PENYOKONG SAYA

1. Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.

2. Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka. Kononnya ketua bahagian yang diberi watikah tidak baik, tidak mendapat sokongan ahli parti dan rakyat. Kononnya ini semua disebabkan ada pemimpin tertentu.

3. Sekarang ia sudah naik ke tahap menolak kepimpinan tertinggi parti. Kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.

4. Kita semua tahu bahawa amatlah sukar untuk memujuk pemimpin UMNO, terutama yang memegang jawatan dalam Kerajaan, menjadi Menteri terutamanya meninggalkan UMNO. Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan UMNO. Sudah tentu mereka tidak berani mendekat diri dengan parti seperti PPBM yang secara lantang mendesak supaya Najib disingkir.

5. Tetapi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana menjadi Timbalan Presiden UMNO. Jika Najib turun kerana apa-apa sebab Muhyiddinlah yang akan jadi Perdana Menteri.

6. Baginya dan bagi Shafie Apdal membenar diri disingkir dari jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar. Umum tahu yang Muhyiddin mengkritik Najib semasa masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya dia disingkir.

7. Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi Presidennya. Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi Parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya.

8. Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan Parti Pribumi Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.

9. Jika hari ini ia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.

10. Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk menggagalkan perjuangan parti PPBM. Sekaligus mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya.

11. Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Najib. Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

22 thoughts on “PENYOKONG SAYA”

  1. YBhg Tun,
    sebenarnya yg menjadikan kucar kacir akar umbi itu adalah BERKEMUNGKINAN mereka yg berupa talam 2 muka. Mereka sebenarnya dari Penyokong Parti lain memasuki PPBM bertujuan jahat utk melaksanakan agenda mereka seperti yg dirancang.

    Dalam masa yg singkat mereka tlh merubah corak politik PPBM kpd arah tuju utk menyiasat dan mendesak agar diberikan pencerahan kpd isu kekayaan anak2 Tun. Ini terbukti bhw ahli2 PPBM yg sebenarnya takkan berbuat begitu kpd Parti.

    Mereka yg membuat desakan itu adalah sebenarnya desakan dari Parti mereka yg memperjudikan diri ahli-ahli mereka sendiri demi menutup keaiban kpd Kepimpinan Parti mereka. Wbgmana pun, sehingga sekarang tiada apa yg dpt dibuktikan mereka.

    Adalah diharapkan kepimpinan PPBM lebih teliti dlm memilih kepimpinan pemuda yg nampak berbakat akan tetapi ada maksud yg tersirat di dlm hati mereka. Kejahatan yg mereka lakukan ini sehingga sanggup meyusup masuk ke Parti lain utk merosakkan nama baik Parti lain.

    Rakyat mengetahui akan hal ini. tahu akan taktik kotor yg akan mereka lakukan demi menegakkan benang basah pemimpin mereka yg kian terancam dari segi kemenangan PRU14 ini juga terancam akan undang-undang yg sedia menanti mereka. Demi menutup keaiban & utk mengekalkan kedudukan, apa saja saluran akan digunakan utk menjayakannya.

    Adalah diharapkan Kepimpinan PPBM lbh berhati-hati dlm memilih kepimpinan muda utk sama-sama menerajui PPBM sekarang & masa hadapan.

    sekian, tksh YBhg Tun

  2. Assalamulaikum Tun

    Pada sy kekuatan Umno BN adalah kebijakasanaan pemimpin BN memanipulasi jentera kerajaan yg seolah2 kerajaan itu BN atau BN itu adalah kerajaan. Keadaan ini menakutkan rakyat yg tak bermaklumat,… sbb rakyat ingat kerejaan ini sudah stabil.
    Maka kempen2 diluar bandar harus menyedarkan rakyat hakikat ini iaitu menukar Ahli Parlimenbukan bererti menukar jentera kerajaan disamping penghapusan GST, pengurangan kos sara hidup, peluang pekerjaan & pendidikan.

    Tq

  3. Saya sokong pemimpin Islam yg Berani , ber kebolihan ,Creatif ,pandai mengambil keputusan yg positif
    Bolih berfikir ke depan , berani membangunkan pertahanan ,ambil tahu hal dalaman daripada mengepoh hal luar dan menjadi tali barut hasutan luar ,tidak bercakap besar seperti Mahmoud_Ahmadinejad , lebih diam ubi , berani juga bersedia

    Tidak ku nampak Pemimpin Islam sedemikian di ini hari

    Di Malaysia Pemimpin yg cantek ialah & adalah Tun Mahathir
    Yang Buruk dan Hodoh Tun Najib Razak

    Jika Islam tidak mempunyai Pemimpin yg Hebat
    Siapa yg bakal mempertahankan Maruah Islam
    Siapa yg bolih menyatu padukan Ummah
    Siapa yg berani meningkis fitnah yg di lemparkan pada Islam di ini hari
    Contohnya , sekarang di berita Pengeboman di Mancester kononya pihak Isis sudah mengaku bertanggung jawab
    Ini sering kita dengar apabila ada pengeboman terhadap Britain , France , US atau di mana negara Barat
    Media Barat akan mengistiharkan kononnya ISIS sudah mengaku Bertanggung jawab
    Hairan serupa si Pencuri yg mengaku Mencuri ,Tak masuk akal ISIS kalau buat pun tidak akan mengaku…ISIS Bodohlah ini
    Najib yg mencuri berbillion terang terangan sampai sekarang tidak mengaku kesalahan beliau ,
    malah menasahati pengikutnya mesti Amanah.
    Begitu juga setiap kali US atau Russia mengebom rakyat yg tidak bersalah , membunuh anak anak dengan chemical weapons
    Merak tidak akan mengaku salah , malah mereka akan menuduh Assad atau Miltants Islam yg lain

    So
    Siapakah yg kita nanti nantikan demi menjaga Maruah Islam
    Sarip Dol Kampung Dusun ke ?
    Maka perlu kita bersama memegang tali Allah , Jangan kita Berpercah Belah
    Ini ubat Umat Islam sekarang
    Ini Panadol nya

  4. Salam Tun,

    Tindakan ssetengah ahli yg bertindak mngugut kluar parti jika TSMY tidak digugurkan dr PPBM adalah sgt memualkan n jijik (dr sudut pandangan mata peribadi saya). Nampak sgt mereka masuk PPBM kerana ada agenda2 tertentu. Samada ingin mndapatkn jawatan2 tertentu (beserta habuan2nya nanti) atau sekadar jadi pengacau dlm parti. Keluar dr umno bn sbb tak dapat apa yg dihajati n cuba pulak di PPBM. Politik yg jnis mcm ni la yg mnghancurkan umno bn dlu n skang bawak negara ke arah yg sama. Orang2 bgini wajar dipecat dr parti n dilupakan.

    Haruslah diingat bahawa perjuangan no 1 utk PRU akan datang ni ialah menjatuhkan kerajaan najib sekarang ni. Jika najib dh jatuh yang lain2 boleh diuruskan dgn baik.

    Namun bgitu ad isu2 dlm PH yg lebih baik diperjelaskan sblum PRU nnti. Sbgai contoh isu bakal PM ni. Ini kerana isu ni sedikit sbyk mempengaruhi juga bakal2 pngundi nanti. Isu ni telah berjaya membuat spt PH masih tidak dpat mncari kata putus siapa yg bakal jd PM slpas PH brjaya dlm PRU. Bagi pendapat saya jika pun perbincangan masih berjalan n blum ada kputusan adalah lebih baik setiap parti dlm PH bincang secara trtutup jauh dr pndangan media. Sbb bile dpt ke media semuanya akan jd tak betul.

    Namun bgitu kami rakyat masih yakin Tun punya perancangan yg trbaik utk mnyelesaikannya..inn shaa allah.. Semoga Tun n rakan2 diberi kesihatan yang baik utk terus mnjadi dahan bg kami rakyat utk terus bergantung.

    Terima kasih Tun

  5. Kalau ‘umur’ manusia ni boleh di transfer,
    Tun, saya akan transfer umur sebanyak 5tahun pada Tun untuk berjuang habis habisan,
    Kepada penyokong tegar umno bn, hang pa nak kata apa sekarang,
    Ini baru sikit… Sat lagi aku prambat hang pa semua…

  6. Terus terang cakap, seluruh Malaysia sokong Tun,
    Kepada penyokong tegar umno bn,
    Hang pa semua…kahak thuiii
    Tahun ni kiamat buat umno bn…

  7. Apa khabar Tun,
    Punya Lama tak log in sampai lupa password
    Mengelupur reset semula,
    Ada juga komen dari psycho dalam ni,
    Cantek punya salam bagi pada Tun, tapi ayat masih pelaga orang,
    Kepada penyokong tegar umno bn yang main wayang dlm komen blog ni, hang pa semua jangan dok belakon,
    Jangan dok laga laga lagi,

  8. Assalamualaikum wbt Tun

    Saya sering berhubungan dgn kawan2 dari segala pelusuk Malaya utk tahu
    pandangan mereka. Alhamdullillah, rata2 dah jelak dgn Najib MO1. Cuma anih, mereka juga tidak yakin dgn PH esp Bersatu. Namun harapan
    mereka pd PH n Bersatu adalah tinggi. Tapi belum yakin malah sangsi.

    (2) Sebabnya, mereka melihat ada yg dlm
    Bersatu khususnya adalah mereka yg kecewa dari UMNO. Paling mengarut, ada yg terdepan dlm Bersatu adalah mereka yg tidak performpun masa dlm UMNO. Lihatlah ada yg cuba jadi jaguh dlm Bersatu yg bergelar n bekas YB, bagaimana kawasan2 yg mereka wakili. Ambil contoh Grik dan Baling, di mana perubahan ketaranya. Tidak usah cakap pasal Yanlah.

    (3) Kasihan dan dukacita. Tun berhempas pulas berjuang, namun ada di kalangan bersama Tun sekadar penumpang. Parasit. Maka wajarlah Tun dan TSMY ada sistem tapisan khusus bagi mereka yg kaki “menyeberang” ini. Jgn mereka ini jadi biawak hidup kpd perjuangan utk pastikan Msia makmur dan sejahtera.

    Selamat berjuang Tun. Msia Boleh! Rakyat Boleh! Kita Boleh!

  9. As Salam yg mulia Tun,
    Saya sokong Tun selagi Tun niat jatuhkan Najib BN…..saya doakan kezaliman dihancurkan segera…

  10. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Ejaan yang betul ialah PERIBUMI (ada huruf ‘E’), bukannya Pribumi (seperti ejaan dalam PPBM).

    2. Saya bukan ahli PPBM, jadi secara otomatik saya tidak mungkin dapat dikeluarkan dari parti PPBM (bergurau saja Tun…saya bukan ahli politik).

    3. Ramai ‘pelakon2 handalan’ yang ambil bahagian untuk menghuru-harakan PPBM. Ada yang pura2 masuk jadi ahli PPBM; lepas itu hebohkan di akhbar dan TV yang mereka telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin2 tertinggi PPBM, dan keluar parti beramai-ramai. Ini skrip lapuk. Dan ada yang semata-mata mengejar pangkat / jawatan.

    4. TS Muhyiddin calon paling layak jadi PM ke-7 (saya sokong; dari dulu lagi saya sudah kata TSMY sepatutnya jadi pilihan Tun, bukannya DSN – nampaknya telahan saya betul; keikhlasan TSMY nampak ‘genuine’, dan memang beliau bekerja keras), namun persoalannya berapa kerusi Parlimen yang akan diberi kepada PPBM oleh Pakatan Harapan (PH).

    5. Adakah PPBM boleh ‘tentukan’ siapa akan jadi PM jika PH menang? Persoalan ini penting.

    6. Saya ada baca ide mengarut supaya YB Wan Azizah dilantik jadi PM buat sementara waktu (book / cop dulu kerusi PM untuk suami dia yg di penjara). Peliknya ada yang sokong ide ini.

    7. Saya DOAKAN Anwar tidak akan dapat jadi PM Malaysia selama-lamanya. Imej ‘palsu’ beliau masih dapat memukau penyokong2 taksub beliau; namun penyokong2 taksub Anwar tidak sedar tentang ketaksuban (kedangkalan?) mereka! Ada yang mengaku mereka ‘bijak-pandai’, walaupun terbukti sebaliknya…Individu yang telah BERTAUBAT akan MENGAKUI kesalahan dan bersungguh-sungguh bertekad tidak akan mengulangi kesalahan2 sama. Pernahkah Anwar mengakui KESALAHAN2 /jenayah2 beliau (konon semuanya fitnah jahat!)? Boleh sesiapa tolong jawab?

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  11. Assalamualaikum Tun,

    PPBM sebagai sebuah parti yang baru ditubuhkan, bukanlah masanya untuk berebut jawatan. PRU ke 14 sudah dekat. Tiada gunanya jawatan dalam parti jika kalah dalam PRU. Sebab tu saya dari awal lagi katakan, sesiapa yang memasuki PPBM perlu ikhlas berjuang. Ini bermakna kalau tidak dapat apa-apa pun tidak apa. Ianya menjadi kecewa bila mengharapkan sesuatu, dan tiba-tiba sesuatu itu tidak dapat. Ingat, matlamat utama adalah menumbangkan kerajaan Najib dalam PRU akan datang. Ini pasal berebut jawatan, akan menyebabkan ‘internal conflict’ dan fokus ahli-ahli akan terpesong kepada masalah dalaman parti dan bukan usaha untuk menjatuhkan Najib. Sama ada ahli-ahli yang puas hati sedar atau tidak, mereka menolong Najib dengan tindakan mereka membuat PC dan menghentam pemimpin PPBM. Jika ahli-ahli ini masih tidak berpuas hati, mungkin PPBM bukanlah parti yang sesuai untuk mereka sebab parti ini bukanlah untuk merebut jawatan.

  12. Penyangak hamlau yg masuk Bersatu sebab nak cari dedak dan bukan ikhlas nak bantu jatuhkan najib. Objektif bersatu la ni ialah nak banyakkan penyokong tulin dan bukan bilangan yang nak menangguk di air keruh. Pedulikan tuntutan hamlau2 tu. Kita kerja utk pastikan najib jatuh terlepuk. Pastikan isu kebejatan najib and the gang dibongkar sedalam-dalamnya dan dedahkan kepada seluruh rakyat dengankaedah berkesan. Apa juga inisiatif najib sudah tidak boleh dipercayai kerana dia seorang penipu, pembohong serta pencuri berkolar emas.
    Hidup perjuangan BERSATU.

  13. Assalamualaikum wbt Tun.

    He he he. Saya pinjam cara Tun ajuk gelak Najib MO1.

    (2) TSMY no doubt kerja kuat. Saya sempat tengok dia kempen di Sarawak pd 2009 (?) n 2011. Dia pulun sungguh2. Tak tau letih. Masa jadi Menteri n TPM diapun kerja keras. Kita kena tabik kat dia. Dia ada wibawa tersendiri.

    (3) Soal kaki khianat @ hambat kedudukan dlm Bersatu he he he, tak heran. Once saya cuba
    menyumbang, cuma bila saya kaki kritik bab2 “Bersatu” berperangai UMNO at last saya disingkirkan. But that not an issue sebab saya tidak akan masuk Bersatu n tidak suka Bersatu masuk ke Sarawak. I’m just a Sarawakian wanting to do my part to see this Nation b great.

    (4) Maka wajar Tun n TSMY mula bersihkan Bersatu dari para opportunist sebetulnya. Mereka ini ke hulu ke hilir, membontol dan riuhlan Majlis Tun n TSMY hanyalah sebagai persiapan utk menadah bukan utk berjasa apa lagi berbaktipun. Perangai dedak menghambat Bersatu!

    (5) Tun syabas n tahniah. I respected you to make Melayu n Rakyat jadi matang berpolitik. Itulah salah satu W2020 n you keep your Nation Building work sampai bilapun. Syabas Tun n Bersatu yg bersih.

  14. ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.
    a. Fokus utama PRU14 adalah MENGALAHKAN/MEMUSNAHKAN/MERUNTUHKAN regim najib.

    b. Isu terkini & yang ditunggu2 oleh sesiapa pun yang berminat tentang politik dalam Negara sekarang adalah isu siapakah yang bakal dipilih menjadi PM samaada PM sementara/peralihan ataupun PM tetap seandainya Pakatan Pembangkang/Harapan (PH) memenangi PRU14 nanti.

    c. Sebelum mengulas lebih lanjut ingin saya menyatakan pilihan ‘personal’ saya adalah YAM Tun Mahathir. Walaubagaimanapun saya tetap akan bersetuju dengan apa yang akan diputuskan ahli majlis tertinggi PH.

    d. Antara 5 calon yang saya fikir akan mendapat pilihan yang tertinggi menurut turutan adalah; Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Datuk Seri Mukhriz.

    e. Ayahanda Tun Mahathir mempunyai kelebihan yang tidak dapat disangkalkan lagi.

    f. Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam penjara, mungkin tidak sempat dibebaskan sebelum PRU14 kecuali mendapat pengampunan dari YDP Agung.

    g. Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkin paling sesuai untuk menggantikan Ayahanda Tun Mahathir. Kekuatannya adalah pada pengalamannya tetapi belum cukup mantap untuk mengatasi populariti Tun Mahathir & Datuk Seri Anwar.

    h. Datuk Seri Dr Wan Azizah, dilihat hanya sesuai sebagai PM Peralihan tetapi popularitinya adalah di tempat ke3 namun stigma orang Melayu bahawa wanita tidak boleh/sesuai menjadi PM memungkinkan nasib tidak akan menyebelahinya.

    i. Akhir sekali. Datuk Seri Mukhriz. Pandangan umum terhadap beliau dalam pengalaman & populariti meletakkan beliau di tempat yang terakhir. Beliau dilihat sebagai yang paling ‘junior’. Lebih sesuai untuk jawatan TPM namun begitu undian dari pihak orang muda boleh mengubah segalanya.

    j. Ayahanda Tun Mahathir sudah menjangkau umur 90an, perasaan kasihan melihat beliau untuk dibebani dengan tugas2 pemerintahan Negara membuatkan rasa tidak sampai hati. Namun begitu kelebihan beliau adalah yang terbaik, bukan sahaja untuk memimpin Negara malah untuk memimpin dunia. Walau siapa pun yang menjadi PM nanti, pasti ada tempat yang sesuai untuk beliau.

    k. Seandainya Datuk Seri Anwar sempat dibebaskan, gabungannya dengan Tun Mahathir adalah yang terbaik & paling digeruni oleh sesiapa pun. Setiap pesalah yang sudah dibebaskan, hukuman pun telah dilalui adalah wajar diterima semula. Begitu juga dosa kita kepada Tuhan, jika kita sudah insaf, bertaubat & yakin mendapat pengampunannya dariNya, adalah wajar kita bangkit semula & mulakan hidup baru. Adalah tidak patut kita terus dihukum sedangkan kelebihan kita jika dimanfaatkan dapat memberi kebaikan kepada banyak pihak.

    l. Kesimpulannya, kelima2 calon di atas patut digabungkan. Hasilnya, Insya ALLAH adalah kebangkitan semula maruah Agama, Bangsa & Tanahair setelah dicalarkan & cuba dimusnahkan oleh regim najib penderhaka.

  15. Assalamualaikum Tun.

    Bagaimana mahu mengenal mana permata dan mana kaca bagi pemilihan pemikir dan pemimpin PPBM?

    Kenapa tidak adakan acara penulisan esei berkenaan dalam kepakaran Tun dan Tan Sri?

    Sudan tentu Tun mahir dalam menulis. Seperti saya jumpa Tun dalam blog ni.

    Ganjaran jawatan, kuasa biarlah setimpal dengan kebolehan. Bukan kita memberi rasuah. Ia adalah satu motivasi dalam perjuangan.

    Pastinya asas kukuh Islam perlu ada.

    Terima kasih Tun.

  16. ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.
    a. Fokus utama adalah meruntuhkan rejim najib samaada sebelum ataupun pada PRU14 akan datang.

    b. Majoriti orang Melayu hari ini tidak lagi melihat politik sebagai amanah untuk menegakkan kebenaran & tanggungjawab untuk membawa kebaikan & kemajuan kepada Agama, Bangsa & Tanahair.

    c. Negara kita sudah merdeka & dianggap maju & kaya. Politik kini dilihat sebagai medan atau jalan mengaut keuntungan & mengumpul harta semata2.

    d. Tumpuan utama parti BERSATU adalah menarik seramai mungkin penyokong menyertainya terutama sekali orang Melayu yang majoritinya di dalam umno, parti Pas & selebihnya parti2 lain serta tidak lupa juga golongan muda yang bakal memimpin Negara suatu hari nanti.

    e. Bila berkata tentang Melayu bukanlah bererti ‘rasis’, tidak dapat tidak ia adalah komponen terpenting maju mundurnya Negara Malaysia.

    f. Golongan kiri dalam parti BERSATU pada hakikatnya bukanlah ‘pemberontak’ malah mereka adalah golongan ‘oportunis’. Tiada maruah, mereka sanggup menjadikan diri mereka umpan politik. Kesetiaan mereka boleh dibeli dengan keuntungan wang, harta & pangkat.

    g. Syukurlah, golongan ini awal2 lagi sudah menonjolkan diri mereka sebagai gunting dalam lipatan. Kehadiran mereka tidak diperlukan, mereka adalah najis perjuangan yang perlu dibersihkan.

    h. Pengikut menjadi penyokong, penyokong menjadi puak & para ketua puak pula memilih di antara mereka untuk menjadi ketua maka terbentuklah satu organisasi yang lebih besar & kuat. Itu adalah lumrah dalam politik asalkan tidak lari dari objektif perjuangan sebenar organisasi.

    i. Perjuangan sesuatu organisasi untuk mencapai visi/objektif dilakukan secara bertahap melalui misi2 tertentu. Seluruh anggota/ahli perlulah memahami sekurang2nya objektif sesuatu organisasi yang dianggotai serta melibatkan diri dalam setiap misi atau tangga untuk mencapai objektif tersebut. Begitu mudah merangka tetapi tidak mudah seperti dijangka.

    j. Saya kira penubuhan parti BERSATU adalah secara kebetulan. Parti umno/bn yang sudah sekian lama mendominasi politik & pemerintahan Negara, sepatutnya semakin matang tetapi malangnya berlaku sebaliknya. Perjuangan murni dari dalam sudah terhakis malah diancam, diugut, dihukum dan disisihkan.

    k. Kasihan melihat apabila si miskin yang terpaksa mencuri susu untuk menyusukan anak yang tidak berhenti menangis kelaparan, ditangkap & menerima hukuman dipenjarakan serta diasingkan dari anaknya namun undang2 tetap dijalankan. Najib serta kuncu2nya bergelak ketawa keriangan dengan hasil yang disamun tanpa dapat sesiapa pun yang berani menangkap & menghukumnya. Si penjenayah yang lepas bebas terus berkuasa, terus menyamun & sesiapa yang melawan pasti akan dihukum.

    l. Termaktub dalam undang2 & peraturan2 untuk mengadili & menghukum sesiapa sahaja yang dituduh bersalah, tidak kira ianya dalam organisasi malah dalam Islam juga. Malangnya ia tidak lagi berlaku semasa pemerintahan najib. Wang telah menjadi raja, baik keturunan raja, cerdik pandai malah rakyat biasa, maruah sudah boleh dibeli dengan wang. Maruah & kebenaran adalah wang. Maruah & kebenaran adalah retorik. Tiada wang, tiada maruah & tiada kebenaran.

    m. Wang, harta & kedudukan telah membeli perjuangan. Iman, keberanian & perjuangan telah menjadi palsu. Jangan jadi BACUL & PENGECUT.

    n. Jangan jadi seperti Yahudi, perjuangan mereka adalah sentiasa melawan Tuhan, Tuhan boleh dikalahkan. Siapa banyak wang dia raja, dia bangsawan & dia kawan. Harta menjadi ibadah, pangkat menjadi iman. Wang sudah menjadi tuhan.

    o. INGATLAH!!! Jangan sampai tiada lagi ALLAH dalam hati orang MELAYU & orang ISLAM.

  17. Assalamulaikum Tun

    DS Najib berjaya membuktikan teory ‘Cash is King’ dgn berjaya membeli pemimpin ulamak Pas dan ahlinya. Teory ini berjaya menwujudkan suasana Pas mesra Umno, Pas menjadi parti suruhan yg sgt menjolok mata sambil membelakang perjuangan pembelaan rakyat terbanyak. Berhati2lah ‘Cash is King’ juga akan kacau Ppbm, lihat saja nnti. Maruah individu2 akan dibeli satu persatu …. walhasil rakyat akan menjadi mangsa kerana tak boleh berbuat apa2

    Sepatutnya rakyat Msia perlu berfikir sejarah2 lepas…

    Meskipun teory ini nmpk berjaya namun rakyat tak usah panik ….. kita masih ada Allah swt. Ikhlaskan niat perjuangan, besarkan pengharapan kpd Allah swt. wamakaru, wamakurullah, pasti penrancangan Allah swt yg terbaik.

    Terima kasih

  18. Salam Tun.

    1. Agaknya ini lumrah kehidupan. Kalau kita baca kitab suci al-Quran kata-kata Allah s. w. t tentang kejadian makhluk-makhluk ciptaannya sudah berlaku konflik antara satu sama lain.

    2. Kalau tidak bagaimana boleh timbulnya musuh umat manusia iaitu syaitan laknatullah.

    3. Pada awal kejadian manusia sudah ada perasaan buruk seperti cemburu.

    4. Asas keimanan yang tidak sama antara satu manusia dengan manusia yang lain maka berlakulah pertentangan yang berpuak-puak.

    5. Namun semua ini sudah menjadi satu pengalaman buat kita rakyat Malaysia anggaplah ia satu proses Demokrasi.

    6. Kalau dalam agama Islam sendiri semua ini adalah satu ujian menentukan tahap keimanan seseorang.

    7. Daripada mengikut telunjuk seseorang yang bersifat buruk lebih baik rugi dahulu daripada rugi di kemudian hari.

    8. Begitulah kita dalam berparti rugi ahli Parti adalah lumrah yang penting menegakkan KEBENARAN, memperjuangkan kehendak rakyat yang tidak bertentangan dengan agama atau perintah Tuhan.

    9. Kita tidak kemana akhirnya semua amalan akan di nilai semula . Terbaik sokongan tidak membabi buta semuanya berlandaskan agama tuhan yang menjadikan kita.

    Wallahua’lam.

  19. Assalamualaikum Tun.

    Menurut firasat saya, apabila saya log in dalam blog Najib suatu masa dulu permulaan dulu, saya ‘diberitahu’ bahawa beliau punyai ‘kerajaan’ sendiri.

    Malah ‘Rosmah’ juga punyai ‘kerjanya’ sendiri yang dibenarkan oleh Najib.

    Saya kira semua ini terbukti benar sekarang.

    Mengenai Tan Sri Muhyiddin saya tak berapa pasti sebab saya tak log in dalam blog atau fb beliau.

    Tapi saya nampak Tan Sri amat menghormati Tun dan tidak cuba melebihi Tun walau barang sejengkal.

    Mungkin sebab itu orang berani sentuh Tan Sri Muhyiddin sebab tidak nampak aktif, walaupun saya fikir Tan Sri banyak melakukan kerja belakang tabir.

    Terima kasih Tun.

  20. Assalamualaikum Tun.

    Fasa pertama Tun membuat perjanjian.

    Fasa kedua Tun patut membetulkan perjuangan yang usang.

    Tan Sri Muhyiddin nampak diam tidak mengapa. Beliau menghormati dan tidak menganggu perjalanan politik Tun.

    Pasti Tan Sri Muhyiddin juga baca apa yang saya tulis di sini.

    Pastinya orang baru akan menggantikan orang lama.

    Dan saya tidak menulis di mana mana kecuali di sini sahaja.

    Terima kasih Tun.

  21. Salam Tun,

    Ini semua gunting dalam lipatan. Sampah sarap dalam BERSATU ini perlu dibuang sebelum mengeluarkan bau yg kurang enak.

    Semakin hampir kepada pilihanraya, taktik BN yg mudah dibaca ini kembali seperti dahulu.

    Ramai yg akan dilapurkan oleh Media Arus Perdana sebagai meninggalkan parti dengan alasan yg dicipta semata mata untuk menggagalkan usaha PPBM menag besar di dalam pilihanraya.

    Masalah di luar semakin menekan dan UMNO/BN semakin galak berbelanja utk mempertahankan pemimpin – pemimpin mereka yang korup itu.

    Wang adalah tiada masalah bagi mereka kerana mereka membelanjakan peruntukan peruntukan dari Kementerian atas dasar untuk menerangkan dasar dasar kerajaan tetapi mereka sebenarnya menggerakkan jentera Parti untuk membusukkan Parti lawan.

    Masalah dalaman pula adalah masalah beberapa kerat manusia di dalam PPBM yg menyertai PPBM semata mata untuk merosakkan perpaduan ahli ahli. Malangnya kegiatan mereka tidak berjaya namun kepimpinan PPBM perlulah memantau aktiviti beberapa kerat ini ygcuba merosakkan PPBM dari dalam.

    Biasa sahaja mana mana Parti baru akan menerima pukulan dalaman selama bertahun tahun sehinggakan mendapatkan ahli yg berkualiti, SETIA dan hebat.

    Semoga Tun teruskan perjuangan dan serahkan kepada TSMY untuk selesaikan perkara perkara ini mengikut kebijaksanaan nya. Tun M mempunyai agenda yg lebih besar untuk mengikat perpaduan dikalangan parti parti di dalam Pakatan Harapan.

    Sekian. Wasalam.

    Take care Tun.

  22. Assalamualaikum, Tun.

    Penyokong-penyokong tidak berhak memaksa pemimpin-pemimpin yang mereka sokong bertindak mengikut apa yang mereka mengingini. Mereka harus faham halatuju dan objektif perjuangan parti.

    Biarkan sahaja peristiwa keluar parti atau mengugut untuk memecat pemimpin lain. Gejala sebegini berlaku di mana-mana parti, baik UMNO mahupun DAP.

Comments are closed.