1. Rasuah sudah jadi sebahagian dari budaya warga Malaysia. Ia bermula dengan kesedaran di kalangan ahli UMNO bahawa melalui sogokan duit seseorang boleh mendapat tempat dalam parti sehingga menjadi menteri dalam Kerajaan. Apabila mendapat tempat maka peluang menjual apa juga kuasa boleh menjadi seseorang itu kaya.
2. Maka Kerajaan pun menubuh badan-badan pencegah rasuah untuk membendung amalan yang buruk ini. Masyarakat sedar bahawa rasuah adalah jenayah yang buruk dan agama Islam melarangnya. Sedikit sebanyak badan-badan pencegah rasuah berjaya membendung amalan jenayah ini.
3. Sesungguhnya tidak ada masyarakat yang berjaya membendung rasuah seratus-peratus. Tetapi apabila pemimpin tertinggi menggalak amalan ini dan terlibat secara terbuka dengan rasuah, maka rasuah lebih menjadi-jadi apabila pengikut ambil iktibar dari amalan pemimpin.
4. Inilah yang sedang kita lihat di Malaysia. Kita bangga dengan kejayaan badan pencegah rasuah membuat penangkapan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang telah kumpul berjuta-juta Ringgit melalui rasuah. Mungkin ini disebabkan pencegah rasuah lebih cekap mengesan jenayah ini. Mungkin juga kerana hari ini lebih ramai pegawai tinggi yang bersedia menerima duit rasuah kerana percaya cash is king.
5. Rasuah di peringkat bawahan dan kecilan mungkin dipandang enteng. Apalah sangat sogokan ratusan atau ribuan Ringgit kepada pengundi dalam pilihanraya. Sedikit sebanyak wang sogokan yang sedikit boleh meringan tekanan kehidupan si miskin.
6. Tetapi yang harus disedari ialah sogokan kecil-kecilan ini boleh membawa malapetaka yang amat besar.
7. Perlu diingat bahawa sogokan dibuat kerana niatnya ialah bagi menjayakan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang salah yang akan membawa malapetaka dan kerosakan. Mereka yang berniat baik dan menghormati institusi pilihanraya dan kebebasan rakyat tidak akan menghulur wang atau lain-lain untuk mendapat undi pengundi.
8. Dan sesungguhnya yang menghulur wang rasuah dalam pilihanraya umum berhajat untuk menyalahguna kuasa sebagai PM, Menteri dan lain-lain jawatan yang diperolehi. Kita sedang lihat bagaimana pemimpin yang kita pilih dituduh melesapkan berbillion Ringgit, mengagihkan wang Kerajaan secara salah hanya kerana ingin menjadi popular supaya menang lagi dalam pilihanraya.
9. Kita lihat kerosakan negara, kejatuhan teruk nilai Ringgit, kekurangan duit Kerajaan yang terpaksa potong budget 30%, tidak cukup duit untuk biasiswa, terpaksa perah duit rakyat miskin dan kaya melalui GST dan bermacam lagi kerana memilih pemimpin yang mengguna sogokan untuk menang. Kita lihat bagaimana duit Kerajaan (rakyat) dimasukkan dalam akaun peribadi pemimpin yang dipilih kerana sogokan.
10. Akhirnya negara Malaysia yang dahulu digelar Harimau Asia, sekarang di kategori sebagai satu dari sepuluh negara yang tahap rasuahnya tertinggi di dunia. Kewangan negara merosot sehingga terpaksa perkenal GST dan meminjam berbillion dengan menggadai negara. Dan rakyat pun menderita, mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari wang sogokan yang diterima.
11. Inilah sebabnya yang rasuah menjadi kesalahan dan ditegah sebagai jenayah. Inilah sebabnya rasuah dikutuk dan diharamkan. Duit yang diterima adalah duit haram seperti duit yang dicuri.
12. Apabila rasuah sudah menjadi sebahagian dari budaya bangsa, pemulihan tidak mudah dilakukan. Untuk ini badan-badan pencegah rasuah mestilah bebas dari dikuasai oleh Kerajaan seperti sekarang.
13. Jika terdapat Kerajaan dan pemimpin tertingginya yang terlibat dengan rasuah, pemulihan hanya boleh dijayakan jika pemimpin perasuah ini dijatuhkan dan diganti dengan yang lain.
14. Untuk ini tolak sebarang jenis rasuah. Jangan terima duit haram hasil pencurian.
Rasuah vs lobi is akin to sago vs ommelette.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/03/15/dr-mnazri-debate-set-to-be-a-knockout-after-10-years-in-the-making-former-premier-and-minister-to-fi/
When both cases are opened for debate, it will show why new economics via shadow (state) governments are drafted and implemented, bukan?
But the muslim and malay still think they are being marginalized eventhough all the top vvip are chosen from the states that they represent.
Obsess with politically right, but neglet to be economically right, or vice versa?
As we are approaching developed country status, the influence of political parties would be minimized.
When general election is called, we will know who gets the majority votes.
Even if they get the majority, the challenges a head is not as easy as it was 30 years ago whereby the winner gets 2/3 majority votes.
Bak kata, once bitten, twice shy.
When voters of all races including sabah are bitten many times, they too would be more resilient in exercizing their voting rights.
Salam..
Berkaitan topik RASUAH
Definisi rasuah tu harap semua faham..Rasuah ini boleh terjadi dalam pelbagai perihal..termasuk juga dalam salah guna kuasa..
Boleh jadi ya..boleh jadi tidak..MUNGKIN juga Tun pun pernah menyalahgunakan kuasa..Disebabkan aku bukan malaikat Raqib, aku tak tahu apa pun niat yg Tun pernah buat..Disebabkan Tun ketua, aku cuma tunduk dan patuh terhadap ketua. Apa-apa pun Allah Maha Mengetahui..(c/c Karl Iskandar)
Apa-apa pun..Tun banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia..KLCC..MSC..Putrajaya..KLIA..Sepang..Disebabkan aku membesar dibawah pemerintahan Tun, aku ucapkan tahniah kepada Tun terhadap pembangunan Malaysia..(c/c Tun)
Masa aku kecil..aku tak tahu selok belok duniawi..Kini aku sedar..TIADA SIAPA yg boleh dipercayai selagi mereka tidak mengamalkan serta menurut 100% undang-undang Islam..
Kini aku sedar akan kejatuhan moral yg berlaku..RASUAH adalah salah satu drpdnya..Persoalannya kenapa?
Ini kerana agama hanya sekadar pada nama..
Ditambah pula faktor ekonomi, ia makin mengundang kepada inflasi per individu..
Cuba kita renungkan..Kepada Tun,harap Tun selesaikan:
-1). Kos barang naik, gaji tak naik..Golongan keje swasta la yang paling menderita..Hanya bergantung nasib..Doa jela moga2 bos naikkan gaji..Kalau x,takat tu jela..
-2). Kos blaja tinggi, walaupun habis belajar master, keluar blaja gaji tetap rendah..Tiada had minimum gaji bagi golongan terpelajar samada diploma, ijazah, master dan selainnya..Golongan terpelajar mudah di”guna”pakai dengan status “fresh graduate”..Belajar bertahun2..keluar2 gaji ciput..
-3). Kos sara hidup makin naik dan naik..Hutang kerajaan jugak rakyat kena kongsi memberi sumbangan dlm bentuk GST, cukai pendapatan,dan lain-lain.
___IKLAN__
Kita lantik “ketua” jadi ketua kampung..”Ketua” mentadbir seluruh kampung..Hasil tanaman kampung “ketua” jual..Cari gali kampung “ketua” jual..Sape pulak yg tolong jual?? Sepupu sepapat, kaum kerabat dan sahabat handai “ketua”..Tu xpe la..Asalkan kampung maju..TIBA-TIBA!! Jeng..jeng..jeng.. Kampung tu pulak berhutang?? Mana pulak yg empunya hak penduduk kampung tu?? Penduduk pun dengar la “ketua” bentang duit keluar masuk..”Ketua” fikir org kampung xde otak kot..Makin bentang bajet lagi la tambah musykil kepada penduduk kampung..Berjuta-juta yang dapat dari segala hasil kampung,hasil sumbangan duit kutu dari hasil upah berkebun..Kemudian penduduk dapat BR1M je? Pastu bangunan pun xde,ape pun xde..Xnampak ape-ape dpn mate..Resultnya rugi??? Ape ketua buat??
__TAMAT IKLAN__
Disebabkan faktor agama sekadar nama dan ditambah faktor persekitaran la amalan RASUAH ini sukar untuk dibendung. Alasan yg biasa kita dengar “Diorang bagi..aku xmintak..”
Nabi Muhammad ckp senang je pasal isu RASUAH ni dan aku mengambil bulat-bulat..Kalau aku duduk rumah,aku xde jawatan,aku xde pangkat,xde kuasa,ade tak org nak bagi hadiah? Mesti xde..kan??? So,skrg..Semua masyarakat perlu menanam prinsip ni dlm diri..Secara tidak langsung, kita boleh menolak golongan “sipemberi” RASUAH ni..
Dan..disebabkan faktor persekitaran ekonomi makin merudum..Hendaklah kita sama-sama berjimat cermat dan banyak-banyak berdoa..Semoga akan ada “ketua” baru yang boleh selesaikan masalah di atas..
Bila individu tu agama cukup, gaji cukup..Stakat org nak bagi duit ikhsan tolong bagi job tu rasenye xkan berlaku lagi dah..
Kalau gaji rm2000 sebulan tapi kuih karipap harga 50sen dapat 5ketul..Nak amek rasuah lagi ke?? Ambil jugak akhirnya???
So..skrg ni dah jadi isu TAMAK..
Dah la ambil RASUAH..pastu TAMAK..Masalahnya nak TAMAK tu TAMAK la sorang-sorang..Nak bgtau org buat apa?? Pastu yg org yg dah tau tu nak jugak ikut buat apa?? Pulak diajar kepada org lain lagi kenapa?? Jap lagi buat kroni-kroni pulak..Ape semua ni?? Dah jadi
masalah lain pulak..Kalau sape yg xbuat kena brenti keje..kena pulau..Kena ckp skema..Kena tukar tmpt keje..Kena pecat..Wahai “ketua”..Inikah realiti yang “ketua-ketua” dimuka Bumi cuba tunjukkan kepada penduduk kampung?? Dah la ekonomi xstabil..Penduduk kampung menderita..Cerita pulak “geng-geng” ketua guna duit utk RASUAH..Lebih baik bagi dekat penduduk kampung je..
Wallahualam..
P/s: Kepada sesiapa yg mengambil atau memberi RASUAH dr cara yg zahir atau tersembunyi, meh..meh cni meh..PEDANG KHALID AL WALID menunggu tangan-tangan kamu diakhirat sana nanti..
Salam..
SiangMalam ride beskal
Wang salam jerat akal
90jota….
Anak memandu pegi brcuti,
Dibawah bayu, dlm almari…
Tanah Melayu, exco negeri..
Ada lagi 1, yg tuu…ketua mentri…!
Yg bejuta, masih anakAnak…
Yg bebilion, kasih nya nyenyak!
Siapa yg akur? apa yg lunak?
Siapa yg engkar? apa yg lanyak?
#apaRasuah #siapaJawatan
Donia indah! Serupa setan!
Setan???
2Tan..? 3Tan..?
Berat! Berat!
Alamak Tun Malu lah Tun
Punya Menteri Pertahanan macam Hishamuddin
Jelas apabila kita memilih , melantik seseorang hanya kerana jasa Ayah mereka
Inilah Akibatnya
Najib anak Razak
Hishamuddin anak Hussein
Hisham membuat kenyataan di Media seolah Malaysia sudah Bersedia Melawan North Korea menonjolkan bertapa Higus , Emosi nya Hishamuddin
Ia mengingatkan saya ketika dulu apabila beliau menghulur Keris
Apa saja lah budak Hisham ni , macam Mad Kental
Seharusnya Hisam layak berlakon filem arahan Yusuf Haslam atau layak berlakon di TV3. Rupa pun ada , Bakat belakon cukup baik
Politik ….alamak menakutkan
Pulau Batu Putih kita Kalah dengan Singapura
Tak payah nak Berperang sama Korea dengan Singapura jelas Malaysia tidak mampu tewaskan . Ini Zaman tekan Butang bukan zaman tulang besi urat dawai atau zaman nak hulur Keris . Singapura punyai angkatan , senjata yg Bersedia
Enjin Kapal TUDM bolih hilang
MH hilang sampai sekarang tak tahu dimana ?
Duit 1MDB jangan berbual lagi
Memang Tun , Amat menyedihkan ,Amat menakutkan
Kita Malaysia mempunyai Pemimpin macam Bandut
Saya bukan pembangkang , bukan anti UMNO
Sebagai Rakyat saya amat kecewa melihat gelagat Menteri UMNO , Kerajaan yg Menakutkan .
Cerita dia mudah saja…toksah dok buat susah..bukan roket sains pun.. Chedet ni kalau betoi la dia menipu, lama dah dok dalam..tambah2 zaman bijan ni
Memandangkan tak boleh nak buktikan dia bersalah, maka depa buatlah cerita apa2, chedet makan rasuah la, makan ketum la, geng org jahat la, la la la…
Boring la hangpa ni..rakyat dok nak tau pasai bijan, hangpa dok kona pi tang lain
Frust aku, frust
Setuju dengan Zulu
“Hisham: We can take on N. Korea, with a little help from our friends”
I don’t know whether I need to laugh through my face or a****…
KEPALA OTAK HISHAM BERJAMBUL
Apa dia fikir US , China akan bermatian untuk Malaysia
Kita hanya diperalatan mereka yg Berkuasa ia itu US terutama
Sayang kita mempunyai Menteri yg serupa Bodoh
North Korea , South Korea juga Japan adalah alat bagi US
Musuh sebenar US adalah North Korea juga China dan Russia
Sebab Negara ini Ber Kuasa Besar yg mengugat Kekuatan US
North & South Korea sebenarnya akan lebih Aman tanpa US
Begitu juga China dan Japan akan terjalin hubungan lebih erat tanpa US
Tapi US perlukan ini semua kerana Kepentingan US sendiri
US PERLU UNTUK KEPENTINGAN MEREKA MEMPERLAGA LAGAKAN KITA SESAMA
BEGITU JUGA SI SYRIA ,IRAQ , LIBYA & YG LAIN
MEREKA PERLU MEMPERLAGAKAN UMAT ISLAM SESAMA , SUNNI DENGAN SHIA
IRAN & IRAQ DAN SEBAGAINYA SEBAB INILAH YG MENGUATKAN MEREKA
Jadi saya lihat Hisham adalah Budak Higusan yg tidak wajar memgang jawatan Menteri. Hisam juga Berjiwa EMOSI .
Mungkin juga atas desakan US
Malaysia tidak ikut akan permintaan North Korea
Apa pentingnya mayat abang Kim Jung Nam pada kita Malaysia ?
Apa mayat beliau ad Berlian ke ?
Apa HANDSOME sangat ke Mayatnya , lainlah Aswarai Rai ,ke ,Dolly Parton ke
Apa ruginya kita serahkan dari kita mengundang musuh dan berpaut harapan pada US yg lebih Borak dari Janji
Lihat saja di Palestine .Adakah US bersungguh sungguh menolong Palestin
Kita sudah ada jawapannya
Palestine di permainkan US bersama Israel semenjak Yasser Arrafat hinggalah ke ini hari
Nyata Malaysia perlu Kepimpinan yg lebih Bijak
Bukan Kerajaan yg sering di Pijak
“Hisham: We can take on N. Korea, with a little help from our friends”
I don’t know whether I need to laugh through my face or a****…
what made him speak like this?
Hope he doesn’t understand the difference between humanitarian help and armory help…
Is he really wanted to go for a war with a rogue country which possess nuclear warheads?!!! which is why US is hesitating to touch so far…
What made him think that, other countries will help Malaysia with their blood??!!
LOL
Halatuju Rasuah DrM
Banyak buku telah ditulis perihal keterlibatan DrM dengan Rasuah Terancang yang melibatkan wang belanjawan negara melalui projek-projek mega yg dianugerah kepada keroni politik DrM.
Contohnya, beberapa hari sebelum DrM pencen, beliau telah meluluskan usaha projek penswastaan terbesar negara.
Kontrak membina sistem landasan berkembar keretapi elektrik (EDTP) bernilai RM14.5 BILLION telah dianugerahkan kepada MMC, sebuah syarikat di bawah kawalan Syed Mokhtar AlBukhary, yang juka kawan baik DrM.
Apabila PakLah diserahkan jawatan PM oleh DrM, PakLah terpaksa tahan projek tersebut kerana perbendaharaan negara sudah kering-kontang kerana ditibai oleh DrM dengan rakus sekali!
Maka dari situ, bermulalah episod kempen menjatuhkan PakLah, yang berjaya DrM tunaikan (Cash Out) dan PakLah digantikan dengan Najib.
Anda nak tahu Halatuju Rasuah DrM?
Kenalah banyak membaca, tapi bukan buku komik taw …. hehehe
Tun, I suggest you compile your posts here and readers’ comments into a book and get it published. It can then be distributed to people nationwide with and without internet access.
Asslamualaikum dan selamat sejahtera,
1. Dalam UMNO politki wang bermula bila Saudara Anwar mendadak naik dalam UMNO.
2. Bagaimanapun bukan saudara ini yang yang mulakan politik wang, tapi saudara
kita yang cemburu dengan ketrampilan saudara Anwar.Cita cita dia pun bukan
asal dari dia sendiri. Isteri beliau yang tamak kan kuasa.
3. Pada zaman Tun menjadi PM, pelbagai belenggu yang di buat agar tiada unsur
rasuah.
4. Selepas zaman Tun, mereka seolah olah keluar dari belenggu ,
‘cultural shock’. Mereka dengan Tuannya pun sama je.
5. Jelas dengan agenda ‘Cash is king’.
6. Kerana wang hilang segala rasa hormat.
Wassalam
Assalam,
Nampaknya begitu banyak perkara yang Tun mesti dipertanggungjawabkan semasa beliau menjadi PM. Maka, persoalan timbul kenapa tiada orang yang mengambil tindakan keatas Tun ketika itu? Apakah bentuk pertuduhan yang perlu dibuat keatas Tun? Beliau gagal melaksanakan tugasnya? Sedangkan perkara-perkara yang berlaku ketika itu dilakukan oleh orang lain? Adakah Tun patut mempengaruhi AG ketika itu untuk mengambil tindakan sedangkan Tun sepatutnya “independence” kerana kedudukan beliau dalam badan eksekutif ketika itu?
Sekarang ini Tun seperti the subject matter of the current issues in Malaysia sedangkan Tun is not the PM today. Apa yang Tun boleh buat sekarang? Subject matter sekarang ini ialah Najib.
Tiada siapa pula yang berani bertindak mengheret Tun ke mahkamah seperti Tun bertindak ke atas Najib for “misappropriation of public funds” sebelum ini.
Assalamualaikum wbt Tun
Saya nampak Bersatu masih berbayang2kan UMNO. Struktur dan sistem UMNO menyebabkan rasuah adalah perlu dan subur dalam Parti itu. Saya lhuathir Bersatu akan sama terjebak dlm fenomena yg sama juga akhirnya ….
(2) Jadi from now onward, bagaimana Bersatu akan bersih dan amanah mengatasi UMNO?
Salam Tun
Untuk renungan Tun
1)Duit rasuah memang haram tapi duit dari lesen judi casino dan nombor ekor ,duit lesen arak dan duit lesen pelacuran juga haram.Takkan Tun tak tahu?Kenapa sebagai negara Islam Tun benarkan perkara2 ini berjalan dlm 25 tahun Tun berkuasa?
Antara senarai menteri dimasa Tun yg ada masalah tapi tiada tindakkan terhdp mereka.
1)Anak Liong Sik ada harta berpuluh juta sedangkan dia masih belajar tika itu..Tindakan TIADA
2)Muhd Taib ditangkap di Sustralia dgn wang 1.4 juta yg tidak di isthihar..Darimana dan duit siapa dan bagaimana dan kenapa diseludup keluar sampai Australia baru kena tangkap..TINDAKAN TUN..TIADA
3)Zahid Hamidi dgn kes BSN..TINDAKAN TIADA
4)Najib dgn kes2nya termasuk pembelian kapal Selam 20 bilion..TINDAKAN TIADS
5)Sharizat bagi projek pd suaminya..TINDAKAN TIADA
6)Azalina beli calon pilihanraya pembangkan utk 2 penggal..TINDAKAN TUN TIADA
7)Rafidah dgn kes AP ..TINDAKAN TUN TIADA
Anak Taib menteri Sarawak diumum paling kaya di Canada dan dia kata wang itu pemberian ayahnya..Dari mana harta ini datang ?TIADA SIASATAN ATAU TINDAKAN
Banyak lagi blh saya tulis tapi biar saya berhenti dulu fan biar Tun ingat kembali semua ini
Assalam,
Dari semenjak Tanah Melayu ni wujud sebelum zaman kesultanan Melaka lagi, tidak pernah lagi kita bertemu catatan sejarah seorang pemimpin atau ketua puak, kampung, daerah, mukim, jajahan, negeri dan sehingga peringkat tertinggi yang ada dalam akaun peribadi dia RM2,600,000,000.00.
Tak payah lah berbahasa bunga-bunga. Tak menarik untuk difikirkan pun.
Hanya orang pekak, buta, tuli dan hati yang tertutup sahaja yang berkata kejadian tersebut sesuatu yang normal.
Membaca buku dari awal sehingga akhir muka surat… Memberi pemahaman yg lain daripada mereka yg membaca buku dari tengah dan tidak habis membaca…
Saya yakin… Majority yg islam dan yg khatam Al Quran tidak pernah membaca Terjemahan Al Quran dari Awal hingga Akhir… Jika kalian tidak percaya… Tanyalah diri kalian dan org2 sekeliling kalian…
Butakah kalian? Sedarkah kalian?
Jadi apakah benar2 kamu memahami islam sebenar benar islam jika maksud Al Quran tidak pernah dibaca dari awal hingga habis?
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan umurnya sampai ke tua.
Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Jazakumullahu khairan kathiraa
✌
Assalamualaikum Tun.
Jong Nam akan dikebumikan di Malaysia.
Rakyat Malaysia akan dilepaskan.
Terima kasih Tun.
Karl
Hujah kau atau lebih jelas Fitnah kau bertujuan membusukan nama Tun
” Gerbang Rasuah yang DrM sediakan untuk kroni politik beliau, anda pun tahu siapa mereka itu, sehingga terbentuknya satu oligarki yang terdiri dari Billionaire @ Maha-Jutawan sehingga mereka ini mampu mempengaruhi, malahan mengugut kerajaan melalui rasuah tersembunyi ”
Saya tidak tahu siapa mereka ?
Sila jelaskan……….
Eh macamana kau tahu macam macam fasal Tun… eh ?
Tera lah Kau
RASUAH BILLION BILLION
Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.
Dengan izin Admin chedet.cc maka tersiarlah komen ini di atas penghormatan yang maha terulung lagi yang maha disanjung kepada Yang Amat Sangat Mulia Seri Maharaja Tun`ku YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sesungguhnya tiada sesiapa dalam dunia samada adanya 7 petala langit berserta 7 lapisan bumi berpenghuni, tidaklah ada sekalian makhluk yang mampu mencipta sama serupa seumpama kitab RASUAH atas kalimah YABhg. Tun yang maha terpuji lagi yang maha keberaniannya ini.
Saya ya amat yakin NajibRazak akan berfikir 2.6 BILLION kali untuk buka kitabnya walaupun Karl Iskandar sedia melafazkan 42 BILLION syahadahnya, pasti belum termampu melawan 4.4 BILLION kalimah + 44 BILLION kalimah YABhg. Tun yang difirmankan dalam kitab BMF atau, dari kitab FOREX yang belum diutuskan iaitu AL-FOREX yang maha tinggi lagi maha tertinggi nilainya melepasi zaman TN50 sekalipun.
Namun begitu lafaz syahadah Karl Iskandar berkemampuan memutuskan urat jantung bilamana didengarkan dan, hafazan Tuan ya amat merdu dihayati pada setiap baris ayat walau ada diantara mereka berdengung ya amat sangat sumbang bunyinya, namun idgham bilaghunnah dari Tuan ya amat jelas lg ya amat nyata sebutannya.
Sekian, Sadaqallahul Azeem.
Assalamualaikum, Tun.
Gejala rasuah bukannya berlaku hari ini sahaja, tetapi dibiar berleluasa sejak dekad-dekad yang lalu.
Maafkan sahaja, atas komen bahawa umat-umat di Negara kita tidak faham akan ajaran Islam secara ikhlas. Umat-umat dipanggil bersembayang 5 kali sehari demi memperingatkan diri pentingnya ajaran dalam kehidupan sehari. Kebersihan dari segi rohani, iaitu tidak menyentuh duit haram merupakan satu ciri yang penting.
Yang penting sekarang ialah kita kena mempergiatkan pendidikan moral di kalangan generasi muda, bahawa rasuah itu pemusnah bangsa dan Negara. Dalam pada itu, SPRM harus meneruskan usaha menangkap si penjenayah!
Assalam,
Menarik apabila ada yang mengatakan, “So, no point Tun mencuba betulkan keadaan because PM sekarang guna semua taktik Tun dulu, cuma ada sedikit penambahan.”
Apa penambahan tu? Masuk poket sendiri?
Gerbang Rasuah DrM
Penswastaan aset negara adalah satu punca rasuah yang DrM telah memperkenalkannya kepada kita di awal pemerintahan beliau.
Khidmat asas seperti Air, Jalanraya, Elektrik, Telekomunikasi – sepatutnya adalah tanggungjawab kerajaan untuk sediakan dan selenggara. Tetapi DrM telah menyerahkannya kepada korporat yang terpilih lagi istimewa.
Gerbang Rasuah yang DrM sediakan untuk kroni politik beliau, anda pun tahu siapa mereka itu, sehingga terbentuknya satu oligarki yang terdiri dari Billionaire @ Maha-Jutawan sehingga mereka ini mampu mempengaruhi, malahan mengugut kerajaan melalui rasuah tersembunyi.
DrM harus mengambil tanggungjawab sebagai Bapa Rasuah Negara.
Terima kasih.
Pembuka sembang Alaikum Salam
Tikar terbang..zamZamAlaKaZaMmmm…
Tikar Pandan, Tikar Mengkuang,
Apa Makan? Siapa Kenyang?
https://youtu.be/Pm88Q1BJaCs
Terbang ke Mana? MakLampir teropong..!
Negara siapa? Pasir Berdengong..!
Menselit mencelah d pulau impian..
Mencalit maruah d sakau habuan..
*
#SiapaRasuah #ApaJawatan
Jangan risau Tun, kerajaan kita tidak akan meningkatkan GST sehingga sampai 10% selepas pilihanraya, inilah yang dijanji-janjikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, percayalah.
Assalamualaikum, Tun.
Alangkah sedihnya ahli-ahli politik Negara ini telah menjadikan arena politik lapangan meraih duit, biarpun haram!
PAS yang satu ketika dulu nampaknya suci kini pula dituduh menerima RM90 juta. Haruslah pemimpin-pemimpin PAS, terutamanya, Hadi bersumpah, dengan pegangan Al Quran, sekiranya tuduhan ini benar, maka pelbagai nasib malang akan menimpanya dan keluarga, demi membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah sedemikian!
Dalam keadaan sekarang nampaknya tiada apa yang bolih dilakukan. Tak pasti semua yang telah ditangkap akan didkwa ,atau dapat didakwa ,kalaupon didakwa adakah bolih didapati bersalah . Segala kemungkinan bolih terjadi,itu yang pasti,
Yang nyata nampak kabur ,yang kabur lagi tidak kelihatan.
Kena redha dan beserah sahajalah kut .
Assalamualaikum Tun,
Saya memang terkejut habis, apabila timbul kes rasuah exco kerajaan negeri selatan bersama dengan ahli keluarga dan orang2nya. Saya ingat bersih sakan kerajaan ini sebab cakap pujian angkat bakul amatlah maha tinggi. Rupa2nya… Itulah akibatnya bangga sangat pegang kuasa dunia dan bermegah2 dengan kuasa. Semua itu akan jadi hati batu dan tamak kuasa.
Rupa2nya selama ini mereka berpura2 bersih. Saya tak yakin tiada seorang dikalangan mereka yang tak dapat hidu…secara fizikal dapat lihat cara hidup mereka (cara lifestyle the rich and famous), lagak dan gaya, cara pembawaan diri, jauh beza cara hidup dari dulu. Agaknya duit bawa lari off-shore pun dah berlambak. Susah sangat ka nak jadi civil servant yang baik? Susah sangat ka nak hidup dengan duit gaji kerajaan? Kan bijakpandai kerajaanMO1 tu cakap, ada gst semua harga barang turun, nak jimat masak sendiri, nak duit lebih buat 2-3 kerja, bangun awal ikut jalan takde tol, jadi dreba uber, makan kangkung sebab murah…etc etc. Gaji mereka tak luak senang la cakap, kan Tun. Yang mana cekal okla boleh lawan nafsu rasuah, tapi yang lemah nak ikut cara hidup mewah macam boss depa yang senang tenang dan lenang, mula berjinak2 dengan rasuah hingga tak boleh buang dah tabiat tu.
Tun, nak cerita sikit, zaman saya kerja dulu selepas buat bayaran kepada seorang pakcik kontrator ni (dia baik orangnya, takde niat lain) dia tanya apa saya nak, saya jawap saya nak buah jeruk (antu jeruk katakan), kawan sebelah cuit saya cakap, “tak boleh, tu rasuah!”. Saya tergamam dan pikir, oh minta jeruk pun rasuah ka. Tak dapat le makan jeruk yang diidamkan.
Gitulah Tun, rasuah ni datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Rasuah datang bukan dalam bentuk wang saja – bagi belanja makan tak kira di hotel mewah ka di gerai tepi jalan ka, bawa melancong tak kira dalam atau luar negara, belanja dok hotel mewah ka separa mewah ka, belanja main golf ka, bagi perkakas2 dapur ka, bagi basikal ka kereta ka – lain kata, “hang bagi aku ambik, hang nak ambik aku bagi”, selagi itulah rasuah berkeliaran di dunia ini.
Rasuah ni ada pemberi ada penerima. Kadang2 si penerima ugut si pemberi, mana lebih dasyat ka si pemberi ugut si penerima? Apa pun, dua2 akan makan diri. Hidup walaupun mewah dan senang…tapi hati tenang ka? Bahaya rasuah ni kan Tun, ia bukan saja merosakkan manusia tapi melumpuhkan sebuah negara.
Tun, dulu2 home minister dan Igp ada cakap nak hapus geng2 samseng sampai ke lubang cacing, tapi bertambah lagi ligat ada la, macam ada ‘kuasa’ jaga mereka ni. Jenayah berat dan menyeramkan makin menjadi2. Sprm tungkus-lumus buat kerja, Igp, Ag bagaimana? Jangan ada unsur rasuah di sini dah la.
Semoga Allah melindungi kita semua dari hasutan rasuah dan jauhi diri dari menjadi ahlinya.
Semoga Allah permudah dan berkati segala urusan murni Tun. Semoga Allah lindungi Tun dan sekeluarga. Semoga Allah beri Tun kesihatan yang baik dan Terima kasih Tun.
Assalam,
Saya rasa Tun yang mulakan kanser atau virus ini dan sekarang merebak menajadi melarat. So, no point Tun mencuba betulkan keadaan because PM sekarang guna semua taktik Tun dulu, cuma ada sedikit penambahan.
Apa yang Tun boleh buat, ialah pergi bertaubat, harapkan Allah akan mengampuni dosa2 Tun yang lepas, termasuk mejadi pemimpin yang zalim.
assalammualaikum tun..sy setuju apa yg farok kata kan..semua salah tun..masa masa memerintah dulu tun tutup mata pada menteri rasuah..hari ni mereka lebih jahat atas didik tun masa lampau…tidaj dinafikan tun berhati rakyat.masa kecil sy selau nampak tun dan cucu pergi ke pasar mlm jalan telawi bangsa..
moga tun insaf apa yg tun didik pada menteri2 yg lalu kini menjadi bala pada rakyat malaysia..
sy rasa sedih..kejam sekali menteri2 hari ni..dan moga tun betulkan segera jika dilantik menjadi penasihat untuk new gov akan datang.
gugurkan menteri rasuah dan lantik mereka yg betul2 mahu kerja untuk rakyat.
tun..hapuskak system jadi perdana menteri sampai bila2..malah pesident USA kuasa dunia pon 2 penggal sahaja..ini semua untuk elak salah kuasa…
jiran kita indonesia…pon dah ikut 2 penggal sahaja pemerintahan..
sy sebagai org mudah.maakin tidak percaya system politik yg kita amalkan..masing2 mahu untung masuk dlm poket sendii..
ingat tun..hari kita diatas. kita disanjung bila tiada kuku kita akan dipijak..moga tun sedar dan ubah system pemerintahan yg x ubah sepeeti komunis..selamat solat jumaat..assalammualaikum
Salam Tun.
1)Who chose this leader if it was not you? Kalau cakap haram dalam Islam,arak dan judi pun haram tapi kenapa 25 tahun jadi PM Tun tak hapuskan amalan ini?
2)Bukan kami rakyat yg leka tapi Tun..bg mana Sharizat yg curi projek bagi suaminya menangis tika Tun nak resign tapi sekarang bahasanya lain mengutuk Tun tapi Tun bagi peluang kat pemimpin2 spt Sharizat,Azalina,Zahid,Nazri dan ramai yg ada kes utk terus memimpin,kanapa?
3)Singapura ,sebahagian kecil dari Johor dan Malaysia,tanpa sebarang sumber alam semulajadi telah menjadi negara ke6 termaju di dunia tapi negara ini dgn semua sumber spt getah,padi,petrol,gas,sawit,timah,emas dan mcm2 lagi menjadi antara negara paling mundur di duna..Timbul persoalan bgmana Singapura yg beli air dr kita lebih maju dr kita dan jawapannya pemimpin2 kita kaki rasuah,pencuri,penyangak,penipu,pemb9hong,perogol dan pembunuh…!!!Tak pernah nak majukan negarapun tambah nak majukan Islam!
4)Berhenti kata UMNO yg bawa kemerdekaan pada negara ini sb yg berlawan hingga terkorban ialah rakyat sendiri..org UMN cuma pergi bincang kosong mcmana blh buat duit sampai Singapurapun dijual pada British..dari dulu org UMNO tak guna sampai sekarang..
Assalamualaikum Tun.
Saya bersetuju dalam semua hal yang dinyatakan oleh Tun tentang rasuah khususnya:
9. Kita lihat kerosakan negara, kejatuhan teruk nilai Ringgit, kekurangan duit Kerajaan yang terpaksa potong budget 30%, tidak cukup duit untuk biasiswa, terpaksa perah duit rakyat miskin dan kaya melalui GST dan bermacam lagi kerana memilih pemimpin yang mengguna sogokan untuk menang. Kita lihat bagaimana duit Kerajaan (rakyat) dimasukkan dalam akaun peribadi pemimpin yang dipilih kerana sogokan.
10. Akhirnya negara Malaysia yang dahulu digelar Harimau Asia, sekarang di kategori sebagai satu dari sepuluh negara yang tahap rasuahnya tertinggi di dunia. Kewangan negara merosot sehingga terpaksa perkenal GST dan meminjam berbillion dengan menggadai negara. Dan rakyat pun menderita, mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari wang sogokan yang diterima.
Saya juga melihat “togasan4” adalah seorang ahli politik yang dayus samalah seperti Najis Razak, Nazri Aziz dan majoriti yang berada dalam kabinet Najis Razak. Poorahhh,umpama “BERCAKAP BERDEGAR-DEGAR, BERAK DALAM SELUAR”. Yang pastinya kamu sememangnya hidup senang kerana rasuah. Usah berselindung di sebalik tabir yang jarang.
Tun, SAYA YAKIN RASUAH BOLEH DIHAPUSKAN KEANGKA HAMPIR 0% SEKIRANYA BAKAL PM DAN POLAR POLITIK NEGARA BERANI DIROMBAK SECARA DRASTIK DAN BIJAK.
Ianya memerlukan ketegasan PM, keberanian PM, kebijaksanaan PM, ketelusan PM, PM mengutamakan masa depan negara dari kepentingan peribadi dan kroni.
Politik negara sekarang terlalu bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Jelas berbicara, presiden parti terlalu bergantung kepada ketua-ketua bahagian dan cawangan untuk dia kekal berkuasa. Maka berbagai-bagai projek terpaksa diagihkan kepada yang di bawah. Bila keuntungan di bawah (ketua-ketua bahagian dan cawangan parti politik) diperolehi maka mereka akan memberi “komisen” kepada yang memberi projek. Maka berlakulah putaran hayat RASUAH DALAM MASYARAKAT KITA.
Bagi saya kita wajar meniru seakan-akan politik negara China tetapi mengikut kesesuaian acuan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara kita. Bayangkan rakyat China berbilion orang jika tiada ketegasan pemerintah, sudah pasti China tergolong dalam kelompok top 3 negara yang paling teruk mengamalkan rasuah di dunia. Hakikatnya Malaysia yang bilangannya rakyatnya 1:100 rakyat China duduk dalam ranking 10 negara yang tinggi mengamalkan rasuah, pendek cerita gugurkan saja “Malaysia negara Islam” kerana ianya jelas mengotorkan nama Islam itu sendiri.
Untuk itu, Najis Razak sebagai ketua negara sewajarnya semua rakyat tidak kira bangsa mahupun agama TIDAK MEMILIH PARTI KOMPONEN BN DALAM PRU14 DARI TERUS MEMERINTAH. Kepada yang beragama Islam dan berpartikan “parti Islam” yang kononnya berdiri teguh kerana Islam, wajar menolak juga fahaman sempit ketua mereka yang bersekongkol dengan NAJIS YANG JELAS MENGAMALKAN RASUAH DALAM PENTADBIRANNYA.
Wassalam.
Salam Tun.
1. Rimba Emas telah memberi ulasan komen tentang rasuah ini sebelumnya (sila rujuk ulasan Tun terdahulu tentang rasuah).
2. Sebenarnya Tun telah berulang kali bicara tentang rasuah malah Rimba Emas sendiri telah rujuk kepada hadis-hadis riwayat sahih sebagai bahan rujukan.
3. Kalau sudah berulang kali mengulas tetapi masih tiada kesan terutama pihak yang bersetuju dengan Tun dan hadis2 yang diriwayatkan..? maknanya rasuah sudah jadi seperti makanan harian dalam kehidupan.
4. Maknanya kalau bagai makanan RASUAH ini tidak mungkin dapat di hapuskan dengan sepenuhnya.
5. Rakyat sendiri hairan dengan SPRM yang tidak mengikut cogan kata BERANI KERANA BENAR sebaliknya hanya BERANI BERTINDAK PADA YANG TIADA KUASA DARIPADANYA sebab TIDAK BERANI PADA YANG LEBIH BERKUASA DARINYA.
6. KALAU BENAR PASTI BERTINDAK PADA KEDUA2 BELAH PIHAK SERTA TIDAK PILIH BULU.
7. Justeru pendekatan lain perlu di lakukan iaitu kuasa PM hanyalah tertakluk menjalankan kerja2 yang telah di tulis atau yang telah di sediakan jawatankuasa secara berkumpulan.
8. PM tidak boleh di beri kuasa secara individu terutama dalam melaksana dasar2 kerajaan. Tidak di beri kuasa mutlak dalam melantik atau memberhentikan pemegang sesuatu jawatan.
9. Jawatankuasa melantik atau memberhenti sesuatu jawatan di agihkan antara jabatan kerajaan dengan swasta juga rakyat dalam bentuk peratusan.
10. Dalam jawatan kuasa itu PM hanya ibarat Pengerusi Majlis dan perlu mengikut majoriti sokongan dalam jawatankuasa tersebut.
11. Semua itu hanya boleh di betulkan bila rakyat keluar mengundi menolak kerajaan yang ada dengan melantik parti pemerintah yang lain dengan mengubah kuasa2 lama dengan mengadakan jawatankuasa di sebut Rimba Emas seperti di atas pada para 8 , 9 dan 10 tadi.
12. Kita rakyat hanya merencanakannya namun Allah s.w.t yang berkuasa menentukannya.
Wallahua’lam.
Wakakaka , Mr 10 % tak ambil rasuah kah ? Beranikah buat sumpah laknat di padang mashyar ? Apa pasal kontrak pembinaan putrajaya diberikan tanpa open tender ? Bila tanya macam mana ? Jawab sudah nyanyuk.Poraah
Assalamualaikum, Tun.
Alangkah sedihnya rasuah telah menjadi sebahagian daripada budaya penghuni bumi ini! Yang tak dapat dibayang ialah kenyataan bahawa setengah daripada pekerja muda sektor awam kita terbabit.
Apa ertinya Jakim terus menghentam peniaga-peniaga yang tak berdosa tentang ke-HALAL-an barangan sedangkan dari segi rohani, umat-umat terserong dari halatuju dan ajaran agama suci!
Kita berdoa agar golongan penerima dan pemberi rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dalam hayat dan dunia akhirat nanti!
Salam Tun M & kwn2 lain nya..
Rasuah adalah 1 amalan yg amat keji dan laknat skali…moga pelaku2nya (pmberi & pnerima) mndpt balasan yg setimpal..
Bagi saya, bila semua hal nk dilibatkan dgn rasuah adalah dr minda a.k.a otak yg kotor..hati yg tidak bersih..jiwa tak ada iman..
Jika utk mncapai sesuatu ttpi perlksanaan nya dgn rasuah…inilah hasilnya…apa yg kita sdg hadap skrg…
wassalam..
Di mana mana semuanya ada Rasuah
Namun Rasuah adalah Tabii yg tidak Baik
Haram dalam Hukum
Menguntungkan sementara tapi akan merugikan untuk jangka panjang
Begitu juga Penipuan
Ia hanya bolih menolong seketika tapi bakal menimbulkan masaalah yg lebih rumit
Maka manusia perlu di bendung olih Undang undang
Begitu jua Allah membendung manusia dengan Hukum hukum nya
Ada pula manusia yg Handal
Hukum Allah di langgar apakan lagi hukum Manusia
Alhamdullilah kita orang Islam di bendung dengan Hukum Allah
Hujung cantik nya ramai di kalangan kita dah nak masuk Magrib , dah Tua
Ramai yg Berubah … Takut akan hukum hukum Allah
Benci pada yg Haram , Sayang pada yg Halal
Semasa Muda , si Ahmad si Minah …ehwah ekhwah asik pakai Minyak Wangi Jenama
Dior lah ,Liz Claiborne , Burberry lah
Dan tua tua dah nak masuk Maghrib
Pakai Minyak Kapak , Minyak Garmat dan sebagainya
Bezanya kita yg Berugama
Apabila anak kita bawa balik barang yg bukan milik mereka
Kita akan sangsi dan bertanya
Mana kau dapat ..Kau curi eh ? Jangan Berdosa Nak
Yg tidak Beragama
Fuyuh…Gua punya anak banyak pandai ,oh
Budaya ini akan membesar hingga Dewasa
Kita Orang Islam banyak mengalah
Bukan kerana kita Bodoh , Kita Berpendirian
Ini Akhlak Islam namun Kita juga gagal dalam menjaga Hak hak kita
Mengalah tidak Bertempat
Hujungnya Kemewahan di Dunia tidak akan Kekal
Kita akan di Hisab
Beza Negara yg Corrupt dengan yg tak Corrupt
Corrupt duit masuk pada ramai kocek
Tak Corrupt masuk pada satu Kocek yg Berkuasa
Itu sebab Manusia Gila Kuasa ,Nak nak si dia tu
Hujungnya Rugi juga saya keduanya tetap saya kena Bayar
Ya saya setuju Tun. Malah saya kini juga mempersoalkan ustaz2 yg bertempik memberi syarahan…mcm2 landasan mereka sebut ttp sepi apabila menyentuh soal periuk nasi. Hanya omong kosong sahaja org melayu ni. Hingga hari ini masih tidak menepati masa, tidak bertanggungjawab dgn janji…aduhai bangsa ku..
Termasuk di dalam perlakuan rasuah ada lah penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan sendiri, sanak saudara, teman taulan mahu pun orang asing kerana peras ugut. Ia juga melibatkan mengambil yg bukan hak nya . Ia sama ZALIM.
Rasuah adalah satu kezaliman sebagaimana yg di definisikan dalam hukum Islam. Ia zalim kerana perasuah mengambil apa yg bukan hak nya, ia itu hak orang lain. Serupa mencuri, merompak, menipu atau meragut.
Salam!
Kalau boss tak makan rasuah, orang bawah akan pikir banyak kali samada nak makanan rasuah atau tak. Kalau boss makan rasuah, orang bawah tak pikir panjang… Bos pun makan, aku makan jugak la!