THE COMFORT OF SOME

1. The country is facing a serious crisis. Democracy has been replaced with kleptocracy. Laws intended to protect the people are now used to threaten and oppress people. The GST now burdens the people. And the price of ikan kembung is now RM20 per kilo.

2. Yes the people are suffering. Almost all of them. But there are some who feel nothing. So what is so bad about the RM20 ikan kembung. Its only a few Ringgit more. A few Ringgit is nothing. Just a drop in the ocean. Rising cost is normal. You just have to put up with it.

3. Then there are those who believe they actually benefit from the crisis. The crumbs are still worth scrambling for. If you are not critical it’s okay. You can enjoy the crumbs.

Continue reading THE COMFORT OF SOME

ISLAM SAYA

1. Bukan sahaja saya terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri, sekarang saya diberitahu saya tidak layak kerana pemikiran Islam saya tidak betul.

2. Kenapa tidak betul? Kerana rekod-rekod saya tidak mempunyai kefahaman Islam yang betul berasas pada sebutan oleh Almarhum Datuk Dr Harun Din. Saya dikatakan dalam golongan “muktazilah” yang utamakan akal, iaitu saya guna akal fikiran.

Continue reading ISLAM SAYA

MALU

1. Najib malu jika Perdana Menteri (PM) Malaysia terdiri dari orang tua berumur 90 tahun lebih.

2. Tetapi Najib tak berasa malu apabila Malaysia mempunyai PM yang dunia kenal sebagai kleptokrat, perasuah dan pencuri.

3. Apabila percubaan untuk membersihkan duit yang dicuri dari 1MDB oleh anak tirinya dengan membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, membuat filem lucah dan sebagainya dan didakwa oleh Department of Justice Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang “money laundering” di Amerika dan harta-harta yang dibeli dirampas, Perdana Menteri Malaysia yang dituduh terlibat tidak berasa sedikit pun malu.

Continue reading MALU

DULU DENGAN SEKARANG

1. Nur Jazlan tak faham apabila membuat bandingan untuk sokong hujah. Mungkin orang muda ini tak pernah dengar pepatah. “Banding epal dengan epal, bukan epal dengan limau”.

2. Di zaman saya ROS (Pendaftar Pertubuhan) mengharamkan parti UMNO walaupun Kerajaan ketika itu didirikan oleh UMNO. ROS bertindak secara bebas, tanpa dihalang oleh Kerajaan.

3. Sekarang ROS hanya mengganggu parti lawan. Dapatkah ROS haramkan UMNO. Ada kes bagi UMNO diharamkan. Jika Kerajaan yang didirikan UMNO ROS haramkan baharulah sama dengan apa yang terjadi di zaman saya. Baharu ada bandingan antara dahulu dengan sekarang antara epal dengan epal.

Continue reading DULU DENGAN SEKARANG

ANTI “FAKE NEWS” LAW

1. Hari ini undang-undang untuk mencegah “berita palsu” mula dibahas oleh Parlimen. Dengan majoriti yang ada pada Kerajaan sudah tentu undang-undang ini akan dilulus.

2. Yang menakutkan rakyat dan parti lawan ialah apakah definisi “berita palsu”. Yang dijelaskan dalam undang-undang hanya siapa yang dianggap bersalah. Apakah yang dianggap berita palsu tidak dijelas. Taklimat yang diberi juga tidak menjawab soalan berkenaan kenyataan tertentu samada palsu atau tidak.

3. Mengikut amalan biasa undang-undang perlu jelaskan apa yang dianggap salah. Sepatutnya undang-undang menerangkan secara jelas “berita palsu” yang ditafsir sebagai salah.

4. Tanpa penjelasan ini pegawai Kerajaan (Polis dan Pendakwa Raya) akan mendefinisikan “berita palsu” mengikut pendapat mereka sendiri. Apabila sesuatu didefinisikan oleh pegawai sebagai “berita palsu” penulis atau pensyarah boleh dikenakan tindakan dibawah undang-undang ini.

5. Ada seorang Timbalan Menteri yang menyatakan sesuatu berita yang tidak disahkan oleh Malaysia akan ditafsir sebagai “berita palsu”. Oleh kerana semua berita dari luar negara tidak disahkan oleh Kerajaan Malaysia, maka semua laporan berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun Najib di Ambank, rampasan harta yang dibeli oleh wang yang dicuri dari 1MDB mengikut Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat dan kapal layar Equanimity yang didakwa dimiliki oleh Jho Low dan dirampas oleh Indonesia dengan FBI (Federal Bureau of Investigation – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat) semua ini jika disentuh atau disebut oleh orang Malaysia dalam negeri atau diluar, yang semuanya tidak disah oleh pihak berkuasa Malaysia akan ditafsir sebagai berita palsu. Dan boleh dituduh bawah akta berita palsu. Juga yang akan tentukan samada sesuatu kenyataan itu palsu atau tidak adalah Kerajaan.

6. Untuk elak dari dituduh dibawah akta ini parti lawan dan jurucakap mereka, pensyarah dan penceramah, pemimpin dan kakitangan terpaksa “censor” diri sendiri. Mereka akan jadi seperti ahli UMNO yang tidak dibenar menyentuh kesalahan-kesalahan Najib.

7. Secara langsung semua isu berkenaan dengan salahlaku Najib dan orang-orangnya tidak boleh diperkatakan oleh sesiapa. Dengan ini akta “berita palsu” akan menutup mulut semua pengkritik Kerajaan dalam pilihanraya. Parti lawan akan kehilangan sebab mereka menentang Najib.

8. Selamatlah Najib.

9. Wahai ahli-ahli UMNO.

Relakah kamu menipu? Relakah kamu sokong pemimpin yang dikenali oleh dunia sebagai penipu dan pencuri.

10. Relakah kamu mencari kemenangan secara penipuan. Akta Berita Palsu adalah antara penipuan yang dilakukan oleh Najib untuk mendapat kemenangan.

11. Kemenangan dengan cara penipuan; dengan cara haram adalah haram. Kerajaan yang akan ditubuh oleh Najib jika ia menang ialah Kerajaan haram.

12. Jika ahli UMNO rela diperintah oleh Kerajaan haram, itu adalah pilihan anda.

NAJIB – PERDANA MENTERI

1. Negara Malaysia sudah merdeka selama 60 tahun, tetapi nama baik Malaysia tidak pernah dicemar dengan begitu teruk seperti sejak Dato Sri Najib menjadi Perdana Menteri.

2. Ya, memang pun negara pernah dikecam kerana ISA. Memang pun ada rasuah yang berlaku dalam Kerajaan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan juga saya.

3. Tetapi perbuatan-perbuatan ini tidaklah sampai Malaysia digelar negara rasuah bersama dengan sepuluh buah negara di dunia yang amalan rasuah amat tinggi – tidaklah sampai digelar negara kleptokrasi pimpinan penjenayah, pencuri.

Continue reading NAJIB – PERDANA MENTERI

UMUR 93 TAHUN

1. Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya.

2. Tetapi Najib takut. Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak ada apa yang nak disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta. Sebaliknya diarah polis hentikan forum. Bahkan pada kali kedua penyokong Najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum.

3. YAB masih muda. Apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun.

4. Jika YAB tidak ada yang disembunyi nyatakan secara terbuka. Dan orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh YAB.

5. Rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka samada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

6. Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka. Bawak juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab.

7. YAB juga boleh tanya rekod saya semasa menjadi PM selama 22 tahun. Tanya fasal kehilangan berbillion oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain. Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja.

8. Ya. Saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara.

9. Kepada Allah swt saya serahkan diri saya.

 

GST

1. Najib dan konco-konconya masih cuba pertahan cukai G.S.T. sebagai amat penting bagi kewangan Kerajaan. Kononnya tanpa GST Kerajaan tidak boleh berfungsi, tak dapat bangunkan negara.

2. Bahawa negara ini berjaya dibangunkan dahulu sehingga mendapat gelaran “Harimau Asia” tanpa GST tidak disebut sama sekali.

3. Sebenarnya pendapatan Kerajaan tiap tahun sejak 2009 hingga 2017 jauh lebih tinggi (3 kali ganda) dari pendapatan Kerajaan pada 1995-2002. Dengan pertambahan pendapatan yang begitu besar apa perlunya cukai tambahan seperti GST.

4. GST adalah faktor terbesar yang menyebabkan kos sara hidup melambung tinggi. Dengan ditarik balik berbagai subsidi termasuk minyak tekanan ke atas rakyat, terutama golongan miskin dan yang berpendapatan sederhana amatlah berat.

5. Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan.

6. Penghapusan GST tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara. Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang Kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salahguna ini menjadi begitu besar menjelang PRU 14.

7. Sogokan kepada pengundi meningkat dengan mendadak. Wang tunai beribu Ringgit diberi kepada pengundi tanpa sebab. Di tiap-tiap negeri diadakan Ekspo mempamer jabatan-jabatan Kerajaan. Swasta dipaksa ambil bahagian dalam Ekspo ini. Hadiah yang diberi kepada pelanggan cabutan nombor bertuah termasuk rumah dan tanah, kereta dan motosikal, beras berkampit kampit, alatan dapur dan bermacam lagi. Bermillion Ringgit duit Kerajaan disalah guna untuk sogokan ini.

8. Kontrak Kerajaan dinaikkan nilai supaya  sebahagian  diselewengkan untuk kegunaan parti Kerajaan dan orang tertentu.

9. Hutang Kerajaan sekarang sudah hampir 1 trillion. Hutang 1MDB sekarang dibeban kepada Kementerian Kewangan. Bayaran faedah hutang ini menelan ratusan juta Ringgit.

10. Walaupun hutang sudah begitu tinggi, Najib hutang lagi. Keretapi Pantai Timur tidak berdaya maju tetapi pembangunannya dirancang supaya boleh hutang lagi. Lima puluh lima billion Ringgit di hutang dari negara China untuk ECRL walaupun keperluan hanya 35 billion Ringgit.

11. Dirancang lagi keretapi laju dari Singapura ke Kuala Lumpur. Ini memerlukan 60 billion Ringgit. LRT/MRT Kuala Lumpur akan telan berbillion lagi.

12. Dahulu tanpa GST negara bangunkan Lebuhraya Utara Selatan, landasan keretapi berkembar elektrik, Lapangan Terbang KLIA dan di bandar-bandar lain, pelabuhan-pelabuhan, jaringan lebuhraya, pembangunan luar bandar, sekolah, universiti, hospital, bekalan air dan stesen janaelektrik dan bermacam lagi. Sesungguhnya tanpa GST pembangunan  dan pentadbiran negara tidak terjejas bahkan lebih hebat dari sekarang. Hutang negara juga tidak begitu tinggi. Beban bayaran hutang tidak memakan peratusan yang tinggi dalam belanjawan negara.

13. Dengan pendapatan  Kerajaan jauh lebih tinggi dari dahulu, pentadbiran dan pembangunan negara sepatutnya ternampak jelas. Tetapi hakikatnya tidak banyak pembangunan terlihat dan yang meningkat dengan tinggi ialah hutang.

14. Sesungguhnya bukan sahaja GST tidak diperlukan tetapi hutang juga tidak perlu dipinjam dengan begitu banyak.

15. GST tidak diperlukan. Yang penting ialah pentadbiran dan pembangunan negara dibuat secara berhemah, tanpa pembaziran, tanpa rasuah.

16. Jikalau dahulu kita dapat bangunkan negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bangunkan negara dengan lebih baik dengan pendapatan Kerajaan jauh lebih tinggi tanpa GST.

17. Dibawah ini diperturunkan angka-angka pendapatan Kerajaan antara tahun 1995 hingga 1997, pendapatan antara tahun 2000 hingga 2002, dan pendapatan antara tahun 2009 hingga 2017.

 

RULE OF LAW 2

1. The rule of law is an integral part of a democracy. In Malaysia today there is obvious disrespect for this principle. We are seeing many instances where the rule of law is ignored.

2. Normally when a report is made about breaches of the law by anyone, the police or the other enforcement bodies would investigate to find out whether indeed the allegation is right or not.

3. But when a report is lodged with the police on the wrong doing of the Prime Minister, the person reporting was investigated, detained, jailed and charged in court as a terrorist.

Continue reading RULE OF LAW 2

ROBERT KUOK

1. Ternampak marah sungguh UMNO kepada Robert Kuok kerana kononnya ia menghulur bantuan wang kepada DAP.

2. Undang-undang manakah yang dilanggar oleh Robert Kuok? Setakat yang saya tahu siapa sahaja boleh bantu mana-mana parti politik. Dahulu UMNO tidak pernah kutuk pembantu-pembantu mana-mana parti. Tetapi sekarang bantu UMNO dan BN boleh. Curi duit untuk piliharaya pun boleh. Tetapi parti lawan tak boleh terima derma pun.

3. Untuk sekat parti lawan dari mendapat bantuan kewangan jentera Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan badan pencegah rasuah diguna oleh UMNO dan Najib untuk ugut sesiapa yang mungkin bantu parti lawan. Mereka dipaksa bayar cukai pendapatan tambahan yang tidak sah, dituduh kononnya cuba bersih duit (money laundering) walaupun tidak ada bukti. Premis mereka digeledah, buku akaun dirampas. Pasport pun dirampas.

Continue reading ROBERT KUOK