1. Najib takut kalah.
2. Untuk elak dari kalah Najib sanggup buat apa saja. Bahawa perbuatannya boleh ditakrif sebagai penipuan, haram, bertentangan dengan undang-undang, tidak bermoral, memalukan, melawan arus dan adat tidak mengapa. Jika dianya dipandang hina, pedulikan. Rasuah, sogokan dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Jabatan Kerajaan diperalatkan secara salah. Pembangkang ditekan, disoal, ditahan, di penjara oleh polis, didakwa di mahkamah.
3. Jabatan Hasil Dalam Negeri tuntut cukai tanpa asas, senarai hitam peniaga dan perniagaan, tahan pasport, beku wang dalam bank.
4. MACC tuduh kononnya penyokong pembangkang terlibat dengan pembersihan wang haram, diugut untuk ditangkap dan dihadap ke mahkamah. Wang didalam bank dibekukan. Tak dapat berniaga, tak dapat teruskan projek. Rugi. Perbuatan MACC jelas berunsur politik kerana tindakan yang sama tidak diambil terhadap jenayah oleh anggota parti BN dan UMNO.
5. Pemimpin parti lawan dituduh seleweng duit Kerajaan, disoal berjam-jam, dimasuk lokap, dipakai baju lokap, didedah kepada orang ramai, diambil gambar untuk disiar dalam akhbar dan T.V.
6. Tetapi parti lawan tidak akan terganggu meneruskan kempen mereka. Najib dikenali sebagai perompak, penyamun, kleptokrat. Perbuatan kami diasaskan kepada perkara-perkara yang diketahui umum memang berlaku.
7. Takut kepada parti-parti lawan yang telah bergabung Najib cuba halang gabungan dari dilakukan.
8. Dengan itu kelulusan untuk daftaran gabungan tidak diberi setelah berbulan permohonan dibuat.
9. Caranya mudah. Tidak lulus secara rasmi. Tidak tolak secara rasmi. Tetapi tidak beri jawapan samada lulus atau tidak. Hanya tidak jawab. Dalam pertimbangan. Belum lulus tidak berbeza dari tidak lulus.
10. ROS tidak jawab surat. Tunggu Menteri. Menteri hilang. Ada tetapi tidak ada. Jadi tidak dapat jawab.
11. Sebulan, dua bulan, suku tahun, setengah tahun. Tak jawab. Bukan tolak. Hanya tak jawab.
12. Mungkin dilulus 5 minit sebelum bubar Parlimen.
13. Maka bermasalahlah Gabungan Parti Lawan. Logo dan simbol tidak dikenali oleh orang ramai, oleh pengundi. Maka terkelirulah mereka bila mengundi.
14. Kempen parti lawan bermasalah. Tak dapat adakan sepanduk, tak dapat adakan bendera, tak dapat pamer slogan, perkenal calon dan bermacam lagi.
15. Harapan Najib pengundi tak dapat undi gabungan parti lawan.
16. Harapan Najib BN tak kalah.
17. Tetapi BN tetap kalah.
18. Rakyat bukan bodoh. Mereka tahu akan segala-galanya. Mereka tahu Najib seleweng duit 1MDB berbillion. Mereka tahu 2.6 billion masuk akaun Najib dalam AmBank.
19. Mereka tahu duit Felda, duit KWSP, duit KWAP, duit Tabung Haji telah hilang.
20. Mereka tahu tanah Kerajaan disamun beli, dijual, mereka tahu peranan Rosmah, Jho Low, Riza Aziz menghilangkan duit berbillion.
21. Mereka sedar nama Malaysia sudah jadi kotor kerana Najib. Apakah mereka ingin kotorkan lagi negara tercinta ini.
22. Mereka tahu semua. Awak boleh sogok tetapi sogokan tidak lagi berkesan.
23. Mereka mahu Kerajaan baru. Dan ini mereka akan dapat dengan mengalahkan BN, UMNO dan Najib.
24. Buatlah apa pun. Majoriti rakyat sudah pun putuskan. Najib akan disingkir.
25. Derita mereka hanya dapat ditamatkan dengan memilih Pakatan Harapan.
26. Najib! Kamu patut takut. Dosa kamu akan membawa kekalahan di dunia.
27. Itulah nasib yang menunggu kamu.
28. Ya. Kamu patut takut. Bagi yang membuat dosa ada balasan lagi di akhirat.
The election is not about which party is better or trying to over throw the government. It is not about the Opposition!
The Election is For the People, By the People and Of the People.
It is for the Rakyat. It is about Justice! Who wants to see Justice being done? Then you should know what is best for you.
I believe the Rakyat is ready any time
The Retarded Dumbass (RD) is assuming again, let him assume, as he is a brainless zombie.
I know, LAYANG was a typo, a mistake, just like KURANG-HAJAR is also a typo, a mistake.
Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,
1. PM Najib @ Ah Jib Gor memang takut kalah.
2. PM Najib @ Ah Jib Gor tidak takut kepada Allah SWT kah?
3. Tunggulah hari pembalasannya kelak – tidak di dunia, di akhirat sudah pasti.
4. Teruskan usaha murni Tun. Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar.
5. Si Polan yang selalu ugut Tun bahawa undi dia akan pergi ke BN, sebenarnya akan mengundi parti yang dia yakin boleh memberi paling banyak habuan kepada kaum dia. Dia cuma mahu Tun ikut kehendak dia yang tamak haloba @ kiasu. Tulisan pun bercelaru tetapi mengata orang lain ‘has no brain’. BI pun banyak ‘grammar mistakes’. Alahai…Tun jangan hiraukan Si Polan ini.
6. FOKUS utama Tun ialah untuk dapatkan undi orang Melayu/ Bumiputra. Ini undi penentu pada PRU-14. Tun jangan hilang fokus.
7. Para pemimpin UMNO menggelabah sebab mereka tahu Tun (Insya Allah) sahaja yang dapat menggugat UMNO pada masa ini kerana undi Melayu ialah undi penentu dalam PRU-14. Sedikit saja berlaku peralihan undi Melayu dari BN, BN pasti KALAH.
P/S:
– Quoted: “I am too busy to LAYANG both of them who has no brains.” (ha..ha..ha… bijak…bijak…). Tapi betulkah ‘busy’?
– Kesian…Ada ‘brain’ lah kononnya! Mengeja perkataan mudah pun gagal!
– Saya cuba untuk lebih bersopan santun, tetapi masih berisiko untuk dimaki hamun oleh Si Polan.
Terima kasih Tun.
– Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –
Assalamualaikum tun,
1.najib sudah tidak mungkin dapat berpatah balik lagi.kalau dia meletak jawatan.sudah tentu bn akan menangkap beliau serta merta untuk membersihkan nama bn dan seterusnya mempunyai peluang sangat cerah untuk pru 14.
2.dosa pahala sudah belakang kira yang penting menyelamatkan tengkuk diri sendiri dan selamatkan haiwan peliharaan iaitu badak air yang memakai pink diamond.
3.pada ucapan tun diatas,point ke 18,19,20 saya rasalah tun bukan semua rakyat sedar perkara ini lebih2 lagi org kampung dikawasan pedalaman.
4.tetapi satu yang pasti semua orang didalam kerajaan umno bn sedar pada perkara ini.
5.tun adalah seorang yg sangat pemaaf.banyak orang yang menentang tun dahulu, telah tun terima balik didalam kerajaan sehingga ada yg dapat jadi perdana menteri(pak lah)
6.saya harap janganlah diterima lagi walau seorang sekalipun mereka dari kerajaan umno bn ini andai ph dapat menjadi kerajaan selepas pru 14.
7.ini bukan persoalan memaafkan orang tapi ini menunjukkan mereka yang masih kekal didalam kerajaan bn sekarang adalah bacul,pengecut tidak berani menegakkan kebenaran.orang seperti ini tidak layak untuk menjadi pemimpin negara ini.
8.sori tun kalau lari topik.ape kata tun update aktiviti tun seperti ceramah dsb didalam blog ni?senang untuk pengunjung tahu.
Tolong jaga kesihatan tun.
Salam Tun Dr.M.
Bukan saja Najib yang takut kalah PRU14.
Rosmah, Menteri-menteri penjilat/pengampu, ROS, KDN dan pemakan-dedak bodoh Dave Cooper juga turut takut kehilangan sumber dedak. Bayangkan bertapa bodohnya Kepala-Bapak yang lebih mengutamakan kesetiaan apabila memilih penyokong… sehingga akhirnya yang mengelilingi beliau adalah mereka yang banggang seperti Davey.
Contoh… bertapa bangangnya Davey, pernah membangkitkan (http://chedet.cc/?p=2657) kisah seorang Ketua Pemuda UMNO, pada ketegangan kaum 1987 (Ops Lalang), akibat penempatan guru-guru Melayu di SRJKC, didakwa menghunus keris diudara sambil berteriak mahu membasahinya dengan darah Cina.
Apabila diberitahu KP UMNO yang didakwa itu, seperti yang ramai ketahui adalah Mohammad Najib bin Razak, Davey terus terdiam-bodoh kerana nama pemberi-dedaknya telah terkait.
Patut pun Davey sibuk membela Kepala-Bapak dalam waktu-bekerja, sehingga buta, pekak dan bisu tentang rompakan WANG Rakyat melalui 1MDB dan Jho Low. Setakat buta, pekak & bisu ketika Najib menggunakan orang-tengah kelabu-asap Razak Baginda & Deepak Carpet dalam urusan Kerajaan, Rakyat boleh terima lagi. Saya pun masih menyokong UMNO, ketika itu.
Tetapi, bila tiba pada 1MDB-Jho Low & Riza Aziz sehingga Negara dicop sebagai Kleptocracy atau diperintah oleh segerombolan pencuri… kemudian terbongkar berita Rosmah terima hadiah intan-permata bernilai RM128 juta dari Jho Low… saya terus fed-up dan dengan tegas berpendapat bahawa sudah tiba masanya UMNO-Najib mesti dibuang terus kedalam longkang najis.
Looks like Dave is biting nails..
Assalamualaikum Tun,
Nampaknya pertarungan politik baru sedang giat dirancangkan iaitu dari sudut teknikal. Ada dua isu disini iaitu pendaftaran PH sebagai satu pakatan rasmi yang sah dan pendaftaran PPBM dan DAP.
Dari sudut pendafaran PH, adalah dari segi begitu lamanya pendaftaran walaupun telah lama borang permohonan telah lama dihantar ke ROS. Bukan sahaja lama, tetapi sebarang maklumbalas juga langsung tidak diberi. Sekurang-kurangnya kalau ada maklumbalas kalau ada salah dan silap maka pihak PH boleh tahu dan perbetulkan segera. Ini tiada maklumbalas langsung. Jadi the answer is to give no answer. Pendaftaran PH telah beberapa kali dibangkitkan Tun, sampai di Parlimen pun dibangkitkan namun jawapan adalah ‘dalam proses’.
Hanya apabila Tun bersama PH pergi ke KDN barulah dapat jawapan rupanya disebabkan isu PPBM dan DAP. Barulah tahu kedua-dua isu ini berhubung kait. Kalau Tun tidak pergi saya rasa sampai ke PRU 14 pun tidak akan ada jawapan. Adakah kelambatan ROS memberi maklumbalas kerana tidak cekap ROS?
Ini berbeza sama sekali dengan pendataran PPBM dan DAP. Kalau ROS boleh lewat daftar PH, terapi pasal kepatuhan PPBM dan DAP dalam perlembagaan mesti dipatuhi tanpa sebarang cacat cela. ketidak patuhan akan terus dijatuhkan hukaman pembubaran parti. Bukanlah lebih baik kalau ada ketidak patuhan diberi nasihat dan diberi masa yang mencukupi untuk membetulkan? Bukan memberi amaran seandainya tidak dilakukan bagi akhir tahun maka terbubarlah PPBM dan DAP?
Sedangkan kesalahan jalanraya pun polis memberi peringatan terlebih dahulu bukan terus ban terus dari guna jalanraya.
Nampaknya dua perkara akan terjadi iaitu PH tidak didaftarkan secara sah dan pembubaran DAP dan PPBM. Pihak PH perlu bersedia menghadapi kemungkinan ini.
Kalau pihak sana berjaya lakukan ini, tentulah sedikit sebanyak akan menjejaskan PH pada PRU akan datang. Lagi siap beritahu lagi UMNO pun pernah dibubarkan. Jadi perkara ini pernah mereka buat.
Jika ini terjadi, antara cadangan yang ada ialah menggunakan lambang parti yang mash sah iaitu PKR dan Amanah. Sementara itu, cuba jugalah patuhi ketetapan ROS memandangkan mereka berkeras juga untuk strict dalam soal perlembagaan parti.
Salam Tun.
1. Benar Tun semua masaalah akan timbul bila orang baru ambil alih.
2. Dari permulaan kelangsungan iaitu perlantikan AG yang baru lagi kita rakyat kena ambil perhatian pasti timbul masaalah kepada yang cuba mengambil tindakan pada PM.
3. Malah yang kadang-kadang cuba tunjuk dirinya berkecuali akhirnya bila berhenti pasti pengganti beliau akan lebih memihak pada PM.
4. Begitulah gambaran bila Ketua Pengarah baru dilantik dalam ROS sudah dapat di baca dari percakapannya akan berlaku masaalah pada Parti pembangkang yang baru di tubuhkan.
5. Rakyat kena peka keadaan ini makin lama kita menanti hari mengundi maka semakin ramai orang PM akan mendapat tempat dalam kementerian atau agensi-agensi yang dapat mengukuhkan kedudukannya.
6. Siapa kata orang bersalah tiada strategi bila bertanding. Semuanya kerana ingin kemenangan.
7. Kebenaran dalam Islam sendiri pun perlu pada perjuangan. Rasullullah s.a.w terpaksa berjuang dengan pertolongan yang maha berkuasa kerana musuh penuh dengan tipu daya.
8. Ya tipu di dunia kadang-kadang di biarkan bermaharaja lela yang akan menyebabkannya leka sehinggalah akhirnya ketahuilah semua kesedapan cara haram itu membawa ke neraka.
9. Kesabaran untuk menegakkan kebenaran pada hari menggundi nanti pasti akan di berkati oleh tuhan.
10. Rakyat yang menggundi kerana hendak menegakkan kebenaran tuhan pasti tidak dapat di halang oleh seorang pemimpin yang penipu.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum wbt Tun
Katanya PH tak dapat didaftar sebab DAP n Bersatu ada masalah. Tak apalah Tun kalau itu betul. Usaha perbetulkan saja, supaya PH jelas mematuhi undang2. Itulah yg hendak ditegakkan PH maka itulah yg harus dibuktikan. Ada hikmahnya. Don’t lost your balance and show the Nation you are a great Negarawan and fighter.
(2) Jgn terdesak kata tak ada masa. Pertama sebagai veteren dlm politik kedua2 Tun n TSMY pasti tahu di mana kekurangan @ kelemahan Bersatu. Jgn sampai kelemahan itu diperguna utk tibai PH terterap. Kedua, jika perjuangan Tun ikhlas, Allah tetap bersama Tun. So just perbaiki yg khilaf @ kurang @ salah.
(3) Alternatively, kenapa tak buat Plan B ie daftar PH dulu sebagai gabungan PKR n Amanah. Dasar PH, biar terbuka bab keahliannya. Bila “masalah” dlm Bersatu n DAP dah selesai, bolehlah gabung jika sempat, jika tidak, antara lain Plan B itu adalah DAP n Bersatu “tumpang” dulu ke dlm PKR @ Amanah. Yg penting kita ada strategi utk bergerak ke depan.
(4) Tun, dlm my long observation of your administration is all about your poor house keeping. You are a man of moving fast forward but you lack someone to keep your administration home tidy sebab semua keletihan to run along ahead with you. You need another quiet and non-ambitious Tun Hasmah to keep your administrative household tidy.
Najib bukan sahaja tidak amanah , malah beliau tidak professional menipu juga mencuri . Baliau pandang Malaysia semacam Bloody Fool
Sampai kami tidak boilh membezakan yg mana kaca
Sepert pengakuan Najib yg kononya duit itu dari Saudagar Arab
Rosmah pula kononnya diut cincin beliau di kumpul dari kecil lagi, mungkin dari dalam perut ibunya
Terserlah Malaysia mempunyai Pemimpin Utama yg amat Cheap Skate bersama Isteri yg amat Tasteless
Assalamualaikum, Tun.
Keengganan meluluskan Gabungan Parti Lawan merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima Rakyat, baik di kalangan penyokong-penyokong BN juga, seakan-akan BN tidak berupaya mengekalkan kuasa.
Assalamualaikum,
Berani kerana benar. Takut kerana salah. Jikalau begitu takut akan kalah sehingga sanggup mengambil taktik kotor, berarti ada melakukan kesalahan yang sangat besar. Semoga Malaysia terselamat dari bala bencana. Jika tertimpa, ia akan mengenai orang2 yang Soleh diantara kita juga. Mengundilah dengan bijak.
Wallahua’lam.
Najib tahu dia akan kalah. Cara dia menampilkan diri pun sudah menunjukkan dia mengelabah. Fikiran nya tidak waras. Itu salah satu dari seksa dunia.
Seluruh rakyat malaysia mesti pastikan Najib dan kuncu kuncunya tidak dapat lari meninggalkan malaysia nanti apabila hilang kuasa.
Sekiranya dia dapat memerintah lagi selepas PRU14, nescaya rakyat akan menderita. Dalam keadaan mendesak untuk mendapatkan wang untuk negara sekarang, tahun berikutnya akan berlaku ketandusan. Pada masa itu gaji penjawat awam dan pencen pun akan sukar dibayar.
Sama sama kita mohon kepada Allah semoga menjauhkan kita dari malapetaka yang menanti.
Tun, at this junction, you have nothing better to do other than to defeat Najib with all means necessary. You don’t need to defame him, we know what he has done, and we know who to vote for. But you Tun, on the other hand, has shown your true colours of being a racist by calling Chinese language Bahasa asing. This gesture itself fractured the image you have been trying to portray as a leader for all races. I know it all the while that you are an ultra-Malay, even though genetically you are not pure, as many of your relatives are still Mamak. So I don’t thank you can lead PH, you have no vision, no plan, no road maps about how PH can lead Malaysia into the future. Just like how much you wanted to toppled Pak Lah, now you want to toppled Najib, what good does it make? I think you shouldn’t lead PH, you should step down, and keep quit, because the more things you say, the more mistakes you make. Just like the Retarded Dumbass (RD) and Kurang Hajar. I am too busy to layang both of them who has no brains. All the best to Pakatan Harapan. My vote still goes to BN at this point, you have not been able to impress me to sway my vote back to PH. Not now.