1. Tujuan sebenarnya 3R dan MOU ialah supaya mulut rakyat dan wakil mereka ditutup sehingga tidak boleh kritik Kerajaan.
2. Kerajaan PMX bukan dipilih oleh rakyat. Pakatan UMNO dengan PH berasas kepentingan diri. Sebelum Pilihanraya UMNO dakwa tidak akan terima Anwar dan DAP.
3. PKR, DAP dan Amanah pula tidak akan terima UMNO.
4. Tetapi kerana pemimpin UMNO mungkin dipenjara dan pemimpin PH tidak mungkin jadi PM, maka parti-parti yang ditolak oleh rakyat ini bergabung untuk jadi Kerajaan.
5. Jumlah gabungan ialah 112, lebih 1 dari separuh. Maka gabungan ini dapatlah diri Kerajaan.
6. Apabila gabungan ini diri Kerajaan maka parti-parti Sarawak dan Sabah pun menyertai gabungan. Jumlah Pakatan Harapan, UMNO dan Sarawak/Sabah ialah 144; menjadikan Kerajaan memiliki lebih dari 2/3 wakil rakyat. Memang kuat sekarang.
7. Parti yang terkuat dalam gabungan ini ialah DAP dengan 40 kerusi. Bagi PMX tuntutan DAP perlu dilayan jika ia ingin kekal sebagai PM. Sebaliknya UMNO dengan wakil rakyat Melayunya agak tidak senang bekerjasama dengan DAP. Jika UMNO tidak sokong gabungan, Sarawak juga tidak akan sokong.
8. Jika UMNO dan Sarawak tidak sokong Kerajaan akan jatuh. Oleh itu mulut orang Melayu perlu ditutup. Dengan itu diperkenal 3R dan kemudian MOU.
9. Tetapi gabungan ini tidak stabil.
10. Wakil rakyat pembangkang jangan tandatangan MOU.
1. Saya sebenarnya tidak mahu mengungkit kisah lama tetapi apabila saya dirujuk dengan ungkapan yang menghina, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.
2. Anwar di dalam ucapan semasa sambutan Himpunan Keadilan mengakui dia bekas banduan tapi seorang banduan terhormat. Dia menjadi banduan kerana dizalimi.
3. Tidak sebut nama tetapi sayalah sang saka tua yang zalim dan menindas rakyat.
4. Rakyat tentu ingat semasa saya PM kali pertama dan Anwar dipecat oleh UMNO pada tahun 1998, ada dua kes yang di hadapinya. Pertama kerana salah guna kuasa dan keduanya salah laku seks.
5. Di dalam kes pertama, dia didapati bersalah dan dipenjara enam tahun kerana telah mengguna kedudukannya mengarah polis untuk menekan orang yang telah membuat akuan bersumpah terhadapnya kerana salah laku seks.
6. Keduanya, dia dihukum kerana salah laku seks tetapi berjaya mengenepi diperingkat rayuan. Namun begitu, hakim ketika membuat keputusan membebas Anwar, menyatakan bahawa mereka percaya bahawa salah laku seks itu memang benar berlaku.
7. Di dalam kes salah laku seks yang kedua, saya bukan lagi PM. Tetapi dua mahkamah peringkat tertinggi mendapati Anwar bersalah. Perdana Menteri pada masa itu ialah Najib dan Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Zahid Hamidi. Siapa dia sang saka pada masa itu tidak disebut walaupun Anwar pada 2015 telah kecam Zahid kerana menghalang Anwar dari berjumpa dengan peguamnya dalam 16 kes sivil dan jenayah. Zahid sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri dibawah Anwar.
8. Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon Perdana Menteri dengan syarat saya serah jawatan itu kepada Anwar apabila saya letak jawatan. Saya juga bersetuju untuk Anwar yang masih ada hanya satu tahun dalam penjara dibebaskan.
9. Malang bagi Anwar Kerajaan Pakatan Harapan jatuh apabila beberapa wakil rakyat Bersatu dan PKR keluar dari Pakatan Harapan. Tidak dapatlah saya serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
10. Yang jadi Perdana Menteri lepas saya ialah Muhyiddin.
2. Perlembagaan Negara dan undang-undang memadai untuk Negara menjadi stabil dan maju.
3. Benar Negara pernah menghadapi rusuhan kaum dan extremis agama. Tetapi semua dapat diselesaikan melalui Perlembagaan Negara dan undang-undang yang dilulus oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
4. Tidak ada keperluan memperkenal aturan-peraturan di luar undang-undang (Extra Judicial) untuk kestabilan dan kemajuan Negara.
5. Hanya apabila PMX ambil alih tampok Kerajaan baharulah extra judicial aturan-peraturan diperkenal. Dengan 3R mulut rakyat ditutup. Ia bertentangan dengan demokrasi dan Perlembagaan.
6. Tetapi wakil rakyat terus bebas dalam dewan. 3R tidak boleh tutup mulut mereka.
7. Oleh itu sekarang ditambah secara extra judicial aturan-peraturan (MOU) yang kononnya bertujuan menstabilkan Negara. Dengan itu wakil rakyat juga tidak dapat sentuh 3R dalam dewan.
8. Walaupun konon MOU bertujuan untuk menghapus kebencian (hate) dan perkauman oleh wakil rakyat di Parlimen tetapi yang jelas ialah Kerajaan yang akan tafsir sesuatu ucapan itu berbau racist, atau kebencian atau tidak. Speaker juga boleh larang wakil rakyat pembangkang. Mereka tidak dapat pertahan ucapan mereka.
9. Syarat untuk mendapat peruntukan wang untuk kawasan ialah menandatangani MOU. Ini rasuah. Duit Kerajaan bukan milik parti Kerajaan. Duit Kerajaan milik rakyat. Peruntukan duit kepada wakil rakyat sepatutnya sama antara wakil parti Kerajaan dengan parti pembangkang.
10. Kerajaan dahulu bagi RM 400 juta kepada Kelantan, RM 200 juta kepada Terengganu dan Kedah tanpa syarat walaupun negeri-negeri ini adalah negeri parti bukan Kerajaan Pusat. Nak beli Mercedes pun tidak disoal.
11. Jikalau ucapan berbau hasutan, perkauman atau kebencian, yang patut tafsir dan bertindak ialah rakyat, bukan Kerajaan. Rakyat boleh tolak orang yang membenci atau racist dalam pilihanraya. Itu hak rakyat.
12. 3R dan MOU sebenarnya bertujuan untuk tutup mulut rakyat dan wakil mereka. Kerajaan boleh melakukan kezaliman dengan sewenang- wenangnya. Curi duit Kerajaan pun boleh. Tipu dalam PRU pun okay.
13. Inilah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan jika MOU ditandatangani oleh wakil rakyat Pembangkang.
14. Tolak MOU dan tolak 3R. Pertahan Perlembagaan dan Rule of Law.
1. The Israelis have bombed and rocketed Lebanon and killed 558 people including 50 children in one day.
2. The whole world is horrified. And all are appealing to Israel to de-escalate.
3. What is the meaning of de-escalate. It means what you were doing before, namely genocide in Gaza was okay. Don’t go beyond that.
4. The world is not begging Israel to cease fire. Only don’t spread the war to Lebanon. That is all.
5. But will Israel listen to the pleas of the great powers. You know and I know they will not. What can the world do, what can the great powers do? Nothing.
6. There will be meetings of course. The Security Council will meet. But the US will veto any resolution. Already it says it will stand by its Allies.
7. And who are its Allies. Basically it is Israel. So Israel can reduce the killings in Lebanon by 10% maybe – if Netanyahu is in a good mood.
8. I suggest the world leaders go to Israel to beg Netanyahu on bended knees to de-escalate.
9. Israel is a greater world power than all the world powers put together. That is the world of today.
1. The people in Malaysia are living in a climate of fear.
2. They fear the Government.
3. Why do they fear the Government?
4. They may say or do something that may be interpreted by the Government as expression of hate or racist or religious extremism which expose them to punitive action by the Government. In fact these people have been told they have no place in this country.
5. Even attendance at meetings may result in their business being affected, their earnings being reduced, their applications rejected or delayed.
6. Officers of Government who displease the Government may not be promoted, or may be transferred or put in cold storage. Police may call them for questioning or detention. So civil servants have to obey the Government even if what they are asked to do are against the law, or oppresses the people.
7. Investigations are made based on politically biased reports by anyone.
8. Members or supporters of the opposition or those who take action against PMX are often the targets of police investigations. Even if they have done no wrong they may be hauled in and charged. The reason for police action is questionable.
9. People who have complied with Government requirements and had already paid their taxes have now to explain with documents how and where they got their money for decades. There is no statute of limitation.
10. Documentary proofs must be provided to explain their incomes and expenditures over the last 40 years or since 1981. Normally the documents would have been lost. Even banks do not preserve cheques for that length of time. Threats are made of imprisonment or fines if the demand is not complied with.
11. People are remanded for as long as 2 years without charges being made. Normally the remand is only for two weeks.
12. People have been splashed with acid and beaten but the authorities have not done much to identify and act against the assailants. The victims have to suffer and expect no redress. The victims are not protected by the laws of the country.
13. Interpretations or abuses of the laws and baseless allegations by the Government can result in individuals being charged in court. The victims will have to endure long costly trials if they take action to defend themselves.
14. If you don’t support the Government you would be classified as being opposed to the Government and denied the treatment and privileges your are normally entitled to.
15. Yes. The people are living in fear. Even people who have done no wrong cannot be certain of being free from Government punitive actions.
1. Dahulu UMNO besar dengan wakil rakyat yang terbanyak ialah wakil rakyat UMNO.
2. UMNO mendominasi Barisan Nasional.
3. Sekarang UMNO menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan yang terpaksa tunduk dan sokong DAP dan Keadilan.
4. Tiga suku dari ahli UMNO dan penyokong sudah tolak UMNO.
5. Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan Zahid supaya undi DAP.
6. UMNO yang kononnya tidak akan terima Anwar dan DAP sekarang menjadi alat Anwar dan DAP.
7. Matlamat UMNO bukan lagi memperjuang bangsa, Negara dan agama.
8. Matlamat UMNO hanyalah untuk selamatkan Zahid Hamidi dari dihukum kerana rasuah, seleweng wang.
9. Itu sahajalah perjuangan UMNO sekarang.
10. Parti yang mengagal Malayan Union British, memerdekakan negara dan membangunnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia, sudah jadi pengikut buntut PKR/DAP dan alat Zahid Hamidi.
1. I must congratulate the officers administrating Putrajaya, the administrative capital of Malaysia.
2. The growth has been phenomenal. From its launching in 1995 the town has matured. But what Malaysians can feel proud of is the beauty of the town. It is truly a garden city.
3. The streets are lined with flowers and beautifully trimmed hedges. Shady trees lined the roads. Parks and gardens are well kept and landscaped. The administrators clearly have good taste and appreciate beauty.
4. The buildings lining the central boulevard are imposing. Even the food courts are well designed and maintained.
5. I have seen many capitals and cities in many countries. But none can compare with Putrajaya in terms of beauty and orderliness.
6. May I say congratulations to the administrator of Putrajaya.
1. Merdeka bermakna bebas – bebas dari dikuasai oleh orang, bebas dari tekanan, bebas dari kezaliman Kerajaan.
2. Malaysia dahulu dijajah oleh British. Mereka berkuasa ke atas orang Malaysia. Mereka tidak membenar kita berpolitik, tidak menubuh parti politik.
3. Oleh itu kita berjuang untuk kemerdekaan, berjuang untuk kebebasan.
4. Dan kita berjaya. Kita memerintah Negara kita sendiri. Kita bebas.
5. Tetapi hari ini rakyat sudah tidak bebas bersuara, tidak boleh bercakap berkenaan 3R. Surat khabar tidak boleh lapor ucapan pembangkang. Pemberita yang tidak puji Kerajaan di arah disiasat.
6. Masa British kita bebas bersurat khabar. Boleh bincang masalah kita dalam forum; Kita boleh kecam Kerajaan British dan Malayan Union mereka. Kita boleh ada rapat umum dan demo jalanan tanpa kelulusan oleh Kerajaan, Badan sukarelawan, iaitu NGO, boleh diadakan.
7. Kita boleh cakap berkenaan 3R dan tidak dipanggil oleh polis untuk disoal ataupun ditahan di zaman sebelum merdeka.
8. Tapi sekarang pelbagai sekatan dikena. Sentuh 3R polis akan panggil dan dakwaan dibuat. Walhal 3R tidak melalui proses membuat undang-undang. Pernyataan oleh PM adalah undang-undang. Lulusan Dewan Rakyat tidak perlu.
9. Rakyat disimbah asid, ditumbuk tidak menarik tindakan polis.
10. Media sosial juga akan disekat. Tidak akan ada kebebasan yang dijanji.
11. Jadi siapa yang menikmati merdeka atau kebebasan?
12. Yang menikmati merdeka ialah Kerajaan.
13. Kalau dahulu membuat undang-undang perlu mengikut proses, sekarang tidak perlu. “My word is law” , sikap PM. Dan polis dan SPRM pun bertindak.
14. Tuduhan yang tidak berasas boleh dibuat oleh Kerajaan dan siasatan dilakukan. Rakyat yang tidak salah pun boleh dipaksa melapor pendapatan dan perbelanjaan selama berpuluh tahun. Tidak patuh akan didenda atau dipenjara.
15. Siasatan boleh ambil masa yang panjang sehingga perbicaraan bertahun-tahun lamanya. Justice delayed is justice denied.
16. Tekanan boleh dibuat oleh Kerajaan tanpa sebab supaya punca kekayaan dijelas. Harta boleh ditahan sehingga menjadi tekanan ke atas pemilik. Tahanan harta tidak terhad masa. Passport boleh dirampas.
17. Sebaliknya Kerajaan boleh henti perbicaraan penjenayah yang dituduh. Kesalahan yang kecil dipenjara tetapi kesalahan yang besar dikurang hukum dan mungkin dibebas.
18. Banyaklah lagi sekatan yang dibuat oleh Kerajaan yang menunjuk kebebasan Kerajaan dan menidakkan kebebasan (Merdeka) rakyat.
19. Kerajaan sudah menjadi “Abang Besar” yang akan tentu apa kita boleh buat dan tak boleh buat. Apa yang kita boleh kata, dan apa yang tak boleh dicakap. Sudah tentu tidak boleh sentuh apa-apa yang Kerajaan tidak suka.
20. Jadi apakah yang rakyat rayakan pada hari Merdeka? Apakah rakyat rayakan Kerajaan yang merdeka dan rakyat yang tidak merdeka.