UMRAH

1.​Saya berada di Arab Saudi minggu lepas. Ramai sungguh orang Islam membuat umrah. Keadaan sama seperti membuat ibadah Haji. Berduyun-duyun mereka datang. Diantara mereka terdapat ramai orang Melayu Malaysia.

2.​Umrah adalah satu dari ibadah yang sunat bagi orang Islam. Saya faham yang sunat, jika dilakukan memberi pahala kepada diri pengamal. Jika tidak melakukan, kita tidak berdosa.

3.​Saya tertanya-tanya jika wang yang dibelanja untuk melakukan ibadah umrah datang dari punca yang haram, umpamanya jika wang itu dicuri, apakah ibadah itu menjadi sah dan memberi pahala?

4.​Saya hanya bertanya. Sebabnya kerana saya lihat beratus yang dapat buat umrah yang dibiayai oleh orang tertentu yang punca kewangannya masih menjadi persoalan.

ENG VERSION
UMRAH

1. I was in Saudi Arabia last week. There were really many Muslims performing the Umrah. The situation is the same as during the Hajj period. They come flocking. Among them were many Malaysian Malays.

2. Umrah is a voluntary act of worship (sunat) for Muslims. I understand that being “sunat”, if performed it earns a reward (pahala) to the practitioner. There is no sin (dosa) if not performed.

3. I wonder what if the money spent in performing the umrah comes from illegal sources, for instance if the money was stolen, whether it would be a legitimate worship and earns reward?

4. I am just asking. The reason is because I see hundreds of people who are able to perform the Umrah financed by certain people with still questionable sources of finance.

 

62 thoughts on “UMRAH”

  1. Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi & diSanjungi Tun,

    1. Ramai orang kata di Makkah (semasa buat Umrah / Haji) kita mesti jaga kata2 dan perbuatan kita kerana apa2 yang kita lakukan/kata boleh dapat balasan ‘cash’.

    2. Saya sendiri pernah alami perkara ini di mana perbuatan seseorang dibalas dalam masa beberapa saat/minit sahaja.

    3. Suatu hari saya di Masjidil Haram. Seperti biasa keadaan sesak. Saya ingin solat di saf agak depan – dekat dengan Kaabah. Ada satu ruang kecil dan saya mencelah dan duduk (muat untuk seorang yang kurus/kecil). Tapi seorang yg di sebelah saya tidak suka dan kata sempit (beliau boleh cakap Melayu, tapi saya rasa dari Indonesia). Mula2 saya buat tak endah (ini keadaan biasa) tapi lama2 sakit telinga sebab dia masih mengomel. Saya bangun dan cari tempat lain (2-3 saf di belakang); ada yg baik hati beri saya ruang mencelah. Sebaik saya duduk di tempat baru, datang seorang ‘Mak Arab’ (entah dari mana) yang besarnya sekurang-kurangnya 2 kali ganda saiz saya yang duduk di tempat yang saya tinggalkan. Orang yg komplen ‘sempit’ tadi berada dalam keadaan betul2 terhimpit (benar2 sempit). Saya nak ketawa, tapi takut dapat balasan ‘cash’ yg lain (tapi senyum dalam hati).

    P/S: Tun, please allow me to share some facts on mental health and disorders (knowledge sharing):-

    Fact 1: Psycho – Crazy or mentally unstable person. Psycho is a slang term for someone who is mentally-ill or afflicted with a psychosis. Psycho comes from the Greek word ‘psykho’, which means MENTAL.

    Fact 2: Psychosis – A mental disorder characterized by symptoms, such as DELUSIONS or hallucinations, which indicate impaired contact with reality. People with psychosis often have disturbed, confused, and disrupted patterns of thought.

    Fact 3: There are several risk factors for developing a psychotic disorder, which include genetic, biological, environmental, and psychological. So, all risk factors must be carefully assessed / evaluated.

    Fact 4: People who are experiencing psychotic episodes are often totally UNAWARE that their behavior is in any way strange (abnormal). They may notice/see delusional/weird behavior in others, but LACK THE SELF-AWARENESS TO RECOGNIZE it in themselves. For example, a person with psychosis being treated in a psychiatric ward may complain / accuse that their fellow patients are mentally unwell, while they’re perfectly normal/well. 🙁

    Further details on mental disorders can be found in DSM-IV / DSM-5.manuals.

    Note: It’s quite ‘easy’ to become a mental health counselor (kaunselor kesihatan mental ) / psychotherapist/ psychologist/ psychiatrist in MALAYSIA – a bachelor’s degree in Counselling / Psychology (or any other related fields) is already enough / sufficient. Of course we also have those with Medical, Masters and Doctorate (Ph.D.) Degrees, but not many (in Malaysia).

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  2. Assalamualaikum Tun,
    Amalan umrah dan haji ini adalah rukun islam yang baik dan wajar dilakukan bagi semua umat islam yang mampu cuma segelintir umat islam percaya setelah menamatkan setiap rukunnya mereka pulang ke tanah air bersih seperti budak baharu lahir.
    Masakan amalan kita diterima Allah sekiranya kita tahu bahawa sumber perbelanjaan kita menunaikan ibadah tersebut datang dari sumber yang harap. Kalau itulah rupanya maka hanya yang kaya sahajalah mempunyai tempat dijannah nanti. Yang mempunyai kuasa, ada jawatan, atau mempunyai perniagaan tak perlulah amanah atau berintegriti, kerana dengan menggunakan kuasa kita boleh mengumpul wang dengan banyak dan segera selain dari pendapatan gaji, yang berniaga pula jangan peduli, menipu timbangke, ada unsur riba ke tak apa, janji untung banyak cepat-cepat boleh buat imbangan atau tolak rebat dosa di depan Kaabah. Bila balik boleh longgok duit lagi, musim haji tahun depan boleh buat balancing lagi macam roda kereta.

    Sebab itu kita lihat hampir semua wilayah islam di dunia bergolak. Saya rasa presiden, perdana menteri atau raja-raja di negara islam percaya dengan kemampuan kewangan, body guard keliling pinggang mereka boleh cium hajaruaswad bila sahaja mereka tergerak hati. Yang bukan dari kumpulan ini janji ada wang banyak, tak payah tunggu giliran 82tahun yang ditetapkan, janji ada pengaruh dan pengeras satu keluarga pun boleh dapat tempat, tahun ni pun boleh. Procedure tu kan manusia yang buat, boleh langgar saja.

    Tapi di padang mahsyar nanti lain, di sana Allah yang tetapkan siapa lepas siapa tidak.tak boleh bohong, tak boleh guna pangkat atau jawatan mahupun jolok. Malaikat di sana nanti bukan macam AG di dunia. Istilah terlepas pandang untuk tutup salah macam yang dipraktikkan di dunia tak pakai, jadi kita fikirkanlah duit 1sen yang diperolehi dengan jalan curang mungkin sebesar kapal titanic. Jadi bila malaikat timbangtara mengizinkan kita memulangkan wang tersebut kepada yang hak, dengan jumlah manusia seawal zaman nabi adam supaya kita boleh mendapat rebat dosa kita barulah tahu yang Cash is God atau Allah maha esa.
    Itu belum lagi dibayangkan matahari hanya sejengkal atas kepala.

    Aduh… Takut, takut…

    Terima kasih Tun, semoga dalam keadaan sihat sejahtera.

  3. Dont blame the voters for not voting you. Why? Because they are the best judges in the world that all leaders must not took for granted if they want their legacy to be alive.

    Late lky didnt want his house to be a muzeum because he visited a lot of great muzeums in the world that gave him a cold and isolated feeling. He didnt want the airport to be named under him because he believed all singaporeans can go after the rainbow that will keep singapore going forward for another 50 years.

    Indeed, he is a great man, a wise stateman who put the people, the country and the world above his party.

  4. Richard branson quoted if someone offers you an opportunity and you are not sure if you can do it, say yes, and you can learn to do later.

    Even if you failed, you will get the pay checque. Yang bodoh adalah siapa?

  5. Look at tesco, by the end of the day, they have no choice but to cut staffs. Thanks to umnoputa buy malaysian first by increasing levy on general foreign workers. With so much property developments approved by mof, you think umnoputra at putrajaya can sustain?

  6. If you really want to save malaysia, dont set condition on halal and syariah compliance policy. Even indonesia, the largest moslem population in the world does not set such condition.

  7. Look at the brand they choose for rayani airline. It sound and spell like ryanair.

  8. Halal meant for moslem. Syariah compliance ideology also meant for moslem market only. Renung renung lah perjuang melayu dan islam.

  9. http://www.malaysiakini.com/news/337153

    Its up to the state government to decide whether to ban entry or not, takda masalah. Similarly that apanama reedhaun tee acting like moslem terrorist went to causeway bay there trying to test the water with singapore custom was told to go back to where he belongs. Remember the one australian mp allied to dsai was sent home to by umno kdn? What justice you wanna sell? Also, rafizi as malay mp, its rediculous if he doesnt know pm’s wife has the obligation to do donation on behalf of malay?

  10. Salam Tun

    I sememangnya segan nak cakap pasal umrah ini sebab ramai kenalan bila ada duit lebih pergi umrah, its about ibadah, makan angin, and shopping.

    Part haji pulak, Haji urban tak sama dengan Haji kampung. Ramai kawan2 dah pergi Haji kat urban suburbs tapi tak nak sebut pun Haji atau Hajjah depan nama mereka.

    Zaman my dad dulu kat hometown bila you dah Haji or Hajjah kena jadi ahli masjid. Nak pergi haji bukan senang, bukan sekadar menabung kena tunggu giliran which makan tahun2. Perhaps that’s why haji begini lebih valuable sebab susah nak dapat. 🙂

    Part duit halal or tak halal, I tak berani nak cakap, kalau penerima tu tak tau, si pemberi tak kasi tau, tapi hanya nak nama – aku telah hantar kau ke Mekah, bagaimana pula?

    Whatever it is I serahkan pada Allah, hanya Allah Maha Mengetahui.

    Assalamualaikum.

  11. Assallammualaikum Tun.

    Saya mohon ruangan..

    Madam Sri Sense..

    In my haste of this morning presentation including PSG ( Patient Safety Goal )
    I erred in saying the obvious that academic sense is clinical academic sense..:)

    Nevertheless you are making sense..
    Unlike

    You know who..:)

    Terima kasih Puan.
    Terima kasih Tun.

  12. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    [Untuk rekod, Si ‘psyc*o’]

    Tun..saya amat bersetuju..

    AMATLAH MEMALUKAN DAN MEMUALKAN bagi orang-orang yang TIADA KELAYAKAN AKADEMIK untuk mendakwa orang lain sebagai psycho dan sebagainya..

    Sebagai biasa taukah orang awam..layman makna PSYCHO??

    Tun..kita orang Islam cukuplah dimalukan Allah apabila kita tidak berdaya hafal Surah Yassin dan menepuk dada mengagungkan kepala otak sendiri..:))

    Tun..
    Saya amat kagum kerana pintu Kaabah pernah dibuka untuk Tun..
    Namrud dan Firaun memanng hebat kerana hujah-hujah mereka sama dengan apa yang kita saksikan di sini..

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA..

    Ampun sahajalah Ya Allah..
    Terima kasih Tun..:))

  13. Mengerjakan umrah adalah satu ibadah. Hati kena bersih, suci dan jauh dari prasangka buruk.

    Oleh itu, janganlah kita dok tengok orang lain dan mempersoalkan dari mana mereka dapat duit untuk mengerjakan umrah. Menerima atau tidak ibadah kita adalah urusan Allah. Tak usahlah kita menyebok dok fikir hal itu. Adalah lebih baik kita pikiak diri kita … ke mana akhirnya kita kelak.

  14. Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi & DiSanjungi Tun,

    A. Mohon izin Tun ulas komen seorang penulis yang dengan ANGKUH menghina saya (Apr 7,2016 12:02 PM) dengan amat melampau (maaf Tun – melencong):

    /// Sedutan komen beliau yang terbaru:

    Biasalah Tun orang dah tak ada ‘kemaluan’..:))
    Tun..apakah yang lebih memalukan??
    Orang-orang yang tiada kelayakan akademik tetapi mendakwa mereka ada kepakaran di dalam bidang tersebut..
    Kerja tah mana-mana tah nak cakap fasal perubatan..
    MALU LAH SIKIT..:))

    ///

    1. Alahai…Saya yang dikatakan TIADA KELAYAKAN ACADEMIK oleh seorang ‘psyc*o’ di blog ini sekadar memiliki ‘Doctorate/Doctoral Degree – Ph.D.’. Mana setanding dengan si ‘psyc*o’ kan Tun Dr. Mahathir? Kelayakan akademik dia ‘guarantee’ jauh lebih tinggi; mesti ada paling kurang 2-3 ‘doctorate degrees’ dari Universiti2 terkemuka dunia di luar negara…); sebab itu angkuh bebenor… 🙁 . (buat loghat Perak sikit) Apepun teman ade juga rase belajor kat obersea di 2 buah Universiti berbeza. Teman rase Si ‘psyc*o’ mesti tengah ketawa terbahak-bahak! ‘Mental problem’… segala perkara yang saya tulis beliau perlekeh/ hina/ kutuk. Pathetic!

    2. Apapun, saya sebenarnya sudah sampai ke tahap teramat MALU & MELUAT dengan kedangkalan/kebodohan hujah Si ‘psyc*o’ dalam blog Chedet. Menulis pun meracau-meraban – tiada kesinambungan dan main tangkap muat saja & selalu MELENCONG. Syok sendiri saja lebih. Soalan mudah yang ditanya tidak boleh dijawab. Tapi tuduh orang macam2 untuk alih isu sebenar – tong kosong! Memang jenis muka tidak tahu malu. Jika salah, mengaku saja.

    3. Saya memang tahu PakPandir08 bukan seorang Islam (rujuk kepada komen dulu2 saya; dari cara PakPandir08 menulis pun boleh tahu dia bukan Melayu/Islam). Adakah seorang bukan Islam tidak perlu menghormati Tun sebagai pemilik blog? Tidak boleh ditegur? Lagi satu hujah bod*h dari seorang yang perasan pandai tapi ternyata hanya mempamirkan kebodohan melampau di khalayak ramai semata-mata mahu menegak benang basah! So shameful!

    4. Si polan ini ingat dia saja boleh bercakap pasal agama dan ‘mental health issues’ (dia yang ‘diagosed’ saya secara tiba2 untuk tunjuk hebat kononnya – years ago; orang ‘tak betul’ saja yang diagnose orang di blog). Amat memualkan & MEMALUKAN.

    5. Untuk rekod, Si ‘psyc*o’ ni satu ‘camp’ dengan PakPandir08 dan HBT456. Kutukan/Hinaan beliau cuma ditujukan kepada orang ISLAM (sejak dulu lagi) yang beliau tuduh ‘bukan Islam sejati – sekular’. Inilah jenis orang Islam yang sebenarnya yang merosakkan Islam/umat Islam dari dalam. Penuh dengan kepura-puraan & dendam kesumat. Inilah kononnya umat ‘Islam sejati’ yang kita ada di Malaysia… So pathethic!

    Maaf Tun kerana ambil ruang untuk ‘educate’ si polan di atas.

    Saya ingin ulas tentang Umrah / Haji:

    B. Umrah/Haji yang kita lakukan mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. bukan untuk menunjuk-nunjuk atau melancong.

    C. Jika niat kita sudah lari, contohnya, pergi Umrah untuk menunjuk-nunjuk kealiman atau kerana mahu melancong, dan tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, kita akan melakukan banyak kesilapan dan melanggar peraturan2 dalam ihram (saya sendiri lihat ada yang tidak menjaga aurat bila dalam ihram…belum lagi bab larangan2 lain yang mesti dipatuhi; mesti bayar dam/denda jika langgar larangan2 ihram).

    D. Dalam Bab Haji, ada ‘Syarat Haji’, ‘Wajib Haji’ dan ‘Rukun Haji’. Kena belajar (Internet pun ada; buku) semua ini supaya tidak KELIRU antara ketiga-tiganya. Mereka yang telah memenuhi/ menepati ‘Syarat Haji’ baru diwajibkan untuk mengerjakan Haji.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  15. Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi & DiSanjungi Tun,

    1. Orang sakit mental tidak digalakkan pergi mengerjakan Umrah (walaupun ada juga yang pergi) kerana situasi di sana yang sangat mencabar & ‘stressful’.

    2. Orang yang suka ‘meludah’ merata-rata tanpa sebab saya yakin ada masaalah mental. (Ada seorang pengomen di sini suka sangat ‘meludah-ludah’ di blog Tun, tapi mengaku beradab dan bersopan…alahai…nasihat berserta dalil si polan ini seperti meludah ke langit…)

    3. Rakyat Malaysia yang ingin pergi Haji wajib lulus pemeriksaan kesihatan fizikal & mental.

    4. Yang ada masaalah mental ini biasanya amat taksub dan melakukan perkara2 yang pelik. Kita kena banyak bersabar. Jika tidak sabar, kita pula yang akan dapat sakit mental. Saya pernah kena tolak/rempuh di masjid Nabawi dan jatuh terguling…nasib baik tidak cedera sebab saya cepat2 bangun…jika tidak memang lunyai saya…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  16. Salam Tun,

    Mohon laluan untuk mengulas sedikit sahaja.

    Salam Saudara Rumi,
    Saya tidak mahu mengulas sebutan saudara mengenai mengenal Allah. Tetapi sedikit sebanyak kita perlu lihat perjalanan kehidupan ini dari pelbagai aspek.

    Salah satunya, isteri wajib menta’ati suami selagi tidak menjurus kepada yang haram. Begitu juga Rakyat seharusnya menta’ati Pemerintah selagi tidak dizalimi dan tidak ada kecurangan. Walaupun Rukun Negara digubal oleh manusia, isi kandungannya tidak melanggari hukum hakam Islam. Sebagai Rakyat, kita harus akur.

    Soalan bernas oleh saudara, bagaimana pula untuk mereka yang kurang mampu? Disinilah manisnya ajaran kita, tiadalah hukumnya wajib lagi pada golongan ini.

    Wallahualam Saudara Rumi.

    Terima Kasih Tun.

  17. Assalamualaikum Tun,
    Saya hanya seorang housewife yang tak bijaksana, bukan ustazah dan bukan hajjah tapi izinkan saya berkongsi dengan Tun dan yang sudi dan juga saya, khas buat sdr/sdri Rumi agar sama-sama dapat sedikit penerangan daripadanya. Terima kasih memberi ruang Tun.

    Ada sesuatu yang menarik disampaikan oleh imam Streathan Mosque (South London Islamic Centre), Sheikh Mumtaz ul Haq betapa indahnya ibadah haji. Setiap ritual yang dilakukan tersimpan rahsia menarik untuk dibincangkan.
    Ya benar, setiap ibadah yang Allah perintahkan kita sebagai hamba wajib taat tapi lebih menarik, kalau faham keindahan di sebalik ibadat yang dilakukan.
    Sheikh Mumtaz cuba menyampaikan keindahan ibadat haji melalui jalan hikmah. Katanya haji mengajar manusia menjadi lebih baik dan Muslim yang bertakwa.

    Dalam haji ada banyak pengajarannya kerana dijanjikan syurga bagi haji mabrur. Sabda Rasulullah s.a.w., “Masa daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah masa penghapusan dosa. Dan ganjaran haji yang mabrur tiada lain hanya syurga.” (HR Muslim). Haji adalah amal yang cukup menarik dan Rasulullah s.a.w. mendoakan diampunkan dosa orang yang mengerjakan haji. Rasulullah s.a.w. bersabda:”Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa) orang yang menunaikan haji dan (dosa-dosa) orang yang dipohon oleh orang yang mengerjakan haji”. (HR al-Hakim). Maksudnya bukan sekadar orang yang mengerjakan haji akan diampunkan dosanya juga orang yang dipohon oleh orang yang mengerjakan haji.

    Ketika dalam ihram zikir dan doa yang paling baik adalah talbiyah. Ia adalah respons daripada seruan nabi Ibrahim. “Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadilah antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada-Mu dan tunjuklah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah 127-128).

    Dan kita tawaf tujuh pusingan adalah sebagai rayuan kepada Allah agar dosa kita diampunkan. Jelasnya, hidup bukan sekadar menikmati keseronokan dalam kehidupan ini. Hidup adalah belajar untuk melakukan apa yang Allah perintahkan. Apabila Allah perintahkan haji ia bukan bermakna Baitullah adalah tempat paling suci di dunia. Sebenarnya haji bukanlah berlaku di sekeliling Baitullah tetapi ada sebahgian ritual haji yang berlaku di Baitullah. Namun perkara yang paling penting dalam haji adalah Arafah. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kemuncak haji adalah wukuf di Arafah”.

    Haji tidak akan sempurna jika tidak menghadirkan diri di Arafah. Haji itu hanya akan sah apabila kita meninggalkan Masjidilharam dan pergi ke Arafah serta tinggal di sana hanya sehari.
    Semua yang dilakukan itu bukan berdasarkan apa yang kita fikirkan betul, apa yang hendak kita lakukan atau apa yang kita mahu. Tapi semua itu dilakukan atas perintah Allah. Aturannya sudah ditetapkan.

    Kita tinggalkan Mekah menuju ke Mina tapi tidak bermalam kemudian bergerak ke Arafah dan habiskan seharian di sana. Hanya sehari sahaja! Walaupun tempat mustajab doa tetapi kita tidak boleh tinggal di Arafah untuk bermalam. Apabila matahari terbenam kita mula tinggalkan Arafah dan meneruskan perjalanan menuju ke Mudzalifah hanya untuk satu malam saja dan terus kembali ke Mina.

    Sheikh Mumtaz menegaskan, di situlah letaknya hikmah bahawa kehidupan ini adalah bagaikan sebuah perjalanan. Manusia tidak tinggal di sini untuk kekal selamanya dan tidak boleh terikat dengan apa saja yang ada di sepanjang perjalanan itu. Malah kita juga tidak boleh terikat dengan tempat yang hebat aktiviti istimewa dan kepentingan tertentu.

    Kehidupan adalah sentiasa bersedia untuk bergerak dan jangan mengikat diri dengan apa saja milik kita yang ada di dunia ini. Kita kena sentiasa mengekspresikan diri untuk kembali kepada Allah apabila sampai untuk dijemput nanti.
    Rasulullah s.a.w. bersabda; Daripada Ibnu Umar berkata:”Rasulullah memegang bahuku, lalu bersabda: Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara. Lalu Ibnu Umar berkata:”Jika engkau di waktu petang, maka janganlah engkau di waktu pagi dan jika engkau di waktu pagi, maka janganlah menunggu petang dan pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu sakit dan waktu hidupmu sebelum kamu mati.” (HR Bukhari).

    Sepanjang haji kita sentiasa bergerak. Pengajaran yang kita dapat daripada haji, hidup ini bagaikan musafir yang sentiasa bergerak.

    Moga-moga maklumat diatas sedikit sebanyak memberi penerangan hati kepada kita semua. Jika terdapat salah dan silap harap betulkan.
    May Allah Bless you Tun. May Allah Protect you Always Tun. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. And thank you Tun. Please take extra care, dear Tun.

  18. Assallammualaikum Tun.

    Saya mohon ruangan.

    joetachi..minta maaf.

    Saya tidak bersetuju dengan anda.
    Kisah akhir kesimpulan cerita Abdullah Mubarak iaitu seorang wali Allah adalah kerana asbabnya maka diterimalah haji kesemua yang mengerjakannya di musim itu.

    Saudara Wandycaswady.

    Saya juga tidak bersetuju dengan pendapat saudara.
    Saya berpendapat adalah lebih baik kita menghayati Kitab Ihya Ulumiddin.
    Saya berpendapat ada ‘moment-moment’yang merbahaya oleh HAMKA di dalam novelnya Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wick.

    Tafsir Al Azhar dari HAMKA juga ada juzuk-juzuk yang membahayakan orang-orang awam.

    Marilah kita berlapang dada dan bermuzakarah sesama kita di bawah..

    [email protected]

    DENGAN IKHLAS DAN BERANI..

    Terima kasih tuan-tuan.
    Terima kasih Tun.

  19. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.

    Tun..Tun..
    Ada seorang bogger di dalam sini yang TIDAK ADA RASA MALU DAN MUHASABAH DIRI..:))
    Nasihat be’liau’ kepada pakpandir08 ( seorang cina bukan muslim ) adalah supaya menghormati Tuan punya blog ini iaitu Tun..
    Tetapi..

    Seperti biasa be ‘liau’ lupa kepada dirinya sendiri..:))

    [61:3] O ye who believe! why do you say what you do not do?
    [61:3] اے وہ لوگو جو ایمان لائے ہو! تم کیوں وہ کہتے ہو جو کرتے نہیں۔
    [61:4] Most hateful is it in the sight of Allah that you say what you do not do.

    Biasalah Tun orang dah tak ada ‘kemaluan’..:))

    Tun..apakah yang lebih memalukan??
    Orang-orang yang tiada kelayakan akademik tetapi mendakwa mereka ada kepakaran di dalam bidang tersebut..

    Ish..Ish..tak malu sungguh..:))

    Hypomanic Episode Symptoms.

    A hypomanic episode is not a disorder in itself, but rather is a description of a part of a type of bipolar II disorder. Hypomanic episodes have the same symptoms as manic episodes with two important differences: (1) the mood usually isn’t severe enough to cause problems with the person working or socializing with others (e.g., they don’t have to take time off work during the episode), or to require hospitalization; and (2) there are never any psychotic features present in a hypomanic episode.

    A hypomanic episode is characterized by a distinct period of persistently elevated, expansive, or irritable mood, lasting throughout at least 4 days and present for most of the day nearly every day. This hypomanic mood is clearly different from the person’s usual mood.

    Kerja tah mana-mana tah nak cakap fasal perubatan..

    MALU LAH SIKIT..:))

    Minta maaf Tun.
    Ribuan terima kasih..:))

  20. Salam Tun

    joetachi thanks for sharing. Tun ini sebenarnya pangkat bapa to me. Arwah ayah memang Mahathir biggest fan. Kalau balik hometown belum sempat duduk ayah asyik cakap pasal Mahathir sahaja. Mahathir pandai, Mahathir bijak, etc.

    Pagi tadi hubby tengok I bagi kucing makan ubat, dia kata “Tak tau la berapa banyak pahala you dapat” I terus cerita joetachi padanya. Hubby kata memang bagus bersedekah. Ofcourse sedekah hubby maksud bukanlah donation mykmu dalam bab 14M dollar Jakel.

    Mungkin I rasa apa yang I buat tak sebesar mana. I tak pernah beli kucing, I rescued cats from the animal shelter. I ada 3 ekor kucing, mixed persian, maine coon, dah satu mixed turkish anggora. Orang kalau tak tau mesti ingat I beli kucing mahal dekat kedai. Sebab kucing2 tu duduk dengan I sihat gebu dan cantik semua. Animal shelter pula kalau tak ada orang adopt kucing atau anjing mereka akan ambil langkah euthanasia.

    Sememangnya dari kecil I rajin bela kucing. Kucing kat pasar pun I sapu, kesian takut tak makan. 🙂

    Bila kahwin hubby pulak tak suka kucing. But after I ajar dia macam mana cara bela kucing dia jadi pandai dan sayang kucing, tidor pun dengan kucing 🙂 Anak2 I semua suka kucing. 🙂

    Assalamualaikum.

  21. http://www.malaysiakini.com/news/336782

    Madam nancy, this proposal only shows umno intolerance and greed for absolute power to stay relevant by hijacking the independence of bar council that will only increase the momentum of boat rocking and political power struggle within umno. This country’s parliamentary democracy is heading towards the maturity of democracy of the civilized world, contohnya amerika syarikat.

  22. Jack ma is not a political party member, or leader. He is not a murderer or terrorist. He is just only a businessman who believes the world trend is changing so fast thay you must be fast too so that your business wont loose money.

    Itu bukan peraigai hipokrip. Apakah alasan perempuan yang digelar hajar ini membodek secara buta tuli? Nasib baik peraigai seperti dia ini hanya sedikit saja.

  23. Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi & DiSanjungi Tun,

    1. Mohon izin Tun untuk berkomunikasi dengan ‘Rumi’ yang memberi komen berkenaan Umrah/Haji dan rumah Allah yang ada berunsur jahat & menghina:

    a. Saudara ‘Rumi’, anda telah menghina agama Islam dan umat Islam.

    b. Anda mengaku seorang Islam. Benarkah? Adakah ada percaya kepada RUKUN ISLAM yang ada lima cabang dan salah satu ialah mengerjakan HAJI (di Makkah)?

    c. Aqidah anda sudah rosak jika anda tidak percaya kepada kewajipan mengerjakan Haji. Bertaubatlah!

    d. Apa pun pegangan/kepercayaan anda, jangan sekali-kali menghina Islam dan umat Islam.

    2. Tadi saya ada baca pendapat ulamak berkenaan penggunaan wang haram untuk Umrah. Pendapat pertama mengatakan yang Umrah sah, tapi tiada pahala. Pendapat kedua pula kata yang ibadah Umrah tidak sah dan tidak dapat pahala. Dosa wang haram tetap ada.

    3. Pada pendapat saya eloklah guna wang sendiri (ikut kemampuan) yg kita sendiri tahu sumber dan kehalalannya. Lagipun lebih afdal ibadah kita – hasil dari titik-peluh sendiri.

    P/S: Ada ‘psyc*o’ di blog Tun yang masih lagi ‘meroyan’ menyuruh orang makan ubat. Memang sakit si polan ini. Nama saya yg diambil dari nama Arab diterjemah beliau kepada ‘batu/rock’ (tujuan menghina), tapi saya di HARAMKAN beliau untuk guna cara Melayu untuk beri ‘salam’ kepada Tun; mesti juga ikut cara beliau yang beliau perasan WAJIB. Memang ‘psyc*o’ betul…Allah melaknat mereka yang mengubah HUKUM Allah. Yang peliknya penulis Islam lain boleh pula beri komen tanpa beri salam langsung, dan si ‘psyc*o’ ni tidak pula menghukum mereka. Saya bimbang hukum ‘munafik’ (terhadap saya) jatuh kepada orang yang menghukum seperti dalam surah al-Hujurat, ayat 11. Lagi satu, si ‘psyc*o’ ini ingat pembaca2 buta kot – sudahlah guna HURUF BESAR, bolded pula…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  24. Assalamuaalaikum kepada saudara yg dihormati…

    Sungguh kecil ku terasa apabila ku mebulis di dalam blog ini… Setelah beberapa kali aku ingin berhenti daripada bersuara… Tapi entahlah. .. hati ini terasa amat sakit terhadap rakyat manusia di tanah bumi ini yang tidak kenal erti kesyukuran… Terutamanya Melayu…

    Aku tahu bahawa aku ini adalah orang kebanyakan… Aku juga tahu mungkin tidak terselamat daripada kematian… Apatah lagi neraka yg jahannam… Namun ku cuma bermohon doa agar diselamatkan oleh Tuhan Ya Rahim….

    Ku benar-benar bermohon kepada yg mempunyai pengaruh dan wang… Ku bermohon agar buku karya Buyaa HAMKA “Di Bawah Perlindungan Kaabah” dibeli dah di sedekahkan dan disebarkan ke serata tanah Melayu ini agar tersedar rakyat tentang peradaban dan sunnah…

    Ku merayu kepada Tun… Agar membelanjakan sedikit wang di atas buku ini dan disebarkan… Benar2 ku merayu kepada sang pembaca yang lain terutamanya yang islam… Beramal lah dan sedekah ilmu yg baik itu lebih memberi shafaat kepada kita di kubur kelak…

    Tolonglah dengar rayuan saya yg kerdil ini… Sesungguhnya… Said Nursi Badiuzzaman adalah insan dan seorang islam yg patut kita contohi…

    Jazakumullah khairan kathira….

  25. nak pergi umrah, nak naik haji…
    Nak cari berkah..pakai 1MdB..?? %#$@&%

    ..@lamak…!

    Dulu tulis jawi….Skarang tulis Rumi….!
    Dulu dh trjadi,…Skarang baru ngerti…?

    بسم الله الرحمن الرحيم
    Abdullah bin Mubarak pada tahun ini sedang menunaikan ibadah haji,untuk mempertebal iman yang dimiliki ia malakukan shalat malam di majidil haram. Seusai menunaikan sholat malam abdullah merebahkan tubuhnya di serambi masjidil haram hingga ia tertidur. dalam tidurnya abdullah bermimpi melihat 2 malaikat turun dari langit dan bercakap cakap.

    Malaikat pertama bertanya ” ada berapa banyak jamaah haji tahun ini?”
    Malikat kedua menjawab ” 600.000 ribu jamaah”
    Malaikat pertama bertanya lagi ” Ada berapa banyak yang diterima?”
    Malikat kedua pun menjawab ” Hanya satu jamaah”
    “Hanya satu?” Malaikat pertama heran.
    “Ya hanya satu ” Malaikat kedua mempertegas ucapannya.
    Malaikat pertama bertanya ” Siapa jamaah yang paling beruntung itu?”
    “Seorang lelaki tukang sepatu dari kota Damsyik yang bernama Muaffaq” Jawab malaikat kedua.

    Abdullah tersentak dan bangun dari tidurnya,ia terheran heran dari 600.000 jamaah cuma 1 orang jamaah yang di terima ibadah hajinya,semua di tolak termasuk dirinya. Karena merasa penasaran abdullah bertekad untuk mencari jamaah yang sangat beruntung tersebut. Abdullah berangkat ke Damsyik seusai menunaikan ibadah haji. Setelah berhari hari mencari akhirnya abdullah menemukan rumah tukang sepatu yang dia cari.

    ” Assalamu`alaikum” ucap abdullah memberikan salam
    ” Wa`alaikum salam warohmatulloh wabbarokatuh “jawab pemilik rumah yang tak lain adalah muaffaq.
    ” Apakah benar anda yang bernama Muaffaq?” tanya abdullah
    ” Ya benar tuan,ada keperluan apa tuan mencari saya” Jawab muaffaq yang kebingungan.
    ” Saya datang kemari untuk memberi ucapan kepada engkau wahai muaffaq” ucap abdullah
    ” Selamat atas apa wahai abdullah” tanya muaffaq
    ” Selamat karena dari 600.000 jamaah haji,hanya ibadah engkau yang di terima” kata abdullah
    ” Wahai abdullah janganlah engkau melecehkan saya!,saya belum pernah berangkat haji” jawab Muwafaq yang keheranan.

    Abdullah bin mubarak sejenak tertegun,hatinya ragu apakah benar lelaki yang dihadapannya adalah muaffaq yang dia cari. Kalau memang dia adalah muaffaq yang ia cari mengapa ia berkata ia tidak pernah berangkat haji,padahal sangat jelas didalam mimpinya bahwa dari 600.000 jamaah yang berhaji hanya hajinya yang diterima oleh allah swt. Setelah berfikir dan merenung abdullah kembali bertanya kepada muaffaq
    “Tetapi engkau adalah benar benar muaffaq?” tanya abdullah menyakinkan dirinya
    ” Benar saya muaffaq dan satu satunya orang yang bernama muaffaq disini” Jawab muaffaq dengan tegas.
    ” Apa pekerjaan engkau wahai muaffaq?” tanya abdullah
    ” Pekerjaan saya sehari hari adalah tukang sepatu,dan saya adalah satu satunya orang yang menjalani pekerjaan ini” Jawab muaffaq
    ” Apakah engkau yakin engkau tidak pernah berangkat haji bahkan pada tahun ini?” tanya abdullah penasaran
    ” Saya memang berencana menunaikan ibadah haji tahun ini,tetapi saya menundanya sampai tahun depan” Jawab muaffaq.
    ” Apa gerangan yang membuat engkau menunda ibadah hajimu” abdullah penasaran
    ” Istri saya sedang hamil tua,dan ongkos untuk pergi menunaikan haji telah habis” jawab muaffaq
    ” Untuk apa engkau gunakan uang yang akan engkau gunakan untuk naik haji?” Tanya abdullah penuh penasaran
    Muaffaq pun bercerita ” Pada suatu hari istriku yang sedang hamil tua mencium aroma masakan daging tetanggaku,dan istriku pun menyuruhku untuk meminta sedikit masakan tetanggaku tersebut. dan aku pun mendatanginya dan menyampaikan maksud dan tujuanku,namun ia menolak untuk memberikan sedikit masakannya. Dia berkata Daging ini halal bagi keluarganya namun haram bagi keluargaku”

    “Mengapa demikian ?” Tanya abdullah penasaran.
    Muaffaq melanjutkan ceritanya ” Karena ia adalah keluarga miskin sudah beberapa hari ia dan keluarganya kelaparan,perempuan itu keluar mencari bangkai kuda yang baru saja mati,daging itu dia sayat dan dibawanya pulang. Daging itu halal karena mereka dalam keadaan terpaksa dan saya dalam keadaan mampu maka saya haram memakannya. Hatiku seakan akan hancur mendengar perkataan perempuan janda itu. Aku pulang dan kuceritakan kepada istriku. Istriku menangis dan berkata sungguh berdosanya kita telah membiarkan tetangga kita kelaparan,akhirnya kami memutuskan untuk memberikan semua uang yang akan saya gunakan untuk berangkat haji.”
    “Tetapi saya melihat dalam mimpi saya percakapan dua malaikat yang mengatakan bahwa dari 600.000 jamaah yang menunaikan ibadah haji semuanya tertolak dan hanya engkau yang di terima” Ucap abdullah penuh keheranan.
    “Subhanallah Benarkah wahai abdullah? Jika benar demikian maka allah mencatat amal sedekahku subagai amal ibadah haji dan aku berangkat haji hanya di depan pintu rumahku” Jawab muaffaq.

  26. Assallammualaikum Tun.

    Saya mohon ruangan.

    Tun..macam biasa..ramai pesakit mental yang menjadi-jadi kerana tak makan ubat dalam masa dan dos yang betul..makanlah ubat..:))

    Tun..
    Seperti biasa perjuangan untuk menegakkan syiar agama kita bermula dengan nyawa.
    Tetapi di dalam kesufian bermula dengan jiwa.
    Jiwa yang sihat bermula dengan akal yang sihat.
    Akal yang sihat berpandu dengan iman.
    Tajuk persoalan kita saya harap Tun dapat memperjelaskan dari sudut kejahilan.

    A SMIDGEN OF ANNOYANCE

    If ever,I believed that I am entitled to it.The whole issue is actually about an outrage.Someone commited a grand scale of blasphemy and sacrilege where Allah is concern and instead of condemning the said person,another person not from our mainstream muslim practice try to preach manner and etiquette according to her numbskull belief.

    The proper response to an outrage is to be outraged and being courageous at that.The settlement of a dispute must be in court and one must agree to the venue if the meeting is ever honestly ventured which is not so up to the present moment.

    Integrity.What are they?
    I believe it is a medium where one can be accounted for through an e mail or adress.So the summon can be serves.
    We says thing and write them because we can be CIA..

    CALLED INTO ACCOUNT.

    What is the methodology and mean to contact the ‘INTEGRATED PERSON’..

    Nevertheless.We got a winner here..

    THE WINNER OF THE DOUCHE BAG AWARD….CLAP..CLAP..CLAP..:))

    Terima kasih Tun.
    Biasalah..Watak seseorang adalah akibat ajaran yang diperolehinya..:))

  27. Salamalikom Tun and All,

    Apa hukumnya orang bersembahyang tetapi baju dan kain yang dipakainya adalah dicuri? Sembahyangnya sah (Ibadatnya diterima Allah atau tidak bukan urusan kita) walaubagaimanapun perbuatan mencuri akan tetap diadili dan dihukum diAkhirat kelak….WaAllahualam.

    Soalnya sekarang, Apa hukumnya orang-orang yang membantu dan menghalalkan perbuatan si-pencuri? Apa hukumnya orang yang cuba menidakkan yang BENAR ?

    May Allah bless Tun and Toh Puan always….

  28. Salam, aduhai saudara rumi ni..

    Pernah dengar metafora atau metaphore? Perkataan “baitullah” atau rumah Allah itu digunakan sebagai rujukan untuk menghormati kawasan tersebut. Sama untuk Saidina Hamzah yang diberi gelaran Harimau Allah kerana keberanian dan kebengisannya. Saidina Ali diberi gelaran pedang Allah kerana ketajaman beliau menggunakan akal dan ilmu.

    Ya, memang haji dan umrah itu boleh dianggap sebagai ritual. Dan bagi saya ritual ini sangat bagus kerana ia mengajak manusia untuk mengembara melihat dunia. Dikumpulkan umat Islam 1 dunia untuk kita kenal mengenali di satu tempat dan masa untuk ibadah. Jika tidak ada umat Islam ni mungkin sangkut dalam negeri sendiri sahaja.

    Terpulanglah kepada anda untuk menilai baik buruknya kerana akal masing – masing. Jika akal anda sesempit itu apa boleh buatlah.

    Ada otak fikir
    Ada mata lihat
    Ada telinga dengar
    Ada hati merasa
    Ada akal menilai
    Ada nyawa bersyukur

    TQ

  29. Terima kasih di atas teguran tuan Umranrc berkenaan dgn posting saya yg terdahulu tetapi saya masih bertegas, sebagai seorg yg mengamalkan kepercayaan kepada tuhan, seseorg itu haruslah melalui proses mengenal. Sudah dinyatakan beberapa kali oleh nabi kita muhammad bahawa awal2 dlm agama itu mengenal Allah. Bukan nya mengenal rukun negara, rukun tetangga dan segala mcm rukun ciptaan manusia. Ada potongan ayat, “qalbun mukmin baitullah” yg bermaksud, Hati org mukmin itu istana Allah. Mcm mana tok2 arab ni bole menysatkan kita dgn mempercayai kotak hitam itu istana Allah? Lepas tu sikit punya baik ada harga pulak tu nak dkt kan diri kita dgn Allah? Btul ke nak dkt dgn tuhan ni perlukan modal beribu2 ringgit tuan? Mcm mana nasib org yg tak mampu? Depa tak dpt dkt lah dgn tuhan? Kan Allah tu maha adil….minta maaf ckp tuan, sebagai seorg islam yg percaya dgn keberadaan tuhan, saya tidak lagi duduk di makam percaya, malah kita sudah duduk di makam kenal dan rasa. Barulah menjadi medan penyaksian antara diri ini dgn tuhan tanpa sebarang perantara. Ingat tuan, awal awal dlm agama itu mengenal Allah…tak kenal, maka tak cinta. Kan Dia itu lebih rapat dari urat lehermu sendiri..Allah itu sekadar nama, tapi siapakah yg empunya nama? Telah dinyatakan di dlm al quran, agama itu hanya utk org yg mahu berfikir/menggunakan akal. Sekian, terima kasih.

  30. Salam Yg Bhg Tun,

    Saya bersetuju dgn Yg Bhg Tun bahawa sumber kewangan untuk mengerjakan umrah dan haji ini mestilah dari sumber yang telah sahih halalnya. Bukan dari sumber yang haram. Misalnya sumber kewangan dari hasil kemenangan judi tikam nombor tidak boleh dijadikan sumber kewangan untuk mengerjakan haji dan umrah. Begitu juga hasil sumber kewangan dari aktiviti penipuan atau duit rasuah dijadikan untuk mengerjakan haji atau pun umrah.

    Pada pendapat saya, jika saya telah ditaja oleh seseorang untuk mengerjakan umrah dan pada masa yang sama saya tahu bahawa duit yang diberikan kepada saya itu adalah dari sumber penipuan dan rasuah, pendapat saya maka ibadat haji atau umrah itu adalah adalah haram walaupun haji ataupun umrah itu sah rukun nya. Haram kerana telah menerima wang rasuah ataupun haram kerana bersubahat dengan kemungkaran. Jika dilakukan perkara yang haram maka balasannya adalah dosa dan laknat Allah.

    Pada masa2 terdahulu kala, umat Islam Melayu amat berhati2 terhadap sumber derma yang diberikan oleh seseorang untuk pembinaan masjid. Sumber kemenangan judi sememangnya tidak diterima oleh mereka untuk membina masjid. Sekiranyanya sumber derma itu adalah dari hasil titik peluh seseorang mengambil upah, mereka akan bertanya apa kah kerja upah tersebut. Sekiranya upah tersebut adalah seperti dari kerja mungkar seperti menebang pokok yang bukan hak (mencuri), dan sebagainya, maka sumber sebegini pun tidak diterima oleh mereka untuk membina masjid.

    Sekadar pendapat Salam Yg Bhg Tun.

  31. Assalamualaikum Tun,
    Tun hanya bertanya, saya pun ingin bertanya. Ia berkaitan dengan sumbangan ehsan oleh “PENAJA” (Yayasan 1MDB atau yang sepertinya) kepada mereka, yang betul2 teramat payah dan tidak berdaya meneruskan kehidupan, bagi meringankan bebanan mereka dan bukan sahaja menaja menunaikan haji.
    Persoalannya ialah dari manakah “PENAJA” mendapat “SUMBER KEWANGAN”. Sekiranya mereka tidak yakin, tidak percaya atau was-was akan “PENAJA” dan “SUMBER KEWANGAN” tapi oleh kerana kelangsungan hidup mereka terpaksa menerima, walaupun hati kata jangan tapi tangan mengambil juga, apakah hukumnya? Sekiranya mereka tahu dan yakin akan “PENAJA” DAN “SUMBER KEWANGAN” dan dengan rela hati menerimanya kerana kesempitan hidup, apakah hukumnya? Bagaimana jika “PENAJA” berkata niat dia ikhlas hanya ingin menolong mereka yang benar2 dalam kesusahan, apakah hukumnya?
    Tun tak jawap pun takpe, saya hanya bertanya.

    Tun, seringkali DSN kata dia adalah pembela rakyat. Apabila dia senang2 pergi main golf di luar negara, apabila dia belanja berjuta-juta ringgit barang2 kemas dan perhiasan, apabila dia duduk di kerusi empok di meja banquet dan makan makanan enak2, apabila dia pergi melancong ke luar negara menaiki jet, apabila dia beradu di bilik serba lengkap bagaikan King…etc etc…Adakah apabila dia buat semua itu, dia fikirkan rakyat jelata yang hidup amat susah dan perit?… yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, yang makan nasi lauk kicap, yang tinggal di bangsal haiwan hampir rebah ke tanah, yang mencari makanan di tempat pembuangan sampah, yang tidor beralas tanah dan suratkhabar lama dan berbumbung langit, yang menpunyai anak2 kecil yang perlukan susu dan makanan berkhasiat…dan lagi…dan lagi……?

    Dimanakah keadilan untuk mereka? Tunggu ambil peduli bila hampir PRU ka?
    Alangkah eloknya andai “donation” RM2.6billion dibelanjakan terus kepada mereka ini yang memerlukan. Kenapa pulangkan sebahagian daripada “donation” tu pula? Pulangkan masuk tabung mana? Kan HRH Putera Arab kata belanjalah ‘gift’ yang diberinya sesuka hati kamu?
    Kalau “donation” berbillion daripada sumber yang halal dan disahkan benar oleh DSN dan pengipas2, mengapa rahsiakan dari awal lagi? Sebenarnya nak tahu juga belanja kemana “donation” tersebut. Siapa tahu? Tanya sama itu hud hud.

    Susahlah Tun, tak tahu nak cakap apa lagi kepada mereka yang mata hati dah buta atau hampir buta. Segala yang hendak diluahkan pun sudah. Kebenaran demi bebenaran yang hendak disajikan pun sudah. Apa lagi yang kita boleh buat supaya pecah hati dan jiwa batu mereka itu, Tun? Segalanya terpulang diatas kerelaan hati mereka sendiri agar mereka tidak berterusan mengelak diri daripada melihat kebenaran. Wallahua’lam.

    Terima kasih Tun kerana sudi ‘mendengar’ celoteh saya.
    May Allah Bless you Tun. May Allah Protect you Alaways Tun. May Allah grant you great wealth in health, happiness dan knowledge. And Thank you Tun. Please Take extra care, dear Tun.

  32. Salam Tun,

    Mohon laluan Tun.

    Saudara Rumi,
    Topic yang dibicarakan adalah kewajaran untuk menaja seseorang Islam mengejakan Umrah menggunakan wang yang belum dikenalpasti asal-usulnya.

    Tetapi saudara Rumi telah mempersoalkan ibadah itu sendiri serta sedikit sebanyak mempersendakan Islam, pada pendapat saya, saudara telah melangkah melebihi batas kehormatan sesama kita rakyat Negara ini untuk bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Ini perlu dielakkan.

    Saya boleh sahaja mengulas panjang lebar tentang bangunan kotak yang saudara ujarkan, tetapi bukan diruangan seperti ini.

    Sekiranya saudara Rumi tidak mempercayai adanya Tuhan, itu hak saudara secara peribadi, tetapi sekiranya saudara adalah Rakyat Malaysia maka mahu atau tidak mahu, saudara perlu akur terhadap RUKUN NEGARA. Saya kepilkan dibawah ini untuk tatapan saudara.

    1. Kepercayaan kepada Tuhan
    2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    3. Keluhuran Perlembagaan
    4. Kedaulatan Undang-undang
    5. Kesopanan dan Kesusilaan

    Saya harap saudara Rumi dapat menjauhkan diri dari berbicara seperti sebelum ini.

    Terima Kasih Saudara Rumi.

    Terima Kasih Tun.

  33. Yang umrah alhamdulilah dan yang haji lagi alhamdulilah…Tapi du malaysia selepas balik haji pangkal nama dan panggilan terus berubah contoh ” Haji Salim dan Hajjah Salimah.
    Tapi dari dahulu belum pernah saya berjumpa buku atau penulisan yang menulis pangkalan nama para sahabat yang di tulis dengan Haji di hadapan. Adakah ini wajib bagi orang Malaysia?
    Asalamualaikum semua

    Ni…fikir fikirkan, mengapa penculik di kepulauan sabah hanya menculik orang malaysia sahaja?…adakah kerana mereka sakit hati dengan hishammuddin yang asyik mendabik dada dan memperlekehkan mereka?

    Kalau kata tidak gentar dengan ugutan pengganas silakan pergi menyiasat bersama najib dan zahid, bawa sekali tengku razali dan azalina usah kerah tentera atau polis, kata hishammuddin berani!
    Mengapa mereka lepaskan anak kapal myanmar dan indonesia?

    Sungguh lembab tindakan dari kementerian yang berkenaan tidak seperti kerajaan indonesia.

    Lawak sungguh apabila kerajaan kata setakat ini mereka tiada menalipon atau lain lain untuk tujuan meminta wang! Nak tunggu kepala semua di penggal baru hantar pasukan ke sana, ayat dah terang tulis “kita ada aset di perairan sana”. Kami orang kampung tak paham aset2 tu, tolong nyatakan dengan jelas wahai pak menteri tweeter. Oh bya bawa sekali nazri biarkan dia di sana kerana dia manusia yang kurang ajar.

  34. Salam Tun,
    Lately banyak yang menaja ke umrah/haji…. masing2 menggunakan ugama untuk menghalalkan yang haram… tetapi kita tidak boleh menghukum cuma Allah yang Maha Mengetahui. Part haram atau halal i got no comment sebab kita tidak tahu niat dan tujuan seseorang menaja. Adakah sebagai hadiah atau rasuah secara halal.

    Orang Islam atau yang tidak tinggi sekolahnya amat menyanjung sekiranya ditaja. Tetapi yang ditaja itu tidak mengetahui apa2 yang tujuan especially orang2 kampung yang dying to go.

    Keberkatan melakukan sesuatu adalah from your heart and hard earn money.

    Orang Melayu mudah tersentuh apabila perkara begini digunakan… ada yang menangis seolah2 penaja tu lebih besar dari Allah…. sehingga sanjung tak keruan.

    saya yakin apa yang terjadi adalah kehendak Allah juga, sekiranya niat kita tidak jujur lambat laun akan terbuka juga … Allah tidak akan menunggu lama untuk memberi petunjuk.

    Wallahualam
    salam teramat hormat saya pada Tun dan keluarga.

  35. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Mohon izin Tun:

    1. Dalam dunia ini ada segolongan manusia yang sentiasa bersangka buruk terhadap pendapat orang lain berkaitan agama seolah-olah mereka saja yang ada hak bercakap tentang agama Islam.

    2. Sesiapa saja yang Allah S.W.T. kehendaki menjadi ‘tetamu’ Nya akan dapat menjejak kaki di bumi Makkah dan Madinah, dan hanya Allah saja yang berhak menerima atau menolak ibadah hamba2nya.

    3. Jika ibadah kita diterima, akan nampak perubahan positif selepas balik dari mengerjakan Umrah/Haji. Tapi, kalau sama saja atau tambah teruk, memang sah ibadah kita ditolak.

    P/S: Ada lagi hamba Allah yang meroyan tentang isu ‘memberi salam dalam bahasa Arab’ diblog Tun… soalan mudah tentang ‘hukum beri salam dalam bahasa Arab di blog’ pun masih belum berjawab, tapi sibuk menghukum orang lain. Saya sangsi akan ‘mental status’ orang ini – asyik cakap tentang makan ubat saja.. 🙁 orang sebegini biasanya tidak boleh fokus… lagi ‘sakit’ boleh menuduh orang munafik.. hari tu ‘doktors’ yang dia ajak diagnose ‘pesakit’ pun takut dengan dia.…bo layan :(.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  36. Salam Tun,
    Buat yg tidak mengenal, umrah itu adalah ritual ikut ikutan semata mata. Bagi yg sudah kenal, mereka tahu umrah dan haji ini hanyalah sekadar model business utk pak arab kelentong 1 dunia. Kes menghantar org pegi umrah ni pun political move aje nak nampak religious, clean and reliable. Tak bole nak salahkan yg buat investment hantar diaorg pi buat ritual2 ni, pasal ade lg yg masih percaya rumah tuhan tu berbentuk seperti kotak empat segi. Sedangkan manusia pun nak rumah agam macam villa mcm istana. Takkan rumah tuhan tu kotak empat segi pulak?

  37. Salam Tun

    Susah juga nak dakwa dakwi. 🙂

    I can say this Tabung Haji banyak bad investment decision. Antaranya beli a listed company by the name of Ramunia. 🙂 Sekarang nama company ini TH Heavy Engineering. Tabung Haji is a substantial shareholder with a 29.81% stake.

    Berita keluar hari ini dalam the star, it said Petronas Carigali Sdn Bhd has excluded TH Heavy’s 70% owned THHE Fabricators Sdn Bhd (TFSB), from participating in its future tenders for two years.

    Hmmm 🙂

  38. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan..

    Oleh kerana tak pandai bab agama saya pakai hukum Aqli lah Tun..
    Tun..
    Hari itu Pengarah tegur saya tentang hak untuk menegur seorang pembaca doa..

    Dia tu dah pergi Haji..kita belum..:))

    Tun..
    Ini adalah di namakan ‘conventional wisdom’.
    Banyak orang Pak Haji dan Pak Hajjah memandang rendah orang seperti saya..

    Kami ini dijemput Allah untuk pergi melawatNya di Makkah dan Madinah..
    Kami ada..
    Lu ada??

    Begitulah Tun..
    Mereka lupa Abu Jahal duduk dan tinggal di Mekah..
    Bapa saudara Rasullulah s.a.w lagi.
    Yang setiap masa boleh berhaji dan Umrah..
    Tetapi..
    Apa gunanya kedudukannya di Mekah dan Haji itu kepadanya sekarang??

    Benarlah Firman Allah..

    YANG BUTA ITU BUKANLAH MATA..TETAPI MATA DI DALAM HATI..SURAH AL HAJ..

    Terima kasih Tun.

  39. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Hukum Umrah dan Dalil Umrah (di bawah cuma satu contoh dari pelbagai sumber rujukan; boleh juga tanya mereka yang pakar dalam hukum-hakam agama):

    Umrah juga fardhu, seperti Haji sehingga hukumnya adalah WAJIB bagi orang Islam/Muslim:

    Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah 2:196:

    Maksudnya:

    “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.” (Malay)

    “And complete (perform) the pilgrimage (the Hajj) and the visit (Umrah) for Allah.” (English)

    2. Berdasarkan pengalaman saya, kesemua ustaz pembimbing (Mutawif) juga mengatakan yang Umrah yang pertama kali hukumnya wajib, dan yang seterusnya adalah sunat.

    3. Mengenai ‘tajaan Umrah’ yang lumayan dari pihak dalam ‘rejim Najib’ kepada Ketua2 Pemuda Bahagian (UMNO), saya berpendapat inipun satu bentuk ‘sogokan’ untuk meraih sokongan pada pemilihan UMNO akan datang. Ia juga semestinya untuk memastikan yang mereka SETIA menyokong PM Najib @ Ah Jib Gor di saat2 genting beliau terpalit dengan pelbagai skandal kotor. Mengapa Umrah/Haji? Untuk nampak suci-bersih…

    P/S: Saya bukan ustazah; sekadar berkongsi ilmu pengetahuan & pengalaman.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  40. Salam Tun

    I nak share business news dari AFP

    Oil prices slip on Saudi comments

    LONDON: World oil prices dipped Monday as Saudi Arabia cast doubt on whether a key producers meeting would reach an agreement to freeze output to address a global supply glut.

    At about 1600 GMT, US benchmark West Texas Intermediate (WTI) for delivery in May was down 23 cents at US$36.56 (RM142.75) a barrel.

    Brent North Sea crude for June delivery shed 41 cents to US$38.26 a barrel compared with Monday’s close.

    Hopes for a deal at the April 17 gathering in Doha led by Russia and Saudi Arabia had been a major driver of a rally in prices from near 13-year lows in February.

    But the latest comments by Saudi Arabia’s deputy crown prince, Mohammed bin Salman, signalling a reluctance to freeze output unless others did the same knocked down already low expectations of an accord.

    “If all countries agree to freeze production, we’re ready,” he said in an interview with Bloomberg News.

    Michael McCarthy, an analyst with CMC Markets in Sydney, told AFP the price slump came as “no surprise” as traders reacted to Salman’s comments.

    “Part of the recent strong rally has been related to some optimism in the agreement and that’s now looking less likely following those comments from the Saudis,” he said by telephone.

    “The markets are looking for a curtailment of supply somewhere. They are looking to groups like Opec. The potential for Opec to reign in any production is very slight, particularly given the Iranians coming back,” he added, referring to the Organisation of the Petroleum Exporting Countries producers’ group.

    Iran has been ramping up production after nuclear-linked Western economic sanctions were lifted in January, adding to the saturated market. Iranian officials have made clear they plan to ramp up production to pre-sanctions levels.

    “There were renewed concerns over continuing oversupply due to comments from Saudi Arabia that it will agree to freeze production only if Iran and other major producers agree to do the same,” said EY oil analyst Sanjeev Gupta.

    “Crude oil prices also came under pressure from reports that crude oil production from Iran increased by 250,000 (barrels per day) in March since the lifting of sanctions.”

    AFP via StarBiz

  41. Tangan yg memberi lebih mulia dari Tangan yg menerima
    Wajib dari sumber yg Halal

    Yang jadi soal juga
    Jika yg Tangan memeberi juga dapat dari pemberi dari sumber yg Haram
    Pun Bagaimana ?
    Nak kena siapkan Mesin Potong Tangan
    Proton dah tak laku Kita jual Tangan

    Yg nyata Orang Melayu Malaysia banyak menadah dari menghulur
    Cina Menipu
    Melayu asik nak mengena

    Usahalah dengan Tenaga sendiri
    Waris dari orang tua , dari derma asing hanya membantu
    Akan kehabisan jika tiada pelbagai usaha sendiri

    Seperti wang yg di dermakan pada Najib
    Derma ? Derma pada yg mermelukan bukan si ikan buntal
    Namun wang ini akan kehabisan lepas tu termenung
    Tengok mana Tanah yg nak di Gadaikan
    Tanah dah takda jual Bini jual Anak Jual Maruah

    BERJIMATLAH SEMASA BERADA
    Dah takada , Apa yg nak di Jimatkan

  42. To err is human, to forgive is divine. Rebutt could come from motherly love too. But can the voters accept is very much depend on the politics being played by the ruling and opposition parties. If umno bn failed, it simply means nep failed.

  43. Thats one point poundered by jack ma, chinese american, as global public speaker, that caught my attention that made me think deeply what the future direction is heading when he said, you can make mistakes as many as you can, you wont go to the jail simply means if you are optimistics, and willing to succeed, you will find ways to break the ice that will influence the world to see things differently.

  44. Gst stands for government sales tax. It applies to anyone, tak kisah you islam atau tidak, as long as you made sales from the purchasers, you must pay gst to the federal government hold by the malay supremacy who are wajib to be islam. As for offshore accounts, there are no laws in this country that said this form of foreign direct investment is illegal. Similarly, if the government link companies lobbied mega projects in overseas, even if they loose money, we can only say they made the wrong fdi decision that cause public wastage, white elephant projects so and so. If you get angry with the name of dsn’s son listed in panama, it simply means you will get angry too if tdm’s son listed in forbes too. It depends who you support. Malaysians are divided racially since merdeka. There is no difference between money politics and lobby cost. I am not worried who become pm, I am more worried this country can be isolated or sanctioned when voters choose the wrong leaders.

  45. Tun another berita gempaq

    What are the Panama Papers, and who have been implicated?

    A massive leak of classified documents has implicated the shady business dealings of world leaders, politicians, sports stars, and others.
    Here is a who’s who list of power players whose names have appeared in the Panama papers:

    1. Son of Malaysia’s prime minister: Mohd Nazifuddin bin Mohd Najib

    Revelation inside the Panama papers: Two offshore companies created during Malaysia’s Prime Minister Najib Abdul Razak’s term.

    Al-Saud, Al-Saud pun ada

    – See more at: http://news.asiaone.com/news/world/what-are-panama-papers-and-who-have-been-implicated#sthash.FDOiZUz8.dpuf

  46. Salam Tun,

    Saya tidak berpengajian tinggi tentang ilmu ugama. Tetapi insya Allah hukum-hukum asas telah pun diterapkan oleh orang tua.

    Umrah itu sunnah. Haji itu wajib.

    Wajib Haji adalah wajib bersyarat. Salah satunya mampu.

    Mampu bukan sekadar mampu dari segi fizikal, kewangan atau masa tetapi juga seseorang itu juga seharusnya mampu dari segi mental juga.

    Mental? Ya… bukan sekadar orang gila tidak perlu mengerjakan Haji, tetapi mereka-mereka yang masih lagi mempunyai banyak tekanan-tekanan kehidupan secara umumnya tidak perlu lagi.

    Tekanan kehidupan? Ya… yang masih lagi perlu memikirkan macammana mahu membayar hutang? Anak-anak dirumah sudah makan atau belum? Sawit yang ditanam semula hari tu hidup atau tidak ni? Alahai boleh ke kerani gantian aku kat ofis ni settlekan kerja aku ni? Dan pelbagai lagi soal-soal kehidupan yang lazim.

    Seseorang yang telah dijemput pada kebiasaannya telah pun melapangkan fikiran beliau selapang-lapangnya dan tidak lagi diganggu oleh soal-soal seperti diatas, dan, sama sekali tidak perlu untuk berfikir tentang pembalasan budi yang telah ditaburkan keatas dirinya.

    Baiklah, apakah hukumnya anak berbelanja untuk menghantar ibubapanya mengerjakan haji? Harus hukumnya dan secara pemikiran biasa, ibu dan ayah tidak akan terasa seperti terhutang budi kepada anak masing-masing kerana ditangan merekalah anak-anak ini membesar dan sebagainya.

    Apakah hukumnya seseorang itu pergi menunaikan haji atas tajaan? Harus juga hukumnya akan tetapi perkataan tajaan itu sendiri membawa maksud yang lebih mendalam. Secara tidak langsung ini boleh mengganggu pemikiran semasa mengerjakan haji dan hari-hari kemudian. Adakah ini digalakkan?

    Saya tidak pandai bab-bab ini Tun.

    Terima Kasih.

  47. Salam Tun.

    1. Duit curi itu sudah menjadi duit haram.

    2. Kalau mengikut Jawatan kuasa Tabung Haji, mengerja ibadat haji dengan duit haram hukumnya sah tetapi berdosa. Adakah disahkan untuk membolehkan menerima wang dari sesiapa sahaja? Bukankah menjatuhkan dosa milik Allah s.w.t untuk jalan ke neraka?

    3. Kalau kita rujuk ulama tersohor keilmuannya seperti Imam Ahmad, katanya tidak sah.

    4. Bagaimana pun yang lebih afdal baik kita ambil pendapat yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad s.a.w berkata kalau menunai haji dengan duit haram & kotor, tidak di terima seruan mu & tidak ada kebahagian bagi kamu, bekalan kamu haram, perbelanjaan kamu haram, haji kamu di tolak, tiada pahala & tidak ada ganjaran bagi kamu

    5. Kalau haji begitu kata Rasullullah s.a.w samalah juga dengan umrah dengan duit haram ini. Tidak sah dan tiada pahala.

    6. Pertanyaan Tun jelas kepada persoalan hukum tetapi tidak jelas siapa yang Tun maksudkan. Hanya Allah s.w.t yang tahu apa rahsia hati Tun dan semua makhluknya.

    Wallahua’lam.

  48. Assalamualaikum Tun.

    Untuk pengetahuan semua, dasar ekonomi Malaysia telah diubah sebenarnya pada penyelesaian krisis kenaikan harga minyak pada 2008.

    Tun adalah orangnya yang pertama tahu bahawa cadangan dasar ekonomi Malaysia yang dicadangkan itu adalah datangnya dari idea pelaksanaan ekonomi pada zaman Rasulullah saw.

    Ketika cadangan tersebut disalurkan, saya telah memberi kebenaran untuk diubah dan diolah mengikut zaman moden.

    Dimana idea penyelesaian krisis kenaikan harga minyak adalah terhasil ketika saya berada di kawasan kelahiran Ahlul Bait (keluarga/keturunan Rasulullah saw) iaitu Tokku Paloh (1818-1918).

    Peristiwa tersebut amat saya ingati kerana ketika Tun sedikit mengasak melalui penulisan di dalam blog ini mengenai kenaikan harga minyak di dunia (tetapi media membisu mengenai krisis ini- ketika zaman Pak Lah) dan Tun siap memberi sedikit metafora untuk mudah kita faham ketika itu.

    Namun beberapa kali saya memberi jawapan tidak tahu. “Saya bukan orang ekonomi”. Jawapan tidak tahu saya berkali kali itu semasa saya berada di luar Negeri Terengganu.

    Kebetulannya, saya menyertai satu pertandingan peringkat negeri yang disertai oleh peserta seluruh Malaysia dan ia menyebabkan saya melangkah kaki kembali ke kampung iaitu Kuala Terengganu.

    Ketika melakukan satu gerakan pertandingan, idea tersebut terlintas di fikiran saya dan tanpa berlengah masa, saya mengambil sedikit masa menulis cadangan tersebut di chedet.com

    Namun ketika itu, saya tidak mengetahui mengenai sejarah ini. Setelah mengambil sedikit masa mengkaji kerana keanehan peristiwa ini setelah berulang ulang kali saya katakan “saya bukan orang ekonomi” – idea penyelesaian krisis kenaikan minyak 2008 berjaya diselesaikan dan terbukti benar.

    Ketika itu, YDP Agong adalah Sultan Mizan Zainal Abidin dan penasihat agama/pemangku sultan (pada suatu ketika) adalah cucu kepada Tokku Paloh tersebut.

    Pendapat mengenai GST pada pandangan saya adalah tidak selari dengan cadangan seperti yang asal. Iaitu cadangan ekonomi seperti yang Rasulullah saw lakukan. Padahal isunya tetap sama iaitu minyak dunia. Samada naik mendadak atau turun mendadak.

    Penasihat Najib adalah bukan orang Islam. Dan caranya tentu cara bukan Islam.

    Saya tidak kisah jika Tun membuat jelajah Malaysia mengenai isu GST ini dan tidak mendapat sambutan sekalipun.

    Ini kerana idea asalnya adalah mengenai cara ekonomi Rasulullah saw.

    Saya berhak meminta penjelasan dari Perdana Menteri Malaysia mengenai perkara ini. Dan jangan beritahu saya, dengan GST ia menyelamatkan Malaysia.

    GST belum terbukti berjaya (dengan pelbagai perkara berbangkit) sedangkan krisis kenaikan mendadak harga minyak dunia telah berjaya kita lalui.

    Terima kasih Tun.

  49. Assalamualaikum Tun.

    Tengku Razaleigh nampaknya masih berminat dengan jawatan PM.

    Tetapi bukan dengan jalan menyokong Tun tetapi dengan menyertai pasukan Najib.

    Walaubagaimanapun caranya, saya tidak fikir Ku Li akan jadi PM, insyaAllah.

    Terima kasih Tun.

  50. Assalam Tun.

    Itu hanyalah ibadat umrah, yang hanya sunat disisi Islam.

    Musim haji yang lalu Najib dan budak KJ masing2 berebut2 hantar ketua cawangan UMNO dan juga ketua pemuda bahagian menunaikan fardhu haji. Mungkin bilangan yang dihantar menunaikan fardhu haji adalah ribuan!
    Kesemua mereka “potong trip” dimana umat Islam yang telah mendaftar berpuluh tahun untuk dapatkan giliran telah diketepikan, semata2 kerana Najib dan budak KJ pentingkan politik & kedudukan diri.

    Dengar khabar musim haji akan datang ni Najib cadang nak hantar wanita dan puteri UMNO pula, juga dalam bilangan yang mencecah ribuan!!

  51. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Memang benarlah Tun berada di Arab Saudi baru2 ini.

    2. Setahu saya, Umrah yang PERTAMA kali hukumnya WAJIB, tapi yang kedua kali dan seterusnya adalah sunat. Ibadah Umrah berguna untuk menampung kekurangan dalam ibadah Haji. Memang ramai orang Malaysia…I was there last year.

    3. Ini mesti berkaitan dengan ‘trip’ Umrah KP2 (Ketua Pemuda) tidak lama dulu yang melibatkan tajaan dalam jumlah banyak.

    4. Banyak duit individu (dengar kata ‘si polan’ yang Kementeriannya terpalit rasuah) yang menaja trip tersebut. Jika kurang dari sepuluh orang rasanya saya pun mampu, tapi ramai yang ditaja tu…

    5. Jika wang dari sumber haram, dah sahlah Umrahnya tidak ‘makbul’. Tapi hanya Allah S.W.T. maha mengetahui. Mungkin si penerima ‘dedak/tajaan’ tidak tahu yang wang ‘ada kemungkinan’ dari sumber ‘kabur’.

    6. Bukankah tahun lepas 1MDB juga ada taja 1,200 orang untuk buat Haji? Agak pelik sebab 1MDB bermasaalah dalam membayar hutang, sehingga terpaksa bergolok-bergadai, tapi boleh lagi taja orang pergi Haji (duit Umrah pula tidak tahu datang dari mana…). Bukankah membayar hutang WAJIB? Bersedekah cuma SUNAT.

    ///
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji 1436H/2015 kepada 1,200 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

    Majlis penyerahan surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
    ///

    P/S: Kos Umrah meningkat. Kos Haji sudah semakin mahal. Saya dapat tahu jika ada yang daftar untuk buat Haji hari ini, lagi 82 tahun (giliran tahun 2098) baru dapat pergi Haji. 🙁 … Ini bukan cobaan, ini betul2…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  52. …alamak…!
    Matlamat menghalal cara….?

    #apakataulamak

    Ulamak haprak makannya dedak…!
    Dapat dedak jadilah pekak…!

  53. Salam Tun

    I bukanlah alim tapi ada ustaz kata tidak digalakkan meminjam kerana hendak menunaikan umrah, haji. Menjadi terlarang jika pinjaman itu melibatkan pinjaman konvensional yang dikenakan faedah (interest).

    I also ada tengok video WSJ dimana 1MDB bagi ketua ketua kampong Pahang pergi Haji. Mengikut kata Ketua kampong tersebut sebab mereka bantu dan sokong Najib so ramai dapat pergi Haji.

    I also biasa dengar orang korporat UMNO rajin bagi pekerja mereka pergi Umrah dan Haji tiap2 tahun.

    Late last year kawan ada beritahu nak pergi Haji sekarang (swasta) kena bayar 75,000 rgt. I terkejut juga, biar betul2 sikit mamat nie. Dia kata sebab duduk lama, itu kosnya. 😐

    Anyway boleh double check dengan pakej haji swasta. Am not too sure. 8 tahun sudah less than 20,000 rgt rate swasta canggih dah. 🙂

  54. Dear Tun,

    Salam sejahtera Tun yang dikasihi.

    Itu lah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara…asalkan dapat sampai ke bumi Mekah ada yang tidak peduli sama ada sumber kewangan yang membawa mereka beribadah itu halal atau tidak. Berbalik kepada semangat jatidiri jiwa – kalau dah tak ada sistem nilai dalam jiwa mereka maka begitulah asal dapat apa yang dihajatkan.

    Nampaknya agama pun boleh dijadikan pertaruhan sekarang. Najib menggunakan agama untuk membeli sokongan orang Islam. Najib dan UMNOnya sudah merosakkan kesucian agama itu sendiri dengan mempalitkan ianya dengan budaya rasuah. Sumbat duit semua jadi. Bangsa lain hanya tengok. Jangan melatah wahai melayu apabila ditegur. 🙂

Comments are closed.