UNDI PAS = UNDI BN

1. Sejak ia ditubuh PAS tidak pernah menang di peringkat nasional, untuk menjadi Kerajaan, terutama di waktu bertanding tersendiri. Adakala PAS menang hanya satu kerusi sahaja. Yang terbanyak ialah 11 kerusi. PAS hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila ia menyertai Barisan Nasional.

2. Hakikatnya ialah hanya apabila PAS bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh PAS sebagai, “tahaluf siyasi” baharulah PAS menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali. Tetapi gabungan yang disertai oleh PAS tidak dapat mendiri kerajaan pusat. Bahasa Arab tidak menjadi sesuatu perbuatan itu halal dan Islam semata-mata kerana disebut dalam bahasa Arab.

3. Dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi oleh PAS, peranannya hanyalah sebagai pengacau iaitu pemecah undi pembangkang. PAS sendiri akan kalah dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi dan kekal berada dalam barisan pembangkang. Tidak ada satu pun dari perjuangannya yang didakwa untuk Islam yang dapat dicapai olehnya sejak ia ditubuh.

4. Apabila dijemput untuk menyertai gabungan parti-parti yang menentang Najib dalam PRU 14, PAS meletak syarat yang tetap akan memecah dan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan. Syarat PAS sebenarnya akan memberi kemenangan kepada BN.

5. PAS tentu tahu kemenangannya di Pantai Barat dalam PRU 12 dan 13 disebabkan sokongan oleh DAP dan kaum Cina. Tanpa sokongan DAP, PAS biasanya kalah di Pantai Barat di mana jumlah pengundi Melayu tidak sebesar di Pantai Timur.

6. PAS juga tentu tahu jika perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN di Pantai Barat dalam PRU 14, PAS akan kalah kerana tidak akan dapat undi orang Cina dan India dari penyokong Pakatan Harapan.

7. Yang jelas ialah jika PAS bertanding dalam PRU 14 berlawan dengan BN dan Pakatan Harapan maka undi orang Melayu akan terbahagi tiga. Dalam keadaan ini undi bagi PAS, walau pun kecil tetapi berkesan mengurangkan undi kepada P.H. sehingga kemenangan tetap akan diperolehi oleh Dato Sri Najib dan BN. Dengan perkataan lain dalam pertandingan tiga penjuru yang disebabkan oleh PAS meletak calon yang akan menang ialah Barisan Nasional pimpinan kleptokrat Najib, bukan PAS.

8. PAS mendakwa akan bertanding di semua 60 kawasan yang PAS bertanding dalam PRU 13, sama ada PAS menang atau kalah. Dengan itu besar kemungkinan PAS akan kalah lebih banyak dari PRU 13. Dalam PRU 14 PAS akan bertanding tiga penjuru dan undi DAP, Cina dan India tidak akan diperolehi oleh calon PAS.

9. Bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran Kerajaan kleptokrat Najib.

10. Bagi PAS yang penting ialah permusuhannya dengan Amanah dan DAP. Bagi PAS partinya lebih utama dari segala-galanya. Kalah pun tidak mengapa asalkan PAS bertanding.

11. Mereka yang membuat bai’ah kepada kepimpinan PAS dan taksub dengan parti, yang memecah-belah orang Melayu kerana kononnya penentang parti PAS adalah kafir dan berlawan dengan mereka adalah jihad, penyokong fanatik parti PAS ini perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran PAS yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara. Tiada ada siapa yang boleh kafirkan orang Islam kerana kelainan politik. Hentilah sembahyang dua imam yang masih dilakukan di Terengganu.

12. Sesungguhnya mengundi PAS adalah sama dengan mengundi BN dan mendokong perbuatan jenayah, rasuah dan mencuri yang diamal oleh BN pimpinan Najib. Dosa yang akan ditanggung pengamal jenayah akan ditanggung juga oleh mereka yang menyokong penjenayah. Oleh itu bertaubatlah wahai pemimpin dan ahli PAS.

16 thoughts on “UNDI PAS = UNDI BN”

  1. Salam Ybhg Tun Dr. Mahathir..

    Semoga selalu diberkati dan dirahmati Allah… diberikan nikmat kesehatan yang baik…In Shaa Allah.

    Saya orang kecil yang berpendapat bahawa:
    1. PPBM harus siap zahir dan bathin memperkukuhkan lagi jentera parti. Rangkul semua ahli baik diperingkat akar umbi dan yang majlis tertinggi untuk iktikad yang baik. Ingat bahawa matlamat perjuangan adalah untuk semua rakyat MALAYSIA.
    2. Fokus kepada anak muda yang berkisar usia 21-35 tahun. Kebanyakan mereka jobless dan terumbang ambing, kasihan…striving like hell for sesuap nasi…
    3. Lancarkan manifesto PH dengan syarat bahawa semua harus ditepati dan tunjukkan kesungguhan yang mantap untuk perlaksanaan dilapangan, dalam konteks ini harus ada framework dan reality semasa.
    4. Kuasa RAKYAT adalah luarbiasa, tipikal melayu akan berubah rubah mengikut keadaan semasa dan disini peranan PH harus peka dengan mood kaum melayu. Tidak terkecuali kaum Cina, India, Orang asli dan Pribumi Sabah/Sarawak.
    5. IF PH can proof something solid and good for them, In Shaa Allah, saya berpendapat tsunami rakyat akan berlaku berpaksikan bersih, cekap dan amanah.

    Past is past, nothing much can be done but history remained that nobody can deny or change it, but looking forward to the success of Malaysian people that’s count.

    Money cannot buy dignity…. although some people will think money is everything.

    Salam.
    Thanks Tun Dr. Mahathir and PH.

  2. Tun,

    Assalamualaikum, Malu saya tengok pertemuan di antara Najib dan presiden Amerika Syarikat. Seolah-olah pemimpin kita ni tak ada maruah, terhegeh-hegeh menawarkan diri untuk membantu ekonomi mereka sedangkan kita di sini terkial-kial nak bernafas. Kita seperti tiada ‘bargaining power’ langsung. Nampak sangat ada agenda lain yang ingin di minta. Malaysia tidak layak mempunyai pemimpin sebegini!

  3. Salam Tun,
    Lama dah tak tulis ni,
    Cuma baca sahaja,
    Kalau di congak ada lebih kurang 2.5 juta rakyat Malaysia berumur 21tahun pada tahun ini,
    Rata rata pemuda kolej ini sudah pandai memberi pendapat politik,
    Dan yang penting amat membenci najib umnobnpas,
    Makna nya apa, dah tentu hancur umnobnpas,
    Ini sahaja point perjuangan yang membara di hati saya dan anak anak muda 21tahun skrg,
    Sekian

  4. I can see PH is pressing the Panic button now that the PRU is around the corner.

    By all fairness, don’t blame PAS. PAS is free to associate itself with any party it likes. PAS owes no one anything. It is an independent party.

    PH’s biggest obstacle is it doesn’t have a clear blueprint for Malaysia and Malaysians, other than to oust PM Najib.

    PH must spell out its positions on all major issues from school to place of worship, to inflation, to investment, to Bumi rights and so forth. The blueprint is a vision to be achieved in stages depending on progress made and benchmarks achieved.

    With the Blueprint everyone knows what is the vision of PH. Also PH’s component parties cannot be affected by any individuals or leaders of the party who happens to change the idealogies.

    Until this Blueprint is out, the voters cannot have full picture of what PH could offer as an alternative to BN. Just highlighting weaknesses of BN will not convince voters to vote in PH since PH is so diversified. The 3-corner fight strategy is just technical and it will not win the hearts of voters.

  5. Assalamualaikum Tun.

    PKR dan DAP sudah. Sekarang PAS.

    Berdasarkan bacaaan akhbar, PAS okey dengan PPBM dan PKR. Cuma tak ngam dengan DAP dan AMANAH.

    Apakata Tun cuba cara Anwar, yang suruh Azmin Ali berunding dengan PAS ikut belakang. Sudah tentu Tun perlu bagitau DAP dulu untuk menghantar wakil bagi mengurangkan kebarangkalian peratusan pertandingan 3 penjuru.

    3 penjuru hanya untuk DAP, AMANAH dan PAS. 3 penjuru bukan untuk PPBM dan PKR.

    Terima kasih Tun.

  6. Najis of Malaysia, MO1 is portraying his meeting with Trump to justify his 1MDB loot and trying to fool Malaysians.

    Najis meeting with Trump is just a courtesy call to thank Malaysia for helping in US naval ship accident.

    Other than that, it’s not a strategic meeting for US.

  7. Salam Tun

    Orang percaya PAS lagi ka?

    Semakin ramai kawan sekeliling kaum Melayu melihat PAS sebagai sebuah parti politik yang tidak boleh dipercayai. Agak berbeza, kalau dulu undi PAS macam undi ulamak, sekarang dah terbalik. I memang tak percaya PAS dari dulu lagi, something sneaky about them. Mungkin sekarang ramai dah nampak, who knows.

    To me, I guna pakai pengalaman Selangor, zaman Mat Taib superb, zaman Abu Hassan lemah, zaman Khir Toyo teruk, tukar kerajaan pada PR, cun balik.

  8. Kalau tak diganggu, PAS cuma akan bertanding di kawasan yang mereka tandingi sebelum ini, menentang BN.

    Kalau ada parti lain bertanding di kawasan berkenaan, menjadikannya pertandingan tiga penjuru, itu bukan salah PAS. Yang memecahkan undi adalah parti lain yang bertanding di situ. Tak adil PAS dipersalahkan.

  9. Saya berharap PRU kedepan Kerajaan kita
    Adalah Kerajaan yg Cekap , Amanah juga Ke Depan

    Kerajaan Najib yg adalah Kerajaan Melayu yg Typical Melayu
    Kerajaan Pak Cik Pak Cik ,Kerajaan Mak Bonda
    Lembab, tidak ke Depan , Boros , banyak pembaziran dari Keuntungan
    Lebih Gaya dari Buat, Tidak berasmi Padi
    Tidal Professional langsung amat memalukan

    Berharap Kerajaan akan datang
    Lebih berfikiran ke Depan,Mampu mendogak melihat Dunia
    Tidak menunduk macam Pengemis
    Berdepan dengan Dunia Luar dengan berdiri tegap
    Tidak Gentar Guruh di Langgit

  10. Malaysia Menuju PRU14: Bersendirian Atau Bekerjasama ?

    Maka, bagi PAS, pilihan yang ada adalah sama ada berjuang secara bersendirian atau berkejasama dengan parti-parti yang lain bergantung kepada risiko mana yang ingin diambil. Jika bertanding secara bersendirian, risikonya adalah akan kalah dikebanyakkan kerusi yang telah dimenangi sebelum ini bahkan cengkaman ke atas negeri Kelantan juga berisiko untuk terlepas. Sebaliknya, menjalinkan kerjasama dengan parti-parti politik lain, maka mesti bersedia untuk bertolak ansur dengan prinsip perjuangan. Itu sahajalah pilihan yang ada dalam lanskap politik pilihanraya-demokrasi di Malaysia.

    Artikel Penuh:

  11. Salam Tun.

    1. Harap kita rakyat biasa yang tidak memegang jawatan atau hanya jawatan peringkat terbawah lebih mementingkan agama bertuhankan yang disembah.

    2. Ketika mengundi kita kena pilih Parti yang dapat memberi kebaikan kepada rakyat awam.

    3. Satu contohnya hapuskan GST. Kenapa ? kita rakyat awam begitu terkesan kerana kita tidak hidup mewah seperti pemimpin – pemimpin BN begitu juga Parti Pembankang.

    4. Seorang rakyat yang bijak kita mengundi mengikut apa yang boleh meringankan beban kita bukan untuk kelebihan wakil yang kita pilih.

    5. Sentiasalah ambil tahu bahawa orang yang kita pilih sudah pun ada kelebihan dari kita terutama dari segi kewangan dan jawatan.

    6. Dalam keadaan sekarang hidup terbeban dengan kenaikan serta pelupusan bantuan maka tindakan sepatutnya ialah mengundi untuk kebaikan diri sendiri.

    7. Lihatlah wakil yang kita pilih boleh hidup mewah
    sebab gaji yang di berikan kepada mereka tidak akan membebankan.

    8. Janganlah kita tidak mahu mengundi pula bila berpendapat sama sahaja antara pemimpin ini.

    9. Untuk berubah perlulah kita mengundi kerana melalui inilah kita dapat memilih Parti yang akan mengubah perkara-perkara yang tidak mahu kita buat.

    10. Ingatlah sama ada kita dalam Parti-Parti mana pun pemimpin-pemimpin yang kita pilih sudah pun terjamin kehidupannya.

    11. Cuma kita rakyat sahaja yang akan menghadapi masalah bila permintaan yang kita mahu tidak dapat dilaksanakan pemimpin itu.

    12. Jadi yang mana lebih baik pilih kerana Parti, Pemimpin atau untuk kebaikan diri. Tepok dada tanya hati

    13. Terbaik pilihlah kerana agama , negara dan kehidupan diri.

    14. Kepada Tuhanlah kita berserah.

    Wallahua’lam.

  12. Assalamualaikum wbt Tun

    Utk Selangor kekal sebagai Kjaan PH, caranya mudah sahaja:

    Azmin Ali kena tunjuk dan buat politik berkerja. Hentikan politik melalak. Dah jadi Kjaan, buatlah kerja.

    Politik Nasional PKR, biarkan kat Wan Azizah dll sahaja. Awak jaga Selagor seadil san sehebaatnya sudah lah!

  13. Assalamualaikum wbt Tun.

    Firstly, apa langkah PH jika Parti ini tidak lulus ditubuhkan? Bagaimana strategi PH hendak maklumkan kpd rakyat, bhw PH wujud dan semangnya telah bersatu utk selamatkan rakyat dan Negara ini dari kebangkrapan oleh Najib MO1?

    (2) Kedua, bagaimana PH hendak berdepan dgn rasuah politik BN? Contoh sebelum mengundi, rakyat katakanlah akan disogok dgn RM300-500 dan dijanjikan selepas BN menang akan diberi lagi katakan RM500-700. Juga bagaimana PH hendak tangkis gula2 BN di Felda? Sejumlah RM10-15b, tiada masalah utk Najib MO1 sediakan utk keperluan ini.

    (3) Di antara semua BN, BN Sarawak adalah paling kukuh. Kedua2 PKR dan DAP tiada modal untuk tibai BN Sarawak di bawah Abang Johari. Isu pembalakan serta tanah NCR bukan lagi isu hangat di sana. Bahkan rasuah di bawah Abang Johari belum lagi tampak berkembang. Pokoknya, susah utk rakyat Sarawak berkata “enough is enough bagi BN Negeri”. Even semasa PRN 2016, jelas poster Najib MO1 tidak dibenarkan dipasang di merata tempat seperti biasanya dan ini jelas menunjukkan bhw BN Sarawak adalah lain dari BN Msia (Malaya). Maka saya yakin rakyat Sarawak tidak akan mahu mengorbankan calun2 Parlimen PBB, PRS, SPDP, bahkan serpihan parti2 ini dgn mengundi PH melalui PKR kecuali DAP bagi SUPP. What would b your best strategy for Sarawak esp PKR dan DAP? Mungkin the best strategy adalah utk ajak rakyat Sarawak protest melalui (a) tak perlu turun mengundi (b) kurangkan majoriti semua calun2 BN Sarawak sebagai tanda tidak sokong BN Pusat (c) Berdiam diri ie dlm istilah Sarawak bermain “politik semun” ie “bersikap dingin”.

    (4) Di Sabah, pembangkang terkuat mungkin Warisan. Tetapi wujud kelompok pembangkang lain di sana. Kemenangan Pembangkang di Sabah sangat tergantung dgn kebolehan Shafie Apdal utk menyatukan pembangkang2 ini, dan dia sedang kesuntukan masa dan sumber. Saya kira PH harus jgn pecah belahkan pembangkang di Sabah. PH esp PKR harus mainkan peranan sebagai jambatan menyatukan pembangkang di Sabah. Shafie Apdal mesti dilihat mampu menyatukan pembangkang Sabah serta dia juga kelihatan ada taring sebaris PH.

    (5) Perhebatkan gerakan Wanita seperti Himpunan Anti Politik Toksik. Cuma di mana orang2 spt Rafidah Aziz malah Zaleha Ismail?

    https://www.youtube.com/watch?v=SjdUIYqwHmo&feature=share

    In Shaa Allah Tun Boleh. Kita Boleh. Malaysia Boleh!

  14. As Salam Yg Berbahgia Tun Mahathir

    PAS ni memang pengacau. Kerja dia dari dulu sampai sekarang dok sembang dan temberang. Orang Kelantan di momokkan dengan Negeri Serambi Mekah dan sebagainya.

    PAS tidak membangunkan Islam seperti tuntutan Islam. Yg PAS tahu, menyalahkan orang lain tak ikut Islam.

    Itu sahaja survival Parti PAS ni.

    Sesiapa yang menyokong PAS harus sedar Parti ini dan UMNO telah bersekedudukan tanpa ‘sijil halal’

    Marilah bersama sama menolak PArti yang memecahbelahkan ini dan melihat harapan baru bagi Malaysia. INsyaallah.

    Sekian Tun Mahathir.

    Wassalam. Take Care.

  15. Assalamualaikum Tun.

    Keadaan sekarang dibaca macam ni ;

    1. PAS (Hj Hadi) idak boleh bergabung dengan pembangkang selagi Tun Mahathir ada.

    2. Mustahil untuk mengalahkan kerajaan BN.

    3. Anwar sendiri hanya fikir untuk pastikan Selangor kekal pada PKR.

    4. Typical cara orang Melayu. Mustahil. Semua mustahil.

    Terimw kasih Tun.

Comments are closed.