SEJARAH SINGKAT

1. Selama hampir 60 tahun Malaysia merdeka telah memperlihat kestabilan dan kemajuan luar biasa berbanding dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama.

2. Tiap lima tahun Pilihanraya Umum diadakan dan rakyat memilih Kerajaan mengikut sistem demokrasi. Kerajaan yang dipilih dapat mentadbir negara tanpa gangguan.


3. Pada 9 Mei 2018 rakyat sekali lagi memilih Kerajaan. Tetapi mereka menolak parti BN buat kali pertama. Mereka memilih parti Pakatan Harapan (PH) sebagai Kerajaan Malaysia.

4. Malangnya sekutu Pakatan Harapan (Bersatu) dan secebis dari parti PKR merancang untuk mengkhianati rakyat dan menjatuhkan Kerajaan pilihan mereka. Satu Kerajaan pintu belakang telah dihasilkan.


5. Sejak itu politik negara menjadi tidak stabil kerana dengan mudah Kerajaan boleh dijatuhkan tanpa pilihan raya. Hanya dengan lompatan beberapa wakil rakyat masuk parti yang kalah, parti yang ditolak oleh rakyat boleh jadi Kerajaan.

6. Kerana kerajaan pintu belakang ini mudah dijatuhkan, mereka berada dalam ketakutan. Dan kita lihat bagaimana Kerajaan pintu belakang ini dijatuh melalui pintu belakang juga oleh orang yang sama.

7. Akhirnya Kerajaan Johor ini dibubar. Pada 12 Mac rakyat Johor berpeluang mengembalikan demokrasi. Tetapi jika bekas-bekas Kerajaan pintu belakang yang juga ahli perasuah dipilih kali ini tentulah sia-sia sahaja pilihan raya diadakan.

8. Peluang ini perlu diguna untuk menukar Kerajaan dari yang gagal dan perasuah kepada parti yang bersih dan cekap yang dahulu melibatkan pemimpin yang memberi gelaran Harimau Asia (Asian Tiger), kepada Malaysia.

9. Pejuang adalah pewaris parti yang menukar Malaysia dari negara pertanian yang miskin kepada negara separa maju.

10. Pejuang menolak cara pintu belakang. Bagi Pejuang lebih baik tidak jadi Kerajaan daripada menjadi Kerajaan cara mengkhianati kawan.

11. Pejuang meletak calon-calon yang bersih walau muda dan bukan orang politik. Mereka mempunyai semangat kebangsaan (Johor dan Malaysia) dan akan kembalikan Malaysia ke landasan yang mampu memaju dan membersih negara. Seperti dahulu rakyatlah yang akan kecap kebaikan ini.

12. Sokonglah Pejuang. Kembalikan demokrasi dan kebersihan hasil pilihan yang bijak.

APA PADA NAMA

1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya.

2. Demikian di peringkat permulaan UMNO tidak dapat dipisah dari Dato’ Onn Jaafar. Di bawah pimpinan Dato’ Onn rancangan Malayan Union British ditewas.

3. Malangnya Dato’ Onn cuba buka UMNO kepada kaum lain. Ini ditolak dan Dato’ Onn letak jawatan sebagai Yang di-Pertua UMNO.

4. Kemudian Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertua UMNO. Beliau membawa banyak kejayaan termasuk kemerdekaan bagi Malaya dan Malaysia.

5. Pada masa itu apabila Malaysia disebut nama Tunku juga disebut bersama.

6. Kemudian Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan dia amat berjasa kepada negara. Namanya dan pembangunan Malaysia dikait rapat. Apabila disebut Malaysia, nama Tun Razak disebut bersama.

7. Pada masa itu dan sebelumnya nama Najib tidak pernah disebut. Kebaikan dan keburukkannya tidak ada kaitan apa-apa dengan negara.

8. Tetapi apabila Tun Razak meninggal, secara spontan anak sulungnya disebut sebagai penggantinya. Masih tidak ada sesiapa yang mengaitkan Najib dengan negara. Namanya tidak didengar kerap.

9. Malangnya Najib pilih jenayah untuk dikait rapat dengan dirinya. Tidak seperti bapaknya, Najib lihat kuasa sebagai peluang untuk memperkayakan dirinya.

10. Demikianlah skala jenayahnya sehingga seluruh dunia mengenali Najib dan jenayah yang dilakukan olehnya.

11. Saya sebut banyak kali nama Najib dan jenayah yang dilakukan kerana kaitannya rapat dengan kerosakan negara dan kekalahan UMNO.

12. Najib sebaliknya cuba padam kaitannya dengan jenayah dengan mendakwa tidak salah jika pemimpin mencuri. Diberi gelaran pada dirinya sebagai boss, dan tiada siapa perlu malu apabila boss curi.

13. Anggapan perlakuan jenayah tidak memalukan bercanggah dengan nilai hidup masyarakat manusia dan masyarakat Malaysia. Jika tidak disangkal akan rosaklah masyarakat.

14. Sebab itu hujah “tak malu” bila mencuri perlu ditolak untuk mengekal nilai asal yang mulia.

15. Adalah mustahil Najib dan jenayah yang dilakukan olehnya tidak disebut. Demikian naluri manusia sesuatu itu akan diterima apabila diulangi berkali-kali.

16. Saya bukanlah seorang sahaja yang menyebut nama Najib dan kaitannya dengan jenayah. Seluruh negara, bahkan seluruh dunia menyebut nama Najib sebagai penjenayah dalam ucapan, tulisan, buku (termasuk buku adiknya), radio dan televisyen dan lain-lain media. Buku sejarah akan catit nama Najib supaya generasi akan datang kenal Najib sebagai penjenayah yang telah curi duit berbillion yang mahkamah telah sahkan.

17. Saya akan sebut nama Najib sebagai penjenayah setiap kali yang diperlukan.

TENTANG RASUAH


1. Alhamdulillah saya telah pulih dari serangan teruk ke atas kesihatan saya.

2. Demikian semasa diserang saya putus harapan. Saya percaya masa saya sudah tiba.

3. Tetapi Alhamdulillah hari ini saya kembali sihat, hampir seperti orang biasa.

4. Saya tertanya-tanya apakah yang hendak dilakukan oleh saya dengan saki-baki kehidupan ini? Apakah ia setakat makan minum, berseronok sahaja. Masa tentu tidak panjang. Saya sudah berumur 97 tahun. Apakah masa yang pendek ini, harus dihabiskan begitu sahaja?

5. Untuk diri saya tidak ada lagi yang saya ingin. Teringat saya sebagai orang Melayu saya berasa terkilan kerana kita masih ketinggalan. Kita belum jadi bangsa maju. Walaupun Malaysia diiktiraf sebagai Negara Middle Income tetapi orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Rata-rata orang Melayu masih miskin.

6. Kemampuan saya terhad. Tidak seperti dahulu di waktu saya menjadi Perdana Menteri. Tetapi kawan saya menekan bahawa jawatan tertinggi itu tidak penting. Seorang yang sudah tua dan berpengalaman tidak dapat tidak sedikit sebanyak berpengaruh. Jika berminat gunakanlah saki baki pengaruh ini untuk bangsa.

7. Untuk kebaikan bangsa saya, bangsa Melayu, apakah sebabnya mereka tertinggal.

8. Saya mungkin salah tetapi saya berpendapat bangsa saya pandang ringan terhadap rasuah. Inilah sifat yang diguna oleh orang tertentu untuk selewengkan bangsa Melayu dari menolak yang salah. Tidaklah boleh dinafikan kegagalan orang Melayu disebabkan mereka mudah pilih yang tidak baik kerana mudah. Yang mudah dan dekat lebih menarik apabila membuat pilihan. Mereka tidak fikir panjang.

9. Saya tidak akan ulas dengan panjang lebar kenapa rasuah membawa mudarat. Bagi saya dalam jangka masa yang masih ada pada saya, ia tidak menjadi pembaziran jika saya berusaha sungguh-sungguh untuk membanteras rasuah dikalangan bangsa saya. Saya jemput semua orang Melayu menyertai perjuangan ini.

NAJIB

1. Apabila Najib ditegur kerana menyalahguna kuasa dan mencuri duit Kerajaan, dia akan cuba alih perhatian dari kesalahannya dengan menuduh bahawa saya sebagai Perdana Menteri juga berbuat perkara yang sama.

2. Semasa dia menjadi Perdana Menteri satu Royal Commission of Inquiry (RCI) ditubuh untuk menyiasat kononnya saya sembunyi kehilangan 30 billion Ringgit oleh Bank Negara. Tetapi RCI tidak dapat bukti yang saya sembunyi kehilangan ini. Bank Negara tidak dikehendaki lapor kepada saya akaun Bank Negara. Adalah mustahil bank melapor kehilangan 30 billion dan meminta saya rahsiakan kehilangan ini. Akaun Bank Negara diaudit dan audit tentu dapat kesan yang bank telah sembunyi kehilangan ini jika benar dan akan lapor. Jika tidak pihak audit tentu bersalah jika tidak melapor kehilangan ini.

3. Sementara Najib didapati memasuk wang dalam akaunnya, tidak ada satu sen pun dari wang yang dikatakan disembunyi masuk akaun saya.


4. Akhirnya Najib didapati bersalah kerana bukti menunjuk yang ia mempunyai hampir satu billion dalam akaunnya. Dan dia dihukum penjara 12 tahun dan denda 210 juta Ringgit.

5. Tidak ada persamaan antara jenayah yang dilaku oleh Najib dengan kononnya saya sembunyi kehilangan duit Bank Negara sebanyak 30 billion Ringgit.

6. Dia merayu kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court) tetapi Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Najib bersalah dan hukuman jail 12 tahun serta denda 210 juta yang dikena kepada Najib diteruskan.


7. Sekarang Najib cuba burukkan nama saya kerana semasa dalam parti lawan saya menolak projek Forest City di Johor. Projek ini bertujuan membangunkan sebuah bandar mewah dalam Selat Tebrau dengan menebus guna tanah.

8. Perancangan yang dilulus ialah untuk bangun bandar mewah yang mampu dibeli hanya oleh jutawan dari negara China. Pemilikan tanah adalah secara kekal. Bandar ini pula akan diberi taraf bebas cukai. Walaupun penduduk bukan warganegara Malaysia tetapi mereka bebas ke tanah besar Malaysia atau ke Singapura.

9. Saya telah lawat projek ini. Pekerjanya kebanyakan dari China. Berduyun-duyun pelawat datang dari China semasa saya buat lawatan. Mereka datang untuk membeli rumah-rumah mewah yang akan dibina. Pelawat warga Malaysia tidak pun sampai dua puluh. Mereka adalah pelancong yang ingin lihat taman yang cantik yang sudah siap dibina.

10. Seperti biasa jika projek ini ditamatkan oleh Kerajaan PH ganti rugi beberapa billion Ringgit perlu dibayar. Kerana Najib telah hutang berbillion Ringgit, Kerajaannnya terpaksa mendapat bantuan swasta sebanyak dua billion untuk bayar faedah hutang. Yang mampu dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah menasihat Country Garden supaya rumah kos rendah yang boleh dibeli oleh orang Melayu dan Cina Malaysia perlu disediakan. Country Garden akur.

11. Zuraida Kamaruddin, sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan majlis perasmian Dasar Komuniti Negara pada 17 Februari 2019. Saya dijemput untuk sampaikan sijil kepada antara lain Forest City kerana mengubah perancangan mengikut kehendak Kerajaan Malaysia. Ia bukan pengiktirafan projek Forest City yang telah pun dilulus oleh Kerajaan Najib Razak.


12. Berkenaan dengan projek Keretapi Pantai Timur, sekali lagi ia tidak dapat ditamat kerana perjanjian telah dibuat. Yang boleh ialah mengurang kos projek. Kerajaan PH dapat selamatkan 20 billion Ringgit melalui rundingan dengan pihak kontraktor.

13. Hasil dari pemerintahan Kerajaan Najib hutang negara melebihi satu trillion Ringgit. Masih ada tuduhan yang Najib telah seleweng berbillion Ringgit lagi dari wang 1MDB. Najib juga dapat 150 million Ringgit yang dirampas di Pavillion yang dipercayai milik 1MDB.

14. Tetapi mahkamah buat keputusan untuk beri balik kepada Najib wang ini dan lain-lain barang kerana orang ramai diberitahu Kerajaan tidak dapat bukti yang duit ini duit 1MDB, iaitu duit Kerajaan.

15. Tentulah jelas Najib memiliki berbillion Ringgit. Tetapi Najib masih buat permohonan supaya dihadiah tanah dan rumah yang bernilai RM100 juta. Najib sendiri pilih tanah ini.

16. Selain dari membeban Kerajaan sekarang dan akan datang dengan hutang berbillion Ringgit apakah yang dilakukan oleh Najib yang melayakkannya diberi hadiah RM100 million Ringgit.

17. Perdana Menteri lain tidak diberi hadiah oleh Kerajaan sebanyak ini. Hingga sekarang Kerajaan belum batal keputusan Kabinet untuk memberi hadiah ini. Najib kononnya tolak tetapi ia tetap akan terima akhirnya.

18. Sesuatu yang sudah hilang di Malaysia ialah perasaan malu. Najib tidak malu dan ramai penyokongnya tidak malu apabila disogok, apabila didapati bersalah. Nilai hidup yang hodoh ini jelas ternampak apabila penyokong Najib berkata, “Apa perlu malu, (Najib) boss kita.” Dengan itu diciumlah tangan Najib, pencuri Melayu Islam.

SELAMAT TAHUN BARU 2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

1. Saya dan Hasmah mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 2022 pada semua rakyat Malaysia.

2. Setiap kali kita sambut Tahun Baru kita berharap ianya lebih baik dari tahun yang baru kita tinggalkan.

3. Kita juga berazam untuk memperbaiki diri kita supaya kita akan lebih prihatin dan lebih berjaya.

4. Tetapi kita perlu ingat bahawa kita berada di masa iklim berubah dan tidak tentu hala. Suhu meningkat tinggi dan hujan luar biasa lebatnya. Dan banjir yang teruk pun berlaku.

5. Walaupun banjir di negara kita amat teruk dan ramai yang hilang harta benda tetapi angin kencang ini bermula di Filipina di mana kerosakan dan kematian lebih besar. Sebenarnya Filipina melindungi kita dari badai yang terbesar dalam sejarah. Kita bersyukur dengan perlindungan ini.

6. Yang perlu kita beri perhatian ialah bagaimana kita tangani banjir besar ini. Sepatutnya Kerajaanlah yang memainkan peranan yang utama. Malangnya ternampak Kerajaan tidak ada idea untuk menolong rakyat, bahkan tidak bersikap prihatin terhadap malapetaka yang menimpa rakyat. Demikianlah sikap tidak bertanggungjawab anggota Kerajaan sehingga sebilangan dari mereka bercuti diluar negara dan yang berada di negeri tidak turun segera untuk bantu rakyat. Yang turun pula lebih utamakan bergambar untuk dilapor dalam media.

7. Kita tidak perlu pengalaman tetapi apabila malapetaka berlaku kita cuba tolong dan redakan keadaan. Sebenarnya rakyat biasalah yang bertungkus lumus keluar untuk menghulur bantuan, bukan sahaja untuk membersih tetapi juga membekal makanan percuma.

8. Ya. Kita tidak perlu apa-apa kelulusan untuk jadi Menteri. Siapa sahaja boleh jadi Menteri. Tetapi memilih calon yang nampak pendapatan yang tinggi sahaja tidak akan hasil khidmat yang terbaik.

9. Sementara itu pentadbiran negara masih belum dipulih dengan baik. Ramai yang mengadu tertekan dengan tuntutan rasuah. Dan kita dengar pula yang dipertanggungjawab membanteras rasuah disyaki terlibat dengan rasuah.

10. Inilah hasil dari amalan rasuah oleh pemimpin tertinggi. Mereka yang dipilih jadi Menteri atau pengarah urusan dipilih kerana menyokong pihak tertentu. Dan sokongan ini pula diberi kerana ingin dapat gaji yang tinggi. Mereka yang ingin khidmat untuk bangsa dan negara digugur untuk memberi tempat kepada penyokong.

11. Kita akan sambut tahun baru. Kita harap tahun 2022 lebih baik dari 2020 dan 2021. Tetapi besar kemungkinan 2022 akan menjadi sama dengan dua tahun yang lepas.

12. Politik dalam negara sudah jadi buruk. Tidak ada ahli politik yang berminat untuk majukan negara dan rakyatnya. Jika ada yang berminat, mereka tidak akan diberi peluang, terutama jika mereka menolak rasuah.

13. Jika yang rosakan negara masih diberi peluang untuk diri Kerajaan masa depan kita akan terus merosot sehingga kita jadi negara yang gagal.

14. Semasa kita sambut tahun baru 2022, fikirlah akan peranan kita untuk memperoleh cita-cita besar kita seperti yang ditentukan dalam Wawasan 2020. Kita masih mempunyai kebolehan dalam negara bertuah ini. Hanya dengan menolak rasuah dan memilih pemimpin yang bersih sahaja, akan terpulihlah negara ini.

15. Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 dan didoa Allah SWT akan kembalikan kita semua ke jalan yang benar dan bersih.

GLOBAL WARMING

1. In the last decade humanity has become aware and concerned over global warming. We believe that the warming is due to the generation of heat from all kinds of human activities.

2. The worlds’ population has increased tremendously. Every one of us gives off heat. We need to cook food and warm ourselves in winter. We burn fuel for our engines and power generation, producing heat.

3. We cut down our forests and we experience huge forest fires. All combustion processes produce heat and carbon dioxide. Our expanding settlement involve cutting down trees which reduces heat and the conversion of CO2 to Oxygen.

4. All these things contribute to global warming. But we must not forget that planet earth has been going through many changes in its millions of years of existence.

5. We know that the earth was once populated by dinosaurs, living in forests of trees. We know that the dinosaurs had disappeared along with the trees. We believe the trees had undergone some kind of physical and chemical process and have been converted to liquid, solid and gaseous hydrocarbons. As petroleum, we have mined and burned the hydrocarbons to produce energy.

6. Then there were the ice ages when the earth was covered with ice. Nothing could grow. There could be no living creatures, no men nor animals nor trees.

7. Then the ice thawed and huge oceans covered the planet. From the bottom of the oceans the earth emerged to form huge land masses, slowly shaping into the continents that we are familiar with today.


8. A very long time ago life began to appear on our planet. Eventually, primitive men appeared. They evolved until modern men peopled the earth.

9. Through all these periods the world experienced big changes in temperature. For the past maybe 100,000 years the temperature became suitable for life. Plants, animals and men thrived. The earth moved, rotating every 24 hours, tilting so that the north and the south become alternately cold or warm, while the equatorial area stayed warm as the sun shines over the tropics throughout the year.

10. The rise in temperature we are experiencing now is part of the changes the planet goes through. It may get worse. We need to prepare for this change. We must expect more natural disasters.

FOREX

1. Najib keeps on talking about the 30 billion Ringgit which was lost by Bank Negara.

2. When he was Prime Minister he set up a Royal Commission to examine the role I allegedly played in covering up the loss.

3. The accusation was purely verbal. A bank officer stated that Bank Negara lost 30 billion Ringgit through currency trading. The Bank hid the loss and allegedly I also hid the loss.

4. I was not involved in the actual operation of the Bank. If indeed the money was lost, the investigation should be with regard to the operation of the Bank.

5. In fact, when the losses became public, the matter was brought to Parliament to be discussed and debated.

6. This is unlike Najib’s reaction to the 1MDB infamy when the Parliament was directed not to allow the issue to be tabled let alone discussed.

7. Furthermore, top Bank Negara officials had repeatedly affirmed that they did not report to the Prime Minister or Finance Minister/s over the forex losses and were prepared to be accountable.

8. All these facts are available in public records.

9. In the final analysis, is there any proof that I had benefitted from the losses.

10. I believe the principle of cui bono, who benefits, applies. Did any money end up in my accounts? Obviously, none.

11. However, in the 1MDB and SRC cases, millions ended up into Najib’s accounts and he happily spent the money for his personal benefit. This is the findings of the courts and he had been found guilty by both the High Court and Court of Appeal.

PARTI PEJUANG TANAHAIR

1. Sehingga kini orang Melayu hanya kenal UMNO sebagai parti Melayu. Bagi mereka tidak ada pilihan jika nak sokong parti Melayu melainkan UMNO.

2. Mereka tidak percaya parti berbilang kaum, bahkan parti Islam pun boleh memelihara hak dan keselamatan orang Melayu.

3. Malangnya parti UMNO sudah dirampas oleh perasuah dan penyangak. Mereka ini hanya berhasrat mengguna UMNO dan orang Melayu untuk jadi Kerajaan dan mengguna kuasa Kerajaan untuk memperkayakan diri mereka. Sejak mereka ambil alih UMNO negara bertukar dari menjadi Harimau Asia kepada kleptokrasi iaitu negara yang diperintah oleh pencuri, penjenayah.


4. Jika UMNO masih disokong maka Malaysia akan kekal sebagai kleptokrasi. Maka akan rosak dan hancurlah negara dan orang Melayu.

5. Inilah sebabnya Parti Pejuang Tanahair ditubuh. Ia adalah parti Melayu/Bumiputera seperti UMNO. Jika orang Melayu tidak sanggup beri undi kepada UMNO kerana sudah menyeleweng, dan masih tidak percaya kepada parti berbilang kaum, maka Pejuang boleh dijadikan pilihan.

6. Bukan sahaja Pejuang parti Melayu tetapi ia mendokong semua prinsip dan perjuangan UMNO dahulu yang melawan Malayan Union, yang memerdekakan Malaya, dan membangun negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger.

7. Selain dari itu, Pejuang menentang rasuah, jenayah kewangan dan salah guna kuasa.

8. Kepimpinan Pejuang terdiri dari bekas pemimpin UMNO yang telah berjaya bangunkan Malaysia. Mereka akan latih semua pemimpin Pejuang supaya pegang kuat kepada prinsip perjuangan UMNO dahulu iaitu khidmat untuk bangsa, negara dan agama – bukan untuk diri sendiri.

9. Calon-calon Pejuang akan terdiri dari mereka yang tidak terlibat dengan rasuah, yang utamakan bangsa, negara dan agama.

10. Kita sedar adanya orang bukan Melayu dalam negara kita. Kerajaan yang kita dirikan akan dianggotai juga oleh bukan Melayu yang menolak rasuah dan percaya kepada kerjasama antara kaum dan agihan kekayaan secara adil antara kaum-kaum di Malaysia.


11. Dengan adanya Parti Pejuang Tanahair yang disertai oleh orang Melayu dan bumiputera maka orang Melayu dan bumiputera yang tidak sanggup sokong UMNO kerana korupsi dan jenayah mereka, dapatlah mereka sokong Pejuang, sebuah parti Melayu yang bersih dan cinta kepada bangsa, negara dan agama.

BOSAN

1. Saya sedar bahawa rakyat sudah bosan dengan politik. Pengundi telah pilih Kerajaan melalui Pilihan Raya. Tetapi Kerajaan pilihan rakyat ini dijatuhkan bukan mengikut sistem demokrasi tetapi melalui lompatan oleh wakil rakyat ke sebelah parti yang kalah. Dengan itu parti yang kalah menjadi Kerajaan.

2. Soalnya apa guna rakyat pilih Kerajaan jika ia boleh dijatuhkan dan diganti dengan pihak yang ditolak oleh rakyat. Apa gunanya Pilihan Raya Umum (PRU) jika pilihan rakyat boleh diganti tanpa PRU oleh mereka yang ditolak oleh rakyat.

3. Di kalangan mereka yang kecewa dan bosan dengan politik yang menidakkan hak rakyat, mungkin timbul pendapat bahawa PRU tidak berguna. Mereka mungkin membuat keputusan tidak mengundi.


4. Malangnya jika mereka tidak mengundi, parti yang mereka tidak sokong iaitu parti perasuah dan yang terlibat dengan mencuri duit Kerajaan, salah guna kuasa akan menang kerana pengikut mereka ini akan mengundi mereka setelah disogok. Dan akan terdirilah Kerajaan perasuah pencuri dan penyalahguna kuasa.

5. Maka akan mengeluhlah pengundi yang tidak mengundi kerana keadaan sudah jadi lebih buruk. Tetapi jika mereka undi pun, melalui pintu belakang perasuah dan pencuri masih boleh jatuhkan Kerajaan pilihan mereka dan diri Kerajaan yang ditolak oleh mereka.

6. Untuk ini kita perlu ada undang-undang anti-lompat. Mereka yang lompat akan hilang keahlian mereka sebagai wakil rakyat. Pilihan Raya Kecil (PRK) boleh diadakan. Terpulanglah kepada rakyat samada memilihnya atau orang lain. Jika rakyat setuju dengannya, beri kemenangan kepadanya maka jatuhlah Kerajaan pilihan rakyat. Jika ia dikalahkan, maka Kerajaan pilihan rakyat akan kekal.

7. Jika mereka yang bosan dengan politik memberi kemenangan besar kepada calon anti-rasuah maka pintu belakang tidak boleh diguna untuk tukar Kerajaan. Sebaliknya jika kemenangan puak anti-rasuah tipis maka keadaan tidak menentu dan percubaan memasuki pintu belakang akan berulang.

8. Samada negara kita dapat dipulih semula atau tidak, terpulang kepada rakyat yang sayang kepada negara dan ingin lihat perasuah dan penyangak dikalahkan.

9. Hanya dengan menyokong (mengundi) secara besar-besaran calon-calon yang bersih dari kluster mahkamah sahaja barulah kita akan selamat.

10. Siapakah mereka??

A MATTER OF SOVEREIGNTY


1. When Ismail Sabri went to Singapore for an official visit, I did not really expect him to raise, let alone solve any outstanding bilateral issues that we have been having with the city State.

2. In fact, when I resigned as Prime Minister, on both accounts, none of the succeeding Prime Ministers bothered or were interested to solve the bilateral issues.

3. The price of raw water sold to Singapore remain at 3 sen per 1000 gallons today, a rate that we continue to receive since 1962 when the Johor River Water Agreement was reached.

4. Three sen is like providing water for nothing.

5. Despite millions if not, hundreds of millions lost in revenue, none has shown any interest to resolve the matter and to renegotiate with Singapore.

6. There are also issues of withdrawal of money from the Central Provident Fund for peninsular Malaysians working in Singapore apart from maritime and airspace boundary disputes.

7. Then it was reported that Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong said Ismail Sabri Yaakob had proposed to revive the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail (HSR).

8. I was taken aback. In January this year the Mahiaddin Government had terminated the agreement. An exorbitant RM320 million in compensation had to be paid to Singapore.

9. Ismail Sabri was part of that Government. And now that he is Prime Minister he is proposing to resurrect something he was party to in terminating the project.

10. When I was Prime Minister of the PH Administration, I tried to revive negotiation on the outstanding issues. The Foreign Minister then was Saifuddin Abdullah who incidentally is back as Foreign Minister today.

11. Of course the Sheraton Move caused the demise of effort and progress we had made in negotiating with Singapore.

12. Rather than reviving the HSR, which could well be complemented by the double tracking project, we should instead focus on developing the South Ledge of Batu Putih.

13. We had been accorded sovereignty over South Ledge, while losing Pedra Branca to Singapore, by the ICJ.

14. I had proposed for South Ledge to be reclaimed and expanded and a marine base be built to establish and stamp our sovereignty.

15. We will always have thorny bilateral issues with our neighbours. But we will not go to war. We believe in peaceful resolution and negotiations.

16. But while we aspire to be good neighbours, to be friendly, it cannot be at the expense of our territorial integrity, much more our sovereignty. It is about prioritising.