PILIHANRAYA KECIL

1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.

2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.

3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.

4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.

5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.

6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.

7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.

8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.

9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.

10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.

11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan “I love PM” dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.

12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.

13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.

14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.

15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.

16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.

17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.

18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.

19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.

21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.

22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.

27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.

28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.

29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.

30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.

31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.

32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.

33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.

34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.

35. Saya berasa terdapat salahguna kuasa oleh Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada Kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib.

36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.

39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.

40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.

41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

133 thoughts on “PILIHANRAYA KECIL”

  1. Dearest YAB Tun,

    1. Altantuya case: I agree with Tun’s opinion.

    2. 1MDB: It’s quite ‘amazing’ that PM’s ‘bang*ng bloggers’ said the answers were very clear/satisfactory when in fact he did not answer any questions. Real Bang*ng? And now it is confirmed that there’s no ‘real cash’ deposited in BSI Singapore, only paper asset. Is the asset worth USD 1.103 BILLION? I wonder what the asset is. The most disturbing part is that he (PM) lied to us before. He said, the money was kept in Singapore because of Bank Negara’s policies involving transactions exceeding RM50 Million.

    Thanks Tun.

    *** May Allah SWT bless Tun and family ***

  2. Assalamualaikum Tun.

    Sekarang dah nampak bila saya berkata pasal aduan gaji minimum contohnya dari orang yang dipercayai menyampaikan masalah mereka.

    Tun tak payah ambil serius sangatlah pasal aduan mereka. Macam saya kata Syeikh Abdul Qadir Al Jailani memanggil manusia ‘wahai celaka’.

    Semua orang yang berjumpa bercerita pasal masalah mereka belum tentu mempertahankan Tun.

    Dato Seri Najib terlalu slow. Macam saya kata perlukan 7 hari untuk bagi respon. Itu yang paling cepat, kalau yang paling lambat tak tahu la bila agaknya.

    Kalau setiap perkara perlu try n error, jawabnya hancurlah Malaysia

    Imam Al Ghazali ibaratkan diri beliau sebagai cerminan bagi orang lain. Macam cermin.

    Maka begitu juga, jadikan Tun Mahathir sebagai cerminan kamu wahai Dato Seri Najib.

    Teruma kasih Tun.

  3. #HikayatBukuCerita

    #MacaiMacai

    S i Luncai
    P ak Pandir
    M at Jenin

    Keluar Asap, Masuk Angin…

  4. Salam Tun,

    Harap Tun dan keluarga dalam keadaan sihat.

    1. Berita tv3 dah jadi medan menghentam Tun sampai dah melampau lampau. Terkini menggunakan Pandikar Amin pula. Saya pasti Tun dapat maklumat yang boleh dipercayai sumbernya. Entah2 Pandikar pun dah main politik kotor terhadap Tun. Apapun saya dan pasti ramai yang lain berasa amat sedih bila Tun diperkotak katik macam ni.

    2. Saya tak pasti apa dalam fikiran Najib sekarang ni. Adakah dia yakin mendapat sokongan majoriti ahli2 UMNO? Adakah dia tahu bahawa ramai yang masih percaya Tun baik di dalam UMNO ataupun diluar? Pada pandangan saya Najib amat yakin mendapat sokongan orang muda. Tapi walaupun orang muda suka, tanpa sokongan orang lama Najib takkan pergi jauh.

    3. Tun pemimpin berjiwa rakyat dan penuh tanggungjawab terhadap masa depan rakyat terutama kaum bumiputera yang mesti dibela nasib mereka. Tun memerintah dari dalam jiwa dan tak perlukan konsultan untuk itu.

    4. Tun juga amat sensitif terhadap hak2 negara kita Malaysia. Kita tak mahu negara kita diperlekeh negara2 jiran dan dalam masa yang sama kita menghormati hak2 mereka.

    Sekian dulu.

    Terima kasih Tun.

  5. Bukankah kita semua ketahui British & USA adalah budak suruhan Zionist Jew, dalang kepada Ad Dajal pembawa fitnah & kemusnahan. Sementara Spore adalah markas bagi mereka di rantau ini yg mendapat jolokan ‘Little Israel’. Dari awal lagi saya sudah terhidu penyimpangan Najib bila dia mengguna pakai khidmat sykt yahudi Apco & Sachman Gold yg mendukung gerakan LGBT dan Liberalisme.

    Great Britain satu masa dulu adalah the world ruling state (kuasa dunia) & peranan itu kini diambil alih oleh USA.
    Kejatuhan peradaban Al Khulifah empayar Islam terakhir pd 1917 di Turki adalah titik mula negara teluk & Arab dijajah oleh kuasa barat British. Semenanjung Arabia bertukar menjadi Saudi Arabia & pihak British telah melantik keluarga Said sebagai raja baru tapi tetap di bawah pengaruh & kuasa British. Dunia Arab dipecah belahkan hingga timbullah kerajaan baru seperti Kuwait, Qatar, UAE, Abu Dhabi melalui konsep ‘Divide and Rule’.
    Kemudian pihak British mewujudkan negara Israel dgn merampas bumi hak kepunyaan Palestin. Kuasa dunia kini diambil alih oleh USA atas percaturan zionis & dajal. Oleh yg demikian, saya berpendapat mana2 pihak yg bersekutu dgn British, Amerika dan Little Israel Spore adalah tidak layak menjadi pemimpin tanah air tercinta kita dan sekali gus dianggap musuh.

    Malang sekali semua ayam2 tambatan Tun Mahathir seperti Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi & Najib Razak gagal menyedari hakikat ini yang awal-awal lagi telah diwahyukan dalam Al Quran & sabda Rsasulullah saw dlm hadith2nya berhubung kait dgn ilmu eschatology atau ilmu akhirul zaman.

    Waula Hu Alam.

    Ex Son of Spura

  6. Bukankah kita semua ketahui British & USA adalah budak suruhan Zionist Jew, dalang kepada Ad Dajal pembawa fitnah & kemusnahan. Sementara Spore adalah markas bagi mereka di rantau ini yg mendapat jolokan ‘Little Israel’. Dari awal lagi saya sudah terhidu penyimpangan Najib bila dia mengguna pakai khidmat sykt yahudi Apco & Sachman Gold yg mendukung gerakan LGBT dan Liberalisme.

    Great Britain satu masa dulu adalah the world ruling state (kuasa dunia) & peranan itu kini diambil alih oleh USA.
    Kejatuhan peradaban Al Khulifah empayar Islam terakhir pd 1917 di Turki adalah titik mula negara teluk & Arab dijajah oleh kuasa barat British. Semenanjung Arabia bertukar menjadi Saudi Arabia & pihak British telah melantik keluarga Said sebagai raja baru tapi tetap di bawah pengaruh & kuasa British. Dunia Arab dipecah belahkan hingga timbullah kerajaan baru seperti Kuwait, Qatar, UAE, Abu Dhabi melalui konsep ‘Divide and Rule’.
    Kemudian pihak British mewujudkan negara Israel dgn merampas bumi hak kepunyaan Palestin. Kuasa dunia kini diambil alih oleh USA atas percaturan zionis & dajal. Oleh yg demikian, saya berpendapat mana2 pihak yg bersekutu dgn British, Amerika dan Little Israel Spore adalah tidak layak menjadi pemimpin tanah air tercinta kita dan sekali gus dianggap musuh.

    Malang sekali semua ayam2 tambatan Tun Mahathir seperti Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi & Najib Razak gagal menyedari hakikat ini yang awal-awal lagi telah diwahyukan dalam Al Quran & sabda Rsasulullah saw dlm hadith2nya berhubung kait dgn ilmu eschatology atau ilmu akhirul zaman.

    Wallahualam.

    Ex Son of Spura

  7. Haaaa tu pandikar amin dah buat pengakuan hingga meminta najib berbuat sesuatu untuk dia kekal di kerusi senator, barulah di namakan Dato Pandikar Amin Mulia.
    Dato lebih tua dari Najib sememangnya Najib kena hormati Dato. Ini barulah betul cara melayu sebenar bukan seperti Si Rais yatim dan Si Shahril Samad tu yang mana hanya pandai korek sana korek sini tanpa tahu adab mengenang jasa bekas pemimpin yang banyak jasa seperti Tun, Dato Shafie Afdal pun nampak profesional dan juga Dato Mustafa……calon calon yang bagus tu untuk jadi PM. Khairi belum matang, Hishamuddin nampak takut2, Nazri out sebab anaknya asyik selfi dengan Nora Danish, Zahid dan Ahmad maslan macam tak ok je air muka beliau, Najib dan Rosmah pun macam tak ok sebab di pusat karaok macam nampak mereka berdua ni ada video klip menyanyi dengan mawi, malu rasanya saya bila nak ber karaok ternampak PM dan Isteri pun sibuk nak jadi penyanyi….baik masuk akedemi fantasia terus.

  8. Ayahanda Tun,

    Saya berdoa Ayahanda Tun akan dikurniakan Allah SWT kesihatan yang berpanjangan bagi meneruskan perjuangan suci ini demi masa depan negara dan anak-cucu yang kita cintai. Mudah-mudahan segala pahit getir yang terpaksa Ayahanda Tun tempuhi akan di balasNya dengan kebajikan didunia dan kebajikan berlipat kali ganda diakhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

  9. Panglima Yahudi dah ada di Msia…
    Pandir Melayu terselit juga…

    Panglima Pendekar, Awak kat Mana..?
    Demi Agama, Bangsa, Negara…

    #HikayatBukuCerita

  10. 3M
    Masih adakah antara memanda memanda..
    Yg berjiwa Mulia….???
    Mulia bukan sekadar nama…
    Mulia kerana rakyat jelata..!
    Mulia membela Agama, negara..
    Mulia kerana kita hanyalah hambaNya…!!!!!

    #PanglimaPendekar
    #AwakKatMana.?

    Mulia
    Masyarakat
    Manis… Dunia & Akhirat

    #ManisGulaAsalnyaTebu
    Jgn ditanam di bibir selalu..
    Wahai Umat dan bangsa Melayu…!!!
    Manisnya iman, ALLAH Maha tahu…!

  11. Daripada Najib membazir membayar keselesaan pada penasihat British di Putra Jaya
    Yg tak tahu berapa Ekor penasihat sampai renovate Putra Jaya untuk mereka
    Yg tidak tahu Budaya kita
    Kan Lebih Abdal kita membayar pada Tun Mahathir Sebalik Penasihat

    Kita Melantik UMNO
    Kita tidak Melantik penasihat British Atau Puan Rosmah
    Untuk apa jua urusan Malaysia

  12. Tun Mahathir penasihat Perdana Menteri yg di Lantik
    Penasihat Cabinet yg Bersuara Authoritve
    Hingga Beliau sendiri yg memutuskan waktu sampai bila Beliau ingin bersara

    Apa sokongan anda ?
    Hanya di chedet ?
    Tidak kita bawa ke Parliment

  13. Pandikar amin ni sengaja mereka reka cerita mahu meletakkan jawapan ya! Agar masyarakat melihat bahawa Tun menipu kan? Ini taktik kotor untuk mengalih pandangn pada komen orang ramai tetapi mengapakah Najib dan menteri2 lain hanya memfokus bahawa Tun pembongkar segalanya? Adakah mereka takut pada pembangkang yang turut membongkar dan bongkar, tak adil sungguh bila mereka hanya menuding jari kepada Tun. Adakah kerana jika orang lain mereka boleh menepis segalanya tetapi sebaliknya jika Tun menolong rakyat mengutarakan isu2 yang agak tidak telus. Kasihan Tun, semuga pertolongan Tun di lindungi dan di berkati Allah.

  14. Assalamualaikum, Tun.

    Memandangkan kedua-dua PM yang dipilih Tun tidak dapat mencapai prestasi yang Tun harapkan, apa kata Tun masuk kembali ke gelanggang, arena politik dan koridor kuasa?

    Dengan ini, Tun boleh melatih and memilih semula yang betul-betul layak!

  15. Saya rakyat malaysia dan menyokong bn tetapi saya pendengar tetap radio singapura saya tak gemar mendengar stesen radio kita yang mana sehari suntuk asyik dengan lawak bodoh.
    Dj radio singapura ada mengatakan di indonesia terdapat sistem evaluation setiap enam bulan untuk pentadbiran kerajaan termasuk juga presiden berkenaan performance mereka dan lain lain.
    Jika menteri2 kita di pilih oleh rakyat bermakna rakyat juga berhak menuntut agar wakil yang di pilih itu di periksa setiap masa….

  16. JIKA KITA YG INGIN MEMILIH ISTERI YG PANDAI
    JIKA DIDAPATI BODOH JANGAN HERTIK BELIAU KERANA BELIAU BODOH
    SALAHKAN DIRI KITA SENDIRI KERANA MEMILIH ISTERI YG BODOH
    BODOH INI BERBALIK PADA KITA SENDIRI

  17. SUARA ADALAH SOKONGAN
    SOKONGAN ADALHA UNDI
    UNDI ADALAH KEPUTUSAN

    SUARA INDIVIDU MENJADI SUARA KAMPUNG
    SUARA KAMPUNG MENJADI SUARA DESA
    SUARA DESA MENJADI SUARA BANDAR
    SUARA BANDAR MENJADI SUARA NEGERI
    SUARA NEGARI BERKUMPUL MENJADI SUARA NEGARA
    SUARA NEGARA MENJADI SUARA RAKYAT

    SUARA RAKYAT MENENTUKAN SEGALANYA
    MAKA SETIAP SUARA BERTANGGUNGJAWAB BUKAN HANYA KERANA HAK MENGGUNDI

    BEGITU JUGA SUARA ANGGOTA UMNO YG MEMILIH PEMIMPIN MEREKA,PERDANA MENTERI
    SUARA INI MESTI DIPILH UNTUK PILIHAN YG IDEAL
    TIDAK BOLIH SEMBARANG ANGGOTA
    SUARA INI MESTI BERILMU , BERPENGALAMAN , TIDAK MEMILIH KEKASIH
    SUARA INILAH YG PERLU DIPILIH UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YG SEJATI

    SUARA INILAH YG BERTANGGUNG JAWAP AKAN KESUDAHANNYA
    BUKAN PEMIMPIN YG MEMIMPIN

  18. Dear Sir,

    I saw a video how they hang Saddam Hussein in the past, truly a brave man, a General who never scared to die!

    I want to record my respect to you, at your age you can just enjoy your comfortable life but you choose not

    You take a responsibility to lead a battle in this war as a genuine General and fighter as always

    If we “derhaka” to our parents we go to hell

    In a Chinese kungfu movies a student that “derhaka” to his sifu or kill his sifu will get the same punishment and lost

    In my view Najib has “derhaka” to you

    Most of his supporters are the same peoples that not loyal to your leadership before and these peoples have no track record of success

    We see Shahrir Samad, Nazri Aziz, Tunku Aziz, Salleh Said Keruak (to name a few) how success are these peoples in their political career? How far they are going, how high they flies, what is their track record in comparison to your achievement as a great leader

    In Datuk Kadir blog, he has writing with the undivided support for Najib now makes him a Maharajah with immunity power

    Muhiyiddin is a good man, when he is a Mentri Besar of Johor, he send water weekly by lorry to “setinggan” squatters at Kampung Ungku Mohsin Jalan Tampoi, we have no water supply to drink and to bath ourselves

    But his total silence is unbearable

    It is true what you have said everyone is just too scared and just cover their own ass for a living and for better future

    I pray for your health Sir!

  19. ADALAH SATU KESALAHAN BESAR JIKA MALAYSIA ATAU SESIAPA PUN JUA MEMILIH
    NAJIB HANYA KERANA NAJIB ANAK BEKAS PERDANA MENTERI TUN RAZAK MALAYSIA

    ADALAH SATU KESALAHAN BESAR JUGA JIKA SINGAPURA MEMILIH LEE HSIENG LOONG
    SEBAGAI PM SINGAPURA HANYA KERANA BAPANYA LEE KUAN YEW

    HANYA TUNGGU MASA SAJA
    PEMIMPIN YG DIPILIH KERANA HANYA
    TUNGGU MASA SAJA………KENYATAAAN AKAN TIMBUL

    ADAKAH MALAYSIA MEMILIH TUN NAJIB HANYA KERANA HANYA ?
    JIKA BENAR MAKA INILAH AKIBATNYA

  20. PakDuka Pandir….?
    Seri Panglima Pendekar..?

    Pandir…kah.?
    Pendekar.?
    Bunyi mcm sama…
    Maksud memang beza..

    Moga Pendekar berjiwa Mulia…!
    Pendekar membela rakyat jelata…

    Andai Pandir, nak buat cm ne…?
    Memang dh ditulis dlm buku cerita..!!!!

  21. Anak apa nama.?
    Pandikar Amin

    Bapak apa nama.?
    Hj. Mulia

    Ameen…ya Rab…
    Semoga jadilah kau
    Seorang
    Pendekar yg berjiwa Mulia…
    Ameen…..ya Allah….ya Rab…..

    Pendekar berjiwa Mulia,
    Bukan kerana Wang Dan Kuasa…..
    Pendekar berjiwa Mulia,
    Bukan kerana Pangkat Dan Harta…

  22. Pandikar Amin Mulia…

    Sejuk perut mak mengandung dpt bagi nama….

    Sesuai nama sesuai jiwa…??
    Pendekar berjiwa Mulia..???
    Ameen…!!!

    Sekejap kata tidak..?
    Sekejap kata iya…?

    Pendekar apa…???

  23. kita biase dengar..

    1-Sebaik-baik pemimpin adalah mereka yang suka dipimpin

    Mudah aje..pimpinan daripada tuhan..& Tuhan tidak suka kpd kemungkaran..apatah lagi yang melampaui batas..moga2 banjir besar di kelantan itu jadi ingatan dlm fikiran semua rakyat Malaysia..

    Mudah aje..bayangkan jika seluruh Malaysia dlm keadaan seperti Kelantan semasa banjir baru2 ini..
    mohon dijauhkan tuhan dari yang demikian itu

    Melayu mudah lupa..hehe..

    Kerana apa..mungkin kerana membaca untuk menimba ilmu tidak menjadi budaya di kalangan orang kita..Orang kite rajin baca benda lain..seperti :

    -gosip2 artis
    -perang politik
    -dll

    Sejarah dulu semakin dilupakan.
    Kalau kita mendalami kajian sejarah tentang yakjuj &
    makjuj..

    -kita akan jumpa peranan bangsa cina; sejarah peradaban & kaitan dengan yakjuj & makjuj.

    -Bagaimana Islam menyelamatkan & mengangkat bangsa Mongol (dengan izin tuhan) hingga menjadi bangsa yang hebat memerintah

    -kita akan temui bahawa kaum mongol dizalimi terlebih dahulu oleh kerajaan Islam Al-Khawarizmi..begitu juga dengan Kerajaan Islam Baghdad..

    Hadis Nabi :

    Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

    اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

    “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.”

    Hadis riwayat Hakim – sanad sahih

    Adakah sejarah akan berulang? Di Malaysia ?

    Jangan lupa.wahai orang Melayu yang mudah lupa..akibat sara hidup yang tinggi..kehilangan harta benda akibat banjir besar..dikenakan GST..

    Terlalu ramai rakyat Malaysia yang menderita..terutama golongn pertengahan & bwhn..Duit BRIM tak mampu menghilangkan segala kehilangan..kesengsaraan..tekanan hidup..tambah pulak dengan GST..pergi la mana2 kedai pun..walau TESCO skali pun..smua harga brgn naik..sebabnye?

    Mudah aje..nk tanggung GST.

    Doa-doa mereka ini pun akan dimakbulkan tuhan insyaAllah..kerana apa?

    Mereka dizalimi !

    Jadi kita perlu ada penasihat yang benar2 tega & tegar utk menasihati & mengajak kpd perubahan rakyat dalam mendaulatkan agama dengan cara yang benar & bukan agama yang dipolitikkan.

    Ibarat seperti fardhu kifayah..bila seorang sudah melakukannya..insyaAllah yang lain terlepas dosa..

    Dalam kes ini..kita beruntung ada Tun untuk menegur..mudah2an kita terlepas dari bala & kemurkaan Allah yang lebih dahsyat..

    Takut bala yang sedikit pun kita tak tertanggung nanti..

    Saye bukan nak menyanjung Tun sangat..tapi kalau dia buat yang betul..betul la..takkan nak cakap salah pulak..

    Siapa yang lebih kenal Dr. Mahathir ? Sudah tentu la Tuhan..Die yang sebenar-benar kenal & mengenali kita..

    Bukan mudah utk berjuang..apatah lagi bila kite bukan lagi berkuasa memegang tampuk pemerintahan..tapi ingat lah..

    Ade yg Maha Berkuasa..kpd Dia lah kite bergantung harap & memohon pertolongan

    Selamat berjuang Tun !

  24. Dearest YAB Tun,

    /// The Star

    NAJIB: I CAN ALSO LEAD FOR 22 YEARS

    KUALA LUMPUR: Unlike Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak said he was voted in as Umno president in an open and democratic manner.

    “I was the first Umno president elected under a new party constitution that is more open and more democratic,” Najib, who is Prime Minister and Umno president, told a gathering of Umno veterans at the party headquarters here on Monday.

    He pointed out that the previous Umno presidential elections had a system of bonus votes and quotas.

    “Previously, anyone who wanted to challenge the party presidency had to have nominations from 63 party divisions. That is how Tun Mahathir Mohamad could stay in power for 22 years,” said Najib.

    He said he too could remain in power for 22 years by amending the party constitution but chose not to do so because he wanted to be elected sincerely by his party members
    ///

    Alahai! Perasan betul!

    PM Najib forgot that he did not even get 2/3 majority during the 13th GE. He even lost the ‘popular vote’ – ‘pecah rekod’. He was the first UMNO President who lost the ‘popular vote’.

    Actually the current system is less democratic than before. He just needs to take care of the 191 Ketua2 Bahagian.

    I am not sure why PM Najib has to bring up this issue (dah lapuk dah…). Is he saying that he is better than Tun M?

    Thanks Tun.

    *** May Allah SWT bless Tun and family ***

  25. Asal Tanah kita dicipta,
    Ke tanah jua kita kan kembali..
    Tak mampu lg utk berkata,
    Segala catatan utk diadili…..

    Sambil tawa membangga diri,
    Menyakiti makhluk tanpa simpati..
    Berbuat dosa sesuka hati,
    Seolah hidup tanpa mati….

    Bagaimana nanti jawab diberi,
    Pada ALLAH Rabbul Izzati,
    Tika dibongkar kesalahan diri,
    Segala sesal dah tiada erti….

    Selagi masih ada masa,
    Taubatlah segera pada yg Maha Esa,
    Hentikanlah segala dosa,
    Agar terlepas segala seksa…..

    Dingin angin terasa nyaman,
    Syukur pada nikmatMu ya tuhan,
    Kuatkan semangat hadapi dugaan,
    Biar susah hadapi rintangan…

    Biar sakit hati menahan,
    Namun dengan nur keimanan,
    Dengan syahadah menjadi pegangan,
    Pasti ALLAH limpahkan kebahagian….

  26. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Isu spekulasi perletakan jawatan speaker Pandikar Amin Mulia yg Tun bangkitkan di Ipoh tempoh hari telah dimanipulasi oleh ’blogger bang*ng’ upahan yang menyokong PM dengan menuduh Tun berbohong/menipu. Mungkin Tun mahu membuat penjelasan.

    Tetapi, speaker memang mengaku ada berjumpa dengan Tun dan bercerita perihal perkara2 yg beliau tidak puas hati kepada Tun. Hakikat bahawa beliau berjumpa Tun M untuk meluahkan perasaan sepatutnya memjadi TAMPARAN hebat kepada PM dan penyokong2 beliau. PM kena tanya diri sendiri, mengapa ini berlaku.

    Saudara ’Daeng’, terima kasih kerana memberi perhatian terhadap pendapat saya.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  27. Salam Yg Bhg Tun,

    UMNO/BN masih bertegas dengan pemberian BR1M. Mereka bertegas hanya untuk menafikan dakwaaan Tun. Mereka lupa untuk melihat kepada masyarakat Cina. Mereka lupa bahawa rata2 masyarakat Cina sebenarnya tidak suka dengan pemberian BR1M ini. Masyarakat Cina melihatnya hanya sebagai satu polisi pembaziran berbilion ringgit yang tidak banyak membantu rakyat.

    Buatlah bagaimana pun, rasanya selagi tiada perubahan, masyarakat Cina akan melakukan tsunami mereka sekali lagi dalam PRU14 akan datang ini.

    Salam Tun

  28. Sejahtera Cruze…..

    Hehehe…… Ini bukan kanak-kanak di bangku sekolah lah CRUZE…..Sekolah dah lama jadi seakan-akan kota “Atlantis” ni. Pygmy terkenangkan Main Pondok-Pondok dan Main Masak-Masak ja ni Cruze. Bahasa yang digunakan didalamnya pun bahasa “Alien” tu.

    Selain daripada Anak-anak dan Isteri Dr.Mahathir; kami adalah orang-orang yang benar-benar mengenali “Siapa Dr.Mahathir?”

    Sama sebagaimana kata-kata saya kepada Najib…. yang berbunyi begini :- “Jib…. jikalau kami menghendakinya…..kamilah yang paling arif bagaimana hendak membunuhmu.”….kedengaran umpama ugutan bukan? tetapi….. sebenarnya bukan.

    Jangan gelisah sangat CRUZE… Pygmy sedang main pondok-pondok ja ni….. cuma saya agak Hairan bin Ajaib dengan Bangsa Melayu Malaysia ini….. “Bila tumbuh kurap ditangan…lalu… terus dipotong tangan itu.”….. “Bila pokok tumbuh Ketot ja…terus dicabut buang, tanpa mengenali erti ‘Bonsai’…”. Sedangkan yang terkena barah pun tak kan lah terus dipotong selagi ada alternative lain…. tak gitu?

    Berapa banyak “Tangan” dan “Bonsai” yang nak dipotong cabut….daaaa….(Style bahasa P.Ramlee). Akhirnya satu pun tak tinggal lagi…..tak gitu….? …..ehehehe…..

    Salam Sejahtera Cruze….

  29. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Saya sudah tonton video ucapan Tun di Ipoh pada 16 Mei 2015. Saya kagum dengan kupasan Tun berserta daya ingatan Tun yang berucap tanpa membaca teks-skrip (tidak seperti Tunku Aziz yang terkial-kial tengok skrip; boleh pula guna buku si Barry Wain sebagai bukti tuduhan2 beliau terhadap Tun M; this is really ’pathetic’. Tun pernah ulas tentang buku Wain di https://thechedet.com/?p=428)

    2. PM kena berhenti guna penasihat2 British (luar) dan juga penasihat2 (CON-sultants) lantikan dalam PEMANDU. Mereka ini semuanya gagal menyelami ’aspirasi/ keperluan / denyut nadi rakyat’. Ini juga satu pembaziran (boros) kerana bayaran gaji tinggi.

    3. Kesan dari adanya ’CON-sultants’ ini ialah PM sentiasa berada dalam alam khayalan/fantasi, dan sentiasa ’syok sendiri’ dalam apa2 juga tindakan dan keputusan yang diambil. Beliau ’jauh’ di hati rakyat kebanyakan, dan tidak berjiwa rakyat.

    4. Betul kata Tun, apa perlunya PM ambil ’CON-sultants’ asing sedangkan kita sudah merdeka. Sia2 saja kita berusaha memerdekakan negara dari Britain, tapi ada pula PM yang mentalitinya terkebelakang kerana masih mahu dijajah. Ini membuatkan saya geleng kepala. PM mesti jawab tentang isu ’penasihat British’ ini.

    5. Nampak sangat PM Najib @ Ah Jib Gor memandang tinggi (membodek?) kepada orang British (and of course Obama) dan suka ’kow-tow’ kepada bangsa Cina dan pemimpin2 Singapura (adik-beradik DAP).

    6. Dalam erti kata lain, PM memandang rendah kepada bangsa Melayu/Bumiputra. Ini memang amat menjengkelkan. PM telah hilang kelayakan sebagai Presiden UMNO, parti Melayu/Islam. Sila letak jawatan dengan segala hormatnya. Anda (PM) gagal membaca sentimen rakyat, dan ini bakal menjadi faktor tumbangnya BN/UMNO pada PRU-14 jika masih dipimpin PM sekarang. Lihat saja keputusan 2 PRK baru2 ini.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  30. RM12b diguna untuk beli Genting Sanyen dan Tanjong Energy. Selebihnya RM30b diguna untuk membina konkrit foundation seluas 500 ekar di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

    Azlan
    KL

  31. Salam Tun,

    I was asked if Anwar can be PM.
    I’m not sure, i said, i have to ask Wan Azizah if she had fallen in a bendang before. Apart from spending time in jail, it seems that to be a PM the spouse must have had the experience of being ditched in sawah.

    The test for Najib is not how strong he is against Tuns rhino like charges, but how strong is he within his own cabinet and UMNO.

    And it’s not looking good. UMNO is desperate and hangs on to dear life even if Najib fail miserably, for they have no where else to turn to.

    But if UMNO is to be like UMNO in the early days, then we will see UMNO fade away. UMNO has to change and not accept excuses and ridiculous reasoning anymore. Malays have to change.

    If the Malays, especially old school Malays still want to hang on to racial advantages, these advantages will magically dissappear over time, and by the time they realize and go into panic or amok mode, all is already lost

    The hope for Malays is to bow out and let the younger generation rule, even if they take selfies on stage, which is not a big deal, not a sin, and something a normal sane human would do as a momento in a happy occasion, but we certainly have a nazi like rule in this country where even the taking if a selfie is being punished as if a cow has been murdered.

    Teruknya.

  32. Suhainin sahibul seperti anak kecil di bangku sekolah pula bila main korek-korek perkara lama sama seperti aziz dan lain lain. Saya yakin tindakan tun hanya bertanya sahaja, bila najib tak jawab-jawab maka Tun sergah dengan mencabar beliau letak jawatan. Zahid Hamidi, Hisamuddin, Shahril Samad, Rais yatim, Salleh keruak dan masyarakat melayu yang masih tertutup mindanya, pernah tak memikirkan status tanah kerajaan yang di beli oleh 1MDB akan di majukan dan di jual selepas itu tanah tersebut menjadi milik pembeli yang bukan warganegara kita, walau 1MDB dapat pulangan, adakah tanah milik kerajaan Tanah Melayu berkurangan? Bolehkah 1MDB atau kementerian kewangan ambil balik tanah itu pada bila bila masa?

    Menteri menteri yang menyokong najib tidak terasa sangat akan nilai tanah tumpah darah ini dan gst kerana mereka tidak lalui susah payah seperti kami rakyat, rumah, kereta dan tempat tempat mereka melancung sudah cukup menunjukkan mereka tidaklah hidup dalam kesusahan dan lagi selepas gst di umumkan elaun mereka turut naik serta semalam elaun guru besar pula…..Hargai tanah milik melayu dan milik kerajaan juga…jangan sesuka hati di jual kepada orang asing.
    Semuga Tun tabah dengan Paduka amin yang lidah bercabang, Semuga Tun dan keluarga sihat dan di lindungi allah dari anasir yang jahat.

  33. Bismillahirrahmanirrahim.

    AsSalam Tun. Semoga Tun serta keluarga dilimpahi rahmat Allah S.W.T.

    Tun, dengan penuh hormat izinkan saya yang kurang ilmunya ini berbicara.

    1. Rata-rata rakyat Malaysia kini berbicara tentang kebobrokan pemerintahan Dato’ Seri Najib (DSN) dan barisan kabinetnya. Isu PEMANDU, TERAJU, perpecahan Melayu, 1MDB, isu Altantuya, isu MH17 & MH370, GST dan mcm2 lagi isu yang jelas kepincangannya, belum lagi difikirkan masalah kepincangan yang melibatkan pegawai-pegawai atasan kerajaan i.e Kastam, Imigresen dll. Untuk kesemua isu2 tersebut, saya sebagai rakyat marhaen berasa tidak mampu dan tidak layak untuk komen berlebihan cukuplah sekadar menyuarakan keresahan di hati bagaimanakah agaknya masadepan anak2 saya yang masih kecil menghadapi dugaan sebagai anak Malaysia di masa akan datang sekiranya masalah negara ini tidak dibendung atau ditangani dengan sebaiknya. Sekiranya kini rakyat dihidangi pelbagai tekanan serta cabaran yang jelas menghimpit kehidupan, apakah orang Islam/Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia mampu menyiapsiagakan negara kita ke masa depan yang lebih selamat dan sejahtera. Hanya Allah yang menentukan.

    2. Sebagai manusia, baik DSN, isterinya maupun mana-mana rakyat marhaen sekalipun kesemuanya dijadikan Allah berserta NAFSU. Bagaimana mereka menjaga NAFSU mereka tergantung pada keimanan mereka kepada Allah. Ilmu juga memainkan peranan. Saya anggapkan mereka2 yang melampaui batas dalam memerintah negara sebagai insan yang kurang ilmu jiwanya walaupun tinggi ilmu dunianya. Sebagai mantan PM, Tun ‘layak’ untuk menegur DSN atau mana2 pemimpin sedia ada. Dengan ilmu dan kekuatan yang dimiliki, saya yakin Tun selagi nafas dihela mampu membantu rakyat Malaysia mendapat apa yang terbaik.

    3. Kekuatan kita terletak pada penyatuan orang Melayu itu sendiri. Pelbagai usaha pernah dikerah tapi akhirnya NAFSU yang merosakkannya. Tahun 2011 memperlihatkan 68 NGO Ekonomi Melayu bertaraf nasional duduk semeja bersetuju secara dasar untuk bergabung dan bersatu untuk membentuk satu badan ekonomi yang akan membantu, melindungi dan membangun satu kekuatan ekonomi untuk orang Melayu. DPMM, PERDASAMA, MAPEM, PERKASA, PERKOBF dan banyak lagi ngo ekonomi melayu mengenepikan ideologi masing2 demi usaha ke arah penyatuan dan membina kekuatan ekonomi orang melayu lalu tertubuhlah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM). Belum pun sempat usia mencecah seminggu selepas pendaftaran, 24 daripada 27 ahli jawatankuasa penaja menarik diri dari MTEM kerana jelas MTEM sekali lagi hanya menjadi alat kepada sekelumit orang yang bernafsu serakah untuk kepentingan sendiri. Dasar awal supaya MTEM tidak menjadi The Dog Who Barks To The Tree menjadi pegangan kini. MTEM tidak lagi mewakili suara NGO Ekonomi Melayu yang pada suatu ketika sebanyak 68 NGO mewakili seramai hampir 9 juta ahli melayu ingin bergabung membina kekuatan, akhirnya roboh ditengah jalan hanya kerana retorik ngo melayu yang ‘satu’ itu.

    Tun yang dihormati,

    Sesungguhnya pada suatu ketika, saya yang jahil politik dan kurang ilmu amat membenci Tun. Tetapi dengan akal yang Allah beri dan ilmu yang Allah limpahi, di peringkat umur saya memasuki umur 40 kini, saya mulai yakin bahawa segala niat, percakapan dan perbuatan Tun sewaktu memerintah Malaysia adalah berdasarkan keilmuan dan kekuatan jiwa yang ‘tinggi’ yang sukar dimiliki mana-mana individu di Malaysia melainkan dengan kehendakNya. Doa saya semoga Tun dipanjangkan usia agar saya sempat menemui Tun bagi menyuarakan cetusan idea saya serta rakan seperjuangan untuk PENYATUAN UMMAH/MELAYU MELALUI EKONOMI yang telah diherdik sinis oleh NGO yang ‘satu’ itu sewaktu dibentangkan kepada Jawantankuasa Penaja MTEM. Walau bagaimanapun 24 ahli jawatankuasa yang lain menyokong dan bersetuju dengan saya untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab bagi kelangsungan orang melayu dan membina Sustainable Islamic/Malay Economy yang bertunjangkan syariah Islam sekiranya berjaya disiapkan Platform tersebut. Secara dasarnya, usaha ini akan menyediakan satu wadah bagi orang Melayu/Islam untuk bersatu disamping mendakwahkan rakyat Malaysia dengan kehebatan Ekonomi Islam itu sendiri yang diselaraskan oleh Self Regulatory Organization dibawah payung Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM)dan diberi kerjasama oleh kerajaan persekutuan . Berbeza dengan keadaan kini yang kesemua usaha pembinaan ekonomi melayu atau penyatuan ummah terbantut di JPM atas dasar kepentingan poket segelintir manusia yang fitrahnya dunia dan seisinya pun tidak akan dapat memenuhi nafsu serakah mereka, ataupun ianya akan terbantut di Parlimen yang rata-ratanya berpecah akibat ideologi politik dan bangsa yang berbeza.

    Semoga Allah menganugerahkan kesihatan yang baik kepada Tun agar kita dapat dipertemukan suatu masa nanti. Andainya tidak dapat berjumpa, saya hormat dan salute Tun atas apa yang Tun sudah lakukan untuk agama, rakyat dan negara. Hanya Allah sahajaLah yang dapat membalas jasabaik Tun kepada Malaysia. Wassalam.

  34. Terima kasih kerana membaca pendapat saya.

    Tapi saya telah diajar oleh Tun untuk bagi respon dalam masa 3 hari.

    Tapi Dato Seri Najib ajar saya untuk bagi respon dalam masa 7 hari sebab sibuk dengan jawatan Perdana Menteri.

    Tapi saya pasti masa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri pun beliau sedia bagi respon dalam masa 3 hari atau bagi jawapan spontan secara terus kerana sentiasa mengambil tahu mengenai perkara berkaitan. Ia berkenaan perkara yang berada dalam otak kita.

    Kalau takde dalam pengetahuan otak kita bagaimana nak menjawab, kan?

    Apa guna ada kakitangan yang ramai yang boleh bagi fail maklumat, kan.

  35. Assalamualaikum Tun……

    Nama ini – Dr. Mahathir Mohamad – pernah ditanyai ianya kepada seorang penggiat seni yang gah dengan hasil seninya yang kreatif dan tersohor seluruh Malaysia ***** Mohamad Nasir Mohamad (M.Nasir)*****

    M.Nasir: Bila ditanyai tentang Dr.Mahathir Mohamad….dia berkata…. SIAPA DR.MAHATHIR?…..dalam bahasa “Orang Seni”……lalu akibat salah faham dengan perkataannya itu, Hasil Karya M.Nasir dan M.Nasir sendiri “DiGam” lebih setahun…..kemudian….sekatan itu ditarik semula kerana industri hiburan Malaysia menjadi malap tanpa M.Nasir…. Bayangkan, hanya kerana perkataan “Simple” itu, M.Nasir seumpama diberikan “Hukuman Mati”…. Apakah ianya berlaku di zaman Tunku Abdul Rahman sehingga Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak? Saya tertanya-tanya dalam hati- Mengapa M.Nasir dihukum? – Apakah ianya tentang soal kebongkakan,keangkuhan dan kesombongan hati seorang pemimpin?

    Kemudian bilamana Tunku Abdul Rahman mengkritik cara kepemimpinan serta corak bawaan pimpinan, pemimpin bernama Dr.Mahathir Mohamad…..lalu…. Tunku Abdul Rahman diherdik, diperlekehkan serta dipulaukan sehingga lah beliau menghembuskan nafas terakhir beliau.Apa ertinya semua ini? Apakah ianya masih berlaku di zaman Abdullah dan Najib?

    Pernah suatu ketika Dr.Mahathir Mohamad meluah kata janji kepada Datuk Harris Salleh (Ketua Menteri Sabah) yang memerintah Sabah dari tahun 1976 hingga 1985.Kata janji itu berbunyi lebih kurang begini-: “Jikalau tenggelam, kita tenggelam bersama.”…..kemana janji itu? Apa ertinya semua itu? Mainan Politik? Hanya pemain politik yang memahaminya. ***** “Jikalau tak tahu lebih baik diam?”***** …..lalu….. fahamlah saya akan mengapa salah seorang daripada mentor saya – “Profesor Syed Hussein Alatas” – menjaraki dirinya daripada politik. Bukan kerana lemah;…tetapi…semata-mata kerana Allah. Apakah beza antara “Politik” dan “Hukum Rimba”?

    Pun….. “Bumi mana tidak di timpa hujan?” – “Lautan mana yang tidak bergelombang?”….. Syukur Alhamdulillah….. kerana….. pagi ini kita masih berpeluang menghirup udara segar pagi, serta masih terbuka pintu taubat bagi sekelian kita.

    Saya sudah bosan menyebut “Kisah 2003″…..tetapi….. terpaksa juga saya nyatakan kerana ada “banyak mata daripada mereka yang mengerti” sedang menatap. Sebermula sahaja kisah 2003 – saya tahu bahawa saya tidak akan dapat apa-apa selain kehinaan,keaiban,kedukaan dan kesakitan daripada kisah 2003 itu……kerana….. Dr.Mahathir ada berkata begini seawal kisah itu : “Apa yang saya dapat?”…. Hati saya berkata “Apa makna perkataannya itu?”……pun saya teruskan juga melayari kisah 2003 itu, walau dalam kesengsaraan…. kerana…. saya tiada pilihan untuk “Berhenti”. “Bus Stop” sudah “Full House”.

    Hanya itukah yang mahu Dr.Mahathir wariskan kepada rakyatnya? ….atau…. Apakah saya yang tidak mengerti? Dr.Mahathir selalu melontarkan kata-kata “Meterialistik” kepada orang lain….tetapi…. Apakah mata Dr.Mahathir telah buta lalu tidak terlirik akan hidup anak-anaknya sendiri yang kaya-raya.Jangan Tanya daripada mana mereka mendapat kekayaan itu; Mereka kan berniaga?.Hanya anak-anaknya yang boleh kaya? ….. jikalau orang lain cuba untuk kaya; tuduhan “meterialistik” akan dilekatkannya di dahi mereka.Rakyat biasa boleh pi mampus…..jadi “Kambing Hitam” boleh lah…..hanya sembelihan.

    Tidak mengapa…..kerana….. “MASA” telah tiba dan kalian lah yang akan menangung dan dibebani dengan segalanya itu nanti.

    Bagi saya….. setakat yang mampu saya ingati….. walau pun “sehelai sepinggang”…..tetapi…. telah menunaikan segala janji saya untuk kisah 2003 itu.Termasuk lah kata-kata ini – “Dia tu pemurah tapi kasihan kerana sudah bangkrupsi.”…..Perkataan “Bodoh” tidak perlu diungkitkan kerana “Janji” itu akan ditanyai Allah kepada setiap kita kelak di “Padang Mahsyar”. Apakah hidup di dunia ini kekal?

    Janji terakhir “kisah 2003″ yang sedang cuba saya lunasi ialah perkataan ini – ” Kamu lihatlah saya bangkit kembali; bermula daripada SATU”.

    Apakah Tun menyangka bahawa saya marah dan benci akan Tun? Tidak sama sekali Tun. Jauh sama sekali dari niat dan rasa sebegitu. Saya sekadar cuba mengaplikasikan bimbingan daripada Tun; Iaitu “Menegur Pemimpin”.

    http://www.youtube.com/watch?v=DM4i6ZoHXgE
    Assalamualaikum Tun… semoga Tun dan Keluarga dilimpahi rahmat Allah.

  36. Assallammualaikum Tun.
    Mohon ruangan.
    Saya tidak bersetuju dengan Daeng.
    Moga Najib insaf itu sahaja..
    Tun..
    Semalam dengan bangganya Majib telah tidak membuat keputusan yang bijak.
    Dia menaikkan elaun Cikgu Beso dan mereka yang berkaitan dengannya sempena hari Guru.
    Betul Tun.
    Cikgu banyak berjasa kepada kita tetapi perkhidmatan pendidikan bukanlah perkhidmatan kritikal.
    Maksud kritikal ialah bermula dari keperluan manusia yang paling asas.
    Kita akan sanggup mendedahkan kemaluan bila dipaksa hanya kerana sesuap makanan atau seteguk minuman..
    Itulah hieraki kritikal..
    Najib tidak mengerti dan makin mengundang kemarahan rakyat.
    Banyak perkhidmatan kritikal yang lebih perlu diutamakan.
    Tun..
    On the lighter note marilah kita ambil pengajaran di atas ‘kekejaman’ refree perlawanan FA melibatkan Terengganu semalam.
    Dia telah bersalah ‘memenangkan’ pasukan Cat 12 dari Singapura.
    Refree tidak mengerti akibat kebodohan dan kesombonggannya..
    Dia mendatangkan kerugian tidak terhingga kepada mata pencarian dan harta benda penyokong dan pemain serta rakyat Terengganu.
    Begitulah sikap orang-orang kejam,bodoh angkuh dan sombong..
    Marah sungguh saya semalam kerana kezaliman dan kejahilan seorang refree..
    Begitulah keadaan yang serupa sedang berlaku di Malaysia..
    Mereka yang sombong,jahil dan kejam akan sentiasa tidak mengerti akibat perbuatan mereka..

    TERIMAKASIH TUN.

  37. Assalam.

    Saya sehaluan dengan komen-komen Tuan Othaman Ahmad dan Hajar.

    Teruskan perjuangan menjatuhkan Najib Tun.

    UMNO di bawah teraju Najib hampir serupa di bawah Abdullah Badawi.

    Pengaruh UMNO kian merudum di bawah pimpinan Najib.

    Ahli UMNO hanya ada 1 pilihan sahaja samada mahu kekalkan Najib Rostuya terus berkuasa tetapi UMNO / BN akan hancur pada PRU akan datang ATAU gulingkan segera Najib Rostuya agar UMNO / BN terus releven dan dihormati pada masa-masa akan datang.

    Najib Rostuya jangan perasan, apa sahaja yang dilkakukan kamu rakyat tidak menyukainya.

    BR1M umpama pemberian wang kepada seseorang. Manusia mana yang tidak mahu wang. Bak kata pembangkang dan anti kerajaan, mereka beri kita ambil. Bila masa kita memangkah kita tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Dia ( Njib Rostuya ) bukan tahu kita pangkah siapa.

    Kalau kita rasa kita mahu memberi kita pastikan diri kita cukup wang. Maksudnya jika ada lebihan maka baru kita memberi. Najib mengatakan BR1M adalah idea Bank Negara???? Idea yang diperolehi dari sesiapa sahaja badan / individu jika kamu sebagai PM tidak bijak membuat keputusan, maka kamu bertanggungjawab sepenuhnya.

    Begitu juga 1MDB Najib Rostuya adalah penasihatnya. Sebahagian atau semua isu yang timbul ianya adalah tanggungjawab penasihatnya.

    Begitu juga semua isu yang berbangkit dalam Malaysia, semuanya PM patut bertanggungjawab selagi dia menjawat sebagai PM.

    Begitu juga kemerosotan mendadak sokongan rakyat pada BN dalam 2 PRK ( Rompin dan Permatang Pauh ) yang baru lalu adalah kesan dari pentadbiran Najib Rostuya sebagai PM.

    Ahli UMNO dan majlis tertinggi masakan tidak tahu menganalisa keputusan PRK yang baru kita ketahui. Buatlah postmotem, adakah keputusan kemerosotan sokongan terhadap BN adalah kesan orang semakin benci Najib Rostuya atau sebab lain?

    Pengamatan saya sebagai rakyat yang selama ini menyokong kerajaan mendapati, sebab utama kemerosotan sokongan rakyat kepada BN ialah kerana dasar kerajaan yang diperkenalkan Najib Rostuya yang bodoh lagi bahalol adalah punca utamanya.

    Ditambah dengan penyokong seperti Ahmad Maslan yang bengap dan Hishamudin yang bangang menambahkan lagi Najib Rostuya perasan dirinya disukai rakyat.

    Sekian Tun.

  38. Assalamualaikum, Tun.

    Tidak dapat dinafikan yang sokongan Rakyat terhadap Najib terkikis. Ini disebabkan pelaksanaan GST, yang kononnya, pada peringkat permulaan, di mana-mana negarapun, sokongan Rakyat akan jatuh sedikit kerana belum bersedia menerima sistem baru sepenuhnya.

    Dalam soal Najib membelakangkan kepentingan Melayu demi memperoleh sokongan Cina. Itu tidak betul sama sekali. Banyak projek, bahkan lebih banyak berbanding dengan era Tun, telah diberi kepada kontraktor Melayu. Lebih 70% penerima BR1M adalah Melayu.

    Untuk memajukan negara kita, tak salah Najib mengeratkan hubungan dengan kuasa-kuasa asing, demi menarik pelaburan asing. Tanpa pelaburan asing, negara kita akan ketandusan peluang pekerjaan. Pengannguran akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi.

    Baik Tun bersara dengan hati yang tenang. Janganlah terlalu campur-tangan sehingga terjadinya imej yang kerajaan BN tidak berkemampuan mengurus.

  39. Sedar tak kita sekarang apabila TUN menyoal 1MDB
    Pembangkang PKR , DAP Lim sudah kelihatan sunyi mengenai 1 MDB
    Mereka lebih menyoalkan persoalan lain
    Sememangnya itu kerja mereka bagi mereka berusaha untuk menduduki Putra Jaya

    Tun Mahathir lakukan ini semua untuk Malaysia
    Sekarang Najib mengutamakan penasihat British yg duduk di Putra Jaya

    INI MENGUNDANG PENYAKIT

    Seperti Pak Lah mengundang IDR di Johor
    Mengundang Penjajahan Asing lebih pada perlabuhan

    Sama sekali saya lihat tidak ia menguntungkan Malaysia
    Tanah di jajah , anak bumi masih tidak mempunyai perkerjaan
    Sebab mereka memilih perkerja asing LEBIH dari anak bumi Malaysia
    Ini nyata Tanyalah Menteri Tenaga Buruh di Johor
    Kalau pun ada anak Bumi ada mereka di bayar gaji lebih rendah dari anak Cina dan pekerja Asing
    Ini sudah isu perkauman Gaji
    Tenaga Buruk berhak masuk campur

    JADI APA UNTUNGNYA PROJECT BODOH IDR ini
    UNTUK SIAPA ?
    APA TUJUAN MENGAJIKAN PENASIHAT BRITISH DI PUTRAJAYA ?
    APA ANGGOTA UMNO SEMUA TIDAK ADA OTAK BERFIKIR
    MALAS atau TUJUAN NAK BERLAGAK SAJA ?

    KALAU BERGITU SAYA CADANGKAN BANGLA JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA
    MEREKA LEBIH MURAH ,LEBIH BIJAK WALAU NAMPAK BODOH ,TAK BANYAK PAKAI MODAL
    BANGLA , DON,T QUITE NEED MANY MANY MONEY LIKE THE BRITISH

    APA ERTI INI SEMUA ?

    Terlihat setiap tindakan Kerajaan UMNO tidak perinci akan tujuan dan madsud mereka
    Semua main Asal Bolih sahaja tanpa Keputusan yg Bertanggung Jawab

    Kelihatan setiap senjata UMNO sudah makan Tuan
    Tunggu saja apabila Penasihat British Najib berakar umbi di Putra Jaya
    Mana duduk Najib kelak , mungkin Bini Najib dan Najib kena buat Kopi untuk Penasihat British

    Eh ! Kaum Dayak yg pakai cawat pun bolih fikir sendiri
    Maruah mereka tidak tergadai

  40. Salam Yg Bhg Tun,

    Didalam PRU13 2013, didapati berlakunya yang dikatakan tsunami bangsa Cina. 9 daripada 10 orag Cina mengundi Pakatan. BN hanya menang majority mudah. Maka melentinglah UMNO terhadap kaum Cina. Utusan Malaysia didalam headline nya bertanya “Apa lagi Cina Mau”. Maka bermulalah prasangka bangsa Melayu terhadap bangsa Cina. Begitu juga prasangka bangsa Cina terhadap bangsa Melayu. Melayu menganggap cubaan mayarakat Cina untuk berkuasa dinegara ini dan menggunakan parti2 Melayu lain sebagai kenderaannya. Negara menjadi huru hara. Isu2 sensitif ugama Islam, Raja-Raja Melayu menjadikan keadaan lebih huru hara. Jeritan “the fight shall continue!!” sentiasa berkumandang. Banyak komentor2 blog chedet berjuang untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa Melayu. Banyak NGO Melayu juga berjuang dijalanan membantah perkara2 sensitif itu sambil membuat beribu lapuran polis.

    Terfikir kenapakah masyarakat Cina melakukan tsunami tersebut. Walhal, BN pernah mendapat sokongan padu daripada masyarakat Cina dimasa PRU tahun 2004. Peratus kemenangan BN semasa itu adalah yang tertinggi yaitu sebanyak 90 peratus. Ini bermakna masyarakat Cina bukanlah bersifat prasangka sepenuhnya terhadap BN.

    Satu ketika selepas PRU13 tersebut, seorang Pengetua sekolah jenis kebangsaan Cina tempat isteri saya berkhidmat telah menceritakan kepadanya. “Kita bukan mau ambik ini negara. Tetapi sekarang negara ada banyak hutang. Nanti negara susah. Kita niaga pun nanti jadi susah. Kita takut. Ini kita tak boleh sokong”. Apakah sebenarnya masyarakat Cina telah mengetahui lebih awal mengenai pinjaman RM42 Bilion tersebut dan selanjutnya melakukan tsunami PRU13. Siapakah yang jahil sebenarnya didalam huru hara negara kini.

    Didalam kemelut hutang negara sekarang ini, apakah masyarakat Cina akan memberikan sokongan padu mereka kepada BN untuk PRU14 akan datang. Atau adakah masyarakat rakyat awam Melayu akan memberikan sokongan padu mereka kepada BN dalam PRU akan datang ini.

    Salam Tun.

  41. Assalamualaikum Tun,

    Akhirnya Najib mahu menjawab soalan berkenaaan 1MDB. Inilah yang diminta oleh semua orang setelah sekian lama. Rakyat mahu penjelasan.

    Soalan berkenaan di manakah RM42 billion, Najib telah menjawab ianya dari aset Tun Razak Exchange sebanyak 70 ekar, dan Bandar Malaysia sebanyak 500 ekar.

    Saya rasa tidak mungkin 1MDB membeli Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia dengan wang RM42 billion. Mungkin setelah aset itu dibeli dengan harga rendah, kemudian aset berkenaan dinilaikan semula (revaluation) sebagai RM42 billion.

    Apa yang rakyat ingin tahu ialah apa yang 1MDB gunakan dengan duit RM42 billion (real cash) hasil pinjaman 1MDB dari bank-bank. Tentulah dapat duit sebanyak RM42 billion apabila membuat pinjaman.

    “Real cash” dan “revaluation” adalah dua terma yang berbeza. Rakyat berminat dengan “real cash’ Rm42 billion digunakan untuk apa.

    Saya harap Najib akan terus menjawab berkenaan 1MDB ini. Bukan setakat soalan ini sahaja, tetapi juga soalan-soalan lain yang ditanya oleh Tun dan Rakyat.

  42. 71. Tdm knows his limitation politically.

    72. Jika pm si anak bugis, si mb kedah itu anak si indian?

    73. The grandson of an Indian immigrant and the first Malay commoner to become prime minister of Malaysia, Mahathir Mohamad turned the Muslim-majority Southeast Asian country into one of the developing world’s most successful economies. During his 22 years in power he adopted pragmatic economic policies alongside repressive political measures, and showed that Islam was compatible with representative government and modernization. Abrasive and outspoken, Mahathir emerged as a Third World champion and Islamic spokesman by condemning the West, not least for trying to impose liberal democracy and neo-liberal economics on developing nations. By raising living standards and winning international acclaim, he contributed to a sense of national identity, pride and confidence among ethnically diverse Malaysians. But in mixing business and politics, Mahathir encouraged cronyism and failed to prevent the spread of corruption. Authoritarian and impatient, he jailed opponents, sacked rivals and undermined institutions as he pursued his obsession with development. In retirement, he broke a promise to stay out of politics, falling out with his two successors while using all available means to protect his legacy.

    74. Tdm, as retired pm, should encourage malaysians to be more well verse in economics studies.

    75. It will be great if he spend time to get a phd in this studies to shape umno and bn to be more well verse in this subject.

    76. Economics studies are created because of scarcity.

    77. for other component parties, once bitten twice shy.

  43. Sama-samalah kita bersyukur dilimpahkan kurnia Illahi kesihatan & panjang umur kpd Negarawan Terulung demi keselamatan agama, bangsa & tanah air dari pembelotan & penyelewengan Najib & puak2 Liberal dek terasuk pujukan USA, UK & Spork.

    Di sini saya ingin menangkis serangan puak anti TDM yg menuduh beliau turut membazirkan perbendaharaan berbilion RM semasa pemerintahannya.

    Segala usaha TDM janganlah saja diambil kira dari aspek untung laba perniagaan tapi perlu juga dilihat di sudut perolehan intangible yg manfaatnya untuk untuk jangka panjang. Bukankah kebijaksanaan TDM itu menyediakan ribuan peluang pekerjaan, kemahiran di bidang automobil & teknologi modern dalam heavy industries. TDM ingin mengangkat martabat bangsa yg kita pun boleh berdaya saing, tak perlu lagi mengimport atau membeli dari negara asing. Seiring dgn itu, infrastruktur negara juga dinaikkan taraf guna untuk kemudahan harian komersial & awam.

    Trial & error TDM adalah usaha berani & bukannya inisiatif buluh kasap seperti yg diguna pakai si anak Bugis. Tiap dasar, perancangan, program, semasa pemerintahan TDM adalah telus, transparen & berintegriti tanpa kecelaruan, misteri & hanky-panky.

    Sebelum era TDM taraf hidup Melayu bawahan amat daif & tak berkemampuan di segenap lapangan. Melalui TDM barulah rakyat bawahan mampu memiliki kereta, celik berkomputer, berpengetahuan IT (teknologi maklumat), masuk ke IPT di dalam & luar negara. Beliau juga merubah landskap negara ke arah negara paling cepat membangun & modern sambil mengekalkan imej Islam/Melayu serta kehijauan mesra alam semula jadi. Insya Allah akan saya huraikan di lain kesempatan.

  44. YaAllah
    27 Rajab 1436-H

    Selawat & Salam ya Rasulullah..
    ﺁﻟﻠّﻬُﻢَ ﺻَﻠّﯿﮱِ ﯛﺳَﻠّﻢْ ﻋَﻠﮱِ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤّﺪْ ﻭَ ﻋَﻠﮱ ﺁﻝِﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

    https://youtu.be/dhwdEtO5fJE

    #PerjalananMalaysia
    #BerkiblatKaabah.
    #BersatuUmmah…..
    #Haq ALLAH…….

  45. Selamat kembali ke tanah air selepas mengerjakan umrah Tun.

    Najib kita lihat dalam TV semakin melalut Tun.

    Kesian Najib kesian Rosmah kesian baruah-baruah Najib ….

    Orang tak bencikan UMNO tetapi semakin bencikan Najib dan pengampu-pengampunya….

    Semuga Najib pendek umur hendaknya …

  46. 66. Caspian2015, the ministers who said they dont know anything about 1mdb shows that they must be either sleeping, or tak faham pmo direction.

    67. All they care is whether their voters in their constituencies support them or not.

    68. Debate to Let who see?

    69. To let othet political parties to see you die or I die In umno?

    70. we are in 2015, not 1997.

  47. 27 Rejab 1436
    Salam israk mikraj

    Suatu ketika dahulu..
    Peristiwa Hikmah telah berlaku
    Perjalanan indah seorang PENGHULU..
    GURU kpd segala GURU..

    YaAllah,
    Selawat & Salam kpd Rasulullah.

  48. Tanah Melayu…
    Bani Ta Mim…

    3M
    Ta = huruf ketiga
    Mim =
    Melayu Bersatu
    Malaysia Maju
    Muhamad SAW, kekasihMu..

    YaAllah,
    Selawat & Salam kpd Rasulullah..

  49. Najib bertanggung jawab soal 1MDB
    Najib mesti DIBERI DATE LINE : Tempoh Tarikh ********************
    Beliau perlu menyelesaikanynya penyelidikan 1MDB
    Kita 1 Malaysia menanti jawabanya dalam Transparency context Black & White
    Tidak bolih berdalih lagi Air sudah mendidih
    Perlu juga parti Pembangkang memantau penyelidikan 1 MDB
    Bukan dari pihak Kerajaan sahaaja

    Kegagalan Beliau untuk menerangi masalah 1MDB akan mencerminkan
    Pentakbiran Beliau sama sekali TIDAK BENAR
    INI AKAN MENIMBULKAN KERESAHAN

    Bila Najib itu dateline ?

  50. Assalam Ayahnda yg dikasihi.. sy dapat rasakan ketakutan yg Tun rasakan.. takut melihat kemunduran UMNO dibawah pemimpin yg dia sendiri dipimpin oleh isterinya.. sedangkan waktu semakin menghampiri, hanya kerana nak menyelamatkan kemewahan hidup mereka, rakyat terpaksa membayar..
    hinanya mereka!!

    Sy tahu niat Tun adalah ikhlas mahu memastikan UMNO dan rakyat selesa .. kami perlukan pemimpin yg dapat memastikan Malaysia makmur dan maju, bukan menggunakan duit kami untuk membiayai kemewahan mereka.

    Selagi Allah kurniakan kesihatan, umur dan khudrat Tun.. teruskan biarpun mendapat kejian dan umpatan sebab ALLAH tahu nawaitu kita. Teruskan.. semuanya akan terbukti jua.

    Terima kasih Tun, biarpun Tun boleh shj membiarkan.. tapi mungkin ini ketentuan Allah untuk Tun, membantu kami hingga ke akhir hayat.
    Semoga Allah sentiasa memberikan rezeki kesihatan mental dan fizikal dan diberikan ketabahan buat Tun n isteri

  51. Menyempurnakan Akhlak
    Ikhlas berbudi, tingginya Akhlak..
    Hati yg mati , buruklah Akhlak…
    Akhlak Penyangak, Akhlak Perompak…!!

    Hancur negara,
    pemimpin berakhlak rosak ..!!

    Sempurnakanlah Akhlak murni…
    Akhlak ikhlas menabur budi…
    Barulah ia berdarjat tinggi..
    Bukan seperti sekarang nie…!!!

    #MalaysiaMalaysia

  52. Guru Membina ILMU,
    ILMU dibina, ILMU ditimba..
    Sudah tersedia, terus menimba..
    Andai dipunya, sebarkan ia…

    YaAllah
    Segalanya ILMU milik ALLAH,
    PesuruhMu, Rasulullah.

  53. Selamat Hari Guru 2015

    Tema Hari Guru 2015

    Guru Membina Ilmu,
    Menyempurnakan Akhlak.

    Tugas dan Tanggungjawab sebagi guru berat, jika dianggap berat.
    Mudah, jika mengambil mudah.
    Mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga.

    Lillahita’ala

  54. 3M
    Membaca
    Menulis
    Mengira

    BerDaulatlah Malaysia

    Selamat HARI GURU
    Menuntut ILMU, Menimba ILMU..
    Seikhlas budi, Menyebar ILMU
    Terima Kasih CIKGU…

    Melayu bersatu
    Demi kerana ILMU..
    Bukan utk penuhkan saku
    Bukan utk jadi penipu…

    Malaysia maju
    Bersama ILMU..
    Negara tidak akan ditipu
    Musuh sentiasa memerhati selalu..

  55. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. DS Nazir (adik PM) sarankan ’lembaga yg bertanggung-jawab’ dalam 1MDB supaya bersikap lebih bertanggung-jawab dalam menangani kemelut 1MDB; jika tidak letak jawatan. Tidak lama dulu dia kata, “My strong advise is to put this issue (1MDB) behind us” (as if it’s a small issue).

    2. Sepatutnya beliau terus saja sebut nama DS Najib sebagai orang yang PALING bertanggung-jawab sebab bukankah beliau selaku Penasihat 1MDB @ Menteri Kewangan @ PM yang memungkinkan 1MDB mendapat pinjaman 42 BILLION ringgit walaupun modal permulaan cuma 1 juta ringgit?

    3. Lagipun, kesemua keputusan2 1MDB dibuat tanpa pengetahuan kabinet (ahli2 kabinet termasuk TPM pun ’blur’), tapi bila bermasaalah, barulah timbul fakta yang 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan @ Kerajaan. Sudahlah tanah2 Kerajaan dijual kepada 1MDB pada harga ’ciput/murah’ – penjualan tanah atas ’nasihat’ siapa agaknya?

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  56. Nak buat mcm mana … majlis tertinggi UMNO semua takut dgn Najib 🙁 Semua tak nak muflis . Semua ahli Majlis Tertinggi dah dalam comfort zone,They slowly forgot their role in the party and being blinded by their wealth. Rasa nk msuk UMNO tapi will my voice be heard? who am I for them to listen to my words? But Your words Tun will be heard a thousand miles even when u are just whispering.

  57. If the government treats the citizens like a trash, it will be vice versa…or in malay, kalau kerajaan melayan rakyat macam sampah, rakyat pun meyampah…

  58. As-salam Tun,
    saya ingin menyatakan bahawa saya juga tidak bersetuju atas pemberian BR1M.
    Saya bukan lah graduan yang berkaitan dengan bidang profesional, cuma lah rakyat biasa yang ingin menyuarakan pendapat. Apa yang saya lihat, pemberian BR1M memang membantu. Tetapi dalam pada masa yang sama memanjakan rakyat yang mempunyai tubuh badan yang sihat, serta mampu bekerja dengan wang ringgit bukan lah perkara yang boleh dibanggakan bagi seorang pemimpin. Bantuan wang, akan menjadikan rakyat bergantung harap pada kerajaan dan memupuk sikap ‘tidak berdikari’. Bagaimana kita hendak melahirkan rakyat minda kelas satu, sedangkan dari awal lagi tidak disemai dengan sikap ‘berusaha sendiri’. Kerajaan sepatutnya lebih memfokuskan peluang pekerjaan, pembangunan di negeri-negeri yang masih belum maju. Sedangkan dahulu, semasa negara masih di bawah pemerintahan Tun, rakyat masih boleh ‘survive’ tanpa perlu bantuan wang. Harga barang pula jarang sekali naik mendadak ,atau naik dengan jumlah yang banyak. Berbeza sekali dengan pemerintahan sekarang. Saya berharap, pemerintah sekarang boleh menerima nasihat Tun memandangkan pengalaman Tun lebih lama dalam memerintah. Semoga ada perubahan boleh dilakukan, kami sebagai bakal pemimpin di masa akan datang tidak sanggup meneruskan pemerintahan yang bercorak ‘memberi’ supaya di sokong. Kami mahukan kemajuan, kami mahukan peluang pekerjaan. Bukannya wang ringgit setiap tahun.

  59. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Syukur Alhamdulillah! Tun selamat mengerjakan umrah dan nampak sihat sekembali ke Malaysia.

    Tun pasti telah berdoa di hadapan Kaabah agar Malaysia di jauhi dari pemimpin2 yang korup, lemah, liberal, boros, tiada jati diri Melayu/Islam, tidak bertanggung-jawab, ’blur’ & tidak tahu berfikir, tidak amanah, hipokrit, pro-pembangkang, etc. Semoga doa Tun termakbul dalam masa terdekat ini.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  60. Usaha TDM janganlah saja diambil kira dari aspek untung laba perniagaan tapi perlu juga dilihat di sudut perolehan intangible yg manfaatnya untuk untuk jangka panjang. Bukankah kebijaksanaan TDM itu menyediakan ribuan peluang pekerjaan, kemahiran di bidang automobil & teknologi modern dalam heavy industries. TDM ingin mengangkat martabat bangsa yg kita pun boleh berdaya saing, tak perlu lagi mengimport atau membeli dari negara asing. Seiring dgn itu, infrastruktur negara juga dinaikkan taraf guna untuk kemudahan harian komersial & awam.

    Trial & error TDM adalah usaha berani & bukannya inisiatif buluh kasap seperti yg diguna pakai si anak Bugis. Tiap dasar, perancangan, program, semasa pemerintahan TDM adalah telus, transparen & berintegriti tanpa kecelaruan, misteri & hanky-panky.

    Sebelum era TDM taraf hidup Melayu bawahan amat daif & tak berkemampuan di segenap lapangan. Melalui TDM barulah rakyat bawahan mampu memiliki kereta, celik berkomputer, berpengetahuan IT (teknologi maklumat), masuk ke IPT di dalam & luar negara. Beliau juga merubah landskap negara ke arah negara paling cepat membangun & modern sambil mengekalkan imej Islam/Melayu serta kehijauan mesra alam semula jadi. Insya Allah akan saya huraikan di lain kesempatan.

  61. Sdr Syafiz,
    Adalah diharapkan Sdr dan yang lain-lain jangan sesekali dibuai oleh teori RAHMAN itu.
    Sebabnya ialah sangat jelas apabila nama Tunku Abdul Rahman diguna untuk ‘R’ tetapi nama Tun Abdul Razak diguna untuk ‘A’.
    Bukankah nama kedua-dua mereka bermula dengan hurup ‘A’ iaitu Abdul? Tetapi digunakan secara berlainan semata-mata untuk melengkapkan teori itu.
    Dengan itu teori NAMRAH itu juga hancur dengan sendirinya.
    Siapalah agaknya pensyarah Sdr itu.

  62. 1MDB

    1
    M alaysia
    D ah
    B eku..

    Beku 1MDB Beku….
    Bekukan 1MDB Bekukan..

    #MemandaMemandaDahBeku
    #PRU
    #DesakBertaluMakiSelalu

    1
    M alaysia
    D esak
    B ertalu

    Gua Gua, Lu Lu
    Memanda Memanda Buat Tak Tau….
    Rakyat kelak akan menentu..
    Masa berlalu, PRU ditunggu…

    Memang dia patut dimaki..!!
    Bahana Malaysia…. 1MDB….??
    Bnyak lg, yg lain kontroversi…???
    Bila Laa kau Nak Berhenti..????

    #UndurDiri

  63. Hingga kini Belum Ada Benita mengenai tuntutan kami Fasal 1 MDB
    Pasti Ada Udang di Sebalik Mee Maggie
    Audit Negara Tidur ke ? Atau di Arah Tidur ?
    BPR tidak main peranan ke ?
    Kalau wang Kita simpan luar Negara
    Mari Kita bawa Penyiasat Professional Luar Negara siasat Luar Dalam 1 MDB

  64. Memanda memanda….!!!!!
    Hamba bertanya…???

    Memanda ikhlas…?
    Atau
    Memanda MALAS…..?

  65. Meminjam kata-kata Imam Al-Ghazali,

    Semua manusia itu mati, kecuali yang berilmu,

    Semua yang berilmu itu tidur, kecuali yang beramal,

    Semua yang beramal itu tertipu, kecuali yang ikhlas.

  66. 3M
    Membaca
    Menulis
    Mengira

    BerDaulatlah MALAYSIA

    ILMU itu perlu..
    Bak kata madah…
    Dengan ilmu, hidup jadi mudah.
    Dengan seni hidup jadi indah.
    Dengan agama hidup jadi terarah.

  67. Good day to you Tun & all others.

    I must admit, I’m not your fan BUT I admire TUN for all your contributions and strong statemenship whom only can match by a few in this world.

    While we understand government policy will never go down well with citizens, the blatant disregard of the people’s demand is totally unacceptable.

    If the present government thinks that they have the mandate; they are fooling them self.

    The puppet master will eventually going to pay dearly BUT the burden will on the puppet (the people)!!!!

    Wonder why the minister’s need to compare what has been done (subjective) during your terms to justify their action now? Are they saying that what are they’re doing now nothing different that what TUN did (if indeed it is true)??

    It’s seems like the government is suggesting; you kill someone so its O.K. for me to do the same.

    As such, Is it correct to conclude that my predessor screw up so there is nothing wrong for us to do the same and do it even more…..

    Our minister’s seen as circus monkey, foolishly follow and support the PM by allowing such ridicules circus to continue.

    Not a single minister can able to answer simple question or dare to get logical explanation from their boss for:-

    1) why sell such priced land to 1MDB; even if they ‘lelong’ the land it could have fetch few billion – directly government coffer??

    2) why create unnecessary entity (in total secrecy) and get private individual to enrich themselves and emptied public fund??

    2a) why the TH do not defend his position if the investments is sound and bring profit and benefit its member? Are they so naive to reverse the board decision (almost overnight) after months of evaluations?

    2b) if TH board is so incompetent on such investment decision, is all other investments also done abiterelly and without due deligent? Are we have right people at TH??? Can public still trust TH??

    2c) for TH to qualify that by selling the purchase TH will still gain 5.OMillion is so humiliating; can such a huge investment arm qualify to suggest 188Million return 5million profit. It’s peanuts and rightfully the MONKEY’s are happy about it.

    2d) the makcik selling nasi lemak at street corner have better business sense; perhaps TH can hire her to have better return for such huge capital outlay; better still, just loan to ‘Ah Long’ guranntee have multifold return. No need highly paid ‘Monkey’s’.

    3) what motif of 2 individual to blow up a women who they never met before, they can easily shot and kill her instead of taking such a painstaking process?? Better still, just get someone to finish her off, why they have to do it themselves.

    4) all of sudden our PM gain support from oppositions; is our rulling minister so dumb till they still do see the sign???

    5) coming PRU 14, there is no chance for MCA, MIC and now, UMNO; – just booked their ticket to doomsday and it’s confirmed.

    6) the funny things is – the PR also confirmed their ticket.

    7) we the public need to watch our back; because tsunami is coming.

    8) Apa Lagi Najib Mahu???

    TUN, when the ruling government loss their PRU 14; they going to squarly blame it on you.

    This will be their most easy options, blame you, blame us BUT they will never try to understand the actual reasons.

    It simple theory, they need someone else to carry the burden.

    As long there is no total revamp within the present government and no one dare to challenge the PM; we are done with ………..:::::::::::”””””

    All the monkeys playing ‘Gorila’ songs – they don’t know or have any other song.

  68. Assalam Tun,
    Tengahari ini kami akan bersama ribuan yang lain menyambut kepulangan Tun sebagai menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi dan menunjukkan pada yang berkenaan bahawa suara seorang Tun adalah suara ribuan rakyat marhein seperti kami.

    Sebak campur marah kami dibuatnya apabila Tun diserang oleh orang yang berkenaan sebaik Tun meninggalkan
    tanah air.

    Orang yang berkenaan tahu Tun tidak boleh balas serta merta namun sekurang2 Tan Sri Zam menafikan banyak fakta yang telah di auta orang yang berkenaan.

    Apa lagi Tun balik ni ulaslah sikit apa yang orang yang berkenaan tu dakwa – smash balik kat muka dia.

    Orang ni kat dalam negeri berucap dah nak tiru Anwar – berlagu2 serta menjerit2 tapi bila deal dengan Singapore dia kowtow habis.

    Selamat Pulang yang dikasihi ayahanda Tun – Perjuanganmu Hampir Selesai!

    Kow Tow pada Tun.

  69. Salam Tun,

    Tun has made many good points on chedet but even so, what can the people do? Tun mesti tahu bahawa sokongan kepada PKR hanya kekal kerana tiada pihak di Malaysia yang berani mencabar kerajaan. Dengan polisi-polisi baru yang boleh mendiamkan dan mempenjarakan pihak (atau memufliskan pihak sepertimana Tun kata), siapa yang berani mengorbankan diri mereka sendiri atau keluarga mereka?

    Untuk yang berkemampuan (dan juga yang tidak mampu), terjadilah penghijrahan rakyat ke nagara-negara lain untuk hidupan yang baru.

    Tiada kerajaan yang sempurna dan rakyat (yang bernas) tak mungkin mengharapkan itu juga. Tetapi, rakyat akan tetap mambangkang aktiviti merampas sumber-sumber negara untuk kepentingan sendiri. Lebih-lebih lagi, kejadian seperti ini dilaporkan di akhbar dan majalah antarabangsa. Jatuh reputasi Malaysia yang mengambil masa yang kian lama untuk dibina.

    It takes 20 years to build a reputation and 5 minutes to ruin it. If you think about that, you’ll do things differently – Warren Buffett.

    UMNO is the way to save the government but can they / will they? The other races in Malaysia doesn’t seem like they will / have the capability to, due to many reasons. The Opposition does not have the right ingredients to run the country but if PRU14 happens and nothing has been done till then, we fear there may be chaos in the country.

    Tunlah mungkin suara yang boleh menyelamatkan Malaysia. Tolong bangkitkan UMNO dan Barisan Nasional yang berhak memimpin Malaysia ke visi 2020 yang Tun kongsikan dengan rakyat selama ini.

    We are all Malaysians.

  70. Dearest YAB Tun,

    /// The Star

    PETALING JAYA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) was unable to disclose any details on news that a consortium of banks led by Deutsche Bank has asked for a US$975mil (RM3.5bil) loan to be repaid less than four months ahead of its due date.

    “We are aware of recent press reports and statements concerning a loan taken by 1MDB in September 2014. While we would like to respond in detail, this relates to a confidential banking matter, which prevents us from commenting at the present time,” said its president and group executive director Arul Kanda Kandasamy in an email reply.

    “However, we intend to update the market as soon as we are in a position to do so.”

    A report by Singapore Business Times yesterday said the loan, which was syndicated to five Gulf banks including Abu Dhabi Commercial Bank, is guaranteed by the Malaysian government.

    http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/05/14/1MDB-unable-to-disclose-details-on-loan-report/?style=biz
    ///

    I bet more ‘plots of land’ will change hands. By right, 1MDB must not be allowed to sell the TRX land. 1MDB telah di ‘AMANAH’ kan untuk membangunkan tanah tersebut.

    I just cannot understand what kind of business 1MDB is doing. Is it, “Buy land from the Government at ‘ciput/lelong’ price, and sell at market price..” Like I said before, even a ‘bang*ng’ is able to do that.

    What happened to those overpriced power/energy plants? Now 1MDB has ‘hutang keliling pinggang’.

    PM must resign immediately. Berundurlah demi ‘Agama, Bangsa dan Negara’.

    Thanks Tun.

    *** May Allah SWT bless Tun and family ***

  71. Salam Yg Bhg Tun,

    Tiada jalan keluar melainkan berundur. Diamati rata2 rakyat awam tampak nekad untuk menunggu PRU14 sekiranya tiada perubahan. Bagaimana agaknya sekira PR menjadi pemerintah Negara. Kemungkinan Tn Hj Abd Hadi menjadi Perdana Menteri. Ataupun Anwar Ibrahim dibebaskan dan dipilih menjadi Perdana Menteri.Wan Azizah akan memberikan kerusinya kepada suaminya.Memang perancangan mereka begini ketika PRK Permatang Pauh baru2 ini. Ini akan disokong kuat oleh DAP. Selepas dibebaskan, perkara pertama yang Anwar Ibrahim akan lakukan adalah memburu siapa yang telah menghumbannya kedalam penjara. Mereka akan menggali sedalam2nya kes scandal 1MDB. Siapa yang bersalah kerana kehilangan RM14Billion akan dihumbankan pula kedalam penjara. Mungkin ramai juga pemimpin UMNO/BN yang terlibat sama terpaksa lari meninggalkan negara.

    Ahli2 UMNO terpaksalah berjalan menunduk diri.Presiden sudah lari keluar Negara. Hidup sebagai 3rd Class citizen tidaklah mudah.

    Salam Tun

  72. 1MDB
    Hutang…. memang lebih 40bilion…
    Hilang…. kurang lebih 20bilion….

    Rakyat jelata tanyalah pada diri….!!!

    Andai dapat RM sejuta…
    Bagaimana pula perasaan sendiri…?

    Andai dapat RM sepuluh juta….
    Betapa gembira rasa hati…

    Andai dapat RM seratus juta…
    Belanja tak habis walau keMati…

    Andai dapat RM seribu juta…
    Memang tak habis walau 7keturunan dh mati……!!!!!

    Seribu juta = 1 billion…
    Duit hilang..??. berapa nilai 20bilion….????

    Bak kata Najib….
    HaramJadah…????????
    Ludah ke langit timpa muka sendiri……

  73. Assalamualaikum Tun,

    Tahniah atas segala usaha yg Tun lakukan.Mudah2an Allah akan membantu kita walau dari jalan yang kita tidak sangka2..

    Kedangkalan DS Najib semakin terserlah & kebencian rakyat semakin bertambah..Die skrg bukan sahaja jadi liabiliti org melayu bahkan bangsa lain..juga negara..

    Sambil beratur di kaunter bayaran pasaraya pun org kita sempat mngutuk DS Najib..kerana org kita..tak kire ape bangsa, semakin merasa hidup tertekan..

    Kpd Allah lah kite bergantung harap & memohon pertolongan. Dgn izin Nya jua lah kite berusaha sehabis baik & berdoa..

    Rahmat Tuhan menentukan..

    Biar kita terkorban dlm perjuangan..dari hidup memijak bangsa..

    Selamat berjuang tun !

  74. Assalamualaikum Tun,

    Semoga Tun selamat menjalankan ibadah umrah. Semoga Tun dapat doakan agar negara dan rakyat negara ini sentiasa selamat, aman dan makmur.

    Isu 1MDB masih lagi menemui jalan penyelesaian. Apa-apa yang berkaitan dengan 1MDB penuh dengan misteri. Bahkan Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri tidak tahu mengenai 1MDB. Pergerakan Pemuda juga telah membuat laporan polis mengenai 1MDB kerana mereka juga tidak tahu berkenaan 1MDB. Datuk Hishammudin juga mahu agar forensic audit dibuat kerana beliau pun tidak tahu berkenaan 1MDB. Datuk Shafiee Apdal juga mahu Najib jawab isu 1MDB kerana beliau juga tidak tahu bagaimana nak jawab mengenai 1MDB.

    Bagaimana sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia mampu memiliki hutang RM42billion tanpa seorang menteri kabinet pun tahu mengenainya? Sepatutnya, mana-mana syarikat milik kerajaan yang ingin mendapat hutang sampai RM42 billion perlu mendapat kelulusan kabinet atau kementerian kewangan terlebih dahulu. Bagaimana 1MDB ni boleh terlepas sehinga mendapat hutang sehingga RM42billion? Mampukah hutang sebanyak RM42 billion ini jejaskan ekonomi negara? Sememangnya segala yang berkaitan dengan 1MDB ini penuh dengan misteri.

    Saya menyokong penuh kenyataan TPM bahawa amat penting kerajaan mengamalkan “good governance” dan “tranparency”.

    Baru-baru ini AG baru berkata akan beri prelimenary report berkenaan 1MDB pada bulan hadapan. Ini pun satu misteri. Saya mungkin silap, tapi setahu saya tiada soal siasat dibuat. Tiada pula rampasan dokumen-dokumen di 1MDB. Bahkan berkenaan duit kata ada di bank Singapura dengan dokumen palsu pun tiada apa-apa tindakan. 1MDB berjalan seperti biasa. Tiada usaha-usaha untuk membawa Jho Low balik ke Malaysia untuk disoal siasat. Kalau perkara-perkara ini tidak dibuat, bagaimana agaknya findings report itu nanti.

    Pastinya ramai pihak termasuk pembangkang, menteri-menteri, ahli-ahli parlimen, ahli UMNO, ahli majlis tertinggi dan rakyat yang akan meneliti report itu nanti dengan penuh teliti.

  75. 53. Deutsch bank out, mulia group masuk?

    54. Sue tony puah?

    55. Nik abdul slammed lim kit siang?

    56. Macc freezed 375 logger accounts?

    58. Japanese bank masuk?

    59. Belum bertanding lagi, umno dah hilang 50 percent votes.

    60. even if you want islam financial hub to be prime a property, no one will buy.

    61. It will end up like ghost hub, tall buildings with empty office spaces.

    62. No one buy, means bailout.

    63. Well, the curse of rahman will be a reality.

    64. Takpa, sokong pkr jadi pm pun boleh.

    65. Mereka melayu jugak ma.

  76. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Presiden PAS, Hadi Awang, nampaknya telah memberi ’sokongan moral’ kepada PM Najib @ Ah Jib Gor, dan mahu PM supaya tidak meletak jawatan. Ini perkara yang amat pelik. UMNO/PM patut rasa ’curiga’. Tetapi ini tidak mengejutkan kerana semenjak Tun M mula mengkritik kelemahan PM, saya sudah agak yang Pembangkang akan memberi sokongan kepada PM kerana mereka tahu yang PM adalah ’faktor utama’ yang boleh menyebabkan BN/UMNO tumbang pada PRU-14.

    2. PM Ah Jib Gor nanti akan jadi seperti Pak Kaduk, ’menang sorak, tapi BN/UMNO tumbang, dan maruah bangsa Melayu tergadai’. Kumpullah lagi ramai ’tukang sorak’ (’I love PM’ / ’I support PM’) terutama dari bekas2 pemimpin Pembangkang seperti Tunku Aziz, Ezam, Zahrain, etc., dan tampilkan mereka setiap hari di kaca TV untuk ’menyerang/mengutuk’ Tun M. Taktik ini amat berkesan untuk menambah / menimbulkan perasaan meluat/benci rakyat terhadap UMNO/BN.

    3. Tiba2 Tun M jadi musuh nombor satu UMNO/BN. Ini lagi teramat pelik sebab rasa-rasa nya Tun M memang pengundi tegar UMNO/BN.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***

  77. 42. When injustice is done, how to mend such broken hearts, politically?

    43. Let ds anwar ibrahim out as a free man without conditions.

    44. If umno leaders are good, pkr can never win over them.

    45. Ds anwar ibrahim is pkr mentor, and I am pretty sure tok det will be more than willing to let him out so that he can reunite with his beloved wife, children, grand children and parents before you leave us forever.

    46. It is umno last chance to right thing out.

    47. Jika betul2 kira, umno should apologize to ds anwar ibrahim.

    48. let altantuya rest in peace.

    49. because of the negligence of our police force in protecting our international tourist, our AG should apologize to the arents of altantuya, and pay the pampasan accordingly because she does not need to be killed in the name of islam, very uncivilized.

    50. Both azizan and sirul do not need to be hanged, and they should be free and unite with their families untuk mengemaskan dan menegakkan agama rasmi kita sebagai rakyat malaysia.

    51. The lawyers for these 2 officers should appeal for them.

    52. This malaysian case will be served as the common benchmark case for malaysian and the global justice to make the world a better place to live.

  78. Memetik kata kata dari blogger “Jebat must die” tentang pemimpin umno yg sekarang ini selalu bersikap uturn:

    All this inconsistencies show that politicians are not really honest and righteous when it comes to the people’s need and queries. They will only act when their position is in jeopardy.

    Same goes to the pro-1MDB people in the sidelines like Tunku Abdul Aziz. It doesn’t matter if Tun Mahathir had bailed out companies when he was the Prime Minister. This has been talked about way back during Pak Lah’s administration, where the unofficial policy at that time was to denigrate and disparage Tun Mahathir’s legacy.

    The main issue NOW is the questions about 1MDB which have not been answered.

    The rakyat themselves are asking the same questions. Will Tunku Aziz and all the pro-Najib cybertroopers will then tell the rakyat: “Hey rakyat, you can’t get the answers because you also have bailed out several companies in the past!”

    How come, in the effort of diverting the real issue, all these parasites and “pelesit” and “jemuan” have become stupid?

    Are they the proponent of “if the people don’t know what we’re doing then the people won’t know what we’re doing wrong”?

    Good luck in answering the people. Please do not dumb down the public by attacking Tun Dr Mahathir. It won’t work. Pak Lah learned this lesson the hard way. Anwar Ibrahim still didn’t learn that lesson. If this current administration repeating this mistake, then they are wishing their own political demise.

    Tun Mahathir is just the messenger. If you don’t know from who the message is, you are truly stupid.

  79. salam Tun,

    saya setuju dgn Othaman Ahamad

    Tun begitu dikenali dan dikagumi di negara luar. Pengalaman saya ketika berada di Turki dan Bandung,Indonesi, rakyat di sana amat2 mengkagumi Tun, malah melayani saya dengan baik kerana saya rakyat Malaysia.

    ” you from Malaysia?”
    “Yes!”
    “…Oh’ thank god’s…I love Malaysia …I love Mahathir”

    antara perbualan yang ditanya. So, dari situ sahaja cukup untuk kita tahu dan menilai sejauh mana peranan Tun di dalam mengembangkan nama Malaysia di serata dunia. Tidak perlu di huraikan panjang lebar…

    anak saya yang kecil secara tidak langsung kenal nama Mahathir- Mantan PM Malaysia yang banyak jasa dari keburukannya.

    Rakyat negara luar begitu taksub dan mengharapkan Tun jika dapat mentadbir Negara mereka. Mereka bangga jika pemimpin mereka berfikir seperti Tun.

    Jadi saya sebagai rakyat Malaysia bangga memiliki Tun yang pernah memimpin Malaysia.

    jasa seperti ini yang kita perlu kenang hingga anak cucu bukan pemimpin yang korup atau melakukan jenayah.

  80. Assalamualikum Tun. Saya harap Tun dan keluarga sihat sejahtera.

    1. Saya ingin Tun tahu bahawa banyak lagi rakyat termasuk saya sendiri yang menyokong Tun walaupun PM Najib telah memenangi undian. Saya ingin berkongsi suatu cerita di mana seorang driver teksi berkata ” Sabah dan Sarawak perlu buka mata, tanya Najib pilih rakyat atau GST?” Memang undian juga banyak datang dari Sabah tetapi tidak dapat dinafikan terdapat manusia yang hidup dalam pedalaman, mereka mana tahu sangat pasal politik dan tidak ambil kisah, jika diberi wang bagi mereka sudah cukup. Bukan menyalahkan mereka, tetapi sepatutnya penjelasan kepada mereka harus diberi. Ini benar berlaku. Harus disedarkan, contohnya BRIM diberi. Terdapat yang sanggup guna boat pulang balik semata mata brim makan kos juga if guna pengangkutan. Saya sokong Tun. Najib harus menjelaskan 1MDB. Even waktu krisis Malaysia Airlines, yang hanya nampak di kaca TV memberi penjelasan banyak Hishamuddin. Mana perginya PM Najib? Tidak seperti Tun M sering kali menitik berat dan ambil tahu even dah bersara. You are my idol, Tun. I love you 🙂

  81. Dear Tun,

    Semoga Tun dan Tun Siti Hasmah sehat. Selamat berada di tanah suci, semoga Allah senantiasa memberi petunjuk hidayah serta rahmahNya.

    Tun yang dikasihi, kami mengerti perasaan Tun, kerana kami juga turut merasainya. Apabila aduan dan luahan kita tidak didengari. Malah mereka yang berada di atas itu semakin menunjukkan ego dan tiada rasa malu. Mereka gunakan media kerajaan utk menghina Tun serta cuba memusing fokus kpd Tun pula.

    Semalam kami tengok Tunku Aziz di tv3 bertalu-talu memburukkan Tun. Siapakah dia ini, apakah sumbangannya kpd negara ini, kpd bangsa melayu dan orang islam? Adakah dia ini seorang melayu islam? Kerana lidah dia sedikit pun tidak menunjuk yang dia seorang melayu, adakah dia boleh bertutur bahasa ibunda dia? Kalau benar dia itu betul kenapa dia dulu dalam DAP? Semalam semasa dia buat sidang media itu dia tampak jelas membaca teks skrip yang sudah disediakan, dan tampak jelas dia terkial-kial teraba-raba membaca teks itu. Kenapa? Sebabnya skrip itu bukan dia yang buat sendiri. Dia cama disuruh membaca digunakan oleh orang tertentu utk menghentam Tun. Sungguh pathetic orang seumpama Tunku Aziz ini.

    Tun, jangan Tun bersedih atau kecewa di atas semua yg berlaku kini. Bersabarlah kerana Allah maseh ada bersama dgn orang yg benar. Walaupun ahli-ahli akar umbi Umno kelihatan seolah menyokong segala tindak-tanduk ketua mereka, percayalah Tun Mahathir the masses are still with you. Segelintir sahaja yg maseh bersama mereka yg tidak amanah itu. Mungkin yg lain hanya menunggu masa sahaja.

    Tun, we know how you feel as a father you have tried your very best to correct what has gone wrong, to put things back on the right track. Unfortunately your successors not only failed but have betrayed bangsa, agama, negara and have put Umno under the limelight, making others from other races and religion laugh at us the malays. I cannot see whether there will ever be another malay leader who would lead the people and country like you did. You left us untimely in 2004.

    Don’t despair Tun, don’t lose faith. You know that you can lead a mule to water but you can’t make it drink. Time will definitely prove how right you are and how DSNajib and his tribe and other malaysians will have to pay for what they have done.

    Take good care Tun Dr Mahathir. You always have this special place in our hearts.

  82. Tun,

    1. Saya sedang berfikir, adakah Najib bodoh atau penasihatnya yang bodoh?

    2. Saya sedang merenung, adakah Najib bodoh atau menteri kabinetnya yang bodoh?

    3. Saya merasa pelik, Najib merasakan dirinya bagus tapi dimana saja saya berada samada di KL, kampung, kedai kopi, dalam beberapa group wasap/telegram secara rambang dalam 20 orang saya nak cari 1 orang yang suka Najib pun susah. Kalau Rosmah rasanya hampir semua benci padanya.

    4. Saya hairan, mengapa majlis tertinggi UMNO tidak berani meminta Najib berundur? Sedangkan hasil 2 PRK yang baru lalu jelas kemerosotan sokongan rakyat kepada BN.

    5. Mengapa pemimpin di Malaysia tidak seperti di Korea atau Jepun, jika pemimpin itu dikhuatiri korup menguruskan wang rakyat atau disyaki bersubahat melakukan jenayah, maka mereka akan berundur secara terhormat.

    6. Sedih kami memikirkan PM seperti Najib yang perasan ….

    Sekian Tun.

  83. Salam Yg Bhg Tun,

    Pemimpin2 PR menyokong penuh ketegasan DS Najib untuk tidak meletak jawatan termasuk Mat Sabu. Mereka sudah nampak peluang cerah kemenangan PR dalam PRU14 nanti kerana selagi DS Najib menerajui UMNO/BN, selagi itu rakyat akan memihak kepada PR. Selamat tinggal UMNO. Seperti yang dinyatakan Allah didalam firmannya “Setiap sesuatu yang menimpa kamu itu adalah disebabkan oleh diri kamu sendiri”.

    Salam Tun.

  84. Salam Tun .

    Mengenai teori RAHMAN , semasa saya belajar di kolej ada pensyarah saya bagi tahu pelantikan PM mengikut teori RAHMAN. Secara ringkas nya :
    R- Rahman
    A- Razak
    H-Hussien
    M-Mahathir
    A- Abdullah
    N- Najib

    So selepas Najib siapa. Lecture saya bagi tahu selepas teori ini ia akan berpatah balik mengikut NAMHAR. So pendapat saya

    N- Najib
    A- Anwar ka
    M- ?
    H- ?
    A- ?
    R- ?

    Saya tak tahu betul ke tidak. Sama2 kita tunggu.

  85. assalam Tun..

    minta diperhebatkan pembongkaran isu2 salah laku Najib yg makin keterlaluan menindas rakyat..

    insyaAllah dimedia sosial terutamanya FB akan diviralkan..

  86. Sebenarnya PM Najib ni Pemimpin ke Di Pimpin ?

    Sekiranya berlaku pertukaran PM Najib
    Saya berpendapat UMNO mesti melantik Tun Mahathir
    menjadi Penasihat Negara Malaysia secara Official
    Bermakna Suara Beliau adalah suara Arahan
    Tun tak perlu akti Tun sudah bersara
    Malaysia perlukan Tun sekarang

    Setelah Pak Lah dan Najib gagal
    Haruskah Malaysia Gagal lagi ?

    Si Botak sudah terbau hasutan anasir luat di Putra Jaya
    Bukan saja penasihat British , malah penasihat ini akan bersekutu dengan
    Agenda Negara Asing terutama Singapura
    Malah mereka juga akan bersekutu dengan Pembangkang.
    Malaysia akan DiKhianati

    Jika Najib atau UMNO sudah tidak Yakin jadi Imam Negara
    Sampai perlu gajikan penasihat British di Putra Jaya
    Biarlah kami Rakyat Malaysia menukar Kiblat

    Kita bolih terima nasihat luar , seakan juga kita perlu mendengar nasihat Kawan kawan yg bodoh juga yg pandai ,Kita ambil yg baik sajalah
    TETAPI Tak perlulah kita sampai nak mengajikan Kawan , tinggal di rumah kita

    Jangan Sampai nanti Anak Bini kita mereka Kejutkan , Najib !

    Najib awak Tidur dimana sekarang ?
    Penasihat British tidur di Bilik awak atau tidur di rumah tertamu ?

    Jika tak yakin jadi PM atau amik ringkas hanya nak berlagak jadi PM
    Tak berani nak hadapi cabaran ,Lucutlan lah Keris kamu Najib

    Kaum Dayak pun bila sudah dapat merdeka akan menghayati kemerdekaan mereka
    Bodoh , Kunuh mereka , mereka akan urus sendiri

  87. Salam Tun,

    Saya mohon Tun boleh cari cara menghapuskan GST dan selamatkan Malaysia dari CORRUPTION. Berbillion-billon ringgit sudah hilang macam itu saje.
    Saya tidak setuju dengan Tun tentang negara diperintah oleh Pakatan. DAP sekarang buat dengan amat bagus di Penang, semua orang Penang menikmati faedahnya. Bukan hanya orang Cina yang dipentingkan, Melayu dan kaum lain juga dapat faedah2 kerajaan yang baik dipimpin oleh Pakatan. Selangor juga salah satu contoh yang baik. Tak kira kami anak Melayu, Cina atau kaum lain, kami semua anak Malaysia. Walaupun kulitnya berwarna lain, tapi dalamnya semua berdarah Merah. Kami seharusnya saling menolong dan membangunkan Malaysia, bukan saling men-corrupt wang Malaysia yang dimiliki oleh Rakyat.

  88. https://youtu.be/dhwdEtO5fJE

    TETAMU SENJA…
    Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
    Bila cukup detik kembalilah
    Kita kepadaNya
    Kita datang ini kosong tangan, kosong dada
    Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala..

    Pada tetamu yang datang
    dan
    Kenal jalan pulang…
    Bawalah bakti mesra
    Kepada Tuhan, kepada Insan
    Pada tetamu yang datang
    Dan
    Lupa jalan pulang…
    Usahlah derhaka pula
    Pada Tuhan, kepada insan…

    Bila kita lihat manusia lupa tempat…
    Atau segera sesat ..
    Puja darjat…
    Puja pangkat…
    Segera kita insaf kita ini punya kiblat…
    Segera kita ingat kita ini punya tekad…

    Bila kita lihat manusia terbiar larat
    hingga mesti merempat
    ke biru laut,
    ke kuning darat…
    Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
    Harus kita tegas sembah
    Seluruh rasa belas….

    Kita datang ini satu roh satu jasad..
    Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat…
    Kita datang ini satu roh satu jasad..
    Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat…

    https://youtu.be/wm_vKff_5e0

  89. Assalamu’alaikum Tun,

    Moga Allah lanjutkan usia Tun dan terima kasih kerana petua Tun tempoh hari yang kami amalkan setiap terjaga dari tidur iaitu membaca Alhamdullilah 100 kali..

    Terlebih dahulu saya hendak tegaskan di sini bahawa teori RAHMAN akan berakhir tidak lama lagi setelah kejatuhan Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen atau melalui permilihan agung UMNO berkat usaha Tun menyedarkan rakyat serta ahli-ahli UMNO.

    Maka malam ini pertama kali kami siarkan teori baharu kami sempena menghargai jasa pengorbanan Tun iaitu semua pembaca boleh agak MAHATHIR bermula dengan;
    M – Mahyuddin
    A – Ahmad Zahid (tapi jam tangan dia banyak dan mahal2 pulak) kena banyak berubah dan muhasabah diri jangan cepat melenting jangan pemarah sangat ikut macam Tun banyak semyum tapi tegas – imej garang kena tukar zaman sekarang tak sesuai. Orang jawa kat Johor lemah lembut setahu kami dari selatan ni tapi tak tahu sebelah Perak jawa garang dan cepat naik angin. Biar A ni sepuluh kali jangan A satu lagi Anwar – minta dijauhkan. Maka Mahyuddin kena kerja kuat kembalikan keyakinan rakyat pada UMNO dan BN.
    H – Hishamuddin (tapi sekarang dia tak sayang mulut) komen Tun over sangat tak umpama orang tua,tak macam arwah bapanya Tun Hussein yang sangat hormat orang yang lebih tua darinya dan betapa Tun Hussein sedih apabila melihat ayahnya Dato Onn tidak pernah dihargai semasa hayatnya tetapi sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri beliau menjemput Tunku Abd Rahman dan diraikan dalam perhimpunan agung UMNO tiada dendam kesumat sedikit pun. Dahulu masa Tun announce nak bersara dia yang mula2 lari menerpa ke arah Tun seraya bertanya Why, why, why. Kami kesian kat Hisham dia ni bukan orang lain sedara kami, atuk dia(Dato Onn)peg daerah Batu Pahat masa tu cakap dengan anak2nya suruh main dengan anak2 atuk saya(cuma pengusaha kantin Batu Pahat Club masa tu) katanya itu bukan orang lain sedara kita. Tapi Hisham tidak kenal kami tapi pakcik kami sebijik muka Hisyam. Berubahlah Hisham jadilah macam arwah bapa awak budi pekerti sangat mulia!

    Yang lain2 tu pembaca penuhkanlah ya atau tunggu dia dipenuhkan kelak.

    Maaf kami pada Shafie Apdal ini hanya satu ramalan dan gurauan semata-mata.

    Wasalam dan Respect Tun.
    Kami respect sebab Tun tak pernah kowtow pada sesiapa pun demi kebenaran.

  90. Salam Tun,

    Keadaan politik di Malaysia semakin parah.

    Tambah menggusarkan, jauh sekali membanggakan.

    Pemimpin dipilih, anak bangsa yang merintih.

    Sampai bila penyalahgunaan kuasa akan berleluasa?

    Malaysia ini milik kita!

    Jangan sampai kita semua menjadi alpa.

    Sehingga Malaysia terjajah semula.

    Bila lagi akan terbuka?

    Pintu hati dan tingkap minda?

    Sedarlah wahai ketua-ketua..

    Jawatan mu bukan sekadar nama..

    Tapi amanah yang akan ditanya jua..

    Apa jawapan mu tika ditanya?

    Dihadapan Allah nanti bila tiba masanya..

    Sedarlah wahai pemimpin..sebelum masanya tiba..

    Buat Tun…actually, you are the one who is truely not alone. Semoga Tun dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Amin.

  91. Semasa persidangan ASEAN yang lepas, Rosmah memakai baju merah menyala.

    Dalam barisan hadapan tempat duduk, kemerahan Rosmah memang menyerlah. Mungkin dia ada penasihat pakaian dia sendiri kot.

    Tapi masa saya kursus satu masa dulu, saya juga memilih warna merah dan memakai warna merah sepanjang masa kursus tersebut.

    Namun kerana tidak berpuashati agaknya ketua kursus kepada saya, maka beliau melabelkan warna merah adalah warna bermasalah.

    Beliau yang kata. Bukan saya kata.

    Lagipun manager bank saya serahkan kepada saya untuk jadi manager bank pada hari itu sempena adanya kursus tersebut. Lantak la ketua tu nak cakap apa, aku kan manager bank, kan?

    Betul Rosmah, kan?

  92. Sampaikan MT sendiri mintak dipanggil mereka untuk memberi sedikit sebanyak idea yang boleh diketengahkan.

    Nampak sangat jarang benar MT berkumpul diajak berbincang mengenai keputusan keputusan penting.

    Setakat tengok cara setting aktiviti forum dah cukup dah. Pemyumbang suara berada di tengah tengah khalayak ramai.

    Memberi buntut kepada orang dibelakang dan memberi sisi kiri dan kanan kepada orang di kiri dan kanan masing masing.

    Siapa punya setting tu kalau tidak mengikut cara Barrack Obama di Amerika nung?

    Takkan lupa kot Dato Najib ooii bahawasanya masa sembahyang Jumaat khatib berada tinggi memandang jemaah jemaah sekalian di hadapannya. Bukan membuntutkan jemaah yang datang mendengar.

  93. TNB dalam perundingan dengan 1MDB berkenaan jana kuasa.

    Maximus menteri bertanggungjawab menjawab pertanyaan wartawan.

    Apa motif 1MDB ditubuhkan kalau setakat cari makan di dalam negara dengan belian harga murah kemudian menjual kepada syarikat dalam Malaysia juga dengan tujuan keuntungan berlipat kali ganda?

    Dah tentu secara logiknya Maximus tu hanya bertaraf menteri dan orang orang TNB pun lebih kurang kuasanya dari Menteri dan sedangkan penasihat 1MDB adalah Perdana Menteri sendiri.

    Sebagaimana hanya dengan nasihat Perdana Menteri Tabung Haji bersetuju menjual semula tanah yang dibeli dari 1MDB.

    Perdana Menteri kita ni jadi penasihat kepada siapa sebenarnya? Tabung Haji kah atau 1MDB kah?

    Rasanya itulah namanya konflik of interest.

    Lepas ni pasti TNB juga terjerat dengan 1MDB.

    Kenapa? Kerana dah termaktub nama Perdana Menteri sebagai penasihat 1MDB kan.

    Takkan itu pun tak boleh fikir wahai Dato Najib ooii

  94. The Hidden Secret
    May 12, 2015

    Tun Razak sikit la punye hebat tapi Najib sebaliknya…

    ###############################

    iman tak dapat diwarisi…
    dari seorang ayah yang bertaqwa…
    ia tak dapat dijual-beli…
    ia tiada di tepian pantai…

    https://youtu.be/n0X_yHblJm4

  95. Salam Tun,

    Semasa Pak Lah jadi PM, Tun jarang kelihatan di TV dan surat khabar. Bila Najib naik, ada jugalah Tun keluar. Ramai yang ingin mendengar buah fikiran Tun. Satu ketika dulu, semasa Tun jadi PM, kami sekeluarga mengikuti berita TV3 pukul 8 hampir setiap malam untuk mendapat inspirasi dari sidang media Tun atau ucapan2 Tun.

    Dalam sebulan dua ni nampaknya TV3 dah jadi pentas untuk ‘menghentam’ Tun. Pelbagai pihak diketengahkan untuk kononnya membalas ‘serangan’ Tun terhadap Najib. Selera saya nak tengok berita TV3 dah berkurangan. Tapi ramai ahli akar umbi UMNO dan rakyat jelata, saya kira menonton berita TV3 setiap malam. Saya berharap mereka dapat menilai setiap berita berkenaan Tun secara bijak.

    Syukurlah dengan adanya internet dapat juga membaca blog Tun.

    Terima Kasih Tun.

  96. Tun,

    1- UMNO dalam bahaya.

    2- Parti-parti yang bernaung dibawah BARISAN NASIONAL juga tidak lagi menunjukkan minat mahu bersama-sama memainkan peranan yang jitu pada PRK-PRK yang lalu.

    3- Boleh dikira hanya beberapa ramai sahaja ahli-ahli dari parti-parti lain turun bersama-sama ahli-ahli UMNO untuk berkempen.

    4- Pasti akan terjadi PRU-14 UMNO akan menjadi sejarah.

    5- Masih ramai lagi ahli-ahli UMNO yang berkepentingan merayap-rayap dan dahaga didalam UMNO.

    6- Parasit-parasit ini perlu dihapuskan segera sekiranya mahu melihat umno terus memerintah dan memperjuangkan nasib orang-orang melayu.

    7- DS Najib dan seluruh sekutu-sekutunya didalam UMNO perlu melepaskan jawatan.

    8- Jika tidak pada PRU-14 akan datang UMNO dan BN akan menjadi sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila.

    9- Saya ahli UMNO yang sayangkan parti dan generasi akan datang berharap akan berlakunya reformasi besar-besaran pucuk pimpinan tertinggi parti dan juga seluruh parasit-parasit dihapuskan dengan kadar segera.

    10- Malangnya tun terlalu awal melepaskan jawatan kepada Tun Abdullah dan DS Najib.

  97. Salam Tun,

    Rakyat biasa seperti saya amat berterima kasih kepada Tun kerana masih sudi memberi sumbangan demi kepentingan Negara. Apa yang Tun buat sekarang adalah demi masa depan rakyat Malaysia dan kaum bumiputera khususnya. Tun tidak peduli apa orang cakap asalkan Tun telah memberi pandangan Tun untuk isu-isu penting Negara.

    Semasa Tun menjadi PM dulu, undi yang BN perolehi amat tinggi baik di kawasan majoriti melayu atau sebaliknya. Ini disebabkan Tun popular di kalangan kaum melayu dan juga bukan melayu. Kenapa? Pada saya ini kerana Tun membela hak2 kaum bumiputera dengan amat lantang dan pada masa yang sama tidak menidakkan hak2 kaum lain. Kaum bumiputera ketinggalan dalam hampir semua bidang. Jika tidak dibela nasib mereka, jurang perbezaan akan lebih besar dan ini merbahaya untuk kestabilan dan keselamatan negara.

    Tun juga telah menanam semangat Malaysia Boleh dengan jayanya sehinggakan banyak perkara yang kita tidak terfikir boleh dilakukan, telahpun dicapai. Pemerintahan Tun telah meletakkan nama Malaysia di tahap tertinggi.

    Terima kasih Tun.

  98. Menurut hemah sy, apakah tiada langsung “conscience” di dalam hati setiap menteri dan anggota kabinet untuk menegur dan memberi amaran kepada bos mereka ini. Apakah setiap menteri telah digula-gulakan atau diacukan senapang supaya senyap dan terus memberikan sokongan tak kira apa jua kesalahan dan kontroversi najib. Sekiranya betul ini yang berlaku, najib mungkin sudah bertaraf ketua mafia dan sangat mustahil untuk diturunkan. Ini adalah satu malapetaka.

  99. Salam..

    Pemimpin atasan sibuk berbalah dan tidak boleh mendengar teguran. Seorang pemimpin bijak tidak akan bertindak mengikut perasaan sebaliknya mengambil sesuatu pandangan sebagai tapisan pentadbiran.

    Bila seorang pemimpin tidak nampak apa yang diusahakan untuk kemajuan rakyat Malaysia sendiri dalam bentuk kehidupan. Konsep Eyeque cukup mudah “social in education”. Bunyi agak pelik dan tidak masuk akal tapi cukup bermakna pada sesiapa yang memahami. Di sebalik bersosial guru atau pensyarah dapat mencurahkan ilmu pada forum eyeque yang disediakan. Pendidikan tambahan percuma untuk menjadikan Malaysia negara berkualiti.

    Dari sini kita dapat menggunakan masa bersosial sambil belajar. Sesuatu yang mengarut pada seseorang yang pertama kali mendengar dan menerima konsep kami ini. Bagaimana kita boleh menerima idea pelik dari barat sepatutnya begitu juga kita memberi peluang pada generasi muda untuk mengembangkan teknologi di Malaysia.

    Ubah cara pemikiran kita usah di takuk lama. Beri sokongan untuk terus ianya bangun. Cukuplah para pemimpin berbalah demi kepentingan diri sendiri. Rakyat perlukan perubahan dari semua aspek termasuk teknologi yang paling utama. Terima kasih Tun Mahathir.

    Amir Al Hafiz
    Co-founders of Eyeque
    http://www.eyeque.net
    “make your life more valuable with Eyeque”

  100. Assalamualaikum.

    Tun,

    Saya mohon Tun buka dalam blog ini satu topik khusus untuk mengetahui peratus sokongan rakyat kepada Najib mengikut 2 fasa pentadbirannya:

    1. Peratus sokongan anda kepada Najib sebagai PM dari tahun 2009-2012 ;

    A. 0%-25% B. 26%-50% C. 51%-75% D. 76%-100%

    2. Peratus sokongan anda kepada Najib sebagai PM dari tahun 2013-2015 ;

    A. 0%-25% B. 26%-50% C. 51%-75% D. 76%-100%

    Syarat survey, satu id hanya satu undian sahaja.

    Saya yakin mereka yang mengundi akan memberi jawapan yang ikhlas.

    Keputusan survey juga secara online seperti:

    1. Bilangan memilih A=? ; B=? ; C=? ; D=?

    2. Bilangan memilih A=? ; B=? ; C=? ; D=?

    Sekian Tun.

  101. Salam YAB Tun,
    Sebagai tambahan kepada komen saya tadi, mengapa saya kata kerajaan bersifat kejam terhadap semua pekebun kelapa sawit termasuk warga FELDA kerana kadar cukai GST yg dikenakan kepada hasil jualan kasar buah kelapa sawit pada dasarnya adalah 6%. Tetapi untuk memdapatkan minyak masak sebanyak 1 tan memerlukan bahan mentah (buah kelapa sawit) sebanyak 5 tan( nisbah 5:1). Jadi 5 tan didarap 6% =30%. Pekebun kelapa sawit telah dikenakan cukai (GST) sebanyak 30% untuk 1 tan minyak masak!
    Sekian. Terima kasih.

  102. Salam YAB Tun,
    Majoriti rakyat Malaysia merasa bangga dan terhutang budi dengan Tun, kerana kepimpinan Tun yg sangat prihatin terhadap semua rakyat selama ini.Kini rakyat mulai faham mengapa hutang 1MDB memberi kesan yg sangat buruk terhadap rakyat dan ekonomi negara.Keputusan PRK di Permatang Pauh dan Rompin telah membuktikannya.
    Disebabkan hutang 1MDB yg sangat tinggi nilai RM meredum,Taraf (rating) hutang negara dalam keadaan bahaya, berkemungkinan diturunkan. Dana tabung kewangan seperti TH,KWAP dan KWSP berkemungkinan akan digunakan untuk menyelamatkan (bail out) sykt 1MDB. Yg paling kejam sekali ialah semua rakyat Malaysia juga terpaksa menanggung hutang 1MDB dengan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Majoriti rakyat jelata telah kesempitan kerana kadar inflasi yg tinggi telah dibebankan lagi dengan GST.
    Kerajaan juga berlaku kejam terhadap semua pekebun kelapa sawit termasuk warga FELDA dengan mengenakan cukai (GST) ke atas hasil jualan kasar buah kelapa sawit sebanyak 6% walaupun buah kelapa sawit adalah bahan mentah yg belum diproses menjadi minyak masak. Pihak kerajaan harus memahami bahawa orang kampung telah dibebankan dengan kenaikkan harga baja, racun rumpai, barang keperluan harian dll kerana GST.
    Saya sangat bersetuju dengan apa yg Tun telah katakan bahawa BN akan tumbang pada PRU14 jika masalah kepimpinan dan masalah rakyat tidak diselesaikan dengan secepat mungkin. Sekian,Terima kasih.

  103. Assalamualaikum Tun dan Salam sejahtera kepada semua pembaca. Di sini saya nak beri sedikit pandangan tentang masalah yg dihadapi oleh kita semua.

    1. saya terbaca dalam surat khabar bahwa najib tidak akan berundur dari jawatan Pm sebab masih percaya bahwa org Umno masih sokong beliau.

    2. Dia percaya bahwa suara rakyat tiada yg menolak beliau.

    3. Gst ?

    Jawapan dan pandangan saya:
    1. Saya percaya jawapan Tun.

    2. Saya dah lihat di Fb ramai org muda yg kutuk Najib. Tapi apa yg beliau buat. Berdiam diri dan buat bodoh mcm tidak ada apa2 yg berlaku. Padahal kita sebagai pemimpin harus terima pandangan rakyat di media2 , youtube laman social. Tapi najib dalam blog pon ruangan komen pon tiada. bagaimana suara rakyat nak dengar. Banyak cerita2 atau kontroversi yg tidak dijawab oleh najib. Jika saya PM saya pon akan ambil keputusan untk berhenti. Saya tak mahu nama saya buruk dimata rakyat malaysia dan negara luar.

    3. Saya terbaca kenyataan menteri bahawa banyak negara maju pakai gst. Bagi saya negara kita tak perlu ikut negara luar. Saya percaya negara luar lebih menghormati malaysia jika negara maju tanpa Gst. Apa yg saya nampak Gst hanya nak tampung hutang negara.

    4. Lebih baik berundur jika tak mahu malu pada PRU 14. Saya percaya negara kita akan berperang jika pakatan menang. saya lihat sekarang kerajaan banyak gunakan polis untuk menutup kesalahan org2 tertentu. Saya dengar Umno banyak main duit. Saya tak hairan lah kenapa najib tak berundur.

    Saya berfikiran terbuka bukan nak sokong siapa2 pon. ini pendapat saya. Saya bukan nak tuduh org ni salah org tu betul. Saya pon sayang Umno. Sayang Tun. Bila tengok Tun keseorangan saya sedih. Sudah banyak jasa Tun kepada negara kita. Jujur saya katakan susah saya nak sokong najib jika begini pentadbiran nya. Banyak kelemahan kerajaan sekarang. Saya sependapat dengan Tun tak kisah siapa yang ganti najib asalkan ikut undang2 .

    Tabahkan hati Tun. We support Tun.

  104. KETIKA CINTA BERTASBIH – Melly Goeslaw feat Amee

    Bertuturlah cinta
    Mengucap satu nama
    Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
    Cinta yang bertasbih
    Mengutus Hati ini
    Kusandarkan hidup dan matiku padamu

    Bisikkan doaku
    Dalam butiran tasbih
    Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
    Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
    Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

    Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
    Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
    Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
    Sujud sukur padamu atas segala cinta

  105. Assalamualaikum Tun.

    Kalau boleh saya tak nak sangat mencampuri urusan politik pentadbiran semasa ini. Tetapi kerana seperti semua sedia maklum, kita kita ini menurut perintah ketua kadangkala membuta tuli dan setia tidak bertempat.

    Seperti yang telah saya nyatakan dahulu bahawa masalah sekarang ini perlu diselesaikan pada peringkat dalaman UMNO sendiri atau pun melalui pilihanraya.

    Saya bersetuju dengan Daniel Noor.

    Saya kira saya juga berhak bersuara mahupun menyuruh pengikut pengikut pembaca saya di dalam UMNO, (walaupun saya bukan ahli UMNO) bersuara dan berbuat sesuatu dalam membetulkan keadaan supaya Dato Seri Najib mendengar dan menerima kenyataan bahawa nasihat nasihat yang beliau terima dari kalangan mereka yang terdekat adakalanya adalah tidak betul.

    Saya kira saya berhak bersuara kepada ahli ahli UMNO kerana saya turut bersama sama berdiri dengan bekas Perdana Menteri yang bertugas selama 22 tahun dengan jayanya.

    Malah seperti saya menulis sebelum ini bahawa saya turut berjaya memberi idea dalam menyelesaikan MH17 dan Krisis Pentadbiran dan Ekonomi 2008.

    Saya tidak memperoleh sebarang habuan. Cuma suatu ketika saya diberi pelepasan menulis tanpa tapisan dan approve secara terus di dalam blog ini. Ia umpama kepunyaan blog saya sendiri.

    Itu tiada masalah bagi saya. Saya lebih sayangkan ibu bapa saya dan orang orang terdahulu dari mereka. Biarlah perut ibu saya sejuk mengandungkan saya, dan doa doa dan sedekah bacaan Al Quran saya sampai kepada arwah bapa. Saya tidak dapat membalas jasa mereka membesarkan kami selama kami masih kecil sehingga kami meningkat dewasa. Cuma itu dapat saya lakukan untuk mereka.

    Nasihat saya, tegurlah pemimpin anda. Itu adalah pekerjaan anda. Anda bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab anda.

    Kadangkala kita memikirkan tentang kehidupan kita, tetapi untuk menjadi seorang pejuang itulah harga yang perlu kita bayar. Bukan semata mata untuk mencapai self esteem dalam menyertai pertubuhan.

    Ingatlah kita perlu membayar dengan sesuatu harga untuk sebuah pengorbanan.

    Hidup dan matiku hanyalah untuk Allah (seperti yang kita selalu baca semasa sembahyang).

    Terima kasih Tun.

  106. Rakyat semakin marah, setiap hari api bertambah. Takut nanti jadi benda tak sepatutnya di Malaysia.

  107. Peace!

    Najib dan Rosmah telah menjadi seperti Ferdinan dan Imelda Marcos.

    Mereka sudah tidak ada rasa malu. Mereka anggap rakyat bodoh. Memang betul pun rakyat bodoh… Survey membuktikan ramai rakyat Malaysia tidak peka isu 1MDB. Tapi itulah… Nak salahkan rakyat Malaysia pun tak boleh jugak sebab kebanyakkan rakyat Malaysia cuma fokus untuk cari makan, cari duit untuk anak isteri dan tak ada masa nak sibuk-sibuk untuk fikir pasal 1MDB. Maklumlah, hidup semakin susah jadi terpaksalah fokus untuk cari makan, cari duit.

    Tun Razak sikit la punye hebat tapi Najib sebaliknya.

    Masalah Najib yang paling besar ialah Rosmah… Ini bukan perkara baru. Sejak dari Najib jadi Menteri Pertahanan lagi saya dah dengar kisah-kisah tentang Rosmah.

    Bila dah jadi PM, Permata diwujudkan dibawah JPM dan Rosmah jadi boss Permata. Ratusan juta Ringgit disalurkan oleh Najib kepada Rosmah.

    Tak puas dengan Permata, 1MBD ditubuhkan tanpa merujuk kepada kabinet atau Parlimen.

    Tak puas lagi… Jet kerajaan digunakan oleh Rosmah keliling dunia. Kesian Najib kena naik pesawat TUDM. Tapi sebab sayang atau takut dengan Rosmah, Najib sanggup je naik pesawat TUDM. Sikit pun tak ada rasa malu Najib dan Rosmah ni. Diorang pekakkan telinga je bila orang mengata.

    Tak puas lagi… Beli jet baru.

    Tak puas lagi… Upgrade jet punye interior. Harga upgrade puluhan juta ringgit. Sapa yang bayar kalau bukan rakyat Malaysia yang tak ada masa nak pikir pasal 1MDB sebab sibuk nak cari makan untuk anak isteri?

    Ini semua adalah SALAH GUNA KUASA oleh Najib! Salah guna kuasa ini dibiarkan sahaja oleh MT UMNO dan menteri-menteri kabinet. Mereka tetap sokong Najib!

    Kepada Rosmah… Sementara Najib masih lagi jadi PM, enjoy your life to the fullest.

  108. PRK Parlimen Rompin Dan Permatang Pauh:Adakah Kemenangan Yang Dicari ?

    Dan sebenarnya, PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh kali ini bukan pentas politik semata-mata untuk menguji pertembungan di antara UMNO dengan PAS atau UMNO dengan PKR. Tetapi yang lebih utama, PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh kali ini adalah pentas untuk menguji keutuhan tahaluf siyasi diantara PAS, PKR dan DAP. Begitu juga dengan UMNO, PRK di kedua-dua parlimen tersebut adalah pentas untuk menguji sejauh mana kesan tentangan Tun Mahathir terhadap Dato Seri Najib ke atas prestasi UMNO khususnya di Parlimen Rompin.

    Artikel Penuh :

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2015/05/prk-parlimen-rompin-dan-permatang-pauh.html

  109. In our Parliament recently, an UMNO MP during his speech told a story…

    “There was a father who gave RM100/- each to his 3 sons and asked them to buy things and fill up a room completely.

    First son bought hay for RM100/- but couldn’t fill the room entirely.

    Second son bought cotton for RM100/- but couldn’t fill the room entirely.

    Third son bought a candle for RM1/- and lit it up and the room was filled with light completely.”

    The proud UMNO MP declared, “Our Prime Minister NAJIB is like the third son. From the day he has taken charge of his office, our country is filled with the bright light of prosperity.”

    A voice from the backbench asked, “Where is the remaining RM99/-??”

    Now the whole nation is asking this same question!!

  110. AsalamualaikumWBT..

    Selawat & Salam ke atas Junjungan..
    Salam sejahtera utk Tun dan keluarga…
    Selamat beribadah, ucapan iringan…
    Doakanlah hamba dan rakyat jelata..

    Semoga segala yg tercinta
    akan subur semula…

    3M..
    Melayu Bersatu..
    Malaysia Maju..
    Muhamad SAW, kekasihMu…

  111. Sekarang ini, pegawai EPU telah diheret ke muka PAC untuk beri keterangan.

    1MDB punya angkara, kenapa pegawai kerajaan di EPU pula yang yang ditonjol?

  112. Najib Lu kalau malas nak memikul Tanggung Jawab sebagai PM
    Sampai mengambil orang luar sebagai Penasihat
    Lu Harus letak Jawapan

    HARAM UNDI SAYA UNTUK UMNO

  113. Mengambil penasihat British di Putra Jaya ?

    APAKAH MADSUD INI SEMUA TUN MAHATHIR ?
    APAKAH MADSUD INI SEMUA TUN NAJIB ?
    APAKAH MADSUD INI SEMUA ANGGOTA UMNO ?

    Ini Tindakan Dayus
    Ini mengkhianati Rakyat
    Ini PM Malaysia Tun Najib Permalas
    Ini sifat tidak bertanggung Jawab

    KAMI MENYOKONG UMNO BUKAN UNTUK DIJAJAH BRITISH
    ATAU MANA MANA BANGSA ATAU NEGARA

    APA ERTI UNDI KAMI ? APA ERTI UNDI KAMI ?
    APA ERTI DEMOKRATIK ? APA ERTI KEDAULATAN ?

    Harapkan Pagar Pagar makan Padi
    Harapkan Mamak Mamak minum Todi
    Harapkan Najib Dayus sekali

  114. kepada tun,

    saya prihatin kegusaran tun. Sesuatu perlu dilakukan untuk membuktikan rakyat tidak percaya kepimpinan pm najib. Memandangkan pm najib sangat percaya beliau disokong ramai kenapa tidak lakukan pilihanraya tidak rasmi melalui online yang menunjukkan keputusan terkini kepimpinan kerajaan. Sudah tentulah ini dibawah suruhanjaya pilihan raya. keputusan yang adil dan telus. saya yakin pm najib akan setuju dan sahut cabaran ini.

  115. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. PM patut terima hakikat yang beliau GAGAL dalam mengurus dan mentadbir Malaysia.

    2. Tun M mungkin menang kurang dari 50 undi pada 1987 dalam pemilihan UMNO, tetapi lebih dari 2/3 rakyat masih percayakan kepimpinan beliau. Dan beliau membuktikannya pada setiap PRU yg beliau terajui – ini FAKTA, bukan auta.

    3. PM Najib @ Ah Jib Gor tidak disokong oleh majoriti rakyat (hilang majoriti 2/3 dan hilang undi popular) dan hakikat ini mesti beliau dan pemimpin2 UMNO lain terima. Jika rakyat tidak lagi menyokong Presiden UMNO, beliau patut di minta untuk meletak jawatan kerana rakyat yang akan mengundi pada pilihanraya. Undi ahli2 UMNO saja (yang kemungkinan besar ada yang protes secara senyap) tidak cukup untuk menang pada pilihanraya.

    4. BerUNDURlah wahai PM Najib sebelum anda diundurkan dengan cara yg akan melakar sejarah hitam dalam keturunan anda dan juga UMNO.

    5. Tun, saya mohon Tun supaya tidak terkesan dengan ‘serangan’ dari PM yang sudah mula ‘melatah’ dan ‘merapu’. Beliau lupa yang Tun berusaha keras untuk membolehkan (dengan izin Allah SWT) beliau berada di tempat sekarang. Orang yang lupa diri dan derhaka akan menerima akibat buruk.

    6. Kepada PM, jika anda masih tidak boleh menjawab soalam2 berkenaan 1MDB, elok simpan sajalah pendapat anda tentang Tun M, sebab bukan Tun M yang menjadi ketua Kerajaan pada masa ini. Biar sejarah menilai Tun M, dan biar sejarah jiga menilai anda selepas anda bersara.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  116. Assalam mualaikum,

    saya doakan semoga tun sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

    Kita tahu akan bagaimana pemikiran Tun dalam segala hal.Akan tetapi kenapa masih ada pihak yang tidak mahu mendengar pandangan Tun akan hal-hal negara yang begitu serius yang melibatkan masa depan negara dan anak bangsa kita.Walaupun saya hanya orang kampung,tetapi saya ada rasa sayangkan negara,cintakan negara,rasa bimbang tetap ada akan melihat keadaan ekonomi,politik negara.Sebagai orang kampung,kami cukup terasa akan kesan GST.Mahu beli sesuatu barang mesti kai akan berpikir dua kali.Selepas kenaikan harga barang apa yang keluar dari mulut ayah saya adalah “kita akan kembali kepada masa dahulu,dimana kita orang kampung akan masak guna dapur kayu dan makan ubi seperti dahulu.

    Jikalau Tun menjadi PM semula pun saya rasa majoriti rakyat malaysia akan menyokong cadangan itu.Sebagai orang kampung kami bukan mahukan duit semata-mata,tapi kamu hanya mahukan hidup selesa tanpa ada keluh kesah,rungutan,kebimbngan dalam hati.Akan tetapi,jika hendak membeli telur pun kami ada rasa resah,tiada guna juga kalau negara kita maju tetapi orang kampung terasa susahnya.

  117. GST,1MDB & TH: Saya Penerima BR1M Tidak Akan Undi BN

    Saya telah menerima BR1M sebanyak 3-4 kali. Sebelum PRU 13 saya juga menerima BR1M dan jujur saya katakan pertimbangan mengundi saya dipengaruhi oleh wang BR1M yang saya terima.

    Pada masa itu saya tidak merasakan ia rasuah kerana pertimbangan saya mengundi Calon BN di Parlimen Wangsa Maju mengambil kira penghormatan saya kepada Mantan MP Yang Berkhidmat Wee Choo Keong yang dianiaya PKR.

    Tetapi kini saya merasakan ia rasuah jika saya undi BN pada PRU 14 kerana keyakinan saya pada BN dan UMNO amat amat menurun.

    Saya seru kepada semua penerima BR1M agar tidak undi BN kerana BN mentadbir kerajaan dengan arrogance dan ignorance, mereka bg BR1M bukan lagi ikhlas tapi mahu beli kita….ambil BR1M dan dont vote unless…baca selanjutnya di..

    http://mustaqimabdulrahman.blogspot.com/2015/05/gst1mdb-saya-penerima-br1m-tidak-akan.html

  118. Saya sokong. Orang muda (gen Y & Z) mungkin tak berapa menghargai jasa Tun…. Tapi kalau yang tua2 tu buat2 lupa. Bukankah Melayu mudah lupa? Bukan adab Melayu tak mengenang jasa.

  119. Former Israeli president Katsev jailed 7 years for rape.
    Former Israeli premier Olmert sentenced 5 years for corruption involving a ‘ miserly’ 10 mil.
    Former Israeli chief askhenazi Rabbi charged for corruption n money laundering yesterday.
    Imagine the laws meted to the lower downs. Direct opposite here.
    The religion is not tainted, the jewishness continues.
    Do emulate them

  120. TUN,

    Salam apa yang Tun tulis adalah benar belaka , pada pendapat saya mereka yang ada didalam umno tidak ikhlas memperjuangkan parti seperti zaman Tun memperjuangkan parti umno dan menaikkan martabat orang melayu Malaysia adalah sebuah Negara yang makmur dimana kaum melayu dapat merasakan kemajuan Negara dan hasil Negara yang juga melahirkan ramai cendiakawan orang melayu yang kini menjawat jawatan tinggi disektor awam mahupun kerajaan . Kini sudah berubah orang umno mahu pun menteri hanya menjaga kepentingan sendiri bak kata Tun kalau bukan orang melayu tolong melayu siapa lagi harapkan kaum lain jauh sekali >Saya amat yakin dan bersetuju pendapat Tun bahawanya PRU14 BN akan kalah sebab rakyat sudah tidak percaya kepada kerajaan 1MDP,Tabung Haji dah sebagainya ,saya sebagai rakyat biasa amat sedih kerana kita akan hilang suara atau orang melayu akan datang sekiranya BN atau parti umno kalah pada PRU 14 akan datang ,apakah orang harus meminta sedekah ditanah air sendiri atau dijajah lagi

  121. Assalamualaikum atok apa khabar. Me and my husband like to read ur blog and discuss about the issue you that atok bring up. Please stay healthy and Allah bless atok and the rest of the family despite all the things that happened in Malaysia.

  122. Tun,

    Nak buat lagu mana?
    Berbuih dah mulut kita dok kata
    Tapi dia buat derk ja
    Yg MT dok nganga saja ka?
    Yg kerabat diraja apa cerita
    Ni rakyat dah tak mau dah kat dia
    Awat depa dok sengap saja?

  123. Salam

    Disini saya ada beberapa persoalan tambahan. Jika sesiapa yang boleh dan layak menjawab silakan.

    1. Apakah yang terjadi tentang isu kapal selam negara?

    2. Adakah DSN berada di sabah untuk uruskan perihal kapal selam negara?

    3. Apabila wang not baharu diperkenalkan, apa terjadi kepada wang note yang lama?

    Adakah wang note lama ini boleh ‘dikitar semula’ yakni digunakan untuk membuat pelaburan di luar negara?

    4. Jika kadar ringgit yang semakin lemah adakah disebabkan oleh lambakan wang ringgit di seantero dunia seperti wang IDR kerana didagangkan rendah di pasaran dunia

    5. Adakah MOF bertanggung jawab keatas wang note yang lama ini atau disimpan di dalam ‘National Treasury’

    Harap boleh dijawab persoalan generasi anak muda

  124. Assalam mualaikum,

    Apa yang saya lihat Najib ini lebih memilih untuk tenggelam bersama UMNO dari berundur diri nya sekarang. Saya yakin dia juga dapat info di lapangan yg majoritas rakyat tidak berapa senang dengan cara dia mentadbirkan negara. Tapi dia juga di beri dukungan dan ‘ encouragement ‘ dari Penasehat2 dan Konsultan2 dia dan dari keluarga dia juga. Najib lebih memilih untuk mengikut saranan dan nasehat dari org2 Professionals dari Rakyat jelata.

    Malah sekarang kita semua boleh lihat cara Najib berpidato, terutama sekali kalau dia nak memalukan Tun. Cara dia bercakap dan berceramah lebih Kurang ajar sekarang banding dulu.

    Yang boleh suruh dia berundur ialah ahli2 UMNO yg 3 juta itu dan perwakilan2 nya. Tapi semua tahu, Najib sudah ‘ pegang ‘ semua Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian termasuk beberapa Mentrri dan Timbalan Menteri.

    Masalah nya orang Melayu ialah bangsa yg bertoleransi dan suka bertolak ansur. Mereka merasa berat untuk berkeras secara terbuka dan mereka juga lebih suka ikut apa kata ‘ ketua’ nya.Itu sebab kaum lain senang saja seret kita seperti lembu. The Malays will only become emotional and angry if you touch sensitive issues such as their religion, their race and their families. May 1969 was a good reference.

    Kalau orang Melayu mau di hormati dan di segani oeh kaum lain, Najib harus berundur. Dan yg boleh menyuruh dia berundur ialah ahli2 UMNO dan perwakilan.

    UNLESS Najib prefers the masses to stage big and massive demos nationwide seperti apa yg terjadi pada Marcos, Suharto, PM Thailand or Pakistan.

    But this can be bloody which will not be good for everybody.

  125. Ayahanda Tun

    1. Selamat menunaikan umrah semoga memperoleh umrah yang mabrur daripada Allah SWT.
    2. Saya senada dengan ayahanda Tun agar DS Najib berundur baik dengan sukarela atau di turunkan.
    3. Saya tidak lagi memperayai kepimpinan DS Najib. Banyak sangat yang tidak telus dan tidak nampak usahanya untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.
    4. DS Najib telah banyak mungkir janji dan ini ialah salah satu daripada ciri2 orang munafiq. Nauzubillahi min zalik.
    5. Tindak tanduk DS Najib semakin hari semakin memualkan dan takut2 ia mengundang kemurkaan Allah.
    6. Saya mengharapkan ayahanda istiqomah dalam usaha ayahanda meletakkan yang hak dan menolak yang bathil.
    7. Saya yakin pertolongan Allah akan datang bagi membela yang hak dan menolak yang bathil.
    Wallahuaklam.

  126. Bulan lepas sewaktu menghadhiri majlis perkahwinan anak saudara, kami saudara-mara berbual isu semasa & menyentuh insan bernama Dr. Mahathir. Kebetulan seorang dari kami yg masih diguna pakai oleh pihak KTM untuk menyelenggarakan khidmat kereta api di Jeddah & Medinah sewaktu musim haji memberitahu nama Mahathir amat dikenali & dihormati oleh penduduk tempatan di sana dan juga tetamu2 Allah dari setiap pelusuk dunia. Di sana bila mereka ketahui kita dari Malaysia, pasti mereka akan sebut nama Mahathir walaupun Dr. Mahathir dah lama berhenti dari jawatan PM. Seolah-olah sinonim sekali Malaysia Itu Mahathir atau sebaliknya. Nama2 gah seperti Anwar, Hadi Awang, Nik Aziz, Abdullah Badawi maupun Najib Abd Razak, langsung tak dikenali oleh mereka. Itulah barakah yg dikurniakan Illahi kpd Negarawan Terulung kita.

    Apapun Dr. Mahathir sebagai insan tidak dapat lari dari kekhilafan tapi bukan kesalahan selama 22 tahun pemerintahannya. Beliau memimpin & bukan dipimpin. Beliau meletak nama Malaysia di PETA dunia. Langkahnya mempercepatkan waktu (1/2 jam) diterima pakai & diiktirafkan pihak Maritim dunia, termasuk kiasu Spore. Beliau sentiasa jadi buruan pemberita Akbar & media tempatan dan dunia luar. Beliau Pemikir hebat dan ucapannya sentiasa jadi headlines atau tajuk berita seluruh jagat. Kehebatan serta keberaniannya cukup menyerlah ketika diwawancara dalam Hardtalk oleh pihak BBC berhubung kezaliman Zionist yahudi terhadap Palestin, matawang antarabangsa, serangan PBB ke atas Iraq, lagak USA menjadi polis antarabangsa dll. Hingga ke saat ini pun walau telah tidak pegang jawatan PM & dah lanjut usia, beliau masih diiktiraf seluruh dunia & sering dijemput memberi ucapan forum di persada antarabangsa.

    Namun masih ada insan2 seagama & sebangsa yg terus menghina serta mengecam Negarawan Terulung ini.

    11 May 2015 at 18:49

Comments are closed.