TURUN ANWAR

1. Rakyat sudah seru supaya Anwar turun dari jawatan Perdana Menteri. Inilah laungan rakyat di Alor Setar.

2. Sebenarnya Anwar bukan dipilih oleh rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia kalah. Tetapi dengan cantuman dengan parti yang juga kalah dia berjaya mendapat cukup bilang untuk diri Kerajaan.

3. Sekarang persoalan timbul sama ada ia layak bertanding dalam PRU. Ini kerana terdapat kekeliruan berkenaan pengampunan Anwar. Ada kemungkinan bahawa pengampunannya tidak sah.

4. Anwar diberi ampun semasa saya jadi Perdana Menteri kali ke-2. Saya lakukan seperti dinasihat. Saya percaya ianya betul pada masa itu.

5. Tetapi sekarang ada yang timbul berkenan kesahihan pengampunan Anwar ini. 

6. Rakyat berhak untuk selesaikan kekeliruan ini.

7. Selain itu, Anwar sudah tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ianya terlalu kerap membohong. Tidak ada yang betul keluar dari mulutnya.

8. Dulu janji Reformasi. Kini sudah jadi bahan jenaka dan rakyat rata-rata kata sudah “dikencing” dengan penipuan.

9. Hari ini di depan mata kita dia amal nepotisme dan kronisme.

10. Dulu dia tuduh saya tanpa sebarang bukti.

11. Bila ia amalkan, bukti jelas di depan mata.

Leave a Reply