SIASATAN ATAS 1MDB

SEORANG peguam kanan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dilapor Utusan Malaysia berkata meskipun Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan pelucut hak sivil ke atas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi tidak ada tindakan mahkamah diambil ke atas 1MDB di AS.

Juga dilapor yang terdapat sedikit sahaja aktiviti berkaitan dengan kes itu dan tiada siapa yang dinamakan sebagai sasaran jenayah. 

Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Peguam Negara Amerika Syarikat Jefferson Sessions pula dalam ucapannya di Global Forum on Asset Recovery di Washington DC, menyifatkan siasatan ke atas 1MDB segabai siasatan ke atas kes “kleptokrasi paling teruk”.

Katanya hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB.

“Pegawai yang didakwa rasuah dan sekutu mereka dilaporkan menggunakan dana 1MDB untuk “perbelanjaan mewah” seperti AS$ 200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, AS $ 130 juta dalam karya seni, AS$ 100 juta untuk muzik dan kapal layar AS$ 265 juta”.

“Secara keseluruhan, pegawai-pegawa 1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih daripada AS $ 4.5 bilion menerusi urus niaga yang kabur dan kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat,” katanya.

“Ini kleptokrasi paling teruk.”

“Hari ini, Jabatan Keadilan AS (DOJ) sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim yang dikatakan ini,” katanya.

“Itulah sebabnya kita semua mesti berbuat lebih banyak untuk mempercepat permintaan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

“Permintaan ini memastikan bahawa pendakwa mempunyai bukti bahawa mereka perlu membawa penjenayah ke muka pengadilan,”

Laporan penuh kenyataan tersebut boleh dibaca di sini, dan laporan berita lanjut di sini dan di sini

9 thoughts on “SIASATAN ATAS 1MDB”

  1. Tun, t.kasih atas perjuangan..di manakah akan dpt pemimpin Dr berjiwa kenegaraan yg tinggi seperti tun..semoga Allah rahmati perjalanan tun..
    MALAYSIA BOLEH!

  2. Assalamualaikum Tun,

    Saya harap Tun dapat bersabar menghadapi tohmahan dari puak sebelah sana. Jangan diambil pot la bahasa mudahnya.

    Mereka berani buat segala tohmahan itulah hanya satu sebab sahaja. Kerana Tun bukan lagi perdana menteri. Mereka-mereka ini bertindak bukan berdasarkan kebenaran tetapi apa status kita. Sebab Tun bukan lagi PM, mereka hina Tun, keturunan Tun, mengatakan Tun hancurkan negara, penderhaka dan macam-macam lagi.

    Saya percaya kalau Tun masih lagi PM, mereka-mereka ini jugakah yang akan menjulang-julang Tun. Kalau Tun masih PM, mereka takkan berani.

    Maka atas sebab yang sama juga, mereka kini menjulang Najib tinggi-tinggi. Bukan atas dia betul atau salah, tapi sebab dia PM.

    Kalau bukan kerana jawatan PM, tak ada siapa akan sokong Najib. Bahkan mereka-mereka yang menjulang Najiblah yang akan hinanya.

    Inilah keadaan negara kita sekarang. Orang dijulang kerana status atau jawatan yang disandang, bukan atas kebenaran. Dalam arti kata lain, asal berjawatan tinggi semua benda betul dan baik. Bila dah tiada jawatan tinggi, semua benda buruk dan salah.

  3. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    Mohon izin Tun:

    http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/11/tun-m-pulangkan-pingat-selangor/

    Saya sokong tindakan Tun. Jika saya di tempat Tun saya akan buat perkara yang sama.

    Apa yang pelik ialah mengapa pula tiada dari kalangan pihak berkenaan yang MURKA terhadap PM yang SAHIH telah mencuri RM2.6 Billion wang rakyat di mana wang tersebut memang telah disahkan dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi PM Najib Razak?

    Sumber wang (‘money trail’) juga didapati berasal (sumber asal) dari 1MDB (hasil siasatan pihak berwajib).

    Wang SRC International sebanyak RM42 juta juga telah dimasukkan ke akaun peribadi PM Najib.

    PM Najib ialah PENGKHIANAT Negara.

    Jika saya ada kuasa (saya pun ada darah Raja/Tengku 🙂 ), saya pasti akan teramat murka terhadap pemimpin yang mengkhianati AMANAH rakyat.

    “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah”.

    Saya bukan penderhaka, tetapi saya percaya Raja yang ADIL akan berusaha dengan sedaya upaya baginda sebagai ‘penaung rakyat’ untuk membawa pengkhianat Negara ke pihak pengadilan (didakwa di mahkamah).

    Ampun Tuanku!

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  4. Terasa sangat pelik kenapa insan-insan intelektual masih membela najib. Kita boleh analisis fakta di hujung jari. Kita tolak ke tepi perwakilan pau 2017 yang tertutup menerima kebenaran.

    2. 3.5 juta ahli umno yang berdaftar. Adakah mereka masih hidup? Bilangan ahli yang menolak umno juga sudahkah diambil kira? Saya yakin pau 2017 merupakan yang terakhir sebagai pemerintah.

    3. Adakah Tun tidak boleh dipercayai untuk mengurus negara ini? 22 tahun sebagai Perdana Menteri, sedikit pun tidak membenarkan negara dihina. Malah Malaysia sentiasa mendapat pujian.

    3. Berharap sangat agar kali ini tsunami semua kaum menumbangkan terus bn. Kita dapatkan semula hak kita. Hak yang dicuri dan kebebasan. Kita kembalikan kemakmuran negara walau pun mengambil masa.

    4. Sememangnya bn telah membawa kebaikan kepada negara tetapi tidak lagi selepas Tun melepaskan jawatan. Pengganti pertama lembab dan yang terkini pencuri.

    5. Kebejatan pemimpin negara semasa perlu dihentikan. Jika tidak genetasi akan datang menanggung segala kerosakan yang dilakukan bn.

    6. Semoga Allah bersama Tun dan orang-orang yang menentang bn.

  5. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Seperti kata pepatah, “Bangkai gajah tidak akan boleh ditutup dengan nyiru”, skandal penyelewengan wang 1MDB oleh PM Najib dan konco-konco beliau yang sudah heboh di seluruh dunia tidak akan dapat ditutup dengan kata-kata dari segelintir manusia yang ada kepentingan sendiri.

    2. Skandal kleptokrasi pengubahan wang haram yang memalukan ini akan terungkai juga akhirnya.

    3. DSN dan konco-konco beliau akan dihakimi dan dihukum oleh rakyat jelata.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  6. Assalamualaikum Tun,

    Apabila berita ini tersebar, sepatutnya satu Malaysia telah bertindak. Ini bukan berita dari majalah gosip artis. Ini berita dari agensi kerajaan AG US. Pasti mereka tidak cakap tanpa bukti yang kukuh.

    Sepatutnya banyak berlaku di Malaysia apabila berita ini tersebar. Akhbat-akhbar utama negara seperti the star, berita harian, utusan letakkan ini sebagai ‘front page’ news. RTM dan tv3 patut cerita ini di awal siaran perdana berita mereka. Sultan-sultan patut mengetengahkan skandal 1MDB ini telah memalukan negara dan tuduhan yang besar terhadap kepimpinan negara. Parlimen patut mengadakan sidang khas. Perhimpunan Agung UMNO patut menjadikan ini sebagai topik utama.

    Tetapi semua ini tidak berlaku. Yang lebih utama bagi mereka adalah keturunan Bugis, kerugian Forex 30 tahun lepas. Ini barisan pemimpin negara kita sekarang. Malu.

  7. Salam Tun.

    1. Inilah hukum ciptaan manusia di dunia sekarang. Malah pesalah yang terbukti nampak di depan mata akan dapat seorang peguam untuk membelanya.

    2. Silap hari bulan kalau si peguam itu pandai putar alam atau dapat membelit saksi seorang manusia lemah ingatan (kelemahan manusia mudah lupa) akhirnya boleh di buang kes.

    3. Berlainan sekali dengan kekuasaan milik tuhan. Contoh tuhan umat Islam (Allah s.w.t) dengan adanya mizan (timbangan) , maha kuasa menjadikan anggota lain bercakap umpama mulut.

    4. Bila peguam seorang manusia yang lemah imannya membela seorang pesalah maka KEBENARAN boleh di menangkan oleh yang BATIL dekat dunia ini.

    5. Justeru pesalah serta kroninya juga berpeluang mendapatkan seorang peguam yang boleh di beli untuk membelanya seperti di war-warkan dalam Utusan Malaysia serta Tv3.

    6. Malah usaha ini akan diteruskan puak pesalah ini walau pun rakyat buat keputusan menolak Parti pemerintah sekarang.

    7. Ingat satu perkara yang di ungkapkan mirip perkataan bidalan ” Kalau Pilihan raya dapat memenangkan parti pembangkang maka Pilihanraya pasti di haramkan ‘.

    8. Rakyat kena ambil tahu seorang peguam upahan terutama seorang terkenal akan di gunakan ( Golstain) untuk memadamkan KEBENARAN yang sudah bertapak dalam sanubari rakyat.

    9. Kita kuatkan KEBENARAN untuk bertindak menyokong Pakatan Harapan pada Pru14 nanti dengan mengenal kenyataan dari Peguam Negara yang sebenar iaitu Jeff Session.

    10. Kenyataannya kalau sesuatu itu telah tercemar maka untuk merawatnya perlukan cara yang lain.

    11. Kita tidak boleh mengharapkan Jabatan Peguam yang boleh tercemar atau telah tercemar dapat memulihkan sesuatu KEBENARAN.

    12. Wahai rakyat yang di muliakan tuhan bertindaklah segera untuk mengubah kerajaan pada Pru14 ini walau pun akan menempuh rintangan yang mendatang.

    13. Sekurang-kurangnya kita tidak rugi di dunia dan akhirat.

    14. Kebahagian wang ringgit di dunia tidak sama dengan kebahagian pahala di akhirat.

    Wallahua’lam.

  8. Tumbangkan kerajaan dalam pilihanraya akan datang dan tangkap sama dia. He he…susah nak tumbang Tun. Saya ada cara. Shock and awe. Kalau nak tahu, bertanyalah. All we need is Rafizi.

  9. Salam Tun,
    Hopes things turn around 4 dis lcountry.
    Cos it really feel like ‘kita merdeka tapi masih dijajah’.
    Stay healthy n focus 4 sake of d country.

Comments are closed.