SKIM PIRAMID

(Ini adalah rencana bersiri mengenai aliran semasa
yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa
Inggeris telah disiarkan di dalam blog ini pada Mei 7, 2009)

 

1. Terdapat
pula skim Piramid atau Ponzi. Bernard Madoff hanya terbongkar selepas dia
kehilangan 50 bilion duit yang telah dilaburkan dengannya.


2. Operasinya cukup mudah. Operator hanya memulangkan sebahagian sahaja wang
yang “dilaburkan” dengannya sebagai dividen. Jika dia membayar
dividen sebanyak 20 peratus setahun dia akan menghabiskan wang tersebut dalam
masa lima tahun.

 

3. Tetapi apabila semakin ramai pelabur baru
melabur dengannya, dianya akan dapat terus bayar dividen hinggakan para pelabur
asal telah menerima semula pulangan jumlah yang mereka labur terdahulu. Lagipun
pelabur akan terus melabur selagi mereka mendapat pulangan yang tinggi.


4. Secara
amnya pelabur akan gembira dengan pulangan yang tinggi yang mereka tidak akan
pun merungut. Pihak berkuasa juga tidak akan mendapat tahu tentang operasi skim
tersebut. Lagipun jika ianya dibongkar dan diarah berhenti pelabur akan
kehilangan semua wang yang mereka labur.

 

5. Madoff bukanlah satu-satunya yang kendalikan
skim ini. Sebenarnya tidak ada kekayaan yang diperolehi kerana duit yang
dilabur sebenarnya dipulangkan. Walaubagaimanapun dividen yang kononnya
diperolehi akan menyumbang kepada per kapita dan KDNK Negara.

42 thoughts on “SKIM PIRAMID”

  1. Kesimpulan 1.
    Akhirnya ramailah penceramah-penceramah yang mahir pasal USD, EURO, RM dan banyak lagi. Mereka-mereka ini mulanya tak tahu pasal wang tetapi setelah mendapat tunjuk ajar dalam skim cepat kaya maka di kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, dari rumah ke rumah, di pasar siang dan pasar malam, di kampung-kampung atau di mana sahaja termasuk bila ada kursus yang dianjurkan maka diselitkan plan Skim Cepat Kaya ini. Mereka-mereka ini berceramah dengan memek muka yang amat meyakinkan(padahal poket dah kosong), suara kuat jelas penuh meyakinkan, bola atau biji mata mereka hampir nak terkeluar macam penjual ubat di kaki lima memperkenalkan produknya. Begitulah dahsyatnya impak skim cepat kaya ini kepada penduduk di Malaysia.

  2. Di malaysia terlalu banyak skim piramid yang berlindung dlm industri MLM dan diurus secara online. Skim pyramid sebenarnye bermaksud orang atas sentiasa senang tetapi orang bawah sentiasa bekerja tetapi sekarang ni, dah tidak banyak skim piramid dalam malaysia.ade pon sikit2 je. banyak MLM sekarang, walaupun anda masuk lambat tetapi still boleh buat sikit income dari orang awal.
    Harap KDNK ambil tindakan proaktif.
    Komen ini hanyalah setakat luahan perbualan saya dengan Tun sahaja. Terima kasih Tun
    umno-malaysia.blogspot.com

  3. Dear Tun, salam sejahtera harap sihat gembira. Kiriman saya untuk tajuk ini…
    ………………PIRAMID BERDAFTAR
    Ada parti politik beroperasi cara skim pyramid. Jgn setakat benci skim orang saja. Banding persamaannya…
    ++ Orang atas dibayar mencari ahli baru jadi orang bawah untuk kukuhkan pyramid (Warlords)
    ++ Dia hanya pakai modal dan duit orang (Taxpayer money)
    ++ Ahli seronok dapat pulangan yg tinggi dan tak akan merungut tentang penipuan berlaku (Money politics)
    ++ Dia hidup senang lenang, kaya raya, pelabur (rakyat) kerja separuh mati (Ketua bahagian)
    ++ Ada hubungan dgn pihak berkuasa untuk bail out (Umnoputera). Tapi kalau tsunami melanda habis juga dia.
    Jaga gejala di atas ada depan mata kita, bukan Negara orang!

  4. Assalamualaikum Tun & Rakyat Malaysia,
    Bagi saya Xpayah la nak percaya sistem MLM yg menjual pangkat atau mendapat duit dari downline. Product yg dibeli hanyalah wayang untuk mengaburi mata. Duit dari downline lebih bernilai daripada product yg tidak berkualiti dgn harga yg cukup berlipat kali ganda mahalnye…
    Insaf-insaflah siapa yg membuat pekerjaan terkutuk ni…Org bawah akan boleh jatuh bankrap untuk membayar loan bank, boleh putus tali persaudaraan dan akan disisih oleh teman-teman rapat anda…

  5. Salam YBhg Tun
    Agak lama dah saya tak post comments. Anyway, nak minta penjelasan Y.Bhg Tun berkenaan dengan KWSP. Ini e-mail posting yang saya terima dari kawan. Mungkin ini cerita lama, tetapi would be interesting to listen to Y.Bhg Tun punya views and explanation.
    ……………………
    Nobody likes to hear that their hard-earned money

  6. YABhg Tun,
    …it’s not like all those so called victim are innocent…..
    they all fall victim because of their own greed..

  7. Salam Tun,
    Ponzi Scheme vs MLM Malaysia?
    Sy big wonder dgn MLM system yg dbawa drp US ne, adakah sama dgn Ponzi Scheme? Mnggunakan brg/produk sbg tdk mnampakkan aktiviti investment mereka? Cth spt MLM Malaysia : Uptrend, Hi-O, Steady Global Network dll. Minta prjelasan drp Tun.
    Thanks
    -insan yg konfius-

  8. salam sejahtera Tun dan kpd semua chedet members…
    dear zahar…
    aku sokong betui apa kata hang pada 29 mei lepas…
    Memang depa ni semua tak tau nak bezakan mana yang betui dan mana yang tipu. Pro ke semi pro atau tak pro pun bole sangkut ikut…Mata depa la ni dah buta dah…buta akibat wang…tu baru duit…belum benda lain…taaktaula apa yg tinggai kat badan depa nanti…agak bila dah tinggai spenda baru nak sedaq kut…takpa, janji kita tak terjebak sama dah laa…kesian kat depa semua tak serik…penat dah org lain habaq dan nasihat…

  9. Salam Sejahtera Tun,
    Berkenaan dengan skim ni saya cuma nak ulas sedikit je secara umum dulu dan jika saya terasa stress yang amat sangat, ulasan saya pasti akan muncul kembali dengan secara jelas dan menyeluruh serta terpeinci pada sudut “Biar Lambat Asal Selamat”.
    Secara ringkasnya seperti yang saya tahu pengasas klasik atau orinya adalah Charles Ponji yang telah berjaya menipu beribu-ribu orang di New England sekitar tahun 1920an. Masa tu tak pakai internet lagi jadi urusan biasa saja guna tangan/persuratanlah.Bagaimanapun ianya telah dipermodernkan dalam tahun 1990an hingga 2000an. Orang yang boleh kita label sebagai pelopor skim cepat kaya “Scam” modern adalah Bernard L Mardoff seperti yang Tun sebut dalam blog
    Tun. Buat masa ini saya hanya buat ulasan apakah kesannya pada rakyat Malaysia dari sudut ekonomi dan politik.
    1. Sudut Ekonomi
    Banyak yang tertipu khususnya golongan pelabur terkebelakang sebelum otai skim ini menghilang dengan sendiri atau sempat dicekup oleh pihak berkuasa. Ramailah yang menyesal dibelakang walaupun sudah diberi tahu oleh kerajaan bahawa semua skim cepat kaya tu tipu belaka. Tapi nak cepat kaya dengan bergoyang kaki tanpa kerjalah katakan, di Malaysia golongan Bumiputeralah yang sangat minat dengan skim ini yang juga digelar dengan skim 5D(Duduk
    Diam-Diam Dapat Duit) tapi saya mengelarnya “skim sudu sudah di tangan” kerana dengan sejumlah wang yang kita beri kepada “Kadam Modern”(Tak Perlu Tambah Pun Tak Apa) kita hanya perlu tunggu pinggan yang berisi nasi dengan segala lauk yang sedap-sedap setiap hari dan tinggal mengautnya saja lagi dengan sudu untuk dimasukkan ke dalam mulut sambil mengunyahnya secara perlahan atau cepat(Ikut suka kitalah). Semua itu ada terdapat di dalam menu yang disediakan dan kalau kita berjaya mengajak orang lain untuk turut sama membelinya maka makanan yang lebih lazat dan banyak boleh kita perolehi.Tetapi ingat bila”Kadam Moden”lari secara tiba-tiba dengan membawa wangnya sekali maka tinggallah sudu sahaja di tangan
    masing-masing akan menangis tersedu-sedu di dalam hati memikirkan hutang yang dah banyak tertunggak tetapi belum dijelaskan.
    2. Politik
    Para big bos skim( Software direkacipta ala Malaysia oleh orang Malaysia) ini sebahagian besarnya terdiri dari para pelajar atau bekas pelajar dari Universiti, sementara pelaburnya dibarisi bermula dari pegawai awam dan swasta peringkat tinggi sehinggalah ke peringkat rendah serta orang kebanyakan.Biasanya pegawai atasan jarang yang mengalami kerugian apabila membuat pelaburan kerana mereka lebih dulu bertindak untuk melabur sebab mempunyai wang yang banyak dan kalau skim cepat kaya dah gulung tikar sekalipun wang yang mereka labur dah dapat balik atau mendapat pulangan berganda. Kemudian dengan kuasa dan kreadibiliti mereka urusan pemasaran saham-saham skim cepat kaya merebak kepada rakan-rakan setara dan pegawai-pegawai bawahan serta orang ramai. Bila para 001 dan 002 penganjur skim dah lari atau ditahan pihak berkuasa serta di dapati bersalah maka Bank Negara Malaysia akan dipersalahkan kerana membekukan wang pelabur (Padahal wang pelabur yang dibekukan adalah kurang dari jumlah sebenar wang yang telah dikutip dari para pelabur). Alasan ini telah digunakan oleh big bos dan pelabur awal kepada “downline” mereka mengapa wang serta dividen tidak dapat dilabur kepada mereka. Nak buat laporan kepada pihak berkuasa dah gerenti wang memang tak dapat balik kerana tindakan yang mampu dibuat oleh pihak kerajaan adalah hanya menangkap dan mendakwa serta menjatuhkan hukuman yang setimpal atas kesalahan mereka. Oleh itu keadaan ini telah diambil kesempatan oleh pihak pembangkang untuk menarik undi kerana merekalah yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Perkara ini jelas mempengaruhi keputusan pilihan Malaysia raya 2008. kalaulah Bernard L Mardoff tertangkap di tahun 2008……apa keputusannya ya….
    http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/7784925.stm
    ……bersambung……
    Nota ringkasan yang terfikir….
    …..khusus untuk negeri Sabah dan beberapa negeri yang lain….hairan mengapa dari bisnes
    skim cepat kaya yang dijalankan secara internet boleh bertukar menjadi skim cepat kaya dari
    tangan ke tangan. Mereka lebih percaya cakap penganjur skim cepat kaya dari Bank Negara Malaysia
    (contohnya skim cepat kaya di papar, Sabah).
    ….Nampak jelas yang pegawai atasan telah menyalahgunakan kuasa mereka kerana turut menipu
    pegawai bawahan dan orang ramai….untuk membeli saham tipu….
    …..Pegawai-pegawai atasan tiada alasan untuk melepas tangan kerana maklumat berkenaan
    dengan skim dah ada dalam internet…..tetapi masih cari orang untuk ditipu……
    …..banyak yang terlibat…….banyak yang tertipu…….
    ….ujikaji ada saya jalankan Jan 2009 hingga Mac 2009…….

  10. Tun,
    ALL Musykil blogger,
    banyak syarikat MLM yang menggunakan sistem piramid ini. Dengan hanya satu atau dua barang yg tak seberapa, Yuran keahlian melebihi nilai produk yg diberikan kepada members, itu adalah sistem piramid.
    BNM (Bank Ngara Malaysia) tidak dapat mengambil tindakan kerana syarikat ini masih ada produk walaupun satu barang sahaja(kadang-kadang nilainya hanya RM 10 aja).
    Kepada pembeli atau new investor, cari MLM yang ada banyak produk. contohnya AVON. AVON sentiasa menambah jenis produk dari masa ke semasa, berkualiti dan harganya sangat berpatutan. Kadang-kadang Yuran keahlian PERCUMA!
    Selain dari contoh AVON ini, MLM yang saya maksudkan diatas tadi adalah sistem piramid yang mengaburi mata pengguna dan pelabur dengan hanya “SATU PRODUK” yang tidak seberapa nilainya.

  11. Salam YAB dan Di Kasihi Tun,
    1. Setuju dengan Tun. Dalam skim piramid, tiada duit dan kekayaan yang dijana; ianya ilusi semata-mata; DUIT CUMA BERPINDAH TANGAN.
    2. Lagi satu yang saya perhatikan ialah kebanyakan yang MAHU CEPAT KAYA dengan cara begini adalah orang-orang yang selalu MEMBANGKANG kerajaan BN. Banyak contoh di kampung saya. Masa dulu, kerajaan beri tanah dengan harga amat murah, tanah pun dijual SERTA-MERTA sebab mahu CEPAT KAYA. Bekerja malas. Lepas tu sekarang ini marahkan kerajaan kononnya tidak membantu mereka. Kita yang menyokong kerajaan, jika hidup senang sikit sudah dilabel sebagai

  12. tun
    minta komen about PKM, sbb ada blog yg cuba menaik taraf dan menagih simpati. blog ini bercakap bahawa PKM adalah tentera pembebasan malaya bukan askar yg melawan kerana diupah
    Mohon tun komen about; rejemin ke10 TPNM/abdullah cd/mat amin bloger dll. sbb selaku anak muda saya kekuranggan info sejarah mcm ni dan sekirnya info2 yg tak betul mcm ni menular ianya munkin akan menyebabkan ada org yg akan terpedaya.

  13. assalamualaikum tun,
    i’m quite agree with your idea about madoff. it does make sense for him to make such a good profit out of this business transaction. i wonder if the multilevel marketing that exist nowadays in Malaysia is similar to this scheme. because recently, my friend invites me to join her multi level marketing business that is originated from France,Paris. I have to invest RM1,500 as a starting capital for this scheme. But i haven’t make any investment yet because i’m a full-time university students with other important obligations in my life currently. i already saw the marketing plan, and it seems so convincing but there are still doubts in me about this business. so,what is your opinion about this matter sir?
    thank you for your time..;D

  14. As’kum,
    Sebenarnya saya agak musykil dengan skim piramid dengan MLM. Nampak macam sama tapi ramai yang terpengaruh dengan skim ini. Apa beza skim piramid dengan MLM sebenarnya?

  15. Dear Tun,
    I have been a fan of your blog since you started. Honestly we want to hear your opinion on what’s happening in our homeland Malaysia more than anything else.
    The PKFZ is really we need to know, what’s going on and what had happen since your time being the PM?
    Do not ignore it Tun.

  16. Assalamualaikkum Dr.Mahathir & Dr.Siti Hasmah,
    THE EXTREMIST
    1.Since you left the government, the rakyat lost trust and voted for opposition.
    2.We all want continous changes. The kind of changes that you brought throughout your leadership.From agriculture to industrialisation and modernization.That sort of things.
    At least, we should see the efforts are being put in place progressively.
    3.The world is rapidly changing and so do the people’s mindset.
    The people get angry when they’re asked to change but the goverment themselves never change(government before this).
    4.So, the new government should deliver the changes and must make rakyat happy first.
    It’s like giving goodies(eventhough the government can do it within thier authority).
    I don’t like this way but sometimes it helps in crucial situation.
    it’s like changing tactic in battle field to win the war.
    5.Racial gap will enlarge further and further and our education system is also playing most important roles in enlarging the gap.
    6.Elementary schools especially, are the places that kids from all the races meet,play and cherish.
    Eliminating differences, enhancing the bondings.
    This maintain the harmony that you proudly spoke about to the world leaders in UN Assembly many years ago.
    7.We should have only ONE STREAM. That will be a platform for ONE MALAYSIA.
    6.Further, we should go all out to fight for the education system that will assist Malaysian in international arena.
    That is also means use ENGLISH in Science and Mathematic.
    7.Government should not worry to enforce because, a happy community will accept any policy that comes from the government they like(like we used to accept your policies all this while).
    8.If certain community refused to accept, then they should leave the BN as component party. As they blocking the country’s progress.
    Let’s see if they dare…leaving all the wealth and pleasures that BN has been offering to all the Malaysians.
    9.If these daring policies not implemented and continued, the Malaysians will be missing in international arena forever.
    10.Of course, you will not allow that!
    Tak akan ‘Malaysian’ dan MAHATHIRISMA hilang di dunia…
    Cheers always and best regards!
    Jeffry Suresh Bin Abdullah and wife, Hafizah Binti Yaani.

  17. Salam Tun
    Orang kata ASN/ASB pun ponzi juga sebab tiap2 tahun isu skim baru dan kutip RM Billion2.
    Mereka juga bayar dividend dan bonus lebih tinggi dari purata pasaran dan lebih tinggi dari saham2 yang mereka laburkan.
    Betul ke ni Tun?

  18. Tun,
    You are right. Not only happened at U.S but also here. Greedy people take advantage on other people (maybe because of their own mistake, greed also)….I hope the Najib can do something so that all people will have a good life instead of only certain people…That all for now.

  19. Salam Tun,
    Berusaha mendapat idea tersendiri dan mengkaji idea orang adalah cara yang berkesan untuk berjaya. sama-samalah kita berusaha menjadikan budaya penyelidiakan salah satu daripada ciri orang malaysia. berkongsi pendapat dalam http://www.ekaji4u.com

  20. Salam buat Tun Sekeluarga,
    Realiti vs Fantasi… terkadang imaginasi melunaskan realiti. kita rasa macam ada duit tetapi sebenarnya hanyalah kira-kira duit. Kita mestilah sentiasa ingat..” Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah”. Hakikat terlalu senang membuatkan kita jadi bosan dan terlalu susah membuatkan kita menjadi lara. Tiada jalan pintas untuk menjadi senang. Mengikut jalan pintas kadang-kadang membawa kita kepada kesesatan yang lebih teruk. Teruslah berusaha dan bersatu bersama… Satu Malaysia warisan untuk generasi. Semoga bumi bertuah ini unggul dipayungi sejahtera. 1Malaysia Sejahtera… Salam

  21. Salam sejahtera kepada Tun dan Keluarga..
    Disini sya ingin mengulas sedikit sebanyak tentang Sistem Piramid@Skim Piramid..
    contohnya begini…
    skim piramid yang berselindung di sebalik MLM dengan menjual “ubat muda”….
    jika anda ingin menjadi ahli.. anda kenalah beli satu set “ubat muda”.. yuran ada lah percuma seumur hidup..
    ubat muda tersebut berharga RM200…
    untuk jadi ahli.. anda kena daftar dan beli ubat ini… gunakan ia sendiri..
    apa yang berlaku seenarnya…
    harga sebenar ubat muda tersebut adalah RM10 sahaja…
    tetapi ia telah diperbesar2kan dengan testimoni palsu yang menjadikannya berharga sehingga RM200..
    Jadi… dari RM200 yg anda bayar.. tolak RM20 untuk kos ubat tersebut..
    Bakinya.. RM180….
    Dari Rm180…
    RM20 dibahagi kepada Upline anda….Baki RM160
    RM10 dibahagi pula kepada upline yg atas lagi.. Baki RM150
    RM5 dibahagi pula kepada upline yg atas lagi lagi… Baki RM145
    RM1 dibahagi pula kepada upline yg atas lagi lagi lagi.. Baki RM140
    RM0.50 dibahagi pula kepada upline yg atas lagi lagi lagi.. Baki RM139.50
    dan seterusnya… sehinggalah tinggal baki RM100 atau baki yang dirasakan sesuai.. masuk terus kepada penganjur program…
    Jadi.. sebab itulah.. anda MESTI KENA BELI UNTUK JADI AHLI..
    kalo tak beli.. mcm mana dia nak bayar komisyen kat orang atas?….
    mcm mana? masih keliru lagi…..
    itu saya bagi contoh RM200…. samalah juga halnya dengan RM24.90….
    nak jadi ahli.. MESTI KENA BELI/BAYAR YURAN.. tak kiralah barang tu.. ebook ke.. pen ke… ubat kuat ke.. ubat ramping ke… ataupun.. produk tersebut.. berupa.. kursus ke.. program belajar sambil melancong ke… atau apa2 jelah…
    apa yang yang pasti.. kalau nak jadi ahli.. MESTI KENA BELI, sedangkan produk tersebut sebenarnya.. tak berharga/tidak setimpal nilainya…
    tetapi.. bagi orang yang memang suka kepada “tak payah kerja tapi dapat duit”.. mereka tidak akan memandang semua itu.. tak kisahlah produk tu tak bagus pun.. yang penting.. dapat duit!.. duit! duit!..duit!..
    Sekarang ni banyak sangat sistem piramid yang berselinung disebalik MLM. (multi level marketing)
    berlainan dengan MLM… jual barang baru dapat duit..
    ni dari pengalaman saya dah banyak join MLM… Sekarang ni saya terlibat dengan sistem networking atau sistem affliate.. Semenjak join ni, dah ada perubahan besar dlam hidup saya… nak tahu lebih lanjut, layari blog saya, http://www.myads4buck.blogspot.com/

  22. SALAM TUN,
    INI SERUPA DENGAN SKIM PAKMAN TELO.AKIRNYA YANG UNTUNG PIHAK PEMERINTAH YANG MERAMPAS KESEMUA SAKI BAKI WANG DIMILIKI PAHMAN TELO YANG MANA MERUPAKAN HAK ORANG RAMAI. SOALNYA SIAP YANG LEBIH ZALIM?
    NASH

  23. Salam buat Tun, skim cepat kaya amat berisiko, tapi apa yang saya ingin Tun beri pandangan adalah tentang Air Asia. Petikan dari NST Online, “AIRASIA Bhd, Southeast Asia

  24. Salam buat Tun Dan Keluarga
    Pada pendapat saya
    1.Bukan senang nak senang
    2.Kalau senang dapat biasanya senang hilang
    3.Agaknya kalau cepat kaya pun akan cepat jatuh miskin
    4.Tiada kejayaan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh
    5.Walau apa caranya “Skim tersebut akan menyebabkan manusia jadi mudah lupa…..
    6.Memang banyak skim-skim yang dianjurkan…..kalau tak kuat boleh terikut oleh itu yang penting adalah sentiasa berusaha untuk tak terjebak….
    7.Biar susah sikit tapi dapat kekal dan berkat
    8.Biar lambat sikit tapi akan jadi bermakna
    9.Biar tak kaya tapi hati senang
    10.Biar tak berduit tapi berhati mulia
    11.Biar sikit tapi berkat
    terima kasih

  25. TUN.
    Agak nya Madoff ini satu perguruan dengan Pak Man Telo malaysia.
    Kalau Pak man Telo ini satu jenama antarabangsa dah tentu dia juga terkenal di seluruh dunia. Dan masyarakat dunia dah tentu tau cara pelaburan skim ini satu penipuan. Madoff tentu tak dapat nak tipu pelabur2 yang tamak ini. Agak nya lah. Kadang2 mereka di barat ini pun bukan nya pandai sangat. Ada kala nya kena tipu juga dengan con man seperti Madoff ini.
    Keghairahan memperolehi keuntungan lumayan waktu itu ramai orang2 Malaysia terutama orang2 Melayu melabur dengan Pak man. Tapi akhir nya ramai jadi sasau keran habis tanah, rumah tergadai.
    Satu pengajaran, setiap pembohongan itu akhir nya akan mengundang bala pada diri sendiri dan pada yang terlibat menjayakan dan tamak juga akan kerugian dan musnah bersama2. Renung2kan lah.
    TUN. Ada kah jutawan atau syarikat Malysia terlibat dengan skim pelaburan dengan Madoff ini?

  26. Beauty of MLM,pyramid what the diffrent?
    Multi-level Marketing and Pyramid Selling Schemes
    Multi-level Marketing and Pyramid Selling Schemes – Is it illigal? Where can you go for help?
    Multi-level Marketing
    Multi-level marketing (MLM) is a system for selling products whereby participants in a plan are paid for selling products to other participants who, in turn, are paid for selling the same products to yet more participants. This type of marketing is legal in Malaysia when the plan does not contravene any requirements of the Competition Act.
    Pyramid Selling
    Pyramid selling is a type of MLM that is a criminal offence under the Competition Act due to the following deceptive practices:
    * Paying money to those who recruit new members (who also pay money for the same right);
    * requiring new recruits to buy products as a condition of participation;
    * selling unreasonable amounts of inventory to participants; and
    * having an unreasonable product return policy.
    Pyramid selling is also a criminal offence under the Criminal Code.
    If you are unsure about any aspects of the MLM system you are considering,
    http://wwww.hotmember2u.com

  27. yang saya tak faham, cerdik pandai ramai yang ikut, ada dengaq cerita, orang stock market malaysia pun ikut? tak study ka punca dia? dari zaman apa telo sampai la ke swiss apa tu, saya dah kata tipu, depa kata saya bodoh…? la ni depa tau tetapi saya yakin depa akan ulang melabur lagi…ha..ha…ha.

  28. Tun,
    Saya dok tunggu komen Tun berkenaan Port Klang Free Zone report. Hope you give an honest opinion. Thanks

  29. Asalamualaikum bapak…
    mmmmmm….skim ni kite kena berhati2 ngan citer2 yg yg di dendang oleh dalang n jugak yg kite ingat kawan rapat kite….
    kawan makan kawan yg paling bahaya dlm dunia nih tp susah kite nak
    kenal n tahu kan bapak kan…….

  30. dear Tun.
    this is the first time im writing a comment in your blog Tun. i realy enjoyed on reading it. as it contains your personal opinion which i admire the most.
    i dont know if i had the right to ask you a favour as you had done so much to our country. but sir, can you write your opinion on chin peng ? on should we as malaysians forgive him ? i personally think that we should not as it wouldnt be fair to all the people back then that had work so hard to stop communism.
    good day sir. may god bless you and your family (:
    from:
    a 15 year old girl from sabah.

  31. Salam buat Tun berdua moga dirahmati Allah s.w.t di hari Jumaat yang dimuliakan ini.
    1.Rimba Emas masih percaya semua ini ialah satu cara pemikiran kretif untuk mendapatkan modal yang besar oleh seorang individu atau organisasi dalam menjalankan perniagaan terutama satu cara mengelak dari pinjaman wang yang perlu dibayar.
    2.Kelebihannya cara ini ialah seseorang itu dapat mengekploitasi atas kuantiti iaitu tiada had bil. peserta daripada pihak bank yang ketat serta terlatih seperti penganjur itu.
    3.Bagi penganjur selalunya keuntungan lebih cepat mereka dapat dari pelabor-pelabor yang kurang berpengetahuan serta lalai memberi komitmen sepenuh masa dan sikap ambil mudah bila berlaku ketirisan.
    4.Ialah… asasnya memanglah mudah…kerana ia mengambil dari asas seperti derma Rm 1.00 oleh rakyat Malaysia.Kalau rakyat Malaysia 18 juta berapa sudah boleh dikumpul…yang bagi penganjur ini bermodalkan kebolehan bercakap serta teori dalam kertas kerja…
    5.Natijahnya Rimba Emas percaya Tun dan para komentar serta yang terketahuan tentang system ini sekarang bertindak serta buatlah keputusan sendiri untuk diri kita dan yang mahu mengikut pendapat Tun ini.
    6.Sesungguhnya Allah s.w.t yang menghidupkan.. kita tidak tahu jika orang selepas kita dizaman akan datang masih mengilhamkan kembali idea ini…
    7.Tunaikan solat Jumaat kita bagi yang tiada kemudaratan agar skim piramit ini ditinggalkan bersama-sama harta yang hanya tinggal di dunia ini….baru 11.48 pagi masih tidak terlewat.
    8.Wallahua’lam

  32. A camel called Dr M. Those who are close to Tun Dr Mahathir Mohamad are fully aware that the former Prime Minister whose harsh criticisms against Pak Lah hastened the successor’s downfall, has been holding back his punches when it comes to Najib Razak.
    The shock appointment of Ali Rustam to the Umno supreme council and the shocker proposed 3rd link to Singapore have left the Old Man unhappy with the PM but he’s so far refrained from taking any kind of offensive.
    But Omar Ong’s appointment to the Board of Petronas Nasional, or Petronas, could break the camel’s back.
    If that doesn’t do it, then Najib’s next anticipated move surely would. For Omar Ong’s appointment, they say, is a precursor to bringing in Syed Hamid Albar, the former Home Minister, as chairman of Petronas. If that happens, Najib would be sending a message as clear as day that he does not want Dr M at Petronas as Adviser anymore.
    And his replacement? Sleepy Hollow Part 2. Or, rather, Sleepy Head …
    Pro-Umno bloggers are pleading with Omar Ong to walk away from Petronas. They say Omar can help Umno avert a Mahathir-Najib war by rejecting Najib’s offer. Read An Appeal to Omar Ong.
    An appeal to Omar Ong
    The appointment of Ethos Consulting Supremo Omar Ong as a member of Petronas board of director (BOD) recently drew so much attention, and now to people in the capital market and media. It was said that the appointment will take effect almost immediately (pending the

  33. YBgh Tun,
    Skim Piramid ini wujud juga di Malaysia saperti yang telah pun disebutkan olih TBgh Tun pada tulisan terdahulu olh Pak Man Telo. Banyak yang kehilangan wang mereka.
    Kalau orang melayu banyak main undi atau kutu ini pun cara mereka simpan atau pusingkan duit, tetapi ada juga yang tertipu dimana yang mejalankan nya telah menghilangkan diri setalah wang di kumpul dan yang patut mendapat giliran pungutan telah dihampakan dan mengatakan si anu atau si anu telah tidak membayar. Ini cara amanah dan percaya saja tidak ada black and white.Maka yang baik akan membayar ganti rugi dan ada juga bayar dengan potongan si anu yang di katakan telah melarikan diri setelah bahagian nya di perolihi.
    Ybgh Tun, Tahniah kerana mendapat Anugerah Doctorate Humanatirian olih Universiti Lim Kok Wing. Saya nampak poster Ybhg Tun semasa memandu di Cyberjaya.

  34. assalamulaikum Tun,
    Bagaimana dengan skim cepat kaya PAK MAN TELO yang ditangkap ketika Tun PM dahulu.
    Kebanyakan pelabur orang melayu, gadai tanah, gadai rumah, jual kereta, motosikal, pinjam sana dan sini untuk melabur. Ini berlaku kerana mereka miskin.
    Selepas Pak Man Telo ditangkap, ada antara pelabur jadi gila dan sebagainya.
    Menteri Kewangan ketika itu menolak permintaan wakil umno yang meminta jasabaik beliau memulangkan wang pelabur yang berjumlah RM 19juta.
    Apa pendapat Tun bolehkah wang tersebut dipulangkan sekiranya pelabur boleh kemukakan bukti atau dokumen pelaburan.
    Sekian, terima kasih.

  35. selamat pagi Tun…
    Salam sejahtera semua chedet members…
    SKIM PIRAMID = TERTARIK AKIBAT TAKSUB, TERJEBAK.. PADAH!
    1. Banyak contoh kehancuran telah berlaku dan sedang berlaku akibat daripada skim2 ini.
    2. masih ada lagi golongan manusia yang tak tahu untuk menilai keburukan akibatnya. Buta mata dan hati akibat taksub dengan skim yang dijalankan namun hakikatnya ianya adalah satu bentuk atau teknik penipuan secara terang-terangan dan sistematik.
    3. Ada juga yang melibatkan ala skim ternakan, penanaman dan penjualan produk. Ianya adalah sebahagian dari teknik untuk menjerat mangsa yang kurang berpengetahuan. Mangsa terlibat daripada pelbagai kaum serta dari pelbagai latarbelakang pekerjaan…profesional sehinggalah pekerja am. Surirumah juga turut menjadi mangsa apatah lagi warga mas dan yang kurang upaya.
    4. Jangan mudah terpedaya dengan kata2 dan janji manis mereka ini. Luar nampak segak dan berjaya…namun itu adalah bayang untuk menjerat mangsa. Habis duit pencen, simpanan, saham, tabung dan kocek dilaburkan keatas skim yang TAK PERNAH DAPAT KELULUSAN BANK NEGARA. Cuba rajin bertanya, membaca dan mencari sumber sahih mengenainya. Kita mesti amalkan satu perasaan sangsi dan curiga terhadap sesuatu perkara atau cerita kemewahan yang dicapai secara singkat. Jangan cepat bersetuju dengan apa yang ditawarkan dan dijanjikan.
    5. Laporkan dengan segera kepada Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan(JSJP)PDRM dan pihak Bank Negara jika terdapat bentuk penipuan ini ditawarkan kepada anda semua.
    6. INGAT…TERJEBAK..MEMBAWA PADAH!

  36. Salam Tun,
    I think you should write a book about all your experiences and thoughts on the financial challenges and problems the world and Malaysia is facing. How it happened and how it affects countries and ordinary people on the streets. It’d be very interesting to read about it from a doctor/politician/statesman point of view for a change instead of from the so-called financial experts.
    Salam.

  37. Tun,
    Orang melayu selalunya terlibat secara kecil-kecilan “melabur” dengan main kutu. Tetapi kutu langsung tidak ada elemen keuntungan.
    Apabila ada skim yang semacam main kutu, dan ada pula elemen keuntungan, maka mereka akan tertarik. Itu salah satu daripada sebab mengapa ada yang masuk skim piramid.
    Jika ditipu dan hilang wang kerana ditipu oleh skim piramid, mereka yang sama terpaksa pula meminjam duit along. maka bertambah pula beban mereka tersebut.
    Sudah jatuh, ditimpa tangga. Sudah hilang duit, terpaksa meminjam, dan diseksa oleh along.
    http://www.jurublog.blogspot.com

  38. Tun saya setuju dengan fakta ini cuma yang membezakan ponzi atau skim piramid adalah kerana tidak mendapat lesen dari kerajaan manakala sebahagian yang lain mendapat lesen dan membayar dividen dengan lebih rendah maka tidak dipanggil ponzi.
    Di mana-mana pun manusia memang tertarik dengan ponzi kerana pulangan yang tinggi dan cara pelaburannya lebih mudah malah ada yang menggunakan sistem yang lebih canggih.
    Lihatlah contoh PNB sistem digitalnya memang jauh kebelakang berbanding dengan teknologi yang ada sekarang. Baru-baru ini sahaja baru nak cuba menambah pelaburan secara online melalui Maybank. Banyak lagi sistem yang boleh digunakan seperti sistem SMS dan sebagainya. Adakah pengurusan tertinggi PNB tu BUTA TEKNOLOGI???

  39. Salam,
    Memang tidak memeranjatkan jika Bernard Madoff kehilangan duit 50 bilion.Beliau adalah bilionair.Tapi masalahnya orang sanggup bergadai tanah kerana menyertai skim piramid ini.
    Tanpa mengkaji dimana dan kemana wang itu akan dialirkan terus terpengaruh sehingga sanggup bergolok bergadai untuk sertai skim begini.
    Golongan elit dan profesional juga banyak yang terlibat termasuklah pakar ekonomi sendiri terjebak.
    Bila dah terbongkar tembelang penganjur barulah masing2 jadi lipas kudung kepanasan.
    Kenapa semua tu terjadi?
    Itulah naluri kita sebagai manusia,sifat tamak dan nak cepat kaya tanpa memikirkan risiko kemudian hari,boleh gelap mata dengan cerita dari seorang ke seorang dan ke seorang lagi.
    Masih banyak skim yang telah dikaji dan diluluskan oleh pihak berwajib tapi mereka kata tipu semua ni..Inilah sifat yang perlu dihakis.
    Adakah MLM termasuk dalam skim piramid?
    Saya rasa tidak.
    Sistem MLM ada produk untuk dijual dan hasil jualan itu akan mendapat keuntungan dan dibahagikan sesama ahli.Jadi pertambahan wang disitu bukan dari hasil kumpul duit ahli semata-mata.Maka dapatlah ahli yang sertai MLM mencapai keuntungan.
    Tapi ramai yang tak berminat kerana mereka kata ini sistem piramid.
    Adakah website ini mengamalkan sistem piramid?
    http://www.jomkongsipeluang.blogspot.com
    http://www.gedungduit.com
    Renung dan fikirkan
    http://www.zoompanas2.com

Comments are closed.