WAHAI AHLI UMNO

1.Najib mendesak supaya kamu menyokong dirinya untuk kemenangan PRU14.

2.​Malangnya menyokong Najib sebagai Ketua UMNO lebih menentukan kekalahan UMNO dan bukan kemenangan.

3.​UMNO tidak pernah menang semata-mata kerana sokongan ahli-ahlinya. Jumlah ahli dalam mana-mana kawasan tidak mencukupi untuk memberi kemenangan bagi calon UMNO. Tidak pernah ahli UMNO melebihi separuh dari jumlah pengundi dalam mana-mana kawasan.

4.​Yang memberi kemenangan kepada calon UMNO ialah orang Melayu, yang percaya kepada perjuangan UMNO, tetapi tidak menyertai UMNO. Orang Cina dan India juga menyumbang kepada kemenangan calon UMNO.

5.​Sekarang semua mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada UMNO. Mereka benci Najib dan mereka percaya Najib mengguna wang untuk membeli sokongan pemimpin-pemimpin UMNO. Ini diakui oleh beberapa Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen secara terbuka. Apabila pembangkang menamakan pemimpin UMNO yang telah disogok, tidak ada penafian dibuat oleh sesiapa.

6.​Tindakan Najib menghalang siasatan keatas wang 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram. Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan.

7.​Pentadbiran Najib menyebabkan nilai Ringgit jatuh sehingga harga barang semua naik, inflasi tinggi, dan saham jatuh harga. Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi.

8.​Mereka yang ada anak belajar di luar negari terpaksa tambah Ringgit yang merosot nilai dari 4 Ringgit bagi 1 Pound kepada hampir 7 Ringgit 1 Pound.

9.​Pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbillion Ringgit sudah tidak dapat dikesan. Yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian. Sekarang wang ini telah dipindah entah kemana. Apabila siasatan dibuat oleh badan Kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini.

10.​Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib bahawa 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab.

11.​Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak BN kerana kepimpinan Najib. UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.

12.​Sebaliknya jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang. Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.

13.​Ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.

14.​Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai.

ENGLISH VERSION

OH UMNO MEMBERS

1.Najib urged you to support him to win the 14th general election.

2. Unfortunately supporting Najib as head of UMNO will most likely ensure a defeat for UMNO and not victory.

3. UMNO never won simply because of the support of its members alone. The number of members in any consti1.Najib urged ytuency is not sufficient to give victory to UMNO candidates. Members of UMNO never exceed more than half of the total voters in any constituency.

4. What gave victory to UMNO candidates are the Malays, who believe in UMNO’s struggle, but do not join the party. Chinese and Indians also contributed to the victory of the candidates of UMNO.

5. Now all these people no longer believe in UMNO. They hate Najib and believe Najib had used money to buy the support of UMNO leaders. This has been acknowledged openly by several Heads of Division and Members of Parliament. When the opposition named UMNO leaders who had been bribed, no disclaimer was made by anyone.

6. Najib’s action in preventing investigations into the RM 2.6 billion money existing in his personal account proves that this money had been obtained illegally. If it had been obtained lawfully, he need not fear if investigation continues.

7. Najib’s administration has caused the ringgit to fall until the price of everything goes up, high inflation and stock prices falling. Many today have gone bankrupt. The burden had been made worst with GST that causes the price of goods and services to rise further.

8. Those who have children studying outside the country are forced to add up to the Ringgit as the Ringgit have deteriorated in value from 4 to 1 to about 7 Ringgit per Pound.

9. Development of the country is neglected and a sum RM42 billion is borrowed, invested unwisely and billions of Ringgit is untraceable. What is known is that Najib has a sum of RM2.6 billion in his account at Arab-Malaysian Bank. Now the money has been transferred to who knows where. When investigation was made by the government body entrusted, Najib dismantled the body.

10. Indeed, the majority of the people rejects and hates Najib as Prime Minister. They cannot accept Najib’s contention that the RM2.6 billion in his account is donation from some Arabs.

11. In the GE14 all of them, Malays, Chinese and Indians will reject BN because of Najib’s leadership. UMNO will be destroyed because many of UMNO members cannot accept Najib and his actions. Many of them will vote the opposition or will not vote at all.

12. On the other hand, if Najib is no longer the President of UMNO and leads BN, there is a better likelihood that BN and UMNO will win. People’s hatred is not focussed on UMNO or BN. They do not accept Najib and their anger is towards Najib and some UMNO leaders who want to curry favour for appointments or others.

13. UMNO members who love and wish UMNO retained and in power must reject Najib before the election. If this rejection is made too late, the time to rehabilitate UMNO will not be sufficient.

14. If you love UMNO reject Najib now. If you love Najib, UMNO will lose power and be shattered.

99 thoughts on “WAHAI AHLI UMNO”

  1. Bangsaku

    Lahirku di bumi Malaysia,
    Yang dahulu terkenal dengan Melaka,
    Yang dimahukan negara lain semua,
    Kerana kedudukan strategiknya,
    Yang gemilang sudah ditelan masa,
    Yang bangsanya sudah selesa,
    Lantas lalu kita menjadi manja,

    Manja masih tidak mahu membesar,
    Mematangkan hati membuka mata lebar,
    Manja masih gagal mengambil iktibar,
    Ikitbar sejarah bumi kita,
    Iktibar sejarah negara kita,
    Iktibar sejarah rumah kita,
    Iktibar sejarah penduduk rumah dahulu kala,

    Lupa sudah negara kita sudah lama dijajah,
    Lupa sudah erti sebenar tanah darahku tumpah,
    Bersyukur kita dapat mengekal bahasa,
    Bahasa turun temurun moyang kita,
    Bahasa yang pernah menjadi lingua franca,
    Bahasa Melayu Bahasa Malaysia,
    Panggil sahaja yang mana-mana,
    Tiada ku kisah asalkan di faham manusia,

    Kita bangsa berbudi berbahasa,
    Kita bangsa memberi muka,
    Kita bangsa berkongsi semua,
    Kita bangsa mengejar pahala,
    Kita bangsa yang suka besederhana,
    Kita memberi ruang kepada semua,
    Tidak kira fahaman,pegangan mahupun bahasa,

    Namun bangsaku masih banyak lemahnya,
    Bangsaku masih terlalu mudah lupa,
    Pesanan dahulu ditatap sebelah mata,
    Masih mahu bergaduh sini sana,
    Sedarlah kita sudah kesuntukan masa,
    Kegagalan menanti membuka depa,
    Menyesal kemudian tiada guna,

    Tibalah masa membuktikan usaha,
    Akan ku bawa semangat membara,
    Biar putih tulang jangan putih mata,
    sekian ayatku disini sahaja,
    terima kasih meluang masa,
    kata-kata aku yang panjang sehasta,
    Sekian dahulu assalamualaikum,

    -harimaumalayakangagahdinusantara-

  2. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN,

    Izinkan,

    pakpandir08 Sep 15,2015 10:21 PM antara lain berkata

    seperti yang dijangkakan … bersih 4 dijadikan pula isu perkauman…

    bukankah inilah cara pentadbiran yang Tun mengemari selama 22 tahun …

    sebab itulah orang katakan Tun merupakan punca daripada masalah negara hari ini …

    Now, we wondered why during the 22 years tenure of Ayahanda Tun why

    1. Thousand and thousands of vehicles fly the Jalur Gemilang during the month of Merdeka and

    2. Comes kongsi Raya thousands flocked the to the sites of the Majlis

    Just two simple examples, good enough to rebutt the accusations by a D.U.M.B aka ‘Pandir’ like you..

    MY apologies for calling you a DUMB, pakpandir.. You asked for it!

    MALAYSIA.. MAHATHIR… THUMBS UP!

    ALFAATIHAH, AAMIN

  3. Saya sayang Umno dan Bn… tapi untuk nak tendang keluar Najib…. nampaknya didalam kepterpaksaan piliharaya akan datang saya terpaksa undi PAS. PAS kira ok lagi.. tapi tidak sama sekali PKR atau DAP laknatullah

  4. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Lembaga Disiplin UMNO perlu siasat skandal peribadi DSN yang melibatkan wang ‘derma’ 2,600 juta ringgit yang ada unsur ’wang haram’ yang disalurkan ke akaun peribadi beliau, dan juga lain2 skandal DSN yang berkaitan dengan 1MDB kerana beliau adalah Presiden UMNO @ PM @ Menteri Kewangan @ Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

    2. Jika ahli UMNO yang menyaman DSN boleh dipecat begitu saja (konon melanggar Perlembagaan UMNO), mengapa seorang Presiden UMNO tidak boleh diambil tindakan kerana memalukan UMNO dan Malaysia dengan pelbagai skandal negatif? Adakah DSN kebal? DSN sudah melakukan kesalahan pecah amanah kerana menerima RM2,600 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau tanpa pengetahuan sesiapa (ada yang mengaku tahu, tapi itu cuma alasan yang difikirkan & diada-adakan selepas rahsia DSN bocor) .

    3. Ke mana pergi kesemua wang dalam akaun tersebut yang telah ditutup? Dikhabarkan sebahagian besar duit telah dipindahkan ke Singapura (perlu disiasat kerana ini sememangnya perbuatan PECAH AMANAH kerana ’derma’ dikatakan milik UMNO). Lembaga Disiplin UMNO kena siasat DSN dan jika didapati bersalah beliau mesti dipecat serta-merta bagi menjaga ’maruah’ UMNO / Melayu / Islam.

    4. Sebelum ini ramai ahli UMNO yang dikenakan tindakan disiplin walaupun kesalahan mereka tidaklah sebesar kesalahan DSN, Presiden UMNO. Jika Lembaga Disiplin UMNO ’tutup mata’ saja terhadap kesalahan DSN, maruah dan integriti ahli2 Lembaga akan jatuh, dan tidak lagi dihormati oleh ahli2 UMNO.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  5. seperti yang dijangkakan … bersih 4 dijadikan pula isu perkauman

    apa-apa pun pergolahan politik, salahkan DAP … cara yang paling mudah untuk mengalihkan perhatian terhadap isu semasa

    sebab itulah masalah nasional sukar ditangani kerana kurangnya rakyat yang tahu memikir…

    bukankah inilah cara pentadbiran yang Tun mengemari selama 22 tahun …

    sebab itulah orang katakan Tun merupakan punca daripada masalah negara hari ini …

  6. Berbicara perihal Umno, pastinya menyentuh Melayu. Seperti pendekar Melayu, jika mahu menjadi yang agung harus berpencak dengan yang juara lain, baru tahu siapa yang handal dan siapa yang tidak. Yang tewas akan berundur dan yang tinggal menjadi raja.

    Politik Umno, seperti jaguh pencak yang bertarung di gelanggang, adalah politik ritual yang mana hanya mereka yang paling licik mampu untuk bertahan sebagai ketua sekali gus memimpin negara. Sedang yang lainnya, biarpun hanya untuk menumpang bayang-bayang sang ketua, harus melalui jalan yang sama untuk memastikan diri masing-masing terus wujud dalam parti.

    Biarpun demikian, senario yang tampak semacam kejam ini adalah ritual parti yang bergerak dengan nama Umno Baru. Hakikat permulaan parti ini tidak langsung seperti yang sekarang.

    Lupakah kita pada Umno yang didukung oleh Melayu terdahulu yang berpendidikan serta berwawasan.

    Pemimpin-pemimpin lama ini mahu Umno menjadi wadah bagi memacu negara ke arah yang lebih gemilang.

    Bagaimana mungkin kita dapat membandingkan pemimpin-pemimpin baru dengan kebijaksanaan dan juga integriti yang dimiliki nama-nama besar dalam parti ini suatu ketika dahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Ismail Abdul Rahman dan banyak lagi yang segenerasi dengannya.

    “MELAYU MUDAH LUPA!”
    http://www.charityid.com/laporan-percuma/mycharity4u

  7. 64. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/red-shirt-rally-is-fine-but-police-must-stop-violence-hate-say-lawyers

    65. Igp already approved the red shirt rally.

    66. For other races, duduk rumah saja, kan jerebu teruk.

    67. Tok det, jaguh2 kampung dah hilang sabar, kan mereka nak masuk kabinet.

    68. Mereka ingat, aku ini ramai supporters ala quantitative measure, pasti aku akan berjaya.

    69. Toilet paper jenama bully, rasis, rakus, rempit, bankrupt pakai nama najib dan hadi?

    70. Mereka ini bukan saja menghina prinsip rukun negara, rakyat malaysia, malah mereka menghina agong dan sultan selangor dan sultan kelantan khususnya.

    71. Unfortunately, both najib and hadi seem to be okay with it.

    72. It depends on the malay cum bumi leaders decide what they want.

    73. Other component parties in bn just sit and watch, there is nothing for them to say or do anything about this because they know they already loose votes since the last 2 general elections.

  8. CANBERRA 14 SEPT : Australia akan mendapat Per­dana Menteri baharu selepas Parti Liberal menyingkirkan Tony Abbott dalam undi tidak percaya dan memihak kepada ahli politik Malcolm Turnbull yang bakal menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri.

    Ahli politik itu dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu selepas Abbott menghantar surat peletakan jawatan kepada Gabenor Jeneral, Peter Cosgrove.

    Undi tidak percaya itu diusulkan Turnbull yang menyatakan, parti yang diterajui Abbott tidak akan menang pada pilihan raya dua tahun lagi sekiranya pucuk pimpinan negara tidak ditukar.

    Parlimen menetapkan pemimpin Parti Liberal perlu menjadi Perdana Menteri sekali gus mengetuai kerajaan campuran konservatif.

    ======================================================

    KUALA LUMPUR XXX : [GANTI PERKATAAN]
    Australia –> Malaysia
    Parti Liberal –> Parti UMNO
    Tony Abbot –> DSN
    Malcom Turnbull –> TSMY
    Gabenor Jeneral, Peter Cosgrove –> YDPA Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
    Kerajaan campuran konservatif –> Kerajaan Barisan Nasioanal.

  9. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Alahai! Dalam keadaan dharurat (hampir mati kebuluran) memanglah dibolehkan (halal) makan makanan yang pada keadaan ’biasa’ haram (pengetahuan am). Tapi, contoh yang diberi (mengenai makanan haram/halal, dan Allah penentu penerimaan sesuatu ibadat – memang betul) tidak releven dan melencong dari isu asal (berkaitan dengan dosa sesama manusia), sebab DOSA kita sesama manusia, cuma manusia yang kita ada buat dosa (kepadanya) saja yang boleh maafkan kita. HALAL kah untuk sesiapa menghina dan menuduh orang lain (ahli2 UMNO) secara ’pukal’ tanpa bukti?

    2. Perhimpunan / Demonstrasi Haram: Saya menolak demonstrasi jalanan BERSIH (1,2,3,4), dan saya juga menolak demonstrasi jalanan ’Baju Merah’. Yang peliknya apahal pula ada pemimpin2 UMNO yang bersetuju dengan demonstrasi ini? Tapi jika mereka mahu berhimpun di kawasan yang dicadangkan (contohnya di stadium atau di kawasan lain yang dibenarkan), dan tidak mengganggu gugat orang awam, silakan. Tentang objektif mereka, itu hak mereka. Kita yang tidak setuju, jangan sertai mereka. Jika mereka melanggar undang2, tangkap dan dakwa tanpa memilih bulu.

    3. Saya masih ingat lagi En. Khairy (KP UMNO) yang mungkin dianggap ’jantan’ memakai ’baju merah’ pada demonstrasi BERSIH 2.0 kononnya sebagai tindak-balas terhadap BERSIH.

    4. En. Khairy ini ’ternampak’ seperti Anwar (Anwar Junior); liberal (sama dengan DSN and Anwar), dan beliau juga pernah di dapati bersalah mengamal ’politik wang @ rasuah’ pada satu pemilihan KP UMNO (ini fakta). Beliau cuma diberi amaran kerana Pak Lah PM pada masa tersebut (menantu PM la katakan…). Masih tergiang-giang lagi jeritan ’Rasuah! Rasuah! Rasuah! bila beliau diisytiharkan menang (kira undi yang ciput makan masa berjam-jam!). Jika pemimpin sebegini yang mahu dipromosi, memang sah UMNO bakal lingkup.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  10. Tun

    In recent months the original Singapore Government worm, HBT1234 is back with an intensity due to the fact that there has been rush of Bloggers to this website. There was a change of worms for awhile but were ineffective due to the proper English they engendered.

    This is one way which the Bluffology of the crooked conman and Dictator Lee Kuan Yew (1959-2015) is disseminated onto the minds of the naive, gullible, hospitable and friendly minds of our fellow country men and women that the brilliant ex-law graduate of the University of Cambridge was great. In fact, he kept all his law books right to the end and spent his life dotting the i’s and crossing the t’s.

    From a perfectly honourable graduate of Cambridge, the Dictator Lee Kuan Yew turned rogue against all the ideals and principles which the University of Cambridge stood for eg. freedom of speech, freedom of expression and freedom of thought. He became a traitor to the highest ideals of his Alma Mater like the British traitors of the Second World War and the Cold War (1948-1989) Blunt, Burgess and Maclean before him.

    Lee Kuan Yew crafted the Godless Ultra Communist Political and Social System imposed on the citizens by his Apparatchiks aka Meritocrats bolstered by the CPF-HDB-Quit Rent & Assessment-GLCs-GST-COE-Income Tax-Traffic fines & Tolls-Free water from Malaysia-Water Conservation Tax-Public Utilities-the Civil Service-the Judiciary-the Military etc. Without money, the citizens are emasculated and enslaved forever like now.

    Lee Kuan Yew colluded with the West which knew his political control unlike Singapore and Malaysia as the Singapore Model or authoritarian capitalism or benign dictatorship (all dictatorships are cruel) or rich Cuba without the havanas but the bananas.

    All Dictatorships faded away after the departure of the Dictators like Hitler, Mussolini, Franco, Stalin, Mao, Tito, etc. SINGAPORE WILL DEFINTIELY DO THE SAME WITHIN LESS THAN 25 YEARS BECAUSE THE NEXT PRIME MINISTER WILL NOT BE A CHINESE OR A LEE SIBLING !

    The Singaporean economy is under command control like that of a Communist State of Russia and China with a controlled capitalistic economy based on the values of land on the island controlled by the Government. It is easy to do this in such a small place about the size of Lake Geneva, Switzerland.

    NEPOTISM is a big word in Singapore. These lucky siblings are everywhere in the small place. In Russia you have the oligarchs, in China the princelings and Singapore, the siblings. For a full family tree chart, etc I refer you to :-

    http://www.jesscscott.wordpress.com/sg-history/#family/

    http://www.likedatosocanmeh.wordpress.com/

    Even on Seet Li Lin is involved in the 1MDB. It is not corruption but the rule of the law.

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

    Malaysia practises the Free Malaysian Style Democracy with Capitalist Characteristics and a Malay Bias with our loyalty and devotion towards our Yang Di Pertuan Agong and the Royal Sultans and our cherished Constitution which safeguards Islam and all the other religions. Unlike Singapore which had a Dictator, the Malaysian Political System is manned by elected digits which is balanced by checks and balancies. If the digits go recalcitrant, we have one huge mess to clear up later.

  11. Assalam Tun,

    Ramai kami yang bukan ahli UMNO tetapi sentiasa menyokong UMNO dalam pilihanraya. Bukan kami suka sangat muka-muka pemimpin dalam UMNO tu, tetapi kami percaya perjuangan UMNO adalah baik untuk membantu orang Melayu dan Bumiputra lain, dan strategi membangun negara juga adalah baik untuk semua rakyat. Ramai pemimpin UMNO dulu pun corrupted, tapi tidaklah seteruk si Najib ni. Ramai depa yang bermegah semacam, sombong, bongkak, kita cakap sepatah dia cakap sebatu. Namun kami sokong juga UMNO. Yang peliknya kami nak masuk UMNO dia tak terima, sebab terlalu “educated”, sebab ada ijazah. Nah sekarang UMNO penuh dengan golongan bahlol dan tamak, yang mudah terima wang haram.

    Ramai orang lain boleh jadi PM. Kalau Obama yang tak ada pengalaman pun boleh jadi President Amerika, apalah halnya dengan Malaysia yang kecil ini.

    Kami juga tolak Anwar sebab banyak hal. Tengok muka dia anak bini dia pun tak tahan. Kami juga tolak PAS sebab kalau keluar parti PAS kena cerai bini talak tiga tak pasal pasal. Tapi orang PAS ada perangai elok sikit dari Anwar, kecuali setiausahanya, kurang2 muka nak serupa, yang dulu buat hal dalam bilik hotel dengan mana betina tak tau.

    Jadi nak pangkah siapa? Kalau sheh kadiak tu atau Mat sabu bukit mertajam tu tak payahlah, kami pun tau hal depa.

    Jadi kalau najib masih jadi presiden UMNO juga, kami tak akan kelaur mengundi. Semuanya tak boleh diterima. Bercakaplah dengan sesiapa pun, semua orang dah meluat dengan PM sekarang.

  12. 59. The burning of dap lim kit siang and lim guan eng in kota bahru by few umnoputra is to tell off umno there, not dap.

    60. Only got something 2hide will do coward acts.

    61. Najib will not survive even if he use all his umno machinery.

    62. Cuma nak tanya, siapa nak sokong pm yang panggil mereka bangsat?

    63. He cannot run away, no matter what he does.

  13. Wahai ahli UMNO
    Mana Kiblat kamu ?
    Dimana Ketakwaan kamu ?
    Demi Kebenaran ? Demi Anak Cucu kami ?
    Demi Kilaun sinar Syaitan Wang Ringgit ?
    Demi Kepentingan Kamu ?
    Demi apa Wahai Anak Cucu Bani UMNO ?

    Ringgit Juram Menjuram
    Apa tindakan dan usaha Pemimpin kamu PM Najib ?
    Lagi sibku mementingkan menjaga Kerusi yg diduduki beliau ?
    Atau sedang Berusaha memulihkan Kejatuhan Ringgit Malaysia ?

    PAP Singapura menang dengan Cermerlang
    Bagaimana , apa usaha anda kelak di PilihannRaya kelak ?
    Masih mementingkan Kedudukan masing masing ?
    Tunggu sahaja Masa akan menentukan
    Bukan sahaja Kerusi kamu malah Jamban kamu juga akan Lesap

    Berpeganglah kepada
    Bersatu Kita Teguh
    Bercerai kita Roboh atau Bercerai Kawin lagi
    Nak Kawin lagi macamana Kerusi dah hilang Quata Isteri pun hilanglah

    PERHATIKAN Bagaimana PAP BOLIH MENANG
    Dengan memberi rakyat baru pada Pendatang Asing
    Banyak memenangkan PAP
    Lihat sendiri Rakyat Singapura Asal sudah sama rami dengan Rakyat Baru Singapura
    Rakyat Baru lebih kepada Orang Cina Malaysia bukan Rakyat Melayu Malaysia
    Ramai di kalangan Perniaga Buah , Perniaga Makanan Halal , Pemilik Workshop dan sebagainya kebanyakan di miliki Cina Malaysia yg di beri Kerakyatan Singapura
    LIHAT Bertapa mereka berkerjasama dengan Kerajaan Singapura hingga Tanah Melayu Malaysia di Jelejahi dengan bantuan kerjasama mereka sesama
    Orang Melayu , Wakil UMNO masih sibuk bertikaian sesama menuju Kehancuran

    Harap Amanat ini yg diturun dari Gua Chedet bukan Gua Hira
    Di salurkan kepada Melayu terkini dan Melayu sesudah kamu
    Namun yg sesudah kamu akan lebih menghayati dan memahami amanat ini lebih dari kamu

  14. Menyingkirkan Najib tidak akan memperbaiki Malaysia sebab secara am keseluruhan process, sistem adalah korup.

    1) Project untuk bumiputra disalah guna secara berluasa, contoh kalau terdapat satu project untuk membuat/membeli sesuatu, company bumiputra akan mendapat quotation dari supplier dan akan di mark up 10 hingga 100% , bermakna kalau harga dari supplier ialah RM500 harga yang dijual ialah RM5000 ke atas, kerana bumiputra ini akan mendapat keuntungan yang amat luar biasa tanpa bersusah payah, dia hanya middle man sebab dia kenal orang diatas.

    2) Wang diseleweng dari atas ke bawah oleh orang yang berkuasa, contoh seperti kapal selam commision rm500 juta, kes lembu/condo, pegawai beli jam dinding RM200++ dll. Wang dilesap tanpa diketahui. Ketua audit negara highlight tiap tahun tapi apa tindakan atau hukuman? Tak ada.

    3) Orang melayu amat senang dibeli. Sebabnya ialah orang melayu kebanyakannya miskin dan kalau ada orang memberikan wang(BRIM), dia amat berterima kasih & akan berbalas budi kelak, mereka tidak dapat atau tidak akan memikirkan effect jangka panjang yang mungkin akan memaksa kerajaan mengenakan cukai atau GST. Kalau dilihat dari PRU13, UMNO memperbaiki jumlah kerusi berbanding dengan PRU12 (Siapa kata BRIM tak ada guna, kalau tak ada BRIM mungkin UMNO akan teruk lagi). Hanya MCA & MIC & Gerakan yang teruk kena, ini kerana orang bukan melayu lebih merisaukan effect jangka panjang.

    4) Singapore mengamalkan sistem meritocrazy, jadi negara itu berkembang dengan pesat. Memang benar Malaysia tidak dapat mengamalkan sistem Meritocrazy. Kalau diadakan sistem meritocrazy kebanyakkan(bukan semua) orang melayu tidak dapat jadi doktor, peguam, engineer dll. Kalau ini terjadi orang melayu akan menyalahkan orang Cina dan akan membunuh orang cina sebagai membalas dendam. Negara akan huru-hara, jadi saya setuju dengan TUN Malaysia tidak boleh adakan sistem meritocrazy. Tapi kalau pelajar yang mendapat straight A dinafikan khusus pilihan bermakna Malaysia tidak akan melahirkan Malaysian yang boleh contribute untuk negara.

    5) Mungkin memilih PR akan sama juga selepas beberapa tahun akan korup seperti BN tapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan bilangan korup pada masa sekarang. Kalau dilihat pada sejarah Cina selepas dinasti asal jatuh ke tangan dinasti baru, negara akan maju pada mulanya dan akan mula korup selepas beberapa puluh tahun dan dinasti yang lebih baru pun muncul selepas itu. Bukankah ini harapan baru walaupun mungkin PR akan lebih korup dari BN sekarang, sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah sekarang.

    6) Memang betul DAP, PAS, PKR susah berkerjasama sebab mereka mempunyai agenda masing-masing tetapi adalah lebih baik dari MCA & MIC yang satu komen pun tak berani menegur kes 1MDB sebab sayangkan jawatan & kedudukkan. Dia orang sememangnya yes man nombor satu.

  15. 47. The difference between lky and tdm in developing the economy is one favored market friendly policies, the later one favors umno friendly policies.

    48. Thats why ringgit falling, singapore dollar going up.

    49. During their era, both used strict rules and regulations to curb political uncertainties.

    50. In singapore, that chee who was sent to jail is a free man, and he is allowed to set up new political party and contest.

    51. If umno had nothing 2hide, they will not send dsai in jail for the second time.

    52. If umno had nothing 2hide, they will not copied what tdm did.

    53. If nothing 2hide, why pm keeps spiking bersih, and silently back up red shirts?

    54. If umno does not sponsor red shirts, then it must be the federal government since mof is hold by umno and himself, common sense?

    55. All systems failed because leaders cover up their failures when things turn nasty.

    56. All system succeeded because leaders rectify and improve.

    57. Jika mp can be bribed or changed via hopping, then be prepared to form a weak federal government that voters can never respect and accept.

    58. Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.

  16. Assalamualaikum Tun.

    Seorang atheis (tak percaya tuhan) menanyakan soalan pada Dr Zakir Naik.

    Kenapa dia perlu hairan pada kuasa Tuhan kerana Tuhan sememangnya berkuasa membuat sesuatu. Dan kenapa Tuhan membuat sesuatu walaupun dah tahu bagaimana ia akan bermula dan berakhir.

    Persoalan in berkenaan mengakui akan kekuasaan Tuhan dan menghadirkan perasaan kehambaan pada diri manusia kepada Tuhan.

    Setelah dijawab dengan panjang lebar, atheis ini masih belum berpuashati.

    Sehinggalah atheis in bertanyakan soalan kenapa dia perlu hairan bilamana Bill Gates bagi dia duit 500USD? (saya tak ingat berapa amaun sebenar).

    Dr Zakir Naik membalas pertanyaan atheis tadi, kenapa Bill Gates perlu bagi anda 500 USD?

    Kerana anda (atheis) adalah orang yang terpilih dari ramai orang lain. Orang lain tak dapat, tapi anda dapat. (Jawapan pada kekaguman pada kuasa Tuhan, dan perasaan berterima kasih atau kehambaan diri pada Tuhan).

    Atheis tadi dan mengganguk tanda bersetuju.

    Kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak beri anda duit wahai ketua cawangan UMNO?

    Saya dah bagi jawapan kenapa saya bagi makan. Dan Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah bagi jawapan sebenarnya dalam tv kenapa beliau bagi duit pada anda.

    Kerana anda ketua cawangan UMNO tidak mampu katanya.

    Bukan semuanya ada jet peribadi katanya.

    Makanlah selagi rezeki nasi di tangan boleh ditelan masuk perut. Bilamana rezeki tersebut tidak boleh dimasukkan lagi dalam perut, sedarlah bahwa rezeki itu adalah milik Allah s.w.t sebenarnya.

    Terima kasih Tun.

  17. Assalamualaikum Tun.
    Semoga Tun sihat sejahtera hendakNya.

    Saya disini untuk terus memberi semangat kepada Tun dan semua yg menyokong Tun. Saya juga ingin memuji pencinta keadilan undang2 dalam sistem demokrasi di laman ini antaranya ‘daeng, wajaperak, cruze, novo, faridina, hajar, joetamanchi’ dan semua yg menyokong Tun. Teruskan usaha anda semua dgn apa jua cara ataupun saluran demi mencari kebenaran yg disembunyikan.

    Kepada pengkritik Tun, teruskan selagi mampu atau selagi dibayar. Bagi saya Najib dah banyak mempermainkan perasaan rakyat dan rakyat bukannya boneka Najib yg sengaja bangkitkan isu perkauman demi mengaburi@menutup isu peribadi beliau(usaha najib&penjilat tegar). Setelah apa yg Najib lakukan, pelik sangat2 kpd sesiapa yg mempertahankan Najib tanpa udang disebalik mee.

    Najib Tun Razak, anda hanya jaguh@hebat di kaca tv sahaja, tetapi jika di medan perang kami tahu dimana anda bersembunyi(mungkin dibelakang rosmah&pencacai anda). Najib, semakin hari semakin jelas cara anda berucap dgn nada yg sombong dan angkuh, tapi pengecut. Wahai NajibRosmahB**gs*t, We will never stop till the game over.

    Semoga ayahanda Tun dan bonda dipanjangkan umur serta diberi kesihatan yg baik. Ya Allah, berkatilah perjuangan kami semua demi maruah agama bangsa dan negara. Amin ya rabbal alamin.

    #UndurNajibMundur

  18. Assalamualaikum Tun.

    Pernah satu ketika seorang ibu bukan Malaysian, seperti Bangladeshi rupanya memberikan dua keping ayat doa bangun tidur yang mana kebiasaannya ia adalah untuk dijual sebagai tanda sedekah.

    Tetapi kali ini ibu tersebut sekadar tergesa gesa memberi ia kepada saya dan beritahu, dia mahu makan bukan mahu duit. Dan saya tidak dapat menolak permintaannya walaupun ibu tersebut punyai raut wajah yang sihat, bersih dan kemas walau telah berumur.

    Maksud saya, untuk apa kita bagi makan free kalau tubuh badan sihat boleh berusaha lagi.

    Dan timbul persoalan dalam minda saya, ramai orang di situ kenapa dia memilih saya untuk minta makan dengan hanya bagi ayat bangun tidur 2 keping?

    Say fikir mungkin masa itu saya bersama anak kecil saya sedang makan. Mungkin kerana perasaan keibuan timbul dalam dirinya.

    Sebenarnya minda saya berfikir yang amat juga dalam situasi tersebut. Saya tak dapat agak niat ibu tersebut kenapa dia dengan tergesa gesa minta makan dan kenapa pilih saya yang hensem (hahaha) ini?

    Bila tiba masa nak buat pembayaran, ibu tersebut masih tidak menoleh kepada saya. Seolah olah menyorok dari pandangan saya. Kurang ajar betul, dahlah minta makan tapi masih tak mahu pandang muka kita. Dasar tak pandai berterima kasih!

    Bila saya melintas melalui meja ibu tadi, pandangan saya terhenti pada raut wajah anaknya yang kelihatan cantik dan manis. Ibu tadi masih tidak memandang dan menegur saya sebagai tanda terima kasih.

    Bila saya menuju ke arah motosikal dan bersedia bergerak, muka ibu tadi mula berseri seri dan menunjukkan riak wajah berterima kasih.

    Dan saya mula sedar bahawa ibu tadi sebenarnya, amat sayang pada anak perempuannya. Mereka lapar dan ibu tadi memilih saya kerana kedudukan saya yang tersorok dari pandangan meja mereka. Meja arah utara memilih meja arah selatan. Dan kebetulannya saya bersama anak kecil saya, yang bermaksud saya dah kawin.

    Bukan mudah untuk orang meminta. Untuk peringatan saya juga.

    Silakanlah. Saya juga kekurangan. Semoga Allah melindungi kalian.

    Terima kasih Tun.

  19. aduhai…
    siapa rasa pedas, siapa makan lada…?
    siapa rasa manis, siapa makan gula…?
    aduhai…
    Dalam kebanyakan bukanlah semua…!
    Dalam kebanyakan ada juga perwira…!

    #salute
    : khairuddin
    : abdul rashed
    : anina

    Ahli yg lain….
    Awak kat mana?
    #teringatsiburungcubamemadamapi

    http://akuislam.com/blog/renungan/boikot-usaha-kecil/

    #tepukdadatanyajiwa
    umno atau umNgok?

    *
    https://youtu.be/qLRmruR4NL4

    Cinta…? Harus berani berkorban…!
    Tak sanggup berkorban…
    Usah cinta cintaan….

  20. Tun

    For TBH6969 from the Ministry of Information, Singapore.

    Many thanks for publicising me again.

    Here are all the FACTS for you on the gross nepotism as practised at the highest levels in the public and financial and property sectors of your homeland Singapore. Please also note that the Dictator Lee Kuan Yew’s (1959-2015) was very poor in October 1951. My mother helped his mother to wash the dusty crockery for my brother’s wedding in Singapore.

    This Lee siblings family is the only Singaporean indigenous family which achieved billionaire status from 1951 to 2015 legally from zero. The creation of money without money. Politics is good. There is no corruption only the rule of the law.

    The facts of the Dictator’s nepotism which covers the controlling nexus of Singapore are to be found in the following :

    http://www.jesscscott.wordpress.com/sg-history/#family/

    http://www.likedatosocanmeh.wordpress.com/2015/01/04/if-paper-generals-can-run-our-country-pigs-should-be-able-to-fly/

    THB1234. Many thanks again for publicising me. I will give you more facts on your Boss.

    MALAYSIA BOLEH ! MALAYS BOLEH ! MALAYSIANS BOLEH !

  21. Janganlah mengutuk Tun sudah tua dan nyanyuk najib zahid, sahidan kassim, shahril samad dan salleh keruak pun dah tua, lihatlah uban di kepala mereka.
    Sepatutnya orang tua harus menunjukkan tauladan yang baik kepada orang muda agar mereka akan lebih bertamadun dan bersopan santun untuk menghadapi tahun 2020 yang semakin dekat….kamu semua dah tua termasuk hishammuddin, shahrizat, azalina pun muka dah nampak kecut hanya mas ermiyati sahaja tak nampak kerana beliau pakai tudung….
    Berusahalah supaya kamu kamu menjadi ikon yang di hormati bukan seperti anak zahid yang menjadi ikon akan tetapi bahasanya sangat jauh jika kita bandingkan dengan siti nurhaliza dan ziana zain yang masih banyak kesantunan dan ketulinan wanita melayu sejati…..hentikan semua kepura puran anda.
    Tahniah khairi, semuga anda sentiasa di lindungi allah dari anasir2 yang tidak punya hati perut..amin

  22. Saya sokong tun dan saya sokong khairi walau pun dia tak dapat datok lagi berbanding anak zahid tu yang agak bongkak.
    Khairi seolah seorang pahlawan malaysia dari bangsa melayu yang amat mementingkan sentimen masyarakat berbilang kaum di negara kita, sungguh profesional tidak seperti najib dan zahid.
    Begitu juga dengan pendapat marina mahathir tentang matlamat baju merah.
    Pada saya konsep baju merah seolah semakin merendahkan maruah bangsa kita, apa matlamat mereka nak berhimpun, mengapa mereka tidak usul sebelum perhimpunan kuning, macam kanak kanak sahaja, sepatutnya mereka harus mengajak bangsa melayu memajukan diri dalam semua bidang dan merebut peluang yang ada secara sihat dan bermaruah, bukan nak berlawan begini. Cara ini akan lebih merendahkan persepsi bangsa kita di mata dunia, seolah bangsa kita hanya menyalak dan lari dari masaalah setiap kali masaalah itu datang bukan hendak menyelesaikan masaalah.
    Wahai baju merah, fikirlah masak2 bahawa orang lain tidak akan merendahkan maruah kita jika kita menjaganya dari awal lagi.
    Tun. Lain lain dan Saya bukan menyokong pembangkang, tetapi kami cuba memulihkan pandangan buruk bangsa lain terhadap kita.
    Begitu juga dengan yang bernama dato jamal tu. Kenyataan mahu meludah tun dan memijak atau apa sekali pun, kamu telah menjatuhkan maruab bangsa melayu iaitu orang akan kata “tengok tu orang melayu sendiri kurang ajar pada tun” patut pun bangsa lain pijak gambar najib dan haji hadi kerana si jamal dan zahid dan lain lain yang seolah mengajak bangsa lain menjadi kurang sopan….fikirlah masak2 jangan asyik menyalak sana sini, sedangkan bangsa lain sibuk untuk memajukan diri demi menghadapi kemelut kewangan masa kini…
    Petua” kita sendiri yang mempunyai haj untuk menjaga maruah diri dan mempertahankannya” kita tidak dapat memaksa sekali pun merayu agar orang lain menghormati diri kita…

  23. Huiyo…

    Balaci Ajib kembali dengan hujah2 yg bernilai jutaan ringgit upahnya…

    Boleh tanya bos korang tak..

    1. Bila nak saman WSJ?

  24. Satu ketika dulu kita pernah mendengar Tun Mahathir dilabel sebagai diktator, zalim, fir’aun

    Internal Security Act (ISA) umpama senjata ampuh untuk menangani sebarang kekecohan, ia umpama pre-emptive action act tetapi macam bukan juga kerana kekecohan berlaku terlebih dahulu, then action will be taken. Cuma perkara seterusnya yang bakal berlaku dapat dikawal terlebih dahulu sebelum terjadi

    Tahan dan simpan, tutup mulut, tahan tangan, kaki, mata, ikat rapat2, tiada hubungan dengan sesiapapun termasuk peguam selama sekira2 keadaan reda

    Umpama dipulaukan, atau dibuang negeri atau ke pulau tiada penghuni

    Zaman dah berubah, akta seperti itu dikatakan tidak sesuai lagi pada masa kini. Akta Hasutan tidak menentukan yang perkara lanjutan dari kekecohan dapat dibendung, kerana maklumat sentiasa dapat diakses dan berada di mana2.

    Ingat lagi ketika Reformasi? Tun biarkan sahaja beberapa ketika sebelum ISA digunakan. tetapi sebaik sahaja ISA digunakan, semua orang2 kuat ditahan dan disimpan. Tiada lagi demo di jalan. Tutup cerita. Jalan terus.

    Memali? Mungkin Tun Musa Hitam sahaja yang tahu cerita sebenar. Dan ISA membolehkan lanjutan dari tragedi tu, tidak berterusan. Tutup cerita. Jalan terus.

    Mei 1969? Pengalaman Tun Mahathir sendiri melihat bagaimana Tun Razak mengurus konflik. ISA juga kan?

    Komunis? Al-Ma’unah? Al-Arqam? tak melibatkan demo dijalanan, jadi kurang jadi tumpuan awam, bukan konflik umum, tapi dengan ISA ia juga berkesan

    Saya melihat keadaan boleh menjadi semakin meruncing dengan demo lawan demo, masing2 mahu menegakkan pendapat masing2 melalui demo di jalanan. Apatah lagi ini melibatkan persaingan berlumba-lumba melihat jumlah seramai mana mereka yang turun

    Saya yakin jika Tun Mahathir masih sebagai PM, Bersih 2,3,4 tak mungkin ada kerana sudah pasti ISA dah dilaksanakan sejak Bersih 1 dibua.

    Tun turun hari tu pun bukan sebab nak pilihanraya adil. Pilihanraya memang dah adil dah pun, cuma kuasa nak tentukan kawasan mana dia boleh menang, contoh nak sempadan semula kawasan undi. Nak berkempen nak minta undi, tetap bebas buat la di mana pun, asalkan dalam kawasan berhimpun, bukan di jalanan. Himpun sahaja, tak perlu berarak ye (yang dibenarkan berarak semasa meraikan Maal Hijrah dan keraian rasmi sahaja)

    Tun turun Bersih cuma sebab nak Najib adil dengan kekalutan yang Najib dah cipta, Tun dah lama nak minta penjelasan Najib tentang 1MDB, hutang 42billion, jualan aset tanah kerajaan murah, belian power plant mahal, motif pembunuhan altantuya. Perkara utama yang dia mahu penjelasan bukanlah sangat soal jambatan bengkok. Soal 2.6billion tu timbul sendiri lepas 1MDB kerana pasti ada pihak yang akan menggali cerita berkaitan 1MDB.

    Bersih dh sampai Bersih 4, kerajaan boleh biar je berlaku, kalau Tun, rasanya setakat Bersih 1 je la kat jalan, Bersih seterusnya pasti di kawasan berhimpun

    Pemerhatian saya, Tun Mahathir berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk dengan ISA. Tutup cerita. Jalan terus.

    Sebab itu, Malaysia terus maju. Perkara yang boleh menggugat proses pentadbiran terus diselesaikan secepat mungkin. Ternyata dia berjaya, walaupun nampak zalim dan diktator. Kebijaksanaan berdiplomasi, bertenang diri, kunci kepada kejayaannya mengunci anasir yang mengganggu pentadbiran. Tun mahu cerita masalah Malaysia ni semua, tutup cepat2, boleh kita maju terus dengan lebih cepat. Tapi tutup la dengan kemas dan rapi, bukan macam cerita Altantuya, tak kemas dan rapi langsung cara menutup tu, hehe..

    Tun sebenarnya sedang memberi tunjuk ajar kepada kita semua, termasuklah perdana menteri DSN sendir. Tun membacakan pada kita semua erti kemajmukan rakyat Malaysia. Bukan majmuk seperti Singapura. Komposisi kaum di Malaysia bukan berdasarkan merit tetapi diplomasi dan tolak ansur. Kita negara kecil tapi Singapura lagi kecil. Kita kecil tapi ada lagi 14 bahagian negeri.

    Sabah Sarawak minta jangan berkecil hati ye, sebab Tun lebihkan Semenanjung, cuma dia mahu nama Malaysia lebih lagi berbanding Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Dan proses untuk memajukan Malaysia lebih nampak dengan kemajuan Semenanjung terlebih dahulu, bukan bermakna Sabah Sarawak diketepikan. Pasti ada jalan kemajuan Sabah Sarawak, dengan Wilayah Persekutuan Labuan, Universiti Malaysia Sabah dan Sarawak, ITM menjadi taraf UiTM, tambang murah Air Asia, proses kemajuan telah membangun sejak zaman Tun Mahathir lagi

    Tutup cerita, jalan terus.
    Tutup cerita 1MDB, maju terus.
    Tutup cerita Najib, bangun terus. Hehe..

  25. Salam Tun,
    Semoga kehidupan seharian bersama keluarga sentiasa dirahmati.
    Sebelum ini saya ada memperkatakan perihal ahli UMNO ini. Jika mereka tidak menolak pemimpin ini, rakyat M’sia akan menolak pemerintahan mereka. Kesimpulan, siapakah yang rugi? Tidakkah ahli UMNO yang ingin melihat parti yang mereka sanjungi ini rebah hanya seorang individu?
    Fikirkanlah…

  26. Salam semua..

    Tersentak juga hati ini… aduh.. sakitnya tuh di sini.. 🙂

    Rupa2nya mungkin ada pula saya terlebih perasa cili.. maaflah.. tak ada niat ye..

    Ikutkan hati.. nak juga menjawab.. tapi kata org tua2.. tak usah tuang minyak lebih2.. nanti apinya bertambah besar..

    Nak kata.. nak label.. nak apa2 pun.. itu budi bicara kita masing2.. mudah2an rukun negara “kesopanan dan kesusilaan” kita pertahankan..
    Rakyat di negara kita bebas.. maklum demokrasi berparlimen.. setakat pengetahuan ilmu cetek saya ini.. Mesir dan Malaysia jaauh sangat .. berbeza dalam pelbagai aspek.. hasil didikan yg diterapkan dalam Falsafah pendidikan Negara.. JERI.. Jasmani Emosi Rohani Intelektual.. sentiasa mahu diseimbangkan.. dan aspek ini sangat penting dlm pembangunan negara.. merangkumi pelbagai aspek .. ekonomi.. pendidikan.. kemasyarakatan.. dan baanyak lagi..
    Seingat saya Tun selaku menteri pelajaran satu ketika dulu adalah antara tokoh yang mengolah sistem pendidikan negara menjadi antara yang dibanggakan..

    Hmm.. dlm banyak2 bidang.. nampak gaya politik merupakan bidang yg tak habis2 .. kenapa? Almaklumlah.. benda baru .. belum matang.. nak banding dengan negara lain yg dah beratus tahun.. kita masih muda..
    Dulunya kita banyak jadi pendengar/ pengikut sahaja .. kini penglibatan amat ketara.. muda dan tua.. pentas tak pernah kosong.. maklumlah media massa dah upgrade.. dan anak2 muda seperti saya dulu suka perkara2 sensasi.. dipermudahkan pula dengan adanya whatsup.. telegram.. facebook.. twitter.. dll

    Apakah semua ini? Hmm bagi saya.. ia adalah modal atau platform penting untuk org2 politik.. semua orang nampaknya berpolitik mengikut kapasitinya.. akhirnya group keluarga.. group syarikat.. komuniti masyarakat.. ngo2.. huhh.. hebat..

    Pendek cerita.. ‘persepsi’ menjadi agenda utama.. apabila ramai bersetuju dengan sesuatu yang isu.. tanpa mengambil penilaian terhadap maklumat.. maka tanpa disedari kebenaran semakin menghilang.. sedihnya.. mangsa keadaan ialah anak2 muda.. dr peringkat sekolah hingga ke IPT.

    Ramai terpanggil dek hasutan media massa.. tak kiralah dr pihak mana pun.. bahana ini belum nampak pengakhirannya.. siapa yg bertanggungjawab? Andaikata ini berlanjutan.. saya fikir.. ia bakal melumpuhkan semua sistem yang ada.. nak kata jantan atau betina.. gelanggang perselisihan menjadi lebih besar..

    Sebahagian pihak melihat ini sebagai medium titik panas.. kerana ramai sangat kalangan yang terlibat merasa dirinya jauh lebih baik dan betul dalam segala perkara.. memaksakan fahaman dan ideanya kpd orang lain.. sekali lagi dengan media untuk membentuk persepsi mengikut acuan masing2.. hmm tak sangka kita meniru cara negara lain yg dah runtuh akibat percakaran sesama sendiri.. 🙁

  27. Assalamualaikum Tun.

    1. Akhirnya Zelo berterus terang apa yang terbuku dalam hatinya.

    2. Terima kasih saudara Zelo.

    3. Biar pun Zelo asalnya dari Sarawak namun bagi saya, kamu adalah rakyat Malaysia seperti kami semua.

    4. Bagi saya pemikiran kamu tentang Tun, membangunan zaman Tun khususnya Sarawak, dan terpengaruh dengan tulisan dan pandangan orang lain kemudiannya membuat rumusan sendiri mengkritik Tun khususnya apa yang Tun lakukan dimasa lalu boleh diperdebatkan.

    5. Rumusan yang kamu buat dan hasilnya lahirlah tulisan yang memburukkan Tun oleh kamu ternyata kami mempunyai pandangan yang berbeza.

    6. Justeru itu tidak hairanlah sebahagian kami dalam blog ini mengkritik kamu kerana beranggapan cara kamu berfikir dalam kontek dan skop yang cukup sempit.

    7. Bagi saya kemajuan kena dilakukan secara berperingkat.

    8. Jika zaman Tun memerintah berlanjutan hingga sekarang iaitu 2003 hingga 2015 selama 13 tahun lagi saya cukup yakin Tun akan melakukan perkara yang sama malah lebih awal dari yg najib lakukan.

    9. Ada ketika pemerhatian saya dalam penulisan kamu bila diamati ada terselit “kebodohan” yang tidak boleh diajar, namun saya terasa malas untuk mengulas.

    10. Kamu tidak dapat membezakan antara anak dengan datuk. Tidak dapat membezakan zaman datuk kamu dengan diri kamu.

    11. Sebagai contoh, bandingkan taraf hidup antara datuk kamu dengan kamu sekarang, adakah ianya lebih teruk berbanding datuk kamu?

    12. Begitu juga zaman Tun memerintah ( datuk ) peringkat awal Tun membentuk ekonomi Malaysia ke arah lebih baik. Maka kini Najib umpama cucu yang sedang menikmati hasil ekonomi yang dibentuk oleh Tun dari negara berpendapatan kecil kepada negara berpendapatan tinggi.

    12. Zaman Tun, dia mula membentuk asas ekonomi yang kukuh hingga terbentuknya wawasan 2020 untuk kita Malaysia capai negara maju.

    13. Apa yang berlaku sekarang, Najib terang-terangan mengamalkan rasuah. Ketua kerajaan yang mengamalkan rasuah kerana wang masuk ke akaun peribadinya tanpa diketahui oleh seorang pun manusia di Malaysia termasuk Sarawak. Adakah kamu percaya pada kenyataan Najib yang menafikan pada peringkat awal kemudiannnya mengaku? Jika kamu percaya bodohlah kamu wahai Zelo.

    14. Untuk jadi PM yang baik, pertama kena bebas dari rasuah. Adakah Tun menerima wang rasuah seperti Najib di zaman pemerintahannya? Sekarang satu dunia sudah tahu PM kita sekarang mengamalkan rasuah. Adakah manusia seperti ini kamu mahu agungkan? Bodohlah kamu wahai Zelo.

    15. Rasuah adalah sejumlah wang yang meragukan dari poket orang lain masuk ke poket peribadi Najib dan sebaliknya. Jika aliran wang dari akaun pertubuhan seperti umno pergi kepada akaun shahril samad itu saya tidak risau kerana ianya mungkin diketahui oleh sekurang-kurangnya beberapa ahli umno termasuk bendahari tetapi jika aliran wang dari Najib kepada Shahrir Samad secara sembunyi dan mereka berdua saja yang tahu, “rasuahlah namanya”.

    16. Yang Tun bising tentang Najib ini bukanlah sebab Tun dengki tetapi ini masalah parti umno dan tadbir urus negara yang semakin teruk dilakukan oleh Najib.

    17. Ini boleh mengundang kepada ekonomi Malaysia yang semakin teruk dan umno/bn bakal tewas di pru14 akan datang. Adakah kamu boleh menganalisis tentang perkara ini sekarang Zelo? Jika kamu tidak pandai menganalisis, saya berani cakap kamu ni seorang yang bodoh dan pentingkan diri sendiri.

    18. Banyak lagi perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh najib, tak kan kamu nak terus mengekalkannya sebagai pm?

    19. Sekian Zelo bila senang saya mahu kondem tentang “kebodohan” kamu yang menganggap najib ni “baik” dan seorang pm yang lebih baik dari tun.

    20. Saya harap kebodohan kamu ni tidak berpanjangan sebelum sampai tahap kebodohan najib.

    Sekian.

  28. Assalamualaikum Tun,

    BLACK SHIRT DAY

    Saya yakin tidak lama lagi Najib akan mengeluarkan satu perintah atau satu undang yg melarangkan rakyat membuat demo atau protes jalanan seperti yg di lakukan oleh Bersih4 baru2 ini. Apa bila seseorg itu sudah terdesak dan tersepit, dan sebagai PM, dia akan mengeluarkan ‘ fatwa’ dia sendiri untuk menghalang rakyat yang mahu dia berundur menunjukkan perasaan secara protes, demo dan memasang dan mengkibar spanduk,dll.

    Justru saya mencadangkan adakan Satu Hari yang di namakan ‘ Black Shirt Day “. Hari yang saya sarankan atau usulkan ialah pada setiap Hari RABU. ini disebabkan Hari Ribu ialah hari dimana Kabinet Kerajaan mengadakan mesyuarat mingguan mereka.

    Pada hari tersebut SEMUA Rakyat Malaysia yang mahu kan Najib berundur harus memakai baju atau t-shrt berwarna HITAM. Saya yakin tidak ada satu undang2 yg menghalang rakyat atau org ramai memakai baju atau t-shirt Hitam. Pihak Polis juga tidak boleh ambil tindakan

    Asalkan JGN PAKAI Armband Hitam saja. Kalau itu mungkin boleh di jadikan satu kesalahan.

    September 16 akan datang ini, saya tidak tahu tujuan sebenar nya utk mengadakan Berjalan Baju Merah atau protes Baju merah. Setiap demo atau protes itu harus ada sebab yg kukuh seperti apa yg Bersih4 lakukan.

    Bersih4 hanya MAHU NAJIB UNDUR dan tidak ada niat utk cuba mengulingkan Kerajaan. Lagi pun Bersih4 tidak ada kekuatan atau keupayaan untuk mengulingkan Kerajaan kerana Kerajaan maseh mengesuai Tentera dan Polis yg cukup dgn senjata mereka.

    Bersih4 tahu kalau pemimpin yg diatas sekali sudah terlalu CORRUPTED ia akan menjejaskan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. Pelabur asing akan berpikir ribuan kali untuk melabir di negara ini. Kerajaan asing terutama Kuasa Barat akan ambil kesempatan dgn ada nya seorg pemimpin yang senang di Rasuah kan

    Seperti yang saya lihat sekarang, negara Peranchis ada di posisi yg kuat utk ‘ memaksa ‘ Najib beli alat perthahan dan alat2 laen dari negara itu. Saya yakin Peranchis ada bbrp ‘ rahsia ‘ tentang najib dan menggunakan itu sebagai tekanan dan memaksa Najib beli produk Peranchis. Mungkin setelah ini kerajaan Australia juga ikut dan negara2 laen seterus nya.

    Berbalek kepada Perjumpaan September 16 ini, saya yakin Najib sengaja lakukan itu dengan mengunnakan alasan Bangsa dan Agama sekali.Tujuan dia untuk mengalihkan isu 42 billon, 2.6 billion, belanja sakan istri nya, dll. Seperti baru2 ini dia telah menyatakan dia hanya ‘ Bantu ‘ Ketua2 UMNO. Dan saya yakin dia ‘ Bantu ‘ dgn duit dan terus menyuruh ahli UMNO berhimpun pad september 16 ini.

    Saya merasa sedih dan kesal pada org2 UMNO ini terutama ahli2 dan pengikut bawahan kerana saya yakn, mereka tidak tahu sebenar nya objectif dan tujuan dgn perhimpunan ini. mereka hanya di beritahu yg kaum laen akan menghancur bangsa melayu dan Agama nya sekali. mereka juga akan di beritahu kaum laen akan cuba ambil aleh Kerajaan. Kaum laen sebenar nya tidak ada kekuatan untuk cuba ambil alih pentadbiran negara ini kerana :

    Simple Aritmetic:

    Ada 30 juta rakyat Malaysia. 65% org Melayu = 20 juta 25% org Cina = 7 juta. Kalau semua 7 juta Cina pilih DAP dan hanya 10 juta Melayu pilih UMNO. Sapa yg majoriti dan sapa yg mengesuai Kerajaan ?

    Hanya nak tanya jer. Napa UMNO hanya ada 3 juta ahli. Yg 7 juta tu kemana dan napa tak masuk UMNO.

    Kemaren Bersih bikin protes utk Bersihkn kerajaan yg penuh pemimpin Rasuah dan Mencuri 42 billion duit rakyat. Tak cukup itu di masukkan dlm akaun persendirian sbyk 2.6 billion.

    Bila tersepit dan servis pinjaman 42 billion terpaksa di byr, di kenakan GST kpd semua rakyat yg membawa kesusahan dan penderitaan. Tak cukup dgn itu, skrg Jbtn Kerajaan seperti LHDN,Polis,Majlis Tempatan,dll mula keluarkan saman utk semua kesalahan besar atau kecil. Takde lg bertolak ansur. Sebab kerajaan tengah menghadapi kekurangan duit skrg. Itu sebab di adakan Bersih.

    Perhimpunan Sept 16 ini utk apa?

    Kan Melayu kuasai Polis dan Tentera. Mereka ada senjata lagi.

    Semua Jbtn Kerajaan di kuasai oleh Melayu dr tukang kebun,drebar,opis boy hingga ke Ketua.Pengarah nya.

    Semua badan berkanun dan GLC seperti Telkom, TNB, UEM, dll semua di kuasai oleh Melayu

    Universiti2 majoriti pelajar nya Melayu

    Hospital2 kerajaan semua nya Melayu

    Bank2 pun di kuasai oleh Melayu

    Hak Keistimewaan juga hanya utk Melayu.

    Malah si Azeez. Maideen..Kadiir..Reezal tumpang sekaki pulak

    Apa lg Melayu hendak.

    Pada pandangan saya , Najib sekarang cuba melagakan org Melayu sesama sendiri, kerana dia tahu sangat mentaliti dan sikap org Melayu. Dengan menggunakan isu Bangsa dan Agama, org Melayu mudah MELENTING. Org Melayu secara umum nya lebih suka ikut hati atau emosional dari menggunakan Akal yg Allah swt beri.

    Tun, you have tried for the last 22 years to change the Malay mentalities. You even tried by sending thousands of young Malays to Japan and Korea hoping these young Malays will come back with a different attitude, mindsets and mentalities

    And I am sure too, that Tun felt disappointed as hardly less than 10 % of these people changed

    So, beside everybody and everyone writing in blogs, facebook, whatsapp, etc,etc expressing their rejections of Najib to continue to be the PM of Malaysia, maybe using a BLACK SHIRT on every WEDNESDAY may attract attention worldwide.

    Wallahualam

  29. 1mdb adalah inisiatif Najib menciplak gaya pemerintah Spore berurus niaga dalam bidang hartanah melalui sykt GLC nereka,Temasek Holdings. Mereka mempunyai rezab simpanan yg amat teguh untuk menjalankan perniagaan. 1mdb pula bermodalkan keciput (RM1 juta saja) tapi bernafsu besar untuk terlibat dalam perniagaan ribuan juta. Ibarat modal 1 ringgit tapi ada hati nak berniaga ribuan ringgit. Akibatnya 1mdb terjebak dgn dosa penipuan, pembohongan & bunga riba tinggi hasil persekongkolan dgn yahudi Apco, Goldman Sachs.

  30. 43. Kudos to ts rafidah aziz on protect the country, not individual.

    44. I hope she will not retire, and run for pm on the ticket of bn.

    45. Pkr, Ds wan azizah is too soft, and weak to fight bn machinery.

    46. Do we need wang politik dari mana mana pihak, tok det, since gst and petrol subsidy are running simultaneously?

  31. 35. After watching the documentary film on the murder of the late jalil ibrahim of bank bumiputra malaysia in 1983 about the biggest loan scandal in far east, mubarak chan.

    36. Nepotism at the highest level?

    37. Using the stomping of najib and hadi in bersih as the reason for this perhimpunan bangkit rakyat, yb ali rustam pakai silat?

    38. Of course bn chairman cum presiden umno cum pm cum minister of finance, ds najib can do what he wants.

    39. He will not survive the ge.

    40. Government knows everything is over.

    41. As for the motorcycle shows of perhimpunan bangkit rakyat, takda masalah.

    42. By the end of the day, malaysians will decide who should represent them.

  32. https://elghibran.wordpress.com/2015/03/28/halal-buat-kami-haram-buat-kamu/

    Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”
    Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.” Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?” Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”
    Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, “Muwaffaq.” Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?” Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
    Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.” Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu. “Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi…

    *
    Dengan rahmat Allah.. Ada ketikanya… Yang tidak berpergian menunaikan haji itu lebih tinggi darjat di sisi Nya… & …..
    ‘Allah lah yg lebih mengetahui’

    *
    Muflis dunia Khairuddin dah rasa….
    Muflis akhirat ketentuan Allah lah jua…

  33. Assalamualaikum Tun Mahathir dan semua.. salam sejahtera.

    She Odessa menulis..
    Seumur hidup ini,saya tidak pernah bertegur sapa apatah lagi bertepuk tampar dan mengenali peribadi secara khusus mantan perdana menteri Malaysia yang ke-4 melainkan melalui lisan dan bacaan dari buku-buku tentang sumbangan negarawan terkenal yang sedikit sebanyak menceritakan keperibadian beliau. Sejak lahir keseluruhan generasi seumur saya sudah menikmati pemodenan dan pembangunan dalam negara atas jasa-jasa pentadbiran beliau.
    Kalau diceritakan sumbangan-sumbangan beliau terhadap negara dan rakyat rasanya penulisan yang berskala seribu muka surat juga mungkin tidak akan cukup untuk mengabungkan fakta-fakta menarik dari buku-buku berlainan tentang beliau. Tentang bagaimana beliau menghadapi situasi sukar dalam negara,pemberontakan komunis,kejatuhan ekonomi dunia dan langkah-langkah perlaksanaan dasar-dasar ekonomi baru beliau.Begitulah hebat seorang negarawan yang diagungkan rakyat Malaysia.
    Sebagai rakyat Malaysia,seharusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih pada beliau walaupun tindak-tanduk beliau kebelakangan ini sangat melukakan hati pelbagai pihak. Begitu juga kemunculan karenah politik dalaman negara yang rasanya umum mengetahui,tiada yang lebih utama dari rasa kebencian dan cubaan-cubaan mencacatkan demokrasi dalam negara termasuk menggunakan idealis asing untuk memburukkan kerajaan dan pentadbiran PM,Dato Seri Najib Razak.
    Ingin saya mengulas kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar online Malaysiakini pada 2hb april, bahawa semua kaum di Malaysia menolak kepimpinan Dato Seri Najib. Mungkin kebanyakkan rakyat disemenanjung hanya menggagak cuma wujudnya kaum Melayu,Cina dan India dan sebilangan kecil kaum lain yang ada di Malaysia tetapi sebagai seorang negarawan ulung,beliau seharusnya sedar kewujudan tanah seberang laut yang berbilang kaum malahan seharusnya sedar dari awal pemerintahan beliau.Sesungguhnya sesuatu yang agak sinis bagi kaum yang seolah dinafikan suara kami oleh beliau.
    Sebelum ini,Keseluruhan parti Komponen di Sarawak yang terdiri dari 30 jenis suku bangsa sudah mengistiharkan sokongan padu terhadap pentadbiran Najib Razak,bahkan dinilai peratusan sokongan sebanyak 73% rakyat Sarawak kepada ketua menteri yang baru Adenan Satem.bukankah itu suara padu kaum-kaum yang ada?
    Saya menulis pun bukannya mewakili rakyat Sarawak dan rakyat Sarawak umumnya bukan semua menyokong Barisan Nasional.Pembangkang tetap wujud cuma mengelamun dek masalah yang dihadapi oleh pakatan mereka sendiri. Saya cuma berasaskan pendirian logik akal seorang individu yang bangga jadi rakyat Malaysia yang menyuarakan sebahagian kisah yang sebahagian orang tidak gemar hendak dengar.
    Saya tidaklah tahu kisahnya di Sabah tentang bagaimana polisi pentadbiran Tun Mahathir disana tapi di Sarawak sememangnya wujud pembangunan berperingkat semasa zaman beliau. Sekali lagi diucapkan terima kasih walau secubit pemberian dengan kemajuan infrastruktur,cuma kekurangan satu peringkat sahaja dari negeri Selangor dan wilayah Kuala Lumpur yang sekarang ini dijarah oleh pembangkang manakala Sarawak pula diantara negeri termiskin di Malaysia. Itupun atas undi-undi sokongan rakyat Sarawak yang dahulu kerajaan BN terus kekal sehingga wujud menara kembar beratus tingkat,pasarana lengkap dan sebagainya. Dan saya pula sebagai warga Sarawak memohon maaf kerana disebabkan sokongan Penduduk Sarawak dahulu yang menyokong pembangunan yang pesat pada zaman Tun namun kemudiannya diserahkan pula kepada pembangkang sekarang dan sehingga akhir tahun 90an rakyat Sarawak masih dianggap tinggal atas pokok.
    Mengungkap kata-kata mantan ketua menteri Sarawak yang kini menjadi Tuan Yang Terutama Negeri,semasa soal-jawab exclusif di kaca t.v berkaitan dengan perlaksanaan dasar pembangunan negeri dan SCORE,beliau mengatakan bahawa dulunya pembangunan di Sarawak umpama Selimut.. Kalau ditarik hingga keparas kepala,paras lutut pula terlanjangan,belum lagi terkena cuaca sejuk. Seumpamaan sumber dana sangat terhad untuk membangunankan negeri padahal dana seharusnya mencukupi untuk mencangkupi keperluan prasarana dengan sumber asli yang ada.
    Itu belum lagi merujuk perkembangan politik yang ada di Sarawak di bawah pemerintahan Tun Mahathir.Hak bersuara parti pembangkang telah ditidakkan,ada pemimpin parti yang agak lantang bersuara dicantas dengan licik dan yang selebihnya gerun dengan kelebihan ISA. Rasanya saya juga akan menjadi sebahagian dari profile individu yang dimasukkan dalam tahanan ISA jika dilahirkan lebih awal pada zaman tersebut kerana berjiwa patriotik.
    Persoalan mengapa rakyat Sarawak masih kukuh menyokong Barisan Nasional bukanlah disebabkan penduduk luar bandar buta politik seperti yang digembar gemburkan “pembanggang” tapi kerana pelbagai langkah kerajaan untuk memajukan luar bandar sedang giat dilakukan,kursus-kursus pertanian dan lawatan wakil rakyat yang lebih kerap dibawah kepemimpinan Perdana Menteri yang ada. Kalau rakyat Sarawak tidak melihat segala dasar baru ini,itu sememangnya buta politik dan hanya menunggu disuap dengan wang ringgit dan bantuan kerajaan ataupun memang kaki bangkang.
    Namun,saya hadir bukan hendak mengatakan yang sebaik pemimpin adalah Dato seri Najib Razak kerana banyak lagi yang perlu dilakukan di Sarawak.Bermula dari kepimpinan Tun Abdullah Badwi,harapan untuk pembangunan yang lebih pesat untuk kawasan luar bandar semakin cerah tapi sekadar seketika disebabkan kegiatan membunuh karier politik yang keterlaluan oleh negarawan agung dan isu dalaman parti UMNO sehingga meletakkan jawatan secara rela disebabkan serangan bertali arus dan beliau kemudiannya digantikan pula oleh Dato seri Najib yang meneruskan dasar sebelumnya dan juga dengan pendekatan lebih pro aktif berkomunikasi dengan pemimpin dan rakyat Sarawak.Apa lagi yang diperlukan selain dari keperihatinan seorang pemimpin? Bukankah itu yang dimahukan semasa menabur undi? Bila dilaksanakan pelbagai dasar yang tidak popular,adakah itu perbuatan pengecut? Setahu saya,tindakan itu adalah tindakan paling berani dalam karier politik seseorang pemimpin dan sebagai rakyat seharusnya sedar pada satu tahap kita tidak selamanya duduk selesa dalam suatu pusingan hidup kerana pengantungan sumber kewangan kita bukan berpunca dari isu dalaman semata tapi juga secara global.Kegagalan PM menjawab berbagai isu dijadikan alasan untuk menikam luka yang sememangnya telah parah dalam Barisan Nasional setelah penat lelah menentang serangan bertali arus pembangkang diketuai Dato seri Anuar Ibrahim.
    Saya ambil contoh dari penulis buku politik mengenai sebahagian tindak tanduk Tun yang membelakangi demokrasi negara.Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.
    Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.
    “Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
    “Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.
    “Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu.
    Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya di dalam blog.
    Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.
    Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
    Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini.. ya itupun kerana perbuatan siapa? Menimbulkan isu hilang kepercayaan terhadap parti-parti dalam Barisan adalah perbuatan bermoral?itu cuma sebahagian contoh sahaja. Kalau hendak saya sebutkan isu ketidak telusan perintahan beliau,rasanya 3000 muka surat pun belum tentu siap tapi saya bukan anti Tun mahathir,saya nak ingatkan sesetengah orang yang kita jangan jadi barua.
    Sekali lagi bila kita berprinsip,kena ingat kata dan tutur kata kita yang dulu-dulu seperti semangat Negarawan ulung kita yang suatu ketika menbangunkan negara dan suatu ketika pula nak meruntuhkan apa yang dia sendiri bina.jangan biar diri sendiri agak selesa dengan pendirian,sebab ada segolongan kelompok ketiga yang cuma memerhati selama ini dan bila bersuara mungkin gagah seekor Harimau,gagah lagi mata pena.cukuplah Tun Mahathir,kami sudah penat menunggu..

  34. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan.
    [kohul
    Ringkas kata.. berpada2 lebih baik.. tak ada yg nak dikejar sangat]
    Jelas dari komen anda ini anda adalah seorang yang kejam.
    Sedarkah anda kebanyakkan rakyat Mesir adalah kejam.
    Mengapa?
    Mereka bersubahat dengan Israel mencekik rakyat Palestin.
    Dakwaan saya ini anda siasatlah sendiri jika ingin mencari kebenaran.
    Apa peranan anda dalam menyumbang kepada sekolah anda?
    Apa peranan anda dalam menyumbang kepada masyarakat kampung anda?
    Apa peranan anda dalam menyumbang kepada komuniti anda?
    Apa peranan anda dalam menyumbang kepada mempercepatkan masa menunggu pesakit?
    Apa peranan anda dalam menyumbang kepada Mikro Ekonomi yang menentukan Output Makro Ekonomi?
    Apa peranan anda dalam bidang pendidikan?
    Tak mahu kejar apa-apa?
    Tidak menghairankan bagi tikus diam di dalam beras.
    Tikus akan bising kalau bukan di dalam beras..
    Kohul..
    Blog Tun bukan untuk saya berinteraksi dengan anda.
    E mel saya di sini [email protected]
    atau sms 010-3356516.
    Saya yakin anda lelaki tetapi belum tentu anda jantan..
    Bagi pengikut dan penyokong UMNO anda adalah..

    SYAITAN BISU!!!!!!!!!!!!!!!!

    Terima kasih Tun.

  35. Salam Tun,

    Semoga Tun dan keluarga sihat. Semoga semua pembaca sihat walafiat.

    Pada saya semua ahli UMNO perlu teliti nasihat Tun di atas. Adalah tepat sebnrnya kami masih mahu UMNO dan BN memerintah tetapi kami tidak mahu Najib. Jika Najib memimpin PRU 14, kami terpaksa undi pihak lawan. Tapi saya hairan knp semua ahli UMNO dan pemimpin UMNO yg mnegatakan mereka sayang UMNo dn BN tak sedar benda nie. Ya ALLAH anda semua sedang dipacu ke arah longkang kehancuran oleh Najib kenapa anda not stopping him. Ini adalah ketaatan membabi buta yg ada dlm UMNO yg perlu dikikis. Manakala pemimpin yg nmpak benda nie tapi diam sebab takut kehilangan kedudukan akan mendapat laknat ALLAH. Tak ada apa untungnya dpt laknat ALLAH jika anda tutup mata, telinga dan mulut anda.

    Saya rasa sudah sampai masanya UMNO menghadkan tempoh jawatan Presiden kepada had masa tertentu. Dengan ada had masa pemimpin sebnrnya lebih berhati hati sebab dia tahu dia kena berundur dan pemimpin yg ganti dia mungkin akan siasat dia kalau dia tak betul.Ikutlah seperti di Indonesia dan US dan banyak negara lagi. Seseorg harus jadi PM mungkin tidak lebih 8 tahun.

    Wassalam.

  36. Assalamualaikum Tun.

    Datuk Seri Najib Tun Razak kata beliau tidak membeli ketua cawangan, cuma menolong mereka kerana tak semua ketua cawangan punyai kemampuan.

    Ibarat pepatah berkata orang memberi kita merasa.

    Dari mana hasilnya wallahualam. Dan seperti Tun pernah tulis dulu, bahawa jangan ingat dengan beri duit, orang tidak akan terhutang budi.

    Dan bila saya tengah rajin buat roti bangali untuk meraikan majlis tahlil jiran tetangga, dan tentulah sedap…bukanlah untuk mempromosi produk untuk dijual.

    Sekadar meraikan majlis dan amalan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani yang memberi makan.

    Silakanlah.

    Terima kasih Tun.

  37. Salam Satu MDB!

    Saya curious nak tahu kemana Najib withdraw duit RM 2.6 billion tu. Mesti ramai yang tahu kemana. Harap-harap akan ada pihak yang mendedahkan kemana perginya duit tersebut.

    Ahli-ahli UMNO tak berminat nak tahu ke?

  38. Salam Tun.

    SOALAN : Bila Najib akan saman WSJ?

    JAWAPAN : Biawak Hidup UMNO bernama Najib ini akan saman WSJ bila
    dia dah jadi arwah.
    Saman akan di failkan oleh beliau semasa berada di alam
    barzakh.

    Wassalam Tun.

  39. Assalamualaikum Ayahanda Tun..

    #11:11 (VV)-33-55-1:11..

    Mat sabu dan orang-orang dia…tunggu `Malaikat maut` smpi..

    Tun Sorry ;-)..

  40. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Mohon izin Tun,

    1. Pembetulan salah ejaan pada komen saya (Sep 12,2015 4:23 PM ), poin 4, baris 4, ’…menyumbang…’ (tertinggal ’y’).

    2. Kepada Saudara ’Joetamchi’, sebahagian dari komen anda:
    ///
    Ahli umno kebanyakannya bongok…
    Banyak berpura & sanggup disogok…
    Takkan nak tunggu sampai dh terantok..
    Baru nak sedar partinya umNgok..!
    Untuk melayu bongok
    #umNgok
    #kopidap
    duit kopi sodap
    ///

    Pada pandangan saya tidak perlulah saudara menghina parti UMNO dengan memberi gelaran ’umNgok’ (untuk UMNO) dan mengatakan ahli2 UMNO majoritinya ’boNgok’. Adakah anda rasa anda tersangat ’bijak / pandai’? Jika ya pun terlampau marah, beradablah sikit ketika memberi komen. Tidak perlulah menggelar 3 juta ahli UMNO dengan gelaran2 jelik kerana mungkin ianya akan terpalit pada diri anda sendiri. Lagipun, tidak kesemua ahli2 UMNO terlibat dalam pemilihan pemimpin2 UMNO (walaupun mengundi pada PRU) kerana mungkin mereka sibuk dengan kerja atau tidak dipanggil mesyuarat atau tinggal jauh dari tempat mendaftar sebagai ahli (dan tidak pulang mesyuarat), ataupun tidak terpilih untuk memilih pemimpin. Ahli2 UMNO biasa (majoriti ahli UMNO adalah ahli biasa) perlu juga bekerja mencari nafkah dengan cara yang halal. Saya rasa amat kelakar bila membaca komen2 yang mengatakan ahli2 UMNO majoritinya kaki songlap (kononnya majoriti dapat projek kerajaan), korup, senang disogok, etc. Jika majoriti orang yang anda tuduh/gelar ini tidak maafkan anda, anda akan muflis di akhirat kelak.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  41. Assalammualaikum Tun,
    Masalah umno sekarang ini adalah ianya diketuai oleh ketua2 bahagian yg bukan berjuang untuk orang melayu dah rakyat tetapi hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri saja, sementara ahli akar umbi pula masih tidak berani atau dihalang untuk bercakap walaupun kehidupan semakin terhimpit. Ketiadaan pemimpin muda yang jujur, wibawa dan berani bersuara tanpa rasa takut kehilangan jawatan menyebabkan umno semakin tidak diminati dan diyakini oleh pengundi atas pagar. Rakyat sekarang ini bagaikan tiada pilihan lain selain beralih ke pihak pembangkang dengan tujuan menghukum umno. Memandangkan umno sekarang ini dikuasai oleh pemimpin2 ala-mafia dan samseng serta suka merendah rendahkan taraf pemikiran rakyat dengan jawapan2 yang bersimpang siur lain disoal lain pula yg dijawap maka tidaklah merugikan sangat jika pengundi atas pagar beralih arah kerana mereka telah mencabar rakyat untuk membuat keputusan diPRU akan datang itupun jika tidak di istiharkan darurat dan parliment digantung. Sekian terima kasih Tun.

    Navy pencen

  42. Sudah2 la para commentator kat dalam blog Tun ni menggunakan bahasa kesat, tak elok untuk dibaca, hehe..

    Tun Mahathir pun tak ada langsung guna bahasa kesat, cuba dengar ucapan2 atau komen2 beliau, sedap didengar tapi makan dalam.. hehe..

  43. Dear Tun,

    Correction to typo in my 6:08pm comment – you can take mules to water, but you cannot make them drink.

    My apologies Tun. Thank you and love ya Tun!

  44. Dear Tun,

    I am no member but my spouse is, so are some members of our big family. But now things have turned a different direction, none support Umno’s leadership under Najib and Zahid Hamidi.

    I think enough has been said and spilled and the people (except Umno members) are already sick to the brim, our spirit and energy ebbing off, just tired of all this push and pull with Najib. His grip on the Umno members have shut them from the world. All they see is Najib, loyalty to this one person and his purported call for maruah melayu when in fact it is his call to save his own skin.

    Tun, I can feel your frustration in this entry of yours. But as much as you feel frustrated we too feel the same. In fact we the rakyat feel the burden so much heavier. Kami rakyat marhaen yang miskin terhimpit oleh pelbagai tekanan kewangan yang berpunca daripada pentadbiran Najib.

    Kejatuhan Umno akan disebabkan oleh orang melayu sendiri Tun. Ahli Umno yang ada matahati akan tinggalkan Najib. Tetapi malangnya ahli Umno yang berdegil tetap berkeras mempertahankan seorang petualang (cheat and opportunist) pasti akan rebah bersama-sama ketua mereka ini. Keengganan mereka menilai kebenaran hanya kerana mata mereka dikaburi nafsu yang disogok kesenangan serta wang ringgit. Kalau mereka tak sokong Najib siapa yang nak beri mereka kesenangan seperti sekarang? Inilah yang mereka tidak mahu lepaskan, survival mereka. Bukannya mereka ini begitu cinta kepada Najib. Mereka juga sebenarnya adalah opportunist.

    There’s a saying – you can take mules to water, but you cannot make it drink. Begitu juga ahli-ahli Umno yang berdegil mempertahankan seorang ketua yang bersalah menipu serta makan wang rakyat – mereka boleh buat keputusan sendiri sama ada yang betul atau yang salah – tetapi mereka ini juga akan menanggung akibat daripada salah membuat keputusan ini. Dan harga yang ahli-ahli Umno ini akan terpaksa bayar nanti adalah sangat besar. Masa itu semuanya sudah terlewat untuk mereka berpatah balik untuk selamatkan Umno. Dan masa itu baharulah mereka rasa sendiri apa itu jadi bangsat sebenar seperti apa yang ketua mereka telah sumpahkan (cursed) terhadap orang melayu!

    Thank you Tun Dr. Mahathir. I cry with you. I feel what you feel. Doa buat Tun semoga Tun tabah dan berkuat. Stay safe always and take good care Tun. Love you always.

  45. Assalamualaikum, Tun.

    Ahli-ahli UMNO, terutama akar umbinya, memilih untuk menyertai UMNO kerana akur kepada halatuju perjuangannya. Sewaktu era Tun, UMNO dan BN mampu menguasai 2/3 kerusi Parlimen, kerana Rakyat pelbagai kaum menampung keyakinan dan harapan, bahawa kerajaan berupaya mentadbir dengan baik, dan membawa masa depan yang cerah.

    Sekiranya Presiden UMNO dipandang kurang berupaya, biarlah beliau habiskan penggal ini. Dalam pemilihan parti yang akan datang, sesiapa yang yakin dirinya berupaya memimpin dialu-alukan bertanding untuk jawatan tertinggi. Begitu juga, sekiranya Tun berpendapat yang tiada sesiapapun yang mampu memimpin dan mengurus dengan baik, apa kata Tun masuk semula ke gelanggang, dan mengambil-alih semula jawatan Presiden?

  46. For someone to be elected into the Prime Minister’s position and to be able to do what he is doing without any repercussions goes to show what a failure UMNO is.

    UMNO as a party has never had any Governance or Reforms to prevent what is currently occurring in Malaysia today. The reason being, there has been a level of trust amongst the ranks that people in power will do what is right..

    Najib is probably the first leader in Malaysia who has broken ranks by showing the might of real Power with blatant disregard for the Rakyat and his Party.

    We can blame Najib for his dirty lies, but we can equally blame UMNO for not doing things properly… this is something very common in Malaysia. Nothing is done properly, nothing is maintained eventually what happens? The country falls apart…. like it is right now…

  47. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Saya sokong 100% saranan Tun supaya DSN disingkirkan dari jawatan Presiden UMNO dan PM Malaysia secepat mungkin supaya UMNO/BN ada peluang untuk menang pada PRU-14. Seperti kata Tun, UMNO/BN perlu MASA untuk dipulihkan.

    2. Jika DSN masih lagi PM pada PRU-14, UMNO/BN ’guarantee’ kalah. Beliau tidak mungkin boleh mengembalikan kepercayaan majoriti rakyat terhadap beliau. Kredibiliti/imej beliau sudah hancur lebur.

    3. Walaupun ahli2 PAS menuduh ahli2 UMNO dengan pelbagai tuduhan2 yang menggambarkan seolah-olah merekalah golongan Islam termulia di dunia ini (orang Islam yang tidak menyokong PAS digelar Dajjal, syaitan, hantu, murtad, kafir, etc.), namun yang peliknya di negeri2 yang majoritinya adalah dimenangi oleh PAS seperti Kelantan dan Selangor (sudah lebih 7 tahun, tapi hampeh; maksiat semakin berleluasa), maksiat yang pelik2 (sumbang mahram, penagihan dadah, pembunuhan, etc.) lagi banyak berlaku. Nampaknya, pemimpin/penyokong PAS cuma boleh cakap berdegar-degar saja, tapi bila diberi peluang, lebih GAGAL dari UMNO – memalukan!

    Di Selangor, dulu tiada OktoberFest (pesta arak), tetapi kini boleh pula secara terang-terangan berpesta minum arak di khalayak ramai. Apa pemimpin2 PAS buat? Nothing? Dulu kononnya, kalau menang, kilang arak ditutup dengan segera, tapi hampeh! Semakin berkembang pula!

    Aktiviti2 LGBT juga semakin berleluasa sebab Pembangkang sememangnya menyokong LGBT. PAS/PKR juga bersekongkol sebab mereka menang kerusi paling banyak di Selangor, tapi ’hopeless’; setakat boleh melalak memaki hamun orang lain. Takkanlah UMNO/BN juga yang salah.

    Di Selangor, tempat2 maksiat semakin membiak beranak-pinak semenjak diperintah oleh PR. Dulu bukan main lagi menuduh UMNO/BN Apakah pemimpin2 PAS/PKR dan juga para pengundi PAS/PKR yang beragama Islam tidak sedar yang mereka juga bergelumang dengan segala dosa yang mereka tuduh orang lain lakukan? Munafik?

    4. Memandangkan PAS gagal untuk mengurus negeri2 yang mereka kuasai (hudud Kelantan masih lagi satu dongengan), eloklah kita pertahankan parti UMNO (parti Melayu Islam) yang ternyata telah banyak menumbang kepada memartabat Islam di Malaysia. Pilih yang kurang meMUDARATkan kerana ini saja pilihan yang kita ada. PKR pula memang tidak boleh diharap – penuh dengan mereka yang liberal dimana segala hal yg haram pun boleh dihalalkan.

    5. Tun perlu ingat, mereka yang menyokong Tun untuk mendesak DSN supaya turun ada diantaranya adalah mereka yang dahulunya tanpa segan silu memaki hamun dan menggelar Tun dengan pelbagai gelaran. Saya yakin mereka ini pernah menggelar Tun, Mahafiraun, Mahazalim, perompak/pencuri, penyamun, dan segala macam gelaran dan kata2 kesat lagi…

    6. Harap Tun tabah walaupun disuruh bertaubat oleh penyokong2 DSN dan juga penyokong2 Pembangkang. Cuma Allah SWT tahu niat sebenar Tun.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  48. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Pembetulan : tawarikh dan bukannya terawih.

    Mungkin juga tewarih, apa2 pun maknanya Sejarah dalam kontek bahasa hari ini.

    Wasalam Tun.

  49. Salam..

    Adakah commentators di blog ni mewakili suara majoriti.. saya fikir tak.. hanya sebahagian kecil..

    Drp pemerhatian pihak lain saya nampak pertentangan.. adakah benar bahawa semua yg menyokong PM sekarang tidak ada akal budi dan fikiran.. adakah mereka semua kotor.. dan adakah semua yg menyokong habis2an di blog ini suci bersih tanpa debu walau sebutir pun sehingga sanggup menggelar pihak lain yg berfahaman tak sehaluan.. dengan istilah keji dan mensampahsarapkan fahaman orang lain.. berhentilah merendahkan org lain sangat.. kita pun ada kadang2 salah juga..

    Adakah PM kita sekarang ini benar2 keji.. sehingga ada kalangan sudah menjatuhkan hukum alias menjadi hakim tak bertauliah dan penentu berdosa atau tidak seseorang.. sedangkan Allah lah penentunya..

    Seingat saya.. zaman PM sebelumnya.. ada penguatkuasaan undang2 tak perlu penghakiman seperti ISA .. adalah senjata penting.. ramai orang tak berani.. tak buli sembarang oii.. takuut..

    kini dah tak ada.. PM sekarang nampak agak terbuka dan tak mudah melenting.. tak ambil pun kementerian dlm negeri.. lebih fokus kepada agenda yg ia fikirkan penting.. katanya wasatiah.. dan ramai pula ambil kesempatan ini sebagai peluang untuk hentam balik.. dah tak ada senjata dah PM .. nak tangkap tak mcm dulu lg..
    Semua kebaikan yg dibuat dianggap tak bernilai..

    Manusia.. manusiaa.. kita semua darjat manusia biasa yg akan sama2 ditimbang plus minus setiap tutur kata.. tulisan.. perangai.. dlm kata lain.. kitab catatan hidup yg kita corakkan…

    Seingat saya sbg ahli UMNO yg kerdil ini.. ia ada perlembagaannya.. walaupun parti ini taklah sempurna 100 peratus.. sekurang2nya sumbangannya saya kira amat besar kepada negara.. konsep menerima kritikan dlm parti tak berubah.. nak sampaikan mesej agar jatuhkan pemimpin ini masih pada saya x kena pada tempatnya.. nak gantikan dengan siapa?

    Dulu pun kata ganti.. lepas tu nak ganti lagi.. eh eh eh.. tak habis2.. lebih baik rasanya.. ambil pendekatan kuatkan parti dan barisan .. election dah dekat.. kenapa masih nak undang ribut.. nak buat pendedahan kesalahan2 atau aib seseorang seperti sudah menjadi lumrah.. sedih…

    Takut2 nanti gendang dan gong yg di palu tak henti2 akan buat ramai sakit telinga dan hairan .. apa ni tak habis2.. kami nak keamanan.. nak main lagu biarlah yg nyaman didengar…
    Ada juga kata.. irama lagu kadang2 ikut trend.. tapi ingatlah.. org tu suka irama ini.. org ni suka irama tu.. nah.. politik pun sama juga.. ada suka umno.. pkr.. pas.. dap.. dan baanyak lagi.. ada suka individu ini.. itu ..ini..
    Hmmm..

    Ringkas kata.. berpada2 lebih baik.. tak ada yg nak dikejar sangat… saya pun tak suka baju kuning.. dan baju merah yg nak datang.. semua ini memualkan.. membosankan.. apa yg ada kita peetahankan.. undang2 ada.. keselamatan ada.. masa berpolitik x perlu sepanjang masa.. kerana saya masih yakin bumi tercinta ini masih dirahmati.. bersatu bersetia.. pasti maju jaya. ☺

  50. Tun yang di kasihi dan semoga ALLAH melindungi dan merahmati usaha Tun selama ini.

    Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan maha penyayang dan selawat atas Nabi Muhamad s.a.w.

    Ya Allah berilah petunjuk dan hidayah kepada semua orang Melayu dan ISLAM, muslimain dan muslimat untuk befikir sejenak dan ke jalan yang benar dalam kamelut yang melanda negara kita.

    Terlalu banyak luahan berkenaan isu 1MDB dan kepimpinan Najib yang tidak bolih di sangkal lagi kesalahan yang telah di lakukan.

    Kini kita berhadapan pula dengan kemungkinan peristiwa pergaduhan kaum yang akan berlaku kalau tidak di bendung olih pihak pihak yang berkuasa di negara ini yang masih sayangkan kedamaian dan keharmonian.

    Kita sedang di pesongkan pandangan dan pemikiran kepada masaalah kaum yang sengaja di ada adakan dengan sebab yang begitu jelas olih pemimpin2 kerajaan sekarang dan semoga ALLAH membalas niat jahat mereka dengan azab yang pedih,

    Kepada semua yang memperjuangkan dasar kepimpinan kerajaan sekarang yang jelas bertentangan dengar unsur kebajikan kepada rakyat, bangsa dan agama semoga ALLAH memberi petunjuk kepada mereka ke jalan di rahmati ALLAH iatu kepada pemeliharaan keamanan, kebajikan rakyat dan keluhuran agama ISLAM di Malaysia ini..ameen.

    Semoga minda memahami dan mengambil iktibar dari nya.

    GOD created this perfect world that we live in with a ecosystem that sustains and replenishes itself so that human and all the creatures it created could harvest on it on MODERATION.

    Extremism and further escalation of extremism on the violation of the ecosystems will lead to the extermination of the ecosystems that will be non reversible hence the ultimate destruction of the world that we live in.
    GOD also created the trigger point for the eventful destruction whenever the balance of the ecosystem tilts towards the extreme extremism that we human tendency to heed towards through greed, thoughtlessness, ungratefulness in appreciating the gifts of GOD and the animal like instinct that overcome the rational nature of the HUMANKIND of oneself. group, community, state, nation and the collective human endeavors to self destruction.

    Think for a moment.

    What I can do, what we can do, what we all can do, what the community, the state, the nation and all of us can do to stop these self destruction.
    It begins with I, you , we and all of us sharing the wisdom of we as human being still has… to ponder….. step back and step forward to the right path with positive attitude, appreciating the GOD given blessed country that we live in, and putting our effort individually, with our neighbor, our friends and even with people who hated you, our community, our state and our nation towards preserving our peace and harmony, conserving the ecosystems and always appreciating to GOD the creator.

    Let us share this message to all of our acquaintance, groups and the nation ..and pray to GOD for Divine intervention and to give in all of us the will to live peacefully and avoid action I, you, we and all of us will eventually regret.

  51. Assalamualaikum Tun yg dihormati.
    Mohon sedikit ruangan ya Tun.

    Kepada JAMAL Md Yunos Si Pencacai NajisNajib,

    Kau cakap Tun Mahathir perlu muhasabah atau kau yg perlu muhasabah??? Kau rasa kau bagus sangat ke Jamal Md YunosLarkin??? Kau cakap macam baruah lah Jamal. Kau cabar Tun sesuka hati dan cakap Tun tak layak mengkritik Najib, kau siapa Jamal??? Kau layak sangat ke nak kritik Tun???

    Bro, lu bikin anak2 dan cucu cicit Tun panas telinga lah bro Jamal Md YunosLarkin. Jangan lah cabar manusia seperti Tun sesuka hati mak bapak kau Jamal. Cara kau cakap tu dah kurang ajar sangat Jamal, dah macam mat bangla baru datang Malaysia tak kenal siapa Tun Dr Mahathir.

    Siapa yg pertahankan hak Melayu sebelum ni kalau bukan Tun, so kenapa persoalkan kemelayuan Tun ajak pergi himpunan baju merah najib kau tu. Najib kau tu yg menjahanamkan Melayu, orang Melayu makin susah skrg, kau dgn Najib tambahkan susah lagi dgn isu perkauman ni. Banyak whatsApp yg aku dapat berbau perkauman untuk membuatkan Melayu marahkan orang cina beberapa hari ini untuk menarik lebih ramai menyertai perhimpunan yg diketuai Jamal Si Pencacai. Besar kemungkinan kau dan Najib cuba guna isu dgn harapan dapat satukan orang Melayu dan secara tidak langsung dapat mempertahankan kedudukan beliau sebagai pm pru14 nanti drpd undi geng baju merah(melayu) yg menyokong Jamal Si Pencacai NajisNajib.

    Kau dgn Najib sama2 hebat, mungkin satu hari nanti sama2 jatuh(filem KL Gangster3). By the way, ada sumber memberitahu, suatu masa dahulu ada orang tu pernah pinjam duit ahlong, pernah dicari ahlong sebab tak bayar hutang sampai tahap gambar disiarkan wanted@dikehendaki ahlong, tak tahulah apa yg ahlong buat pada orang tu. Mungkin sebab tu jugak orang tu marahkan sangat dgn orang cina. Allah lebih mengetahui.

    Semoga Tun sihat sejahtera hendakNya. Saya akan tetap disisi Tun walaupun tidak berbayar, walaupun tidak mengenali, Tun sentiasa dihati. Saya hilang sabar mendengar kata2 Jamal YunosLarkin mencabar Tun sebegitu rupa. Maafkan sy andai terkasar bahasa ya Tun.
    Akhir kata kpd Jamal Md YunosLarkin,

    JANGAN MENCABAR TUN lagi selepas ni Jamal, itu BIADAP namanya.

    Assalamualaikum Tun.

    #JamalYunosPencacaiNajisSiNajibBangsat

  52. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Ingin mengupas sedikit berhubung pelawaan Jamal Ikan Bakar (JIB) terhadap ayahanda Tun untuk menyertai perhimpunan baju merah seperti dilaporkan Star online.

    Siapa JIB ni kalau bukan sebahagian dari NAJIB atau pembodek tegar Najib yang telah direkrut oleh Noh Udang suatu ketika dahulu yang tidak perlulah diceritakan asas kepimpinan Jamal ni yang banyak dibentuk di jalanan mungkin orang Kuala Selangor lebih arif.

    Hebat Jamal ni kat mana sedangkan negeri dia sendiri yakni Selangor rakyatnya telah menolak UMNO sebab rakyat Selangor tak bodoh dan tahu menilai pemimpin kategori jalanan seperti ini.

    Adalah lebih wajar dia berganding bahu dengan Noh Udang pergi ke jalanan bekal ikan atau udang percuma kepada 1 juta pengundi Selangor bagi memastikan kemenangan BN di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum hendak beraksi di peringkat nasional.

    Berbalik kepada pelawaan kurang ajar Jamal yang mahu ayahanda Tun insaf dan bertaubat nasuha terlebih dahulu sebelum menyertai perhimpunannya menunjukkan tahap pemikiran insan yang dikutip di jalanan yang suka membuat provokasi dan bisa melakukan apa sahaja untuk memenangi hati bosnya.

    Bagi pihak ayahanda Tun kami ucapkan terima kasih atas jemputan merapu anda kerana Tun akan terus mengkritik Najib sehingga game over dan yang patut insaf dan bertaubat nasuha adalah bos kamu yang banyak berdosa pada rakyat dan negara.

    Teringat kata2 ayahanda Tun di SkyPark tempoh hari, apa perlu baju merah baju kuning macam kat Bangkok saja, ini masalah kita, kita perlu selesaikan cara kita, benar kenyataan Tun itu tapi tak ke kita terfikir kenapa baru Bersih 4 nak ikut macam Bangkok kenapa baju merah tak keluar masa Bersih 1, 2 dan 3? Mungkin pembaca2 budiman boleh mengulas.

    Seperkara lagi Tun kalau kerajaan boleh menggalakkan ‘counter’ perhimpunan seperti ini terfikir saya dulu kecik2 ada belajar terawih banyak juga belajar tentang ‘pungutan suara’ dari rakyat tentang satu2 perkara maka di zaman selepas merdeka ini tiadakah sebarang peruntukkan dalam perlembagaan yang memungkinkan satu ‘pungutan suara’ selain PRU bila keadaan mendesak seperti ni. Harap mendapat pencerahan dan penjelasan dari ayahanda Tun.

    Sekian wasalam dan peluk cium untuk bonda Tun Siti Hasmah yang kami doakan cepat selesai krisis ini dan boleh banyak berehat lepas tu sebab kasihan kami tengok taat betul kasih betul pada ayahanda Tun sentiasa berada di sisi dalam detik2 getir ini.

  53. Dear Tun,

    I believe most Umno members know the problems facing them in the party. I also believe they’re not stupid to blindly support someone who is an alleged killer, corrupt, and evil.

    It’s just that they don’t have another platform to protect them. They’re still being sceptical if the killer resigns, Umno will be fallen and eventually BN government will be gone as well.

    Therefore, forming a new coalition BN 2.0 will be ultimate in order to save Malaysia. Start talking to MCA and MIC, see whether there is a chance to form BN 2.0?

    I wish to see the country ends in a 2-party system one day, and these 2 parties will be:

    Pakatan Rakyat 2.0 vs BN 2.0

    The old version of Pakatan Rakyat with PAS, and old BN with all those killer and corrupt are too racist and outdate, and must be buried for the better future of Malaysia.

  54. Salam Tun, saya fikir Tun pakar2 spin dia ni dah mula menjalankan tugas mengalihkan perhatian orang ramai terhadap isu paling hangat iaitu ‘1MDBnajibgate@rmBillion’ affair. Pandai depa cari akai ye Tun, nak distract konon, nak jadikan racial isu pulak. Apasai la depa tak sedaq2 lagi yang depa ni dipergunakan. Kalau lah depa kumpul ramai2 buat solat hajat ka atau buat donation RM1 setiap seorang boleh juga bantu tolong bayar hutang..tak kiralah hutang apa atau siapa. Tak sia2 kumpul ramai2, ada juga faedahnya. 1Malaysia hanyalah satu ucapan dimulut si dia tanpa roh. Jika dia PM for all Malaysians dia tak akan biarkan Baju Merah mencari pasal. Kenapa si PM dan orang2nya nak biarkan orang Melayu bukan saja jadi ‘bangs..t’ tapi tambah satu lagi gelaran ‘gangster’. Buang je slogan ‘1Malaysia’ dalam longkang. PM dan orang2 kuatnya dan yang sangat luv dia tak amalkan slogan tu..semuanya palsu.
    Pandai sungguh depa spin, dari cakap2 hal salanlaku DSN alih pulak pada hal cakaran Cina-Melayu pada hal tak ada isu langsung. Come on la Umno-Melayu jangan sempitkan minda, jangan seret bangsa Melayu keseluruhannya jadi bangsa memalukan, cukuplah dengan PM sekarang dan orang2nya yang apa kerja entahlah, nak cari keharmonian ka nak cari gaduh?. Wahai Umno-Melayu buka minda, buka mata, buka hati, lihat dan dengar keluhan rakyat luar Umno. Kalau tiada angin tak akan pokok bergoyang. Segala yang tersimpan rapat akhirnya akan meletup jua. Duduk cari sebabnya, puncanya, kenapa, bagaimana. Jangan salahkan kaum lain. Kau Umno-Melayu puncanya dan kau Umno-Melayu mesti akhirkannya. Kau Umno-Melayu tahu(jangan jadi Melayu penakut) bilamana dan bagaimana nak akhirkannya. Ambil tindakan berani sebelum terlambat. Tun yang mulia dah bagi jalan keluar, rebut laksana. Tun, Semoga Allah sentiasa Lindungi Tun Selalu. Take care Tun.

  55. Salam hormat Tun.
    Tun dah bagi summary yg crystal clear. Tak tau bagaimana nak diperjelaskan lagi.

    Sedarlah dan bangunlah wahai orang2 melayu Umno. Kamu tak sayang bangsa & negara kamu kah? Kamu tak sayang anak-cucu kamu kah?

    Najib menakut2kan kamu kononnya, kalau dia jatuh…Umno, Melayu, kamu semua jatuh…

    Majority rakyat Malaysia yang matang bukan nak menjatuhkan Umno atau BN, cuma Najib. Najib sangat lemah dan dah banyak buat salah, bukan saja dia diragui di Malaysia malah di seluruh dunia.

    Meski pun kamu rasa kita tiada bukti kukuh Najib salah, adakah kamu ada bukti yang dia tak bersalah? Kalau Najib sendiri tak dapat jawab dan bela dirinya, bagaimana pula kamu nak membelanya?

    Katakanlah issue wang berbillion2 ini tidak timbul sekali pun, adakah Najib dianggap seorang pemimpin yang baik?

    Namun, ada hikmahnya disebalik episod ini…iainya membuka mata kita membezakan kaca dari permata… Selain Najib, pemimpin2 yang tak tulus, pembodek dsb telah terserlah. Bagi kita membaiki keadaan, bukan saja Najib patut turun, kuncu2nya juga mesti disingkirkan. Sudah jelas sekarang siapakah mereka…

    Sekiranya ahli2 Umno masih tidak menyedari dan menyingkir pemimpin2 sebegini, Umno dan kamu juga dianggap lemah.

    Janganlah risau, rezeki kamu/kita semua bukan ditangan Najib, rezeki kamu ketentuan Ilahi.

    Bersatulah wahai ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia seluruhnya demi menyelamatkan negara kita Malaysia yang tercinta…

  56. Assallammualaikum Tun dan felo bloggers,

    1. Saya takut dengan pemerintah sekarang – Tun pun sudah nampak. Ternyata ada unsur salahguna kuasa. Penguatkuasa (kepala-kepalanya) ada agenda masing-masing dan bertindak kononnya sebagai penjawat awam yang menurut perintah….tetapi sebenarnya untuk kepentingan sendiri.

    2. Serius, saya sudah berikan kepada anak2 saya nombor telefon peguam saya jika berlaku perkara pelik seperti saya hilang, tidak ada berita dan lain-lain. Ini kerana saya pernah bercakap secara terbuka kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah kita, menteri2, ketua2 bahagian, naib2 ketua bahagian, ketua cawangan dll.

    3. Saya faham kenapa Tun terpaksa guna platform Bersih…siapa yang kita boleh percaya lagi?

  57. Salam Tun.

    1. Agama Islam adalah milik Allah s.w.t yang telah mengutus Nabi-nabi atau Rasul-rasul sehinggalah ke akhirnya Nabi Muhammad s.a.w yang berpandukan kitab Al-Quran.

    2. Jadi seorang manusia dan diangkat menjadi Nabi, diangkat menjadi Raja atau Presiden, jadi ahli fikir, dan yang menciptakan dengan jalan semacam itu ialah Allah s.w.t.

    3. Manusia bukan dijadikan dengan sengaja tetapi yang menjadikan manusia ini mahukan kita menjadi seorang Islam yang mematuhi perintahnya seperti mana yang diajarkan oleh baginda Rasullullah s.a.w.

    4. Wahai Ahli UMNO kalau pertubuhan mu itu yang bertunjangkan ciri-ciri sebagaimana Islam terdiri seorang khalifah (presiden) adakah Tuan-tuan menghambakan kepadanya dengan membelakangkan Allah s.w.t yang menjadikan tuan-tuan ?

    5. Soal takutkan kekalahan dan memenangkan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin dan ahli-ahli UMNO menjadi kewajipan yang utama.

    6. Kalau tidak segala yang tersembunyi akhirnya akan menjadi nyata. Dalam hidup didunia ini, dapatlah manusia bersikap munafik, menyembunyikan keadaan yang sebenarnya. Sehingga ada kehidupan peribadi pemimpin yang dirahsiakan ke muka umum. Pada kehidupan di muka umum itu, yang diperlihatkan hanya yang bagus-bagus sahaja.

    7. Tersembunyi menjadi nyata bila akhirat nanti dan alangkah menyesalnya kita bila tidak mengubahnya ketika hidup di dunia ini. Kekuatan yang dimegahkan ketika didunia tidaklah dapat menolong.

    8. Didunia dikawal kiri kanan akan percumalah ketika diakhirat nanti laksana cacing yang tengah berhadapan tanggungjawab kehidupan di masa lampau. Siapa yang akan membela Pemimpin dan yang di pimpin bila hari akhirat, bukan di dunia yang dapat mencari peguam yang menelaah dan mencari jalan-jalan keluar dari jeratan undang-undang.

    9. Mahukah ahli UMNO menang di dunia tetapi kalah di akhirat ? atau kalah di dunia tetapi menang diakhirat atau rugi ke dua-duanya sekali ?

    10. Allah s.w.t lah yang maha mengetahui dan kepadanyalah kita akan kembali.

    Wallahua’lam.

  58. Tun Mahathir dah bersuara untuk orang2 UMNO bertindak, apa lagi nak tunggu, please..

    Pemilihan agung UMNO cuma akan dibuat selepas PRU14, bermakna.. Najib selaku presiden parti dah bersedia untuk menerima sama ada menang atau kalah

    Menang: terus jadi presiden parti dan PM, lega…
    Kalah: nasib kau la semua ahli umno, najib dah merasa jadi wakil rakyat, mp, mb, menteri, perdana menteri

    Mungkin apa yang Tun maksudkan begini :

    Mana2 bahagian Umno yang memang sedang menunggu pemilihan agung Umno baru nak bertindak, lupakanlah.. jangan tunggu nasi dah jadi bubur

    Sebaliknya, gunakanlah saluran rasmi yg tidak menyalahi perlembagaan negara.. Perlembagaan Negara ya, bukan Perlembagaan Umno

    Memang pasti akan dipecat sebagai ahli Umno, tetapi bukankah parti boleh diselamatkan/dibentuk semula, tidak kira sama ada ia terbatal oleh mahkamah atau pendaftar pertubuhan dan sebagainya… yang penting ahli adalah terdiri daripada orang yang sama, dan masih menerima tunjuk ajar Tun Mahathir.

    Senang cerita, bertindak dulu sebelum pembangkang mengambil alih kerajaan, nanti Umno tak dapat diselamatkan terus

    Kalau diperhatikan, Najib sedang menyusun strategi berani mati, jadi ahli Umno yang masih sayangkan parti kena bertindak demikian juga, contoh terbaik Tun Mahathir.

    Tun Mahathir pun sedang membuat strategi demikian sehingga beliau tidak pedulikan nasibnya walaupun dia mungkin akan ditangkap, disoalsiasat, dan apa juga tindakan yang mungkin dikenakan terhadap dirinya, sehingga mungkin ditembak atau dibunuh, siapa tahu..

    Walaupun begitu, beliau tidak ambil peduli kerana pasti tubuh beliau akan semakin uzur, dah 90 tahun dah, semua yang seusia malah lebih muda daripada beliau pun sudah meninggalkan dunia lebih dahulu

    Jadi pada semua ahli Umno tidak kira kedudukan pangkat dan sebagainya, haruslah berani terus menekan, jika semua jalan sudah ditutup dalam Umno, gunakan hak dllmm perlembagaan negara, mana2 bahagian yang memang sudhh bersatu untuk menolak Najib, kemukakan terus dalam mahkamah, supaya badan berasingan yang akan menentukan, bukan dari Umno

    Nak tunggu siasaran diraja? Hurmm.. rasanya kena dpt nasihat dulu dari PM.. sampai bila pun tak akan ada

  59. Salam Tun

    The gist of your message is in the equation below:

    1MDB = 1 Malaysia Deny BN
    in the next PRU

    Wassalam

  60. Ahli umno kebanyakannya mentah…
    Kerana duit sanggup bertelagah…
    Tidak belajar dari sejarah….
    sanggup bersekongkol menjual maruah…

    Partinya umNo, presidennya bangsat
    Bersumpah dusta, mencarut kesat…
    Memerintah negara menyusahkan rakyat..
    Disokong pula ahli ahli keparat..

    Ahli umno kebanyakannya bongok…
    Banyak berpura & sanggup disogok…
    Takkan nak tunggu sampai dh terantok..
    Baru nak sedar partinya umNgok..!

    Untuk melayu bongok
    #umNgok

    #kopidap
    duit kopi sodap

  61. As Salam Tun,

    Saya amat marahkan DS Najib. Membenarkan 1MDB pinjam sehingga RM42b. Duit hilang kemana, projek tak siap siap juga. Sedar sedar mula jual aset 1MDB untuk cover interest dan pinjaman. Kerja mudah. Kemudian mengaku pula terima derma RM2.6b. Orang semakin susah, DS Najib semakin mewah. Kini kuncu kuncunya pula ternampak semakin mewah.

    Masalah UMNO ialah pemimpin diperingkat bahagian 80% adalah businessman. Semua sedang menunggu projek dan tidah endahkan lagi kuasa politik Melayu. Bagi mereka, ambik projek, jadi kaya. Kalau Negara lingkup tak apa, kami sudah kaya.

    Pemimpin UMNO tidak bersifat patriotik. Wang diseleweng di hadapan mata. Mereka kata tidak apa. Bagi peluang. Ini zaman dah berubah. Bukan zaman Tun mahathir lagi. Kalau Tun Mahathir jadi PM di zaman ini, dia pun akan pening jugak sebab sebaran berita samada fithnah atau fakta adalah lebih cepat.

    Di Mesyuarat MKT UMNO, entah apa jadi, TSMY, Dato Shafie Apdal dan Dato Mukhriz Mahathir dilihat seolah olah pembawa masalah kepada Umno dan bukan DS Najib.

    Dengan ceria DS Najib memberitahu mereka mengaku setia dengan Parti dan akan berkerjasama untuk memastikan kemenangan Parti di p/raya seterusnya.

    DS Najib beritahu bahawa semua masalah akan selesai dalam tempoh 6 bulan. Sepatutnua ada lagi 5 bulan. Seseorang perlu tag tarikh itu. 6 bulan akan berakhir bila? Diharap DS Najib tidak ambil wang KWAP, Tabung Haji, PNB, Petronas dan lain lain lagi. Cukup lah buat hutang tu.

    Atau duit GST yang dikutip dari rakyat bukan untuk bayar hutang.

    Pergilah mintak derma lagi, mana tahu dapat 42B pula untuk bayar hutang.

    To catch a thief need a thief.

    Cukup sudah bermain baik dengan DS Najib, Banyak yg menjadi korban penganiayaan dan korban peras ugut.

    Lets play Rugby instead of soccer.

  62. Assalamualaikum.

    Tun,

    Setuju 100% komen Tun.

    Tun tidak pernah sogok saya untuk menyokong Tun.

    Saya juga tidak pernah menyogok dan terima sogokan orang walaupun peluang itu ada.

    Tun, ini kerana saya adalah seorang muslim yang anti rasuah.

    Malangnya orang yang menyokong Najib menganggap rasuah itu amalan hidup mereka.

    Ianya mainan sebahagian besar dalam politik.

    Tetapi saya berharap ketua rasuah patut disingkir dahulu, barulah pengikut rasuah juga boleh dihapuskan.

    Jika mahu melihat UMNO terus releven, ketua umno akan datang wajar bebas dari rasuah.

    Sebelum ketua baru umno hadir, ketua umno sekarang “bapak rasuah” wajar disingkirkan.

    Jika sebaliknya masa depan umno terus gelap dan dianggap parti “lawak” antarabangsa.

    Wassalam.

  63. Assalamualaikum ayahanda Tun yg amat dikasihi..

    Sesungguhnya sbg penyokong kuat umno slama ni,skrg di masa ini hati saya perasaan saya hairan, marah, dan amat kecewa. Apa yg umno sdg lakukan ni?? Knapa sampai begini skali terang2 MASIH mmpertahankan seorang manusia yg sebegitu korup?
    Masih tidak menolak manusia ini? Maaf saya tak dpt menyebut lg nama ‘manusia’ ini yang membawa rakyat keambang kehancuran.

    Salam syg juga buat Tun Siti Hasmah..yg budi pekertinya mcm langit dgn bumi dibandingkn dgn isteri ‘manusia’ itu..

  64. 31. Like europe, they shine the name of christianity in rescuing the refugee in thou shall love your neighbour.

    32. Our official religion can do this too.

    33. Razak baginda is the head of islamic foundation?

    34. If he is, then, he had shown a very bad example to malaysians.

  65. 15. In order to save malaysia, the culprit that killed altantuya must be brought to trial in our high court.

    16. Whichever coalition wins, it is too late for pm najib to repent.

    17. Sabahan can voiced out the project ic again.

    18. Just tell him to refer to the rci final decision and recommendation to rectify this problem.

    19. Restoran sekinchan ikan bakar dah tutup lama lah.

    20. Dia ini berjuang untuk bumiputra, melayu atau islam pakai nama perkasa, oops, pesaka.

    21. Do we still need bumiputra status in government dealings and housing under federal government?

    22. This status will divide the country into pieces in the next 50 years.

    23. We are approaching developed nation status, tak perlu ada policy pilih kasih.

    24. I dont mention jho low because he is only a businessman.

    25. If his client is not greedy and corrupt, there will be no us700 million donation.

    26. Jika lembu tak nak minum air, tiada siapa boleh paksanya minum.

    27. Dsai, the then deputy prime minister could be sent to jail for corruption, will dsnr send to jail too?

    28. It is not surprise pm najib can be charged to avoid repeat power abuse if opposition party wins.

    29. The consenses of bn is to create jobs.

    30. and I strongly believe bn can do better if nep is abolished to make dacing fairer and more transparent so that kita sama2 kongsi raya, sama2 pikul hutang sebagai rakyat malaysia.

  66. Salam All,…

    Is it me alone or anyone else detects a faint of despair and a shrug of resignation from the way Tun penned his words?,….

    Tun doesnt let his emotions clouds his judgments,..
    Tun doesnt penned poems and poetry but instead facts and figures,..
    Tun doesnt wanna retire in the midst of chaos and tyranny because he’s simply Tun Dr M,..and thats a big M for you,..its for Malaysia,..

    Tun doesnt care what history writes about him,…
    Tun doesnt care if he’s the unpopular one,…
    Tun doesnt gives a hoot,….

    Tun cares about Malaysia,…the people of Malaysia,..full stop.
    In his 22 years as PM…that is Malaysia’s golden age,…seeing the current scenario,.it will be years when Malaysia finds her step to prosperity again,….

    I dont see anyone do anything besides Tun,..other than intermitten irritating noise,…

    No,..i believe the despairation and resignation is not what Tun feels,..its for UMNO.

    The day the party that have been championing and defending for the rights of the Malays is heading for destruction,…supported by jokers n clowns,….led by the Emperor in his new cloth,..

    On the day that ive to vote for for my own government,..i feel sad,..if only Malaysians realise how fortunate they are,….

  67. Salam Tun

    Sebagai manusia,kita pasti melakukan kesilapan dan dosadalam hidup.Sejak merdeka,parti UMNO telah berada di tampuk pemerintahan dan telah berlaku banyak baik buruk di bawah UMNO,termasuk ketika Tun PM.Walaupun ugama rasmi negara ini di katakan Islam,UMNO telah membenarkan penjualan dan pengunaan arak,sehingga kilang arak juga di bina.Semuanya atas nama perpaduan rakyat berbilang kaum,tetapi bukankah arak itu HARAM?Walau apa alasannya,ianya tetap haram tetapi hanya kerana duit cukai dari perniagaan kencing syaitan ini,arak di benarkan tanpa di pedulikan larangan ALLAH!Itubersubahat dengan syaitan namanya!

    Begitu juga perjudian.Penjualan nombordan loteri berleluasa.Kasino yang begitu besar di bina di Genting,lebih besar dari mana2 masjid di negara ini.Judi itu HARAM, Tun!Kita bersubahat lagi dengan syaitan.

    Disko,dangdut,pelacuran,pondan,semuanya di benarkan di negara ini.Malah anak Tun,Marina juga terlibat dalam mempertahankan hak2 mereka.Semuanya haran dan di murkai ALLAH.UMNO mempermain dan mempersendakan Islam!Jenayah mencuri,merogol,khalwat,membunuh berleluasa.ALLAH telah menyatakan tentang hukum hudud untuk membendung semua ini,tetapi UMNO,termasuk Tun,membantah Hudud!Adakah Tun dan mereka dalam UMNO merasa diri kalian lebih besar dan lebih mengetahui berbanding ALLAH??

    Disebabkan inilah,UMNO melahirkan pemimpin 2 yang terlibat dalam semua kegiatan ini.Kini UMNO ,dengan sokongan Tun,telah melahirkan seorang pemimpin yang serba boleh dalam melakukan semua larangan ALLAH!Pemimpin ke jalan neraka!Pemimpin busuk dan jahat ini bernama Najib!Sebelum turun Dajjal besar,lahir dajjal kecil ini.Datangnya dajjal kecil ini dari bantuan Tun sendiri.Dajjal kecil ini telah melantik syaitan2 kecil seperti Zaid Hamidi,Azalina,Nazri,Syarizat dan banyak lagi.Dajjal Najib bersama isteri pontianaknya dan syaitan2 kecilnya,bersatu menyesat dan menyeksa rakyat negara ini.

    Jadi kenapa Tun masih beria agar UMNO masih menjaga rakyat negara ini?Tahukah Tun,memandangkan parti Tun membenar dan mengalakkan perbuatandi kutuk ALLAH,adalah haram untuk masyarakat Islam baik menyokong atau membenarkan parti sebegini memerintah negara?Kita semua akan mati.Sebelum Tun mati,kenapa tidaklakukan sesuatu untuk menebus dosa2 yang Tun dan UMNO telah lakukan?Tolonglah jangan memujuk masyarat Islam menyokong parti Iblis ini lagi!Fikirlah apa jawapan yang Tun,Dajjal kecil si Najib,iblis2,syaitan2 dan hantu2 UMNO akan jawab dalam kubur nanti..Kita tidak tahu bila malaikat maut akan menjemput kita,tetapi yang pasti tidak lama lagi.Cuma kita yang rasa lama tetapi satu hari akhirat bersamaan seribu tahun kita di dunia.Jadi berapa lama kalian di UMNO rasa bersekongkol dengan syaitan dapat menyelamatkan kalian dari azab ALLAH?Gunalah otak dan kembali ke dunia nyata!Bertaubatlah[ bukan tahu buat!]dan sembahyanglah sebelum kalian di sembahyangkan.Jika Tun benar2 dah insaf,cubalah buat satu parti baru dan betulkan keadaan sebanyak mana boleh.Cubalah hapuskan si dajjal kecil Najib bersama syaitan2 dan hantu2nya.

    Pokoknya,berhentilah suruh sesiapa menyokong UMNO sebab adalah HARAM masyarakat Islam menyokong parti yang membenarkan semua larangan ALLAH!Itu termasuk Tun sekali!Haram untuk Tun menyokong UMNO!Saya bukan mengajar tetapi cuma mengingatkan saja..

    Kepada dajjal,iblis,syaitan2 dan hantu2 di UMNO…Sayapun tak tahu nak cakap apa sebab anda tidak dapat di nasihat lagi..Biarlah ALLAH uruskan kalian!

  68. Assalamualaikum Tun yg dihormati.

    Hamba tertanya2 lagi pasal ‘ lalang ‘.

    1. Siapakah yang datang berjumpa dan meminta tun berbuat sesuatu kemudiannya mereka senyap selepas ‘perbincangan’ dengan najib?

    2. Adakah mereka dapat sesuatu selepas ‘perbincangan’ tersebut sebab itu mereka diam atau mereka diarah untuk tidak bersuara?

    3. Mereka2 ini seperti lalang ditiup angin. Mula2 datang kepada tun untuk kebaikan parti kemudian lari dan berlindung di belakang kepada najib kerana jawatan. Kenapa umno masih menyimpan ahli seperti ini? ‘Tak mustahil ‘ lalang2 ‘ ini akan lari pada pihak lawan bila umno tumbang.

    4. Mungkinkah pada zaman pak lah dulu pun ada ‘lalang2’ yang datang kepada tun meminta supaya tun bersuara?

    5. Kalau betul ada ‘ lalang ‘ yang berjumpa dengan tun pada zaman pak lah dulu. Siapa la lalang ini agaknya ya?

    Macam boleh teka je ‘lalang’ tu. Sama2 kita fikirkan.

    Terima kasih tun.

  69. Kalau UMNO mahu tukar Najib, mungkin satu lagi Najib yang lebih dashyat akan muncul. UMNO mesti tukar semua orang yang korup. Sebabnya ialah Najib sekarang akan mengumpul bukti-bukti orang yang menerima wang darinya dan Najib akan menggalakkan orang UMNO korup supaya bila dia digugurkan sebagai PM, orang yang menerima suapan dan korup tak berani untuk mendakwa dia sebaliknya akan melindunginya. Jadi kalau UMNO untuk dapat mempertahankan orang melayu, jangan terlalu “childish” peminpin baru akan lebih baik malah mungkin akan lebih korup. Orang yang meyokong Najib sekarang memang tahu pada hati bahawa Najibialah PM paling korup dalam dunia tapi masih sokong, sebab utamanya ialah dia sendiri pun korup dan mereka saling melindungi satu sama lain. Mungkin orang yang xkorup hanya tinggal segolongan kecil sahaja, mungkin TSMY, SA etc. Pada pendapat saya rakyat Malaysia is doom, no matter who is leading UMNO. Mungkin kalau UMNO dapat tukarkan semua orang korup, rakyat Malaysia akan ada harapan baru.

  70. Oleh itu, tentunya parti-parti pembangkang inginkan agar kemarahan dan kebencian rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional berterusan sehingga ke PRU14 akan datang. Maka, bagi parti-parti pembangkang, jika Dato’ Sri Najib berundur sekarang sudah pasti ianya akan dapat mengurangkan kelebihan mereka untuk menggalahkan BN pada PRU14. Apatah lagi jika pemimpin yang dinaikkan bagi menggantikan Dato’ Sri Najib adalah seorang pemimpin yang dapat bertindak tegas terhadap ‘kesalahan’ yang telah dilakukan oleh pentadbiran Dato’ Sri Najib.

    Ini kerana, tindakan sedemikian akan dapat meredakan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional dan seterusnya akan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

    Artikel Penuh:

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.my/2015/08/bersih-40-dan-undi-tidak-percaya.html

  71. Melayu perlu pilih, antara syaitan dan iblis….pilih najib pun salah, undi bukan UMNO pun salah kalau seperti diuar-uar melayu dan islam akan habis kalau cina berkuasa….pada saya melayu dan islam dihancurkan melayu sendiri bukan cina…

    pilihlah…kerana saya sudah buat keputusan undi sebanyak 20 orang yang boleh saya pengaruhi untuk tidak undi najib kerana beliau yakin boleh menang tanpa perlu berusaha untuk rakyat…. baca di

    http://mustaqimabdulrahman.blogspot.my/2015/09/bersyukurlah-malaysia-walau-najib.html

  72. my salam to TUN and TUN DR HASMAH.

    some idiot was saying TUN made mistakes by choosing badawi and najib as pm. but it was they who made mistakes by making a fool of themselves. i dont think TUN should apologise for the mistakes of both these idiots.

  73. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon ruangan..
    Tun..Tun..
    UMNO mesti mati Tun kerana hayatnya akan tamat.
    Paling tinggi 40 tahun lagi.UMNO pasti binasa.
    Persoalannya mengapa bergayut kepada dahan yang rapuh..pasti akan jatuh?
    Begitulah Tun.
    Apabila Allah melantik Rasul-Rasul mereka dianugerahkan 4 sifat ini.

    1)Amanah
    2)Sidiq
    3)Tabliq
    4)Fatanah ( Kebijaksanaan ).

    Kita melihat diri Tun sendiri ada sifat-sifat ini maka Malaysia mampu berdaya kendiri dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.Mengapa ianya tidak mampu bertahan?Tiada kesinambungan?
    Saya lihat masalahnya ialah Fatanah itu bukan menjurus kepada kerohanian.
    Kerohanian itulah yang menjadikan kita kuat dan gagah serta cekal untuk menjalankan amanah Allah.
    Kita ambil contoh satu ‘idealism’ seorang hamba Allah.
    Hamba ini ingin sentiasa menang dalam apa jua yang dilakukannya.Allah mengilhamkan supaya dia belajar dari pertempuran akal Nabi Ibrahim a.s dengan Namrud dan Nabi Musa a.s dengan Firaun.
    Dari kefahaman ini dia mendapati kefahaman konvensional akan dikalahkan oleh kefahaman kerohanian setiap masa..All the time.
    Hal ini diperkukuhkan oleh hujah-hujah Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumiddin malangnya kita tidak mendapat ilmu ini kerana kebanyakan kita adalah orang-orang yang terpedaya ( Gharar ).
    Untuk mengalahkan Najib dan konco-konconya jalan perjuangan para Rasul itu mestilah di contohi.
    Betul.Tun berjaya menghalau Abdullah Ahmad Badawi dari tampuk pemerintahan.
    Tetapi Najib lawan kita yang lebih tangguh.Najib belajar dari kelemahan Abdullah dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
    Tunjang Najib ialah ahli-ahli UMNO yang kejam.
    Betul Tun.
    Ahli-ahli UMNO kejam.Terimalah hakikatnya.
    Mereka bersubahat dengan Najib untuk menindas rakyat Malaysia.
    Jika kita menyeru dan bermohon kepada ahli-ahli UMNO supaya insaf saya rasa ini hanyalah kerja sia-sia.
    Siapa pernah berebut makanan dengan harimau lapar?
    Siapa berani berebut makanan dengan harimau yang buas dan rakus?
    Begitulah Tun.
    UMNO adalah seperti haiwan peliharaan Najib.
    Apabila tiba waktu makan maka UMNO diberi makan ( habuan ) yang mencukupi.
    Tindakan mengentikan atau cuba mengentikan ‘makanan’ kepada UMNO adalah dianggap merampas makanan dari binatang buas ini..
    Cuba lihat bahawa harimau ganas ini akan mencakar dan menggigit sesiapa yang berani berbuat demikian.
    Try to reason with them?
    Wahai harimau..
    Najib telah merampas makanan ini dari rakyat..
    Mari..saya alihkan makanan ini dari mulut anda..
    Dan..
    NGAP!!!!!!!!!!!!!
    Begitulah Tun.
    Minda orang melayu yang lemah ini telah didodoikan sekian lama sehingga mereka enggan menerima kenyataan.
    Tun.
    Tajuk posting ini perlu di ubah..

    SAMPAI BILA WAHAI AHLI UMNO???????????

    Terima kasih Tun.

  74. As Salam Tun,

    Saya Sayang Malaysia. Benar Tutur Tun, Saya Adalah Insan Dari Kalangan Jutaan Rakyat Malaysia Dan Undi Saya Jugalah Pemberi Nafas Pentadbiran Negara. Seumur Hidup Saya, Tidak Pernah Terlintas Untuk Saya Bernaung Di Bawah Mana-Mana Parti Kerana Bagi Saya, Undi Saya Adalah Untuk Hamba Allah Yang Benar-Benar Berbakti Kepada Sekalian Makhluk Bukan Untuk Peribadi Semata-mata.

    Moga Allah Memberi Petunjuk Dan Hidayah Kepada Sekalian Rakyat Malaysia Serta Keberkatan Kepada Tun Sekeluarga.

  75. Wahai Tuan Hamba Wang Najib,

    Adakah wang yang banyak , membuatkan lena mu nyenyak?

    Adakah pembedahan plastik berulang kali oleh isterimu, bisa membuatkannya lebih cantik?

    Adakah wang yang kau masukkan ke dalam poket penyamun, bisa membuatkan mereka berhenti menyamun dan setia padamu?

    Adakah wang bisa membina jambatan ke syurga?

    Sesungguhnya Allah telah mengujimu dengan wang & ternyata kamu yg tewas dengannya…

    Buat Ayahanda Tun,
    Semoga Allah perkenankan doamu…

  76. SALAM KASIH SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN

    Izinkan,

    Our advice to UMNO/BN, if you love the party and this beloved country, ‘get rid’ of the ‘ Sapuman'(no relation to superman 1) soonest possible..

    Otherwise, the Opposition will ‘sapu bersih’ comes GE 14 send UMNO/BN ‘bahtera’ into the deepest and darkest end of Lakes Putrajaya..

    Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Ayahanda Tun dan Bonda Siti Hasmah.

    Alfatihah, aamiin

  77. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Mohon izin tumpang menyampuk dengan yang bijaksana ahli2 UMNO.

    Setelah kami amati sedalam2nya maka ramalan menunjukkan nakhoda anda akan di eject keluar dari kapal sebelum berlabuhnya tirai 2015 ini disebabkan kesilapan beliau menaikkan layar kapal tetapi dalam masa yang sama melabuhkan sauhnya.

    Akibatnya kapal berpusing2 sebab tidak boleh bergerak kerana telah tertambat dek sauh. Maka nakhoda baru akan menyelamatkan anak2 kapal dan kapl sekali dengan mengambil salah satu tindakan samada menurunkan layar atau menaikkan sauh. Berakhirlah riwayat pahlawan bugis diganti pahlawan UMNO totok.

    Fikir2kanlah..

    UMNO harus kekal dipersada..
    UMNO satu lagi harus tiada..
    (United Money Najib Organisation)

    BN tetap jadi pilihan terbilang..
    BN satu lagi dah jumpa jalan pulang..
    (Bini Najib)

    RM telah jatuh merundum..
    RM satu lagi akan jatuh kedebuk..
    (Rosmah Mansor)

    Kami yakin ramai di kalangan ahli2 UMNO sendiri menolak UMNO satu lagi, BN satu lagi dan RM satu lagi ini tetapi biarlah masa yang menentukannya yang bakal tiba sebelum akhir tahun ini apabila banyak lagi kemungkaran Najib akan pasti dibongkarkan!

    Percayalah..

    Wasalam Tun.

    p/s – Kagum lihat riak wajah TSMY dan cara dan bagaimana beliau berpeluk tubuh di sebelah Najib sewaktu sidang akhbar bersama barisan tertinggi MT tempoh hari. Firm body language and that image is worth a thousand words. I like it.

  78. Anak Siapa Gerangan Najib ?
    Apa ? Anak mendiang Arwah Tun Razak ? Mendiang PM Malaysia tu
    Eish betul ke Ni ?
    Eh eh Tak macam Arwahnya eh
    Arwah Nya Baik , Cermat ,Berhidmat
    Ini senyap senyap masukan Duit pada kat ac sendiri
    Kalau ya pun masukan lah ac UMNO
    Apa UMNO tak Ada ac ke ?

    Nak Jadi PM Bukan untuk Berlagak
    Kena pula Rosmah…..

    Hai kena lah si Penyamun jumpa si Penyagak
    Dah betul lah tu

  79. Hello Tun,
    A question:
    If the yellow demo was for clean and fair elections, and the red demo, should it happen is a pro Malaysia rally, surely they have the same general aims and aspirations.
    Aren’t all parties are working for that?
    In my limited experience all political parties publicly encourage honesty fairness and transparent processes.
    As a person who has had many positive experiences in my personal contact with Malaysians of all hues and religions/political leanings, I hope this whole ‘Donation’ issue is addressed, and lessons are learned.
    All the best,
    John Mansfield

  80. buang masa sungguh nak bercakap pasal this joker and his wife the idiot…

    makin hari makin banyak salah guna kuasa berlaku…hukuman yang menanti memang berat termasuk untuk kitchen cabinet sekali…

    negara nak melingkup pun x peduli dah…nasihat cemana pun dah x makan dah…

    majlis raja2 pun macam dah x wujud…terlampau tinggi sampai dah x mampu merasa denyut nadi rakyat…

    rakyat kat bawah struggle makin teruk akan langgar dinding x lama lagi…

    apa persediaan gomen?

    tunggu panda nak beranak?

    persoalannya…di mana kemuncaknya?

    UMNO dah cacamarba dah…sembahannya terlalu banyak…banyak dipimpin generasi ‘cash is king’…crediility 0% sebab dah tak tau nak buat apa bila ada pecah amanah oleh anggota…

    mati pucuk…

    andai dah teruk sangat…kiblat perlu ditukar…

    parti hanyalah wadah untuk memperjuangkan anak bangsa…

    mungkin UMNO baru perlu ditubuhkan…

    kumpulkan kembali NGO2 melayu, bisnesman besar kecik yang masih sayangkan negara dan bukannya yang sayangkan this joker and his wife the idiot…

    apa yang berlaku sekarang x pernah berlaku lagi sebelum2 nie…

    dalam situasi vacuum of power, siapa juga ada probability untuk naik…

  81. Salam Sejahtera Tun

    I couldn’t agree with you more.

    Maaf kerna tak dapat bersama Tun di Subang. Kereta masuk workshop. Bukan hantar tapi kena seret, adoi sad day for me, until today patah kaki. Anyway tak tahu la apa nak cakap. Good news Muhyiddin tidak dibuang, begitu juga dengan Shafie Afdal. Apa jadi kat dalam is beyond me.

    Bab red shirts tu, sitauke ikan bakar sekinchan kata boleh dapat 1M orang. I wonder juga adakah ini bermaksud 2M ahli UMNO sudah tak menyokong Najib 🙂

    Yup Najib memang patut berundur. Kasila peluang Muhyiddin naik or Tengku Razaleigh naik. Nak tunggu sebab big ego also no point. Kaki bodek asyik buat kempen yang boleh menjatuhkan Najib dan tak secara langsung rakyat Malaysia pun terkena. If I were him I pi cuti/pencen, go overseas jalan2 cari makan, shopping, umrah, so many to do kalau banyak duit. Maybe its just me, for me..hmmm

    Goodnight all.

  82. Salam Tun,

    Inilah pengalaman yang akan tetap diingati dalam sejarah Malaysia..era pemerintahan Najib yang mengheret Malaysia ke kancah kehancuran bangsa Malaysia yang pernah gemilang di zaman Tun.

    Susah payah Tun membina sebuah impian dan wawasan yang murni, Senang-senang saja Najib musnahkan begitu saja tanpa langsung ada sekelumit rasa kesal dan bersalah.

    History is the future..
    And, our future is now history (as long as Najib is the PM).

  83. Najib kekal UMNO akan hilang , ketiadaan Najib meneraju UMNO dapat mengembalikan maruah UMNO dan Orang Melayu.

    Orang Melayu yang sayangkan UMNO ,harus membuat pilihan .

  84. Assalamualaikum Tun,

    Saya tidak bersetuju diadakan perhimpunan ‘baju merah’ pada 16 september ini. Kononnya ianya perhimpunan orang Melayu sebagai tindakbalas perhimpunan Bersih yang kononnya mewakili orang cina. Dari percakapan penganjur ‘baju merah’ pun adalah berdasarkan kata-kata racial atau ‘along racial lines’. Saya tidak nampak orang melayu sekarang marah sebab isu bangsa. Orang melayu sekarang marah sebab isu 1MDB. Mungkinkah ini strategi ‘divide and conqure’ supaya orang melayu melihat kepada orang cina dan orang cina melihat kepada orang melayu? Mungkinkah ini supaya orang ramai akan beralih perhatian dari isu 1MDB? Mungkin inikah tujuan sebenar perhimpunan ‘baju merah’?

    Semoga Allah melindungi kita dari taktik-taktik kotor sebegini.

  85. Salam Ayahanda Tun yang dihormati dan paling disanjungi,

    Well said, and I could not have agreed more.

    Tun, PRU 13 was my inaugural voting experience. I was then very excited to vote for BN because I believe in BN which is a legacy of yours.

    But then, PRU 14 will be most awaited for. For most of us, this will be the moment when we need to vote Najib out if he is adamant to step down. I guess its not only me, but many Malaysians are in the same shoes as mine.

    Najib is selfish and puts his personal interest ahead of the nation’s. He may dispute this opinion as he can have his own way of looking at this issue. But, what he cannot dispute is the nation’s perception on him. He has lost our trusts. We have stopped giving him attention. His failure will be remembered in Malaysian history. He will be qouted as the PM who has sold Malaysia fir his personal benefits. And these stories will be read by his children and his grand children in the schools.

    Not only that he had turnished the good names of his ancestors and his future generation, but also us the Malaysians.

    We may forgive him and his “wooden cabinets” for the damage done for our beloved country. But he will never regain his trust and his dignity again. Never, in Malaysia history.

    What is important is not his opinion. What is going to determine his future is the votes by the Malaysians and Allah is the ultimate planner.

    The truth may be painful for Najib to accept especially when he is living within a circle of fake friends. A true friend will bring him back on the right track before he is destroyed. But fake friends do not care whether he will be doomed tomorrow. These are the friends who will hop to another boat the moment Najib ends on the street.

    Farewell Najib, if its not too early for a sincere wish…

  86. Salam Tun,

    PRU13 lepas jika tidak dengan sokongan kuat orang melayu, UMNO dan BN dah tumbang dah. Ramai yang kuatkan hati nak balik kampung mengundi bagi mengelakkan negara di perintah oleh selain BN. Ada seorang rakan saya guru besar sebuah sekolah, beria-ria dia mengatakan pada saya- ‘balik undi, kita mesti pertahankan..” Saya tak balik kampung, sebab mengundi di tempat saya tinggal sekarang, BN kalah – dah dua PRU kalah dah.

    Firasat saya, kekuatan UMNO pada pilihanraya lepas ada hubung kaitnya dengan Tun sendiri. Semasa PakLah PM, Tun jarang diberi airtime. Selepas PakLah turun, Tun acap kali muncul di media arus perdana. Jadi seolah2 Tun masih ada pengaruh dalam perjalanan pentadbiran negara, maka ini menambah keyakinan sikit kepada pengundi selepas kecewa dengan keadaan semasa PakLah. Sebab itu UMNO memperbaiki prestasi pada PRU13.

    Boleh dikatakan majoriti pengundi kaum Cina dah tak percaya pada BN. Tiada sebab mengapa pada PRU14 nanti ini akan berubah. Janganlah ada yang syok sendiri bila majlis besar2 an ramai yang datang tapi akhirnya pada PRU, undi ke tempat lain. Kaum Melayu yang dulu mengundi untuk mempertahankan pimpinan UMNO, ada yang dah berubah fikiran. Mengundi atau tak mengundi?. Kalau mengundi pangkah mana?

    Saya bersetuju 100% dengan Tun, bahawa ahli2 UMNO yang sayang UMNO dan ingin UMNO kekal dan berkuasa harus berbuat sesuatu sebelum terlambat.

    Terima kasih Tun.

  87. Segala haru biru yg berlaku berpunca dari Pak Lah. Keadaan lebih teruk lagi bila Najib ambil alih pentadbiran negara. Sebelum ini kita bangga sebagai rakyat Malaysia yg pemimpinnya disegani (walau tidak disenangi) di atas wawasan, kemajuan, pembangunan, kesejahteraan, keteguhan dan keberanian (gutsy) TANPA penasihat orang asing..khususnya penasihat Zionist Yahudi UK, USA & Spore…juga tidak tunduk dgn nafsu serakah isteri yg egois. Sebaliknya Najib dgn bongkaknya declare dia tidak mau memerintah negara di sebalik proksi Tun Mahathir tapi memilih utk bersekongkol dgn Yahudi Paul Linden, Goldman Sachs, Obama & fahaman Liberal yg sesat lagi menyesatkan di bawah naungan The New World Order. Tun Mahathir meminjam dgn Jepun & Bank Dunia pd kadar soft loan untuk pembangunan & kebanggaan negara yg diiktiraf seluruh dunia. Najib meminjam dgn bantuan Yahudi secara berahsia & sembunyi2 pd riba tak masuk akal yg membelenggu negara & rakyat seperti yg menimpa pd negara Greece & Indonesia. Duit komisyen berbilion dikelepetnya… sekejap di Cayman, sekejap di Spore dan sekejap di Hongkong. Perbendaharaan negara teruk lunyai dgn majlis perkahwinan anaknya, kekerapan lawatan/shopping/percutian mewah, terutama isteri tersayang, Rosmelda Marakus.Tun Mahathir, sebaliknya, tidak menyusahkan rakyat sewaktu memerintah negara. Malah pelabur asing bertali arus datang ke Malaysia. Sementara Pak Lah & Najib gagal membuka peluang pekerjaan baru bahkan sebaliknys kerap menarik balik sabsidi & menaikkan harga minyak. Kini Najib menambah beban dgn GST..mengakibatkan majikan gulung tikar, rakyat & pekerja nganggur…. menyebabkan aktiviti ekonomi terbantut dek kuasa membeli hampir pupus.

  88. Salam,

    Sangat2 betul apa yg dikatakan. Hanya doa di hulurkan untuk teruskan perjuangamu mu Tun membela nasib melayu.

    Amin.

  89. Like most Malaysians, I strongly support the view of Tun Dr Mahathir. No matter what the other ungrateful & citiizens say, notably the hay-wired Najib’s supporter, I am not going to budge from my stand. Tun Dr Mahathir’s untiring efforts to revive the nation’s stability, good reputation & economy turmoil, I firmly believe will succeed. I think that he is the only raw gem in the country who has the capacity & works so hard to prosper its citizens. I totally support & thank you Tun and I hope that you take care of your health to see that things got it done. Wassalam.

  90. Assalamualaikum Tun.

    Saya sayang Tun kerana saya dapat rasa your sincerity in your words and action. You walk the talk dan selama mana Tun teus berdiri atas atas paksi kebenaran dan kebaikan, selagi itulah saya akan terus menyokong Tun.

    Tun pernah baca surat terbuka Christina Mcdowell yang dipaparkan di laman akhbar LA Weekly (laweekly.com)? Ianya ada kaitan dengan filem Wolf Of Wall Street. Surat tersebut telah diterbitkan sejak 2013 lagi. Jika Tun belum baca, saya dengan rendah hati mencadang artikel tersebut kepada Tun untuk dibaca. Nasib beliau sama seperti yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini.

  91. assalamualaikum..
    bile dikata pemalas..waaaaa marah tak hengat..hakikatnya mmg melayu pemalas..malas kerja malas mikir malas bertindak..ingatkan mesyuarat mt adalah pencerahan..haraaaam…katanye sib***s*t masuk dan keluaq kot pintu belakang…aiks..kata pang5…rupenye penjahanam Negara..semua mt tadak teloq…baik jadik perempuan lah…gamaknye lelaki melayu dah pupus…baru nih kata duit us 1.4 bilyun pulak tadapat dikesan…seronok najib tabor duit rakyat m’sia ye…jgn tak percaya Allah ada najib…maaf Tanya lah ye…mak najib pak mak ssedara tak bg nasihat ka…err…Tanya sedara mara najib yg baca blog ayahanda tun..sbb najib ketegaq bijik sangat…

  92. Salam Tun.

    1.Senang kata ” Najib adalah BIAWAK HIDUP UMNO”

    2.Najib adalah ketua biawak hidup dan ahli- ahli UMNO termasuk semua wakil rakyat UMNO, ketua bahagian dan cawangan UMNO adalah pendukung biawak ini.

    3.MCA, GERAKAN, MIC dan semua parti komponen BN kelihatan terlibat dengan “sumbangan Najib” untuk menjaga Kawasan Parlman dan DUN mereka.

    4.Sebab itulah mereka semua ini mmembisu dan menurut cakap Najib sahaja.

    5. Parti komponan BN ini, seolah-olah merelakan kemelut Najib dan UMNO berlanjutan.

    6. Nampak sangat Parti komponan BN tiada semangat berparti dan saling menasihati. Tiada teguran membina dari mereka semua ini.

    7. Perkara yang salah Najib lakukan telah di katakan “benar” oleh mereka semua ini.

    8. ‘Pak turut” dan “pendukung biawak hidup Najib” ini bukan sahaja berada dalam UMNO tetapi turut melibatkan keseluruhan ahli parti komponan BN.

    9. RCI adalah jawapan kepada kemelut jahat Najib ini.

    10. Tapi sayang “mereka” semua masih lagi “TIDUR”

    WASSALAM.

Comments are closed.