidak bayar.
20. Itu masalah Kerajaan yang akan datang.
21. Hari ini kemenangan UMNO boleh ditentukan.
22. Menang PRU 15, akan menang PRU 16 dan 17 dengan mengguna kuasa dan duit Kerajaan.
23. Sekarang UMNO yang ditolak oleh rakyat yang berkuasa.
24. Najib mengguna ketamakan pemimpin Bersatu dan PKR untuk mengalah PH yang menang.
25. Bersatu yang di-hijack gembira kerana jadi Perdana Menteri (PM).
26. Lepas itu PM Bersatu dijatuhkan oleh UMNO dan UMNO menjadi Kerajaan.
27. Parti yang ditolak oleh rakyat jadi Kerajaan.
28. Sebagai Kerajaan, UMNO akan tentukan bila PRU 15 akan diadakan.
29. Mana dia Bersatu. Tidak berkuasa lagikah?
30. Dalam PRU 15 pun Bersatu tidak akan menang. Sebab? Tidak dapat sokongan UMNO dan PAS.
31. Inilah nasib parti yang tikam belakang kawan untuk masuk melalui pintu belakang.
32. Sesungguhnya langkah Sheraton memulakan ketidakstabilan politik dalam negara. Sebelum langkah Sheraton semua Kerajaan dipilih melalui PRU.
33. Mahiaddin dan Azmin yang melangkah dan menjadi boneka dalam perancangan Najib.
34. Sembilan hakim, tiga mahkamah mendapati Najib bersalah.
35. Fikirlah wahai rakyat Malaysia.
SNIPPETS
I WANT TO ADVISE YOU SOMETHING
1. Bukan orang yang menerima nasihat yang salah.
2. Pemberi nasihat yang salah.
3. Seperti adviser British nasihatnya mesti dipatuhi.
PRU UNTUK RAKYAT??
4. Benarkah ??
5. PRU sebenarnya untuk UMNO jadi Perdana Menteri (PM)
6. Jadi PM boleh curi duit, boleh lantik Peguam Negara (AG) dan AG boleh lindung penyangak.
WAR
1. When atom bombs were dropped on Hiroshima and Nagasaki, humanity realised that they now have the capacity to destroy the whole world and themselves as its inhabitants.
2. Sobered by this realisation, humanity generally rejected war as a means of solving conflicts between nation. And so for over 70 years major wars were avoided. There was a general understanding that nuclear weapons should not be used in wars.
3. Towards this end, restrictions were placed on countries to prevent nuclear weapons from being manufactured or acquired.
4. But the love for war is a part of the culture of the European nations. Written history over more than 3000 years relate about the wars fought between European nations. They were the first to organise armies and navies for fighting wars. When airplanes were invented air forces were organised for aerial wars. And when rockets penetrated space, rockets were developed for the space wars which the Europeans anticipate.
5. When the Germans were defeated in World War II, the partnership with Russia was immediately terminated. Russia was identified as the new enemy. And so, a cold war was “fought” for decades. And now it is no longer cold. The west is now indirectly at war with Russia.
6. This may escalate and a third world war will be fought. How fantastic. All those new weapons could be used and young people will once again die gloriously.
7. There will be heroes who will be remembered, mentioned in history books, with statues erected. But they would all be dead.
8. We are told about the atrocities committed by the Russians, the suffering of Ukraine as they mourn the deaths of their sons, husbands and fathers.
9. But go on fighting. NATO will give you the weapons and the money. The West would not join the Ukrainians in the war. Ukraine is not a member of NATO or the European Union (E.U.) The West and America are not obliged to go to war in support of Ukraine.
10. The young Europeans and Americans will be saved. That is great. Ukrainian boys and men would die, would be wounded, would suffer devastation of Ukraine. It is a great strategy. The western allies are smart. They are fighting a war against their enemy, Russia without any of their young people dying.
11. Fight on Ukraine. You are doing fine.
KENAPA GERAKAN TANAH AIR 2
1. Rakyat Malaysia dikatakan bosan dengan politik. Ramai mereka tidak berminat untuk undi.
2. Yang malang ialah apabila mereka tidak mengundi, yang akan mengundi ialah mereka yang disogok oleh perasuah. Kesannya ialah parti perasuah yang akan menang. Parti perasuahlah yang akan diri Kerajaan. Dan kerosakan negara akan berterusan.
3. Dalam PRN Melaka dan Johor hampir lima puluh peratus pengundi tidak mengundi. Dengan itu parti BN dengan sokongan hanya 35 % dari pengundi menang besar dan diri Kerajaan.
4. Masalahnya pengundi yang menolak sogokan tidak ada pilihan. Mereka juga tidak suka parti-parti lain yang bertanding.
5. Jika negara ingin elak dari memberi kemenangan kepada UMNO, pengundi perlu ada pilihan selain dari yang ada.
6. Hari ini Gerakan Tanah Air (GTA) telah ditubuh untuk pengundi, terutama Melayu, memilih selain dari UMNO.
7. GTA adalah parti Melayu yang terdiri dari ahli politik yang bersih dari jenayah. Pemimpin mereka tidak pernah didakwa di hadapan mahkamah, jauh sekali dari di penjara.
8. GTA juga mempunyai ramai pemimpin yang berpengalaman. Hasrat GTA ialah untuk mendiri Kerajaan yang hormati undang-undang (Rule of Law) dan Perlembagaan negara. Mereka utamakan kepentingan bangsa, negara dan agama.
9. Walaupun keahlian mereka terhad kepada orang Melayu mereka juga akan berlaku adil kepada kaum-kaum lain.
10. Kerajaan yang akan mereka dirikan akan mencermin masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.
11. Jelaslah dengan GTA bertanding rakyat yang bosan dengan politik, dan ketidakstabilan negara sejak Langkah Sheraton, akan dapat memilih Kerajaan parti Melayu selain dari parti UMNO.
12. Sama-samalah kita pulih negara dan bangsa dari kerosakan kleptokrat. InsyaAllah.
KENAPA GERAKAN TANAH AIR
1. Gerakan Tanah Air bukan parti politik biasa.
2. Ia adalah gerakan rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik.
3. Mereka tidak bersetuju dengan perkembangan politik dalam negara.
4. Mereka mendapati tidak ada satu pun parti politik yang memenuhi kehendak negara.
5. Mereka berpendapat menyokong parti-parti yang ada tidak menghasil Kerajaan yang mampu menyumbang kepada kestabilan dan kejayaan negara.
6. Kecewa dengan keadaan politik dalam negara ramai dari mereka memilih untuk mengasingkan diri dari politik.
7. Ramai pula yang tidak akan mengundi.
8. Malangnya kerana mereka tidak mengundi, kemenangan akan diperolehi oleh parti yang mereka tolak.
9. Antara yang akan menang ialah parti perasuah yang menyogok wang kepada pengundi.
10. Dengan itu negara akan alami kedudukan yang lebih buruk dari sebelum PRU.
11. Untuk mengadakan badan yang lebih menepati kehendak puak yang kecewa ini parti politik biasa tidak sesuai.
12. Apa yang diperlukan ialah satu gerakan rakyat yang menyatukan mereka yang tidak berparti.
13. Mereka perlu digabung dalam satu gerakan pencinta negara yang berpegang kepada keluhuran undang-undang dan kemajuan negara.
14. Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili golongan ini. Pemimpin dan ahli GTA bersih dari segala jenayah dan tidak berkepentingan peribadi.
15. Dengan menggembleng rakyat yang cinta negara dan bertanding dalam PRU 15, rakyat akan ada pilihan selain dari parti politik biasa.
16. Terdapat dalam GTA semua rakyat dari semua lapisan. Akan ada NGO, badan-badan sosial dan individu patriotik, para akademik dan professional.
17. Tidak ada ideologi bagi mereka selain dari cinta pada negara bangsa.
18. Beberapa parti politik turut bersama dalam GTA dan mengenepikan perjuangan untuk parti sendiri.
19. Mereka diperlukan supaya susunan pencinta negara dari berbagai puak dapat diurus sesuai dengan Pilihan Raya.
20. Calon-calon Gerakan Tanah Air akan terdiri dari ahli NGO, tokoh akademik dan professional dan parti politik.
21. InsyaAllah, dengan sokongan dari semua pencinta negara, Gerakan Tanah Air akan berjaya dalam PRU 15 dan mendiri Kerajaan yang berpegang kepada keluhuran undang-undang, kepada Perlembagaan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
THE QUEEN
1. I am saddened by the death of the Queen. Only two days before she had received in audience the new PM of the UK.
2. I had met her on many occasions, especially during meetings of the British Commonwealth.
3. In particular I remembered her laughing at my joke about the English language. In Zimbabwe I made a speech in which I pointed out that what is said in English is not what is meant.
4. Thus the presiding officer in Parliament is called Mr. Speaker, but he may not speak.
5. The Malay sultans are called the rulers but they may not rule. The British adviser ruled.
6. Then there is the British Commonwealth where the wealth is not common.
7. That speech was broadcast by the BBC when the Queen celebrated her golden jubilee. The Queen laughed.
8. The Queen visited Malaysia twice when I was Prime Minister. Once when we hosted the Commonwealth Heads of Government Meeting and once during the Commonwealth Games.
9. The Queen was always gracious and hosting her was a pleasure.
10. I really did not expect her to pass away when she did. She was only one year younger than me.
11. She was a good example of a constitutional monarch. Her passing away is a loss not just to the British but to people who believe in the rule of law.
12. May she rest in peace.
DASAR EKONOMI BARU
1. Terdapat ramai penuntut Melayu yang merasai serba salah apabila ditanya oleh bukan Melayu mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap bukan Melayu. Dalam agihan biasiswa umpamanya dasar ini menghasilkan agihan biasiswa yang lebih kepada orang Melayu.
2. Benarkah DEB tidak adil kepada bukan Melayu. Untuk menentukan DEB adil atau tidak, kita perlu rujuk kepada sejarah singkat negara.
3. Hakikatnya ialah tanpa biasiswa pun penuntut bukan Melayu lebih ramai dalam universiti swasta tempatan dan universiti di luar negeri. Ini disebabkan ramai bukan Melayu mampu hantar anak mereka ke universiti.
4. Hanya dalam universiti tempatan milik Kerajaan sahaja yang penuntut Melayu melebihi penuntut bukan Melayu. Hampir semua dari mereka dapat ke universiti kerana diberi biasiswa. Jika tidak jumlah mereka akan amat berkurangan.
5. Kebanyakan dari ibu bapa penuntut Melayu kerja bergaji. Pendapatan mereka tidak cukup untuk bayar yuran universiti yang sekarang amat tinggi. Ada sebilangan yang sedikit sahaja Melayu yang mendapat gaji yang cukup untuk hantar satu atau dua anak ke universiti.
6. Jika hari ini terdapat ramai juga ahli professional Melayu, sebabnya ialah kerana mereka mendapat biasiswa atau pinjaman. Dasar Ekonomi Baru hanya berjaya dalam bidang pelajaran. Dalam bidang ekonomi pencapaian orang Melayu tidak seperti dirancang. Hakikat ini perlu diterima oleh semua pihak.
7. Penuntut Melayu tidak perlu serba salah kerana ramainya penuntut Melayu yang dapat biasiswa. Jika kita tidak mahu melihat jarak antara Melayu yang berpelajaran dan bukan Melayu, caranya ialah dengan memberi lebih banyak biasiswa kepada penuntut Melayu.
UMNO
1. Selama 22 tahun saya memimpin UMNO sebagai Presidennya. Sekarang saya menentang UMNO dan berusaha supaya Kerajaan pimpinan UMNO dikalahkan dan UMNO tidak lagi menjadi Kerajaan Malaysia.
2. Saya terpaksa keluar dari UMNO kerana UMNO bukan lagi UMNO yang ditubuh pada 11 Mei 1946 bukan yang menyelamat Tanah Melayu dari diambil alih oleh British bukan yang berjaya merebut kemerdekaan negara dan kemudian telah bangun negara sehingga terkenal sebagai Harimau Asia.
3. UMNO sekarang sudah beralih menjadi parti perasuah secara total – dari puncak pimpinan sehingga ke akar umbi. Pucuk pimpinan UMNO sekarang terkenal di seluruh dunia sebagai perasuah, pencuri berbillion duit negara, penyalahguna kuasa, perosak pentadbiran negara dan penghancur UMNO itu sendiri.
4. Rasuah, sogokan duit dibuat sehingga ahli Majlis Tertinggi, ketua bahagian, ketua cawangan, ahli biasa semua terlibat dengan rasuah tanpa malu. Walaupun ahli boleh singkir pemimpin yang menyeleweng, tetapi mereka tidak guna Perlembagaan UMNO untuk bersihkan parti. Sebaliknya mereka teruskan sokongan kuat kepada Presiden yang akhirnya di dapati bersalah dan di penjara.
5. Mereka (ahli UMNO) nafi, tetapi rakyat tahu mereka mengongsi duit yang dicuri, duit haram. Ramailah pemimpin UMNO yang memiliki sampai dua billion Ringgit. Wakil rakyat, Menteri pun biasanya tidak boleh ada duit sebanyak ini.
6. Sebab itu kita membaca laporan berkenaan dengan berbillion duit 1MDB hilang, enam billion untuk buat enam buah kapal LCS hilang tanpa satu pun kapal dibina. Duit Kerajaan ratusan million diperuntukkan untuk beli meriam, beli helikopter tanpa mengikut prosedur.
7. Perdana Menteri didedah memiliki lebih dua billion Ringgit dalam akaunnya di bank. Kononnya derma dari Raja Arab. AG pilihan Najib tidak menyiasat sepenuhnya punca duit ini tetapi mengisytihar tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Najib. Sebaliknya apabila Najib dibicara, dia didapati bersalah, didenda dua ratus sepuluh million Ringgit, dipenjara 12 tahun.
8. Pimpinan dan ahli UMNO menuduh kononnya Najib dianiaya. Konon mahkamah tidak adil. Ini berkenaan seorang yang dibicara selama empat tahun; oleh tiga mahkamah dan sembilan hakim. Tidak ada kes seperti ini dalam sejarah negara. Semua hakim bersetuju Najib salah.
9. Yang tidak adil ialah tindakan Najib cuba tutup bangkai gajah dengan memecat sesiapa yang cuba siasat apa-apa berkenaan salah laku 1MDB.
10. Peguam Negara Abdul Gani Patail, disingkir dan diganti dengan pilihannya Apandi Ali yang kemudian membersihkan Najib dari semua siasatan dan pertuduhan. Begitu juga pegawai polis dan SPRM yang ditukar dan “dibeku”.
11. Polis diarah untuk tangkap siapa sahaja yang melapor atau mengkritik 1MDB dan juga Najib secara terbuka.
12. Di Parlimen, Pengerusi Public Accounts Committee diganti dengan seorang yang rapat dengan beliau, laporan Audit Negara diklasifikasi sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengelak diketahui umum, persoalan berkenaan 1MDB tidak dibenar dibahas di Parlimen.
13. Khairudin Abu Hassan dan Matthias Chang ditahan di bawah SOSMA untuk halang mereka melapor berkenaan wang 1MDB ke luar negara.
14. Dan banyak lagi yang dilaku oleh Najib untuk melepas dirinya dibantu pegawai-pegawai yang bertuhankan Najib.
15. Dan semua perlakuan ini diterima, disokong dan dipertahan oleh UMNO. Pendirian dan sikap UMNO menunjuk seluruh parti itu tidak lagi berpegang kepada prinsip perjuangan untuk bangsa, negara dan agama.
16. Pemenjaraan Najib tidak membersihkan UMNO. Budaya UMNO bukan budaya parti di waktu ia ditubuh. Ini bukan parti UMNO lagi.
17. Sebab itu UMNO perlu dikalahkan dan diganti dengan parti Melayu yang memegang kuat kepada prinsip perjuangan orang Melayu untuk bangsa, negara dan agama.
18. Saya, bekas Presiden UMNO dan ahli UMNO di waktu ia ditubuh pada 1946, menyeru supaya parti yang bernama UMNO sekarang ini ditolak sepenuhnya.
19. Saya sedih. Tetapi yang benar saya perlu terima. Parti saya dahulu sudah hancur kerana kepercayaan bahawa “Cash is King”.