1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada ramai yang memohon untuk berjumpa saya.
2. Saya telah cuba bertemu dengan seberapa ramai yang mungkin. Saya juga telah terima jemputan untuk beri syarahan berkenaan pelbagai tajuk. Di masa yang sama saya membuat lawatan keluar negeri kerana diundang untuk bercakap berkenaan tajuk tertentu. Juga saya menulis untuk ucapan, rencana dan blog. Banyaklah lagi jemputan yang telah saya tunaikan termasuk majlis perkahwinan.
3. Sesungguhnya saya lebih sibuk sekarang daripada masa saya jadi Perdana Menteri.
4. Oleh kerana sudah tidak ada masa lagi saya pohon maaf kerana banyak permintaan yang tidak dapat saya layan.
5. Harap maaf jika saya terpaksa menolak jemputan atau temujanji.
Salam YAB TUN,
Dari kecil saya sudah di ajar untuk mengenali siapa itu Tun Dr.Mahathir dan apa yang Tun sudah juangkan untuk rakyat dan negara daripada arwah Nenek dan Datuk..Saya sangat berbangga menjadi rakyat MALAYSIA dan mempunyai pemimpin yang sangat sayangkan rakyat dan negaranya MALAYSIA..Tun,sejujurnya di saat Tun mengumumkan perletakan jawatan Tun dan dari saat itu saya mula risau apa akan jadi kepada MALAYSIA,MELAYU,UMNO,saya dan keluarga dan keturunan saya sehingga lah sekarang saya masih merasakan seperti itu,risau,takut,tidak selamat dan bermacam-macam lagi rasa kurang senang..apa yang lebih menankutkan saya,ada sesetengah tu berani cakap di khalayak ramai bahawa”malaysia akan jadi,kerajaan tamil nadu.” di sebuah restoran mamak di kajang,selangor..I need you Tun,my family need Tun,my community need you Tun,Malaysia need you Tun…
Assalamualaikum Tun Sekeluarga
Ditahun Baru inisemuga Tun berada dlm keadaan sihat hendaknya saya
ingin komen pakatan parti pembangkang iaitu Pas Pkr Dap baru2 ini
KM P.Pinang melawat Ke Spura ada segulongan VIP (Very Important Pelarian)dari kaum Cina/India yg.kononnya LGE future PM Msia.
Mereka berkata Pas dan Pkr sudah ada dlm gengaman mereka.Disini ingin saya bertanya khasnya kpd. org2 Melayu Permatang Pauh yg.mengundi Pkr (PR)Anda semua adalah Lembu Allah Taala buta mata,buta hati,buta pendengaran adakah anda mahu menjadi saperti Melayu Spura (3Class Citizen).Anda harus ingat AI adalah kuda tunggangan jockey LGE manakala bapanya LKS adalah trainernya manakala NA adalah sycesnya arah diidamkan ialah Putra Jaya dariitu
ingatlah sebelum terlambat hati2 sebelum merempat ditanah air sendiri.TK TUN (HIDUP MELAYU)
Salam hormat kepada Tun M & Tun Siti,
juga kepada Saudara Azizuddinothman serta semuanya,
Quote by:
By azizuddinothuman on December 30, 2009 9:28 AM,
“Saya adalah salah seorang yang banyak dimotivasikan oleh ucapan-ucapan TUN dulu kini dan selamanya,..”
Indeed, kita senada. Sama, kita sealiran. Satu kenyataan yang sungguh ikhlas dari saudara, satu kenyataan yang terhasil dari sudut yang paling dalam.
KENAPA KITA SAMA RASA?
Pasti kita tertanya kenapa ianya terasa sebegitu? Sudah tentu jawapannya adalah sangat mudah, ianya adalah kerana Tun M adalah seorang yang suka bercampur dengan semua orang, semua jenis lapisan masyarakat dari kecil sampailah besar.
PEMIMPIN SEPANJANG ZAMAN
Pernahkah kita dengar tentang perkataan ‘Lagu Sepanjang Zaman’ (Evergreen Song), Tentu pernahkan, jadi bila kita mendengar lagu2 seperti lagu raya, atau menonton filem P.Ramlee, kita tidak akan merasa jemu dan filem itu sangat sesuai di tonton oleh apa sahaja peringkat usia dan pada bila-bila masa. Analogi kepada kenyataan in adalah, semua usaha Tun M dan perilakunya yang baik dan terbaik, kita mabil dan ianya pemikirannya sesuai digunakan sepanjang zaman.
KENAPA SEPANJANG ZAMAN?
Saya tidak pasti saudara Azizzudinothman dibesarkan dimana? dan bagaimana? Tetapi sewaktu saya/(dan saudara) kecil dahulu, sudah tentu saudara ingat akan beberapa perkara yang dilancarkan oleh Tun M. Sewaktu saya bermain Pistol-pistol Ubi Kayu bersama kawan-kawan nakal, secara tidak langsung apabila berada di dalam hutan, tajuk perbualan secara tidak langsuang kami bercakap-cakap tentang Jambatan Pulau Pinang dan Kereta Proton Saga. Inspirasi sebegitu telah menjadi sangat kuat untuk kami meneruskan kehidupan, kami ambil bongkah2 kayu (lebihan kayu tongkol orang buat rumah) dan kami bentukkan (cantumkan) kayu-kayu tersebut, buat bentuk kereta bahan jadi permainan. Tak cukup dengan itu, kami lihat Jambatan Pulau Pinang yang sedang di buat, kami ambil papan-papan lebihan, kami bina replika Jambatan Pulau Pinang (Dahulunya di pulau Pinang kami sebut Titi Korea). Jadi, Replika Jambatn Pulau inang suadh siap, dan Kereta Kayu Proton Saga juga sudah siap, lalu kami mainlah,
PERALIHAN PEMIKIRAN DAN PERBUATAN
Hasil inspirasi dan peralihan daripada bermain Senapang Ubi Kayu dan mencuri rambutan Pak Mat di hujung bukit (Syyyhhh…jangan bagitu orang!) telah membuatkan pemikiran kanak-kanak diwaktu itu sekaligus BERUBAH! (Nota: Sekarang saya tahulah tulis begini, dulu sebab saya kecil). Arwah Yasmin Ahmad sukalah memaparkan cerita-cerita sebegini. Siapa yang mampu menceritakkan akan hal-hal yang sebegini, teruskanlah. Inspirasi yang tidak dapat dibuat-buat sewenang-wenangnya.
PERUBAHAN Pemikiran melalui inspirasi pemimpin telah berjaya membuahkan kanak-kanak yang innovatif sekaligus kreatif dan berani berubah. Maka dengan sebab itu lah saya berani berkata bahawa Doktor Mahathir Mohamad adalah Pemimpin Sepanjang Zaman. Kredit juga mestilah diberikan kepada Tun Siti Hasmah, kerana jikalau tanpa kesabaran, perhatian, bual-bincang di rumah, inspirasi kasih sayang, semua-semua itu tidak akan berlaku. Jadi betullah ungkapan kata ,’There is always a great woman behind a great man’.
JADI APA YANG PERLU KITA LAKUKAN
Apa saja yang baik, yang telah dilakukan oleh pemimpin kita seperti Tun Dr Mahathir dan semuanya perlu diperbahaskan dan dibincangkan secara ilmiah. Kita WAJIB percaya kepada ketentuan; dimana ‘jikalaupun ada seribu keburukkan dan hanya satu kebaikkan, maka lihatlah kepada yang satu itu terlebih dahulu’,… dengan kata-kata mutiara hikmah yang sebegitu; maka marilah kita teruskan usaha-usaha Tun, apa sahaja ilmu yang kita ada, kita curahkan, jangan kita terlalu kedekutkan ilmu-ilmu itu kerana ilmu-ilmu yang ada dikepala kita itu bukanlah ilmu kita. Keluarkan, kongsikan, “The more you give, the more you will get”.
salam hormat kepada saudara, salam penuh kasih dan sayang,
salam TUN
Saya adalah salah seorang yang banyak dimotivasikan oleh ucapan-ucapan TUN dulu kini dan selamanya, saya bangga Malaysia mempunyai seorang pemimipin yang hebat seperti TUN yang saya rasa tak ada penggantinya sampai sekarang.
Semoga TUN setiasa dikuniakan kesihatan yang baik.
Inssyalah
Salam hormat Tun,
🙂
Tun, makcik-makcik kat Kampung Klang kata:
Makcik:
(Sambil duduk beramai-ramai menghirup udara petang)
“amboi-amboi-amboi, anak sapa la tu, sopan-santun sungguh, nasib baik dia dah menikah dengan Siti Hasmah”,
Tun Siti Hasmah:
=)
(terus senyum simpul sambil tersipu-sipu malu)
P.S: Alahai, malu-malu pulakk Tun Siti ni… heee
Takpa Tun, rakyat paham. Tun dah buat yang terbaik. Tun Siti Hasmah pun dah buat yang terbaik jugak, Teringat masa Tun Siti hasmah melawak hari tu, katanya: “Hari ni tak dapat Siti Norhaliza mai tak pa, tapi hari ni kita ada Siti Hasmah” (Tetamu/Pendengar semua turut tertawa tersenyum riang. Tun Siti Hasmah telah membuktikan sekaligus mencerminkan kelembutan hati dan kerendahan hatinya di dalam membahasakan diri sebagai ‘The First Lady’ yang mahu dikenali sebagai ‘Ibu’, alahai… sayu hati saya Tun,
Salam penuh kasih dan sayang dari saya serta keluarga kepada Tun berdua,
Salam Ayahanda Tun,
I am always grateful that I am one of the “products” during your tenure as the Msian Prime Minister. As the prime minister then, you manage to motivate me to always succeed especially in education. I am proud to tell you that through your vision to see Malays are as “maju” as others, I take that challenge to further my studies abroad in the UK and come back to contribute back to Msia. During my studies there I always send Hari Raya Card to you and wife, and without fail, you always reply me, and receiving Hari Raya card from you is one of the greatest moment in my life as a student. Million of thanks to you who always been a source of inspiration to me. May Allah bless you with good health and Happy New Year Tun! Btw, I love watching your biography through History Channel Astro broadcasted recently..
Salam Ayahanda Tun M,
Jutaan Terima Kasih Atas Jasa Tun Mencorak serta membangunkan Malaysia.
Assalammualaikum Tun,
There is no need for you to apologize.
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
We always ready behind you in what ever circumstances.
Kami di Kuching, Sarawak sentiasa berdoa moga Tun dikurniakan kesihatan yang baik-baik.
Take care Tun….Wassalam
Salam Tun, terima kasih banyak2 kerana sudi bergambar dengan saya dan isteri pada hari sabtu lepas di kedai Pak Ku. inilah saat yang sangat dinantikan oleh isteri dan saya untuk bergambar dengan Tun.
Ada cerita lawak ni Tun !!! malam sebelum tu isteri saya mimpi jumpa Dinasour… rupa2 nye nak dapat bergambar dengan Tun ha..haa.
kalau Tun masih muda tentu saya jelous tengok !!
Terima kasih Tun, kami sekeluarga dan warga Langkawi sentiasa mendoakan semoga Tun sekeluarga dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik, panjang umur dan ceria selalu.
Terima kasih dan teruskan perjuangan mu Tun
Mahmad Anuar Othman
Assalamualaikum Tun,
Ini adalah kali pertama saya berhubung dengan tun. Kadang- kadang saya dapat berjumpa tun di masjid putrajaya.. Alhamdullilah, saya berharap tun sekeluarga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Amin..
Pada hari ahad lepas, saya serta isteri dan anak saya yang berusia 3 tahun telah memperuntukan 2 jam masa kami untuk menonton documentary tentang tun. Kami sekeluarga amat berbangga dan teruja dengan kisah hidup tun. Bagi saya,bukan tun gagal dalam tempoh 20 tahun untuk menaikkan taraf kehidupan kaum melayu tetapi kami harus dipersalahkan atas kegagalan ini.
Kita terlalu alpa dengan perkara- perkara yang telah dimanupulasikan untuk kita terus hanyut. Pabila sesiapa yang ingin menyuarakan tentang apa yang perlu dilakukan demi kebaikan kaum melayu selalunya dipandangan sepi. Disini ingin saya nyatakan bahawa saya adalah antara produk tun dan insyaAllah saya akan pastikan tanggunjawab bagi memastikan kaum melayu berjaya dapat direalisasikan.
Pada saya dengan bantuan kawan- kawan yang berfikiran positif serta committed berkennan isu ini. InsyaAllah, kita pasti dapat mengubah sesuatu. Sekarang, bukan hanya perlu mendengar dan bertindak. Tetapi kita kena mendengar, meneliti baru bertindak….
Wasalam.
apa kata tun buat fan club…bila tun ada program boleh kami datang..kami nak sgt jumpa tun suai kenal…bkn sng dpt jmpe orng byk berjasa…
My dear beloved STATEMAN,
The act of compassion begins with full attention, just as rapport does. You have to really see the person. If you see the person, then naturally, empathy arises. If you tune into the other person, you feel with them. If empathy arises, and if that person is in dire need, then empathic concern can come. You want to help them, and then that begins a compassionate act. So I’d say that compassion begins with attention. Many thanks for every thing……
http://www.optinemailmarketingguide.com/
Tun,
bagi kami rakyat biasa, tiada apa yg perlu dipohon maaf…
cukup sekadar blog Tun yg dapat memberi kami pengajaran yang amat berguna…
ternyata kami masih kehausan pendapat Tun yang sentiasa membuka minda..
Kami cuma doakan Tun sekeluarga sihat sentiasa..
Kami juga sentiasa menanti posting yang terbaru dari Tun…
kami juga ingin mengucapkan terima kasih keatas Tun kerana telah membentuk kami menjadi lebih matang dengan pandangan Tun yg bernas..
Salam Tun,
Terharu juga apabila membaca artikal pohon maaf dari Tun, Saya ada satu cadangan supaya Tun boleh dikenangi dan diingati sentiasa oleh semua rakyat Malaysia dan juga generasi yang akan datang. Cadangan saya adalah supaya Tun dapat meluangkan sedikit masa untuk mengubah lirik lagu yang mana ianya tidak akan jemu didengar seperti lagu2 Tan Sri P. Ramlee & Micheal Jackson. Tun buatlah 1 album untuk rakyat Malaysia semua. Itupun kalau Tun tidak berkeberatan dan memudaratkan kesihatan Tun. Saya buka apa Tun, cuma nak sangat orang terutama rakyat Malaysia memperingati Tun selama2nya apabila terdengar lagu Tun berkumandang di radio / television nanti.
Semoga Tun diberkati dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Sekian wassallam,
Hezzam
Dear Tun,
Here’s an excerp from my blog
“….I was flipping thorough the channels and suddenly saw a documentary about my favourite political person, Tun Dr. Mahathir Mohammad, on the History Channel. The great thing about this documentary is that it didn’t vilify nor did it vindicate Tun Mahathir. What I think the most interesting part of the documentary is that, one of the interviewee, the Bar Council representative who at one point in the documentary said that resigning from his PM post was the best thing Tun Mahathir ever did, said at the end of the show, that all that Tun Mahathir had done during his tenure as PM for 22 year has made Malaysia what it is today. Maybe he meant it in a negative way… but, before Mahathir, people know where Singapore is and they know where Thailand is, but they have no idea where Malaysia is. Mahathir put Malaysia on the world map.
Thanks Tun…”
http://sbjaafar.blogspot.com/
Assalamualaikum Tun and Bonda,
Moga di ketika ini,sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Harap sesangat jika suatu hari nanti Tun dan Bonda dapat meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan dengan semua peminat Tun dan Bonda terutamanya kepada kami peminat setia blog Ayahanda Tun. Mungkin dengan cara itu, kami dapat berjumpa secara peribadi dengan Ayahanda Tun, dapat bergambar, autograf dan mungkin dapat bertanya serba sedikit isu/perkara.
Minta sesangat. kalau tak bila lagi?????????
My Dear TUN,
To laugh often and much;
To win the respect of intelligent people and the affection of children;
To earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends;
To appreciate beauty, to find the best in others;
To leave the world a bit better, whether by a healthy child, a garden patch or a redeemed social condition;
To know even one life has breathed easier because you have lived.
This is to have succeeded.
http://www.getb2becommerce.com/
Assalamualaikum Tun sekeluarga semuga dalam keadaan sihat walafiat
jangan ambil pusing komen seorang Menteri yg.kononnya tahu tentang
BTN padahal BTN itulah yang membuat beliau sekarang menjadi Menteri
Hai Nazri awak pun dah terpengaruh dgn ketua parti chacha marbah.
Terima Kasih Tun.
Dear Tun,
1. I grew up through out your tenure as the Prime Minister of Malaysia;
2. I was grateful when you introduced the free text books scheme in the 70’s particularly since I was not from a well to do family and hence very rarely afford to buy adequate text books at school;
3. I wasn’t the only one and hence I could say many Malaysians had undoubtedly benefited from this scheme too;
4. I will forever be grateful;
5. And I was so lucky to have met you on a few occasions in Malaysia;
6. Your passion in improving the well being of our fellow Malaysians is second to none;
7. Towards the end of your tenure however, you have publicly expressed your disappointment that you were not able to change the attitude of the Malays;
8. I worked in a multi-national company at that time and I could still recall my sadness when my foreign national colleagues have had a good laugh at it behind me;
9. Regardless of how smart and how hard working you are as a Malay, it will not be easy to change their generalisation of the Malays as “lazy” since it was echoed by the then Prime Minister himself;
10. Indirectly, many quarters have also grabbed this golden opportunity to openly criticise your policy;
11. I am sure you have meant well but the effect of that statement is still apparent till now;
12. We have reached to such an extend that being a Malay is an embarrassment to some;
13. It made me cringe when I read an article that a writer is happy that he/she doesn’t have a typical Malay look!
Syukur Alhamdulillah Tun masih tidak melupakan nasib malang ramai pihak tak kira rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa maupun warga dunia khususnya umat Islam yang sentiasa diambil kesempatan atau dianiaya oleh negara2 tertentu.
Saya dan keluarga ucapkan selamat menyambut hari lahir dan terima kasih kerana Tuan suami isteri hadir ke Majlis Makan Malam PEMADAM d Langkawi. Mudah2an Tun suami isteri akan dikurniakan kesihatan yg baik selama 100 tahun lagi.
Sejak Tun bersara, Langkawi sebagai Pusat Pelancongan Negara bagaikan sudah tiada tempat mengadu. Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi pun dah d mansuh akhir bulan ini. Jika sesuatu industri mendatangkan hasil, sepatutnya ia d tambah baik.
Mulai 2010 hal pelancongan Langkawi akan d urus tadbir d Pej Pelancongan Negeri d Alor Setar. Pada pandangan saya langkah ini adalah tidak berapa bijak kerana Pelancongan adalah industri yg sangat rapuh dan pemimpin perlu pantas dlm usaha pembaikan dan pengkemaskan apa2 kelemahan. PUSAT PELANCONGAN NEGARA adalah Langkawi.
Pendekatan ‘hands-on’ juga perlu bagi memantau ia dari dekat dan pada setiap masa. Pasti sayang jika pelbagai usaha memperkemas industri d bawah usaha MTPL seperti latihan, pengancuran acara-acara, pengawasan produk dan industri serta sebagai platform perbincangan wakil industri terhenti setengah jalan. Tidak lupa juga 15 kakitangan dan keluarga mereka yang d tamatkan perkhidmatan tanpa apa-apa saguhati atau jawatan ganti. Dah jadi trend d Malaysia kini agaknya, habis madu sepah d buang.
Ada kalanya geram betui, macam nak minta Tun masuk politik balik….
Sedih macammana pun, usaha mesti d teruskan. Harap jika Langkawi perlukan bantuan, Tun dpt terus membantu. Tanpa Tun kami dah tak ada siapa lagi…
Salam Yg Bhg Tun,
Alhamdullillah Tun diberikan kesihatan yang baik untuk terus memperjuangkan nasib bangsa dan agama.
Tun,
saya ingin bertanyakan Tun mengenai konsep kepimpinan NAJIB. adakah TUN merasakan satu yang tidak kena dalam pemerintahan beliau.
saya rasa, ramai yang ingin mendengar komen Tun berkenaan hal ini.
“satu malaysia for what for what”
FOR NAJIB?
FOR BN?
FOR KRONI?
FOR SURVIVE UMNO NAJIB
“JANGAN JADI BIARKAN NASI MENJADI BUBUR KERANA TELAH TERLALU BANYAK BUBUR YANG KITA MAKAN”.
Terima kasih TUN.
Assalamualaikum Tun,
Selamat Ulang Tahun ke 84…semoga tuhan memanjangkan usia Tun dan mengurniakan nikmat kesihatan untuk Tun sekeluarga.
Hanya tuhan yg mampu membalas jasa-jasa Tun sekeluarga kepada kami rakyat malaysia…Terima Kasih Tun.
Kami berdiri teguh di belakangmu bersedia untuk berjuang demi agama,bangsa dan negara..Wasalam.
Tun,
Mohon maaf kerana ingin saya nyatakan Tun adalah hakmilik rakyat dahulu, sekarang dan selama-lamanya.
Salam Yg Bhg Tun,
Alhamdullillah Tun diberikan kesihatan yang baik untuk terus memperjuangkan nasib bangsa dan agama. Semoga Allah swt merahmati Tun. Kami rakyat Malaysia yang tidak buta mata dan buta hati akan sentiasa menyokong dan membantu perjuangan Tun sehingga ke akhir hayat. Sesungguhnya saya amat bangga dan amat bersyukur kerana mempunyai pemimpin sehebat Tun. Percayalah Tun, Tun tidak pernah gagal untuk mengubah pemikiran bangsa kita. Cuma orang seperti Nazri dan seangkatan dengannya yang buta, tuli untuk memahami aspirasi Tun.
Salam kasih sayang dan hormat buat Tun yang disayangi.
May Allah Bless You! Allahhuakbar
Assalamualaikum Tun Yang Amat Dihormati,
Kami amat menghargai usaha gigih Tun untuk negara.Semoga segala jasa baik Tun Dirahmati Yang Maha Esa.Saya sentiasa berdoa semoga Tun dan Tun Siti sihat dan ceria sentiasa.
Tun yang disayangi
Kami sekluarga berdoa semoga Tun sentiasa sihat dan dapat terus menyumbang idea2 kepada negara.
Tak akan kami lupa pembangunan yang Tun bawa kepada negara yang kami anak cucu akan menghayatinya selama lamanya.
MAY ALLAH BLESS YOU AND FAMILY.
Nazri KURANG AJAR.
Tun yang disayangi
Kami sekluarga berdoa semoga Tun sentiasa sihat dan dapat terus menyumbang idea2 kepada negara.
Tak akan kami lupa pembangunan yang Tun bawa kepada negara yang kami anak cucu akan menghayatinya selama lamanya.
MAY ALLAH BLESS YOU AND FAMILY.
Nazri KURANG AJAR.
Salam…
Tun sibuk sebab banyak undangan dan Idea Tun masih releven sampai bila-bila. Cuma saya hairan kenapa C Anwar sahaja yang di senaraikan seorang pemikir dalam 100 orang kajian sebuah majalah. Persoalannya adakan majalah berkenaan boleh di LOBI untuk menyenaraikan c Anwar yang menyampah itu. Walhal Tun adalah seorang pemikir yang layak tetapi Tun tidak mengharapkan nama disenaraikan dalam majalah berkenaan untuk mengelak perasaan Riak macam sesetengah pemimpin.
Kami di Semporna Sabah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan TUN.
Salam YAB dan diKasihi Tun,
Tun tidak perlu pohon maaf kerana memang terlalu ramai orang yang membuat permohonan untuk berjumpa Tun dan menjemput Tun untuk pelbagai program. Tun pun cuma ada 24 jam saja sehari, dan perlu juga berehat.
Namun demikian, Tun telah menunjukkan CONTOH TAULADAN dan budi pekerti MULIA yang patut diikuti oleh mereka yang sepatutnya MEMOHON MAAF dari Tun.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Tun sekeluarga sentiasa sihat sejahtera ***
Salam Tun,
semoga Tun dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berkongsi ilmu dengan generasi-generasi muda tanpa rasa jemu.
Sekian
Salam buat negarawan ulung TDM..
bila la nak bubuh nama jalan kat KL nama TUn nih????
“Oleh kerana sudah tidak ada masa lagi” saya pohon maaf kerana banyak permintaan yang tidak dapat saya layan
Awat Tun mai habaq ayat camgitu…syahdunya saya rasa bila membaca..
harap Tun dipanjangkan umur dan sehat..
Jangan terlalu aktif..kesihatan perlu dijaga Tun…pandangan Tun masih dan tetap berbisa..spt OIC..betul kata Tun..tapi memang dari dulu OIC gagal…dan dikenali sbg Oh I See…negara tidak gerun dengan OIC
Tun,
Teruskan berjuang demi agama bangsa dan negara!!!! . . .
Kami menyokong Tun selamanya !!!
rgds,
MHI Klang
http://hazri-liza.blogspot.com
Salam Tun…
I saw u at Awana Jetty during LIMA09
That was my first time actually
tinggal x pengsan je lagi time tu…
very happy
GBU Tun…
Tun, You will be a legend,and much more legend than Tan Sri P.Ramlee.
Over centuries you will be remembered.
There will be no replacement of Tun and Tan Sri P.Ramlee.
You guys are the chosen and the gifted one.
Salam Tun sekeluarga
Moga makin sihat sejahtera hendaknya
Moga makin memberi
Moga makin mengerti
Terima kasih atas segala galanya
Seorang negarawan memohon maaf di atas ketidakmampuan menghadiri majlis amat mengharukan.
Tun telah membuat saya kagum,teladan yang amat berguna untuk kita menjadi seorang pemimpin yang berjaya kelak.
Semoga Allah memberkati kesihatan dan perjuangan Tun.amin.
Dear TUN we all are happy for you,
Making your mark on the world is hard. If it were easy, everybody would do it. But it’s not. It takes patience, it takes commitment, and it comes with plenty of failure along the way. The real test is not whether you avoid this failure, because you won’t. it’s whether you let it harden or shame you into inaction, or whether you learn from it; whether you choose to persevere.
http://www.hotelsanantoniolanzarote.net/
YA Bhg Tun,
Semoga Tun dan keluarga sihat dan kuat menghadapi dugaan ALLAH S.W.T
Saya sentiasa kagum dengan kepimpinan Tun dan prinsip yang Tun cuba terapkan dan kongsi bersama kami.
Izinkan saya coretkan sedikit kisah saya. Saya sekarang bekerja di Dubai sejak 7 tahun yang lalu dan tinggal bersama isteri tercinta dan anak bongsu perempuan yang akan mengambil IBPD tahun hadapan. Dua anak saya adalah doktor lepasan IMU dan masih dalam housemanship.
Masih kurang doktor?
Anak pertama saya, Doktor lepasan IMU sekarang ini duduk dirumah selama 4 ~ 5 bulan setelah dinasihati untuk bercuti tanpa gaji selama 2 bulan kerana mengandung. Sejurus selepas 2 bulan cuti beliau melapurkan diri untuk berkhidmat semula tetapi terpaksa menunggu jawapan dari pihak berkenaan. Amat membinggungkan. Nampaknya kerajaan tidak sirius dengan kekurangan doktor kerana hampir 2 ~ 3 bulan doktor terpaksa duduk kat rumah akibat proses birokrasi yang mengecewakan. Berapa lama lagikah harus anak saya tunggu sebelum dia boleh berkhidmat semula.
Semasa dia bekerja sebagai Houseman dan sarat mengandung di Hospital Serdang, dia ditugas mengikuti ambulan menghantar pesait ke Ipoh. Boleh ke? Satu lagi hal dengan Housemanship atau Internship diMalaysia tahap appraisal atau assessment tidak professional jika dibandingkan dengan dengan negara lain
Sekiranya YA Bhg Tun dapat ruangkan sedikit masa, tegurlah kementerian berkenaan supaya dapat meningkatkan tahap professionalisma kakitangan kerajaan. Di dubai saya kagum dengan tahap professionalisma khidmat doktor mahupun jururawat. Cara mereka melayan pesakit menarik sekali.
Masih kurang doktor?
Semoga ALLAH memberkati selau usaha Tun, wassalam
Dear Tun,
Iam a Chinese who have been working in Singapore for the past 9 years. Though i am abroad most of the time, I always follow the Malaysia news especially those concerning you as you are the one person that I respect the most in my life.
I felt very sad when you stepped down as PM and even more sad with the lack of respect given to you soon after that.
However, my hero Tun had fought back and brought down the ungrateful Abdullah. I felt so proud and delighted the day I see you appear in the UMNO convention and claimed your rightful place as the most respected politician by the majority of our citizen.
To Nazri, you are NOTHING!!..read my words..NOTHING!! as compared to Tun. You should be ashamed of yourself to be so disrespectful to our revered leader. Hope you have the wisdom to do some soul searching and self reflection to get the courage to apologize to Tun. As history has shown with Ku Li and Badawi, Tun is a very forgiving person.
My best wishes to you Tun…
Jerry Ng
Salam Tun yang dikasihi,
Setiap kali mendengar lagu ini saya rasa amat terharu dan betapa bangganya saya menjadi rakyat Malaysia terlebih-lebih lagi semasa Tun menjadi Perdana Menteri kami.
Jasamu yang sungguh tidak terhitung banyaknya dan wawasan mu telah membuka minda kami bahawa kita boleh juga mencapai kejayaan setaraf dengan bangsa-bangsa lain.
Keranamu Malaysia
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia
Terima kasih Tun Dr Mahathir..Semoga ada pemimpin yang berhati mulia dapat menamakan apa2 jalan, taman perumahan, institusi , projek atau anugerah untuk mengenang jasa Tun yang disayangi.
Asalammualaikum Sir !
We know Pak Det having very tie time , that’s fine ! Now Pak Det should meet more people locally and the event should be held at all states of Malaysia to make people easy to shake hand and hug you Pak Det.
Regarding Pak Det comment about Biro Tata Negara should stick as previously we all agreed with Pak Det statement. Only BTN should have a good hearted person like Aziz Shamsudin , Sanusi Junid , Ali Nyak Saad , Ibrahim Abu Shah and others who really motivated young MALAYS , CHINESE AND INDIAN about the important be united and what is MALAYS right NOBODY can question !
I want to say here if the MORON Nazri Aziz (the minister with no porfolio) to be frontier to fight with OPOSITION I will see Barisan Nasional will be lose to OPOSITION !!! Everybody know this bloody moron Nazri have no creaditbility at ALL and such a person who never being teach in proper way by his parent !
Kepada Si Luncai Nazri – Apa jasa kau kepada umat Islam dan Melayu ? Ketika menjadi Menteri Pembangunan Usahawan banyak menyangak duit rakyat sehingga memberikan pinjaman BERATUS JUTA RINGGIT KEPADA ADIKNYA SENDIRI , SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA bolehlah lakukan siasatan SEGERA di bawah ketuanya yang baru ini. Ketika mejatuhkan Rahim Thamby Chik dahulu Si Luncai Nazri inilah beriya-iya menghadap si kaki bontot Anwar Ibrahim , semuanya kerana cita-citanya besarnya nak jadi Ketua Pemuda , sepatutnya Dato’ Seri Najib perlu memecat Si Luncai Nazri ini yang menjadi “LIABILITI” KERAJAAN BARISAN NASIONAL hari ini.
Nazri , Your day will come and just wait for it ! Semua rakyat Malaysia tahu siapa si KURANG AJAR Nazri ni dan tak payah nak tunjuk hero , sebenarnya Nazri ni LELAKI DAYUS DAN PENGEJUT !!!
Pak Det , now is the right time Pak Det ‘hentam’ si badut Nazri ni sampai dia tahu siapa diri dia dan tak payah nak tunjuk herolah ! Nazri , you just go to hell !
Kami semua berdoa agar Pak Det dan Tun Dr Siti Hasmah sentiasa sihat serta dilindungi Allah SWT.
SEMUGA TUN TERUS SIHAT SEJAHTERA DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA. HARAP TUN TERUS MENULIS DAN BERCAKAP . FIKIRAN TUN AMAT KAMI DAMBAKAN.
Bagi saya Tun tidak melakukan apa2 kesalahan jika gagal menghadiri sebarang undangan kerana kami semua rakyat Malaysia amat memahami bahawa Tun sentiasa sibuk walaupun tidak lagi sebagai perdana menteri kerana kehebatan, ketokohan dan kewibawaan Tun masih lagi menyinar dan kata2 dan pandangan Tun masih lagi menjadi ikutan.cuma di harapkan Tun tidak mengabaikan kesihatan Tun dalam kesibukan itu….bagi mengulas tindakan nazri menghentam Tun ianya contoh jelas menggenai pemimpin yang tidak mengenang budi dan hanya pandai berkata kata…malah saya juga dapat mengidu bahawa komen beliau menggenai pandangan Tun itu tidak lebih daripada usaha beliau menggampu DSN….Biarkan lah nazri itu Tun kerana saya percaya apa yang beliau kata kan tidak langsung memberi kesan kepada Tun dan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia sentiasa bersedia menjadi perisai kepada Tun jika di perlukan
Salam ayahanda Tun,
Saya sentiasa mendoakan ayahanda Tun agar sentiasa berada didalam keadaan sihat walafiat dan dipanjangkan umur dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ayahanda Tun telah menaikkan nama Malaysia ‘gah’ dimata dunia..Syabas ayahanda Tun..Syabas..
Salam Tun
Saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih dalam pelbagai aspek.. terutama dalam membangunkan pemikiran orang-orang melayu.. and I am proud to say that I’m your product of the new genaration…
Thank you very-very much..
Saya doakan Tun Dipanjangkan Umur…Amin
Salam
Salam Tun,
Tidak sabar untuk bertemu Tun pada 2 Januari 2010 di Konvensyen Mahasiswa Melayu UMT. Semogo Tun dikurniakan kesihatan yang baik untuk bertemu kami semua di sini-your admirers-.
Tun yg dimuliakan,
Masih pasal si nazri tak cukup akal tu Tun.
SAYA RASA TAK USAHLAH AMBIL HATI DENGAN MANUSIA SPT NAZRI TU TUN. NAMA LAGI TAK CUKUP AKAL MAKA CARA DIA BERFIKIR PUN PASTI CELARU. DIA ADA SATU KELEBIHAN YG SAYA LIHAT DIBUATNYA DENGAN 3 ORANG KETUANYA SAMPAI KINI- BODEK- DIA SEORANG PEMBODEK YG SANGAT HANDAL. SAYA TAK NAMPAK APA JASANYA SELAMA INI, SELAMA JADI MENTERI, MELAINKAN MENGAJAR RAKYAT MALAYSIA BERSIKAP KASAR DAN KURANG AJAR. YA KURANG AJAR, SEBAGAIMANA DIA DIDIK ANAK DIA, SEPERTI YG TERSIAR RATA DI INTERNET TU.
SAYA ANDAIKAN DIA NI FRUST, TAK NAIK PANGKAT, DOK TAHAP TU JUGA, DARI DULU.
KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA MELAYU, KALAU NAK BERSIKAP KURANG AJAR MAKA SI NAZRI NI BOLEHLAH DIJADIKAN GURU NOMBOR WAHID.
Salam semua,
kalau bukan orang melayu yang membela bangsanya sendiri, siapa lagi.
nak harap LKS, Nyiok Ko Meng, DSAI, TSKI dan angkatan.
Orang melayu seperti saya asal dari kampung yang miskin tidak akan
mampu untuk berjuang kalau tidak dulunya dibantu oleh kerajaan.
Adakah orang melayu mampu berjaya jika berdasarkan merit sahaja?
Harap renungkanlah dalam-dalam kepada semua orang melayu apatah lagi jika berugama Islam.
Semuga Allah membalas semua kebaikan yang telah dilakukan oleh YABhg TDM dan jaga solat.
wassalam.
Salam masaklomak’..pls forgive me if my words have offended you.
We are just being aware that life isn’t too long to please the resistance group.
salam tun
bagi sy tun tidak perlu mohon maaf…
cuma sy terfikir salah seorang menteri yg dulunyer pernah bekerja dibwh tun sanggup melemparkan tuduhan mcm2 kat tun…
adakah org sebegini sepatutnyer masih diperlukan dan menjadi contoh pada rakyat
KPI yg dilaungkan2 oleh pentadbiran NAJIB sepatutnyer bukan dari prestasi kerja semata2,bahkan atitude seorang menteri perlu di ambil kira.
saya sebagai rakyat yg duduk jauh dibawah pentadbiran..masih terngiang & terfikir dimana adab sopan seorang melayu…
adakah @ dulunyer tun selalu melaungkan MELAYU MUDAH LUPE,terjadi pada seorang menteri itu….
saya amat marah…tapi marah saya tidak akan menjejaskan PRU 13 nanti.dan pastikan UMNO&BARISAN NASIONAL menjadi parti & tulangbelakang dalam pentadbiran negara..asas keamanan seluruh rakyat..
PRU 13 dharap xdalah org yg lantang seperti menteri itu…mcmn rakyat nak ingat atas jasa kerajaan jika didalam pentadbiran kerajaan terdapat seorang melayu yg tidak pernah ingat apa yg tun buat selama ini.
MELAYU MUNGKIN MUDAH LUPER,TAPI TIDAK SE’PELUPER MENTERI ITU….
Dear Tun,
Dah 2 Kali saya mohon untuk bertemu Tun,belum ada nasib.Saya faham jadual Tun sangat padat.But, I will try 1 more time.
tun, saya ucapkan terima kasih atas polisi dan usaha Tun untuk negara, bangsa dan agama semasa zaman pemerintahan Tun .. saya merupakan salah satu produk yang tun hasilkan.. semoga Allah rahmati tun ..
YABhg Tun…pls allow me to comment on masakLomak which is very very reversal in nature. I would rather say that his comment is
colonised by self-centered instituition that wrongly interprete
the language so monolistic rather than holistic. No doubt that islam has always preached its followers to hunt for knowledge even reaching far east, and definitely he has to learn the native language if he were living at that point of time to acquire the knowledge. But the world has change and English play the role now or at this point of time at least.Maybe masaklomak has never walk out the box and go places where he could notice Germany, Russia and China learning English like many under develop nation yearn to acquire it sensesly.We are not asking for the whole system to be converted to English but just the TWO techno subjects.Hope this is just the start to make others be more realistic. I do love my
bahasa even more these days but not in the expanse of neglecting
english to move forward especially generations to come. God bless !
Kami faham kesibukan Tun,
tanggung jawab Tun pada keluarga,
pergorbanan Tun pada Tanah Air,Bangsa dan Agama.
Ribuan Terima Kaseh Tun.
Walau bagaimanapun saya tetap ingin mengundang Tun sekeluarga
ke Singapura. Mungkin Kerajaan saya tidak pernah perlawa Tun,
Saya dengan ikhlas dan terbuka menggundang Tun sekeluarga ke Singapura
Tak perlu protokol kita buat macam biasa aja.
Saya akan bawa Tun ke KTM makan chapatti,
ke Beach Road,Sup Tulang.
Jika kesudiaan dan kesempatan insyallah, hubungi saya Tun,
bloggers adik adik.
Salam tun,
This is one thing that a lot of leaders can’t do, asking for forgiveness. U re trully a great leader.
Saya pun nak mohon maaf banyak2 dengan TUN and family, kalau dulu diketika saya tak tahu, tak faham, tak kenal, tak suka, tak cinta akan Tun and your dreams and vision and determination as well as Niat and sincerity, banyak mengutuk TUN. Mohon ampun dan maaf jua dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari yang nyata mahupun tersembunyi.
Moga Allah memberkati.
W’salam
Tun yang dihormati,
Saya amat gembira kerana Tun telah diberi ruang yang seluas-luasnya untuk memberi pendapat semasa era DSN ini. Alhamdulillah, Tun telah mempergunakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya. Amat berbaloi jika Tun merasakan bahawa kesibukan ini sekarang lebih dari semasa menjadi PM dahulu, kerana pandangan, buah fikiran, pendapat dan nasihat Tun amatlah berguna disaat bangsa kita sekarang ini ditekan dari setiap penjuru atas nama keadilan.
Teruskanlah tugas-tugas dan perjuangan Tun yang masih belum selesai itu. Saya memohon kepada Allah agar diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur untuk orang yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini. Aminn.
Tun, saya lahir & membesar di bawah pemerintahan Tun. Terima kasih saya ucapkan kerana kini saya sudah mempunyai pekerjaan dalam bidang IT. Tanpa ilmu, bangsa Melayu takkan maju & berdaya saing. Saya harap Tun berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Salam bahagia buat Ayahanda Tun…
Begitu teruja bila Tun datang ke UTM suatu masa dahulu. Tak kira fahaman politik, Tun pada masa itu digilai mengalahkan artis terkenal Malaysia. Perasaan gembira bercampur hiba menyelinap perasaan semua yang hadir, alangkah gembira melihat Tun dihadapan mata hingga mengalirkan airmata.
Bilakah lagi aku akan dapat melihat Ayahanda Tun?
Good morning Tun!
I was 9 years old in 1995 when I first met you in person, at Stadium Tertutup Johor Bahru. I still remember the moment when we shake hands and you said to me, “Amacam, sejuk ke?”. That moment was the highlight of my 9th year of living! Will definitely cherish the moment forever..Hope to see you again!
Love you Tun! Do take care!
Asaalammualaikum warahmatullah hi wabarokatuh..
Tun..malulah saya membebankan Tun dengan permintaan demi permintaan..Tapi apa boleh buat..kami memang amat memerlukan Tun..
Tuduhan TR tu bukan tuduhan tetapi salakan..
Banyak lagi yang di luar sana suka menyalak..Biarkan..biarkan..
Bro Kamal Ahmad..I know you are the man behind the screen.What I did not know is how and why the enemy have manages to get behind the gate instead of we keeping them at bay..
When security is compromised, borders and perimeter must be set to contains the element..
Isolate..Neutralizes and excise the neoplasm.The image is important too.Some might now have the “mirage” impression that it is Khairy Jamaludin who manages to turn around Malaysia fortunes in football..That indicates better things to come..
Deputy Minister in waiting??
God forbids..
Terima kasih Tun..
Salam Tun,
I read your speech on the need to master English so that we will not be re-colonised. And I think you incorrect.
We should learn English only to acquire the knowledge and then transform it to Bahasa Malaysia and expand the knowledge in Bahasa Malaysia, until at one time the foreigners need to learn Bahasa Malaysia to acquire knowledge.
When you develop this country, You made a grave mistake of not developing Bahasa Malaysia so that it becomes a knowledge language. You spent so much money selling this country to the world but you left out its language, culture and way of life.
If you talk about knowledge, the Chinese never knew English and yet the Prophet even had a saying about them on knowledge. Only a few Japanese learn English (so that they could gain knowledge) and brought the knowledge back home to expand it until now people need to learn Japanese to obtain those knowledge.
I think you catch my drift.
Salam Tun,
Tidak mengapa Tun, asalkan yg penting Tun jaga kesihatan Tun, jaga makan minum Tun…
Semoga perjuangan kita akan drahmati olehNya.
Salam Tun…
Ucapan terima kasih kepada Tun kerana sudi datang ke Wangsa Walk Mall di Wangsa Maju last weekend…to see you standing on the stage upclose and personal was just priceless….tapi sayanglah tak sempat nak ambik gambar…punyalah semangat pergi sana bawak my 3 kids and my 3-month-baby….so tak berpeluanglah nak ambik gambar dgn both of you…may be next time…!
Dearest Tun,
If there is going to be a gift for the nation, please share with us how do you rejuvenate yourself with all the energy and strength.
I’m amazed. You are one true Warrior!
Tun,
Saya Maafkan Tun.
Semoga Tun dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin
Dear Tun,
please take good care of yourselves,don’t get too exhausted,you will always be our hero.However,if possible,I hope you can come to Sabah to deliver a speech that aimed to nurture sense of belonging to sabahans.Hopefully you will do it on the capital of state,Kota Kinabalu.
Tuan,
Dalm kesibukan kerja harian jangan sekali-kali abaikan kesihtan Tun kerana kami masih dambakan sentuhan idea dan pemikiran Tun. Teruskan bersuara demi kemajuan negara bangsa yang tercinta ini. Percayalah majoriti rakyat negara ini masih menyokong Tun dan sentiasa menghormati segala pandangan dan nasihat Tun.
Dear Tun,
Do not feel bad. Everyone knows that you are a busy man, and cannot be in a few place at the same time. Take care now, Tun. =D
assalamualaikum Tun
Jage kesihatan sebaik mungkin..semoga Allah sentiasa memberi rahmat buat Tun sekeluarga. Amin..
tun….
ayat-ayat tun tu seolah-olah tun mahu pergi ke tempat yang abadi..
jasa tun akan kami hargai…
kami doakan…tun sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.t
Hari ini saya mendengar kembali Puisi Tun ” Perjuangan Yang Belum Selesai” tiba-tiba mengalir airmata. Maksud yang sungguh mendalam. Akan saya perjuangkan seperti maksud dalam puisi tersebut. Moga Tun diberi kesihatan yang baik untuk terus berjuang. Saya tetap bersama Tun sambai bila-bila.
Insyaallah
online bachelor degree programs
Dearest Tun, just keep-it-up!!! U’re always in our mind & heart!!!
Salam Tun,
Begitulah kehidupan di dunia yang fanah ini. Ramai rata2 tak setuju dengan kata2 budak nakal tu terhadap Tun. Siapakah agaknya dia untuk menasihati Tun supaya tak masuk campur dalam hal kerajaan dan suruh Tun berehat dalam hidup persaraan. Sepatutnya dia mengalu2kan pandangan dan pendapat dari Tun. Mana elok terima kalau tak suka tak mengapa as simple as that. Tak siapa yang dipaksa menerima apa saja yang Tun katakan. Tak perlulah dia mengeluarkan kata2 kesat. nabi SAW pun ada berpesan ” berilah nasihat atau kata2 yang baik2, kalau tidak lebih baik diam” . Kata2 dia sedemikian membuktikan tahap pemikiran rendah tak melambangkan kepimpinanan yang baik.Tak menghormati orang tua adalah sifat yang ditegah olih Allah. Tak akan berlaku kepada orang sempurna imannya.
Kesabaran adalah perentah Allah dan Tun memang berhak memberi pendapat dan teguran jika kerajaan atau sesiapa juga yang buat tak betul. Tun masih waras untuk memberi pandangan2 yang berguna bagi sesiapa yang mengerti, pandangan dan pendapat yang datang dari pengalaman2 semasa Tun menjadi PM dulu. Memang patut Tun senantiasa aktif supaya Tun dapat mengekalkan tahap kesihatan mental dan jasmani. Orang yang duduk diam saja kemungkian akan mudah mendapat mudarat( menjadi nyanyok )pula kepada dirinya.
Ada orang yang dilanjutkan umurnya untuk menjadi tauladan kebaikan kepada orang bijak yang memerlukan dan menerima baik guidancenya. Tapi ada orang yang dipanjangkan umurnya dalam keadaan daif untuk dijadikan tauladan kepada orang yang angkuh dengan kekuasaanya. Allah saja yang maha mengetahui semuga Tun adalah dalam gulungan yang pertama di atas dan teruskanlah berbakti kepada bangsa, agama dan negara selagi hayat ada dibadan. Dengan itu saya ucapkan syabas kepada Tun.
Saya sangat kagumi Tun, impian saya pada tahun depan saya ingin berjumpa dgn tun, nk ambik gambar bersama tun dan autograf tun.Selepas saya tonton MAHATHIR PART2 history channel saya sungguh terharu dan sangat berbangga bergelar warganegara malaysia hasil produk pembangunan dan kemajuan yg di usahakan oleh tun. thnk a lot TUN.
Dear Tun,
Zaman Pak Lah dulu Tun tidak diberi peluang untuk mengambil bahagian secara bermakna secara rasmi. Tetapi kini Tun diberi peluang luas oleh Najib kedang2 mengganti tugas rasmi Perdana Menteri. Oleh yang demikian sibuklah Tun. Zaman Pak Lah dulu Tun lebih menhadiri majlis Ibrahim Ali daripada majlis rasmi kerajaan.
Najib pandai dan ada strategi yang baik apabila menggunakan Tun sebab Tun orang yang bijak. Cuma apa yang Nazri kata bahawa Tun racist kadang2 ada kebenaran. Isu kaum amat sensitive. Ia assabiah. Islam tidak assabiah. Bilal,Salman parsi bukan arab tetapi para sahabat yang sama taraf. Nabi berkata sesiapa yang bertutur bahasa arab adalah arab. Ikutilah cara nabi.
Salam Tun,
Kesudian Tun dan Keupayaan Tun (dalam usia Tun sekarang)untuk melayani permintaan pelbagai lapisan masyarakat amat dikagumi saya dan rakan2. Sebagai menghormati Tun, Harap Tuan2 budiman juga lebih bertimbangrasa dalam membuat permintaan untuk menjemput Tun dan mengatur temujanji kepada hal2 yg perlu dan benar2 penting sahaja. Hargailah beliau dengan menyokong dan meneruskan usaha mencapai wawasan Bangsa dan Negara yg telah diusahakan Tun sebelum ini.
Semoga Allah limpahkan kesihatan dan dipanjangkan usi Tun. Insyaalah…
Pemuda Penyambung Perjuangan yg Belum Selesai..
Tun,
Teruskan tugas Tun yang sentiasa sibuk itu yang saya percaya Tun amat gemari sekarang bagaimanapun sentiasalah menjaga kesihatan selalu.
Saya hanya ingin menyatakan di sini mengenai rasa kesal saya terhadap sikap biadab Nazri Tan Sri Aziz terhadap Tun, yang langsung tidak mencerminkan peri budaya dan kesopanan bangsa Melayu.
Saya harap Tun tidak akan ambil kisah mengenai tata tutur kurang ajar daripada menteri berkenaan kerana rakyat tahu menilai antara permata dan kaca.
Semua orang tahu bahawa kedudukan Nazri sekarang dalam politik sebagai menteri adalah atas belas kasihan Tun melantik beliau sebelum ini sebagai menteri.
Jika tidak disebabkan kemurahan hati Tun, menteri ini yang telah mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada politik dahulu tidak akan menjadi menteri sekarang.
Saya juga berasa hairan mengenai sikap menteri ini yang cuba menyamakan tindakannya terhadap Tun sebagai sama seperti tindakan Tun terhadap bekas Perdana Menteri sebelum ini, Tunku Abdul Rahman.
Nazri mungkin silap atau kurang menggunakan otak mengenai suasana politik ketika itu jika tidak ada orang yang bersuara keras seperti Tun, bangsa Melayu akan lenyap dan menjadi menjadi pengemis selama-lamanya di negara ini.
Tunku tidak nampak dan sentiasa menafikan kebolehan bangsa Melayu untuk maju terutama dalam bidang perniagaan.
Kalau dibiarkan kehendak Tunku, orang Melayu kecuali yang bernasib baik seperti Nazri, akan kekal selama-lamanya di kampung.
Seperti kata Tunku, “biarlah orang Melayu duduk diam dan tinggal seronok di kampung-kampung manakala kaum Cina yang pandai berniaga biarkan berniaga kerana boleh membawa keuntungan kepada negara.”
Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan menteri ini apabila dia melenting tidak tentu fasal terhadap komen Tun yang tidak ada kena mengena dengan perkauman.
Nazri sepatutnya mencermin diri sendiri dahulu apabila hendak menonjolkan dirinya sama seperti Tun menegur Tunku dahulu.
Saya tidak nampak apa jasa Nazri terhadap negara dan jika dia meletak jawatan sebegai menteri, negara tidak ketandusan menteri muda yang lebih berkaliber untuk menggantikan tempat beliau.
Jangan berangan hendak samakan kedudukan anda dengan Tun, termasuk jauh sekali sebagai samurai(perkataan yang beliau pilih sendiri) kerana seorang samurai memegang prinsip Bushido yang tinggi termasuk budi pekerti dan tata susila yang tinggi.
Ini tidak terdapat pada Nazri yang biadab terhadap seorang negarawan seperti Tun.
Lebih banyak Nazri tidak bercakap akan lebih bagus kerana jawapannya kemudian akan meleret-leret dan mengambarkan perwatakannya yang sebenar.
Kadangkala saya berasa kesian apabila membaca jawapan Nazri selepas dibelasah oleh Tun, yang kebudak-budakan dan cuba berlagak sebagai seorang samurai dan pada masa yang sama tulisannya seperti orang hendak menangis.
Jadi tanda tanya kepada saya, samurai ada menangis ke?(ha…ha).
P.S Jangan jadi samurai lah Nazri, lebih elok duduk diam-diam sebagai menteri.Marah persatuan samurai nanti kerana menghina prinsip Bushido apabila seorang ahlinya bernama Nazri menangis dibelasah Shogun sebenar. (ha…ha).
Salam Tun.
Y.Bhg Tun,
Ap kata saya cadangkan dibuat perjumpaan atau jemputan dimana Y.Bhg Tun memberikan syarahan atau ucapan mengenai apa tajuk sekalipun kepada fan Tun di Yayasan Kepimpinan Perdana mengikut tarikh yang sesuai bagi Tun serta dibuka pula sessi soal jawap.Insyallah kali semua akan menghadirkan diri. Kami sebagai fan Y.Bhg Tun berdoa agar Tun sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik baik.
Maaf diterima…………ha…ha..ha
Sebenarnya saya cukup gembira apabila dapat bersua dan bersalam dengan Tun dan isteri di Ipoh tahun lepas walau Tun tidak lagi jadi PM………
Itu sahaja nak bagitau dan apabila balik Kedah saya suka dengar orang bercerita tentang Tun dan MAHA Klinik…
Terima Kasih atas sumbangan dan jasa baik Tun selama ini.
Wassalam.
Assalamu’alaikum Ayahanda Tun.
Salam Ma’al Hijrah buat Ayahanda Tun & Bonda Tun.
Kami senantiasa mendoakan kesejahteraan Tun berdua. Semoga ALLAH s.w.t memberi kekuatan dan kesihatan kepada Tun berdua demi untuk AGAMA, BANGSA & NEGARA.
Kami masih memerlukan idea & pandangan Tun yang telah meletakkan Malaysia di mata dunia. Segala jasa Tun teramatlah besar buat kami rakyat Malaysia keseluruhannya. Semoga ALLAH s.w.t memberkatinya.
Sekian, wassalam daripada anakanda sekeluarga.
Assalamu’alaikum Ayahanda Tun!!!!
Semoga ALLAH s.w.t memberikan kekuatan & kesihatan kepada Tun berdua. Sesungguhnya Tun adalah negarawan yang paling banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Kami rakyat Malaysia keseluruhannya amat menghargai segala jasa Tun selama menjadi PM dahulu.
Kami amat memerlukan segala idea serta pandangan Tun demi untuk memajukan AGAMA, BANGSA & NEGARA.
Semoga ALLAH s.w.t memberkati segala sumbangan Tun selama ini.
Sekian, Wassalam daripada anakanda.
Moga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik2 untuk ayahanda… teruskan perjuangan ayahanda bagi membela bangsa kita yang masih jauh ketinggalan di bumi sendiri
Masih ramai yang belum sedar hakikat kedudukan bangsa kita bumi yang dipanggil tanah air sendiri. Yang sudah kaya raya sudah lupa golongan di luar bandar yang masih belum mampu menagih di negara sendiri. Golongan yang ribuan tahun dahulu ditempatkan di kawasan kampung dan didoktrin untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan yang percaya akan “kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga..” Ribuan tahun kita dijajah.
Kini setelah 52 tahun kita merdeka, ada yang sudah terbuka mindanya. Mula keluar dari kepompong imperialis barat itu. Tapi, yang sudah kaya raya? sudah senang? mula lupa asal usul mereka. DEB yang dulunya membantu mereka dikatakan racist. Semua dasar Tun dikatakan racist. Inilah golongan yang sudah lupa. Jauh sekali hendak turun membantu dan membimbing anak bangsa sendiri yang masih belum terbuka matanya, belum terbuka mindanya. Mereka cuma dimomokkan mainan politik yang jelas memecah belahkan bangsa kita sendiri.
Masih jauh survival bangsa kita ini Ayahanda Tun Mahathir….
Tunjang harapan kami kini sudah rapuh dan ampuh, dek kerana tunduknya pihak kerajaan dan pembangkang, yang Melayu kerana terlalu takut dituduh racist.
Kini, Melayu juga dituduh Racist oleh bangsa bernama Melayu juga. Jangan sampai sepuluh tahun lagi kalau kita pakai songkok pun dituduh Racist…….
Semoga Ayahanda Tun terus kuat berjuang demi bangsa dan negara kita.
1. Tidak mengapa Tun, saya dan mungkin juga seluruh rakyat faham dgn jadual Tun, org berilmu spt Tun tentu ramai yg ingin memenefaatkan selagi Tun masih bernafas, cuma saya sedih masih ada lagi yg tidak tahu bersyukur dgn rahmat yg tuhan kurniakan kpd Malaysia dgn menganugerahkan Tun di bumi bertuah ini.
2. Kepada Nazri Aziz yg sombong sangat dgn Tun, jagalah keluarga anda
,lebih lebih lagi anak jantan yg kaki betina,jasa anda sebesar hama pun belum ada lagi utk celupar macam macam.
3. Bila memoir Tun nak publish?
Assalamualaikum TUN,
Kami xamek hati TUN, kami mmahmi tugas dan tanggungjwp TUN.
Yang mulia Tun,
Sebenarnya orang Melayu yang patut pohon maaf pada Tun kerana sehingga kini mereka menyebabkan Tun kerja begitu keras dalam dan luar negara tak mengenal lelah demi perjuangan bangsa dan ugama.
Moga Allah panjangkan umur Tun dan isteri dan kesihatan sekelian keluarga.
Y.A.Bhg Tun,
Masa yang ada untuk Tun amat berharga terutama sekali bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan mengundi Barisan Nasional dalam PRU akan datang. Tun boleh memainkan peranan ini secara berkesan terutamanya mengembalikan keyakinan gulongan muda kepada UMNO. Mereka lebih berpihak kepada PKR atau PAS dan sudah tentu tidak akan menyumbang kepada kestabilan politik negara. Pakatan DAP, PAS dan PKR hanya atas kebencian kepada UMNO dan sekiranya mereka dapat menguasai Kerajaan maka harapan untuk mencapai Wawasan 2020 akan menjadi kabur dan ini menolak 50 tahun kehadapan untuk Malaysia mencapai taraf negara maju. Saya bimbang perkara ini akan berlaku sekiranya UMNO yang menerajui Barisan Nasional menjadi lemah dan gagal membentuk Kerajaan selepas PRU yang akan datang. Malaysia akan meyertai kumpulan negara membangun lain yang keadaan poltik yang tidak stabil saperti Sri Langka atau Burma. Untuk memulih kembali kestabilan politik akan mengambil masa yang lama atau mungkin berlarutan kepada perpecahan kepada Persekutuan Malaysia itu sendiri.
2. Anwar Ibrahim tidak melihat ini sebagai suatu yang harus diberikan perhatian kerana matlamatnya hanya untuk menerajui Kerajaan dan dia tidak melihat betapa pentingnya kestabilan poltik untuk membawa kemakmoran kepada negara. Dia telah lupa dengan apa yang dipercayai sewaktu dalam UMNO dahulu sehingga sanggup menafikan apa yang beliau ucapakan semasa berdailog dengan peserta kursus BTN pada tahun 1993. Manusia saperti ini hanya memikirkan agenda peribadinya sahaja tanpa memikirkan akibat burok yang akan ditanggung oleh rakyat jelata khususnya orang Melayu.
3. Setiap peratus pengucupan pertumbuhan Ekonomi atau GDP akan membawa implikasi yang besar kepada orang Melayu kerana orang Melayu memiliki kekayaan yang sadikit dalam ekonomi negara. Sekiranya keadaan poltik tidak stabil maka pelaboran baru tidak wujud dalam negara dan sekiranya diikuti oleh rusuhan kaum maka ekonomi akan mengucup dengan kadar peratusan yang tinggi, akibatnya ramai orang Melayu akan mengangor.
4. PAS tidak melihat kepada pertumbuhan ekonomi sebagai agenda penting negara kerana selama ini perjuangan mereka hanya untuk mendirikan negara islam. Mereka lupa bahawa sekiranya negara menjadi miskin maka agenda islam akan tergendala saperti yang dialami oleh negara islam miskin yang lain. Kita perlu kepada kestabilan politik dan formula Barisan Nasional telah pun terbukti berjaya selepas negara merdeka. Membakar kelambu kerana marahkan nyamok boleh membawa padah yang besar kepada negara. Kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sudah cukop bukti bahawa ketidakstabilan poltik boleh menolak kemajuan ekonomi negeri Perak beberapa tapak kebelakang. Bagitu juga dengan Kerajaan Pulau Pinang dibawah DAP gagal membawa pelaburan baru dan akibatnya ialah penganguran yang tinggi terutamanya dikalangan orang-orang Melayu di utara Semenanjung.
5.Tun tidak perlu menjelajah jauh kerana usia Tun sendiri tidak mengizinkan. Tun hanya perlu berjumpa dengan pemimpin-pemimpin masyarakat secara lebih kerap dan berikan hujah yang rasional supaya mereka faham betapa pentingnya UMNO senantiasa kuat sebagai tunjang kestabilan politik negara. Mereka perlu diberi kefahaman bahawa hakikat sebenarnya orang Melayu tidak boleh hilang kuasa poltik sebagai peribumi negara ini disamping kumpulan etnik terbesar. Tetapi orang Melayu akan hilang kuasa poltik sekiranya mereka berpecah kepada tiga kumpulan saperti sekarang ini dan apabila mereka hilang kuasa maka sesuatu yang tidak baik akan berlaku kerana terdapat banyak kumpulan yang tidak dapat menerima kekalahan dikalangan mereka.
6. Orang Cina sudah pun menguasai ekonomi negara dan sudah tentu mereka tuan yang sebenarnya walaupun mereka mempertikaikan apa yang disebut sebagai ketuanan Melayu. Menguasai poltik oleh orang cina hanya mengundang padah oleh kerana orang Melayu akhirnya tidak mungkin boleh menerima hakikat yang mereka juga kehilangan kuasa poltik. Orang Cina dan India harus kembali kepangkal jalan untuk bersatu dengan orang Melayu melalui formula Barisan Nasional. Perkara yang tidak baik sama-sama berusaha untuk dihapuskan. Kita tentang rasuah disemua peringkat dan tidak ada kumpulan yang me3rasakan diri mereka dipinggirkan.
7. Pada umumnya orang Melayu sangat sensitif dengan ungkapan-ungkapan yang mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu, kesucian ugama islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan dasar memajukan bumiputra saperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan. Ahli-ahli poltik dari kaum lain hendaklah cuba mengelakan diri dari menyentuh perkara yang sensitif ini bagi menjamin kestabilan politik negara. Walaupun terdapat peruntukan-peruntukan yang boleh memberi kelebihan kepada orang Melayu dan bumiputa lain tetapi keadaan taraf hidup mereka jauh terkebelakang berbanding kaum Cina atau kaum India. Tidak dfinafikan terdapat segelintir orang Melayu atau bumiputra yang telah berjaya ketahap jutawan hasil dari dasar memberi keutamaan kepada bumiputa tetapi secara umumnya kuasa ekonomi kaum bumiputa masih jauh kebelakang.
8. Masyarakat Cina dan India patut lihat disekeliling mereka siapa yang mengusai ekonomi negara pada hari ini supaya mereka tidak tergila-gila untuk mengikut pemimpin-pemimpin yang hanya mempunyai agenda tersendiri tanpa memikirkan soal kestabilan politik negara. Pepatah Melayu ada menyebut yang dikejar tak dapat tetapi yang dikandung keciciran.
9. Tanggong jawap Tun kepada Negara masih belum habis kerana Tun telah meletakan batu asasnya. Landasan lurus yang Tun bina agak terbengkok sadikit semasa Abdullah Badawi dan sekarang sedang dibetulkan semula oleh Najib. Kempen 1 Malaysia mungkin dapat membetulkan kesilapan yang dibuat oleh Abdullah Badawi. Tetapi pelaksanaanya biarlah telus tanpa ada sebarang kebocoran dan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memecah tembok integriti Najib.
10. Kembalikan perasaan sayang rakyat kepada Negara dan institusi-institusi Kerajaan utuh dan di hormati. Kerajaan mesti tegas mempertahankan integriti institusi-institusi Kerajaan. Tindakan undang-undang harus diambil kepada mana-mana pihak yang memperlekeh tugas dan peranan institusi kerajaan saperti Polis dan SPRM. Contohi Singapura dimana ketua pembangkang menjadi muflis akibat saman malu dimahkamah oleh Perdana Menteri kerana kenyataan yang dibuat tidak berasas. Najib patut ambil tindakan memantau sebarang keyataan yang dibuat oleh pihak pembangkang yang sengaja untuk menimbulkan keraguan rakyat kepada intgegritinya sebagai PM. Bawa penulis blog kemahkamah untuk memberi amaran bahawa negara mengamalkan sistem kebebasan bersuara berlandaskan undang-undang.
11. Tulisan dalam beberapa blog boleh menghakiskan keyakinan gulongan muda kepada Kerajaan. Mereka adalah penulis upahan dan perlu dibawa kemuka pengadilan. Tulisan mereka terlalu melampau sehingga menafikan kemajuan yang dicapai oleh negara sekarang ini adalah hasil pengorbanan pemimpin-pemimpin UMNO yang berpayung dibawah Barisan Nasional. Mereka mengenepikan sejarah dan hanya taksub dengan niat jahat mereka semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.
13. Semoga Tun akan terus diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk mempastikan negara berada landasan yang betul kearahmencapai Wawasan 2020.
Yang Iklas
Rahim
Salam Tun,
Rakan saya ada memberitahu yang Tun tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya…
Apa yang membuat saya terharu adalah Tun tetap memberi respon walaupun tidak dapat hadir.
Inilah yang membezakan Tun dengan yang lain-lain….
Relax Tok, Malaysia dah masuk final sukan sea..good luck Tok..hidup Malaysia
Assalamualaikum,
Ayahanda Tun,
Saya sangat memahami Ayahanda Tun,
Semoga Ayahanda Tun berdua sihat selalu
Teruskan menulis……….
Yang berbahagia dan dihormati Tun.
Bila agaknya Tun nak menjawab tuduhan TR di dalam blognya dan tersiar dalam Malaysiakini diatas tajuk Malaysia Negara Sumpahan Minyak. Antara kandungan artikel tersebut mencatatkan,-
“Buku bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time’, yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.
Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.
Sentiasa menunggu jawapan.
InshaALLAH Tun, saya masih ingin berjumpa dengan Tun, minta maaf juga kepada Tun kerana masih memerlu khidmat Tun. Saya ingin memohon Tun sekiranya dapat membantu projek pembinaan Masjid di Aberdeen, Scotland, tanah telah pun disediakan oleh pihak bertanggungjawab. Wassalam.
Salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun.
Countless emails, short messages and calls we receive upon this posting of yours Tun.
As a Bangsa Melayu, no matter where or who are in life, we respect our elderly Negarawan. Respect especially Tun Dr Mahathir. Events of these past few days concerning UMNO are heading for the negative. Do they high up in UMNO know the shift pattern that would ensue by the tens of millions after Tun? I just don
Salam Tun,
Negara masih memrlukan khidmat Tun.
Kesibukan tun biasa bagi semua rakyat Malaysia
Moga Tun sihat selalu
http://www.zoompanas2.com
Salam buat Tuan,
semoga diberi kesihatan tubuh badan dan ketajaman akal fikiran seperti selalu.
semoga usaha dan perjuangan Tun selama ini diberkati dan diredhai Allah selalu!
wassalam.
Salam sejahtera Ybhg Tun,
Ybhg Tun terlalu sibuk sangat dgn hal2 luar negara dan dalaman negara sehingga tidak dapat memenuhi permintaan dan aduan masyarakat yg ingin berjumpa Ybhg Tun.
Ybhg Tun patut berhati-hati kerana nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
well, everybody knows you are the best speaker in Malaysia. Everywhere people wold say they love you, shake hands with you, and take a picture with you. All the best Tun. BTW, Nice speech in Park Royal last saturday and you guys look great!
saya hanya rakyat kebanyakan. agak lama saya memasang niat utk bertemu tun & dapatkan pandangan:
1) wasiat @ panduan dalam mempertahankan hak2 bumiputra & melayu.
slps zaman tun, tak ramai ahli politik yg berani & bijak.
2) utk bertanya cerita sebenar disebalik pemecatan dato seri anwar , kerna saya sendiri mempunyai syak wasangka & dalam masa sama mempunyai kepercayaan atas beliau menggantikan tun.
3) mengemudi umno utk menubuhkan negara islam walau pun akan hadai tentangan maha hebat dari parti politik.
semoga tun selamat dunia & akhirat.
Tak mengapa Tun..Kami dapat dengar ucapan dan komen Tun dari berita tv pun sudah cukup. Sebelum ini amat payah untuk mendengar komen dan ucapan Tun kat TV. Sekarang tak sama macam dulu lagi. Kami amatlah bersyukur. Semoga Tun dan Tun Siti Hasmah sihat sejahtera hendaknya dan panjang umur..
Jangan berhenti. Pengalaman Tun amat berharga dan bijak. Kalau saya dengar nasihat Tun berkenaan membeli emas bertahun tahun dulu, saya pasti kaya sekarang. Namun pada masa itu, semua orang kata Tun merepek. Siapa yang merepek sekarang? Harga emas telah melambung dan kita cuma menyesal tak melihat wawasan Tun.
Kami warga kerja Sheraton Langkawi ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun kerana sudi bersama kami dalam majlis makan malam di hotel kami baru-baru ini.
Salam….
Walaupun Tun sibuk dalam pelbagai urusan namun sokongan kami tetap bersama Tun. Semoga Tun dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat dan mampu memberikan pelbagai idea dan sumbangan dalam peradaban manusia kini. Salam untuk Tun.
Tun,
Pemimpin yang telah membawa perubahan akan sentiasa dikenang walaupun tidak berjawatan.
Ini terbukti bahawa rakyat dan warga global masih menerima pakai buah fikiran dan pandangan Tun.
Sekaligus menyanggah kenyataan Nazri Aziz bahawa Tun sudah tua dan tidak boleh diterimapakai lagi pendapat.
Melayu harus berdoa untuk membuka fikiran Najib supaya menyekat pemimpin sebegini dari tindakan liar lidah mereka berkata-kata tanpa berhemah.
Jika Najib gagal mengawal kesopanan dan kesusilaan ini maka sama-samalah kita lihat kejatuhan Najib pulak.
Melayu bukan lagi sakit tetapi parah dan hancur.
Salam hormat
MRock
Salam Tun,
Diharapkan Tun banyakkan rehat di usia dan kesihatan yang makin mencabar ni, idea terkini perjuangan Tun akan terus diperjuangkan. Tapi pelik jugak depa ni , masa Tun Abdullah jadi PM dulu taknak pulak jemput Tun, bila dah sedar baik buruk orang barulah ingat kembali nak jemput Tun.Yang hina dan caci Tun dulu pun terhegeh-hegeh nak jemput. Diharapkan Tun jangan layan jemputan orang macam ni, tenaga dan kesihatan Tun lebih bermakna untuk penyokong Tun sepanjang zaman dan termasuklah keluarga Tun.
Salam untuk Tun sekeluarga,
Itu bukan satu kesalahan dan kami semua memahami, semoga Tun sentiasa sihat dan diberkati oleh Nya.
Mazelan
http://tutorialgdi.ws
Naikkan traffic website Anda.
Salam Ayahanda Tun,
Sebagai Negarawan Ulung…kami penyokong Tun amat2lah memahami keadaan Tun. Namun, harap Tun dapatlah memberi komen tentang kelantangan Datuk Nazri Tan Sri Aziz yg mendakwa Tun sebagai rasis.
Saya juga doakan Tun sentiasa sihat walafiat dan dapat terus berbakti pada Agama Bangsa & Negara.
Dear Tun Dr M,
I am glad that you are active as ever. Invitation to deliver speeches locally and abroad seem to be your daily affair.
However, I once again would like to state that “You are an ideal politician to emulate”. Please note that a politician is normally not clean. He has his share of blunders,revenge,anger, back stabbing and so on.
You are indeed a “walking dictionary” for Politics who managed to be the PM of Malaysia for over 22 years. You took a lot of risky and dangerous & brave decisions during your tenure as the PM.
Bravo!
Way To Go Tun!
Understandable, Tun.
It is already very noble of you to try to connect yourself with the people through IT despite your age.
Salam Tun & Keluarga,
Saya faham dengan kesibukan Tun. Saya tertunggu response Tun tentang beberapa isu hangat dan sensitif yang telah dibangkitkan olih beberapa orang berkaitan, BTN, Bahasa Inggeris sebagai bahasa resmi yang kedua, tuntutan LKS supaya PM istihar yang 1Malaysia bermakna sama rata untuk semua kaum, wakil rakyat dari DAP yang akan terus membangkitkan isu “ketuanan Melayu”.
Saya dan ramai juga berpendapat ini telah menggambarkan arah tuju negara yang aman ini kejurang kacau bilau / huru hara perkauman. Mereka mencabar kesabaran kebanyakan masyarakat Melayu dan kaum bukan Bumiputra yang cintakan keamanan dikekalkan di Malaysia. Ini adalah satu perkembangan yang sunguh membimbangkan. Apakah ada unsur luar yang menggalakkan perkara ini?
Kami harap kerajaan mesti tegas dalam ini dan membuat sesuatu yang terbaik dan bijak tetapi jangan terperangkap dengan tipu helah pihak pembangkang yang mula naik tocang dan bersikap biadap.
Inilah masalah politik di Malaysia. Dah habis pilihanraya sepatutnya tumpukanlah kepada tanggungjawap dan menjalankan tugas yang telah di amanahkan olih rakyat. Kalau bagus tentu rakyat akan sokong di pilihanraya yang akan datang. Tapi masih berpolitik tak habis2. Kualiti wakil rakyat yang rendah pemikiran yang cetik. Ada yang berlagak macam samseng. Yang penyokong2 ni pula buta hati terlampau taksub kepada orang sokongan mereka ( saya tak kata pemimpin mereka kerana itu bukan pemimpin yang sebenarnya ).
Dalam UMNO pula masalah lain. Ada pemimpin2 UMNO yang masih angkuh dengan kedudukan mereka, yak sedar diri dan celupur percakapannya. Sifat kebudayaan Melayu dan yang dituntut Islam sudah hakis/hilang semata2 kerana nafsu untuk merebut kuasa. Tak sedarkah mereka, yang mereka ( Melayu ) akan lenyap, Islam akan dicaci dan negara akan hancur jika UMNO tidak kekal meneraju kerajaan? PR tak bolih di harapkan dan tak bolih dipercayai jika menjadi pemerentah negara sebagaimana yang diidam2kan. Tak sama macam penubuhan BN. Macam sama tapi tak sama lansung. BN untuk memajukan negara dengan pembangunan ( tapi ada yang berpendapat pembangunan ( projek) untuk mengkayakan mereka ) tapi PR tujuan utama ialah untuk menjatuhkan BN. Jika mereka berjaya kelak ( harap tak berlaku atas lindungan Allah SAW ), mereka sudah pasti bergaduh untuk mendapatkan harta perang. Malaysia akan berada dalam keadaan kacau bilau. Itulah scenerionya.
Kita masih memerlukan kepimpinan macam Tun. Bantulah barisan pemimpin2 Islam BN sekarang untuk berbuat sesuatu dengan cara apapun yang Tun fikir wajar. Tun bukan nak campur tangan dalam kerajaan tapi sebagai rakyat biasa Tun berhak menyuarakan pendapat. Jangan hirau komen si budak nakal tu. Harap Tun bolih memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan sebelum terlambat. Semuga dengan izin Allah SWT Malaysia akan terselamat sekali lagi selepas krisis ekonomi dahulu. Insyaallah.
Salam Tun,
Tiada masaalah besar untuk kami semua,we fully understand your situation however please continue blogging for the sake of Agama ,Bangsa dan Negara.
Thanks and Best Regards,
KMU(Utara)
A;kum Tun!
We need to hear your comment on the issue on BTN as soon as possible and also on Minister in Prime Minister’s Department, Dato Nazri Aziz. He has called you racist and what not. I am sure you have something to say.
tq
aziz
Takpa Tun, saya pun faham! Janji TUN terus berjuang demi agama bangsa dan negara!
We need you now more than ever!
http://parpukari.blogspot.com
I think, when you are ‘free’. People appreciate you more. Your life is awesome. While our life (rakyat biasa) is like ‘lekat celah gigi’ saja.
How much I cemburu with you, God knows.
Salam Tun
Tun diundang kerana Tun banyak pengalaman dan dihormati majoriti rakyat. Majoriti rakyat masih amat memerlukan Tun dalam memberi berbagai pandangan dan idea. Berbeza dengan pemimpin2 lain yang tidak mempunyai kredibiliti dan kebijaksanaan seperti Tun terutamanya pemimpin2 yang lebih suka menjadi pelawak2 dan badut2 di negara ini. Mereka dipilih dan diangkat menjadi pemimpin tetapi tidak menunjukkan teladan seperti pemimpin. Kadangkala orang yang dipimpin lebih bagus daripada mereka. Lama-lama rakyat akan semakin meluat Tun.
Teruskan sumbangan Tun kepada negara sebanyak yang mungkin. Hidup Tun!!!
Take care of your health Tun.
Can always keep in your good company on this blog.
Regards.
MELAYU MUDAH LUPA.
KATA2 TUN MEMANG BANYAK BENARNYA.
DIHARAP RAMAI YANG MENGIKUT JEJAK TUN DENGAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN DAN NASIHAT SERTA BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMARTABATKAN BANGSA WALAUPUN TELAH BERJAYA/ RETIRE .. DALAM APA JUAPUN BIDANG SEPERTI POLITIK, PERNIAGAAN, PENDIDIKAN, BAHASA, KEMASYARAKATAN DAN SEBAGAINYA.
TAK SEMESTINYA APA YANG KITA INGIN SUMBANGKAN 100% BETUL DAN DITERIMA NAMUM KITA BOLEH NILAI KEIKHLASAN PEJUANG BANGSA DAN NEGARAWAN SEPERTI TUN MELALUI USAHA2 YANG TUN LAKUKAN SEKARANG (WALAUPUN DAH ‘PENCEN’)..
TERIMA KASIH! ASSALAMUALAIKUM.
Salam Tun,
Kami memahaminya. Pendapat tun selalu diberi perhatian di dalam pelbagai isu. semoga tun terus sihat untuk memberikan pendapat yang bernas.
cuma satu saya hendak minta tun komen sikit tentang isu mualaf, memandangkan Tun adalah Yang Dipertua perkim. pada 24 november 2009 di dalam akhbar Mingguan Malaysia, seorang mualaf dirogol oleh ketua sebuah sebuah pertubuhan bukan kerajaan ketika meminta pertolongan daripada mereka. Adakah bergelar mualaf itu satu hukuman? Di mana tanggungjawab Jabatan Agama Islam, Jakim, Yadim dalam membantu mualaf? perlukah ada rumah perlindungan bagi mualaf yang terbiar?
harap Tun dapat lontarkan sedikit komen…
Salam Tun,
Moga Tun terus sihat.
Kami amat memahami Tun .. Pemuda Seputeh mendoakan semoga Tun dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik2 ..
Inssyalah ..