Saudara-saudari sekalian,
Assalamualaikum,
Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.
Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.
Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.
Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.
Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.
Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.
Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.
Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.
Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.
Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.
Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga
Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.
Terima Kasih
Selamat bersidang
Dr Mahathir bin Mohamad
18 Mac 2016
Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
Saya merayu kepada ahli2 dan pemimpin2 akar umbi UMNO di cawangan2 supaya ‘tersedar dari mimpi indah’ hasil dari penangan ‘Raja Wang’, PM Najib @ Ah Jib Gor yang ternyata korup.
Jangan biar beliau membeli jiwa raga anda dengan wang ringgit yang haram. Wang haram tidak berkat – akan berlarutan akibat buruknya kepada keturunan anda…
Bila anda terjaga dari mimpi indah apabila UMNO tumbang, ingauan ngeri akan menghantui anda semua apabila anda semua kehilangan maruah diri (dihina) kerana bersekongkol dengan pemimpin penyangak dan korup. Pada masa itu penyesalan sudah tidak berguna lagi.
Dengarlah nasihat Tun Mahathir. Tolaklah PM dan pemimpin2 lain dalam rejim Najib yang korup sekarang! Jangan buang masa kerana masa amat berharga.
Mohon usulkan UNDI TIDAK PERCAYA terhadap DSN.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
“Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.”
Sedih & gembira jika ini benar2 berlaku nanti.
Apapun, terus berjuang Tun M!
Hidup Tun Mahathir! Hidup Rakyat!
Assalamuaalaikum…
They will hit Jerusalem hard… Like Nebuchadnezzar did…
US millitary are settling down in Iraq…
Please read history of Babylonia please…
“Gate Of God”
Please save the Muslims!!!
Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
1. Saman Tun (dll.) terhadap PM Najib @ Ah Jib Gor melakar sejarah kerana seingat saya Tun tidak pernah menyaman mana2 individu sebelum ini.
2. Tun bukan macam kebanyakan pemimpin2 dari parti2 tertentu yang suka sangat menyaman orang lain sejak dulu lagi. Saya ingat lagi ungkapan, ‘You ulang, I saman…’. DSN pun sudah ada hobi yang sama.
3. Saya yakin Tun lakukan ini (saman) untuk kebaikan rakyat/Malaysia amnya dan UMNO khasnya, dan bukan untuk kepentingan peribadi seperti yang pemimpin2 lain lakukan.
4. Ahli2 dan pemimpin2 akar umbi Cawangan2 UMNO mesti sedar yang perjuangan mereka sekarang berada di landasan yang salah di bawah telunjuk rejim Najib.
5. Mereka semua mesti bangkit menyahut seruan/surat Tun dan singkir DSN sesuatu sebelum ‘nasi menjadi bubur’. Perjuangan UMNO ialah untuk ‘Agama, Bangsa, dan Tanahair’, bukan untuk mana2 pemimpin/individu.
6. Jangan sia-siakan PENGORBANAN Tun yang amat besar (sanggup dikutuk /hina /fitnah).
7. DSN sekarang berada dalam keadaan amat tertekan kerana jika saman Tun berasas dan diluluskan, beliau sudah pasti akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan diri kerana rata2 seluruh dunia memandang serong terhadap beliau.
8. Lebih baik DSN letak jawatan dengan segera.
P/S: Saya doakan Tun selamat kembali dari Arab Saudi.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Asalamualaikum ayahanda Tun dan salam sejahtera kepada keluarga Tun yang tersayang.Apa yang dikatakan oleh ayahanda Tun ini sebenarnya telah berlaku sekian lama dah dan diamal oleh setiap Bahagian tetapi tidaklah serakus seperti sekarang yang sedia ada.Memang nampak sangat dan ketara perubahan “money politicking”.Mungkin dulu perbuatan ini untuk menjaga kebajikan penyokong yang rajin bekerja untuk parti, tetapi sekarang lebih mengutamakan kroni untuk kepentingan diri sendiri.Saya telah menjadi ahli hampir 15 tahun dari ahli biasa hingga ke berjawatan di cawangan, tetapi tidak mahu ke bahagian disebabkan perubahan politik perjuangan kepada politik yang tidak sihat demi untuk kepentingan diri sendiri.Dulu tak lah ketara sangat malah bahagian ahli dan rakyat dijaga sebaiknya, sebaliknya sekarang ahli dan rakyat menjadi mangsa keadaan.Yang mewah al maklum seperti apa yang kita nampak sekarang.Saranan saya kita kembalilah ke pangkal jalan, iaitu matalamat perjuang parti untuk orang melayu ke arah abad dunia tanpa sempadan.Tingkatkan ilmu supaya menjadi kekuatan orang melayu untuk membina ekonomi orang melayu kita terutama generasi gen y dan z.Janganlah kita ini jadi sumpahan mereka kerana kepentingan diri kita sendiri.Percayalah jika berilmu dan ikhlas membangunkan ekonomi dan masa depan untuk generasi akan datang, insyallah kita sendiri akan memperolehi pelbagai keuntungan tanpa kita sedari.Pilih yang terbaik untuk masa depan generasi kita yang boleh membawa kearah kebaikan bukan kearah kemusnahan.Gunakanlah anugerah allah yang telah diberi pada setiap insan iaitu akal fikiran kita untuk menilai yang baik dan buruk kerana setiap pemilihan kita, bangsa kita yang akan dapat balasannya bukan bangsa lain. Walahualam.Sampaikan salam saya pada DSMM.Teringat bersama dia makan bubur lambuk di kajang
Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
http://www.sinarharian.com.my/semasa/mahathir-khairuddin-dan-anina-saman-najib-1.500818
1. Saya sarankan supaya ahli2 akar umbi (yang ada JAWATAN di cawangan – AJK, etc.) dan Ketua2 Cawangan UMNO supaya turut menyaman PM Najib @ Ah Jib Gor di atas salah-laku/ salah-guna kuasa beliau. Saman DSN selaku Perdana Menteri yang korup.
2. Jika beribu-ribu ahli2 UMNO yang menyaman (atau buat laporan polis – lebih mudah) PM Najib @ Ah Jib Gor, mampukah rejim Najib memecat mereka semua? Jika ada banyak ahli2 yang berjawatan dipecat, UMNO akan tempang/lumpuh di cawangan2 terbabit.
3. Mungkin ahli2 UMNO Bahagian Pagoh boleh mulakan. Untuk laporan polis, buat saja 1 ‘template – same contents’, cuma tukar maklumat pelapor. Surat Tun ini boleh dijadikan rujukan.
4. Pasti DSN akan bertambah ‘panas bont*t’ di buatnya (Peringatan: ini bukan carutan…).
5. Saya harap Tun SAMAN malu DSN kerana memfitnah Tun menjadi dalang dalam pendedahan duit RM2.6 Billion dalam akaun peribadi beliau oleh WSJ – tambah tekanan kepada DSN.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Assalamualaikum Tun,
Surat kepada ahli-ahli UMNO cawangan adalah ‘litmus’ test sama ada UMNO dapat diselematakan atau tidak.
Sebenarnya kes Najib ni dapat diselesaikan lebih awal jika Majlis Tertinggi UMNO dan ahli-ahli parliment BN bertindak awal dengan memastikan siasatan 1MDB dan derma RM2.6b dijalankan dengan telus dan adil. Sebaliknya mereka telah memberikan sokongan penuh kepada Najib. Inilah yang menyebabkan masalah berlarutan sehingga kini.
Sekarang terpulang kepada ahli-ahli UMNO cawangan sama ada mereka ingin menyelamatkan agama, bangsa dan negara atau Najib.
Jika selepas mesyuarat nanti, mereka memilih untuk ‘ignore’ cadangan Tun, maka jelaslah UMNO tidak lagi diselematkan.
Jika ahli parlimen, MT dan ahli-ahli biasa telah bertekad untuk ‘sink or swim’ with Najib, apakah releven mengundi BN pada PRU akan datang?
They say ignorance is bliss.
For UMNO, ignorance is the new nature, that what i can see from responses of cawangan leaders in their TV3 news.
For Malaysians, your ignorance is a good bye.
If this persist, in the next election, we can simply say good bye to UMNO.
Salam Tun
Written last year. 🙂
http://www.mmtimes.com/index.php/opinion/13233-najib-s-slow-death.html
Najib’s slow death
Living under the tawdry and sinking regime of Prime Minister Najib Razak must seem to Malaysians like death by treacle.
Najib’s slow death
They are drowning in a gluey black sea of venality the likes of which has not been seen in this region since the days of President Ferdinand Marcos in the Philippines.
The mounting litany of shameful episodes that have riven that nation all appear to be traceable to the hapless PM, who is also the head of the dominant political party, the United Malays National Organisation.
Things are so bad that last week the UMNO-owned newspaper, Utusan Malaysia, carried an outrageous editorial that tried to exonerate Najib and shift the blame elsewhere.
It failed, of course, because it was arguing against facts that indicate to all Malaysians that Najib is steadily sinking into the treacly pit of corruption and maladministration into which he has plunged his country.
If you think this is over the top, just consider a few of the more damning indictments against the PM and his band of gangsters, cheats and philanderers.
First, there are the missing billions of taxpayers’ money. It is hard to truly comprehend the full magnitude of this gigantic, nepotistic malfeasance, and even the illustrious New York Times took three pages to try to do it.
Suffice to say that Najib’s stepson, Riza Aziz, the offspring of the PM’s second wife Rosmah, is the man apparently responsible for most of the woes brought about by this debacle – otherwise known as 1MDB.
The initials stand for 1Malaysia Development Berhad, a sovereign wealth fund that has lost billions due to corruption and mismanagement, and is still weighed down by massive nonperforming loans.
The fund appears to be almost entirely controlled by Najib, Aziz and a flamboyant Penang conman called Jho Low – no relation to Jennifer Lopez, though he mixes with Paris Hilton and other Hollywood starlets.
Why and how? There is no clear answer, except to recall that Najib is under the sway of Rosmah, a shopaholic wrecking ball, who shrugs off ridicule and ignores how her actions thwart her husband’s premiership.
In truth, the personal damage to Najib is piffling compared to the disastrous effect the huge 1MDB losses are having on the already fragile Malaysian economy.
An opposition MP has called the fund fiasco “the mother of the mother of the mother of all scandals in the history of Malaysia”.
He may be right. Certainly, there are already worries that if and when 1MDB collapses, the nation’s financial system may take a hit that will dwarf the effect of the Asian Financial Crisis in 1997.
And bear in mind that Malaysia’s resource-dependent economy is already in trouble due to the depressed price of its key exports, petroleum oil and palm oil.
Last month, Najib announced US$1.5 billion in spending cuts and said Malaysia’s economic growth would fall from 6 percent to between 4.5pc and 5.5pc this year.
The economic woes have been compounded by diminishing political support at home.
In the last general election two years ago, Najib vowed to reverse the drop in votes that his UMNO-led coalition had witnessed under his predecessor, PM Abdullah Badawi.
It did not happen. His government ceded even more seats and lost four state assemblies and the overall popular vote to the opposition People’s Alliance, led by Anwar Ibrahim.
Since that chastening experience, Najib has clung onto the UMNO leadership by appeasing his key support base, the nation’s Malay-Muslim majority, and marginalising the minority Chinese and Indian communities.
This shocking move was his only option, or else he would have faced the same fate as Abdullah, who was elbowed out after his election failure by UMNO party men.
Concurrently, Najib has reversed his promise to dump the colonial-era Sedition Act, and instead applied it with increasing frequency against oppositionists, lawyers, journalists and academics.
Most recently, Anwar has been jailed for five years after a dubious sodomy conviction, while one of the nation’s popular cartoonists has been detained for drawing caricatures that lampoon the farcical Anwar trial.
Not only do these actions signal a premier running scared – as would be expected after the 1MDB catastrophe and his election setback – but they are grotesquely hypocritical.
Tarring Anwar with sodomy conveniently distracts attention from the fact that Najib, a notorious philanderer in his early days like most UMNO leaders, may be complicit in the murder of a Mongolian model.
The demise of this woman, the lover of the PM’s closest adviser and many Malaysians suspect also Najib’s mistress, is under investigation due to a $155 million kickback in an intertwined submarine deal negotiated when Najib was defence minister.
All of this led Utusan to issue its absurd editorial that – wait for it – blamed America for the country’s woes. It even accused Washington, which has criticised Anwar’s jailing, of copying the opposition leader’s behaviour.
According to Utusan, “The US wants to ‘sodomise’ our legal and judicial system, even though the majority of Malaysians agree with the court’s decision.”
Well, that is a moot point. Certainly the voting pattern suggests most Malaysians would happily accept Anwar as their next PM.
In any case, Najib’s survival may depend more on UMNO elders like former PM Mahathir Mohamad, and former finance ministers Daim Zainuddin and Razaleigh Hamzah.
Since they have all turned against him, though, the omens are not good.
Assalam Tun.
Gara2 si Najib menghantar ketua2 cawangan dan ketua2 pemuda bahagian untuk menunaikan fardu haji juga telah merampas hak perserta2 yang telah lama mendaftar untuk mengerjakan haji.
Jika diandaikan Najib telah menghantar 1500 orang ahli2 UMNO tersebut untuk menunaikan haji, maka secara tersendiri 1500 orang perserta yang telah lama mendaftar akan kehilangan peluang untuk berbuat haji tahun lalu.
Dan jika perserta2 berdaftar 1500 orang ini yang hak2nya telah dirampas oleh Najib diberi peluang menunaikan fardu haji pada tahun ini, maka 1500 orang perserta2 yang dah lama berdaftar yang sepatutnya mendapat giliran tahun ini akan hilang hak dan terpaksa menunggu tahun hadapan.
Dan seterusnya pada setiap tahun yang akan datang….
Di ringkaskan cerita, hak yang sepatutnya jatuh kepada 1500 orang perserta berdaftar akan hilang pada setiap tahun untuk selama2nya akibat perbuatan “jumping the queue” yang dipraktikkan oleh Najib!!
Jika Najib meneruskan perbuatan ketidakadilan yang serupa tahun ini (untuk golongan berlainan, mungkin untuk wanita dan puteri UMNO atau sebagainya), maka hak untuk 3000 orang pendaftar pada setiap tahun untuk selama2nya telah dirampas oleh Najib!!!
Harus diingat, pada masa ini seseorang harus menunggu lebih dari 60 tahun selepas mendaftar sebagai perserta untuk mendapatkan giliran mereka menunaikan haji.
H
Assalam Tun.
Musim Haji yang lalu, ketua2 cawangan UMNO berpeluang menunaikan fardhu haji dengan percuma.
Juga ketua2 pemuda bahagian telah diberi peluang untuk menunaikan rukun Islam ke-5 dengan percuma.
“Cash is king” yang menjadi pegangan serta perinsip si Najib, sekarang telah menular ke hal2 berkenaan ugama Islam.
Mereka2 yang berpeluang pergi mengerjakan haji tersebut sedikit pun tidak menghiraukan asal usul wang yang telah membolehkan mereka menunaikan fardu haji! Seandainya wang yang digunakan adalah wang yang dilaknati rakyat Malaysia atas sebab2 rasuah yang dilakukan si Najib bersama2 dengan kuncu2nya, maka adalah sia2 saja.
Gula2 penyedap yang dihadiahkan untuk ahli2 cawangan UMNO telah bertambah perisa, nilai dan lebih kerap, sehinggakan pergolakan dalam koperasi2 di kampung2 yang sememangnya diterajui ketua cawangan telah sama2 merasakan gula2 dari si Najib!
Sokonglah orang2 Najib!
Mungkin tak lama lagi Najib akan tukar “Cash is king” menjadi “Cash is God”, yang memberi maksud satu penambahbaikan.
Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
1. Surat/Amanat dari Tun mesti dibaca oleh ahli2 akar umbi di cawangan2 UMNO.
2. Mereka mesti tahu siapa musuh sebenar UMNO yang sedang bermaharajalela mempergunakan UMNO untuk kepentingan peribadi bagi menutup skandal2 peribadi sendiri.
3. DSN yaitu Presiden UMNO adalah ANCAMAN terbesar UMNO (bukan Pembangkang), dan beliau wajib dilucut cari jawatan melalui UNDI TIDAK PERCAYA.
4. Pada masa sekarang Pembangkang mahu DSN kekal sebagai PM untuk memastikan kemenangan mereka pada PRU-14. Sebab itu Presiden PAS berbaik-baik dengan DSN yang korup dan gagal. Kerana kuasa sanggup buat apa saja; dulu sibuk tuduh orang lain ‘syaitan bisu’.
5. Saya doakan ahli2 UMNO akar umbi bersama Ketua2 Cawangan UMNO di seluruh negara dengar dan laksanakan nasihat Tun sebelum terlambat. Jangan jadi pengkhianat dengan menyokong PM Najib @ Ah Jib Gor. Sila turunkan beliau secepat mungkin!
P/S: Kes Mr. Lim Guan Eng dan Dr. Khir Toyo serupa – beli rumah di bawah harga pasaran; ‘Willing buyer and seller?’; yelah tu, dapat DISKAUN konon. Yang lagi lawak, harga ‘1 kaki persegi’ ‘rumah mampu milik rakyat’ jauh lebih mahal dari harga ‘1 kaki persegi’ banglo Mr. Lim Guan Eng di Penang.. jika saya silap minta mana2 penyokong DAP betulkan saya.. BERSIH? Kah..Kah..Kah.. Pelajar cemerlang @ anak didik Mr. Lim Kit Siang.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***
Sungguh kurang cedik pengerusi umno pulau pinang zainal abidin osman, hang dok sibuk nak teriak pasai lim guan eng beli rumah yg di sewanya buat pa, saya bukan pro lim tetapi pikiak logik sikit,
Hang kata lim beli rumah unsur rasuah “cara lim tidak berintegriti dan menjadi contoh.
Fikir heh perbezaan
Lim beli rumah sapat harga diskaun bermaksud lim pandai minta diskaun.
Tun kata 1MDB beli stesen janakuasa yg lesen dah expired dengan harga yg tak masuk akal
Tanah di beli si TRX dengan harga ciput tapi di jual dengan harga berganda2.
Hang ni bodoh matematik ka?.. hang patut pi jumpa ahmad maslan atau menteri kewangan untuk menuntut ilmu matematik hartanah.
Jadi kes mana yang wajib di siasat dahulu?
Buat malu kami rakyat hang ni, orang kata pemimpin bawah regim najib akal pendek tau, makan telo penyu boleh pendekkan akal tak?
Dah dah lah jangan kejar glamor…tugas yang penting kamu adalah tarik semula hati rakyat pulau pinang…nampak sangat kamu makan tidur potong reben majlis gambar2 mesra bersama rakyat sehingga otak pemimpin2 umno kelihatan lemah sekali.
Kekalahan umno di pulau pinang kerana kelemahan dan juga kamu kurang integriti.
Jangan pakai sebut sahaja tetapi tidak faham akan maknanya.
Asalamualaikum Tun…Tun tolong sekolahkan lah tun semua wakil umno sekarang yang kurang cerdik atau minta Tan Seri Rafidah Aziz buka tution mengajar menteri seperti dia ni, azalina, shah rizat, mas ermiyati, hishamuddin, nurjazlan, dan lain lain. Yuran percuma bantuan rakyat.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/19/stop-palm-oil-tax-france-told-council-condemns-actions-as-discriminatory-and-disproportionate/
Tak suka, balik negeri asalmu.
If you cant afford hiring foreign workers with the new levy, then dont hire.
If cant sustain the manufacturing plant here, move out and go other countries that can produce more cheaply.
If you dont like umno supremacy, then dont vote them.
Penang dap state government, and other state government can abolish gst on their land without rallies on anti najib, anti gst if you think gst is haram, not halal.
No need to have citizen’s declaration.
Another 2 years to go, ge must be called by pm najib.
You have no choice but to wait it out because you must show the role model of modern malaysia whereby everything must follow rules and regulations.
It is because of Najib Wrong Doings & Incompetence
That Tun and we ask Najib to step down
We did not ask UMNO to step down nor
We and Tun are abetting to Oppositions to topple UMNO
We , Tun & Oppositions are just Voice of Najib Wrong Doings
But News reflects today
As if Tun Mahathir is the Bad Guy
Sleeping with the Enemy
Najib incompetency and wrong doings cannot be let away
It is not of one weaknesses It is a betrayal towards our Nation , Malaysia
Submissive to Spore every request to giving away Tanjung Pagar Land
just like that Without even a Negotiating
Is a Betrayal of Najib towards Najib his own Nations
Above Najib putting money into his own pocket He owes Malaysia
Not an explanations but Professionals Investigations
Now they try to stinks Tun Mahathir as if Tun is Sleeping with the enemy
INSTEAD of looking to the Roots of the problem
These UMNO members and Parliament
Must identify and solves the Roots of it
Salam, Tun,
Ps.
9. Kalau Baginda Rasulullah SAW boleh bekerjasama dengan bukan Islam termasuk golongan Yahudi (di dalam mempertahankan Kota Madinah), mengapa usaha Tun untuk memaksa seorang Perdana Menteri yang kejam untuk bersara dari jawatan beliau dengan kerjasama pihak-pihak yang berpendirian yang sama dengan Tun salah?! Adakah semua ahli-ahli UMNO / BN, Melayu dan atau Islam? Adakan ni suatu lagi usaha Rejim Najib untuk mengalih perhatian rakyat yang UMNO /BN sentiasa betul, dan yang tidak sehaluan dengannya salah?!
10. Fikir-fikirkanlah sedikit, wahai saudara saudari ku sekelian yang masih menyokong dan bersekongkol dengan golongan pemimpin yang munafik dan yang sudah tersasar jauh dari tujuan asal perjuangan politik kalian…Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menyingkir seorang pemimpin yang berjawatan PM bersama-sama dengan kesemua pemimpin yang menyokong dan bersekongkol dengan beliau!
11. Masanya telah tiba untuk kita sama-sama memberi peluang kepada negara dan rakyatnya yang tercinta ini untuk merawat “penyakit berbisa” yang malangnya telah menimpa kita semua kini agar kita mampu meninggalkan negara bertuah ini kepada anak cucu dan generasi-generasi mendatang didalam keadaan sihat, makmur dan sejahtera untuk dibanggakan oleh mereka!!!
Sekian, Tun, terima kasih. Wassalam.
Pss.
Terima kasih “Daeng” di atas persetujuan sdr/sdri dengan saya!
The Flames gets Bigger
News of Tun with DAP
Has nothing at all to do with Tun grouping with them to topple Najib
Its is all about Najib putting money into his pockets
That is very wrong and its HARAM Jib
These jib you got to teach yr children
So Stop playing charades and being hyprocrites
Hide behind the bush
Blaming Tun Mahathir for Najib very own Wrong doings
Saya setuju semua kata kata teman bloger di sini..kami mahukan pemimpin yang bersih cekap dan amanah…slogan yang di pegang semasa Tun..sekarang apa makna salam satu malaysia yang di ucap oleh pegawai2 kerajaan di bawah kepimpinan najib, rasuah makin banyak. Road block nyorok2 main banyak…amat memalukan apabila orang luar nampak akan roadblock main nyorok2 bawah pokok dan sebahagiannya menunggu di hadapan tidak mengira waktu puncak rakyat mahu pulang ke rumah atau berehat tengah hari!
Apabila jalan jammed atau yang berlubang di biarkan maka kami semua akan lewat dan ini boleh melemahkan ekonomi negara.
Di mana kah letaknya keupayaan pemikiran pemimpin di bahagian2 yang berkaitan?
Semuga road block yang menyorok di celahan pokok itu si patuk ular senduk..
Jalan ke rapid pun sangat teruk. Azalina tidak cukup masak kah untuk melawat jalan raya di sana, jangan beri alasan projek sedang di jalankan…fikirlah mana tanggung jawab kamu apabila penduduk pengerang memangkah kamu?.
Ini kah hasil yang kami dapat? Apabila pembangunan bermula di sana di lihat semakin banyak rumah urut dan spa siam bercambah, di mana kah orang2 jakim?..semakin ramai pelajar sekolah berjinak2 ke rumah urut yang bertopengkan spa…kursus kahwin di anjur buat apa?…dalam negara sepatutnya di pantau hingga kelihatan rakyat malaysia sudah tidak perlu ke hadyai di dalam malaysia semakin banyak…
Sangupkah melihat anak anak bangsa melayu islam rosak kerana ketamakan pihak yang berwajib?
Asalamualaikum..semua
https://m.facebook.com/groups/783566101725191?view=permalink&id=1005635029518296&fs=1
http://www.surah.my/18
Salam Tun.
1. Di katakan asalnya memperjuang untuk bangsa, agama dan negara.
2. Dalam tiga yang diperjuangkan dua akan ditinggalkan di dunia ini sementara satu lagi iaitu agama akan berpanjangan sehingga ke akhirat hendaknya.
3. Ketika pembentukan agama Islam sendiri perjuangan dalam mengembangkan kepada manusia-manusia ini berbagai rintangan terpaksa diharungi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
4. Salah satunya ada di cerita dalam al-Quran iaitu golongan ‘munafiqun’. Golongan ini ada sifat munafik iaitu digambarkan oleh Allah s.w.t yang mempunyai kata hati berlainan dengan perbuatan.
5. Walau pun golongan ini mengaku beriman dan mengakui kerasulan nabi Muhammad s.a.w tapi pada Allah s.w.t pengakuan ini satu pembohongan yang mana kerasulan Rasullulah s.a.w memang telah tertegak tampa perlukan pengakuan golongan munafik ini.
6. Sebagai iktibar sejak zaman dahulu lagi ketika perjuangan baginda Rasullullah s.a.w sehingga zaman kini manusia munafik tetap ada dan kepada manusia-manusia sekarang yang beriman kepada Allah s.w.t akan berhati-hati jika sifat munafik ini menakluki diri para pemimpin yang ada sekarang.
7. UMNO sebagaimana parti lain tidak kira parti pemerintah atau pembangkang pasti akan terdedah kepada golongan munafik ini.
8. Bahayanya yang ada sifat munafik ini kerana pembohongan dalam seagama. Walau pun Rasullullah s.a.w diminta hapuskan oleh rakan-rakan seperjuangan tetapi kerana faktor pandangan umum dalam agama maka tindakan lain telah diambil.
9. Satunya tindakan diambil ialah menjauhi golongan ini dan membiarkan dirinya berjauhan dalam jamaah .
10. Kini kita tidak mungkin akan dapat membaca hati manusia ini dengan bimbingan langsung dari Rasullullah s.a.w. Walau bagaimana pun kita dapat mengenal akan ingatan Allah s.w t golongan ini kata-katanya berlainan dari perlakuannya lebih-lebih lagi permasalahan yang ditimbul akan di kesan manusia yang takutkan kuasa Allah s.w.t.
11. Jadi UMNO bukan pegangan kita untuk selamanya malah dicipta oleh seorang manusia secara perkumpulan. Bangsa dan negara wajib berpandukan agama.
12. Akhirnya kita semua tidak kira bangsa , agama dan negara akan kembali kepada Allah s.w.t untuk dibicarakan atas apa yang telah kita lakukan di dunia ini.
Wallahua’lam.
ISIS nak culik Najib ?
Haha ini lagi Sandiwara semasa
Ini semua andaian US Intelligence bagi memgelirukan Ummah
Supaya kita sesama kita berterlagah
Nak culik Najib nak buat apa ?
Serupalah sandiwara Saudi derma Najib berbillion
Kan senang cakap je Najib perlihara Toyol atau duit jatuh dari Langgit
ISIS pada pandangan saya adalah sekutu Yahudi , US
Jika ia benar perjuangan Ummah sudah sekarang ISIS akan bertindak terhadap Israel
Bukan kah tidak US sudah berapa kali tersalah kononya nak kasi senjata pada Rebels
pemutus jatuh pada tangan ISIS juga
Pertama
Pentakbiran System Undang undang sudah di cemari olih Najib
Ini mengalahkan Military Rule
Ini perlu diperbetulkan sebelum kita menyentuh akan kebenaran Najib
Ini beliau belajar dari mentor beliau mengunakan Pentakbiran Undang undang Negara
bagi melindungi , mendapatkan dan menyenangkan Kehendak mereka
Petition Tun bersama pembangkang dan yg lain yg di Salurkan
Tidak akan Kedengaran jika Pentakbiran Undang Undang memekak dan membisu diri
Maka jika benar Bolih kita kemukakan Suara kita ke PBB atau ke International Court of Justice .Jika Tidak akan tiba masa ia akan Retak .Bila dah Retak maka huruhara
Malaysia kelak.Rakyat bertahan tetapi sampai bila ?
Dengan Najib memasukan wang ke account beliau walau jika tulin pengakuan Beliau
Undang undang perlu Bukti
Memeberi alasan kononya Derma seolah memperbudakan Parlimen dan Malaysia keseluruhannya . AG bergini memang tidak bolih pakai
Setakat pengakuan Najib tanpa Bukti
Apa Hak AG bagi memutuskan ?
In tanggung jawab
Judiaciary system , Judiciary Bar yr menerajui system Kehakiman Malaysia
Bukan AG
Ternyata kita sudah sedaya memperlembut , menghalusi dengan sopan
Bagi kita sesama Najib menyelesaikan masalah dan keresahan bersama
Nampaknya kita perlu mengatur langkah mengikut Irama Najib
Salam Tun,
To me, damages done and if it is not stopped, whatever remaining will also turned sour.
One way looking at it, let UMNO fall. Let them learn the hard way that it is a mighty task to earn the respect and trust from the masses. Let them learn that MALAYSIANS have reached maturity where the RAKYAT is no longer easy to be coaxed in believing whatever they throw at them. Let them learn that political ideology based on racism is no longer valid in this modern world.
Continue the fight TUN, as myself will continuously support your cause only for MALAYSIANS as a whole and not for UMNO.
Thanks Tun.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
YABhg. Tun,
Warkah Tun tersebut amat bertepatan dengan keadaan kehidupan rakyat dan negara tercinta masa kini. Terima kasih… Semoga ahli-ahli UMNO, terutamanya kembali ke pangkal jalan – hayati matlamat penubuhan / perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara. Amin.
Janganlah kita menyokong kemungkaran yang akhirnya nemakan diri kita sendiri. Lihatlah dengan mata hati betapa banyaknya kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukan oleh mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin, tetapi menyalagunakan kuasa. Semua itu akan diwarisi oleh generasi muda / akan datang dan mereka akan menyalahkan kita kelak kerana gagal menangani isu-isu semasa yang begitu kronik. Sesungguhnya, bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh. Meruntuh itu lebih senang daripada membina. Wallahualam.
Please take care, Tun. We love and miss u…
Wassalam.
Salam,
Di Asia Barat kerajaan tumbang dengan peperangan. Di Malaysia, tumbang dengan main golf sahaja.
Sekarang hutang pun banyak. Federal Reserve pun berkurang banyak (berdasarkan laporan BNM). DAP pun tak nak dah berebut jadi Pemerintah. Jawabnya kita lah pulak kena cover hutang tu semua kan?
Pejuang Islam (kononnya) pun dah kena “ikat” dengan Ikatan.
Pelabur luar pun tak nak datang dah. Sign la apa – apa agreement pun. Saham pun out.
TQ
Salam Tun ,
Soalan kapada ahli-ahli UMNO yang ada ,adakah kita harus
“redha” dengan apa yang belaku atau berusha mengatasinya ?.
Hidup mati UMNO terletak diatas ahli-ahli yang ada sekarang ,sangupkah dipersalahkan bersama, ditas kehanchuran UMNO yang bakal menanti .
Fikirkanlah .
http://www.huffingtonpost.com/rev-chuck-currie/an-american-in-israel-pal_b_9474884.html
Assalamualaikum Tun.
Setuju dengan Tun, Tired dan The Hidden Secret.
Najib memang MAHA ZALIM. Macam Dajal.
Sekian Tun.
assalamualaikum
SAYA RASA CARA UNTUK MENJATUHKAN NAJIB ADA DUA CARA PERTAMA MELALUI PRU YANG KEDUA UNDI TIDAK PERCAYA..SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN CARA MEMBEBASKAN ANWAR KERANA BELIAU MEMPUNYAI PENGARUH UNTUK MEMBETULKAN APA YANG SALAH SEPERTI
ANG KITA LIHAT DALAM REFORMASI 1998 kesannya beliau akan menikam tun mahathir dari belakang dek impiannya menjadi pm .. KITA JUGA HARUS BERSYUKUR KERANA ANWAR DIMASUKKAN DALAM PENJARA PADA WAKTU SEKARANG JIKA TIDAK BELIAU PASTI MENGGUNAKAN PELUANG INI SEBAIK MUNGKIN … LEBIH2 WAKTU HIMPUNAN MELAYU BERSATU IA LEBIH KEARAH TRAGEDI 13 MEI 1969 ….BERSAMBUNG PADA CARA UNTUK MENJATUHKAN NAJIB ADALAH DENGAN melekatkan poster sebab harus digulingkan najib atau menhebohkan di fb atau mana2 media sosial kerana kebanyakkan yang menyokong umno adalah dikalangan orang tua kita menggunakan sepenuhnya peluang untuk menguasai saki baki pemuda yang menyokong pm atau mengadakan undian di laman sesawang menumbangkan najib jika tidak berjaya kita buat reformasi di putrajaya di hadapan pejabat pm .. ini PASTI MENCEMASKAN AHLI UMNO YANG MAHUKAN JAWATAN AKHIRNYA MEREKA MEMBUAT UNDI TIDAK PERCAYA..
YANG KEDUA SAYA MERAYU BATALKAN TPPA KERANA IA IBARAT MALAYAN UNION DAN KUASA SULTAN SEPERTI TIDAK ADA DAN MALAYSIA TIDAKBERSEDIA UNTUK MENYAMBUTNYA
Salam, Tun,
1. Tun lupa nak masukkan di dalam surat tersebut yang Rejim Najib telah dan akan meninggalkan jumlah hutang yang banyak untuk ditanggung oleh generasi kita yang akan datang.
2. Kalau Rejim Najib dibiarkan memerintah lebih lama, negara Malaysia tercinta akan menjadi sebuah “negara pariah” yang akan di cemuh oleh masyarakat antarabangsa dan akan disatukan dengan negara-negara Islam lain yang gagal.
3. Yang utama diingatkan ialah negara kita akan dijajah kembali dan rakyat terutama orang Melayu akan menjadi papa kedana, menjadi kuli kepada kuli-kuli yang sediada, dan menjadi pengemis di negara sendiri.
4. Memamg betul yang kaya tidak akan terjejas tetapi berapa ramai bilangan mereka yang orang Melayu?
5. Rejim Najib/JAKIM akan menutupi bumi bertuah ni dengan pasir agar ia kelihatan saperti padang pasir agar orang Islam diMalaysia boleh merasa selesa tinggal di dalamnya umpama berada dibumi Arab dan sekaligus dekat dengan bangsa yang disanjung tinggi (tetapi mundur dan tak cerdik!!!)
6. Rejim Najib menggunakan “tektik menakutkan orang Melayu akan kehilangan kuasa” agar orang Melayu tidak sedar bahawa kuasa tersebut sudahpun hilang kini dan saki baki yang tinggal akan hilang terus menjelang PRU14 / 2018!
7. Tun harus tekankan bahawa lagi lama Rejim Najib memerintah, lagi sengsara kehidupan rakyat Malaysia terutama orang Melayu!
8. Kita perlu mengorbankan Rejim Najib sekarang bagi membolehkan negara Malaysia tercinta bangun semula untuk mencipta semula jatidiri dan maruah kita sebagai rakyat sebuah negara yang maju, bersopan dan bebas rasuah!
Sekian, Tun, terima kasih. Wsssalam.
Salam Tun,
Nice to see you in good health at the Mesjid Negara today. And I was able to congrat you for receiving the Doctorate from Univ. Muhamnadiah.
Mereka bilang org Melayu berani dan pantang di cabar. Org Melayu tidak akan berundur kalau di tentang.
Kita sekarang berharap ahli UMNO berani utk minta Najib berundur sebelom terlambat
Wallahualam
Salam!
Alim ulama UMNO… Fatul Bari, khir baharom, masitah… Semuanya pentingkan periuk nasi… Sanggup gadaikan ugama untuk duit dan jawatan.
Ulama Pas pula memang sengaja sokong najib…. Supaya umno kalah dalam PRU akan datang.
Apa punye ulamak la diorang semua ni.
If World War happened after G.E
If UMNO lost…
Malaysia system will be in turmoil…
Food for thoughts for UMNO and to all Parties…
Will Malaysia be prepared for World War 3 this time?
I hope my sixth sense gives me false alarm about this…
Jazakumullah khairan kathira to all muslims (not only malay)
N peace to all non muslims…
@ahmadadamsmith
08 Juma’da’ al-Tha’ni’ 1437
Happy Thinking guys…
✌
Salam Tun,
At this juncture, I am no longer interested in UMNO, not only in Najib, but the whole party as I see the culture of defending the the leader no matter what, is being exploited even to a religious sense. Nobody in UMNO is respectable, trustworthy & intelligent enough to take up the leadership. All existing MT, Ministers & Deputies MUST be accountable & receive penalties for their blind support. In order to revive UMNO for the masses, we will need to see a whole new faces taking up the positions.
God bless you Tun. You are a true LEGEND!
Assalam Tun.
Kenyataan Tun,
“Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. (sic)”
Kesian Pak Dol PM5, namanya tak tersenarai….
Memang patut pun Pak Dol tu dipinggirkan!
Assalam Tun.
Memang tepat sekali Tun menghantar surat sedemikian kepada ahli2 cawangan UMNO dan tidak kepada ketua bahagian UMNO.
Ahli2 cawangan UMNO adalah akar umbi yang sebenar parti, tidak sekali2 boleh disamakan dengan ketua bahagian yang masing2 kebanyakannya mempunyai kepentingan tersendiri dan hanya menggunakan ahli2 cawangan untuk menguatkan/mengekalkan kedudukan mereka.
Confirm UMNO will be losing in the next GE if Najib still the PM. No one around me such as friends, family members, colleagues at workplace etc supporting the present gov lead by Najib. UMNO is doomed if PM not replaced.
Everyone is awaiting next GE to vote out UMNO….UMNO members and leaders please watch carefully…dont under estimate people sentiments.
My wife and mine voted for BN in the last GE. But for next GE it could be no more if Najib remain the PM.
assalamualaikum Ybhg. Tun
Semoga penjelasan tun dapat mengubah tanggapan ahli2 umno cawangan yg bersidang SELURUH NEGARA serta mereka boleh melakukan sesuatu demi kelangsungan masa depan UMNO DAN BUKANNYA NAJIB. DIHARAP AGAR AHLI2 UMNO SEDAR PERJUANGAN ASAL UMNO.SEKIAN
*SEMOGA TUN DALAM LINDUNGAN ALLAH S.W.T SENANTIASA