PAYUNG BESAR

1. Sejak konsep PAYUNG BESAR dicadang ramai orang Melayu menerimanya sebagai cara menyatupadu mereka.

2. Pemimpin-pemimpin pun sokong. Dan mereka pun mengadakan Payung Besar.
Sekarang sudah ada empat lima payung besar yang bertujuan menyatukan orang Melayu.

3. Dan kempen pun diadakan untuk menarik sokongan orang kepada payung besar-payung besar ini.

4. Rakyat boleh pilih. Maka terbahagilah rakyat di antara payung besar -payung besar ini. Semua payung-payung ini tidak dapat dipenuhi. Banyak kekosongan berlaku.

4. Hasilnya ialah perpecahan orang Melayu. Sama seperti orang Melayu berpecah kerana parti politik yang banyak. Dengan adanya beberapa payung besar maka bukan perpaduan yang berlaku. Tetapi perpecahan.

5. Ada sesuatu yang tidak betul dengan penerimaan cadangan payung besar.
Sama-samalah kita bangsa Melayu berfikir.

Leave a Reply