1. Sehingga kini orang Melayu hanya kenal UMNO sebagai parti Melayu. Bagi mereka tidak ada pilihan jika nak sokong parti Melayu melainkan UMNO.
2. Mereka tidak percaya parti berbilang kaum, bahkan parti Islam pun boleh memelihara hak dan keselamatan orang Melayu.
3. Malangnya parti UMNO sudah dirampas oleh perasuah dan penyangak. Mereka ini hanya berhasrat mengguna UMNO dan orang Melayu untuk jadi Kerajaan dan mengguna kuasa Kerajaan untuk memperkayakan diri mereka. Sejak mereka ambil alih UMNO negara bertukar dari menjadi Harimau Asia kepada kleptokrasi iaitu negara yang diperintah oleh pencuri, penjenayah.
4. Jika UMNO masih disokong maka Malaysia akan kekal sebagai kleptokrasi. Maka akan rosak dan hancurlah negara dan orang Melayu.
5. Inilah sebabnya Parti Pejuang Tanahair ditubuh. Ia adalah parti Melayu/Bumiputera seperti UMNO. Jika orang Melayu tidak sanggup beri undi kepada UMNO kerana sudah menyeleweng, dan masih tidak percaya kepada parti berbilang kaum, maka Pejuang boleh dijadikan pilihan.
6. Bukan sahaja Pejuang parti Melayu tetapi ia mendokong semua prinsip dan perjuangan UMNO dahulu yang melawan Malayan Union, yang memerdekakan Malaya, dan membangun negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger.
7. Selain dari itu, Pejuang menentang rasuah, jenayah kewangan dan salah guna kuasa.
8. Kepimpinan Pejuang terdiri dari bekas pemimpin UMNO yang telah berjaya bangunkan Malaysia. Mereka akan latih semua pemimpin Pejuang supaya pegang kuat kepada prinsip perjuangan UMNO dahulu iaitu khidmat untuk bangsa, negara dan agama – bukan untuk diri sendiri.
9. Calon-calon Pejuang akan terdiri dari mereka yang tidak terlibat dengan rasuah, yang utamakan bangsa, negara dan agama.
10. Kita sedar adanya orang bukan Melayu dalam negara kita. Kerajaan yang kita dirikan akan dianggotai juga oleh bukan Melayu yang menolak rasuah dan percaya kepada kerjasama antara kaum dan agihan kekayaan secara adil antara kaum-kaum di Malaysia.
11. Dengan adanya Parti Pejuang Tanahair yang disertai oleh orang Melayu dan bumiputera maka orang Melayu dan bumiputera yang tidak sanggup sokong UMNO kerana korupsi dan jenayah mereka, dapatlah mereka sokong Pejuang, sebuah parti Melayu yang bersih dan cinta kepada bangsa, negara dan agama.
One thought on “PARTI PEJUANG TANAHAIR”
Comments are closed.
23. https://m.malaysiakini.com/news/605602
24. IT IS WITHIN EXPECTATION THE CHANCES OF THIS APPEAL WILL PUSH THROUGH, BUT, THE THING IS, ARE PENANGITES MAMPU,READY AND PREPARED FOR THIS RECLAMATION PROJECT IN WHICH GERAKAN BN HAD DONE IN THE PAST BUT TAK JADI WHEREBY YANG DIPERTUA NEGERI HANYA MENURUT PERINTAH UMNO, NO?
25. TIMING TOO IS AN IMPORTANT FACTOR, AND WHEN MINDSET SHIFTED TO 5G, THEN, SUCH RECLAMATION PROJECT PASTI TAK AKAN SUSTAINABLE ONE EVEN WHEN KEDAH STATE GOVERNMENT APPROVES SUCH RECLAMATION WHEREBY SAND MINING PERMIT HANYA BOLEH DIPEGANG BUMIPUTRA MELAYU, IT’S POINTLESS, SINCE CM ADALAH DI BAWAH YANG DIPERTUA NEGERI.
26. DULU TAK JADI, KINI, LAGI SUSAH NAK JADIKAN WITH BUMIPUTRA STATUS POLICY REMAINED UNCHANGED.
27. THIS COMMON SENSE WHICH HAS NOTHING TO DO WITH MALAY AND ISLAM SUPREMACY.
THANK YOU.