SURAT TERBUKA

Kepada Rakyat Malaysia,

Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru.

Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin.

Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.

Malaysia setelah Merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.

Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh. Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.

Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.

Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar Amerika.

Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.

Hutang Negara meningkat berbilion Ringgit.

Walaupun belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi dan agensi Kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.

Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.

Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi. Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.

Jenayah dalam Kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.

Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk. Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.

Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini. Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.

Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.

Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.

Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.

Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.

Pengurusan kewangan akan tertakluk kepada undang-undang dan aturan-peraturan baru supaya Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak boleh sembunyi sebarang perbelanjaan. Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.

Didikan dan latihan secara besar-besaran akan diberi kepada semua rakyat dari semua kaum supaya mereka dapat bekerja dengan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja mereka.

Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi.

Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka.

Kami percaya kami berpengalaman dan memiliki banyak idea untuk pemulihan ekonomi dan politik negara yang kami akan jelaskan dari masa ke semasa.

Oleh itu sertailah parti kami demi kesejahteraan kehidupan kita semua.

ENG VERSION

OPEN LETTER

To the people of Malaysia,

We are the seven founding members in the establishment of a new political party.

Our positions are temporary. When the party is formed, delegates will select leaders.

While waiting for approval from the Registrar of Societies, let us explain why this party is being formed.

Malaysia, after Merdeka was successfully developed by Malaysians and their elected representatives such that it has become known as one independent country with high level of development.

Many third world countries consider Malaysia a model state. Everywhere that Malaysians go, they are respected because of the success in the administration and development of their country.

But now we are known as a country where corruption is rampant with the Minister of Finance of the worst of all.

We also have a Prime Minister who is being investigated for possible involvement in a major money laundering scheme (cleansing illegal money) involving billions of US dollars.

1MDB lose billions of Ringgit. At the same time the Prime Minister of Malaysia, Dato Seri Najib, has RM2.6 billion in his personal account.

National debt increased by billions of Ringgit.

Although the country’s budget seems high but ministries, institutions and agencies were ordered to reduce spending by up to 30 percent.

In the meantime, the cost of living has risen significantly became of GST, increase in quit rent, reduction in oil subsidies and the withdrawal of tax-free status for Langkawi and Labuan.

Democracy and the rules of law no longer exist. Officers are transferred and replaced with officers loyal to Najib who are willing to do even the wrong things when instructed.

Crimes within the Government are made secret. Those who exposed crimes are questioned, arrested, jailed and brought to court .

Indeed, the situation in the country and image abroad is really bad. Overseas, citizens are ashamed to claim themselves as Malaysian. No efforts are seen made to curtail crimes and improve the situation. The emphasis is on loyalty to Najib as Umno president and Prime Minister.

And so much more damage has been brought by Najib to our beloved country.

We, founding members of a new party, believe that the time has come for the people to save the country. Otherwise everything that we had enjoyed will be shattered, and we and our children will return to enduring poverty without dignity.

The party that we have established is intended to be a tool for people who really love this blessed country.

Our intention is to serve so that people and the country recover.

Democracy and administration according to the rule of law situation will return.

Loopholes that could be abused by elected leaders will be eliminated.

Financial management will be subject to the law and new rules, so that the Prime Minister or ministers cannot hide any expenses. Transparency in all dealings will be practised.

Education and training on a large scale will be given to people of all races so that they can work with an income commensurate with their work.

The poor and disabled will be sufficiently supported.

Scholarships for education up to the highest level will be made available for all according to their needs.

We believe we are have the experience and have a lot of ideas for economic and political recovery of the country that we will reveal from time to time.

So come join our party for the benefit of all of us.

51 thoughts on “SURAT TERBUKA”

  1. Asslamualaikum Tun,

    First and foremost Tun, congratulation for the idea to set up a new party ‘BERSATU’.Actually ‘BERSATU’ is just like a mirror image to UMNO or like a brother.Untuk maklumat Tun, ‘BERSATU’ belum disahkan oleh ROS pun dah dengar desas desus 5 negeri 50/50 sokongan pada UMNO iaitu JOHOR, TERENGGANU,PERAK, KEDAH dan SABAH. Maananya 5 negeri akan tumbang pada PAKATAN BERSATU pada PRU 14 akan datang. Very storng aura ‘BERSATU’ inyaALLAH tiada yang mustahil melainkan dengan izin ALLAH SWT. Ini disebabkan sentimen atau isu nasional yang terburuk dalam sejaran Malaysia dan memalukan seperti IMDB dan 2.6B tetapi yang rakyat paling marah dan kecewa sekali ialah Cukai GST dan Kos sara hidup yang terlalu tinggi. Sebahagian rakyat kata ‘Bagi BRIM SETAHUN SEKALI TAPI DEPA CEKIK DARAH KITA HARI2 DEGAN GST’ begitu marahnya rakyat pada kerajaaan sekarang. Sebagai maklumat Tun juga , sebelum ini rakyat tidak terlalu kisah pasal 1MDB,apabila penjelasan demi penjelasan oleh pihak Tun melalui tour show baharulah msg tersebut sampai ke rakyat merhaen.Rakyat mula sedar ekonomi negara sekarang berada di ambang maut dan rakyat paling marah apabila GST mula diperkenalkan dan kos sara hidup yang terlalu tinggi. Kita sedia maklum rakyat Malaysia terdiri dari berbagai bangsa, agama dan parti politik. Ini bermakna ahli-ahli akar umbi UMNO juga merupakan rakyat merhean Malaysia, mereka merupakan penyokong tegar UMNO. Sebelum ‘BERSATU’ diilahamkan mereka ini diam/silent protest terhadap pimpinan UMNO Pusat,Negeri,Bah dan Cwg kerana polisi2 GST ini, walaupun mereka tidak bersetuju tetapi mereka tidak menyokong Parti Pembangkang lain spt PAS/PKR atau PAN, mereka tiada pilihan. Justeru dengan tertubuhnya BERSATU nampaklah mereka bersemangat kerana mereka mempunyai pilihan atau parti alterntif yang mempunyai perjuangan yang sama spt mereka perjuangkan sebelum ini. Welldone Tun, kita juga tidak nafikan apabila sebuah parti mengkhianati ahli dan tersasar dari perjuangan asal maka akan timbul parti lain yang akan mengekalkan perjuangan tersebut.WAlaupun nama lain tetapi perjuangan yang sama iaitu ‘BERSATU’ mirror image UMNO. Dalam hal ini apabila pemimpin UMNO yang mengkhianati UMNO dan Melayu, maka bak kata pepatah melayu ‘BILA MELAYU DIKHIANATI MAKA AKAN TIMBUL PEJUANG MELAYU SEJATI’ iaitu ‘BERSATU’. Jika Parti Golkar Indonesia pun boleh tumbang,Parti Janata India dan Presiden Marcos pun boleh tumbang disebabkan hampir kes yang sama iaitu ‘Kepala Harimau’,maka tidak mustahil BN UMNO akan menjadi PEMBANGKANG pada PRU KE 14 yang akan datang.Akhir kata Selamat Berjaya ‘BERSATU’ dan mohon kemaafan kepada Tunjika terdapat ayat atau perkataan yang kurang menyenangkan. Hidup BERSATU atau PAKATAN BERSATU demi untuk menyelamatkan Malaysia…wassalam TQ

  2. slm YBhg Tun. saya pun dah daftar ahli secara online. hari ni dah keluar di FACEBOOK mengatakan ada phishing/scam website utk pendaftaran online. Andaian blh di buat bhw PARTI BERSATU KUAT AURANYA krn belum apa2 lg di antara mereka telah kalut membuat andaian itu & ini. memberikan pandangan yg buruk Parti BERSATU. Sy sbg rakyat marhaen blh menilai kebimbangan mereka dgn ulasan2 yg diberikan melalui media2. Sekiranya tiada ancaman mereka tak perlu kalut & huru hara begini. Mereka melihat parti BERSATU sbg ancaman w/pun mereka cuba menidakkannya. Kesimpulan blh dibuat dgn melihat gelagat mereka ketika memberikan pendapat2 yg menunjukkan ancaman kpd mereka sendiri. Inilah mereka yg memberikan pendapat tanpa berfikir walhal mereka sdg membuka pekong di dada mereka bhw mereka gusar & risau dgn BERSATU. mereka sendiri tidak sedar apa yg mereka cakapkan krn itulah diri mereka dulu & sekarang tak pernah ingat apa yg dicakapkan & janji yg mereka taburkan. Insya Allah rakyat marhaen, ingat semua itu.

  3. Tun,
    Assalamualaikum. Saya dah daftar online. Tiap hari macam-macam TV3 dan Utusan Malaysia hentam Tun. Tak tau lah jugak samada ROS boleh bersikap profesional atau tidak.

  4. Assalamualaikum,

    Saya dah daftar online Parti Pribumi Bersatu. Semoga sukses.

    Thanks.

  5. Assalamualaikum Tun.

    Kini saya ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

    Nama parti ini sesuai untuk rakyat Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah.

    “Mereka dah gerun, Tun”.

  6. To you is dedak but to them is cake.

    Black cat or white cat doe not matter in the old days.

    But words matter, the sincere thoughts made by reagan’s daughther to repbublic preidency candidate though she is born and feed by republic.

    You too dont have to yell.

    Respect is to be earned.

    Only your race can vote meh?

  7. Matthias chang brought the case of 1mdb bypass usa embassy in jalan tun razak only shown dia mudah lupa apakah yang telah berlaku di negara ini politically and economically since 1997.

    Alibaba was rejected by sar hk because jack ma is prc national, nothing else.

    Angmo ny stock exchange accepted his listing to expand their national tax revenue to run the federal budget, and bagi beliau citizenship, salah ke?

    In boleh land, with the wanabe umnoputra in talking about their thoughts of malay patriotism only show they are not worth to be pounder on.

    Jika mereka ingat hanya mereka saja yang boleh bela melayu, even if they merge with pas atau tidak it wont make any differences.

    They need malay and bumiputra votes to get voted in putrajaya saja.

    But can they sustain government revenue?

    If they cant, they need to raise taxes.

    Obviviously, their target will be big companies.

    If big companies cannot sustain?

    Move out to other countries so that they can sustain since other countries need to feed their population to kutip hasil negara.

  8. Macc chief is melayu, dan bila beliau kata bersih, he means it.

    How much can he achieve his kpi when he vowed to clean corruption in the the fiscal, I mean, property market and money market?

    Dulu khir pun buat macam tu, hakikatnya, beliau dipermainkan oleh melayu sendiri.

    Even if you want to upgrade and sustain kdn and mod budget, you need to raise money, right?

    All system failed.

    Hence forth, sop of tge day could flawed too.

    The easiest way out is blame the pratitioners so that your political party is safe.

    Steve is very unhappy with privatization?

    Whether you like it or not, bn and opposition parties need private sectors to earn tax revenue to run their welware.

    Not happy, then wait for pm to call ge so that you can show case why voters must buy your ideas.

  9. Assalamualaikum Tun,

    Mohon ruangan utk menjawab sikit komen saudara umranrc. Komen2 saya sblm ini bkn bertujuan membidas atau mencari kelemahan perjuangan Tun. Negara Malaysia sedang melalui detik bersejarah pertukaran kerajaan sepenuhnya. Inilah masanya rakyat menyuarakan pendapat masing2 tak kira bangsa atau pendapat baik atau buruk. Masa inilah suara2 rakyat harus didengar oleh bakal peneraju negara baru. Saya menyokong perjuangan Tun dan rakan2, disana sini saya kempen utk Bersatu dan tidak sekali saya berdiri atas pagar, cuma mungkin terkasar sekali sekala atau repetitive, mohon maaf disitu. Jazakallahu khaira.

  10. A’salam kepada semua warga chedet.cc

    STATISTIK KEMPEN MENGUMPUL AHLI SECARA ONLINE

    Kempen mengumpul ahli secara online di http://www.pribumibersatu.ml mendapat sambutan yang hangat, dan statistik ahli yang mendaftar adalah seperti berikut.

    Yang beralih dari:

    UMNO 62%
    PKR 6%
    PAS 2%
    DAP 0%
    PAN 0%

    Selebihnya 44% dari mereka yang bukan ahli mana-mana parti politik.

    Terima kasih.

  11. Salam Tun,

    Mohon laluan….

    Salam Puan Sri Sense,
    Kita boleh lihat dengan terang dan jelas apa yang berlaku diblog ini…. yang biasanya hanya membaca sahaja juga kini turut serta. Dan jika diperhatikan ramai juga yang membidas….

    Salam Aktivis Islam,
    Seingat saya, saudara sendiri pernah mencadangkan supaya Tun untuk menubuhkan sebuah parti baru untuk menentang kemungkaran ini daripada terus-menerus mencubanya melalui jalan teguran seperti sekarang ini. Saya kira, Tun tiada pilihan lain maka lahirlah Bersatu ini. Bagaimana untuk membuktikan kewibawaan parti baru ini jika tiada sokongan dari permulaannya?

    Dear Voicefromafar,
    Yes, I’m in agreement with your opinion, however I’m not in agreement with the way you express your opinion. There is no reason to ‘shout’ like that to a ninety one year old man.

    Dear Dukuhead,
    Some positive thinking there.

    Dear Intan.o,
    Yup, I simply wish that Tun and the rest would start something on a clean slate.

    Dear The Hidden Secret,
    Keyboard warrior only? Our mind conditioning dictate us, Malaysians to avoid unnecessary violence, however, there is a limit to everything. Once the patience grow thinner than the ice sheet covering the lake in spring, things can get messy. Hope that the conditionings are able to sustain a winter state all the time…

    Dear Pokeppao,
    Yes, yes and yes. That is a very positive way of expressing oneself there. Although myself is a bumiputra, my thoughts are along that same line as yours.

    Thanks Tun.

  12. Tun,

    I respect you for all that you have done for our beloved country, even at this age you are still standing up for the country. But it is time to move forward. We need a party with unity that stands up for all the Rakyat, regardless of races, religions and Bumi or non-bumi status. We need a party that gives equal rights and privileges to every Malaysians. The fact that non-bumis cannot stand for election or vote in this party is just so wrong. we need Unity. Stop separating the Rakyats with the difference of races, religion and ethnicity.

    Sincerely wishes for your speedy recovery.

  13. UMNO under Najis is very corrupted and it’s clear now that all those UMNO party leaders only think about their family well being instead of the country and common people.

    Now those people living in cities know about Najis and his family’s looting job, so the new party should focus on village people and teach them clearly what they have done to their money and to Malaysia’s reputation.

  14. Dear voicefromafar

    When you say that this new party is like the old party, i am sure you strongly believe that the old party or setup does not work either because of a leader. Now what have we done so far to at least send this signal to the current leadership in the government that we do not want them anymore. Look at the last Sg Besar and Kuala Kangsar election.

    I think there wasn’t any sincere response from us who wanted the change. Do you think that the non-Malay voters have walked the talk ?

    We have to do something whether or not this new party will become a reality or not.

  15. Assalamualaikum,

    Intan o. ..bertahun lama saya bebas dari ahli mana2 parti termasuk umno, tp tak menghalang saya undi umno/pas/adil juga. Lainlah kalau saya berniat nak join politik. πŸ˜‰

  16. Assalamulaikum Tun. Wishing you a speedy recovery. I was very much looking forward to this new party. Looking forward to a much needed change. A party that would unite and take care of all Malaysians. A party that is accountable and for the people, transparent, progressive and led by down-to-earth good, honest Malaysians. However, I am disappointed that this party only allows non-bumis to be associate members and not allowed to vote.

    Tun, I happen to be a Bumi with non-Bumis in our extended family. It’s not a rarity anymore and we are certainly proud of this fact. We may look slightly different from one another, with different skin tones, cultures and upbringing but we are Malaysians all the same. We have the same aspirations, same goals and the same outlook for our unique country.

    Please reconsider to open the party with same rights and priviledges to all Malaysians. Else, we are left with still no party to vote for in the next GE. Considering the current state of affairs, we are worried.

    Thank you Tun

  17. Dear Tun,
    Have you forgotten? Melayu Muda Lupa! Your words..
    You are doing same thing what you did before. You gave everything to Malays, they throw you out. Now you are creating UMNO 2 with the same principals!! There is no hope in politics in Malaysia. Opposition parties are equally useless. MIC MCA are bastards and robbers. There are no more leaders in this country. You Malays fight la now!! Like always Indians and Chinese can go clean up their mess later. Bless Malaysia.

  18. Assalamualaikun Tun,

    voicefromafar, coalition government allows for more diverse and focused multiracial governance. For example, DAP keeps their own hierarchy, their leaderships but with a toned down and more rasional majmuk agenda. Lump races and religions together and bring up internal party election..chaos will ensue, i guarantee you that. The disparity within a single ruling party is something we should steer clear of.

  19. Tun,
    Because of your own personal endorsement of this new party, i will join if the avenue is open to us non-bumis. The fact that non-bumis cannot stand for election or vote is i believe a temporary measure and i will take it in good faith that with time, this new party will be more inclusive to fully embrace malaysians of all creed and color and faith. Sekian.

  20. Assalamualaikum Tun,

    Saya menyokong dlm banyak aspek perjuangan parti baru ini. Apa yg saya ingin tekankan mungkin ramai tak setuju, biasala baru nak wujud usaha dah ada bunyi2 tak elok. Apa pon saya perlu ckp juga, sbb nak bentuk buluh biar dari rebung, permulaan yg baik adalah formula kejayaan sebenar. Saya ingin sentuh sikit dari segi penubuhan iaitu pengasas2 penubuhan. Walau apa pon alasan (raih sokongan etc), harap Tun sedar pemimpin haruslah org yg berpengalaman dari byk segi. Jangan letakkan insan yg baru merangkak, latar belakang keturunan atau pandai berhujah semata, tapi letakkan insan yg mampu melaksanakan, mcm kata org bisnes risk mgmt lebih penting dari idea. Jgn kita pasang impian diatas landasan kegagalan lampau. Mula dgn landasan baru yg dibina atas berpengalaman. Selama ini politik kita bertopengkan hujah2 dan janji2 tong kosong. Ubahlah semua ini, kalau Tun tak boleh ubah sistem demokrasi kita mengikut pemerintahan islam sebenar, sekurangnya ubah konsep politik kita bermula dari dlm parti.

    Kalau kita benar2 nak ubah kerajaan sepenuhnya (Barisan Nasional ke Pakatan Harapan), biar ubah semua yg tak betul bkn sekadar tukar org.

    Saya letak harapan tinggi utk menukar pemerintah zalim, tapi saya tdk sekali meletakkan harapan tinggi pada parti baru kelak. Prove to us you’re really worth it. Talk is cheap and Action speak louder than words. Pemimpin adalah pemegang amanah rakyat. Semoga Tun cepat sembuh spt sediakala. Jazakallahu khaira.

  21. Setiap Party ada Agenda Tersendiri
    Setaip manusia ada Agenda tersendiri
    Ini logical hanya perlu agenda sendiri tidak mengugat dan menyusahkan pihak lain . Maka persaingan akan Wujud
    Ini tidak bolih di elakan
    The Best Man Win

    Begitu juga DAP asas usus PAP
    Mereka ada agenda sendiri
    Kononnya ia Meritocracy , tidak kira apa bangsa , Warna kulit
    Sekarang mereka terima semua kalangan
    Hanya tunggu masa mereka sudah berkuasa akan terlihat agenda mereka yg sebenar .Tidakkah Sejarah mengajar kita , membuka mata kita
    Janganlah kita terpedaya akan tipu helah kenyataan yg di putar belit dengan penipuan
    Sudah nyata dengan ganbungan Parti baru Tun dengan Parti lain
    untuk menupaskan Najib
    Sudah ada wakil besar dari DAP yg berkata
    Najib belajar dari Tun Mahathir
    Apakah tujuan perlafazan sedimikian di khalayak ramai ?
    Nyata dengan masa yg sama mereka cuba mengelirukan hubungan
    Maka tidak perlu benar kita bersentongkol dengan sesiapa
    Kita perlu berdikari dengan tujuan kita sendiri

    Parti Bersatu perlu di Azan
    Perlu Berkallimah , Perlu Sijil Halal ,Sijil Mesti perlu Organik lagi
    Maka kita Azankan sesiapa yg berminat
    Tidak pilih Kulit , Agama , Budaya dari Pembangkang
    Dari Kerajaan UMNO juga , sekali pun Deputy Prime Minister Ahmad Zahid
    anggota UMNO yg lain dan khususnya semua kalangan Rakyat Malaysia
    termasuk Sultan Beraja Malaysia , Kaki Tangan Kerajaan, Polis, Bomba ,Askar tidak ketinggalan Mad Rempit , Mad Burger , Mad Lepak
    Siapa tahu Mad Mad inilah yg bolih jadi harapan Bangsa
    Maka Parti Bersatu ini perlu mengasas membimbing mereka

    Sebab kita wujud sebagai 1 Malaysia
    Kita perlu hormat menghormati Kewujudan sesama
    Kita tidak minta di lahirkan sebagai kita
    Saya juga tidak minta di lahirkan Botak tapi Handsome gila
    Ini semua sudah di aturkan sudah ditulis dan
    Al Quran & Hadiths sebagai Pedoman Manusia Sejagat
    Untuk Makhluk yg wujud
    Bukan untuk Arab ,Yahudi atau yg lain

    ISLAM FOR MANKIND

  22. Assalamualaikum Tun,

    Selain party baru, saya rasa pakatan harapan juga perlu penjenamaan semula supaya mewakili semua kaum. Orang ramain perlu sedar walaupun party baru hanya terima ahli bumiputra, tetapi ianya hanyalah satu komponen dari badan yang lebih besar iaitu pakatan pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan mungkin juga PAS. Saya rasa pakatan inilah yang harus diketengahkan sebagai menangkis tohmahan party baru yang hanya terima ahli bumiputra. Sekarang ini, orang ramai hanya melihat party baru sebagai ‘penyelamat’ disebabkan pakatan harapan berada dalam keadaan kucar kacir. Mereka terutama non bumi menjadi kecewa kerana penyelamat ini hanya terima bumiputra sebagai ahli. Mereka tidak nampak pakatan pembangkan sebagai penyelamat dan ini menamambahkan lagi kekecewaan mereka. Pakatan pembangkang perlu menjadi bersatu, kuat dan dipimpin oleh pemimpin yang bercharisma dan berwibawa yang dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh ganti BN. Apabila non bumi sedar bahawa pakatan pembangkang kuat dan bersatu dan mewakili semua kaum barulah kekecewaan mereka surut. Parti baru ada misi khusus untuk orang2 melayu untuk beralih dari BN kepada pakatan. Parti-parti lain pula ada misi untuk memastikan penyokong sedia ada terutama non bumi kekal bersama pakatan pembangkang. Semua ada peranan masing2..dan mereka perlu bekerjasama untuk memastikan BN tumbang pada PRU akan datang.

  23. Why should we join your new party when it looks exactly like your old party? Non-bumi’s are only associate members, not allowed to vote for positions and can only be appointed? This is dividing and conquering all over again. YOU CAN KEEP YOUR PARTY FOR YOURSELF!

  24. Assalamualaikum Ayahanda Tun dan penulis surat terbuka ini yang mewakili penaja2 penubuhan sebuah parti politik baharu.

    Sebelum itu sedikit pembetulan, ramai tu 7 orang pengasas bukankah lebih afdal, lebih memikat dan dekat dengan rakyat jika dikenali sebagai 7 orang penaja atau 7 orang pengasas bersama (co-founder) kerana hasrat penubuhan sebuah parti politik baharu telah lama dicadangkan rakyat dan para komentator blog ini sendiri (tidak termasuk saya tapi macam bestlah sebab dalam blog ni pun ada orang digelar 7 jahanam namun dalam bahasa Inggeris jadi hero “The Magnificen Seven” πŸ™‚ ) namun saat dan ketika itu ayahanda Tun belum bersedia dan beranggapan UMNO masih boleh diselamatkan.

    Apapun syabas dan terima kasih kepada anda bertujuh kerana telah berjaya membuat permohonan penubuhan ke pejabat ROS baru2 ini, semoga dipermudahkan urusan kelulusan penubuhan tersebut tanpa sebarang pindaan atau teguran dari ROS.

    Harap2 kakitangan ROS ada membaca blog ini dan mereka harus sedar rakyat sedang memerhatikan samada ROS akan tunduk dengan arahan Si Penyalahguna kuasa atau tidak.

    Antara sebab utama Tun bersetuju dengan penubuhan sebuah parti politik baharu pada hemat saya tidak lain dan tidak bukan kerana DSN telah menutup segala saluran yang ada dan DSN bilang hanya mandat PRU sahaja yang boleh menjatuhkannya.

    Masih segar dalam ingatan ini bagaimana DSN dan kuncu2nya mencabar sesiapa sahaja yang tidak berpuashati atau tidak setiatolol pada dia, boleh keluar dan tubuh parti sendiri dan jumpa di PRU nanti.

    Nah tiba2 bila ianya benar2 mahu ditubuh dan dikhabarkan mendapat sambutan luar dugaan tiba2 mula takut pada bayang2 sendiri kenapa?

    Saranan saya jangan anda bantah kelak anda yang rugi dan barangkali lebih ramai ahli2 UMNO akan menyertainya kerana keyakinan anda sudah goyang bukankah menurut takrifan anda, ini adalah parti serpihan, parti orang kecewa, parti orang yang gila jawatan dan kuasa atau hanya parti bagi memenuhi kehendak jahat Tun M.

    Sepatutnya anda kena aksyen sikit tunjuk keberanian sebenar seorang pahlawan bugis sejati dengan lantang berkokok “Silakan-silakan tubuhkanlah parti politik baharu dan saya bersedia arahkan ROS percepatkan tanpa bantahan dan nak gunakan apa nama pun boleh saya sedikit pun tak gentar, kalau nak pakai nama dekat2 pun boleh, ya UMNA, UMNI atau lagi dekat UMNU pun no problemmm ha..ha..ha..(ketawa sikit nampak macam confident lebih baru gempak).

    Pada nada lebih tegas, saya bersetuju dengan bro Sudin agar keutamaan kita hanya difokuskan pada kelulusan penubuhan parti baharu tanpa sebarang pindaan nama.

    Al-maklum semua sudah tahu bahawa bro Kleptokrat (clap to kerat) boleh buat apa saja dan tiada sesiapapun boleh halang dia kecuali puakamon (ciplak idea bro joetachi atau sebelum rebranding joetamchi? – para pembaca main game pokemon takde faedah lebih baik tengok game puakamon lebih fening lalat daa..).

    Sangat sedar bahawa bukan Tun yang menulis kerana saya telah pernah meminta Tun memberi dalil dan sebab mengapa perlu Tun tubuhkan parti baharu namun atas kebijaksanaan serta strategi Tun soalan saya tidak dijawab.

    Surat terbuka seharusnya menyebutkan penubuhan parti politik baharu ini sebenarnya adalah dari aspirasi dan kehendak majoriti rakyat yang rasa cukup tertekan dan dizalimi oleh pemerintah hari ini serta memerlukan pembelaan dan akhirnya sebagai menyahut cabaran Perdana Menteri Ke 6 supaya menggunakan saluran yang demokratik untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

    Sekarang elok beritahu bakal2 ahli bersabar sebab macam mana nak jadi ahli Tun, parti belum lulus dan borang keahlian sah belum ada. Soal2 berbau manifesto pilihanraya boleh diketengahkan dalam satu lagi topik selepas pasca kelulusan BERSATU .

    Biar masih rebung dilentur jangan jadi member tu dah jadi buluh ‘anakku sazali’ perrh.. minta ampun berbillion ampun tak dapeklah den nak menolong.. πŸ™‚

    Rumusannya kami masih boleh mengucapkan semoga cepat sembuh buat ayahanda Tun tetapi hendak jadi ahli parti baharu belum boleh lagi tau πŸ™‚ .

    Jangan difikirkan sangat Tun sebaik sahaja diluluskan tanpa pindaan kami akan beramai2 pakat cari “The Magnificent 7” parti sebenar tu bukan “The Magnificent 7” uncle MC dalam blog inilah, minta borang keahlian sah. πŸ™‚

    Wasalam Tun.

  25. Salam!

    Di negara-negara lain, rakyat mereka ada yang mati dalam usaha untuk menumbangkan pemimpin yang korup. Kita kat Malaysia ni tak berani mati untuk menumbangkan pemimpin yang korup. Paling-paling pun kita berani jadi keyboard warrior je.

  26. Salam Tun.

    1. Surat terbuka Tun dan 6 lagi pengasas (tidak disebut nama) adalah janji akan di buat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

    2. Janji yang di kotakan adalah satu tarikan kepada Parti ini. Lagi satu apa yang tidak baik atau buruk akan diperbaiki.

    3. Parti yang berani mengubah perkara yang buruk pasti ada kelebihan walau pun tidak menang di dunia tetapi akan menang di akhirat.

    4. Jangan putus asa teruskan perjuangan menegakkan kebenaran kerana kita tidak rugi pada alam lain.

    5. Kita perlu lakukan perkara di dunia ini sebagai bekalan yang akan kita bawa kembali pada alam lain iaitu sesudah kita meninggalkan dunia ini (kematian).

    6. Janji terbaik adalah untuk kesejahteraan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

    7. Allah s.w.t tuhan agama Islam maha pemurah kerana memberi nikmat kepada semua manusia tidak kira agama, bangsa dan kaum atau keturunan.

    8. Allah s.w.t juga menghukum seorang Islam yang bersalah . Jadi seorang pemimpin yang baik dan mematuhi perintah tuhannya pasti juga membawa kerahmatan kepada manusia bukan beragama Islam.

    9. Islam bukannya buruk tetapi manusialah yang membuat atau melakukan perbuatan yang buruk ini.

    Wallahua’lam.

  27. Kami businessman melayu berpengkalan Di Hong Kong bersepadu menyokong pertubuhan parti Bersatu . Tkasih Tun Kami berjanji Akan “turun Padang” membantu

  28. Salam Tun

    Hope you get well soon and see you this Friday at Mesjid Negara.

    You can bet there will be hundreds of thousand Y Gens joining this new party and its coalition partners.

    I am positive once a coalition is formed between Bersatu , Amanah , PKR ad DAP, it will be a force to reckon with.

    This time BN may not even able to garner more than 80 seats.

    Insyaalah

  29. He say “Ex-leader was called ‘head of thieves’ by his enemy”

    This kafir can tell anything, but people knew he is the god of thievery and his family is cancerous to Malaysia.

  30. Assalam Tun.

    Janji2 saperti yang dinyatakan dalam isi kandungan surat terbuka Tun memang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan, dan saya amat percaya janji2 tersebut mampu dilaksanakan oleh kerajaan yang dibawah kepimpinan Tun. Bahkan setiap janji2 tersebut hanyalah merupakan sebahagian kecil perkara2 kebaikan yang telah dinikmati oleh rakyat semasa Tun mengetuai kerajaan.

    Apa yang dibimbangkan oleh kami ialah kegusaran yang dirasai oleh gang perasuah negara yang diketuai oleh Najib, dan ini akan berkemungkinan membuat si Najib mengarahkan ketua pengarah ROS supaya tidak memberi kelulusan pendaftaran parti yang Tun hajatkan.

    Harap Tun boleh slow down buat janji2 sehingga parti baru tersebut mendapat kelulusan.

  31. Assalamualaikum…

    Dear YABhg. Tun,

    Don’t worry, be happy. We are all set to join BERSATU. Please take a superb care of yourself.

    Wassalam.

  32. Saja-saja Tun nak mengacau brother botak…. dia tulis,

    “Lihatlah wajah kita yg cantik di cermin”

    Apa beliau tak tersilau ke bila tengok cermin??? Hehehe….

    Yes, Sri Sense, in a way agree with you. However if you notice, within these couple of days, there are many comments here that is back lashings…. These are the guys/ladies who are willing to speak up, imagine those 99% of them who simply keep to themselves?

    This is where I’m suggesting an open concept. Break the tradition and move forward.

    Thanks Tun.

  33. Assalamualaikum Tun, Doa saya agar Tun kembali sehat dan diberi kembali kekuatan untuk berjuang menegakkan kebenaran!

  34. Jom kita beranggan
    Asik Jom cari makan je ,macam macam penyakit datang
    By the way , Tun
    Tun kelihatan seksi dengan sarung Tun di Hospital

    Jika Bersatu Berjaya
    Najib & sekutunya akan di hisab & di sedut
    Bersatu perlu juga sokongan dari anggota Polis, Askar ,Guru guru , Pekerja Awam dan yg lainnya
    Bersatu demi Kebenaran bukan kerana Tun bukan kerana Bersatu
    Berani Kedepan walau kamu anggota UMNO yg sahih

    Setiap perbuatan pasti ada Niat
    Niat yg baik di percepatkan
    Niat jahat , di lucutkan
    Pemerintahan Bersatu perlu juga harus mempunyai Kekuatan Military
    Bukan untuk menakluk sesiapa , tapi jangan kita Dayus bila kita di Tindas
    Jangan kita Dayus bila kita di Fitnah
    Jangan sewenangnya kita di gelar Terrorist sesuka mulut mereka
    Jika Ilmu Kebatinan berkesan dan terbukti
    Kita adakan Peruntukan R&D Kebatinan

    Kita perlu Baiki diri kita dahulu
    Kita mesti lihat dapur kita dahulu
    Kita tidak perlu ikut ikutan macam budak Biul seperti TPPA
    Kita mesti ada Foundations sendiri
    Identity sendiri , Budaya kita , Fikiran kita

    Kita bermula dengan penapisan air logi kita sendiri dengan secara professional
    Malulah jual air kat orang murah lepas tu kita beli pula dengan Mahal
    Apa Malaysia baru Tamadun ke ?

    Lihatlaht wajah kita yg cantik di cermin
    Perbaikikan yg tak betul dahulu baru melanggkah luar
    Janganlah kita macam si dia tu
    Berlagak macam orang kaya tapi hasil orang lain ?

  35. mari kita BERSATU
    membina MALAYSIA Baru
    jiwa IKHLAS dipacu
    Kita rumpun harus berILMU

    #MalaysiaMelayuMuslim

    mari kita bersama
    Membela rakyat jelata

    #AlifBaTa
    #mariBERSATU

  36. Tidak sabar menunggu parti baru yang akan ditubuhkan oleh Tun. Jika boleh ingin mohon menjadi ahli parti ini segera walau pun belum diluluskan oleh RoS. Saya yakin parti ini akan menjadi pilihan utama warganegara yang menjunjung nilai kebencian terhadap rasuah, pemerintahan kuku besi, tadbir urus yang terbaik demi maruah Negara.
    Tidak ada lagi keyakinan terhadap Kerajaan sekarang. Bagaimana Kerajaan boleh boleh berdiam diri apabila dimaklumkan wang Negara dicuri. Mengapa Laporan Ketua Audit Negara dirahsiakan walhal laporan audit adalah mekanisma kepada rakyat sebagai pemegang saham mengetahui kedudukan sebenar pengurusan Kerajaan terutamanya yang berkaitan kewangan. Mengapa menuduh AS ingin membunuh orang Melayu selepas Presiden AS bermain golf bersama MO1 dan melawat Negara ini selama 4 hari. Mengapa terlalu sukar memperolehi bukti transaksi derma 2.6b untuk mendapat kebenaran. Terlalu banyak yang menunjukkan Kerajaan sekarang sangat lemah dan menyebabkan Negara menuju kehancuran. Generasi akan datang akan menerima impaknya.
    MO1 hanya menafikan tanpa mengemukakan bukti padahal yang mendakwa pula mempunyai bukti. Hakim sudah pasti dengan mudah dapat membuat keputusan.

  37. Tun, your idea is good. But why Bersatu that limits support only to the Muslims. So all this while you have been fighting for the Malays only and not for all? So I gather, saving Malaysia is saving bangsa Melayu only!? God Bless.

  38. Alhamdullillah, looking forward to be part of this party.
    I was UMNO, I don’t want to have anything to do with it now.

  39. Salam Tun,

    Saya akan panjangkan hasrat murni parti BERSATU kepada kawan kawan.
    Insyaallah, mereka akan faham dan menyokong.

    Take care.

    Wassalam

  40. Salam ukhuwah kepada tujuh penulis bersama ‘Surat Terbuka’ ini.

    Begitupun, masih ramai yang tidak tahu nama kesemua tujuh individu tersebut, maka ada baiknya nama-nama anda ditampilkan sekali dengan surat; atau sekiranya ada pembaca yang tahu bolehlah mengirim di ruang komen ini.

    Syabas kita ucapkan kepada anda yang berusaha gigih mengumpul ahli.

    Kami di lamanweb http://www.pribumi.ml akan turut menyertai anda dan semua rakyat yang prihatin untuk penambahbaikan Negara yang kita cintai ini. Insya-Allah.

    Terima kasih.

  41. Salam Tun

    Bila dah lulus I sekeluarga akan sertai Tun dalam platform terbaru ini. πŸ™‚

    I nak share sedikit cerita FB. I masuk FB zaman Tun jadi PM. Memang lama dah. Masa tu I dok add ramai peminat2 Tun as friend. Tapi kini I lihat ada seorang dua tu dah tak minat Tun secara terang terangan. I guess mereka ini jenis minat Tun masa Tun berkuasa sahaja.

    I baru2 ini tanya seorang kawan macam mana contactnya dengan orang kanan Tun. Dia kata semua dah diam sejak Tun turun kalau contact pun cerita tarvel umrah Haji sahaja.

    Anyway jangan risau I dan ramai lagi akan bersama Tun, kami tidak akan mengalah πŸ™‚

    **umanrc takpe la parti ini untuk Melayu dan Bumiputera sahaja, bukan Melayu dan bukan Bumiputera boleh jadi ahli sekutu, cuma bezanya disini tak dapat bertanding. πŸ™‚

  42. Alhamdulillah. Insya’Allah. Jasa Tun dan UMNO akan saya kenang dan bawa sehingga mati. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Dibawah pemerintahan Tun dan kesediaan Tun untuk mengekalkan dan menambahbaikkan sistem pemerintahan pemimpin-pemimpin yang terdahulu menyebabkan ramai kami rakyat Malaysia telah dapat mengubah kehidupan kami dari golongan miskin kepada kelas pertengahan dan ada yang dapat mengecapi kehidupan mewah. Dunia sudah mula kenal nama Malaysia dan menghormati Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia. Kini sudah sampai masanya untuk membuat perubahan kerana kejayaan kerajaan yang memerintah adalah berdasarkan keupayaaan dan kewibawaan pemimpinnya , bukan atas dasar nama parti sahaja. Saya percaya jika pemimpin yang dipilih adalah dari golongan Islam yang cemerlang, negara akan makmur dan maju. Sejarah telah membuktikan dalam pemerintahan Islam yang gemilang, semua bangsa dan agama akan terbela dan dilayan dengan adil. Diharapkan pemimpin yang dipilih nanti mampu untuk mengikut ‘masterplan’ yang dirangka Tun dan kumpulan Tun. Dan saya juga mengharapkan bahawa raja-raja atau Sultan-sultan kita yang dikatakan sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing mempunyai kesedaran untuk melibatkan kaum keluarga menjadikan Islam sebagai cara hidup dan ada yang berjaya menjadi tahfiz dan bukannya mengejar dunia semata-mata. Sudah sampai juga masanya kerabat diraja mengubah persepsi rakyat terhadap mereka dan menjadikan diri mereka sebagai kebanggaan rakyat semua kaum.

  43. Salam Tun,

    Just my thoughts on this….

    Nobility starts with a rational and level mind. I’m all into it, if we’re open.

    Thanks Tun.

Comments are closed.