1. Kita sedang lihat pencabulan undang-undang oleh Israel. Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah menghukum Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai (genocide) yang diharamkan undang-undang antarabangsa. Netanyahu, Perdana Menteri Israel didapati bersalah dan dihukum.
2. President Filipina juga dituduh melakukan jenayah pembunuhan diluar undang-undang, (extra judicial execution) dan sudah dimasuk dalam tahanan sebelum dibicara.
3. Presiden Korea Selatan akan dihadap ke Mahkamah kerana mengisytihar undang-undang tentera.
4. Semua tindakan ini berasas kepada undang-undang (the Rule of Law). Di waktu Malaysia mencapai kemerdekaan, Malaysia pilih sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Ini di maktub dalam undang-undang tubuh Negara atau Perlembagaan.
5. Undang-undang tubuh menjadi asas kepada undang-undang dan segala tindakan dan dasar yang diambil oleh negara. Sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang tubuh ini dianggap salah dan tidak boleh dilaksana. Jika dilaku juga perkara itu akan dirujuk kepada mahkamah. Jika mahkamah mendapati undang-undang atau dasar atau tindakan itu bercanggah dengan perlembagaan ia boleh dibatalkan.
6. Malaysia mengamal the Rule of Law (Pemerintahan mengikut undang-undang). Sebab itu undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak – individu, institusi dan Kerajaan.
7. Pelaksanaan undang-undang dikehendaki mengikut cara yang ditentukan (due process). Jika tidak maka keputusan akan dianggap tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
8. Sesungguhnya undang-undanglah yang menstabil dan menyelamatkan Masyarakat dan negara.
