1. Pilihanraya Umum ke-14 adalah yang terpenting dalam sejarah negara.
2. Tumpuan ialah kepada menjatuhkan rejim Najib. Seluruh rakyat sedar bahawa rejim pimpinannya telah merosakkan negara. Kerosakan ini berlaku dalam semua bidang.
Politik
3. Dalam politik negara Najib telah hancurkan demokrasi sehingga Malaysia dikenali sebagai kleptokrasi; iaitu Kerajaan dipimpin oleh penjenayah yang melesapkan kewangan negara; Kerajaan yang tidak berpandu kepada undang-undang; Kerajaan yang menekan rakyat secara zalim; yang membelakangkan keadilan; yang tidak hormati perpisahan antara legislative (pembentuk undang-undang) dengan executive (pelaksana dasar dan undang-undang) dan judiciary (kehakiman). Ketiga-tiga ini dikuasai oleh Najib sebagai ketua Kerajaan dari pihak pembuat undang-undang.
Dasar berkecuali sudah dihapuskan oleh Najib, diganti dengan ikatan ketenteraan dengan negara China.
Ekonomi
4. Ekonomi Malaysia rosak teruk kerana rasuah, peningkatan perbelanjaan pentadbiran dan penambahan kakitangan Kerajaan yang tinggi; belanjawan yang tidak bijak yang menumpu kepada mendapat sokongan popular kepada Perdana Menteri khususnya, pinjaman terlalu besar dan dasar yang menekan swasta. Hari ini beban hutang tidak dapat dibayar oleh Kerajaan.
Sosial
5. Kos sara hidup rakyat meningkat kerana cukai G.S.T. dan kejatuhan nilai Ringgit yang teruk. Pengangguran meningkat termasuk dikalangan lulusan universiti.
6. Pelaburan asing terhad kepada pembelian tanah untuk dibangun bandaraya oleh kontraktor luar dengan mengguna bahan dan pekerja dari negara kontraktor. Kos pelajaran dan rawatan meningkat tinggi dan tidak dapat ditanggung oleh kebanyakan rakyat.
7. Semua bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial yang telah jadi buruk kerana dasar dan pengurusan Najib akan menjadi lebih buruk lagi jika Najib terus berkuasa.
8. Hanya jika Kerajaan pimpinan Najib diganti dengan kerajaan baru sahaja barulah boleh keadaan politik, ekonomi dan sosial dipulih semula.
9. Bolehkah kita yakin Kerajaan yang mengganti dapat mentadbir dengan lebih baik dari Najib? Sesungguhnya tidak ada Kerajaan yang begitu buruk dan berjenayah besar seperti Kerajaan Najib.
10. Kerajaan yang bercadang mengganti Najib ialah Kerajaan parti-parti campuran pembangkang yang akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang mahir dalam politik dan dibantu dengan mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran negara. Mereka tidak ada rekod jenayah atau menyalahguna kuasa. Mereka terpelajar dan pernah menjadi anggota Kerajaan.
11. Soalnya apakah mungkin gabungan parti-parti lawan menang dalam PRU14. Besar kemungkinan mereka menang jika pertandingan hanyalah antara mereka dengan Barisan Nasional.
12. Tetapi ada parti-parti yang kononnya akan letak calon untuk melawan Najib dan BN. Dengan ini akan berlakulah pertandingan tiga atau empat penjuru. Kesannya ialah pengundi yang berhasrat mengalahkan Najib akan berpecah dua atau tiga. Penyokong Najib, kerana sebab-sebab tertentu akan bersatu mengundi BN. Najib akan menang kerana berpecahnya undi pembangkang.
13. Dengan perkataan lain parti-parti yang memecahkan pengundi penentang sehingga pertandingan menjadi tiga atau empat penjuru, sebenarnya menyokong BN dan Najib.
14. Perbuatan ini menjadi satu jenis pengkhianatan kepada usaha menjatuhkan Najib dan menghentikan kerosakan kepada negara. Najib akan teruskan cara pentadbiran yang umum tahu akan memufliskan negara dan meletaknya di bawah kuasa asing.
PAS sekarang menjadi parti yg tak releven.
Apabila Pas keluar dari PR, ternyata perjuangan Pas tidak lagi selari dgn harapan rakyat terbanyak …
1. Perlu diakur perlembagaan Msia telah menetapkan islam adalah ugama resmi persekutuan dan direct dibawah Agung & Sultan2 ini bermakna sebarang penambahbaikan jika diperlukan tidak perlu dipolitikan, perbahasan dan kelulusan boleh dijalankan tanpa sekatan dan tanpa perlu MP Pas dlm parlimen
2. Pas di perlukan utk menegak syiar islam? … Tidak, sebab islam tertegak dalam diri penganutnya sendiri bukan tertegak dengan semangat, berhimpun, berdemo, banner2 atau slogan2.
Dua faktur diatas ini menunjukkan kehadiran Pas tidak releven lagi dalam senario politik Msia, sebaliknya kehadiran Pas akan lebih mengeruhkan silatulrahim ummah kerana Pas akan mempolitikan setiap isu berkaitan ugama.
Assalamuaalaikum semuanya…
Kepada semua rakyat Malaysia… Tidak kiralah islam ataupun bukan… Fikirkanlah mengapa kamu berada di dunia ini… Fikirkanlah sejenak… Dan jawablah dgn sejujurnya…
Tidaklah Tuhan menjadikan manusia dan jin… Hanyalah utk menyembah kepada Nya…
Tapi… Bukankah itu jawapan Tuhan?
Jadi.. apakah jawapan kamu?
Kepada sesiapa yg membaca penulisan saya… Sy cuma mahu kongsikan apa yg saya faham terhadap masalah rakyat terutamanya mereka yang islam…
Sedar ataupun tidak… Sekeliling kamu… Percayalah… Ramai yg islam tidak pernah sekali pun… Mengkhatam terjemahan Al Quran…
Jadi.. apakah peranan kamu? Sekiranya ditanya oleh Tuhan atau Allah SWT?
Sekiranya Al Quran itu cuma buku biasa… Apakah sang pembaca memahami isi cerita di dalam Al Quran itu jika mula bacaan nya dari tengah?
Sy tahu… Ramai di antara kamu yg membaca Al Quran dan terjemahan… Tapi sekiranya kamu hanya membaca tajuk yg lain hari ini.. keesokkan nya tajuk lain pula… Dan bulan depan nya tajuk yg lain pula… Percayalah kepada saya… Sampai bila2 pun kamu tidak akan dapat menghabiskan terjemahan itu…
Jika benar kamu meyakini Tuhan dan Rasulnya… Dan meyakini Al Quran itu benar2 datangnya daripada Allah… Jadi mengapa kamu tidak pernah membaca Al Quran? Apakah kamu fikir adalah lebih baik daripada tidak tahu daripada tahu?
Fikirkanlah mereka yg buta dan pekak dari sejak kecilnya… Apakah dia tahu dia seorang islam? Dia tidak pernah mendengar Al Quran mahupun mendengarnya…
Apakah kamu tidak bersyukur kerana kamu seorang islam? Sekiranya Tuhan itu mahukan seluruh manusia ini adalah islam… Itu adalah perkara yg mudah bagiNya… Tapi dia tidak melakukan itu kerana dia lebih mengetahui… Bukankah dunia ini hanyalah ujian semata mata? Apakah peranan kamu terhadap umat Nabi Muhammad SAW?
Jazakallahu khairan kathiraa…
Assalamualaikum wbt Tun dan semua.
(1) Kenapa PAS perlu bersama UMNO?
(2) Bila Nik Aziz ada, Hadi tengelam. Now Hadi sebagai orang Trenganu, tak syok PAS terus dipimpin orang Kelantan. Hadi ingin buktikan, di bawah dia PAS jauh lebih gagah. In Kelantanese, Hadi nok tunjuk gedebe dia ….
(3) Rakyat Kelantan bosan dah dengan PAS. PAS nak tumbang dah di Kelantan. Wajah Islam tidak menyerlah di Kelantan di bawah PAS. Ekonomi Kelantan tidak terbangun baik. Dgn gandingan Amanah-Bersatu, PAS In Shaa Allah tumbang di Kelantan. Rakyat Kelantan suka benda baru. Kedua2 Amanah n Bersatu adalah parti baru. UMNO dan PAS adalah “aye tuo doh”. Jika betul caranya, hijrahlah orang2 Kelantan. Carilah faktur2 yg boleh menyebabkan orang2 Kelantan hijrah dari segi politik. Saya kira keseiringan perkembangan Islam dan kemajuan ekonomi adalah faktur asasnya.
(4) Di Terenganu, UMNO goyah dah. PAS juga 50:50. Maka kerjasama kedua2nya boleh selamatkan mereka. Namun Amanah dan Bersatu boleh cabar PAS dan UMNO. Gandingan Amanah dan Bersatu boleh memberikan pilihan bagi rakyat Trengganu. Amanah perlu tangani sikap ganas kotor Hadi. Amanah kenal PAS. Sama bagi Bersatu terhadap UMNO. PH perlu focus kpd masyarakat luar bandar utk menang. Berikan mereka harapan dan keyakinan ….
(5) Di Kedah, PAS hancur. UMNO goyah. Perhitungan di Trengganu terpakai di Negeri ini. Sama bagi Perak, Melaka dan Johor.
(6) PH patut sekarang serang tiga kelompok utama rakyat. Pertama orang Kampong. Felda harus jadi perhatian berat. Dekati mereka secara hemah. Kedua adalah pegawai Kjaan. To me indeed, Pegawai Kjaan sekarang dah termalu bila dikatakan “nasib baik ada GST, jika tidak mana duit utk bayar gaji mereka”. Bayangkan sekarang, pegawai Kjaan ambik duit rakyat utk mereka terus ada kerja. Ibarat sekarang mak bapak penoreh getah yg bayar gaji anak sedang dulu, anak hantar duit balik kampong. Najib MO1 sudah tunggang terbalikkan ekonomi kita! Golongan ketiga dan sangat berpengaruh ke atas orang Kampong adalah anak2 di perantauan. Inilah golongan paling terkesan dgn keadaan ekonomi Negara yg tidak mantap. Mereka harus PH jadikan jambatan bagi merobah undi ibu bapa dan sdra mara mereka di Kampong2. Ini termasuklah para pelajar dan pelatih kita di bandar2.
Semoga Tun dan rakan2 terus berjaya. Bantu juga Shafie Apdal di Sabah khususnya di pihak PKR dan DAP. Tun perlu “silent” di Sabah. Bagi Sarawak, tidak perlu buang masa. Melayu, Dayak dan sebahagian Cina akan kuat sokong Abang Johari, kerana so far dia masih clean dan terus bekerja gigih utk rakyat. Biarlah Sarawak dgn gayanya tersendiri ….
Assalamualaikum Tun.
Saya selari dengan pandang tuan Master.
Sejak kebelakangan ini “Karl Iskandar” nama samaran kepada Najis Razak semakin sibuk dan tiada masa untuk mencoret dalam blog chedet ini.
Wassalam.
As next GE is approaching, master of kleptocracy Najis and his slaves are pretending to show clean govt. administration by arresting small time thieves.
This is the reason MACC and Police are so active in arresting the corrupt govt servants. Hope Malaysians are not that dumb to believe all these shows.
Still the top thief is outside who had pocketed people money > $1 billion and used for his family’s extravagant life…
Salam Tun
1. Kebencian rakyat kepada Kerajaan Kleptokarasi UBN pimpinan DS Najib sudah membuak-buak.
2. Rakyat dah bosan menunggu bila DS Najib nak bubarkan Parlimen / Kerajaan. Saya yakin kali ini rakyat akan membenamkan UMNO / BN dan memilih Pakatan Harapan untuk memerintah Malaysia.
3. Pakatan Harapan dengan nasihat dan pimpinan Tun perlu kerja kuat menerangkan secara fakta tentang kedurjanaan DS Najib / Rosmah.
4. Neil Keenan dalam blognya ada menyatakan fakta:
* Duit siapa individu (rakyat Malaysia) yang disamun oleh DS Najib
* Siapa yang bersekongkol dengan DS Najib melakukan penyamunan itu
* Apa yang dilakukan oleh DS Najib ke atas individu (rakyat Malaysia) yang
disamun itu.
* dan lain-lain lagi.
5. Jika berminat nak tahu detail sila Google
a.NEIL KEENAN UPDATE | What Goes Up Must Come Down
b.NEIL KEENAN UPDATE | What A Long Strange Trip It’s Been
6. Moga Allah kurniakan kesihatan dan keafiatan kepada Tun dalam memperjuangkan
keadilan dan menyelamatkan Tanah Melayu ini.
Assalamualaikum wbt Tun.
Utk menang, Melayu2 Kampong kena sokong PH. Itu asasnya.
(2) Melayu2 Kampong taat dan akan taat kpd yg mereka lihat akan dan kelihatan jujur nak bela Melayu. Orang2 jujur ada watak2nya dari kacamata
Melayu. Itu perkara pokok bagi Melayu. Tunjuk dan buktikan watak2 itu ada dan subur pd PH esp Bersatu
….
(3) Tun semua pihak dah tibai. Tun semua pihak dah henyak. Syabas dan syukur Tun telah terima dgn dada yg lapang. Itu
pertunjuk jelas perjuangan Tun yg jujur. Kekalkan itu dan semailah semua itu dlm gaya n cara PH esp
Bersatu….
(4) Melayu sedang mencari. Suluhlah mereka ke dan di jln betul dan jujur. Melayu hanya perlu kejujuran. Ketidak jujuran yg telah merosakkan @ hambat kehebatan Melayu.
(5) Melayu In Shaa Allah akan sujud pd yg jujur. Jgn khuathir tentang 3-5
penjuru, ingatlah tumbangnya BaitulMuqadis di tangan Umar Al Khatab adalah berteraskan kejujuran dan kebenaran yg dia bawa dan pertontonkan. In Shaa Allah.
Assalamualaikum Tun.
3 penjuru mungkin berlaku kerana Hj Hadi tidak mempercayai pakatan Tun walaupun Tun telah berjumpa secara peribadi dengan beliau.
Namun bukan tindakan yang bijak jika Tun turut memusuhi PAS dan membangkang perjuangan PAS kerana rakyat menilai Tun sebagai seorang berpendidikan Barat walaupun rekod Tun sebagai PM Malaysia dan sebagai pejuang negara Islam dunia.
Bagi mengekalkan momentum sokongan rakyat, adalah perlu bagi Tun bertanding dalam PRU 14 dan bersedia bagi menjawat jawatan PM kembali.
Dalam peringkat ini, siapa bakal mengganti Najib bakal memberi impak paling besar dalam PRU akan datang.
Suatu perkara yang tidak seronok apabila Tun perlu membuat apa yang orang suruh buat, tapi tiada hasilnya.
Mujurlah sekarang nampak tidak begitu lagi seperti mana Tun katakan akan buat walaupun orang tak suruh buat.
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum, Tun.
BN berterima-kasih kepada Tun, kerana sejak era Tun, Tun telah berjaya mengkubukan undi-undi golongan tertentu bagi BN, iaitu kakitangan awam, pengusaha FELDA, orang Sulu dan sebagainya. Tambah dengan “fixed deposit” Borneo, kemenangan BN boleh dikatakan terjamin. Apa pula dengan adanya “pertolongan” Hadi?
Soalnya sekarang hanya apakah BN mampu mengekalkan pemerintahannya di negeri-negeri BN sekarang sahaja. Di antara negeri-negeri tersebut, nampaknya peluang PH untuk menang agak cerah di negeri jepalang padi, di mana kemudahan infrastruktur di bandar-bandar seperti Sungai Petani, Kulim dan Langkawi tidak diurus baik, dan tiadanya rancangan bernas untuk pelaburan asing demi menwujudkan peluang pekerjaan bagi anak-anak Kedah.
Assalamualaikum, Tun.
Pertandingan tiga penjuru juga akan berlaku di negeri-negeri Borneo. Kenalah PH berbincang dengan parti-parti politik pembangkang tempatan, untuk mencari jalan penyelesaian.
Keadaan di negeri-negeri Borneo agak berlainan, kerana negeri-negeri tersebut ada kabinet sendiri, di mana “EXCO” diberi jawatan Menteri. Penghuni-penghuni negeri-negeri tersebut mungkin tidak begitu mengambilkira apa yang berlaku pada peringkat Persekutuan dan di Semenanjung.
Sarawak dan Sabah tetap menjadi kubu BN, kerana adanya parti-parti tempatan, Rakyat yang “diwarganegarakan” dalam zaman Tun dan sentimen mengasihi pemimpin tertinggi mereka, iaitu Taib, Allahyarham Adenan dan Abang Johari yang nampaknya bertindak adil terhadap semua kaum dan mementingkan perpaduan.
Everyone should take a look at these videos to better understand why China’s is so willing to invest so much in 3rd world countries…
https://youtu.be/KYOrFzKxSn8
https://youtu.be/G7hWw8d_m-c
Unfortunately, the seed of today’s dire situation was Tun’s insufficient action to fight corruption, allowing politicians, civil service and ordinary Malaysians to accept this as part of the culture…
https://youtu.be/628LOY3r9NA
Assalamualaikum, Tun.
Alangkah pilunya, setelah sekian lama merdeka, tokoh-tokoh politik mahu mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan demi memperwirakan diri di kalangan kaum tertentu!
Kita mahupun satu gabungan politik yang mampu memperkuatkan perpaduan antara kaum dan mempu menampilkan ibu pertiwi ke tahap baru dari segi pembangunan rohani juga.
Assalamualaikum, Tun.
Biarlah saja PAS mengacau dengan pertandingan tiga penjuru. Tiada sebarang manfaat baginya melainkan menolong “Tuan”nya menang.
Pengundi berpendidikan tahu menilai yang parti mana satu lebih baik dan berhalatuju waras demi kepentingan Negara.
ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.
a. Fokus utama PRU14 yang akan datang adalah MENJATUHKAN najib dan BN.
b. PAS adalah punca kepada pertandingan antara 3 penjuru.
c. Memutuskan hubungan dengan Pkr secara tidak langsung bersama Bn untuk melawan Gabungan Parti Pembangkang/Pakatan Harapan/PH. Pemimpin Pas sudah ‘terikat’ dan ‘terjerat’ dengan umpan Bn/Najib.
d. Ini bukanlah keputusan majoriti ahli Pas yang pasti kecewa yang memang secara tradisinya tidak akan pernah menyokong Umno/Bn. Tiada pengumuman rasmi & tiada ‘tahaluf siyasi’ kerana fatwa/anggapan ‘kafir & sekular’ terhadap Umno tidak pernah ditarik balik. Sebagaimana Umno, Pas juga sedang bergolak dari dalam. Sebahagian ahlinya sudah mula berfikiran terbuka.
e. Pas sudah lama hilang arahtuju & Bn pula sudah jauh melangkah ke belakang semakin ke belakang menuju keruntuhan, semakin melemah, kekuatan hanyalah luaran tetapi dalamannya hampa.
f. PRU14, sangat jelas adalah peluang yang terbaik kepada parti pembangkang untuk menjatuhkan najib/Bn.
g. Kaum India & Cina khasnya sudah lama semakin meluat dengan gelagat najib/Bn yang cuba memperbodohkan mereka dengan kata2 ajaibnya tentang ekonomi & perpaduan 1Malaysia. Perniagaan semakin merugi, simpanan semakin berkurang, peluang untuk berkembang semakin mengecil & pelaburan adalah mimpi ngeri.
h. Khas kepada ahli2 Umno & juga ahli2 Pas, fikirkanlah masak2 sebelum terlambat. Kemenangan ke atas najib/Bn bergantung sepenuhnya kepada orang Melayu. Melayu semakin dimalukan & Islam semakin dipermainkan. Marilah kita BERSATU melawan kemungkaran & BERSATU kembali selepas kemenangan kita pada PRU14.
i. Tiada keberanian & tiada kejujuran pada najib sebagai pemimpin. Ayuhlah kita BERSATU sesegera yang mungkin. Kalau kita dapat lakukan sekarang adalah lebih baik. Kita tak punya banyak masa lagi.
Salam Tun.
1. Kata-kata Tun lebih kurang sama dengan pakar-pakar yang berkelulusan tinggi akademik yang sentiasa mendapat tempat dalam program Tv atau menulis dalam akhbar-akhbar tempatan atau luar negara.
2. Baru-baru ini dalam pilihanraya Amerika Syarikat telah berlaku SEBALIKNYA semua ramalan pakar-pakar yang menjadi pilihan akhbar-akhbar dan siaran Tv terkejut bila rakyat mengundi mengikut pilihan hati masing-masing.
3. Maknanya mereka pilih seorang yang akan membuat perkara yang boleh membantu rakyat untuk jangkamasa yang panjang seperti memberi pekerjaan tetap.
4. Menolak TPPA yang menguntungkan golongan kaya atau luar negara. Walau pun Triump kaya raya sama macam pemimpin-pemimpin negara lain tetapi JANJINYA untuk kebaikan rakyat dan negara itulah pilhan pengundinya.
5. Namun semua itu tidak selamat pemimpin yang mengharap anak buah atau pekerja sebagai penghubung selalunya punya resiko terutamanya bila adanya kakitangan yang melakukan perbuatan buruk seperti tidak amanah atau merasuah.
6. Suasana kerja begini amat jarang dapat menghasil kemenangan jika adanya lawan tiga atau lebih penjuru.
7. Melainkan contoh yang di tunjukkan pemimpin di zaman Khalifah Omar al-khatab yang pernah di ceritakan menghantar sendiri barang untuk budak kecil yang memuji kebaikan pemberi itu daripada khalifah sekarang.
8. Sifat yang di tonjolkan begini dapat menawan pengundi walau pun kita sangsi untuk beroleh kemenangan dalam tiga penjuru
9. Tampa orang ketiga lebih menunjukkan keikhlasan tuan pemberi sehingga meresap ke dalam jiwa sanubari tuan pemberi dan penerima.
10. Undi sangat subjektif sehingga kadang -kadang boleh tersilap memilih menjadi PM, walhal dirinya seorang yang rosak akhlaknya di sisi Allah s. w. t.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum Tun.
Saya percaya cakap Mahathir (Tun).
Dalam coretan Tun kali ini saya amat bersetuju:
13. Dengan perkataan lain parti-parti yang memecahkan pengundi penentang sehingga pertandingan menjadi tiga atau empat penjuru, sebenarnya menyokong BN dan Najib.
Hadi Wang sebenarnya bukan berjuang kerana agama tetapi berjuang kerana “wang”.
Politik Hadi Awang menghalalkan cara. Jika suatu masa dulu PAS yang diterajui oleh Hadi Wang sendiri boleh bersekongkol dengan DAP yang jelas menolak hudud tetapi kini pendirian DAP juga tetap sama iaitu menolak hudud. Untuk bersatu dengan UMNO terasa malu kerana dalam komponen BN itu sendiri adanya parti MCA yang lantang menolak hudud. Untuk mengelak sesuatu yang menghidu kejanggalan politik Hadi Wang, maka kononnya PAS akan bertanding sendiri.
Sejarah membuktikan juga PAS akan kalah dalam banyak kerusi yang ditandingi. Kalau dahulu PRU12 dan 13, yang bukan Islam akan memberi undi kepada PAS kerana ia bergabung dengan Pakatan Harapan. Kini tiada lagi undi bukan Islam kepada PAS.
Untuk apa PAS mahu bertanding dalam kebanyakan populasi Melayu dan bukan Melayu yang hampir seimbang seperti 25:75 ? Jika bukan Melayu memberi undi padu 90% kepada PH 20% tetapi dalam 75% lagi terbahagi 3 bahagian yang hampir sama rata iaitu PH Melayu 25%, PAS 25% dan UMNO 25%.
Kalau polar undi seperti di atas untuk seluruh Semenanjung kecuali Kelantan dan Terengganu, maka PH menerima undi 45%, PAS 25% manakala UMNO 25%.
Saya meramalkan PH akan menang tetapi jika Hadi Wang yang menyimpan perasaan demi wang maka politik menghalalkan caranya, tidak mustahil PAS bergabung dengan UMNO selepas keputusan PRU14 diumum.
Untuk wang Najis Razak tidak pernah kedekut kerana wang yang diperolehi dan akan membeli maruah orang seperti Hadi kerana wang bukan milik bapak dia mahupun bapak Rosmah tetapi milik semua rakyat yang datangnya dalam kebanyakan diberi kepada projek-prrojek besar kerajaan secara direct nego kepada kuncu-kuncu politik yang bertopengkan vendor.
Itulah pendapatan Najis Razak yang mutlak secara haram.
Wassalam.
Assalamualaikum, Tun.
PAS telah terjerumus ke lembah diperalat untuk mewujudkan pertandingan tiga penjuru demi kemenangan “Tuan”nya. Gejala-gejala telah jelas menunjukkan yang Presidennya diperguna. Kerelaan diperguna mungkin untuk kebaikan peribadi.
Peninggalan Allahyarham Tok Guru membawa kesan besar. Parti bukan lagi berjuang untuk prinsip. Halatuju diputarbelit!
GST itu haram
Assalamualaikum Tun.
Siapa yang percaya cakap Mahathir?
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum Tun,
Saya harap benar Pakatan Harapan akan menang pada PRU 14. Seandainya Pakatan kalah, kesannya amatlah buruk kepada negara. Najib telah berjaya keluarkan semua penentang-penentangnya dalam UMNO. Najib berkuasa penuh dalam UMNO. Seandainya UMNO menang, tiada siapa boleh menghalang Najib.
Pada PRU 14, UMNO akan cuba naikkan bilangan kerusinya, dengan mengadakan pertandingan 3 penjuru. Dengan ini, pengaruh UMNO dalam BN akan bertambah dari sekarang pengaruhnya sekarang. Mungkin pada tahap UMNO boleh memerintah tanpa bantuan dari parti-parti komponen BN lain.
UMNO akan gunakan DAP sebagai “boogieman” untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Datuk Zaid ada mencadangan Tun dilantik semula sebagai PM, untuk ‘counter’ strategy ini. Cadangan ini masuk akal.
Tun mempunyai pengalaman, kepimpinan, dan kebolehan untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan adalah satu pilihan alternatif kepada BN. Benar, terdapat ramai pemimpin yang berkebolehan dalam Pakatan, tetapi tidak ramai pemimpin boleh memberi impak besar kepada pengundi-pengundi Melayu seperti Tun. Saya faham mengapa Pakatan keberatan untuk menamakan PM, sebab ramai yang ingin jadi PM.
Tetapi dari apa yang saya fahami, nama yang sering disebut oleh Pakatan adalah Anwar. Kak Wan juga disebut, tetapi beliau disebut sebagai pengganti sementara Anwar di penjara, bukan atas kapasiti kepimpinan beliau sendiri untuk menarik pengundi-pengundi terutama pengundi Melayu.
Kalau Anwar lah pilihan Pakatan, saya rasa tidak menjadi masalah. Sekarang ini Anwar berada dalam penjara dan oleh sebab itu tidak dapat menjadi PM. Tun boleh jadi PM atas kapasiti kemampuan beliau menarik pengundi-pengundi luar bandar, disamping ‘counter’ bahawa DAP akan kuasai Pakatan, di samping ‘counter’ kepada kempimpinan Najib yang memang teruk. Apabila Anwar bebas, jika Pakatan masih mahukan Anwar, maka begitulah hendaknya.
Walaubagaimanapun, saya berharap kuasa PM dari Pakatan akan amat berkurang dari kuasa PM yang ada sekarang. Perlu ada check and balance. PM mesti hormati “rule of law”. PM tidak boleh jadi menteri kewangan atau menteri dalam negeri. PM tidak boleh ganggu apa-apa siasatan atau dakwaan dari pihak berkuasa sama ada Bank Negara, PDRM, MACC atau AG. PM mesti jawab segala tuduhan dan bertanggungjawab kepada parlimen. Kalau boleh, seseorang hanya boleh jadi PM untuk 2 penggal sahaja.
Sekadar pandangan peribadi saya sahaja.