TANAH

1. Harga tanah meningkat sepanjang masa.

2. Harga hari ini lebih tinggi dari harga 10 tahun dahulu. Harga 50 tahun dahulu lebih rendah dari harga 10 tahun dahulu.

3. Jika dijual 50 tahun dahulu atau 30 tahun dahulu kita dapat kurang dari dapatan kita jika dijual sekarang.

4. Oleh itu jika kita tunggu dan tidak jual sekarang, kita akan dapat harga yang lebih tinggi jika kita jual pada masa jauh ke depan.

5. Sebab itu jika kita jual sekarang kita dapat kurang dari jualan di masa hadapan.

6. Oleh kerana nilai lebih tinggi jika kita jual di masa hadapan, sewa juga akan lebih tinggi di masa hadapan. Jika kita jual sekarang kita tidak akan dapat kenaikan sewa di masa hadapan.

7. Sebab itu adalah lebih baik jika kita sewa daripada menjual.

8. Seperti yang disebut di atas harga tanah tetap naik sepanjang masa. Jika kita bangun tanah dengan bercucuk tanam atau mendiri bangunan harga tanah akan melonjak naik dengan lebih cepat.

9. Umpamanya tanah dalam bandar boleh naik sehingga RM7000/- satu kaki persegi. Tanah yang belum dibangun bernilai hanya RM5/- satu kaki persegi. Lihat berapa tinggi kenaikan harga tanah apabila dibangun dalam bandar yang membesar.

10. Bila tanah dijual, duit yang diperolehi akan dibelanja untuk sara hidup, termasuk menambah ibadat yang sunat. Akhirnya semua duit akan dibelanja. Dan penjual akan kembali bermasalah kerana tidak ada duit. Tidak ada tanah lagi untuk dijual. Akan papa kedana lah penjual.

11. Oleh itu jangan jual tanah. Bagi sewa atau jadikan nilai tanah sebagai modal pelaburan apabila pembangunan dibuat oleh penyewa.

12. Fikir. Kalau nilai tahah RM5/- dijadikan modal pelaburan sebanyak 10%, apabila nilai naik RM1000/- nilai pelaburan 10% jadi RM100/-.

13. Jika nak jual tanah, fikir dahulu.

14. Tanya orang yang tahu.