1. Saya tidak tahu samada benar atau tidak cabaran yang dilontarkan oleh DYMM Sutan Johor terhadap saya berkenaan pembangunan JB.
2. Mungkin hanya akhbar The Star yang mentafsirkan apa yang dititah DYMM Tuanku sebagai melontarkan cabaran terhadap saya.
3. Tetapi selagi DYMM Tuanku tidak menafikan mencabar saya, saya akan anggap laporan The Star sebagai benar.
4. Saya mengaku bahawa saya berada di dalam keadaan yang agak lemah. Sementara sesiapa sahaja boleh berkata apa-apa terhadap saya, dan saya mengambil sikap terbuka terhadap kebebasan mereka berbuat demikian, saya harap di dalam menjawab terhadap cabaran DYMM Tuanku, saya tidak akan dipenjara tanpa bicara. Jika perbicaraan dapat diadakan, silalah tangkap saya.
5. Apakah yang telah diperkatakan oleh saya? Tidak lebih daripada apa yang dilaporkan Bloomberg di dalam akhbar. Tetapi saya boleh terima kenapa laporan Bloomberg tidak akan dicabar atau dinafikan.
6. Apakah yang diperkata oleh Bloomberg di dalam laporannya pada 22hb November lepas? Ia mengatakan yang sebuah syarikat dari China akan membangunkan Forest City yang akan memuatkan 700,000 penduduk. Ianya juga melapor bahawa orang Cina dari China diterbangkan untuk melihat pameran model sebesar manusia (bergambar) dan mereka ini sudah, malahan akan membeli kebanyakan hartanah di Forest City.
7. Saya tidak fikir ramai Melayu atau Cina Johor telah beli atau akan beli apartment ini. Malaysia tidak mempunyai penduduk yang begitu ramai untuk membeli kesemua hartanah ini.
8. Bloomberg, di dalam laporan yang sama turut menyatakan tentang 60 pembangunan lain yang mirip Forest City, dan ini juga sedang dijual kepada rakyat tanah besar China.
9. Melihat kembali pada tahun 1819, apabila Sutan Johor, Sultan Ali tidak mahu memajak Singapura kepada British, Temenggung telah menandatangani pajakan tersebut. Lihatlah Singapura hari ini. Sebahagian daripada Johor kini adalah negara asing – memanglah ia dibangun dengan mudah, tetapi ia tetap negara asing.
10. Lebih sejuta rakyat asing akan tinggal di Forest City JB dan 60 pembangunan lain disekitarnya. Semua tempat baru ini tidak akan menjadi negara asing tetapi akan mengandungi peratus orang asing yang tinggi. Jika mereka tinggal untuk satu tempoh yang lama yang ditetapkan, mereka layak untuk menjadi rakyat Malaysia.
11. Ya, saya yang mempromosi Pelaburan Langsung Asing (FDI – Foreign Direct Investment). Tetapi ianya bukan bertujuan membeli tanah di Malaysia, membangunkannya dan menjualnya kepada rakyat asing, yang akan tinggal di sana.
12. FDI ialah berkenaan pelaburan di dalam industri pembuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat akan bekerja di dalam industri-industri tersebut. Mereka akan mempelajari kemahiran dan akan memulakan perniagaan pengeluaran barangan mereka sendiri.
13. Kontraktor Malaysia berkebolehan membina pelbagai jenis bangunan dan memajukan tanah. Kita tidak perlu orang asing untuk ini. Lihatlah Malaysia hari ini. Sembilan puluh peratus atau lebih daripada bangunan baru ini dan pembangunan lain dibuat oleh syarikat Malaysia. Majoriti pembeli juga rakyat Malaysia dan mereka juga bermastautin di situ.
14. Tetapi apabila rakyat asing beli tanah, tidak terdapat aliran masuk wang pun. Kebanyakan sumber kewangan dipinjam dari dalam negara. Dan mereka juga boleh berniaga dengan menggunakan bank mereka sendiri.
15. Apa sahaja pendapatan syarikat asing ini perolehi akan dihantar pulang dan menyebabkan pengaliran keluar wang. Apabila diperkenalkan skim di mana pembeli boleh beli hartanah di negara China dan mendapat satu unit rumah pangsa atau rumah secara percuma di Malaysia, tidak akan ada keuntungan yang dibuat di Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak akan mendapat hasil cukai.
16. Benarkanlah semua transaksi dibuat dengan telus. Terbitkanlah semua dokumen berkaitan pelaburan, jumlah pekerja asing, negara asal mereka, pembeli, bank yang menyediakan pinjaman serta kesemua penghantaran balik wang keluar. Keluarkanlah ini dengan jujur. Jangan berselindung. Janganlah pulak disuruh seseorang yang bernama Tunku Aziz untuk mengesahkannya. Mungkin dia ini pada satu masa mengetuai Transparency International, tetapi dia menerima tanpa belah bagi rompakan dan rasuah yang terjadi dalam 1MDB.
17. Jadi biarlah Transparency International yang benar-benar “International” memeriksa dokumentasi rasmi yang dikeluarkan. Biarkan rakyat meneliti dokumen tersebut untuk buktikan kesahihannya.
18. Pandang ke Timur bukan bermakna mengajak negara-negara di Timur membeli tanah di Malaysia, membangun dan menjual kepada rakyat dari negara-negara mereka. Ya, kita menggalakkan orang asing untuk jadikan Malaysia rumah kedua mereka (Malaysia My Second Home). Tetapi jumlah mereka ini sedikit. Dasar Pandang ke Timur bukan untuk membenarkan migrasi secara besar-besaran melibatkan ratusan ribu. Ianya adalah untuk rakyat Malaysia mempelajari bagaimana negara-negara di Timur ini membangun dan memajukan negara mereka.
19. Mudah sekali untuk menuduh saya ini racist, atau bersikap perkauman. Sebelum ini pun saya pernah digelar Malay ultra.
20. Label atau panggilan serta usaha untuk memburukkan imej ini lebih menunjukkan kegagalan untuk mematahkan apa yang saya buat atau katakan.
21. Ia mencerminkan ketiadaan asas untuk hujah bagi melawan hujah saya.
22. Ini adalah negara berbilang kaum. Rakyat berlainan keturunan, bahasa, agama, budaya dan pencapaian ekonomi telah tinggal dengan aman.
23. Di banyak negara, hanya kerana perbezaan interpretasi yang sedikit pada agama yang dianuti bersama menyebabkan pergaduhan dan peperangan. Tetapi Malaysia stabil dan aman.
24. Ianya stabil dan aman kerana kita terima keadaan sesama kita. Selama 22 tahun saya jadi Perdana Menteri, tidak terdapat pergaduhan kaum yang serius. Konflik ada. Tetapi tanpa keganasan. Dan negara dapat dibangun.
25. Jika saya amalkan perkauman, zaman saya akan terlihat ketidaktentuan dan kemuduran di negara ini.
26. Sesiapa boleh pertikai apa yang saya katakan. Itu hak demokratik sesiapa.
27. Saya cabar The Star untuk siarkan apa yang saya katakan ini secara keseluruhan. Tanda ketakutan Kerajaan terhadap kebenaran boleh digambarkan dengan sejauhmana media arus perdana dikawal.
28. Saya terima jika penulisan ini tidak disiarkan sama sekali kerana kita hidup di dalam sebuah negara kleptocratic di mana kebenaran merupakan satu bala, hanya boleh dibisik tetapi tidak boleh diperkatakan secara terus terang.
29. Saya rakyat Malaysia yang dilahirkan di Kedah.
30. Malaysia adalah rumah saya dan objek kesetiaan saya. Jika saya harus dituduh sebagai penderhaka kerana apa yang saya perkatakan, tuduhlah.
Dr Mahathir bin Mohamad
16 Januari 2017
P/s: Di dalam kes Hong Kong and Macau, Pondicherry, Goa dan lain-lain wilayah Peranchis dan Portugis di India, sebaik sahaja penjajah melepaskan empayar mereka, tempat-tempat ini terus dilepaskan dan dipulangkan semula kepada negara asal. Demikian juga semua tanah jajahan dikembalikan kepada pemilik asal wilayah-wilayah ini.
Surat asal yang disunting telah disiarkan di dalam akhbar The Star bertarikh Jan 17, 2017, di ruangan surat
Assalamualaikum Tun.
Saya dah kata FDI ala Najis a/l Razak ini memang bodoh.
Yang menyokongnya dua kali bodoh, Tun.
Yang mengundi BN tiga kali bodoh, Tun.
Yang dah tahu Najis ini bodoh tetapi tetap kekal mahu undi BN, 10 kali bodoh, Tun.
Semuga kita tidak tergolong orang yang bodoh-bodoh, Tun.
Semuga Tun dirahmati.
Membangun , mengundang Perlaburan , Ber Globalisasi
TIDAK Salah tapi mesti kena caranya
Mesti mempunyai Kerajaan yg Mantap bagi mengarup keuntungan apabila kita membawa mereka masuk , Jangan kita membawa mereka masuk tak tahu nak karup untung
Tak gunalah untuk tujuan tersebut
Contoh yg nyata urusan VEP
Singapura dah berzaman karup keuntungan ,kita baru saja nak mula
Lihat saja Kerajaan Singapura yg perlu di banggakan dan masuk akal
Mereka mempelawa perkerja juga perlaburan asing
Kerajaan mereka mempunyi mechanisma bagi mengarup Keuntungan yg amat positive
Levy perkerja dan sebagainya. Saya amik contoh perkerja asing Restaurant mereka
Dulu levy seorang $300-400- dollar sebulan eh
Sekarang $700-/ dollar eh bukan ringgit kalau ringgit bermakna $2100 ringgit sebulan. Dengan kemasukan VEP motorcycle $4-/ sehari kiralah sebulan tolak cuti 2 hari yg di berikan. Parking motor nak kena bayar , kalau tak nak balik Johor , kena sewa bilik ,$200-400 -/sebulan .Makan $ dollar .Tinggal apa hujung nya
Inilah tujuan membawa masuk anasir luar
Setiap detik masa ,setiap saat, 24 jam , setiap depa tapak tanah Singapura
Kerajaan mereka membuat Hasil berbillion billion dollar
Inilah tujuan memanggil pelaburan juga pekerja asing , bertujuan mengkayakan mereka
Di sini ,kerajaan kita belum , malah tidak mempunyai mechanisma untuk tujuan ini
Ialah semua sibuk masuk ke poket masing masing , samapai Kerajaan Malaysia berhutang Keliling Pinggag , Siapa pulak nak bayar hutang ni kelak
Jadi apakah tujuan Pembangunan yg di madsukan ?
Apaka tujuan memasukan orang asing ke tanah air kita ?
Kemana Haluan Anak Cucu Cicit kita kelak ?
Ialah mereka yg di atas ,dah ada habuan sendiri ,dah ok dah
Yang ramai merempat di bawah ni bagaimana ?
Seperti ucapan Menteri Besar Johor yg mengatakan Pembangunan Rumah juga Industri
Terbuka pada semua termasuk Anak Bumi
Yang nyata Anak Bumi di beri Subsidy sekali pun masih belum bolih beli lagi
Nak tukar tayar kereta bolih bergaduh anak beranak
Ni ,nak beli Harta apa eh ?
So kemanakah aliran anak cucu kita kelak ?
Ke Hutan menumpang naisb dengan Kera juga Beruk ?
Oi Menteri tolong jawab ?
Saya bukan buat karangan
Ini kenyataan jika kita lihat kenyataan nasib masyarakat Melayu kita
Yang hidup makan Gaji , kerja pun kebanyakan Security , Drebar dan sebagainya
Maka perlu kita perbaiki diri kita dahulu
Kerajaan juga Rakyat
Baru lah kita bolih buka Gelanggan Dunia
Ini Pisau tumbul tak pernah asar ,langkah pun sumbang , perut dah lah boncit
Nak lawan dengan Mike Tyson , konon
Globalisasi konon…..Kasi adjust dululah Datuk , Kuda Kuda
Syabas pada Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Sri Liow
Kerana tidak gentar akan ugutan Singapura untuk menaikan VEP Malaysia
Kerajaan Singapura memang selalu mengambil kesempatan akan kelembaban Kerajaan Malaysia terutama sekarang dalam kerajaan Najib
Mereka sering campur tangan urusan kita ,mengapi apikan melalui media masa mereka
Jika di bandingkan VEP , mereka terlebih dahulu mengaup keuntungan VEP
Lebih dulu dari kita bahkan dalam nilai dollar lagi
Kereta mereka sewenang wenangnya masuk ke tanah Johor tanpa bayaran
Parking Free ,Takada ERP ,Tak kena saman dan pelbagai kemudahan
Mereka datang kesini dihormati sebagai jiran tertangga
Kita kesana kadang kala dihalau balik kononya selalu keluar masuk macam Banduan
VEP kereta kita telah mengkayakan Kerajaan Singapura
Bukan sahaja Levy perkerja Malaysia kena bayar Mahal
Malah motorcycle Malaysia yg beribu masuk seharian dengan VEP $4-/ seakan
12 ringgit Malaysia.Kasihan jika saya lihat lagat motorcycle Malaysia masuk Singapura yg keluar Pagi .Belum lagi Sarapan Pagi sudah kasi Kerajaan Singapura
$4-/ dollar atau 12 ringgit bermakna bolih buat makan sekerluarga
Belum lagi saman ,ERP dan yg lain yg di kena paksakan
Ini baru motor cycle , kereta Malaysia masuk Singapura bagaimana pula Keuntungan mereka . Harap Menteri paparkan perbezaan Kutipan wang yg Malaysia & Singapura perolihi melalui VEP & cost lain seperti parking charges , saman dan tambahan mereka ERP charges
Kita baru nak amik VEP Menteri mereka sudah terpekik
Step tunjuk baik dengan rakyatnya.
Kononya Kerajayaan Singapura prihatin akan rakyat mereka .
Tapi sebenarnya rakyat mereka hidup seperti Baruah TerHormat
Assalamualaikum,
Satu pengajaran yang saya dapat daripada tulisan LeoSabri apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada Tun bernilai 2.6 billion.
Nilai 2.6 billion itu sudah menjadi igauan dan gurauan seluruh rakyat Malaysia dan mungkin seluruh dunia menunjukkan betapa tidak logiknya ia duduk dalam akaun peribadi seorang pegawai kerajaan sebuah negara.
Memang Benar kenyataan Menteri Besar Johor
Pembangunan yg pesat di bangunkan China untuk semua
Soalannya semua itu siapa ?
Anak Bumi ? Anak Bumi nak makan kadang kadang miss nak beli harta apa eh ?
Ini kenyataan bukan nak buat cerita sedih atau nak menghina
Lihat saja di mana mana industri , mall , pejabat kewangan semuanya milik siapa ?
Memang Anak Bumi pun ada niaga juga
Berdagang Musafir Lalu
Tidak bertempat , di kaki lima dengan kemah , pondok yg buruk
Nak beli harta , perumahan apa eh ?
Tak campur ke dengan masyarakat melayu ?
Memang ada juga yg handal tapi bolih di kira dengan jari
Yg nyata siapa yg bakal bermastautin kelak
Berakar umbi di Bumi Malaysia
Menteri Besar dah tentulah senang
Mungkin dapat property pun Free Gift
Dicabar pula adakah Muhideen taat pada Sultan atau Tun Mahathir ?
Soalan apa ni ? Macam Batu Ronsen saja
Nampak sungguh Ke Budak budakan , macamana jadi Menteri Besar Johor
Saya pun tak tahu
Kalau tak mampu nak membangun sendiri
Didik generasi muda kita supaya mereka berupaya tidak seperti kita
Tak perlu di bangga pembangunan yg bergini
Pembangunan Pasang Siap olih orang asing
Ini hari pasang , besok siap kita pula kena halau
Salam!
Sultan Johor ada syer dalam Forest City melalui Esplanade Danga 88 S/B.
DuniaDunia
KayaKayaKaya
Kaya ilmu pasti tak habis,
Kuatkan iman sebagai penangkis….!
Salam Rabu, uDah celaru..!
Esok khamis, siapa mengemis..?
Lusa jumaat, apa di daulat..?
Tulat sabtu, kan harubiru..!
*
Kerana donia iman celaru..!
Melayu ngemis di tmpat sndiri..!
Apa didaulat.? tanahair ku..!
Bangsa asing tuan di ForestCity…!
ForestCity aje ka..?
tempat lain macam mana..?
…uuhhh…
Nnti start bola…, sorak sorai…
ilang la isu…..!!
…aaaii…
Menang sorak daulat tergadai..??
…isshhh…
Mana ada gadai gadai…!
Jual terus…!!!
*itu kompeni dpt brapa parsen ekk?
agak najib dpt brapa persen pulok..?
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
*TuanPenasihat25?
https://youtu.be/PqkT_WH0FpU
#JanganMarah
#jualiman
#duniadunia
*******
ALLAHuAhad
Pembangunan J.B Hartanah Johor.
Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.
Walaupun berkomen tidak mendatangkan hasilnya, tiada pula menerima Gaji/Elaun/Pencen, tidak juga dipengaruhi Politik/Parti/Dedak dan, tiada juga atas sebarang kepentingan/kekayaan/keroni, makanya perkara berikut adalah dirujuk:
Didahului ucapan 2.6 Billion terima kasih kepada YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pencerahan kepada perkara tersebut bilamana ada disebutkan juga.
Bahawasanya saya dilahirkan di Selangor, namun begitu mak ayah saya asalnya Bangsa Johor yang juga memiliki hartanah di Johor yang sepertinya ada kaitan pada perkara-perkara yang disebutkan untuk saya menyebuk sikit. Sebelum itu saya berharap sangat-sangat agar tiada lagi ‘cobaan’ nak jadi “poyo” hantar masej pada saya tanpa sebarang Derma/Dedak sebagai amalan sedekah. Mohon berbanyak-banyak kemaafan jika sekadar masej/maklumbalas sahaja sesungguh-sungguhnya tidaklah dilayan.
Sepertimana hartanah di Johor dinobatkan atas pembangunannya, hartanah kami juga telah pun selamat terjual atas kapasiti persetujuan bersama-sama. Malangnya niat pakcik iaitu, adik kepada ayah untuk menjual bahagiannya pula tidak kesampaian apabila telah sampai ajalnya.
Apabila DYMM Sultan Johor dinobatkan pula, keturunan kami dididik agar tidak mencampuri urusan Baginda Sultan mahupun Kerabatnya. Mak ayah saya cakap, jangan cakap-cakap, jangan cerita-cerita tentang Sultan Johor sebab kita tidak tahu akan cerita sebenarnya dan, tidak pula tahu akan kebenaran cerita tersebut disebabkan perkongsian kuasa antara Raja dan Kerajaan. Maksudnya kita akan dapat 2 versi cerita iaitu, yang mengaitkan Raja dan, yang me-Raja-kan pemimpin politik bilamana dapat memerintah kerajaan.
Sebagai contoh 2 versi cerita bilamana hartanah Johor disebut-sebutkan yang seakan-akan begini bunyinya;
“Sekarang ni Sultan Johor turun padang ambil tahu hal ehwal semasa termasuklah hartanah sebab Sultan tak nak tanahnya dijual sewenang-wenangnya oleh kerajaan seperti sebelum-sebelum ini habis lingkup tanah dikerjakan BN.”
“Sekarang ni kerajaan kuat kuasa penjualan tanah, sebabnya tak nak tanah dijual sewenang-wenangnya macam sebelum ini Sultan Johor dah banyak jual pada orang asing, sebab itulah sekarang ni Sultan Johor masuk campur urusan hartanah.”
Terdapat 2 versi cerita Yang Amat Maha Pelik Al Ajaib intonasinya, namun tanah kami dah pun dijual kepada rakyat tempatan berbangsa Cina, katanya untuk dimajukan tanah tersebut selepas dijual pula kepada pembeli bersebelahan tanah kami yang telah lama menjalankan perusahaan ladang sawit yang tidak seperti tanah-tanah kami yang dah lama menjadi tempat kera disusukan. Walaupun ada desas desus kawasan tersebut akan dimajukan untuk pembinaan keretapi laju, kami dah pun jual lebih laju dari itu.
Kesimpulannya tidaklah rajin sangat saya nak berhujah dengan komen panjang lebar sepertimana mukadimah awalan kata telah disebutkan tiada hasilnya berkata-kata. Lagipun saya bukanlah seorang Pengerusi kepada parti Politik, tidak pula pernah menjadi Presiden untuk parti Politik, malahan bukan pula bekas Perdana Menteri. Makanya sebarang komen yang dinyatakan hanya sekadar sedikit sahaja kata-kata tanpa bertuhankan politik, berpolitik atau, mempolitikkan segala. Akan tetapi jika saya dihidangkan dengan Darjat/Pangkat/Kuasa pastinya sebijik-sebijik saya tolong kupaskan. Malangnya tiada setitik kekayaan dirasakan melainkan lihatkan sahaja kepentingan yang diperolehi pula oleh lapisan generasi politik masa kini. Maksudnya tidaklah saya asyik melatah. OooPocot.
Sekian, salam hormat.
p/s: Saya berkemampuan untuk faham pada perkara-perkara yang dihujahkan oleh YABhg Tun, sepertimana kemampuan saya memahami komen-komen dari komentar-komentar yang sesungguh-sungguhnya Yang Amat difahami sangat-sangat walau tidak diberikan maklumbalas. Cuma agak kurang faham bilamana kekayaan dipertontonkan, wajibkah ianya ditafsir dengan hujah, tak pun dikenakan tindakkan seperti Dato’ Veda kaya raya sebab tak bayar GST, sedangkan bersama-sama mampu selesaikannya tanpa memukul canang.
Assalamualaikum,
Inilah dia cara pentadbiran Najib yang ketinggalan zaman walaupun pengikutnya pernah mengatakan Tun yang ketinggalan zaman mengenai kekuatan ekonomi negara tanah besar Cina.
Zaman informasi yang boleh didapati daripada pelbagai sumber serta cepat tidak boleh dinafikan lagi. Pentadbiran Najib pula bertindak sebaliknya dengan menyembunyikan maklumat dengan alasan rahsia negara. Dalam pada itu beliau mengatakan kepentingan rakyat perlu dijaga dan duit dalam akaun peribadi pun dikatakan untuk rakyat. Kalau begitu kenapa maklumat-maklumat ini tidak boleh dihebahkan kalau ianya bukan bersifat peribadi.
Ini termasuk juga maklumat- maklumat yang Tun sebutkan di atas mengenai pembangunan Forest City. Maka tidak boleh lah disalahkan Tun atau rakyat jua kalau maklumat didapati daripada sumber lain oleh kerana Najib yang simpan maklumat ini.
Siapa yang ketinggalan zaman?
Assalamualaikum Tun,
Persoalan kecil yg hebat oleh saudara Wahab spt yg Tun sbt pada butiran No.9 dan P/S. Dan adakah Johor ingin melepaskan lagi sebahagian daerahnya kepada China pula kali ini? Byk persoalan yg masih belum terjawab.
http://www.malaysiakini.com/news/369625
Nampak gayanya sdh menjadi trend kerabat tersebut, lontar cabaran kemudian paling muka. Umpama anjing kurap yg cuma pandai menyalak dan kemudian lari.
Saya rakyat Malaysia yg dilahirkan di Pulau Pinang. Jazakallahu khaira.
Sebagai seorang Muslim yg hidup dlm dunia moden di sebuah negara pengamal ekonomi pasaran bebas, kita tak mampu menepis pengaruh wang non-muslim dlm urusniaga seharian.
Globalisasi bisnes menolak dasar ekonomi yg tidak inklusif dan tidak kompetetif. Apatah lagi, jika protectionism menjadi agenda utama.
Jika kita mempamerkan prejudis terhadap ras, budaya dan agama dlm pengurusan polisi, pelabur FDI Cina akan bertempiaran lari keluar dari Johor dan mencari negara lain yg lebih selamat bagi mereka.
Johor akan terlepas sumber pendapatan yg sangat lumayan dari projek pembangunan, pembuatan dan infrastruktur bertaraf dunia. Inilah sabotaj ekonomi yg baginda Sultan maksudkan.
Isu dgn FDI Cina kini berdepan dgn dua kemungkinan senario, cuba kita bayangkan jika lokasinya adalah sebuah restoran dgn paparan notis:
Mesej yg mana satukah DrM cuba sampaikan kepada pelabur Cina?
Wallahu’alam.
Assalamualaikum,
Apa yang ditulis oleh Dr.Mahathir mengenai isu ini mendapat 21,000 likes dan 2,000 shares di facebook. Terdapat 1,028 comments pada penulisan di Facebook yang rata-rata menyokong penulisan tersebut.
DYMM Sultan sewajarnya stay above politics and business. Putting yourself in the argument would make people think that you have interest in the development of that land.
Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk seimbangkan demografi Forest City. Pertamanya, wujudkan kuota bumiputra di Forest City sebanyak 30%. Kedua, untuk quota bumiputra, harga perlu mampumilik oleh masyarakat bumiputra. Rata-rata, harga mampu milik adalah RM 300,000 ke bawah. Ini cuma satu cadangan, sebenarnya cabaran yang lebih besar adalah cabaran merubah apa yang Forest City boleh ubah dan bukan mencabar “orang lain” yang sememangnya telah lebih 30 tahun berknidmat untuk negara dan bangsa di peringkat tetinggi.
Cuba baca Facebook Malaysiakini (BM Version) tentang comment yang diberi oleh masyarakat Malaysia (berbilang kaum)mengenai isu ini supaya faham aspirasi rakyat.Masyarakat Malaysia kini sudah berubah, social media ada di mana-mana.
Selamat berubah.
Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
1. Syabas Tun kerana dengan pantas telah memberi jawapan balas kepada tuduhan melulu (terhadap Tun) yang amat beremosi dari pihak yang ada KEPENTINGAN PERIBADI (tetapi kononnya untuk kepentingan rakyat) dalam projek ‘Forest City’ dan projek pembangunan lain di Johor Bahru.
2. Seperti biasa Tun memberi jawapan yang ada FAKTA SAHIH, dan dengan cara yang amat BERHEMAH.
3. Saya sebagai rakyat biasa berasa amat jengkel dan meluat melihat cara pihak berkepentingan peribadi (‘selfish’ & tamak haloba) dan juga pihak rejim Najib melontarkan ‘kritikan – pandangan’ (tapi lebih kepada kutukan dan hinaan melampau) terhadap Tun bila membangkitkan isu2 dan keresahan/ kesusahan ‘rakyat’ (mewakili rintihan dari rakyat jelata).
4. Jika rasa hebat sangat, saya cabar individu2 (yang tuduh Tun ‘mengarut’) untuk berdebat dengan Tun Mahathir (berkait isu rakyat). Jadilah ‘anak jantan’ dan jangan cuma berani tunjuk keangkuhan terhadap seorang Negarawan (berusia 91 tahun) kerana anda ada pangkat atau kedudukan kerana segala apa yang ada di dunia ini milik ALLAH S.W.T. termasuk diri anda.
Terima kasih Tun. Saya sokong Tun 100% dalam isu ini.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Yang jadi soalan penting bagi saya
Pembangunan ini untuk Siapa ?
Sememangnya Kerajaan juga Sultan Malaysia
Kelihatan Lemah dan Dayus kerana tidak mampu membangunkan Tanah sendiri
Memang perlu dan logik kita perlu khidmat kepakaran luar untuk bantu membangun
Tapi yg saya lihat dari A to Z semuanya di kendalikan olih pihak asing
Dari arkitek ,infrastructure, perkerja ,pengendalian juga modal & kewangan
Semuanya dari pihak luar dengan kita mengadaikan Tanah Pusaka yg bakal mengugat masa depan anak cucu cicit kita
Apa ? Perlukah sampai Isteri juga Anak Gadis kita, Orang luar , Jiran tertangga yang kejutkan ?
Memang sekarang tidak kelihatan tapi masanya akan tiba kelak
Kita seolah memaksa diri kita untuk membangun tanpa mengukur diri
Ramai lagi kalangan kita masih buta huruf dalam erti kata Ilmu Pembangunan
Tidak ada asas Bahasa juga Ilmu English , Ilmu Perdagangan Dunia
hanya bermodalkan kau & aku , Ahmad & Joyah
Kerajaan juga lemah dan gagal membina infrastructure bagi mengaup Cukai demi
Tujuan membawa perlabuhan asing ke Malaysia
Yang sering kita dengar…oh Datuk ni rebat duit project ini
Pegawai ini Kaya kerana kena Sepak duit Haram
Hujung hingga sekarang Saya tidak lihat Kerajaan Malaysia punya Simpanan
Malah bergelombang dengan Hutang Piutang keliling Pinggang
Juga nasib KeSultan Melayu akan berakhir seperti sejarah Singapura
Anak Bumi Malaysia sejati akan merempat di Tanah sendiri
Jadi Apakah Tujuan Pembangunan ini semua ? Untuk Siapa ?
Jangan kita salahkan tanah tinggi rendah jika kita tidak tahu menari
Kita perlu ikut Irama dan Lagu kita , Budaya Kita
Bukan Budaya ,Lagu & Irama mereka
Disini Salah nya kita
Jika Lim Dap tidak ada in the picture, sudah tentu saya undi parti Tun. Can you consider not having Dap as your ally?
‘ Hold Fast The Rope Of Allah
Be not be divided among Ummah ‘
Inilah punca Kehancuran Dunia Islam Timur Tengah
Juga Bakal Kehancuran Ummah Islam , Melayu di Malaysia
Di Indonesia , juga Brunei jika kita Ummah tidak Bersatu
Alasan campur tangan luar Amerika, Yahudi atau sebagainya
Hanyalah sebab musebabnya
Yang nyata adalah apabila kita tidak Bersatu
Jika Iraq dari mula bersatu dengan Syria , Libya juga yg lain
Porak peranda tidak akan berlaku di Timur Tengah
Masing masing buat hal masing masing
Menunggu giliran masing masing di belasah Amerika yg di terajui Yahudi
Jika mereka Bersatu dari hari pertama
Timur Tengah tidak akan jadi Timur Tengah sekarang
Begini juga yg bakal berlaku di Malaysia
Jika kita masing masing buat hal masing masing
Balak bencana akan mengahancurkan kita
Sedangkan mereka yg kuat ekonomi ,kuat ilmu masih Bersatu
Kita yg Lemah Ilmu ,lemah ekonomi , lemah Ukhwah masih menyombong diri
Hanya masa akan menentukan segalanya
Adakah Party Pri Bumi bolih Bersatu atau hanya namanya sahaja BERSATU
Kelihatan Kaum Melayu Malaysia sudah berpecah belah
UMNO di dalam UMNO , UMNO berdepan BERSATU , PKR juga PAS
Di undang pula penjajahan dari negeri China juga Singapura
Dimana Cina Malaysia bersatu dengan Cina Singapura menjelajah Malaysia
Di bantu pula dengan kepakaran China dengan ekonomi yg Mantap & Matang
Tembok tiang Melayu Malaysia hanya Khayalan dan Impian
Sultan pun dirabuni dengan kebendaan dan impian
Bertambah pula dengan Teraju Kerajaan Najib yg amat Pincang sekali
Duit dah banyak Habis
Tanah dah banyak Tergadai
Orang Melayu secara Individu juga secara berkumpulan masih jauh bolih bertanding
Mengapa pula Kerajaan juga Sultan membuka gelanggang
Persiapkan Kuda kuda , Teguhkan Tembok
Barulah kita buka Gelanggang
Jangan hanya dengan Kail sejenkal kita sudah hendak mengukur lautan dalam
Buruk Padahnya kelak
Salam Tun.
1. Kalau ikut logik purata rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah menghabiskan bayaran perumahan ada yang sampai ke pertengahan hidup atau dekat pencen.
2. Alamatnya golongan pertengahan ini bukanlah akan menjadi pemastautin di ‘Forest City ‘ ini.
3. Adakah untuk cucu cicit kita ? Emmm.. kenapa pulak di katakan 700,000 rakyat asing akan berpenghuni di sini.
4. Malah mahligai ini bukanlah satu sumbangan atau hadiah kepada rakyat negeri Johor kerana terpaksa membeli (berapakah harga agaknya ?) sedangkan nak adakan pembangunan ini pun terpaksa hutang dengan pembinanya.
5. Sebagaimana pembinaan Jambatan Pulau Pinang oleh Syarikat Hyundai dan kini Syarikat China kepada Jambatan kedua hanya Syarikat seperti UEM yg sudah lama ada bukan baru terhasil kini terpaksa beralih ke pembinaan lain pula.
6. Berlainan membuka pelaburan asing mengadakan kilang2 di Malaysia ramai rakyat Malaysia akan dapat pekerjaan dan akan terjamin bila rakyat asing tidak boleh di ambil bekerja dlm industri perkilangan.
7. Kita perlukan pelabur perkilangan negara lain di dunia yang dapat mengantikan pengusaha dari negara Amerika Syarikat yg akan kembali ke negara asal mereka sebab dasar pemerintah yg baru.
8. Jelas yg di bawa masuk sekarang menguntungkan bangsa asing sementara rakyat tempatan umpama di anak tirikan.
9. Senangnya kita untuk berjumpa Allah s.w.t dengan hanya membentang sejadah dan menyembahnya.
10. Sebaliknya seorang PM hanya nasib kita kalau dapat berjabat tangan , memberi salam atau berkata hai..!
11. Nabi Muhammad s.a.w walau pun hidup susah tetapi Nabi pilihan utama Allah s.w.t walau pun tidak sehebat Nabi Sulaiman a.s yg di kurniakan kekuasaan menguasai semua makhluk di dunia dan alam roh.
12. Akhirnya semua harta dunia akan kita tinggalkan hanya amalan yang akan kita bawa bersama-sama untuk di bicarakan.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum Tun,
Saya rasa Tun sama sekali tidak menderhaka. Bacalah di Facebook dan media-media sosial. Begitu ramai yang sokong pendapat Tun.
Mengapa mereka sokong Tun? Apa yang mereka dapat? Dedak? Mereka menyokong kerana apa yang Tun kata adalah benar. Semudah itu.
Terima kasih Tun kerana menyuarakan apa yang tersirat di hati rakyat.
Tun juga Sultan perlu BerRahmah untuk menghuraikan sengketa
Yg sengaja diapi apikan olih pemberita demi agenda mereka yg terselit
Bertujuan melemahkan Tun melemahkan part baru Tun BERSATU
“Hold Fast The Rope of Allah
Be Not be Divided among Ummah ”
Bukan Baru Malah dari dulu saya kerap berpendirian
Apa guna pembangunan jika pembangunan ini bukan milik kita
Anak Bumi hanya menang Shiok sahaja
Kan lebih mulia berkaki ayam , beratap rumbia
Tanah Pusaka Tetap Milik kita
Jika kita tidak ada modal atau Ilmu
Tidak siapa yg bolih memaksa kita untuk membangunkan negara
Apa guna pembangunan jika Tanah , Maruah di Gadai
Anak Bumi hanya menang Shiok sahaja
Yg Kaya mereka , yg bakal berakar umbi hingga satau hari kelak
Anak Bumi kita akan merempat di Tanah Air sendiri
Dayus kita membangunkan Negara dengan mempergadaikan Tanah Pusaka
Dengan Tanah kita bolih jadikan wang ringgit semalaman
Wang Ringgit akan Lesap demi masa dengan sekelip mata
Habis Tanah Habislah Keturunan….bertaburanlah nanti anak cucu kita
Yang Bakal Merempat di Tanah sendiri
Tidakkah sejarah Singapura membuka mata dan minda kita
Kita bolih membangunkan Negara dengan menggunakan Professi Luar Negara
Tapi kini kelihatan kita lebih membutukan mereka bukan sahaja dalam teknologi
Malah kita bergantung Modal dari mereka dengan menebus Tanah Pusaka kita
Ini yg bikin kita Dayus .Kalau tak mampu nak bangun , takda modal
Janganlah Bermimpi tinggi sampai Tanah Pusaka di Gadai
Kemana Hujungnya Anak Cucu kita Kelak ?
Kolih kolih di olak olak
Kalau tak bolih, nak apakan pulak
Jangan dipaksa
Jangan kita lihat orang mencakar langgit , kita juga nak tunggak langgit
Kepintaran Manusia tidak akan Kekal….Malah akan membuahkan Musibah demi masa
Memang kedudukan orang Melayu di Johor sudah terancam
Sudah kelihatan beribu ekar tanah melayu di johor sudah bertukar tangan ,tukar milik kepada milik asing , dari tanah perkebunan juga perumahan
Ke Manakah Arah Tujuan , Arah Berteduh Anak cucu kita di Tanah sendiri kelak
Jika Kerajaan juga Ke Sultanan Melayu Keseluruhannya
Tidak memegang Tali Allah dan Bersatu demi Ummah
Teruskanlah bercakap dan menulis wahai Tun Dr Mahathir. Siapa yg makan cili, dia akan terasa pedasnya.
Mungkin, satu hari nanti ketika terlalu ramai Rakyat China, tinggal di ‘Forest City’ itu… pergi bershopping di Pasaraya sambil membawa anjing comel peliharaan mereka seperti Chihuahua dalam trolley… baru DYMM Sultan & Rakyat ‘Bangsa-Johor’ Baginda akan tersedar. Ketika itu nanti, nasi sudah menjadi bubur. Rakyat hanya mampu luahkan ketidak-selesaan mereka di FB saja. Atau mungkin akan keluar fatwa-baru supaya orang Melayu tidak merasa ‘jijik’ mengunakan trolley di pasaraya.
Maklumlah…Wang kertas dan tong-tong gas yang kita gunakan dirumah pun, kita tidak tahu asal-usul penggunaannya sebelum itu. Mungkin dari urusan jual-beli di pasar daging-babi atau tuan-punya tong-gas sebelumnya mengoreng daging-babi, sambil meletakan besen yang berminyak-babi itu atas tong-gas, selepas digoreng.
Dua bulan lepas pun… ketika berpuloh kapal Nelayan China, anak-anak kapal mereka yang dikatakan mendapat latihan ketenteraan… ceroboh perairan Negara… PM, TPM, Menteri Pertahanan, Maritim, MKN atau Panglima Angkatan Tentera, senyap tak bersuara.
Mungkin sebab itu Zahid pergi ke China untuk ‘belajar’ cara China mengawasi sempadan Negara mereka. Dan sebab itu kita beli kapal peronda persisiran pantai dari China.
P/s;
Saya juga sama seperti Tun, berasal dari Kedah yang bersempadan dengan Siam. Ketika zaman kanak-kanak dulu, orang Siam dikampung saya, bela babi macam Melayu bela kambing. Oleh yang demikian, saya langsung tak merasa ‘jijik’ terhadap babi. Malah saya boleh makan makanan-sendiri bersama kawan-kawan yang makan peha-babi panggang di meja yang sama.
Harap-harap Rakyat Johor atau JB boleh berbuat demikian… satu hari nanti. Kalau tidak, hubungan kaum akan menjadi… sangat tegang dan Forest City kebarangkalian ‘terlepas’ sama seperti Singapura dulu.
Hidup UMNO-Najib, Hidup Jho Low.
Salam Tun
Gelang patah area (Forest City)
tanjung perlepas port kawasan.mmmmmh dekat tu
Tanda Tanya?:Saya yang tak tahu.
Catatan tambahan kat bawah tu macam ada kaitan dengan butiran no. 9. Singapura masih milik Johor sampai sekarang?
Assalamualaikum Tun,
Hujah yang hebat oleh Tun. Sekarang kita tgk pula bagaimana individu pencabar berkenaan dgn media nak putar belit fakta2 dari Tun ini.
Pada yg belum baca, ini link artikel berkenaan: https://www.bloomberg.com/news/features/2016-11-21/-100-billion-chinese-made-city-near-singapore-scares-the-hell-out-of-everybody