RASUAH

1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor dari mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif. Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewat keputusan dan pelaksanaan.

2. Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

3. Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima 100 juta Ringgit rasuah akan dikenakan tindakan samada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

4. Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.

5. Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.

6. Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses kearah bertamaddun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.

7. Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.

8. Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna oleh mereka.

9. Ramai yang terima bahawa sumpah mereka apabila ditunai maka penerimaan mereka menjadi halal.

10. Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia adalah sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah. Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.

11. Ada juga mereka yang berpendapat bahawa jika duit rasuah yang mereka terima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang dari orang yang ingin menyedapkan hati mereka.

12. Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.

13. Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang mereka terima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.

14. Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun dari punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dari dosa rasuah.

15. Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai perlaksanaan ibadat ini.

16. Tidak ada dalam Al Quran atau Hadith yang sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.

17. Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik. Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini adalah oleh kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah. Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian dari dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.

18. Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahguna kuasa Kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit Kerajaan dengan cara yang salah. Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihanraya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan yang tinggi dan kuasa yang berterusan untuk menerima rasuah lagi.

19. Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah bahawa walaupun terlepas dari hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka dari api neraka.

ENG VERSION
CORRUPTION

1. Corruption is a crime that is considered shameful and dirty by all human society. It is considered more dirty than theft. The reason is because while stealing is perpetrated against people who have, corruption targets the poor and needy. The fate of the poor is worse for having to give bribes. Poor societies and countries cannot be developed because corruption increased costs and curtail decision making and implementation.

2. There are those who try to justify corruption, claiming that if the money received is not used for the purpose of the bribery made, then it does not amount to corruption. It is not a crime and it is therefore legitimate (halal). Therefore, accept kickbacks, because it is not a crime and it is lawful if it is not used for the original purpose the bribe was given.

3. While bribery money may not be used for the purpose it was given for, the money or giving a bribe is still a crime and it cannot be lawful. High officials who accept bribes of 100 million ringgit will be penalized irrespective of whether they fulfilled or not the purpose for which the bribe were given.

4. Some say corruption is not included in the hudud crime. It will not be punished in the world. It is only in the hereafter (akhirat) that corruption will be punished.

5. This opinion seems to belittle the law of the akhirat and encourages corruption because no one will be punished in this life.

6. It is this sort of opinion that destroys moral values of human society and hinders the process towards being civilized. This society cannot be trusted because of low moral.

7. In the recent elections the ruling party handed over money, rice and electrical goods as a means of bribery to win votes.

8. The recipients were asked to swear ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, so that they vote for the party that bribed them. If they failed to vote as they had solemnly sweared, then all what were given to them are forbidden (haram) to eat or used by them.

9. Many accepted that their oath, when fulfilled, made what they received become lawful.

10. Actually what was given to them is illegal because it is bribery. Bribery is bribery, and will remain unlawful both to the giver and receiver. Not implementing the objectives of bribery will not make the bribe legal. Recompense in the world may not occur because those giving bribes are also supposed to be responsible for controlling bribery. These people are more sinful because they are deliberately not fulfilling their responsibility to prevent corruption, but in fact they are the ones corrupted.

11. There are also those who are of the opinion that if the bribe money that they received are used for charitable or religious purposes, then they may be atoned from their sins, in fact they may even get rewards (pahala). These opinions come from people who wanted some self reassurances.

12. Actually, the proceeds of theft or corruption remains unlawful. Charity or deeds of worship will not make unlawful money lawful.

13. There are numerous people who are ready to receive money to perform the Haj and Umrah without asking from where the money they are going to receive comes from. We are not forced by religion to perform the Haj if we cannot afford it. We are not forced to steal or rob or resort to a crime of corruption in order to perform the Hajj.

14. But there is an opinion that this deed of worship, even if performed with funds from sources that are dubious, will mean the fulfillment of the fifth pillar of faith and those that contributed towards the Hajj expenses will have the sins of their corruption atoned.

15. Islam provides certain flexibility so as not burden the followers of Islam that they have to resort to crime to finance the performance of this deed of worship.

16. There is nothing in the Qur’an or authentic Hadith which tells Muslims to practice corruption or rob or steal in order to perform good deeds and charity.

17. The reason for the existence of people who are trying to legalize corruption is because of mere worldly self interests, such as politics. In societies that legalize bribes, the powerful and the rich oppress the poor. This is because the administration would bear the cost of corruption. Security of the people will also be neglected because government funds will be misappropriated. The authorities will fool the people all the time.

18. This is why those who have the intention to abuse the power of the Government are willing to give bribes with money obtained by lawful or unlawful means or using government money in the wrong way. For them bribes given during elections is an investment that will generate higher revenue and continued power to accept more bribes.

19. Remember, O givers and receivers of corruption, that even though you may get respite from the laws in the world, but in the hereafter corruption will not save you from the hellfire.

58 thoughts on “RASUAH”

  1. 52. If you think nep is the only way to unite parti2 melayu, teruskan saja.

    53. If umno nep is adil and effective, we wont see the rise of pas pkr and now pan.

    54. Betul atau salah, it wont make any differences.

    55. Whoever become the next pm, hakikatnya adalah sama saja kerana kaum melayu dan bumiputra pasti akan merebut2 jawatan pm ini.

    56. No worries life will go on as usual.

    57. We still need to work to raise our family just like major race and minority races in the country.

  2. Salam Dearest YAB Tun,

    PM Najib @ Ah Jib Gor is the ‘BAPA PERASUAH’ Malaysia.

    RM 2.6 BILLION (RM2, 600 Million) was deposited into his PRIVATE account.

    RM42 Million SRC International’s money was channeled into his PERSONAL accounts. Did he return this money? Nope!

    His ‘dedak eaters’ (those ‘kaki fitnah / kaki bodek’) are fed with ‘duit haram’… Stolen money – ‘Makan Suap’! HARAM!

    Thanks Tun.

    *** May Allah S.W.T. bless Tun and family ***

  3. 45. Pendek kata, kaum cina dah patah hati dengan cara peraturan politik melayu.

    46. Jadi, bersih atau tidak, ia tak akan menghidupkan semangat patriotism kaum cina.

    47. Petaling street, the oldest china town in kl pun dah tukar kepada bangladesh town.

    48. It means parti2 politik kaum cina gagal mempertahankan jalan petaling.

    49. You think dap mampu menghidupkan semangat patriostism kaum cina dengan politik rhetorik yang asyik cari gaduh dengan mca?

    50. Dap wont go far, and can they maintain kl, penang, selangor, johor atau perak if they keep playing with street wise politics?

    51. The end result is dap will be an opposition party no matter how they play.

  4. Aslm.

    RASUAH KRONISME

    Bila kita kaji kesemua mahajutawan atau billionaire di Malaysia, kita akan nampak satu corak yang konsisten dengan Kronisme, yang secara sistemik bermula di era pemerintahan Tun.

    Kaedah mahajutawan ini menjalankan bisnes, banyak bergantung kepada ‘sokongan’ dari kerajaan dengan melibatkan kontrak ‘direct negotiation’, monopoli, lesen AP dan kaedah lain yang berbaur rasuah.

    Contohnya, monopoli gula selama lebih 30 tahun yang dipegang Robert Kuok, terikat dengan sokongan kewangan terhadap individu dan kelompok politik yang terpilih.

    Begitu juga dengan pemberian lesen AP, IPP dan tender infrastruktur yang melibatkan belanjawan berbillion ringgit dengan komisen besar untuk kroni hingga melonjak kekayaan mereka ke tahap sekarang.

    Apabila monopoli beliau ditamatkan, Robert melarikan bisnes ke China, Singapura, Indonesia dan menghentikan sumbangan @rasuah politik. YTL juga merungut dan merajuk bila kalah tender, kerana sokongan dari mantan-PM sudah tidak laku lagi dan banyak tokoh korporat marah dengan Najib kerana ‘grease payment’ mereka dipandang sepi.

    Trend yang sama dapat dilihat pada mahajutawan lain yang selama ini telah membentuk satu kelompok atau oligarki yang mampu menerjah kedaulatan negara melalui peras ugut ekonomi.

    Malang bagi mereka kerana, walaupun tanpa sumbangan @Rasuah politik dari mereka, Najib mampu mengurus negara dengan baik.

    Percubaan kerajaan untuk mengawal kuasa oligarki ini, pada hakikatnya, adalah sebenarnya faktor mereka bersatu untuk menjatuhkan Najib kerana bimbang TRANSFORMASI yang sedang diatur oleh kerajaan UMNO di bawah pimpinan beliau akan memperkasa ekonomi Melayu.

    Selepas kegagalan perlaksanaan NEP di bawah Dr Mahathir, oligarki ini mahu mensabotaj pula usaha kepimpinan UMNO untuk mengimbangi kuasa ekonomi. Perubahan yang cuba diusahakan oleh kerajaan UMNO akan mereka lawan habis-habisan melalui NGO tempatan dan bantuan jaringan kuasa dan propaganda media asing.

    Terima kasih Tun.

    http://www.karl-iskandar.ml

  5. 38. If like that, no need to have private sector.

    39. Being the head of the country is to solve macro problems.

    40. If you think joining the political parties is to get rich, to dictate or get lobbied, then be prepared to be played out one day politically.

    41. I sure hope not to see another economic cycle thats full with anger, sabotage, power abuse and name calling that make malaysia less attractive.

    42. Unfortunately, when comes to my way or your way, the situation turns ugly.

    43. Tiap2 kali pun macam ini.

    44. You tak letih ke?

  6. 27. Even china with huge population is moving into quality economy, not quantitative economy.

    28. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Tamil_language.

    29. Tamil is the national language of 2 countries, singapore and sri lanka though malaysia has tamil language schools.

    29. Its still come back to chicken and eggs argument.

    30. You think bahasa melayu as chicken can be replaced by bahasa arab after 60 years of merdeka?

    31. Siapa yang tak betul?

    32. Siapa yang kacang lupa kulit.

    33. Dah merdeka berpuluh2 tahun, thats why malaysia is a free country, dont you agree?

    34. Dont forget, malaya, sabah and sarawak formed malaysia via westminster parliamentary system meaning voters are required to vote in every 5 years.

    35. The rest is history.

  7. Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    1. Tun, saya berasa amat terkesan (sedih) membaca luahan hati Tun Hasmah seperti berikut:

    http://www.sinarharian.com.my/nasional/saya-terkesan-bila-tun-dihina-1.537824

    Tun mesti tahu yang saya dan ramai lagi rakyat Malaysia amat menyanjungi dan menyayangi Tun berdua. Tun dan Tun Hasmah janganlah terlalu bersedih dengan sikap serta tindakan-tanduk ‘tidak bermoral dan macam budak kecil bergaduh’ DSN & konco-konco beliau terhadap Tun sekeluarga. Allah S.W.T. maha mengetahui keikhlasan Tun. Majoriti rakyat Malaysia akan sentiasa kenang dan hargai segala budi dan jasa Tun kepada Malaysia dan rakyatnya.

    2. Izinkan saya Tun:

    Saudara ‘Daeng’, W’salam, terima kasih di atas nasihat anda.

    Saya cuma tidak boleh tengok orang dung* ini berterusan menghina dan memfitnah Tun.

    Sudahlah “cakap tidak serupa bikin”.

    Biasanya, orang yang terlibat dengan rasuah dan menyokong perasuah memang tidak ada rasa malu – muka tidak tahu malu seperti PM Najib @ Ah Jib Gor.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  8. YABhg Tun

    mofaham58 point is taken but the problem here is when the shark is too big seemingly immune to being impeached in parliament with a speaker who is a lame tuna, when the shark can’t be prosecuted challenged, accused , indicted , arraigned , charged and brought to court to face justice with a slippery eel AG around ,who is trigger happy to shoot any adverse reports , when the shark wont allow himself to be questioned, criticized or cast aspersions on, with a horde of awestruck blue-spotted mullets to protect him and be his spokespersons, when the shark wont allow anybody to school him without tearing them limb from limb, when there is a pedukang tweet king who tweet and twat away legitimate reports and speech on the shark as being subversive and seditious then what can the small poor defenceless fries and other fishes do ? as the shark is king of the ocean. Some fish do bite the shark’s portrait to pieces as it is better than tearing their scales out of sheer frustration .

    But the ocean is unforgiving one small misstep and you will drown in it !

  9. Lim Guan Eng arrested for talking about Najis’s scandal.
    Now the chinese people should approach China govt to take action against Najis but make sure not against Malaysia, since Malaysians co exists well and the cancer cell is Najis.

  10. 20. Sepandai tupai utara melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

    21. Sepandai tupai dari timur laut melompat, akhirnya jatuh ke laut jua.

    22. Brexit is a good example of political crisis that made brits regret in voting leave eu.

    23. Rasuah, atau lobi, itu terpulang kepada parti2 politik tempatan khususnya melayu dan bumiputra memainkan peranan mereka.

    24. The end result of meriocrity ala quantitative easing in the long term is higher poperty price and transportation cost.

    25. No worries, as we move on, we will progress.

    26. Bak kata, malaysia is a free country.

  11. Assalamualaikum W.Wb.
    Tun yg di kasihi,
    Today’s MMOL news reported LGE has been arrested by the PDRM and MACC. Super Credit must be given to the IGP,PDRM,MACC and AG for their very swift and efficient action in combating crime and corruption in this country. The shark they have caught perhaps involving about RM2.5 million only. I am waiting when they want to catch the father shark ????? Involving BILLIONS OF RM. We should give a thunderous applause to the IGP,Chief of MACC and AG for their success. Perhaps there will be a time the shark will cath the father shark…………….
    Wasalam and take care Tun.

  12. Aslm.

    I guess the comment just sung by laguhati is a tad pitchy for Tun’s listening pleasure, considering the name list is one of corrupt dead leaders, and two, at the top of the list is Suharto, who Tun considers like an elder brother to him [ FMT report ].

    It is very naughty for laguhati to vividly suggest that one bro will follow another at the top of the next coming list.

    laguhati possibly was inspired to write that comment from reading Mr Soros very long list of Tun’s financial expeditions …

    hedge fund manager George Soros – outlined a very long list of the former PM’s wrongdoings in an article published in The Bangkok Post in 2012. Soros has made his opinion of Dr M clear. “Your 3 sons are worth US$8 billion. Where do they get this money? Of course, corruption.”
    “You are known as the Marcos of Malaysia, having enriched yourself to the tune of billions.”
    “You have more foolishness than most people would believe. Billions are used to build two high rise Petronas buildings that benefit nobody. They now stand tall, a symbol of stupidity and irresponsibility.
    “What is this reclamation of 10 islands off Kedah? Totally absurd and stupid. Of course your benefit is 20%.”

    But, of course, we cannot trust Soros as much as we should not befriend a corrupt leader like Soharto, let alone calling him a Bro. No?

    Terima kasih Tun.

    http://www.karl-iskandar.ml

  13. Now a days MACC arrests only those who do petty crimes leaving behind big time and all rounder thieves like Najis…

  14. Penggundi yg menerima atau yg tidak menerima atau yg menerima tapi tidak terpedaya
    Hendaklah yg punya bukti atau saksi sila tampil ke balai Polis
    Sekarang zaman Handphone , semuanya ada , video , camera ,voice recording yg bolih di buat sebagai bukti
    Namunhak mengundi secara demokratik tidak semestinya kita bakal memilih
    Parti yg bertanggung jawab juga Pengetua yg bertanggung jawab
    Puak Najib akan memilih Najib
    Puak penyagak akan memilih penyagak
    Puak Penipu akan memilih si penipu
    Puak Muhideen akan memilih Muhideen
    Si Cina akan mengundi si Cina
    Si Melayu akan memilih Melayu
    Terkecuali Agenda pribadi ada terselit di dalam lakonan mereka

    Ini common sense tak payah nak hypocrites
    Apabila kesilapan , kesalahan berlaku secara sembunyi
    Lambat laun ia akan timbul
    Sebab benda yg tidak baik selalu ada pekung
    Pekung akan berbau
    Begitu juga alim ulama , uztad uztad jika perjalanan mereka macam ketam
    Lambat laun akan berbau juga …ku sangka dua rupanya tiga

    Yg penting jika sudah kelihatan , terbau busuk
    Harus cepat cepatlah buang sampah sarap ini
    Supaya jangan membuahkan penyakit

    Seperti kini Najib
    Selagi beliau bacul dan takut ke muka keadilan bagi menjawab banyak pertanyaan
    yg wajar , selagi itu Najib akan dipandang Hina
    Hingga hari ini beliau bersama kuncu kuncu beliau akan dikecapi sebagai bersalah
    Cara beliau berunding tanah KTM Singapura jelas banyak yg tidak betul sama sekali .Ibarat seperti Singapura orang dewasa yg bijak dengan Malaysia di perbudak budakan macam kanak kanak darjah 1
    Inikah PM anda yg berbibir rincu…Itu sebablah

    Ketara sangat perbuatan Najib hingga Rakyat tidak yakin
    Sign cheque pun tak tahu apa yg di signkan
    Sungguh Biadap penjelasan Najib ,Kurang ajar terhadap Malaysia
    Bolih termakan juga tali barut Najib
    Apa mereka ini tidak ada pendirian atau tidak ada pelajaran ?
    Kalau tidak harus berundur

    Politik adalah persoalan Amanah
    Bijak Laksmana ,Otak mesti ligat macam Gasing
    Mesti Berani dan Jahat untuk Kebaikan
    Perlu landasan Agama Islam
    Bukan macam si dia tu aisk nak bergaya tapi kena bodoh bodoh
    Habis tu susahkan rakyat

  15. YABhg Tun..

    I wonder where Malaysia will be on the next updated list. Anybody can hazard a guess ?

    World’s Ten Most Corrupt Leaders

    Name Position Funds embezzled

    1. Mohamed Suharto Pres of Indonesia (1967–1998) $15–35 billion
    2. Ferdinand Marcos Pres of the Philippines 1972–1986) 5–10 billion
    3. Mobutu Sese Seko President of Zaire (1965–1997) 5 billion
    4. Sani Abacha President of Nigeria (1993–1998) 2–5 billion
    5. Slobodan Milosevic President of Serbia (1989–2000) 1 billion
    6. Jean-Claude DuvalierPresident of Haiti (1971–1986) 300–800 Mil
    7. Alberto Fujimori President of Peru (1990–2000) 600 million
    8. Pavlo Lazarenko P.Minister of Ukraine (1996–1997) 114–200 Mil
    9. Arnoldo Alemán President of Nicaragua (1997–2002) 100 million
    10. Joseph Estrada Pres of the Philippines (1998–2001) 78–80 Mil

    1. Defined as former political leaders who have been accused of embezzling the most funds from their countries over the past two decades.
    2. All sums are estimates of alleged embezzlement and appear in U.S. dollars.

    Source: Transparency International Global Corruption Report 2004.

  16. Salam Tun,

    I was made to know that this NAJIS went to UK to study psychology. Among the graduates that pursue their studies overseas, they said taking up Psychology is easiest subject to pass.

    Yet I was surprised that at an age of 23 he was already working in Petronas. Which means he must be one of the youngest graduate to earn a degree or he flunk in his study. More London nite life than burning the candle.

    Today he is using psychology to harass Tun. Every now and then he gets the police to get statements and interrogation from you. He is using this tactic to increase your stress level what more he knows you are at a tender age of 91.

    Same too when he announced the closure of the Putra Perdana. The so called bailout of Prton where he said without Tun here, Proton will be more profitable.

    The recent Istanbul blast, he made the statement that no Msians are injured or killed. By right the Foreign Minister should be making the statement. This again is a game of psychology to convince the rakyat he is a caring PM.

    Msians in Penisular especially the Malays of UMNO are easily being taken by his tactic but the people of Sabah especially Semporna..they are the REAL PAHLAWAN !!. They not only reject and resign from UMNO but tore down the picture of Najis, The Pahalawan Penyangak of Malaysia.

    Syabas PAHLAWANNSABAH. You have shown to the Malays of UMNO how a Real Warrior react when suppressed.

  17. SI TUA HODOH YANG MENANGIS

    Awal 90 an, Akhir 90 an,

    Aku kanak-kanak, Remaja

    Si Tua itu selalu menangis

    di tv………….

    Aku bertanya kenapa si tua tak sedar diri ini menangis

    Cakap nangis, nak baca sajak pun nangis?????

    MELAYU MUDAH LUPA, MELAYU MUDAH LUPA KATANYA!!!

    Di tv, masuk surat khabar……

    Tetap menangis mengenang bangsanya…

    2016………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BARULAH KU MENGERTI KINI

    Si tua ini menangis kerana….

    1.Bangsanya mudah lupa

    2.bangsanya mudah dibeli dengan wang ringgit

    3.Bangsanya rasuah

    4.Bangsanya lalai,leka

    5.Bangsanya pemalas

    Barulah aku mengerti tangisan mu tun dr m………

    TERIMA KASIH NEJIB, KAU DAH BUAT AKU MENGERTI TANGISAN SI TUA INI

    Pesanan buat cybertrooper amno

    1.Henti-hentikanlah masuk kedalam blog tun dan cipta akaun berlainan.

    2.Henti-hentikanlah niat untuk menjadi ‘Master of puppets’ mempengaruhi pemikiran orang lain.

  18. Assalamualaikum Tun.

    Kepada Keldai Iskandar, saya antara yang yakin era naji$ sebagai PM, majoriti rakyat kurang percaya pada penguatkuasaan undang-undang.

    Bagi saya undang-undang yang ada digubal hanya untuk rakyat haprak seperti kami. Undang-undang tidak terpakai kepada manusia paling haprak seperti naji$ razak dan anjing-anjing peliharaannya seperti razak baginda dan mereka yang menyokong kemunafikannya seperti kamu.

    Wassalam Tun.

  19. Tidak ada gunanya juga kalau wujud institusi kerajaan tetapi penyalahgunaan kuasa berleluasa. Kita perlu merubah keadaan kalau benar ada kelemahan pemimpin terdahulu. Kita tidak boleh hanya duduk diam sahaja dan biarkan keadaan menjadi lebih buruk. Kita mesti memainkan peranan sebaik mungkin mengikut keupayaan masing-masing.

    Dalam hal ini mereka yang ada “Hak Istimewa” bertanggungjawab memberi manfaat yang bermakna balik kepada rakyat, bukan bertindak sesuka hati dan kemudian memberi alasan sistem itu telah gagal daripada awal lagi.

    Di kaca TV kita dipertontonkan operasi mencegah kemungkaran di sana sini tetapi apabila kepincangan berlaku pada skala yang lebih besar tidak pula tindakan diambil dengan tegas.

  20. “Najib: No reports of Malaysian casualties in Turkey blast”…

    this statement should actually be from FM…but Najis took over and making these statements, psychology here is…he thinks from these kind of statements malaysian people may think he cares and accept him, forget his scandals…

  21. Najis continuously subjecting Tun M. to police inquiry but his tactics won’t be successful. Word “Thief” tattoed on his forehead already.

  22. Aslm.

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    Saya heran apa motif sebenar Tun, sedangkan Tun sepatutnya lebih arif dan sedar bahawa jika beliau ada bukti berlaku penyelewangan dan rasuah dalam PRK, beliau boleh membuat petisyen melalui Akta Kesalahan Pilihan Raya.

    Apakah Tun sudah tidak berpegang dan tidak yakin lagi kepada undang-undang negara?

    Adakah Tun, melalui kempen dan tindak-tanduk yang ekstrim, mahu melihat negara ini terjerumus ke dalam Anarki?

    an·ar·chy
    noun: anarchy
    a state of disorder due to absence or nonrecognition of authority. absence of government and absolute freedom of the individual, regarded as a political ideal.

    synonyms: lawlessness, nihilism, mobocracy, revolution, insurrection, disorder, chaos, mayhem, tumult, turmoil
    antonyms: government, order

    Terima kasih Tun.

    http://www.karl-iskandar.ml

  23. Assalamualaikum Tun,

    Untuk renungan bersama.

    Rasuah, rasuah, ulur, uloq, bribe, on the take, kautim, kautow, beri/terima mahu pun ” baik adaa maknaa..” dengan hajat tertentu namakannya apa pun pengertian perkara ini salah dan haram di sisi Islam.

    Rasuah tanpa pengamalnya sedari membawa wabak penyakit atau virus yang merosakkan pengamalnya, keluarga dan juga apa-apa pentadbiran pun sama ada cepat atau lambat sahaja ia boleh merebak menjadi barah.

    Memulakan amalan ini memang merasa janggal tapi bila virus dah jangkit semua jadi seasonal aja malah ada yang jadikan budaya.

    Virus rasuah yang menjalari keluarga kita boleh menjadikan isteri keluarga itu pembazir dan boros berbelanja.
    Yang sedih mengenangkan bila virus dah jangkit anak-anak. Mereka jadi susah nak terima ilmu pengetahuan dan pembelajaran. Silap hari bulan boleh rosakkan dirinya. Bagi pengamal rasuah yang punya kuasa dan dana simpanan yang menimbun segala kesan kepincangan akibat dari virus rasyuah ini semua boleh covered. At least atas muka bumi, dalam kubur nanti dan di padang Mahsyar… masaak. Satu persoalan bolehkah tidur pengamal rasuah lena dan tenteram mengenangkan kesan virus rasuah terhadap anak dan isterinya berpunca dari tangan yang memberi dan menerimanya.

    Kalau wabak jangkit sampai ke levels eksekutif tinggi itu kena tanya mufti-mufti. Mereka akan ditanya dahulu sekiranya wabak ini membawa kerosakan terhadap agama Islam dan lain di akhirat nanti.

    Sekian terima kasih Tun memberi ruang,
    P. S : Selamat berpuasa dan selamat hari raya maaf zahir batin buat Tun sekeluarga semoga diberkati semuanya.

    Asalamualaikum.

  24. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Izinkan saya berbicara dengan Daeng : Wa’alaikumsalam saudaraku dan terima kasih atas ingatan serta pesanan sdr.

    Benar sekali si polan tu hanya mahu mencari publisiti murahan dan mempromosikan blognya tetapi atas expense Tun M maka ini tidak boleh dibiarkan tambahan pula si polan ni masih budak mentah yang perlu bimbingan dan dibawa ke pangkal jalan.

    Kita tidak boleh biarkan orang macam ni hidup dalam dunianya tapi dalam blog orang lain apatah lagi blog keramat seperti ini.

    Kita berhujah dengannya secara ilmiah dan pembaca serta pengikut blog dia boleh buat penilaian samada dia ni layak diikuti atau tidak berdasarkan timbalbalas kami.

    Jangan beritahu dia rahsia ni sebenarnya semakin lama dia buat komen separuh masak berbau fitnah kat sini kemudian mudah dipatahkan maka semakin banyaklah dia hilang populariti di blog dia sendiri kerana acapkali mendedahkan kedangkalan pemikiran mentahnya.

    Buat diri kami tidak rugi sikit pun kerana bukan pun cari makan dengan berblogging biarlah orang mengeji serta mentertawakan pandangan bodoh kami sekalipun sebab kami pun tiada pengikut atau minta diminati.

    Percayalah saudaraku Daeng, budak ni tidak akan bertahan lama dalam blog ini sebab nama samaran glamour dia telah dicemari najis si Najis.. sedap2 karl jadi karldai 🙁 .

    Terima kasih sekali lagi atas ingatan Daeng dan sebenarnya ada benda yang disimpan untuk dikeluar kepada beliau sebagai pendoman hidup yang akan dilakukan berperingkat2.

    Terima kasih atas laluan Tun dan wasalam.

    p/s – Daeng kalau bugis Johor mesti tahu botok2. Kami kadangkala berbuka makan nasi putih dengan botok2 sahaja terbaik.

  25. Assalamualaikum Hajar dan Faridina.

    Kita usah layan orang bernamakan keldai tu. Kamu dah tahu sifat keldai udah la.

    Nama dipilih pun bukan berasaskan Melayu atau Islam. Macam komunis Rusia pon ada.

    Dia tu mahu mencari publisiti murahan. Hanya mahu publish blognya saja. Malangnya tak de pon org berminat.

    Biarlah orang macam ni hidup dalam dunianya. Baik blog dia tu ditukar nama “Dedak”, mungkin dah tukar nama pakpandir08, jafri dan beberapa ekor lagi berminat jadi follower blog dia tu.

    Wassalam.

  26. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Izinkan saya kompreskan intipati tulisan Karldai begini, “Di mana ada habuan dedak di situlah ada lah bau busuk keldai mendedakkan diri cuba mengampu2 tuannya dengan mengomen bodoh apa sahaja pemilik blog ini tulis demi sesondolan dedak.”

    Itu hari nak tunjuk pandai bagi contoh perang AS Vietnam kunon, senang2 dipatahkan hujah dengan fakta bersejarah lagi.

    Kali ini keluarkan pandangan songsang tentang rasuah agama. Agama bukan untuk dipersendakan wahai anak muda yang jahil dan sesungguhnya Allah menurunkan agama suci ini untuk menyelamatkan manusia dari terjerumus ke lembah hina antaranya menghalang manusia dari memberi dan menerima rasuah.

    Apa bukti yang sdr ada apabila mendakwa Tun menganiayai rakyat Kelantan dengan menyekat peruntukan kewangannya?

    Saya ada bukti yang menunjukkan sebaliknya untuk tatapan sdr dan anak2 muda lain yang belum berkesempatan menontonnya yang berupakan kenyataan secara terbuka yang dirakam hampir sedekad yang lalu oleh Menteri Besar yang paling lama memerintah Kelantan siapa lagi kalau bukan allahyarham Al Fadil Tok Guru Nik Aziz (TGNA).

    Anak2 boleh saksikan melalui youtube dengan menaip “Kekaguman Datuk Nik Aziz terhadap Tun Dr Mahathir” demi secebis kebenaran.

    Apapun untuk renungan anda, di sini diperturunkan sebahagian transkrip temubual jujur setulus ikhlas dari allahyarham TGNA seperti berikut;

    “Saya hadir sebagai seorang kawan lama bagi beliau. Selama saya duduk di sini 2 perkara saya kagum dengan dia. Pertamanya dengan keadaan Kelantan ni pembangkang, dia lulus RM600 juta untuk Kelantan. Dia lulus dia beri pada Menteri Kewangan masa tu Tun Daim. Yang kedua dia lantang menyerang zionis Yahudi yang ini yang menyebabkan negara Arab semua hormat pada beliau hormat sungguh banyak pemimpin negara Arab sendiri yang senyap, tak mahu menentang Yahudi takut itu takut ini sebagaimana saya sebut tadi tapi dia antara pemimpin yang bukan orang Arab, pemimpin Melayu dia tentang sungguh-sungguh perangai Yahudi perangai Amerika ni. Ini menyebabkan nama baik Malaysia ni masyhur kat luar negeri.”

    Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham TGNA.

    Wasalam dan selamat bersahur Tun berdua.

    p/s – Saya tiada berparti tetapi sayangkan parti lama Tun parti tok nenek saya juga. Secara peribadi saya juga sangat mengagumi TGNA kerana keperibadian tingginya dan jangan beritahu orang lain satu lagi sebab saya kongsi tarikh lahir dengannya cuma tahun je berbeza 🙂 .

  27. Saya sokong bang daeng tapi tambah sedikit…setelah menyokong dan menguatkan fakta kononnya TPPA itu bagus baharulah kedua dua menteri kewangan tersebut meletakkan jawatan…sedih pula..
    Semakin naik auta dan angkuh rahman dahlan….apabila di naikkan….salleh kruak dan puad jarkas tak rasa nak letak jawatan kah????..setelah penat mengipas tak bergerak2 kedudukan….jangan percaya najib tu…dia tiada keikhlasan terhadap kamu semua bahkan rakyat di beli dengan wang tawaran sebelum pilihan raya…

  28. Salam Tun,

    Minggu depan umat Muslim akan merayakan Aidil Fitri..insyallah

    Justru saya ingin saran kan Tun, TSMY, Dato Seri Mukhriz, Dato Seri Shafie Apdal, TS Sanusi Junid, Datuk Kadir jasin, Dato Seri Ahmad said dan laen2 BERGABUNG unutk mengadakan Rumah Terbuka di KL, Kedah, Johor, Trengganu dan Sabah

    Insyaaah saya yakin ribuan akan hadiri acara itu utk menunjukkan sokongan mereka kpd Tun and company.

  29. Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    1. RASUAH berlaku dengan menyogok (pemberian dalam pelbagai bentuk) pihak tertentu dengan tujuan ingin dapatkan sesuatu sebagai ‘balasan’.

    2. Merasuah dan membodek (menjilat) sebenarnya berkait-rapat kerana tujuan utama ialah untuk meraih ‘habuan’ atau ‘dedak’. Perasuah mesti pandai membodek (tidak boleh elak) untuk mendapat ‘habuan’.

    3. Memang sungguh hina dan keji/jijik perbuatan merasuah dan membodek. Tapi apakan daya ada segolongan manusia yang hidupnya berpaksikan wang dan kebendaan – ‘Cash is King’.

    4. Benarkah kerana ‘sogokan rasuah’ yang tidak seberapa (dalam PRK), ada yang sanggup bersumpah laknat? Jika benar, rendahnya maruah diri sesiapa yang terlibat.

    5. Jika NIAT memang untuk memancing / meraih UNDI (semasa sogokan berlaku), memanglah sah ianya RASUAH.

    6. Mengapa ‘sogokan’ tidak diberi kepada ramai lagi rakyat Malaysia yang miskin melarat di tempat yang tiada PRK (pada masa sama)? Jika ‘sogokan’ sama dilakukan di seluruh negara pada masa sama, memang ia bukan ‘sogokan rasuah’, tapi ini tidak berlaku!

    P/S:
    – Ibu ‘Faridina’ 🙂 , siDung* masih galak menghina kaum IBU…mungkin dia tiada ibu/nenek… ‘anak ?*%@#’ kot… dan siDung* ni tak henti2 mengutuk /memfitnah Tun M…Alahai..he thinks he knows us personally..bodoh tak boleh diajar…contoh askar siber amatur rejim Najib… 🙁 sama dung* dengan Tuan dia yang korup.

    – Bravo UMNO Bahagian Semporna! Tegakkan kebenaran bagi pihak DS Shafie.Apdal.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  30. Assalamualaikum Tun.

    Setuju dengan Tun dan setuju dengan saudara The Hidden Secret:

    Masa Najib jadi PM…

    Yang kena pecat ramai, yang kena transfer ramai … menteri yang menegur naji$, PEGUAM NEGARA yang jujur.

    Yang kena promote ramai … dilantik sebagai menteri kerana kaki ampu naji$.

    Yang mati ramai … kapalterbang hilang, kapalterbang kena tembak.

    Yang kena bunuh pun ramai… pegawai tinggi SPRM.

    Ada kaitan ke semua ni?

    Tambah lagi, bencana alam seperti banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang hujung 2014.

    Gempa bumi di Sabah.

    Pencerobohan di Lahat Datu.

    Lepas ini apa pula malapetaka mahu menimpa Malaysia Tun?

    Menyentuh isu perletakan jawatan menteri kewangan 1 iaitu Husni Hanazlah, menjadi tanda tanya????

    Kalau setakat letak jawatan sebagai menteri saya tidak hairan tetapi meletak jawatan semua dalam umno, menimbulkan tanda tanya???

    Sudah tentu dia sudah mendapat petunjuk dalam bulan Ramadhan yang mulia ini bahawa UMNO pimpinan Naji$ bukanlah umno dahulu lagi.

    Tunggu jawapannya pasti akan terungkai selepas raya nanti.

    Tunggguuuuuuuu.

    Wassalam Tun.

  31. Assalamualaikum Tun.

    Saya hairan kenapa saya asyik dapat baca berita yang Mukhriz dan Tun suka sangat hentam PAS dalam situasi sekarang.

    Masalah hudud ke, masalah kamcing dengan Najib ke, masalah anggap rasuah takde dalam hudud ke atau pun masalah pembahagian negeri ke.

    Saya rasa kita rakyat pun tahu, PAS ni sekejap kat sana, sekejap kat situ. Walaubagaimanapun, kita orang Melayu dan beragama Islam tetap sokong PAS dan bergantung harap pada PAS. Kerana apa? Kerana PAS adalah parti Melayu dan Islam.

    Bagaimana maksud Islam itu pada PAS, itu terpulang. Asalkan mereka mengaku Tiada Tuhan Disembah Selain Allah dan Muhammad Itu Adalah Pesuruh Allah.

    Apakah ada lebih penting dari dua kalimah syahadah itu pada pandangan Tun dan Mukhriz?

    Kita sekarang berada dalam situasi yang berbeza. Tun dan Mukhriz dah tiada dalam pentadbiran kuasa. Apa yang dapat Tun dan Mukhriz dapat tawarkan pada rakyat?

    Kita rakyat menyokong Tun kerana Tun Mahathir menawarkan keikhlasan dan sudi berkorban demi rakyat dan negara.

    Tetapi bagaimana mahu mengorbankan diri tanpa kuasa dan bagi duit untuk makan sekadar sesuap nasi pada rakyat?

    Adakah dengan menghentam PAS, parti Melayu Islam yang menjadi tempat bergantung orang kampung sekiranya terjadi apa apa pada UMNO?

    Apakah hanya orang kampung yang bergantung pada PAS jika sesuatu berlaku pada UMNO?

    Tun duduk dan fikir baik baik apa permainan politik yang saya mainkan ini.

    Saya bukan ahli mana mana politik.

    Tok Pulau Manis gelarannya Sharif bernasabkan dari Saidina Hussein r.a dan Saidina Hassan r.a yang dikatakan khabarnya dari waris empayar Abbasiyah.

    Tokku Paloh gelarannya Sayyid yang dikatakan keturunan ke 32 dari nasab Rasulullah saw dan dibukukan antara 7 wali Tanah Melayu.

    Itulah nama yang selalu saya sebut sebutkan. Dan apakah salah perjalanan saya selama di sini?

    Politik bagi saya adalah mentadbir manusia/rakyat mengikut aturan Islam. Bukan bermaksud kita memilih milih persatuan/parti untuk diikuti.

    Bila sampai pada PRU nanti, pandailah rakyat memilih sendiri. Asalkan kepalanya (Tun) tunjukkan dan beri panduan ke arah jalan yang betul.

    Saya punyai kawan yang membesar bersama sama. Arwah ayahnya penyokong tegar PAS. Orang datang danambil untuk bagi kuliah agama.

    Anaknya (kawan saya) belajar sekolah agama dan sambung ke Syria dan Mesir. Bila balik Malaysia, sekarang jadi imam masjid di kawasan yang tidak jauh jika saya mahu jumpa.

    Masalahnya, dia mahu jumpa saya, tapi saya kata kita jumpa di kedai la, minum teh.

    Tetapi nampak gayanya, dia tetap berkeras dalam diam mahu saya jejak kaki ke masjid untuk jumpa dia.

    Saya mintak maaf bebanyak. Jika mahu jumpa saya, kita borak di kedai mengeteh. Kalau nak beribadat, nenek saya kata orang alim biasanya jarang ke masjid jumpa orang ramai.

    Entah betul ke tidak nenek saya nim. Kekadang cerita dia tak masuk sangat dalam telinga saya ni. Saya pergi masjid jugak.

    Soalannya. Saya ni PAS ke tidak?

    Terima kasih Tun.

  32. Salam!

    Masa Najib jadi PM… Yang kena pecat ramai, yang kena transfer ramai, yang kena promote ramai, yang mati ramai, yang kena bunuh pun ramai. Ada kaitan ke semua ni?

  33. Najis doing everything to keep his post, and Tun M needs some rest…so what Muhydeen, Mukriz and Safie should now is to go around the country and tell the truth how Najis looted people money…else Najis will win next general election also using bribes and other crooked thing and Malaysia will be downgraded further.

  34. I think Malaysian knew why Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, the second finance minister quit the post…this original muslim could not bear the looting and swindling of people money.

  35. Najis throwing bones in the form of minister post to those UMNO leaders who demand more vitamin M…

    How many minsters for a small country like Malaysia!!!

    Najis started to sacrifice govt. resources to escape his downfall.

  36. Salam Tun,

    Semoga kita mendapat pahala amalan 1000 bulan dalam 10 hari terakhir ini.

    Bertenang & Bersabarlah Tun.

    Kita hendak jadi kurus, tetapi terus buat diet yg drastik, menyebabkan selepas hanya beberapa hari sasaran untuk kurus terkubur malahan berat badan bertambah atau kita putus asa. Ini kerana ‘body resistance’ kita yang cuba kembali pada keadaan kebiasaannya. Begitulah orang Melayu dengan resistancenya.

    Sesungguhnya Melayu ini hanya akan hancur daripada dalamnya sendiri. Bukan kerana keberanian tapi kerana malu. Biar bukti dibongkar & kesalahan didedahkan oleh negara asing. Biar bertambah malu.

    Sebanyak mana wang sogokan yang diberikan pun nescaya akhirnya nanti ianya tidak lagi berkesan kerana sifat malu.

    Selain usaha Tun & kawan2, semakin hari semakin diterima doa kita. Alhamdulillah.

    Kesilapan demi kesilapan mereka terdedah. Segelintir pahlawan2 yg dulu mempertahankan beliau sudah sedar kini. Itulah hikmah Ramadhan Al Mubarak.

    Islam mengatakan doa adalah se-lemah2 iman. Mungkin tidak pada Ramadhan. Kerana di bulan yg barokah ini kita sentiasa digalakkan berdoa.Tawakkallah Tun & rakan2. In syaa Allah. Ada hikmahnya.

    Aamin.

  37. Aslm.

    Saya nak kompres tulisan Tun begini, “Di mana ada wang, kuasa dan agama – di situ ada Rasuah”.

    Rasuah Wang
    Rasuah Kuasa
    Rasuah Agama

    Kita ambil contoh dari tulisan Tun sendiri, dan melalui sorotan definisi SPRM oleh Makcik Hajar, Tun dalam sejarah 22 tahun beliau sebagai PM telah terbukti melakukan Rasuah Kuasa ke atas rakyat Kelantan yang kerana enggan beri undi mereka kepada BN telah dianiaya dengan sekatan peruntukan kewangan pembangunan negeri, yakni suatu bentuk Rasuah Wang yang Tun kenakan kepada rakyat Kelantan sebagai hukuman kerana tidak menyokong Tun.

    Untuk lawan Tun, rakyat Kelantan yang miskin dan lemah telah diperkasakan dengan Rasuah Agama dalam bentuk jihad politik oleh pemimpin dan agamawan mereka. Tun pula, being an opportunist, nampak peluang dan turut mengambil kesempatan ini untuk menghentam perlaksanaan Hudud di Kelantan, sebagai satu bentuk Rasuah Agama diguna-guna bagi menakutkan pengundi non-muslim sehinggalah ke hari ini.

    Nanti ada pula intelek yang akan mencelah, “Di mana ada Rasuah, di situ ada Tun”.

    Okay. I will stop here first, wait and perhaps Makcik Faridina and Makcik Hajar will pop up and menceceh to counter my comment with their panic menopausal ramblings, as per usual.

    Terima kasih Tun.

    http://www.karl-iskandar.ml

  38. What is the difference of corruptions and
    Govt Servant especially those on the higher level who has their own private business and take advantage of their said post for their own business personal agendas ?

    How do these Ministers or Prime Minister balance up their duty as a public servant and also for their own personal interest ?

    Do they go for their private business meeting during their official duty hour?

    How can they become so rich , very well paid by the people and having their private own family business taking advantage of their post ?

    Is it not Corruption of the highest ranking ?

    We see this in Singapore , Malaysia ,Thailand and many parts
    SO these people join Politics to advantage the post more than serving the Nation with a highly paid salary at the expense of the people
    They are talking democratic but in practice communism is part of the ingredients

    Prime Ministers , Ministers ,Govt representatives must not be allowed to have their own private business if they are public employee
    As it will be a conflicts of interests
    BUT They must be paid well
    They must put on uniforms
    They must be Punch card

    They cannot think the Nations belongs to them and they can do what they want
    As what Najib did ….oops ! alamak again Najib .Sorry Jib
    Its a Facts

  39. Salam YAB dan Yang Amat DiKasihi Tun,

    Kenali Rasuah – Dari Portal Rasmi SPRM

    Apa itu Rasuah?

    Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

    Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, UNDI, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.

    Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

    Persoalannya: Yang memberi HADIAH dan WANG (suapan?) pada PRK ialah Kerajaan. Yang memberi UNDI (suapan?) ialah pengundi-pengundi @ rakyat. Siapa ‘menyuap / menyogok’ siapa sekarang? Adakah kedua-dua pihak ‘perasuah’?

    Rakyat @ Para Pengundi turut dijanjikan dengan pelbagai projek (suapan?) pembangunan jika Kerajaan BN menang. Maknanya jika kalah, meloponglah…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  40. Daging yang tumbuh dari punca yang haram (menipu, mencuri, rasuah, peras ugut) neraka tempat paling layak. Sebahagian agamawan berpandangan taubat si penipu, pencuri, perasuah dan pemeras ugut diterima Allah dalam keadaan dirinya (yakni sebahagiannya yang berhasil dari punca haram) tetap mendapat balasan neraka. Ini kerana tiada yang dapat membersihkan daging yang berhasil dari punca haram. Besarnya dosa memakan punca haram. Nauzubillahiminzaliq

  41. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Hari semalam seronok betul dapat baca 2 entri dari Tun dan 1 berita rombakan kabinet dapur DS Ajib Aljolo.

    Paling menarik keengganan Husni Tambun untuk dilantik semula sebagai Menteri Kewangan Kedua sesudah Wahid Uber sempat menekan brek sebelum terbabas jauh.

    Bukan itu sahaja tetapi Husni turut melepaskan kesemua jawatan politik yang dipikulnya dari sebesar2nya hingga sekecil2nya seperti berikut;
    1. Menteri Kewangan II
    2. Bendahari UMNO
    3. Bendahari Agung Barisan Nasional
    4. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak
    5. Timbalan Pengerusi BN Perak
    6. Ketua UMNO Bahagian Tambun
    7. Pengerusi BN Parlimen Tambun

    Soalnya mengapa perlu beliau berbuat demikian?

    Siapa harus kami bertanya dalam blog ini yang mewakili Ajib Aljolo kalau bukan si Karldai tetapi beliau hanya budak hingusan yang dihantar ketua perang saraf Ajib Aljolo kerana mereka berasa tak perlu hantar jeneral2 sementelah telah menang 2 PRK baru2 ini.

    Apa2pun berita Husni ini membawa sedikit kegembiraan dipihak rakyat yang dahagakan pembelaan memandangkan beliau sememangnya tidak dapat berterusan bersubahat dan bersengkongkol dengan kemungkaran dan segala salahlaku Ajib Aljolo selama ini.

    Husni kami kira agak rapat dengan Wahid Uber dan kedua2 mereka ini adalah merupakan tokoh korporat yang sangat menitik beratkan corporate governance dan due dilligence.

    Bukan nak kata apa kami tak kenal DS Ahmad Husni dan kami juga tak kenal TS Wahid Omar tapi cukup rapat dengan abang TS Wahid Omar.

    Sedikit sebanyak kami tahu akan peribadi dan cara kerja adiknya sejak menjadi CEO Maybank sehinggalah menjadi pak menteri. Dan jangan ingat Idris Jala je terror main gitar, Wahid dan TS Mustapha Kamal apa kurangnya. (Melalutlah pulak sampai MK masuk cerita ni.)

    Harap2 Husni dan Wahid mempunyai sebab musabab yang samalah untuk bertindak sedemikian rupa hendaknya.

    Wallahualam.

    Wasalam Tun dan semoga kita semua mendapat ganjaran dan fadilat di malam2 lailatulqadar ramadhan kali ini.

  42. Salam Tun

    After Tun Dr Mahathir, UMNO is no longer a civilised political party.

    That’s why la I panggil party kampung, tak ada klas la cakap pasal dia orang.

    Dengan seluar londeh la, pakai beg mahal2 la, dengan bomoh la, dengan ngaku orang Indon la, segala macam perangai yang orang urban tak appreciate ada dalam UMNO.

    Selamat Bersahur.

  43. Makan babi haram… Tak sedap…
    Makan rasuah … Ha…errrmm…
    Tapi sedap….

    #McmMcmBoh

  44. Salam Tun.

    1. Sekali lagi isu rasuah Tun utarakan berkali-kali. Maknanya soal rasuah ditarbiahkan kepada seorang mungkin lebih mudah daripada perkumpulan atau rakyat kebanyakannya.

    2. Membukti kesalahan perasuah dan penerima rasuah pun susah jika ia berlaku di bawah meja atau tersorok dari pengetahuan penguasa yang berani menegak kebenaran dan yang sama merasuah.

    3. Walau pun di ingatkan manusia yang memberi atau menerima rasuah akan hukuman bakaran api neraka, namun usaha itu tidak dapat membendung
    sepenuhnya kerana hukuman itu akan hanya berlaku selepas hari akhirat.

    4. Dengan hukuman yang ringan di dunia daripada hari akhirat, maka ramai rakyat tidak takut melakukan rasuah.

    5. Sedangkan perintah akan larangan lain seperti mencuri, berjudi, puasa wajib (Ramadan) ada tidak mematuhinya, inikan pula rasuah yang perlukan aduan sebelum tindakan dapat di ambil.

    6. Tun semuanya memerlukan perubahan dalam pentadbiran dengan wakil rakyat yang bukan sahaja baik kepada manusia tetapi mematuhi perintah Allah s.w.t.

    7. Wakil rakyat yang bijak mengeluar idea kehendak Allah s.w.t yang dapat diterangkan kepada rakyat agama lain contohnya perkara itu diharamkan sebab ia dapat memudaratkan manusia. Bukan kerana di paksa atas faktor agama.

    8. Parti ini perlu selari dengan kehendak-kehendak sepatutnya ada sebelum akhirnya kita akan menerima utusan Allah s.w.t kembali iaitu kebangkitan Imam Mahadi dan kedatangan Nabi Isa a.s memimpin umat manusia ke jalan kebenaran.

    Wallahua’lam.

  45. YABhg Tun

    You may have read this before as you are an avid reader but still I would like to share a few quotations that eerily describe our predicament now ..

    “Forget the politicians. The politicians are put there to give you the idea you have freedom of choice. You don’t. You have no choice. You have owners. They own you. They own everything. They own all the important land, they own and control the corporations that’ve long since bought and paid for, the senate, the congress (parliament) , the state houses (DUN), the city halls, they got the judges in their back pocket, and they own all the big media companies so they control just about all of the news and the information you get to hear. They got you by the balls. They spend billions of dollars every year lobbying to get what they want. Well, we know what they want. They want more for themselves and less for everybody else. But I’ll tell you what they don’t want. They don’t want a population of citizens capable of critical thinking. They don’t want well informed, well educated people capable of critical thinking. They’re not interested in that. That doesn’t help them.”

    ― George Carlin

    “One of the saddest lessons of history is this: If we’ve been bamboozled long enough, we tend to reject any evidence of the bamboozle. We’re no longer interested in finding out the truth. The bamboozle has captured us. It’s simply too painful to acknowledge, even to ourselves, that we’ve been taken. Once you give a charlatan power over you, you almost never get it back.”

    ― Carl Sagan, The Demon-Haunted World: Science as a Candle in the
    Dark

    “No matter how corrupt, greedy, and heartless our government, our corporations, our media, and our religious & charitable institutions may become, the music will still be wonderful.”

    ― Kurt Vonnegut, A Man Without a Country

    “The more corrupt the state, the more numerous the laws.”
    ― Tacitus, The Annals of Imperial Rome

    Semoga Tun dan seisi keluarga dalam pemeliharaan Allah sentiasa.

  46. Aslm.

    Rasuah yang Tun terangkan sini, ialah kesan/effect dan bukanlah punca/cause.

    Puncanya adalah di dalam sistem yang diolah begitu rupa sehingga tiada ‘political will’ untuk mengawal aktiviti rasuah selama 22 tahun ketika pemerintahan Tun. Kemudian datang Mr Twenty Percent, lepas dia datang Big Mama.

    Lepas ni?

    Tun is only pointing to the map, which is not the territory. I’m sure Tun has more than this to offer.

    Terima kasih Tun.

    http://www.karl-iskandar.ml

  47. Assalamualaikum Tun,

    Suka saya berkongsi petikan ini daripada buku yang tidak asing lagi “Halal dan Haram Dalam Pandangan Islam” karya Syeikh Muhammad Yusuf Al-Qardawi cetakan ketiga tahun 1978.

    “Islam mengharamkan suap dalam bentuk dan nama apapun. Oleh kerana itu dengan dalih “hadiah” tidak akan dapat mengeluarkannya dari haram menjadi halal. Dalam hadith Nabi dikatakan (yang membawa erti): Barangsiapa yang kami pekerjakan pada suatu pekerjaan, kemudian kami beri gaji, maka apa yang diambilnya selebih dari itu bererti suatu penipuan (Hadis Riwayat Abu Daud) ”

    Terima kasih Tun.

  48. Mereka ni lebih teruk daripada binatang Babi. Hair hari sumpah Allah Allah tapi makan rasuah tak kelip mata. Bagaimana dia ajar anak-anak cucu-cucu tetapi sendiri berdosa hari-hari. Ada yang sampai membunuh kerana ratus million, tidak kira siapa agaknya duit lebih besar daripada sesiapa. Yang benar akan datang bila dia tua sampai semua harta dibazir anak-anaknya. Hari hari tutup mata tapi tak tidur agaknya tanya tuhan apa dia salah. Sampai dia kaya dia lah sendiri jadi tuhan duit, King of cash. Najis boleh curi $2,600,000,000 katanya hanya derma. Tapi bayak kanak kanak mati tengah jalan di seluluh dunia siapa pun tidak derma satu dollar. Sakit hati sebagai manusia, sakit hati sebagai orang dewasa, yang benar, yang salah, pun dah lupa.

  49. Salam Tun,

    TSMY dan Muhkriz sudah di pecat dari UMNO. Parti UMNO sekarang di kuasai dengan pemimpin2 yg tidak bermoral dan bermaruah lagi. Boleh di ibaratkan seperti Cancer Stage 3 gitu. Ramai org melayu juga sudah menjauhi dari parti ini.

    Sudah masa nya TSMY dan Mukhriz memeikir utk menubuhkan parti baru. Mungkin Tun boleh menjadi sebagai mover ‘ nya.

    Saya sarankan TSMY dan Mukhriz cuba mencadangkan kepada parti2 pembangkang untuk bergabung di bawah satu bendera dan nama. Bikin hanya 2 parti besar seperti di USA ada Democrat dan Republican dan di UK ada Labor dan Conservative.

    DAP boleh mewakili kaum Cina seperti MCA..PKR seperti Gerakan dan Amanah seperti PAS. Parti baru TSMY dan Mukhriz mewakili org Melayu seperti UMNO.

    Yang penting nya ahli2 parti ini semua di benarkan bersuara dan memberi pandangan utk kebaekan rakyat Malaysia dan negara.

    Kita tahu, dalam UMNO sekarang, ahli2 nya tidak di benar mengkritik pemimpin2. Sapa yg mengritik akan di ambil tindakan disiplin dan besar kemungkinan akan di pecat

    Rakyat Malaysia secara majoriti nya sudah matang atau ‘ matured ‘ dalam pemikiran nya. Mereka boleh beda kan yg baek dan yang kotor. Justru dgn ada koalisi semua parti Pembangkang dengan parti baru TSMY dan Mukhriz sebagai ‘ lead ‘ nya, saya yakin pada PRU akan datang boleh ambil teraju kerajaan.

    Yg amat penting sekali, rakyat di beri kebebasan untuk bersuara dan mengriktik pada pucuk pimpinan tanpa di ambil tindakan disiplin atau di gantung.

    Insyaalah..it can works

  50. Setuju benar dgn Tun dan Putrakraken. Melayu tak makan babi tapi ramai yg perangai lebih teruk dari babi. Yg mereka tahu dan suka ialah menyodol dan menjilat najis. Yg peragai macam ni bukan saja orang jahil tapi juga yg bergelar ulamak dan mufti. Setakat ni aku belum pernah mendengar sepatah perkataan pun dari mereka mengenai jenayah najis malah membela dengan mengatakan itu semua fitnah. Inilah kalau jawatan Mufti pun di politikkan. Yg di lantik bukan sebab ilmu dan kewarakankan nya tapi sebagai habuan kerana pandai menjilat. Kalau setakat balik dari Al Azhar belum tentu lagi bijak dalam agama sebab ramai yg gi sana belajar bahasa arab bukan agama. Sebab tu tak heran bila ada ustazah yg balik dari sana jadi pengikut tegar Ayah Pin. Sebagai contoh tengak muka mufti Pahang lansong tak ada nur, jadi kaki pukol sesuai sebab tu cakap macam orang bodoh dan memalukan dan menjauhkan orang kafir dari agama suci Allah. Pada aku kalau orang Jepun dan Korea tu orang Islam macam kita dah tentu mereka masok surga dulu dari kita orang melayu. Manakan tidak walaupun mereka bukan Islam tapi pemimpin mereka lebih amanah, bertanggongjawab dan iklas. Sebagai contoh satu masa dulu di Jepun berlaku pelanggaran kereapi. Menteri Pengangkutannya sujud di lantai dan memohon maaf kepada rakyat pada hal bukan dia yg bawa atau kawal perjalinan kereapi, tapi sebagai menteri dia mengambil tanggongjawab dan meletak jawatan. Di Malaysia lain pulak, pak menteri melayu dan pemimpin umno tak kira yg buta agama atau yg mengaku ulamak akan menjilat siapa saja yg ada kuasa asal dapat habuan. Apa ketua dia buat semua betul. Pada mereka tahi najis pun wangi dan sanggup di makan. Ini lah melayu hadari.

  51. Assalamualaikum Ayahanda Tun

    Tiada apa lg yg dpt dikatakan oleh semua rakyat setelah pendusta menghancurkan bangsa kita.

    Allah azzawajalla Maha Mengetahui,
    Sudah tertulis di akhir zaman org yg bukan alim(pakar) lg dihormati berbanding yg sebenar-benar alim(pakar)

    Sedih bukan kepalang melihat kebanyakkan pemimpin mengiakan segala kebatilan yg sedang berlaku

    Cuma, sy bukanlah seorg bijak pandai malah seorg pendosa yg kehairanan melihat penyokonh dsn yg xputus2 memberikan sokongan kepadanya..

    Al-quran mngulangi ayat “tidakkah kamu berfikir, tidakkah kamu berakal” supaya menjadi pedoman tp sygnya mereka membutakan mata memekakkan telinga..

    Sabar Ayahanda Tun, jgnla bersedih,
    Allah juga berfirman, ” setiap kebaikkan yg dilakukan sebesar zarah akan dibalas sebesar zarah begitulah sebaliknya” sesungguhnya Allah Maha teliti.

    Rasuah di negara ini tidak mungkin dapat di atasi tnpa kesedaran semua pihak..wallahuallam

    Terima kasih ayahanda
    Di atas segala jasa
    Di atas segala kesabaran
    Di atas segala pengorbanan
    Di atas segala penat lelah utk menjadikan bangsa ini lebih baik
    Di atas Segala-galanya

  52. Assalamualiakum yang dikasihi Tun dan Keluarga

    Melayu! Melayu! Oh Melayu!
    Melayu bangsaku!N
    Nampaknya Melayu memang telah dibangsatkan.

    Satu perkara yang semua orang melayu cukup pantang…BABI.
    Apa jua yang berkaitan dengan BABI melayu kata HARAM.
    Melayu tak makan babi, tak sentuh babi, dekat dengan babi pun dia tak mahu. Bagi Melayu BABI itu binatang yang paling keji. Disumpah di seranah dengan perkataan BABI pasti melayu akan marah…..betul tak? Walau bagaimana jahat seorang melayu….penjenayah, penipu, kaki arak dsb….tapi mereka tetap tak makan BABI….HARAM!…begitu jelas dan taat mereka bila bab berkaitan BABI.

    Melayu minum arak.
    Melayu merompak
    Melayu menagih dadah
    Melayu pecah amanah
    Melayu merogol

    MELAYU RASUAH
    MELAYU SALAH GUNA KUASA
    MELAYU MENGKHIANATI MELAYU

    TAPI MELAYU TETAP TAK MAKAN BABI…..HARAM!…NAJIS!

    Tahukah kamu wahai melayu…BABI itu haiwan makhluk Allah…seperti juga manusia. Ada masa dan ketikanya BABI itu di HARUSKAN oleh Allah untuk kita memakannnya.

    Tetapi RASUAH, tidak pernah Allah mengatakan HARUS…ianya tetap HARAM dan sentiasa HARAM walau apa jua keadaan dan kaedahnya.
    Perbuatan RASUAH, pemberi dan penerima rasuah adalah umpama virus yang boleh menular dan seterusnya menghancurkan umat manusia tak kira apa kepercayaan dan anutan mereka. Betapa hinanya RASUAH.

    Melayu tahu membezakan antara BABI dan RASUAH.

    MELAYU MEMILIH MAKAN RASUAH….TAPI TETAP TAK MAKAN BABI.

    Melayu itu mengaku Islam. Tahu yang mana haram dan yang mana halal.
    Benarkah begitu?

    Oh Melayu bangsaku!

  53. Assalamualaikum Tun.

    Bagaimana dengan isu matawang?

    Anak sedara biras saya baru beberapa bulan ke US. Bapanya dan juga ibunya, belakanya guru mengambil berat akan isu nilai matawang.

    Bagaimana impaknya pada pendidikan? Tan Sri Muhyiddin kan pernah jadi Menteri Pendidikan.

    Terima kasih Tun.

  54. Assalamualaikum Tun.

    Rakyat atas desakan hidup tetap akan terima apa yang akan diberikan pemerintah.

    Kerana itulah tanggungjawab pemerintah pada fikiran rakyat. Pemerintah patut bantu mereka. Rasuah atau tidak, tidak perlu ambil peduli. Itukan juga hasil duit rakyat? Apa yang haramnya?

    Tun masih lagi berbicara ditingkatan atasan. Ia kurang memberi impak pada luar bandar (walau lebih amalan agama).

    Tajuk rasuah ini mungkin berkesan pada orang bandar dan berpelajaran tinggi (walau kurang amalan agama).

    Terima kasih Tun.

  55. The dismissal of Muhideen and Mukhliz is according to Discipline
    What discipline today UMNO talking about ?
    Plse explain

    Yr Leader did many wrong doings unquestionable nor put to Justice
    You called that Discipline ?

    Hishamuddin and others who term the dismissal as a Disciplinary Action
    Must be Blinded and eager to be on the next upper level
    But sadly its the people who will decide not Najib

    We are not overturning UMNO
    But is seems right for Tun Mahathir to form his new party for the next PRU
    UMNO is just a name .A new party will continue to serves and put importance to the Bumi. A call for all from UMNO ,PKR ,PAS ,DAP who knows of these importance to join the new party to sustain the importance
    Najib can have UMNO all by himself

    Tun you cannot fight a losing battle
    With No power , no legal representations you, Muhideen , Mukhlis and others
    will never have a platform .You need a platform
    It was never our wanting to change our ( Kiblat ) direction from UMNO
    But it seems to be a Call for a new formation
    As much as we muslim have change our Kiblat once before
    But the intentions , The niat is the same
    The Niat is far most importanct
    For the Future Generations for Malaysia

Comments are closed.