CAKAP TAK SERUPA BIKIN

1. Saya tidak curi duit, tetapi ada orang yang tuduh saya curi berbillion ringgit duit Kerajaan.

2. Yang menuduh sehingga sekarang tidak dapat bukti saya curi duit.

3. Saya bagi masa untuk tunjuk bukti.

4. Diminta dua minggu untuk tunjuk bukti.

5. Sekarang lebih satu tahun, tidak tunjuk bukti.

6. Tuduhan ini adalah fitnah.

7. Kenapa fitnah saya?

8. Kerana benci saya…Wah sekarang jangan tunjuk benci, kata sipolan.

9. Tetapi kaki benci ialah orang yang suruh kita jangan cakap benci.

10. Cakap tidak serupa bikin.

11. Tidak dapat tanduk telinga dipulas.

12. Tidak dapat saya, kacau anak saya.

13. Jangan cakap seperti Nabi, buat seperti setan.