SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Islam, khususnya kepada pembaca blog ini.

Saya harap semua rakyat Malaysia akan dapat merayakan hari kebesaran ini dengan penuh ketenangan dan kegembiraan, dan tradisi kunjung mengunjung ke rumah terbuka akan diteruskan dalam semangat perpaduan yang erat antara kaum.

Bagi mereka yang pulang ke kampung berhari raya, pandulah dengan cermat. Biarlah lambat sedikit asalkan kita sampai ke destinasi yang dituju untuk beraya dengan orang yang dikasihi.

Saya juga ambil kesempatan ini untuk menjemput kepada yang berkesempatan ke rumah terbuka saya pada hari Ahad, 12hb September 2010 di kediaman saya di 58, Jalan Kuda Emas the Mines, Seri Kembangan bermula dari jam 10.00pg – 1.00tgh dan 3.00ptg – 5.00ptg

Mahathir dan Hasmah

1 Syawal 1431 Hijrah

104 thoughts on “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

  1. Assalamualaikum Tun yang saya kasihi
    Bulan Syawal telah berlalu, kueh raya pun dah hampir habis! Saya bersyukur kepada Allah swt, Tun kian sihat dan selamat kembali. Saya cukup hairan dengan masyarakat kita di Malaysia yang tidak tahu menilai kebaikan dan kecerdikan Tun. Kalau di Amerika ni, bekas Presiden mereka amat disanjungi dan dihormati dan dijaga dengan baik sehingga ke akhir hayat.
    Saya berumur 21 tahun semasa Tun dilantik menjadi PM, saya ni bolehlah dikatakan keluaran PM gemilang yang ke4-Tunlah siapa lagi… Anak2 saya yang besar dan kecil saya ceritakan tentang Dr.M yang berani membawa Malaysia ke persada dunia dan sehingga sekarang Tun terkenal di merata dunia! Hanya jauhari mengenal manikam….
    Saya doakan Tun terus bersemangat, lantang bersuara dan tetap bertegas dengan pendirian Tun!Ramai yang sayangkan Tun,Tun jaga diri baik2 ya…Wasalam.

  2. My dear Tun Dr Mahathir…
    Assalamualaikum dn slm sejahtera.
    Salam Aidilfitri buat Tun sekeluarga. Maaf Zahir dn Batin.
    Walaupun agak lewat tp ucapan ni amat penting bt sy sekeluarga. Emak saya yg br shj bersara pilihan dr sebuah jabatan kerajaan mmg sejak dahulu meminati dn mengagumi Tun.
    U r a great leader.intelligent!
    Disini juga sy ingin menyatakan niat sy…utk merealisasikan impian
    emak sy utk berjumpa dgn Tun sebelum beliau berangkat ke Mekah bersama ayah menunaikan fardhu haji.Kami akan mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil pada 16 Okt 2010, jam 8.30 mlm.Sudilah kiranya Tun berdua hadir untuk meraikan pemergian kedua emak dn ayah sy ke Mekah.(jika kesihatan Tun mengizinkan…).Kehadiran Tun berdua akan menjadi satu sejarah yg terindah bt emak sy dn kami jua.
    Insya Allah.
    Apapun, sy sekeluarga akan mendoakan kesihatan yg terbaik utk Tun.semoga cepat sembuh….

  3. salam..
    selamat hari raya AidilFitri kpd tun sekeluarga..
    saya sangat kagum dgn pencapaian tun dlm kehidupan..
    semoga 1 hari nanti saya bakal mengikut jejak tun sebagai manusia yang sangat berjaya dalam kehidupan..
    eager to meet you Tun!

  4. Askm Tun,
    Salam hormat kepada Tun dan Tun Siti Hasmah.
    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin diucapkan.
    Tun dan Isteri sentiasa dalam ingatan dan disayangi setiap masa serta semoga diberikan kesihatan yang baik selalu.
    Segala jasa Tun tetap dikenang.
    (kadang2 angan2 kalaulah Tun masih PM kan best)..
    Salam sayang.

  5. asallammuaalaikum TDr.M & TDr.SA juga keluarga di iringi selamat hari raya, idi-fittri.
    ALHAMDULILAH kami masyarakat kampong nunnn…jauh, sini juga meriah walau pun tak bersama2 YB2 atau DATUK2,ke pada mereka saolah2 kami tak terpakai lagi, selalu menjauh diri drp rayat walaupun demikian kami sekelian lebih selesa tanpa mereka2 yang suka teleang2 darjah kebesaran, rapat dengan menteri2,lalu layok2 lah itu ini konon2 dah jadi orang besar, temberang sungguh, dulu apa ada?,POLITIKKK…
    CADANGAN MEMBASMI JENAYAH NAJIS DADAH:-
    banyak haiwan binatang anjin mengesan di semua penjuru pintu masuk negara ini,
    POLIS & KASTAM perlu bersama dengan haiwan binatang anjing ni supaya senang dapat meraound di lapangan terbang,di station2 besar BUS,KERETA API juga bandar2 besar&kecil
    mudah & lekas bagi imbohan jumlah besar kepada pemberi malumat semua peringkat jenayah lebih paling top jenayah MAKAN SUAP
    segegera bertindak, SUMBAT PENJENAYAH DALAM NERAKA,RAYAT LEGA, WAWASAN 2020 PASTI TERCAPAI, GERENTTEE ….

  6. Assalaimualaikum wrm wbrt buat Tun dan isteri,
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
    Ucapan terima kasih kerana masih giat beraktiviti kerana agama, bangsa dan negara yang dicintai. Sangat menghargai kerana pandangan dan tulisan konstruktif. Semoga Allah swt beri kesihatan dan kesejahteraan hingga akhir hayat wahai Negarawan ku.
    Uda

  7. assalamualaikum
    bagaikan mimpi if blog saya dibaca oleh pemimpin kesaayangan saya..
    tun,u remind of my papa (atuk) coz cara pemikiran dan cara tun ketwa lebih kurang sama dgn allahyarham atuk saya,,
    ok, juz nak wish selamat hari raya kepada tun dan smua ahli keluarga.tahun ni kempunan lagi untuk ke rumah terbuka tun..
    salam kemaafan..teruskan komen anda saya akan terus sokong.
    p/s apa pendapat tun tentang teater muzikal kat I.B. saya dah beli tiket..

  8. Ayahanda Tun,
    May I…..
    ..By wajaperak on September 9, 2010 2:54 PM
    Assallammualaikumwaramahmatullahiwabarokatuh..
    Tun..siapalah saya tanpa keizinan Tun di sini..
    Saya bermohon ribuan ampun dan maaf zahir batin kepada Tun sekeluarga jika saya menyakiti Tun..
    Ucapan ribuan terima kasih kepada abg samuraimelayu,abg penyumenangis,saudara paramesawara 2 dan HBT..salam untuk anda semua..terima kasih kerana sokongan yang di berikan..
    Dear wajarperak,
    Selamat Hari Raya Aidifitri; and Selamat Hari Malaysia pertama kita pada hari Khamis ini; 16 September 2010!
    Goodnight Ayahanda Tun.

  9. assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
    salam aidilfitri buat YABhg Tun yang dikasihi dan Isteri
    serta seisi keluarga.
    maaf zahir batin.
    SALAM ALAIKUM
    SALAM AIDILFITRI
    SALAM SYAWAL
    SALAM SALAM SALAM SEMUANYA
    MENJADI IKATAN SILATURRAHIM
    ANTARA KITA SESAMA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
    KUKUH BAGAI BESI WAJA
    PEJUANG BENTENG PAHLAWAN BANGSA MULIA
    DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH BERTUAH INI!!!
    AJIJASIN
    penselmenari.blogspot.com
    3 Syawal 1431
    12 Sept 2010

  10. Assalamualaikum Ayahanda Tun dan Bonda Tun Hasmah,
    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. Semoga Tun berdua sihat selalu.

  11. Assalamualaikum
    Yang berbahagia Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah dan ahli keluarga,
    Para Blogger yang dihormati, Rakyat chedet.co.cc (dan yang regular prof.ridcully, samuraimelayu, wajaperak dan sebagainya, terimakasih di atas sumbangan kalian)
    Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita semua mendapat barakah daripada amalan baik kita semua.
    Daripada sang penyu… yang merayap jauh di Jepun….

  12. Selamat Hari Raya wishes from Perth, Australia
    Hope Tun is in good health. Was concerned after seeing you walking after Friday prayers during Ramadhan. Saw it on YouTube. Will always pray for you.
    Next time in Perth, Tun can walk along the Swan River. The fresh cooling air will do you good! Insya Allah.

  13. Salam Tun M,
    Terima Kasih atas open house tersebut…hepy sangat dapat jumpa Tun M & Tun Hasmah..
    Alhamdulillah..dapat juga saya mintak Tun sign buku chedet.com (Blogging to unlock) hari tersebut…terima kasih Tun..!
    Ini adalah kali pertama saya dpt jumpa Tun M depan²…terlalu gembira..tabik dgn Tun serta isteri dapat senyum sepanjang masa melayan macam² ragam tetamu a.k.a peminat Tun dr seluruh negara..
    Semoga Tun M & isteri dipanjangkan umur & sihat sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t…amin..
    Terima kasih atas pimpinan Tun M ke atas Malaysia..nota² mu akan sentaisa di dengar.

  14. Salam Aidilfitri…….
    Kali terakhir dpt bersalam dgn Ayahanda Tun semasa di Kamal Lodge April 2009. Tak taulah bila dpt jumpa lagi. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

  15. Assalamualaikum Tun Yang Amat Dihormati,
    Ingin mengambil kesempatan(harap belum terlambat),mengucapkan Selamat Hari Raya,serta mohon maaf sekiranya ada tersilap bahasa sebelum ini,kepada Tun serta isteri tercinta.Semoga Tun berdua sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik.
    Salam hormat dan kasih daripada saya dan seluruh anggota keluarga yang sentiasa menyokong Tun dulu dan kini.Terima kasih.

  16. Dear Tun Dr Mahathir and Tun Dr Siti and Family,
    Hello there Sir and Ma’am, how are all of you keeping? With God Almighty’s Divine Blessings and Grace, ALL are well…
    With this Hari Raya, may the Almighty Bless the both of you with His Divine Love and may He Bless the both of you with Good Health, Longivity and Prosperity always…
    Our sincere apologies for not attending the Open House this year…God Willing we will do so next year and the many many many more years to come…Do take care and with the Almighty’s Grace we will meet up soon…
    Yours Sincerely,
    Dexter & Farouk

  17. Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tun sekeluarga. Semoga Tun dirahmati oleh Allah swt kesihatan, murah rezeki, panjang umur dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya pandangan-pandangan Tun di blog ini telah membuka minda saya. Terima kasih Tun yang saya sangat menghormati.

  18. Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tun sekeluarga. Semoga Tun dirahmati oleh Allah swt kesihatan, murah rezeki, panjang umur dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya pandangan-pandangan Tun di blog ini telah membuka minda saya. Terima kasih Tun yang saya sangat menghormati.

  19. Selamat Hari Raya kpd Tun sekeluarga..Saya doakan Tun beroleh kesejahteraan hidup dan teruskan lah usaha Tun untuk memajukan dan menyatukan negara tercinta ini..
    Pandangan serta pendapat Tun amat dihargai dan disenangi..
    Sekian terima kasih

  20. Dear Sir …
    May Allah the Almighty bless your good self and your family with His Divine Positive Loving Kindness … Blessings and Grace always … Eid Mubarak to you and your loved ones always …
    Do have a Positively Successful week ahead …
    Dexter and Farouk

  21. Salam Tun & Sekeluarga…
    Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin , ikhlas dari saya sekeluarga. Semuga Tun sekeluarga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini…
    Wasalam…

  22. Assalamualaikum wbt dan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin diucapkan khusus untuk Yg Bhg Tun, Yg Bhg Tun Dr. Siti Hasmah serta seisi keluarga.
    Dukacita saya dan keluarga tiada kesempatan berkunjung kerumah TERBUKA Yg Bhg Tun pada 12 September, 2010 kerana berhari raya bersama sanak saudara di kampong.
    Usaha berterusan mengadakan rumah terbuka setiap tahun di hari perayaan aidilfitri oleh Yg bhg Tun menandakan Tun seorang pemimpin ulung negara yang sangat perihatin dan mengambil berat tentang hubungan antara rakyat dan pemimpin dan disamping itu merupakan suatu kaedah menyuburkan hubungan perpaduan antara kaum.
    Akhir-akhir ini selepas pilihanraya ke 12 (2008), isu-isu perkauman dan agama (khususnya kedudukan agama Islam), perlembagaan negara yang menyentuh hak-hak keistewaan orang melayu dan bumiputra begitu serius diperkatakan sehingga sampai ketahap boleh membangkitkan sentimen perkauman diantara kaum di Malaysia dan boleh menuju kepada penggugatan hubungan antara kaum di Malaysia. Dalang-dalang khususnya yang berkepentingan politik telah dan sedang dengan beraninya membangkitkan isu-isu sensitif tanpa mengambil kira akibat buruk kepada institusi perpaduan yang telah sedia terbina semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan 53 tahun yang lalu.
    Amat malang bagi rakyat Malaysia dan negara Malaysia jika isu-isu perkauman dan agama digunakan bagi meraih sokongan politik pihak-pihak tertentu khususnya politik pakatan pembangkang (Pas, DAP dan PKR). Isu agama amat tidak sesuai diperjudikan untuk menjadi suatu mekanisma meraih sokongan politik, begitu jugalah isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan sesuatu kaum di Malaysia. Isu-isu yang lebih relevan dengan tuntutan semasa adalah isu-isu yang berhubungkait dengan kepentingan hidup rakyat, kepentingan memajukan negara Malaysia. Rakyat Malaysia pada keseluruhannya amat memerlukan peningkatan aspek-aspek kehidupan yang lebih baik melalui peningkatan segala kemudahan yang perlu disediakan oleh kerajaan yang memerintah. Agama Islam dan agama-agama lain sudah cukup stabil di Malaysia dimana semua penganutnya dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan cukup selesa dan amat bertoleransi tinggi. Kenapa ianya perlu diganggu gugat khususnya agama Islam. Adakah agama Islam dan penganutnya menjadi satu ancaman kepada penganut-penganut agama lain di Malaysia? Jawapannya sudah tentu tidak. Jadi apa perlunya isu-isu agama khususnya agama Islam diperkotakkatikkan dan diperlekehkan? Kita harus sedar dengan memperlekehkan sesuatu agama sudah tentu ianya boleh menjurus kepada pengwujudan sentimen agama dan kaum yang serius di Malaysia.
    Parti PKR wujud dengan satu matlamat khusus yang jelas ia itu menyelamatkan kepimpinan individu tertentu dalam parti berkenaan untuk terus boleh mencapai impian peribadinya menjadi pemimpin utama negara. PKR tidak wujud untuk kepentingan rakyat dan negara ianya hanya wujud untuk kepentingan peribadi. DAP berjuang atas dasar Malaysia Malaysia, menolak secara total pengwujudan negara Islam, mengamalkan sikap cauvinis, manakalan Pas pada asalnya berhasrat menegakkan negara Islam dan kini menukar haluan setelah bergabung dengan PKR dan DAP dalam pakatan rakyat. Matlamat utama penggabungan mereka (PKR, DAP & Pas) menumpaskan UMNO dan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan baru diperingkat negeri-negeri dan persekutuan/pusat. Persoalannya bolehkah PKR, DAP & Pas dalam pakatan rakyat benar-benar bersatu dengan satu matlamat khusus mengutamakan kepentingan rakyat dan negara? Kelihatannya matlamat gabungan Pas, DAP & PKR masih lagi kabur disebabkan mereka mempunyai ideologi politik, dan perjuangan yang amat jauh berbeza diantara satu sama lain. Buktinya sudah amat jelas pada rakyat khususnya di Selangor dan Pulau Pinang, kecuali di Kedah dan Kelantan tidak begitu ketara kerana dikuasai oleh hampir seratus peratus oleh Pas, oleh itu isu-isu pertentangan antara satu lain agak berkurangan.
    Hala tuju dasar politik sesuatu kerajaan yang memerintah mestilah jelas dan mantap, berintegriti tinggi dan meyakinkan rakyat. Sama-samalah kita menilai yang mana lebih baik yang boleh memberi jaminan untuk kita dan generasi kita yang akan datang boleh hidup aman damai, sejahtera dan berkemajuan dari berbagai aspek kehidupan.
    PERPADUAN ANTARA KAUM, TOLERANSI ANTARA AGAMA YANG TINGGI, HORMAT MENGHORMATI DIANTARA SATU SAMA LAIN, MENGHORMATI PERLEMBAGAAN NEGARA, MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA, MENJUNJUNG RUKUN NEGARA, MENGHORMATI PEMERINTAH TERTINGGI NEGERI-NEGERI (DYMM RAJA-RAJA & TYT YG DIPERTUA NEGER/GOVERNOR) DAN PEMERINTAH TERTINGGI NEGARA (DYMM YANG DIPERTUAN AGONG) ADALAH MERUPAKAN KUNCI UTAMA BAGI DIAMALKAN DENGAN SESUNGGUHNYA DAN PENUH TAAT SETIA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA, BAGI MENJAMIN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA TERUS MAJU.
    Sekian, wassalam untuk Tun dan rakan-rakan peminat/pembaca blogger Tun.

  23. Selamat Hari Raya Aidilfitri Tun & families and non Muslims too.
    I read with fervent interest this article from The Star
    http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/9/13/worldupdates/2010-09-12T232908Z_01_NOOTR_RTRMDNC_0_-514386-1&sec=Worldupdates
    In comparison, can we, as a responsible Malaysia and as a nation, and our leaders ever give positive remarks about other races in Malaysia and positive comments on other religions too? Can we ever be united, whether Malays, Indians or Chinese?

  24. Assalamualaikum Tun.
    Alhamdulillah semalam dapat jugak kami berempat beraya dan bergambar dengan Tun berdua.Buku Dr Mahathir di sebalik tabir pun dah sign.
    InsyaAllah gambar tu akan disimpan sebagai nostalgia.Cerita dan gambar-gambar Tun ada dimana-mana…tapi gambar semalam saya kira itu juga hadiah hari birthday dan raya yang hanya termampu saya bagi (Tun tahu kat mana nak tengok semula).Kirim salam kat Tun Siti sekali lagi yek.
    Sesiapa yang menghuni disini,sebenarnya tempat ni berhantu.Kekadang saya menitiskan air mata dalam kereta dan kat tempat kerja.Kekadang dikejutkan dari tidur waktu tengah malam.
    Sesungguhnya memang berhantu.Apatah lagi pada satu-satu masa mudah mengalirkan air mata masa dengar lagu ni dikala dikelilingi lautan ilmu (kerja kedai buku).
    Ketika Cinta Bertasbih
    Bertuturlah cinta
    mengucap satu Nama
    seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
    Cinta yang bertasbih
    Mengutus hati ini
    Kusandarkan hidup dan matiku padaMu
    Bisikkan doaku
    Dalam butiran tasbih
    Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
    Sudah diubun-ubun cinta mengusik resah
    Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
    Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
    kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
    garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
    Sujud syukur padaMu atas segala cinta
    Selamat Hari Raya saya ucapkan pada Tun Mahathir dan Tun Siti serta keluarga.
    Sayang anda semua.
    Terima kasih Tun.

  25. Selamat pagi Ayahanda tun,
    This piece of news was recorded on Friday (10/9/2010), the 1st day of Hari Raya whereby Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Musa Hitam were among the 1st VVIP who reached PM Najib and Cabinet Raya Open House:-
    1. Monday September 13, 2010
    Country

  26. YANG BERBAHAGIA TUN,
    SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
    SERTA IRINGAN DOA SEMOGA TUN DAN TUN HASMAH DIPANJANGKAN UMUR DAN KESIHATAN.
    MAZAI

  27. Dear Tun Dr. Mahathir & Tun Dr. Siti Hasmah.
    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Saya mohan maaf sekiranya apa yang saya tulis ini ada tersalah bahasa atau tidak memberi bayangan ertikata sebenarnya. (without prejudis)
    MY EYES SHED TEARS when ever i hear your names, but not because i hate you nor do i’m affraid of you but just because i adore and admire both of you.
    I always tell my chidren, family members, friend, collegues and everyone around me that both of you were great parents and leaders.
    Syukur Alamdulilah that Alah made you our leader, no matter what others have said & gone and going to say in the future.
    Thank you TUN for what you have done for all of us and keep up your good deeds.
    Only Allah can bless and give you the strength that you have now and in future.
    Salam from all of us at home to both TUN and to all readers of this blog.
    Red’z Sekeluarga

  28. Salam Tun.
    Tahun 1980an dulu saya pernah terpengaruh dengan team Ku Li tanpa mengetahui keadaan sebenar, seakan2 sama dengan pemikiran sesat(?) penyokong2 PKR yang menabur 1001 fitnah terhadap Tun! Saya memohon maaf kerana membuat tohmahan terhadap Tun disebabkan kedaifan sendiri, walaupun perbuatan tersebut dilakukan dalam tempuh beberapa bulan sahaja.
    Saya berdoa kehadrat Ilahi agar memberi kesedaran kepada penyokong2 PKR berketurunan Melayu & yang berfikiran terlalu taksub supaya menyedari/mengetahui keadaan sebenar dan berhenti menabur fitnah.
    Saya juga berdoa agar PM Najib tidak memberi sebarang laluan kepada menantu ex-PM no.5 di PRU13 nanti.
    Terima kasih kerana Tun & isteri sudi bergambar dengan keluarga saya pada majlis rumah terbuka Tun hari ini.

  29. Lihat Tun Bersama Datin Asmah di TV
    teringin sekali nak jumpa Tun.
    Masalah perjalanan saya jauh.
    Selamt Berjuang TUN.
    Semoga dicucuri rahmat sekeluarga.
    Semoga anak Tun,Mukhlis dapat berwibawa seperti Tun malah lagi Hebat

  30. selamat eid mubarak utk tun & isteri. semoga eid tahun ini lebih bermakna buat seluruh umat islam. salam hormat.

  31. Salam hormat, salam sayang buat Tun dan isteri
    Selamat hari raya, semoga panjang umur dan sihat selalu.

  32. Assalamualaikum Tun,
    We just back from your Open House. Its so nice of you and Tun Hasmah doing this even if you are no longer in goverment. Thank you so much, Tun!
    Makanan pun sedap – sedap dan tidak habis2 walau pengunjung terlalu ramai. Thank u, Tun!
    Semoga Allah menlanjutkan usia Tun berdua, amin.

  33. Salam YAB dan diKasihi Tun dan Tun Siti Hasmah,
    Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada Tun dan Tun Siti Hasmah. Maaf zahir dan batin.
    Terima kasih di atas jemputan Tun ke rumah terbuka hari ini. Semoga Allah SWT murahkan rezeki Tun.
    *** Saya doakan Tun sekeluarga sentiasa sihat sejahtera ***

  34. Salam Tun,
    Petang tadi saya dan keluarga telah mengunjungi Tun di kediaman di Seri Kembangan. Kami anak beranak cucu menantu 10 orang beraya di kediaman Tun. Maka Tun pun sudah menatap wajah saya yang telah berusia 62 tahun. Tun kelihatan letih tapi masih berpandangan tajam dan tidak demansia walaupun berusia 85 tahun lebih. Cuaca hari ini panas terik. Ramai yang mengunjungi Tun. Nasib baik kami diberi peluang potong que sebab anak bongsu kami Arif Tan, Down Syndrome berkerusi roda dan tidak pantas berjalan.
    amin tan

  35. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tun Dr.Mahathir dan Keluarga serta semua pembaca blog yang beragama Islam.Saya doakan Tun sihat sentiasa dan sebagai PEMBACA SETIA blog ini sudah tentu menanti komen – komen bernas Tun mengenai situasi yang berlaku didalam dan luar negara terutama yang berkaitan hal ehwal semasa orang Islam.

  36. Salamunalaikum Tun.
    MAY ALLAH S.W.T. BLESS YOU AND GUIDE YOU ALWAYS. Maaf Zahir dan Batin. Selamat Hari Raya to you and to your entire family

  37. Dear Tun,
    Selamat Hari Raya to you, Kak Hasmah and all family members.
    Maaf Zahir dan Batin.
    Looking forward to you spreading love all around down the road.
    May God bless you and Kak Hasmah many more Rayas to come.
    Love,
    Ataturk

  38. Dearest Tun,
    SELAMAT HARI RAYA kepada Tun berdua dan keluarga semua. Semoga ALLAH panjangkan umur, sihatkan badan dan di limpahkan rezeki.
    I have been once to your open house with my family, thank you and was a great memorial day. But don

  39. Assalamualaikum Tun.
    InsyaAllah esok saya 4 org sekeluarga akan beraya jam 3 petang kat rumah Tun.
    Tahun ni tak dapat cuti raya sebab budak baru keje.Tapi takpe,nanti Tun kena sign buku ‘surat dari Dr Mahathir’ tulisan Zainuddin Maidin dan bergambar sekali,boleh?
    Facebook ‘saya’ ; Mas Ayu Musthasor.
    Terima kasih Tun.

  40. Salam Tun Dr.Mahathir and Dr.Siti Hasmah,
    Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin….

  41. Good evening Ayahanda Tun,
    Copy-paste from thestar for Ayahanda Tun to read and analise; how will KLCI and Industrial Average react next week?
    1. Published: Saturday September 11, 2010 MYT 3:14:00 PM
    Updated: Saturday September 11, 2010 MYT 5:03:18 PM
    PM: Implementation of NEP’s affirmative action to be reviewed (Updated)
    2. Transcript of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak

  42. assalammualaikum,
    saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada tun sekeluarga…dan kepada semua pembaca blog gak.slmt hari raya…

  43. Salam buat YABhg Tun Mahathir dan YABhg Tun Hasmah serta keluarga’
    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan SENTIASA SIHAT SEJAHTERA.
    Juga buat semua MUSLIM MUSLIMAT tidak kira di mana dan apa juga fahaman sebab kita dicipta berbeda beda.
    Gravity,Kulim

  44. Buat ayahanda Tun sekeluarga diucapkan selamat hari raya aidilfitri.Semoga rasa muhibah aidil fitri dapat dirasakan oleh semua pihak tidak kira bangsa,agama, fahaman politik dan juga budaya.Mudah mudahan ianya dapat memupuk hubungan baik dikalangan rakyat Malaysia…kerana keharmonian dapat menyumbang kearah kemajuan.Hargailah keamanan yang kita kecapi hari ini…kerana apabila hilang ianya tidak berguna untok diratapi.Akhir sekali saya doakan ayahanda semoga Allah mengurniakan kesihatan sepanjang masa amin!

  45. selamat hari raya aidilfitri kepada tun sekeluarga. semoga tun terus sihat untuk membela nasib rakyat.

  46. smekom tun…saya ada seorang kawan yang berkerja sebagai pengawal keselamatan yang ingin menceritakan nasib beliau yang teriniaya oleh majikn beliau,bukan beliau sahaja tp mungkin ribuan lagi pengawal keselamatan lain mengalami nasib yang sama,beliau sudah berkerja selama 3tahun sebagai pengawal keselamatan,masalah timbul ketika beliau berkerja dengan saya syarikat pertama dimana pada akhir perkhidmatan beliau dlm syarikat itu,beliau menyedari duit caruman beliau tidak dideposit kedalam akaun walaupun ada potongan pada gaji beliau untuk caruman tersebut,setelah bertukar kepada syarikat keselamatan lain gaji beliau masih lagi tertunggak selama sebulan dengan syarikat pertama tadi,beliau bernasib baik kalau dibandingkan dgn kawan2 beliau yang mana 3 bulan gaji mereka masih tidak dibayar,mintak jasa baik tun untuk menasihatkan para pemimpin untuk mengubati luka2 kecil seperti ini sebelum ia menjadi parah,untuk makluman kawan saya tadi masih lagi percaya pada kepimpinan kerajaan kita sekarang,jadi jgnlh di sebabkan penyangak2 kecil(org BN jgk) beliau hilang kepercayaan.jangan biarkan perkara ini terus menjadi duri dalam daging kepada PM,manusia2 sebegini spesis parasit,semua ini terpaksa ditanggung oleh PM.diharapkan tun peka pada masalah ini,kerana saya percaya bukan kawan saya sahaja yang mengalami nasib sebegini.rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.(jgn cakap je)

  47. Assallamualaikum Wrbh
    Salam buat ayahanda Tun dan isteri,
    Selamat Hari Raya.
    Semoga Tun dan isteri sihat2 sejahtera selalu hendak-nya, bahagia dan selalu beroleh rahmat dan nikmat dari Yang Maha Esa. Amiin….
    Wassalam.

  48. Dear Tun,
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf Zahir Batin
    Semoga Allah Melamjutkan Usia Tun dan merahmati Tun sekeluarga

  49. Dearest Tun
    May I also take this opportunity to seek maaf zahir batin to
    Zulkifli ariff … Inadvertently missed out amonst those that
    I’ve earlier listed.
    Thanks Tun

  50. Salam Hormat;
    1.SALAM AIDILFITRI UNTUK TUN SEKELUARGA.
    Semoga Tun terus diberikan hidayah oleh Tuhan untuk terus berkesempatan menulis memberikan idea yang sentiasa bernas demi kesejahteraan negara Malaysia dan manusia seluruh dunia. Maaf zahir dan batin.
    2.MELAYU, CHINA, INDIA & LAIN-LAIN KAUM(Beragama Islam):
    Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri semoga terus diberkati Tuhan dan saling bermaafan antara kita demi kerukunan hidup bermasyarakat.
    3.MELAYU, CHINA, INDIA & LAIN-LAIN KAUM(Bukan Beragama Islam): Bersamalah kita kunjung mengunjung demi mengeratkan perpaduan & kekalkan kerukunan hidup di Negara Malaysia yang disayangi ini.
    4.KERAJAAN BARISAN NASIONAL:
    Berusahalah bersungguh2 mengurus tadbir negara & negeri dengan sebaik mungkin agar terus diberi peluang memenangi PRU akan datang serta diberikan rahmat serta keberkatan oleh Tuhan.
    5.KERAJAAN PAKATAN RAKYAT:
    Berusahalah dengan bersungguh2 mengurus tadbir negeri yang dimenangi dengan sebaik mungkin agar terus diberi peluang memenangi PRU akan datang serta diberikan rahmat & keberkatan oleh Tuhan.
    6.PARA AHLI POLITIK – YAB/YB DUN/PARLIMEN:
    Berpolitiklah dengan berhemah demi kesinambungan parti yang YB dukungi agar terus diberkati. Janganlah hendaknya para YB mendapat sebaliknya iaitu dilaknat oleh Tuhan, disumpah rakyat & parti YB ditolak oleh pengundi. Paling utama…biarlah hidup YB bahagia dan sejahtera.Jangan nanti Syaitan pun turut membenci YB. SAYA MERAYU PARA YB MERENUNG SEJENAK… ADAKAH TINDAKAN PARA YB SEHINGGA KINI ADALAH YANG TERBAIK & BERUPAYA UNTUK DISENANGI OLEH TUHAN.
    7.PARA PENYOKONG PARTI/PENGUNDI/PEMINAT POLITIK
    Janganlah hendaknya dalam kita memberi dan menzahirkan sokongan kepada mana-mana parti politik sehinggakan kita merosakkan kerukunan hidup bermasyarakat serta berpecah belah. Ini adalah kerana dengan bermasam muka sesama saudara dan jiran kita itu ianya hanyalah menganugerahkan kepada para YB gaji dan pencen setelah semusim meraka bergelar YB, sedangkan kalau kita kakitangan awam pun perlu menunggu 25 tahun perkhidmatan diambil kira untuk menikmati pencen penuh. Adakah berbaloi sekiranya sampai kita bertumbuk dan bertikam sehingga terkorban untuk memberi keselesaan kepada para YB tersebut. Ingatlah pihak polis akan memberi tabik hormat kepada para YB jika memandu laju (dengan alasan berkejar ke tempat nak membantu rakyat) tambahan lagi bg YB bergelar Dato’ dsbnya tapi jika kita ditahan polis maka surat saman kasih sayang yang akan dihulurkan atau pun saman ekor. Jadi padan-padanlah kalau berjuang untuk para YB ini.
    8.SEMUA RAKAN DAN PENGUNJUNG BLOG TUN & FACEBOOK:
    Selamat berfacebook dan bersesuaian dengan suasana Umat Muslim menyambut Hari raya Aidil Fitri ini saya turut mengambil kesempatan memohon maaf andainya penyertaan, pandangan, tulisan, pendapat dan luahan hati saya menerusi facebook dan juga blog Tun ini ada menyinggung perasaan dan terkasar penggunaan ayat-ayatnya.
    9.SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA:
    Kekalkan keharmonian & kesejahteraan negara ini agar bertambah aman dan makmur kerana tiada lagi negara lain di dunia ini yang
    mungkin boleh menerima kita jika kita bercita2 ingin berhijrah dan menjadi rakyatnya…..jika ada pun negara sedemikian, saya rasa Malaysia tetap unik, sesuai dan relevan serta terbaik untuk kita.
    Renung2kanlah……………………..
    10.TO MUSLIMS/MOSLEMS ALL OVER THE WORLD
    a. Wish u all Happy and Barakah Eid’ul Fitri ( 1 Syawal 1431 Hijrie)
    b. May ALLAH keep on the blessings to all of you forever and ever. Thank you.

  51. Dear Tun,
    Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

  52. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Ybhg Tun dan Ybhg Tun Hasmah semoga sejahtera sentiasa hendaknya.
    Wassallam

  53. Selamat Hari Raya, Tun. I always admire you. You are a good statesman. Make no mistake about it. Those who refuse to accept this fact are forever in a state of denial.

  54. Selamat Berlebaran pada Tun Sekeluarga.
    Teruskan perjuagan Tun, Kami bersama Tun.
    Kita perjuangkan mengikut akal bukan perasaan.

  55. Selamat hari raya kepada Tun dan keluarga, maaf zahir batin. Semoga sihat dan ceria semuanya.
    Negara kita sungguh bertuah kerana semua kaum dapat merayakan hari perayaan mereka dengan aman dan selesa. Tidak seperti setengah Negara lain seperti Palestin, Afghanistan, dan beberapa Negara Afrika. Negara mereka tidak aman, ada yang terus dilanda kemiskinan dan perang yang tidak berkesudahan.
    Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita telah nikmati selama ini. Dengan keamanan yang berkekalan, maka nikmat sedia ada itu akan dapat kita dikembangkan lagi pada masa-masa akan datang.
    Pada mulanya kita dikejutkan dengan tindakan gereja Dove World Outreach Centre, di Gainesville Florida dengan megahnya mengumumkan bahawa mereka akan membakar naskah al-Quran di perkarangan gereja tersebut sempena memperingati hari ulang tahun ke 9 serangan 11 Sept. keatas World Trade Centre. Tetapi syukur, kerana acara itu telah ditarek balik.
    SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada semua bloger yang melayari blog cekdet dan juga warganya. Berhati-hati dan bersabarlah bila memandu dijalan raya. Pandu Cermat Semua Pengguna Jalan Raya Akan Selamat.
    Akhir kata, nikmatilah halwa terlinga.
    ( http://www.youtube.com/watch?v=vhBu8VNwZ_U )
    ( http://www.youtube.com/watch?v=jI8M5YPEiGY&feature=related )
    Terima kaseh Tun .

  56. Assalamulaikum Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah serta seluruh keluarga. Saya seisi keluarga juga ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri dan semoga ibadat sepanjang Ramadhan diberkati-Nya. Nota ringkas ini dihulurkan sebagai tanda ampun kemaafan kepada Tun sekiranya ada saya melakukan silap dan salah kepada Tun dan keluarga. Ingin rasanya utk berkunjung ke rumah terbuka Tun, tapi apakan daya, saya & keluarga berada jauh di pulau Borneo ini. InsyaAllah jika umur kita panjang (amin), akan tercapai juga hasrat ini utk bersalaman dgn Tun.

  57. Selamat Hari Raya Aidilfitri Ayahanda Tun, Family and Muslims in the country and the world.
    Happy Raya Holidays to non Muslims.
    I will be at 58, Jalan Kuda Emas, Sri Kembangan to meet Ayahanda Tun pesonally for the 1st time since year 1999 from the dark, if I am not mistaken.
    See you Ayahanda Tun.
    P.S. Selamat Hari Raya Aidilfitri to abg smuraimelayu and please be careful on the road.

  58. Salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun. Sekarang hari Melayu sudah moden. Ada juga Melayu yang berhari raya di Harrods Sales. Ada juga Melayu memakai Baju Melayu berkain jenama YSL. Mereka ucap pada saya Eid Mubarak. Saya pula Melayu Desa berhari raya di kampong, dan baju saya kain ela potong handalan Kampung Baru, maka izinkan saya pula mengucapkan kepada Ybhg Ayahanda Tun sekeluarga dan semua warga laman Chedet

  59. Salam Bahagia Tun.
    Kami seisi Keluarga ingin megucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin.
    Semoga Tun & Seisi Keluarga Senantiasa Sihat sihat selalu.
    Salam bahagia.

  60. Tun,
    Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Aidil Fitri
    kepada keluarga Tun, Tun Siti dan Marina (I Blog on her site occasionally)
    Semoga Tuhan memberkati anda dan keluarga anda dalam nama Isa

  61. Dear Dr M.
    Eventhough I have disagreed with a lot of your ideas and comments over the years of blogging, I want to take this opportunity to wish you and family a Selamat Hari Raya. Please continue to intrique us with your different and unique views as it is always interesting to hear from a former PM like you. Debating and exchanging ideas in a peaceful way is a great way to communicate and stimulate one’s mind.
    Mazel Tof to you and family.

  62. Salam Tun & Tun Hasmah,
    Selamat menyambut AidilFitri,Maaf Zahir dan Batin,semoga kita semua mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah SWT.
    Kamarul
    SAHOCA@Pekan Rabu

  63. Salam hormat buat Tun.
    Selamat menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Bathin kepada Tun berdua serta seluruh keluarga Tun. Moga panjang umur serta sihat walafiat sepanjang masa. Amin.

  64. Salam Tun,
    Saya mengucapkan selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin kepada Tun dan muslims yang membaca blog ini. InsyaAllah, saya dan keluarga harap dapat ziarah kediaman Tun di sri kembangan pada hari Ahad ini.
    amin tan

  65. Kepada Tun Dr M,
    Terlebih dahulu, saya bersama keluarga saya, ingin mungucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Tun, Toh Puan berserta kesemua ahli keluarga Tun.
    Kita di Malaysia amat bernasib baik kerana dapat merayakan perayaan-perayaan yang berlainan dan mempunyai perbezaan cara perayaan yang unik mengikut kaum atau suku kaum yang merayakannya.
    Setiap perayaan itu dirayakan bersama, secara langsung atau secara tidak langsung, oleh rakyat Malaysia secara keseluruhan dengan semangat muhibbah dan semangat perpaduan.
    Walaupun begitu, budaya “Rumah Terbuka” yang kita sebut-sebut dengan bangganya serta dianggap unik kepada Malaysia sudah berubah kepada tahap yang terpesong.
    Kini, biasanya “Rumah Terbuka” hanya dianjurkan oleh parti-parti polik, NGO, Ahli-ahli Politik dan Korporat. Ia sering dianjurkan di dalam dewan ataupun padang. Walaupun tetamu-tetamunya ramai dan meriah, tetapi, ada kekuranganya. Tetamu- tetamu yang datang hanya untuk berjabat tangan dengan VVIP dan VIP. Kemudian terus menjamu juadah perayaan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan dan terus balik. Mereka jarangan beramah mesra dengan tetamu-tetamu lain biar apapun keturunannya. Tujuan “Rumah Terbuka” hanya separuh tercapai.
    Pada pendapat saya, Rumah Terbuka yang patut dikembalikan dan digalakkan ialah Rumah Terbuka setiap keluarga yang merayakan perayaan masing-masing dan tetamu mereka lebih baik jiran tetangga , rakan kerja serta rakan perniagaan yang berbilang kaum. Ia, saya syorkan Rumah Terbuka seperta masa dahulu.
    Cara begitulah yang betul-betul akan memupuk semangat kejiran serta semangat perpaduan yang lebih erat. Seperkara lagi yang penting ialah tuan Rumah Terbuka serta para tetamu, haruslah peka terhadap sensitiviti tabiat makanan serta adat pakaian masing-masing dan membuat persiapan yang wajar.
    Sekian, Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kesemua rakan blog ini yang beragama Islam.

  66. Assalamualaikum Tun, everybody.
    Currently, there’s Florida priest’s plan to burn copies of
    the Koran on the anniversary of the Sept. 11 terrorist
    attacks… Obama said it is completely contrary to their
    values as Americans… Even the Danish newspaper published
    a cartoon in 2005 depicting the prophet Mohammad with his
    turban turning into a bomb… The American and European
    are too racist towards the religions and they look like
    an uncivilized beast… They are ugly faces until I dunno
    on how to describe those aliens… We know as a muslim,
    we cant simply burn the Bible, burn the Jewish’s Torah…
    We cant – because we are the muslims… We have a high
    value of respect to other religions… Currently, they
    were accusing China of violating World Trade Organization
    rules by subsidizing exports of clean energy equipment
    to the United States. They open an investigation of
    Chinese trade practices within 45 days. They make it as
    a dirty business. Really dirty. I think we have our
    own standard of living as a human and love compared
    than them. Bast**d European racists.
    – Mohammad Shafiq –
    p/s: Salam and hye to paddy, kzgeopark, larocheguy, Pena VTEC, andrewtay, HOT ZOOM, capello08, prof_ridcully, Muhammad Najib Abdul Mukthi, HBT, kbyusoff, Tauke Kedai, Hajar, emma49, parameswara 2, DygAnna and others. Love you all.
    .

  67. SALAM KASIH SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    Izinkan,
    Terima kasih atas jemputan berhari raya dirumah Ayahanda dan Bonda Tun kesayangan kami…tapi hampa tidak dapat bersalaman Ayahanda dan Bonda kerna sedang beraya di Cameron Higlands ketika itu.
    Namun KAMI doakan Hari Terbuka tersebut akan berjalan dengan lancarnya dan disinari cahaya mentari hingga selesainya majlis…Amin.
    Kepada anakanda rakyat Chedet.cc kunjungilah kerumah Terbuka Ayahanda beramai2 memeriahkan majlis Hari Terbuka pada 12hb Sept. ini…demi K.A.M.I ( Kita Anakanda Mahathir Insaf)
    ALFATIHAH, AMIN.

  68. Salam Tun..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tun dan sekeluarga…Juga kepada semua rakyat malaysia yang menyambut hari kebesaran ini….
    …………….SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI……………………

  69. Dearest Tun n family
    Maaf zahir and batin from me because I always talk
    About you behimd your back.Some good some bad but most of
    Of the time GOOD.
    You are the greatest leader of this 21st Century…no
    One Can come close..Serious.A fact many will only realize
    When you are no longer amongst us..
    You are God’s gift to Malaysia.
    So duit raya lebih sikit,ok?
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

  70. Salam Tun ….
    Saya n family juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin .. tahun lepas saya dh sampai umah Tun dan saya akan sampai lagi tahun ni … Salam Aidilfitri : )

  71. Assalamu’alaikum Tun,
    SELAMAT HARIRAYA untuk Tun sekeluarga dan para penyokong Tun diblog ini.juga untuk seluruh umat Islam di Malaysia,di Nusantara serta di seluruh dunia.semuga Hariraya kali ini membawa kpd perpaduan dan kemenangan bagi agama suci kita.
    …………La ilaaha ilallahuwalaa na’budu illaa iyyaahu mukhlisiina lahuddina walaukarihal kaafirun….
    setahun dua kali berkumpul bertakbir,inilah ucapan kita.semuga ini juga lah ucapan para pemimpin kita.dan semuga ia diterjemahkan menjadi perangai dan tingkahlaku,perkataan dan perbuatan kita dan pemimpin kita dalam menangani serangan dan provokasi kaum yg ibarat anjing tersepit yg menggigit tangan tuan yg menyuap nya makan.
    dalam kita menyambut hariraya kali ini jgn kita leka akan musuh-musuh Islam yg sentiasa menunggu peluang menimpakan bencana keatas kita.belum tentu tahun-tahun mendatang kita dapat terus berhariraya.musuh kita terlalu canggih,strategi nya hebat,peralatan nya lengkap.selagi kita berwaspada,penuh curiga,mereka tak akan berani.tapi bila kita hayal-leka,anai-anai yg berselerak ini akan makan makan tiang seri kita dalam senyap.
    pesan Imam Jaafar AsSadiq r.a’
    “Every day is As-Sura.Every land is Karbala”.
    terimakasih Tun.

  72. Askum ayahanda,
    Saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada ayahanda sekeluarga. Semoga ayahanda sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dipanjangkan umur serta bahagia di bulan syawal ini. Ampunkan kesilapan saya walau kita tidak pernah berjumpa. Maaf Zahir Batin 😉
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
    MAAF ZAHIR DAN BATIN

  73. Assalamu’alaikum Tun,
    SELAMAT HARIRAYA untuk Tun sekeluarga dan para penyokong Tun diblog ini.juga untuk seluruh umat Islam di Malaysia,di Nusantara serta di seluruh dunia.semuga Hariraya kali ini membawa kpd perpaduan dan kemenangan bagi agama suci kita.
    …………La ilaaha ilallahuwalaa na’budu illaa iyyaahu mukhlisiina lahuddina walaukarihal kaafirun….
    setahun dua kali berkumpul bertakbir,inilah ucapan kita.semuga ini juga lah ucapan para pemimpin kita.dan semuga ia diterjemahkan menjadi perangai dan tingkahlaku,perkataan dan perbuatan kita dan pemimpin kita dalam menangani serangan dan provokasi kaum yg ibarat anjing tersepit yg menggigit tangan tuan yg menyuap nya makan.
    terimakasih Tun.

  74. Selamat Hari Raya Aidilfitri maafkan segala dosa zahir batin & halalkan makan minum kepada Tun M & seluruh blogger budiman..
    Assalamualaikum!

  75. Selamat Hari Raya Tun dan isteri,
    Tak panjang komen kali ni, sikit saja, moga sihat selalu, dan banyakkan rehat.

  76. selamat hari raya aidilfitri buat tun sekeluarga…semoga sentiasa dipanjangkan umur dan gembira di samping keluarga tersayang…amin…saya sayang tun…

  77. Dearest Tun Dr Mahathir and Tun Dr Siti Hasmah,
    Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. I was at the recent buka puasa at Perdana Leadership at Putrajaya on Tuesday but I was not able to bersalam with Tun because of the crowd. Also my friends and I had to leave early.
    Insya Allah berjumpa lagi. Selamat Hari Raya.
    Syed Akbar Ali.

  78. selamat hari raya- nak sangat pergi beraya kat rumah Tun…. bilakah masanya????apekata Tun buat rumah terbuka bergerak dari satu negeri ke negeri lain?

  79. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan,
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF DZAHIR BATIN
    kepada Tun M & Isteri SH. Terima kerana memakmurkan Malaysia hingga ke hari ini. Panduan & Teguran Tun masih amat diperlukan. Moga Tun diberi ganjaran syurga firdausi. Terima kasih atas jemputan ke rumah terbuka; sekian.

  80. Salam buat ayahanda Tun dan isteri,
    selamat hari raya.
    semoga Tun berdua sihat, bahagia dan selalu beroleh rahmat dan nikmat dari Yang Maha Esa.
    wassalam.

  81. Selamat Hari Raya Aidulfitri , Semoga Tun sekeluarga Berada didlm keadaan sihat sejahtera hendaknya….

  82. Salam Tun,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Tun sekeluarga… Semoga Tun sihat sejahtera…

  83. Assallammualaikumwaramahmatullahiwabarokatuh..
    Tun..siapalah saya tanpa keizinan Tun di sini..
    Saya bermohon ribuan ampun dan maaf zahir batin kepada Tun sekeluarga jika saya menyakiti Tun..
    Ucapan ribuan terima kasih kepada abg samuraimelayu,abg penyumenangis,saudara paramesawara 2 dan HBT..salam untuk anda semua..terima kasih kerana sokongan yang di berikan..
    Tun..harap jangan marah ye..
    Kalau tak silap saya, dah dua tahun berturut-turut Tun tidak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak…Moga-moga Tun sudi untuk menimbangkan untuk mengucapkannya di Tahun Hijrah yang hadapan!!..
    Sekian,ribuan terima kasih

  84. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
    salam hormat kepada tun dr.mahathir dan tun siti hasmah,
    dengan ingatan tulus dan ikhlas, maaf zahir dan batin,
    selamat menyambut hari raya aidil fitri 1431H yang mulia,
    salam hormat kepada tun berdua sekeluarga, dan juga salam hormat serta selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog tun,
    salam hormat, salam penuh kasih dan sayang,
    zul abdul rahman

Comments are closed.