KARPAL DAN MAT SABU

1. Akhbar melaporkan sesuatu yang pelik.

2. Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.

3. Sungguh aneh sikap Karpal. Tetapi sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.

4. Sebab itu ia dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak.

5. Sesungguhnya di masa lampau terdapat satu usaha dikalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis. Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin Umno dahulu yang telah dapat membatal rancangan Malayan Union British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara.

6. Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.

7. Anwar Ibrahim pula pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.

8. Pas sekarang sudah gugur matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Juga digugur ialah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Bersama dengan pembersihan pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.

9. Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan. Sedikit sebanyak sokongan rakyat, terutama dikalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka akan terhakis. Saya percaya pemimpin yang lebih berpengalaman diantara mereka seperti Karpal Singh akan cuba mengurangkan kelancaran ke arah pembersihan komunis Malaysia untuk tidak terlalu memburukkan persepsi rakyat, khususnya mereka yang telah berkorban untuk menyelamatkan negara ini.

10. Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.

11. Pas sekarang tidak lagi Pas Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Na’uzubillah.

133 thoughts on “KARPAL DAN MAT SABU”

  1. salam…

    to NIKMAT..kadang2 kalau nak cakap orang better tgk diri sendiri.jgn cemarkan page Tun ni dengan makian dan kutukn awak yg tak membina. Ramai pemimpin lain tak kira UMNO ke PR yang menghina Islam..kita sebagai pengundi kenalah bijak memilih.Awak pulak menjatuhkan maruah orang Islam dengan menghina sesama Islam..Dont u noticed that??

    jangan sampai orang kuat PR datang komen dan tanya..Rosmah pergi haji tak tutup aurat..hina Islam tak tu ye?? so fikir2 la ye..

  2. Salam
    Tuan Guru Tun Dr Mahathir yg di Rahmati Allah

    Karpal + dan Mat Sabu
    = Perosak Negara
    = Perosak Kesejahteraan Bangsa
    = Perosak Perpaduan
    = Perosak Kejayaan
    = Memusnahkan dan mengguris hati orang Melayu

  3. Come on Tun..lihat keadaan sekeliling..ape yg dh terjadi..53% rakyat negara ni dihimpit kesusahan dan kemiskinan..apa puncanya?? tak perlu cerite pasal mat sabu dan komunis..tak kan Tun tak tahu ttg perjalanan menuntut kemerdekaan negara..takkan Tun tak pernah dgr HARI HARTAL..dimana ianya sbg titik permulaan menentang penjajah..takkan Tun tak tau ape² pasal Henry gurney dtg ke tanah melayu setelah berjaya membuka Israel..takkan Tun tak faham ttg Lord reid…tak perlu cerita pasal karpal singh dan HUDUD..kalau Tun tak faham ttg hukum HUDUD secara keseluruhannya..Islam itu Adil Tun..hope Tun fhm maksud sy..yg ditentang bukan hukum HUDUD,Mat Sabu,Karpal Singh..kami sebagai rakyat dihimpit kemiskinan..kesusahan..apa tugas parti politik yg telah diberi mandat melalui sistem pilihanraya..kenapa urusan tadbir kewangan negara tidak telus hingga mengakibatkan kemalapan ekonomi dikalangan masyarakat/komuniti negara ini…dimana keadilan ekonomi??? sy percaya Tun tahu sebabnya..tak perlu twist pelbagai cerita..kami mahu keadilan ekonomi..kami mahu setiap kekayaan dinegara ini dikongsi bersama oleh setiap penduduk dinegara ni..

  4. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    first of all, just letting you guys know, my mom is a politician and i may be prone to talk about that side of the parties but i’ll try to be justice as possible. hope we can all take a little time to read my comment. and im a Muslim:)
    while we all looking at the other side to blame and claim how right our side is, we all forgot to ask ourselves am I right?
    but for me, if im in the middle, i’d rather think of all sides in my judgement. im trying to be the person who looks at all surfaces of the coin, not only the sides, but also the edge. Ghandi once said, “Be the change you want to see in the world”. so, im thinking, why not me change first instead of waiting for the other side to change? and as a Muslim, i believe Islam teaches us the same thing too, am i right? in Islam, tak semestinya org Islam xkan merasa neraka, dan x semestinya org kafir xkan merasa syurga, right? there are two types of people nowadays, at least for some people, they are Muslims and Non Muslims, but im thinking, isnt there really only good and bad people? because in the end, some Muslims are bad too in the sense that nobody is perfect, and there are Non Muslims that are good people if we think about Gandhi in the sense how he died defending his people and his land. so, if we cant be both Muslim and a good person(a good Muslim), be either one so that in the end we all will be granted with heavens, insyaAllah. (sorry but dakhwah perlu diteruskan.) so, going back to the point, i thought, why not be a good person(and a good Muslim) and be the change i want to see in the world, at least in my country, instead of finding the faults in others.
    so my suggestion is, why not the leaders of the groups meet together and discuss how do we run the country with both sides satisfied? so the ruling side will say “why would i want to listen to them?” isnt Islam teaches us about the musyawarah thing? and how a good leader is the one who listens to the voices of this critics? my answer is: “you dont have to listen to them, but at least you respect their opinions and maintain a good relationship with each other. like the old saying goes “be respectful and you will be respected”, sounds about right?
    as for the other side of the relationship, be a good person and a good citizen of your beloved country and i think this will all go disappear. all these talks. repeating my point above, it does not hurt to be respectful of others, and so is, it does not hurt to take into account the opinions of your critics. after all, all we want is country to be peaceful and harmony.
    i had the chance recently to talk to a Libyan Professor of Biology. He said, he has never been to Malaysia before and he really wants to go there visiting. he said, Malaysia is a peaceful country, lots of races in Malaysia, a lot of Muslims and a good Muslim country. but i stopped him there, i said, not anymore sir and i kind of explained to him what we are experiencing in Malaysia. Im sorry but sometimes admitting the truth is something that we need to do to start new. (and the rest applies only to my situation) and he said to me, why not you study hard, go back there and fix the problem, because be the change you want to see in the world! thats kind of what he said to me.
    another problem with our society today, we’ve been taught the question why instead of questioning why not. i think that thats the problem because we are taught to limit ourselves instead of being taught to think out of the box.
    lastly, my humble opinion is, i think, why not be a good Muslim(because im a Muslim), why not be a good person, a good son, a good father, a good leader and a good critics? for the sake of my beloved country. after all, i gotta be the change i want to see in the world!
    maaf sekiranya ada kata kata yg menyinggung perasaan sesiapa, tiada kene mengena dengan yg hidup atau yg mati. and no haters please, just good critics!

  5. Salam, I may be a seventeen and I know very little of the malaysian politics but somehow, as a malaysian I have the opinion that the politics in this country is very messed up. I have always believed the opposition was there for a reason and that is to compliment the government. To criticize when needed in order to give the best for the people but what is happening now is that those politicians are only in this game for money and power. They have all submerged themselves into one of the seven deadliest sins, greed. Today they’re only opposing just for the sake of opposing, just to prove that they’re better even when they’re not. Throughout my life i’ve been taught that leaders are people who would sacrifice themselves for the sake of the nation. Currently, what they’re doing is fighting among themselves and setting examples leaders are not even supposed to have. And the people will have to witness drama over drama over and over again. In the end who benefits? None. But who loses? 27 milllion of the malaysian population.
    I may be wrong, but this is my point of view.

  6. Salam;

    Saya sudah 25 tahun melihat keaadaan Politik Malaysia yang sungguh haru biru……Ape yang saya boleh komen ialah di harap kiter kembali kepada agama. Di harap ibu-bapa yang punyai anak perlulah membimbing mereka supaya tidak sesat dalam politik…..biar berpijak di bumi nyata. Kalau dulu bapak sokong BN ank pun rasa malu dan turut ikut sokong….tapi sekarang Ibu BN anak 8 orang semua sokong PAS.

    Aduh….malang sungguh nasib negara malaysia kerana modal insan yang terlampau lemah….Mak-bapak..bagilah contoh…ambik berat tentang anak…jangan gadaikan maruah negara kerana sikap sambil lewa kiter….masih belum terlambat….bentuk lah anak-anak kita mengikut lunas agama semoga mereka faham aper itu kemerdekaan dan maruah negara islam yang perlu di pertahankan….orang yang punyai pegangan agama yang kuat akan bertahan dan faham aper yang perlu di perjuangkan….tapi kalau sekadar memangkah undi tapi tidak tahu apakah nilainya…itu lah punca perpecahan. memang benar undi itu penting dalam politik….tapi jika modal insan lemah…bayangkan berapa ramai ahli UMNO yang dibeli oleh PKR?

    Secara jujur PKRlah yang selama ini memecah belahkan Melayu seterusnya parti UMNO yang dahulunya hebat dan berwibawa. Sekarang ni UMNO dah sumBAT dan berwiBAWAH….Wa’lahulam….(Komen bukan menggambarkan jatidiri penulis tapi sekadar memberi komen mudah yang ramai pemimpin terlepas pandang).

  7. Assalamualaikum Tun sekeluarga serta sahabat2 dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

    Perkara yang saya nak tegaskan adalah :
    1. TUN…teruskan perjuangan membimbing dan membantu pemimpin sedia ada dan akan datang (semoga TUN sihat dan panjang umur) dalam memajukan negara dalam landasan yang betul dan tepat.
    2. Bagi yang fanatik dalam berpolitik, jangan gadaikan negara demi politik kepartian / individu / puak.
    3. MALAYSIA hanya SATU dan tidak boleh ditukar ganti walau pemimpin (kerajaan / pembangkang silih berganti). Oleh itu, bila bicara soal negara, jangan berpecah.
    4. Sokonglah apa yang benar dilaksanakan oleh pemimpin negara kini termasuk YAB Dato Seri Najib. Jangan nafikan apa yang baik yang dilaksanakan oleh kepimpinan Beliau.
    5. Rakyat bukan tidak suka UMNO dan sebenarnya jauh sekali suka PR. Namun, rakyat BENCI dan Meluat dengan sesetengah pemimpin yang tidak ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. Oleh itu, buka mata…lebih baik berundur dan beri pada yg benar2 ikhlas demi kelansungan parti sekarang.
    6. Jangan persoalkan hak istimewa agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Kaum Melayu serta Bumiputera Sabah & Sarawak.
    7. Semoga kita terus bersatu dan maju.

  8. Salam hormat Y.A. Bhg Tun,

    Pilihanraya umum ke 13 mungkin akan diadakan dalam tempoh masa terdekat ini, jika perlu setelah dinilai mungkin banyak memberi petunjuk kepada kemenangan UMNO/Barisan Nasional yang lebih baik dari PRU 12. Walau apapun Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak selaku peneraju utama UMNO/Barisan Nasional akan menentukan tarikh sebenar PRU 13 nanti. Kita hanya boleh membuat jangkaan dan andaian sahaja.

    Melihat kepada perkembangan politik semasa berasaskan kepada kecelaruan-kecelaruan politik yang ditimbulkan oleh kalangan pemimpin kanan pakatan rakyat khususnya Pas dan PKR banyak memberi political mileage kepada UMNO dan Barisan Nasional. Pas dengan politik hentam keromo dengan mengemukakan isu-isu yang lari daripada fakta sebenar dalam menambat hati rakyat umum khususnya orang melayu Islam. Manakala PKR pula masih lagi berhempas pulas dengan masalah peribadi penasihatnya yang belum selesai. Mana mungkin Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh terus diangkat menjadi ketua pembangkang di Parlimen secara berkesan dan aktif dengan dibelenggu masalah moral dan peribadi yang masih belum selesai.

    Pakatan Pembangkang kelihatan gelisah seperti cacing kepanasan lebih-lebih lagi Pas dan PKR. Inilah akibatnya jika niat untuk mengambil alih kuasa berpaksikan kepada niat yang tidak jujur dan ikhlas. Apa juga kebaikan negara dan rakyat yang selama ini dinikmati bersama oleh pakatan pembangkang cuba dinafikan seratus peratus oleh kepimpinan pakatan pembangkang. Berpijaklah di bumi nyata, fakta kebenaran tidak boleh dinafikan begitu sahaja atas kerakusan mahu mengambil alih kuasa. Majoriti rakyat Malaysia sudah terdidik dan berpindikan tinggi melalui sistem pendidikan yang diusahakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Dengan asas pendidikan yang baik majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mudah tertipu dan terkeliru oleh retorik politik karut marut pemimpin pembangkang.

    Segala bentuk media digunakan sepenuhnya dalam kempen politik kepada rakyat digunakan oleh pakatan pembangkang, dengan menabur fitnah, menyongsangkan fakta sebenar bagi menarik hati rakyat untuk menyokong perjuangan politik mereka. Pihak manakah yang menyediakan segala macam ruang media yang ada di Malaysia jika bukan kerajaan Barisan Nasional. Pakatan Pembangkang sepatutnya merasa malu menggunakan segala kemudahan termasuk media yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional, dan menghengtam keromo usaha murni kerajaan Barisan Nasional.

    Bagi golongan muda yang bakal mengambil alih kepimpinan negara Malaysia khususnya kepada golongan yang berpendidikan tinggi dan mendapat pembiayaan penuh kerajaan Barisan Nasional janganlah mudah terpengaruh kepada pandangan serong pakatan pembangkang dan hanya bergantung kepada maklumat-maklumat melalui media oleh pembangkang. Sebagai golongan terpelajar berusahalah mencari atau mendapatkan fakta sebenar segala isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Ciri-ciri orang berilmu tidak mudah terpengaruh dengan segala maklumat yang diterima.

    Sekian, terima kasih.

  9. Assalamualaikum w.b.t. Y.A. Bhg Tun,

    Izinkan saya mengambil kesempatan dalam ruang ini mengemukakan serba sedikit komen tentang cabaran Tun terhadap isu Hukum Hudud yang dibangkitkan semula oleh Pas (Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) melalui media. Tun mencabar Pas supaya meneruskan usaha mewujudkan hukum Hudud khususnya di Kelantan dibawah tadbir urus Pakatan Rakyat khususnya Pas dimana semasa Tun menjadi Perdana Menteri ke 4, Pas mendakwa Tun sebagai penghalang kepada hasrat Pas untuk merialasikan Hukum Hudud. Sekarang Tun tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan jika benar Tun sebagai penghalang hasrat Pas untuk mwewujudkan Hukum Hudud, kenapa selepas Tun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pas mengubah perinsip perjuangan setelah bergabung dengan DAP dan PKR melalui buku jingga yang diuwar-uwarkan dan Pas mengubah kepada prinsip negara berkebajikan atas kesepakatan hala tuju perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak lagi fokus kepada Hukum Hudud dan menegakkan negara Islam dan mendakwa bahawa konsep menegakkan negara Islam tiada terdapat dalam Alquran.

    Dengan tiba-tiba isu Hukum Hudud ditimbulkan semula oleh kepimpinan Pas (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan mendapat komen sinis atau pedas daripada kepimpinan DAP (YB Karpal Singh dan YB Lim Guan Eng). Inilah corak perjuangan Pas yang tidak pernah berpegang kuat kepada perinsip perjuangan asas, tidak seperti DAP yang begitu konsisten pada setiap ketika dan suasana berpegang pada perinsip perjuangan asas mereka diantaranya menentang kewujudan negara Islam di Malaysia. Setelah menyedari sokongan kepada Pas sudah mula merosot khususnya dari kalangan penyokong orang Melayu Islam ekoran dari perjuangan yang tidak berperinsip, Pas membangkitkan semula hasrat untuk mewujudkan Hukum Hudud ia itu cerita lama yang kepimpinannya sendiri secara sedar atau tidak telah mengenepikannya sebaik saja bergabung dengan DAP dan PKR. Timbalan Presiden Pas (yang digelar Mat Sabu) pula dalam usaha meningkatkan imej diri dan mengharapkan sokongan bertambah dari rakan kongsi politik khususnya DAP telah membangkitkan isu pasukan komunis yang menyerang Balai Polis Bulit Kepung di muar Johor dalam tahun 1950 dan mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebenar bagi Malaya bukannya pasukan keselamatan (Polis) yang mempertahankan Balai Polis Bulit Kepong berkenaan. Ekoran isu sedemikian ramai pihak khususnya bekas-bekas pasukan keselamatan dan lain-lain pihak (individu dan NGO) merasa amat tersinggung dan terguris hati. Lebih dari seribu laporan dibuat oleh berbagai pihak kepada pihak berkuasa Polis mohon untuk diambil tindakan terhadap Mat Sabu melalui proses undang-undang negara sedia ada. Alhamdulillah Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah, dan kita sama-sama tunggu keputusan yang akan ditentukan oleh Mahkamah nanti.

    Sebagai penganut Islam kita tidak boleh menolak Hukum Hudud kerana ianya bukan sesuatu Hukum Ciptaan manusia, ianya adalah suatu cabang Hukum Allah S.W.T. Cuma tunggulah masa yang bersesuaian, insyaallah ianya dapat dilaksanakan. Negara Malaysia adalah negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk yang terdiri dari berbagai bangsa, anutan agama dan budaya. Hukum Hudud amat perlu difahami sebenarnya oleh semua golongan rakyat Malaysia, dan proses memberi kefahaman kepada semua rakyat memerlukan suatu masa dan pengorbanan yang berpanjangan. Bagi kerajaan Malaysia yang ditadbir urus oleh Barisan Nasional usaha kearah memberi kefahaman terhadap nilai-nilai murni syariat Islam telahpun berjalan, diantaranya bilamana Tun sendiri telah melancarkan dalam tadbir urus kerajaan yang bercirikan bersih, cekap dan amanah dan lain-lain lagi. Usaha sedemikian telah banyak memberi kefahaman yang baik kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dan mereka sama-sama menghayatinya.

    Sahabat dan rakan-rakan seagama dalam Pas, bukalah minda dan daya fikir anda yang berteraskan sesungguhnya kepada hukum Allah S.W.T. dan bukan atas prinsip gila kuasa atau mendapatkan kuasa memerintah melalui gabungan dengan DAP yang jelas menentang Islam (Hukum Hudud dan pembentukan negara Islam di Malaysia) dan juga PKR yang diterajui oleh kepimpinan yang hanya berteraskan kepada perjuangan individu yang begitu rakus mahu jadi pemimpin nombor satu negara tanpa berpegang kepada perinsip-perinsip perjuangan Islam dan budaya bangsa dan negara Malaysia.

    Pas tak perlulah bermain dengan retorik politik yang mungkin jauh dari perinsip kepimpinan Islam sebenar jika sekiranya Pas mendakwa bahawa prinsip perjuangan mereka adalah benar-benar berteraskan kepada Islam. Soal pokok inilah yang banyak menjadi tanda-tanya dan mengelirukan banyak pihak terhadap perjuangan sebenar parti Pas. Bagi UMNO yang dituduh oleh kepimpinan Pas menolak Islam, secara konsisten sejak berkuasa lebih dari lima puluh tahun yang lalu berusaha tanpa henti memartabatkan Islam di Malaysia, dan usaha-usaha sedemikian telah benar-benar menampakkan hasil yang positif sehinggakan Malaysia terkenal diantara yang terbaik sebagai negara Islam di dunia. UMNO tidak pernah mendapat tentangan dari gabungan parti-parti politik dalam Perikatan dan kini Barisan Nasional dalam usahanya memartabatkan Islam di Malaysia. Inilah konsep penggabungan kuasa dalam Barisan Nasional yang gagal disaingi oleh Pakatan Rakyat. Ugama lain terus berkembang biak di negara Malaysia atas sikap toleransi kaum yang amat tinggi nilainya dalam kepimpinan Barisan Nasional. Marilah sama-sama kita renungkan demi masa depan Malaysia yang tercinta, dan memilih kerajaan yang telah benar-benar terbukti berjaya dengan amat cemerlang menentukan arah tuju negara Malaysia dan kepentingan semua rakyatnya terjamin.

    Sekian, terima kasih dan Wassalam Tun.

  10. salam Tun.

    semoga sihat selalu.
    ini sekadar luahan hati saya:

    nampaknya isu Mat Sabu memang hangat sekarang. ramai yang tak percaya kenapa dia boleh cakap macam tu.
    saya hairan, kenapa banyak orang melayu suka bergaduh sesama sendiri? suka berpecah belah? suka melihat kesusahan orang lain? adakah ini penyakit herediter bagi orang Melayu?

    bagi saya, orang macam ni kurang pengetahuan, kurang ke luar negara,kurang membaca dan kurang memerhati.

    tahukan wahai orang yang suka berpecah belah dan mencetus perpecahan bahawa, kita di Malaysia sangat aman makmur dan mewah. kita akan tahu bahawa kita sangat beruntung menjadi rakyat Malaysia.

    orang yang suka berpecah belah ni dah bosan ke tinggal di negara yang aman? dah bosan hidup ke arah kemajuan? dah rasa nak berperang balik? nak rasa dijajah balik? nak rasa hidup di negara mundur?

    kalau tak nak, sila jaga kedamaian kita. nak berpolitik jangan terlalu taksub. harta dan pangkat tak boleh bawa masuk dalam kubur.

    fikir sebelum bertindak. jangan ikut dan percaya membabi buta.
    SAYANGILAH MALAYSIA KITA YANG AMAN MAKMUR NI.JAGALAH APA YANG KITA ADA

    itu saja permintaan saya, sebagai orang yang suka memerhati.
    terima kasih

    -Dr Zatiel Ismail

  11. Salam YM Ayahanda Tun Mahathir
    semoga ayahanda tun beroleh kesihatan dan rahmat Allah swt
    adapun mat sabu adalah tergolong dalam rangkaian kumpulan politik munafik nyata, hakikat nya mat sabu sekarang desperado, dia telah mengadai maruah bangsa kita hanya untuk kuasa, dia cuba putar alam seantero nusantara melayu ini dengan dongengan untuk menjadi dia hero bagi kaum cina, semua ini adalah pesona@lara dunia@sandiwara wayang kulit kerana esok lusa hampir pilihanraya

  12. Tuan Guru Dr Mahathir yg di rahmati ALLAH,

    Dengan izin :

    – Satu FITNAH BARU telah dibuat oleh PAS:

    – Apabila YAB Dato’ Seri Najib, UMNO/BN telah mendapat sokongan padu dari rakyat, maka:

    – PAS buat fitnah “UMNO/BN cari sumbangan di masjid untuk hari terbuka 1 Malaysia

    – MasyaAllah ……………. betul ke?

  13. Tuan Guru Dr Mahathir yg di rahmati ALLAH,

    Dengan izin:

    1. UMNO/BN semakin mendapat sokongan.

    2. Nik ajis cuba menyekat dgn membangkitkan isu lama “Mewujudkan Hudud di Kelantan”

    3. Nik ajis ni………………. semakin rosak lah dia, Nik ajis dengan Penzina Negara pun tidak mampu berkata apa2, ni kan pulak nak buat Hudud.

    4. Kemudian bila tidak boleh/mampu buat …….. dia akan kata, dia akan tuduh dan dia akan fitnah UMNO macam-macam.

    5. Nik ajis ni ……………. makan diri sendiri sebenarnya

  14. Assalamu’alaikum wr wb
    Tuan Guru Dr Mahathir yang di Rahmati ALLAH,

    Apa yang TGDrM katakan semua itu, amat menyedarkan ramai orang betapa buruknya Mat Sabo dan Karpal.

    Dengan izin:

    Wahai warga Msia yang ber’akal lagi bermaruah dikalangan bukan ahli PAS, marilah kita semua mengajak yang lain supaya ‘SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAS’ yang dipimpin dan terdiri dari orang yang:

    – Gedebe
    – Ular Dalam Semak
    – Samseng
    – Putar Alam
    – Pembohong
    – Penyekat Rezeki Rakyat (Haramkan Utusan?)
    – Penyekat Kemajuan Bangsa
    – Mengguris hati semua orang Melayu
    – Mengecewakan hati semua orang Islam

  15. To “akulah 69” I guess u never read the history book wisely….on that day we’re in progress to reach the deal of freedom…next time pls do understand first before you drop your comments here…..if the communism is the best practice then now u tell me why south Korea never accept this kind of practice?sometimes is hard for dumber to think nicely….what the shame

  16. My command of Bahasa is weak and would not justify my response to this particular article on Mat Sabu in my weak Bahasa. I do hope you will forgive me on that score and allow my response on this very topical subject in English.

    History has to be looked at in context. It is about the past and no one has a monopoly on either history or the truth. If Mat Sabu has a version of his history that is uniquely skewered to his personal perspectives, then to contradict his version requires the best evidence available and not emotion, political rhetoric or an equally skewered anti UMNO tirade.

    One must remember that Mat Sabu lived those particular events of history, which Karpal and others who support or disagree with his version did not. At least not to the extent he did.

    Others like the Nut Graph who preach and demand greater “freedoms and democracy” are not ashamed to either censor or forever keep comments they disagree with in Limbo, to be moderated then eventually cancelled. They express their ideals in much the same way Mat Sabu’s colleagues did then during the emergency. “What I say is an absolute right, what you say has to be subject to my right”

    They the Nutgraph too put up a strong thought unconvincing argument for Mat Sabu and his misguided Maoist allies.

    There is a rebirth of the idea that Malaysia is part of what Mao once called Nanyang (the south seas territorial areas of greater China) and Malaysia’s opposition dominated by the Chinese are aggressively advancing that theory with these so called alternative publications.

    The fact remains that if the popular version of history (the history of the victor) is to be accepted, it must also then be swallowed with the thorny truths that come with it.

    The Chinese for instance were and remain incontrovertibly a domineering culture that sought to swamp the Malayan peninsula with their large illegal immigrant population. Along with these they imported their domestic parochial divisions, fights and political extremes from their mainland transplanting these into the areas they settled in much to the detriment of locals.

    In the Malaysian context they the Maoists or communists did not fight for independence of Malaya against the British as is claimed in the new revisionist history of the opposition.

    They the Maoist communist Chinese fought to dominate the Malayan peninsula on behalf of the “motherland China”.
    They fought to dominate the locals, claim their territory as part of greater China, subjugate the locals through brute force using the colourful rhetoric of anti colonial sentiments to gloss over, then justify their political myths with, unprecedented acts of violence and brutality against those defenseless who would not capitulate to their ideals. Thats is history. Mat Sabu was one misguided local caught up in that idealism of the time.

    If you apply the documented Chinese “contributions” to Malaysian history against what it is said in opposition sponsored publications about what UMNO claims for itself, the truth becomes more evident. There is no comparison between the two.

    UMNO did do much more and much more for not just the Malays. What has to be understood is that the communists Maoists fought to gain control of the peninsula to dominate the locals to bring it into China’s orbit as a satellite and not for independence from Britain.

    Britain was long gone as the colonial power when the brutality of the Chinese communists, the Maoists of which unfortunately there was a sprinkling of Mat Sabu’s, continued without any mercy till defeated.

    They took the lives of those amongst them who were their own kind and failed to establish a large enough support base because their ideals were not the ideals of the local people who already had a culture of their own. Mat Sabu could not have retreated by then without being shot.

    The idea of Chinese domination remains. The claim that these communists, Maoists fought for independence is not simply a lie. It is an insult to those who opposed the Japanese, the British and then China. An insult to those who laid down their lives against Chin Peng a mercenary who sought to achieve domination of the Malayan peninsula on behalf of China and the Chinese through the power of intimidation and the gun.

    Independence came with the gifts of a home for the displaced like the millions of Chinese and Indians. It could well have ended like Malawi, Uganda, Nigeria and Myanmar where the newly independent governments of these countries deprived their non indigenous population of citizenship and deported them unceremoniously to Britain who did not want them.

    Those who forget history are doomed to repeat its mistakes.

  17. My command of Bahasa is weak and would not justify my response to this particular article on Mat Sabu in my weak Bahasa. I do hope you will forgive me on that score and allow my response on this very topical subject in English.

    History has to be looked at in context. It is about the past and no one has a monopoly on either history or the truth. If Mat Sabu has a version of his history that is uniquely skewered to his personal perspectives, then to contradict his version requires the best evidence available and not emotion, political rhetoric or an equally skewered anti UMNO tirade. One must remember that Mat Sabu lived those particular events of history, which Karpal did not.

    Others like the Nut Graph which preach and demand greater “freedoms and democracy” are not ashamed to either censors or forever keeps comments they disagree with waiting to be moderated then eventually cancel it. They too put up a string argument for Mat Sabu and hi misguided Maoist allies. There is a rebirth of the idea that Malaysia is part of what Mao once called Nanyang (the south seas territorial areas of greater China) and Malaysia’s opposition dominated by the Chinese are aggressively advancing that theory.

    The fact remains that if the popular version of history (the history of the victor) is to be accepted, it must also then be swallowed with the thorny truths that come with it.

    The Chinese for instance were and remain incontrovertibly a domineering culture that sought to swamp the Malayan peninsula with their large illegal immigrant population. Along with these they imported their domestic parochial divisions, fights and political extremes from their mainland to the areas they settled in much to the detriment of locals.

    In the Malaysian context they the Maoists or communists did not fight for independence as is claimed here. They fought to dominate the country on behalf of the “motherland China”.

    They fought to dominate the locals, claim their territory as part of greater China and did so through brute force using the colourful rhetoric of anti colonial sentiments to gloss over, then justify their political myths with, unprecedented acts of violence and brutality against those defenseless who would not capitulate to their ideals. Thats is history. Mat Sabu was one misguided local caught up in that idealism of the time.

    If you apply the documented Chinese “contributions” to Malaysian history against what it is said in opposition sponsored publications about what UMNO claims for itself, the truth becomes more evident. There is no comparison.

    UMNO did do much more and much more for not just the Malays. What has to be understood is that the communists Maoists fought to gain control of the peninsula to dominate the locals to bring it into China’s orbit as a satellite and not for independence from Britain.

    Britain was long gone when the brutality of the Chinese communists, the Maoists of which unfortunately there was a sprinkling of Mat Sabu’s, continued and without any mercy. They took the lives of those amongst them who were their own kind and failed because their ideals were not he ideals of the local people who already had a culture of their own.

    The idea of Chinese domination remains. The claim that these communists, Maoists fought for independence is not simply a lie, it is an insult to those who opposed the Japanese, the British and then China who through Chin Peng sought to achieve the same end through the same means of the gun.

    Independence came with the gifts of a home for the displaced like the millions of Chinese and Indians. It could well have ended like Malawi, Uganda, Nigeria and Myanmar where the newly independent governments of these countries deprived their non indigenous population of citizenship and deported them unceremoniously to Britain who did not want them.

    Those who forget history are doomed to repeat its mistakes.

  18. 1. Saya telah menonton rakaman ceramah oleh adalah Timbalan Presiden Parti ISLAM semalaysia (PAS) Ustaz. Mohamad Sabu mempertikaikan tentang peranan UMNO dalam memajukan Negara.
    2. Beliau berkata, negeri Selangor dan Penang, yang diperintah oleh pakatan rakyat telah diiktiraf sebagai antara negeri yang tertinggi mempunyai nilai dagangan.
    3. Beliau bangga dengan pencapaian kerajaan negeri kerana telah memajukan negeri Selangor dan Penang.
    4. Persoalannya, sejak bila Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Penang? Sejak Merdeka kah?
    5. Siapa yang memajukan negeri tersebut sebelum pakatan rakyat memerintah?
    6. Ustaz Mohamad Sabu bercakap seolah-olah sebelum ini Selangor dan Penang tidak MAJU langsung, tiada Pelabuhan Kelang, tiada stadium Shah Alam, tiada jambatan Pulau Pinang, dan tiada segala-galanya.
    7. Ustaz Mohamad Sabu seolah lupa, kemajuan Selangor dan Pulau Pinang telah disumbang oleh perancangan rapi kerajaan terdahulu iaitu kerajaan BN.
    8. Sepatutnya Ustaz Mohamad Sabu mengkaji kenapa negeri Kelantan tidak semaju negeri Selangor dan Penang, walaupun telah diperintah oleh kerajaan (BUKAN BN) lebih 20 tahun yang lalu.
    9. Orang yang memberi ceramah BIASANYA adalah orang yang pandai dan bijaksana, bukan bercakap ikut suka.
    10. Jelas Ustaz Mohamad Sabu seorang penceramah yang ’LUAR BIASA’.

  19. Salam hormat Y.A. Bhg Tun,

    Pilihanraya umum ke 13 ada kemungkinan berasaskan kepada jangkaan ramai dan banyak pihak yang berkepentingan politik akan diadakan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang akhirnya dapat menentukan tarikh sebenar pilihanraya setelah meneliti segala peluang dan kemungkinan kemenagan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional dengan izin Allah S.W.T. Mandat kerajaan yang memerintah masih lagi panjang dan akan berakhir awal tahun 2013. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional berasaskan kepada kepentingan semua golongan rakyat dan negara amnya. YAB Perdana Menteri mungkin tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13 dalam masa terdekat ini. Masih banyak lagi perkara-perkara penting perlu diatasi diantaranya mungkin memastikan bahawa semua komponen parti Barisan Nasional telah benar-benar bersedia dan berkeyakinan penuh bahawa keputusan pilihanraya umum nanti akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada yang lalu khususnya pilihanraya ke 12. Peningkatan sokongan rakyat berbilang kaum terhadap segala program transformasi yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri amat perlu mendapat sokongan penuh sebilangan besar rakyat sebelum pilihanraya nanti.

    Parti-parti pembangkang (PKR, DAP dan Pas) yang bergabung dan berpadu tenaga dengan hasrat untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya ke 13 nanti, telah dan sedang melancarkan kempen secara agresif dengan membangkitkan segala isu-isu yang mereka fikirkan boleh menambat hati rakyat. Apa juga program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional demi kepentingan rakyat dan negara dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib dikritik hebat oleh pakatan pembangkang termasuk mewujudkan rasa kebencian terhadap kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang perihatin terhadap nasib masa depan mereka dan negara Malaysia amnya senentiasa memerhatikan dan membuat penilaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan juga menunggu jawapan balas dari pihak kerajaan dan parti-parti komponen Barisan Nasional. Jika dibandingkan sebelum pilihanraya ke 12 tahun 2008, tidak ramai kalangan NGO, individu dan para ilmuan memberikan pandangan yang mirip menyokong kerajaan Barisan Nasional. Alhamdulillah dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib sudah ramai pihak (NGO, individu dan para ilmuan) menyatakan sokongan kepada corak kepimpinan dan segala program transformasi yang dilaksanakan. Ini memberikan suatu petanda baik bagi UMNO dan Barisan Nasional untuk terus diberi mandat menerajui kepimpinan negara dan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun UMNO dan Barisan Nasional tidaklah harus berpuas hati, dan hendaklah melipatkan gandakan usaha membela nasib rakyat dan menjamin negara Malaysia terus maju kehadapan.

    Pakatan Pembangkang bersifat seperti cacing kepanasan, kerana mereka hampir tiada isu yang benar-benar relevan untuk diketengahkan bagi mengekal dan menambah sokongan rakyat. YAB Perdana Menteri dengan dibantu semua peringkat kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sudah benar-benar menyedari segala kekurangan terdahulu dan berusaha keras memperbaiki segala kelemahan dan sudah nampak nyata segala perancangan menuju kepada kejayaan khususnya bagi kepentingan dan kebajikan rakyat yang diberi keutamaan.

    Negeri-negeri yang dibawah kepimpinan pakatan pembangkang tidak langsung menunjukkan sebarang imej yang lebih baik daripada kepimpinan Barisan Nasional yang terdahulu yang mereka janjikan semasa kempen pilihanraya ke 12. Isu sejarah perjuangan parti komunis Malaya dijadikan bahan politik parti Pas dengan mengangkat martabak mereka sebagai pejuang sebenar bagi mencapai kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan kini Malaysia. Parti Komunis Malaya hanya berjuang untuk menyingkirkan British dan berhasrat menjadi pemerintah Persekutuan Tanah Melayu dengan dasar pemerintahan komunis yang diantaranya memerintah secara kuku besi, tiada mengiktiraf agama, keadilan sosial, mengekplostasi harta negara yang hanya menjadi hak pemerintah seperti yang berlaku di negara Vietnam yang saya lihat sendiri semasa berada di Hanoi Vietnam Utara dalam tahun 1981. Para pejuang kita (Polis dan Angkatan Tentera) berjuang habis-habisan menentang keganasan komunis bagi menghalang cita-cita mereka menakluki negara Malaysia ini.

    Y.A.M. Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj. Perdana Menteri Malaysia Pertama dari UMNO dengan kerjasama kepimpinan berbagai kaum dari gabungan Parti Perikatan dengan bijaksana telah berjaya menuntut kemerdekaan bagi negara Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dari penjajah British tanpa sebarang kekerasan dan pertumpahan darah. Pasukan keselamatan (Polis dan Angkatan Tentera) berdiri teguh dibawah kepimpinan negara pada waktu itu bagi menjamin proses mendapatkan kemerdekaan dapat berjalan lancar dan berjaya sepenuhnya. Merekalah yang sebenarnya patut disanjung dan dihormati sebagai pejuang sejati bagi negara Malaysia, bukannya Pasukan Komunis Malaya seperti yang cuba ditonjolkan oleh kepimpinan Pas. Oleh kerana pejuang-pejuang kemerdekaan adalah dari kalangan parti politik kepimpinan UMNO dan Parti Perikatan (Barisan Nasional), maka Pas dengan rasa cemburu hati yang masih belum padam (mungkin tak kunjung padam) dan tidak dapat menerima kenyataan fakta sebenar, maka sanggup melabel pasukan Komunis Malaya sebagai pejuang kemerdekaan bagi Malaysia. Fakta sejarah sebenar tidak boleh diubahsuai atau ditulis yang baru. Negara-negara lain di dunia juga tidak pernah mengubah fakta sejarah negara mereka bagi dijadikan modal politik. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah S.W.T kurniakan saya dapat menziarahi banyak negara di dunia dan menyaksikan kesan-kesan sejarah yang sangat mereka (penduduk asal negeri-negeri berkenaan) banggakan dan tidak pula mengekploitasi sejarah sebagai bahan untuk mendapatkan laba politik.

    Saya menyeru semua rakyat Malaysia dari berbagai etnik, budaya dan anutan agama merenung kembali dan meneliti kesan-kesan sejarah negara Malaysia. Dengan berbuat demikian ianya boleh memberikan kita lebih kefahaman terhadap susur galur sebenar bagaimana Malaysia dibangunkan dan menjana semangat jati diri kita yang sebenar sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian. Kita harus bangun menentang segala usaha yang boleh menghancurkan segala kenikmatan hasil pembangunan negara selama ini. Meruntuh sesuatu kejayaan amat mudah dan boleh dilakukan dalam sekelip mata, manakala membina sesuatu tamadun dan kejayaan akan menempuh segala ranjau dan duri dan memerlukan suatu jangkamasa yang panjang dan keringat yang bukan sedikit. Sama-samalah kita membuat pertimbangan dan memilih yang mana lebih mulia demi kelangsungan masa depan nasib kita dan anak cucu keturunan kita dimasa akan datang.

    Selamat dan terus berjuang kepada Y.A Bhg Tun.
    Sekian, terima kasih.

  20. assalammualaikum TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

    sy setuju pada TUN mengenai ISU ini…
    ramai anak melayu yang menegak kan isu tanah melayu dijajah atau tidak. sy juga tersinggung dgn kata2 mereka yg tidak masuk akal, malah menyalahkan pemimpim dulu dan kini. sy juga risau apa akan terjadi jikalau negara malaysia dipimpim oleh parti pembangkang, susah kita nak percaya pada pihak yg tak pernah memimpin negara. dan setelah apa yang kita lihat dri dulu hingga kini semakin lama semakin maju. dan kita juga tidak mahu jadi seperti negara jiran yg masih ada rakyatnya yang tidak ada tempat tinggal malahan tiada makan dan minum… sy bersyukur pada ALLAH kerana memberi seorang pemimpin(TUN DR. MAHATHIR) yang telah memimpin negara serta membangunkan tanahair utk kehidupan rakyat jelatah. TUN, tolong lah kami utk membuka mata rakyat yang masih menyalahkan kerajaan.
    *sy berharap dan berdoa pada ALLAH agar suatu hari sy dpt bersalaman dan berjumpa TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

  21. Asalamualaikum Tun Mahathir,
    why are we still allowing these people like mat Sabu and PAS supporters to walk freely on Malaysian streets?sholudn’t they be placed under ISA?is this mat Sabu getting paid to say all these so that RTM can start airing captions of battles fought against communists?to educate our Malaysians?

  22. Terima Kasih Mat Sabu kerana menambahkan isu supaya orang melayu terus bergaduh sesama sendiri. Saya rasa ada orang tak pergi beraya ke rumah adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai pasal bergaduh pasal isu ini. Saya tahu malam tadi ada orang bertumbuk pun pasal ini.
    WISE UP PLEASE!!!!! PLEASE!!!!!! Bring up issues that will give people opportunity to discuss rationally (kan banyak issue lain!!!!). This Bukit Kepong issue will only brings heated argument among us. Imagine the Pakcik-pakcik at the Surau, Kedai Kopi at the kampung. Kau ni memang Benny Hill la Mat Sabu. PAS people rather have this guy as their leader rather than the Nasrudin. Cannot understand this!!!!

  23. Salam Al-Fadhil Tuan Guru Dr Mahathir yg di rahmati ALLAH,

    Dengan izin : nasihat untuk sdr noniwahid tu…….

    1. Org pandai dan cerdik, tidak salah jika disokong.
    2. Org berjasa, tidak salah jika di hormati
    3. Org berakal, tidak salah jika di ikuti
    4. Org kaya, tidak semestinya dia kafir laknatullah.
    5. Org kaya, juga memayungi orang yang memerlukan
    6. Org kaya lagi bermaruah, tidak menghina orang.

    7. Orang yang tidak boleh diikut dan wajib disingkirkan ialah orang yg berdengki, gedebe, bodoh sombong, tidak ada akal, tidak ‘educated’, memperalatkan Agama Islam, menghina ALLAH mencarut……………

  24. SubhanAllah, Mahasuci Allah swt.
    Salam Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati Allah,

    1. Memang amat benarlah apa yg TGDrM katakan itu.
    2. Mat Sabo – gadai Polis dan pejuang kemerdekaan
    3. Nik ajis – gadai Allah
    4. Hadi awe – gadai matlamat
    5. Karpal – tumpang bermangkuk-mangkuk

    HINA BETUL PAS DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS TU….

  25. YABhg Tun,

    Salam hormat.
    Mat Sabu..kalau otaknya dah beku..mindanya dah tertutup..there is nothing much we can do about him…rally by patriotic Malaysians to protest against him similar to illegal rallies by BERSIH recently will not change Mat Sabu..Kita seperti anjing menyalak kepada bukit.

    Anyway, we just want to know..what Mat Sabu has done for Malaysia …?

  26. siapa mat sabu ni? nak kata orang alim ulama, bukan….. professional pun bukan…jadi sama-samalah kita nilai kredibiliti beliau sebagai pemimpin…

  27. Salam Tun

    Semua ini kan mainan politik. Satu diversion je….dari isu semasa yg sedang berjalan di mahkamah.

    Dan mereka berjaya..

  28. Salam Tun,
    Kini baru saya tahu bahawa yang saya anggap hero yang hebat, pejuang yang kental rupanya pengkhianat bangsa, petualang agama. Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Sultan Abdullah, Dol Said, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Hj. Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobi, Mat Salleh merupakan pengkhianat negara kerana menentang pelindung kita, Bristish pada masa itu.
    Kini saya perlu ubah minda saya supaya membuka minda anak-anak saya bahawa nama2 yang saya tuliskan tadi merupakan pengkhianat agama, bangsa dan negara. Sanggup menderhaka pada sultan dan menentang, membunuh orang inggeris yang melindungi tanah melayu pada ketika itu.
    Satu lagi Tun, saya rasa Tun kena bagi tau kat Kerajaan Malaysia, tidak perlu sambut merdeka sebab sejarah menunjukkan kita tidak pernah dijajah. Janganlah kita membazir berjuta-juta untuk meraikan merdeka sedangkan sedari dulu negara kita tidak pernah dijajah oleh inggeris. Hidup Queen Elizabeth…… Harap Tun boleh maklum kepada kabinet supaya cukup-cukulah rai merdeka tuh, bazir duit ajer sebab kita negara bebas sejak dahulu lagi…. salam…

  29. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
    Salam Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,

    1. Sudah semakin ramai ahli PAS keluar PAS, mereka tidak pedui lagi dengan BAI’AH rekaan PAS.

    2. Tidak lama lagi PAS hanya tinggal 3 stoogest, Hadi Awe, Nik ajis, dan Mat Sabo

    3. Marilah kita yang bukan PAS dari semua keturunan, Polis dan Tentera selamatkan Malaysia dan berdoalah “Ya Allah selamatkan negara kami dari PAS”

  30. Salam hormat Yg Bhg Tun,

    Nampaknya Tim. Presiden Pas (Mohd Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu) masih lagi tidak henti-henti mempertahankan pandangannya bahawa wira perjuangan kemerdekaan negara Malaysia adalah pasukan pengganas komunis khususnya yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong Daerah Muar Johor dalam tahun 1950 (zaman dharurat), dan menafikan pasukan polis seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis berkenaan sebagai wira negara. Isu baru Mat Sabu mengaitkan pula filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramli sebagai anjing British. Beberapa pihak-pihak tertentu (pakar-pakar sejarah, para ilmuan, bekas pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga yang pernah terlibat dengan peristiwa serangan pengganas terhadap Balai Polis Bkt Kepong) telah dengan sukarelanya membantu membuat penjelasan sebenar kepada masyarakat umum melalui berbagai cara segala fakta sebenar siapakah wira negara yang sebenarnya. Namun amat mendukacitakan Mat Sabu dan segelintir kepimpinan Pas masih keras kepala mempertahankan pandangan mereka.

    Dengan kemajuan teknologi maklumat dan pembangunan pembelajaran yang membentuk majoriti rakyat Malaysia boleh berfikir dengan rasional sudah tentu 100% menolak tanggapan negatif Mat Sabu dan parti yang diwakilinya. Dengan tindakan Mat Sabu akan meruntuhkan lagi kepercayaan rakyat khususnya kalangan pengundi atas pagar, kecuali penyokong tegar Pas yang buta hati, mata dan perasaan akan terus menyokong kepimpinan Pas dalam apa situasi sekalipun. Sebagai penganut Islam kita tidak harus terlalu taksub kepada pemimpin, ketaksuban kita secara benar, penuh beriman dan taqwa hanya kepada Allah S.W.T. dan Rasul Pilihan Nabi Mohamad S.A.W. Inilah kesilapan besar bagi penyokong tegar parti Pas, mungkin atas dorongan dan fatwa kepimpinan tertinggi Pas bahawa menyokong Pas ada jaminan masuk syurga. Sesuatu kepimpinan harus disokong selagi ianya benar dan tidak menyeleweng dari kehendak syariat Islam sebenar.

    Pas suatu ketika dahulu telah berjaya memikat sebahagian besar rakyat khususnya orang Melayu Islam menyokong hala tuju perjuangannya terhadap Islam. Namun demikian setelah bergabung dengan PKR dan DAP, Pas sudah mula hilang arah perjuangan asalnya terhadap Islam dan beralih menyokong aspirasi DAP dan PKR. Perkembangan ini nampaknya dengan serius melunturkan kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu Islam yang tidak fanatik kepada mana-mana parti politik untuk terus menyokong Pas. Untunglah UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, insyaallah.

    Tindakan Mat Sabu sebagai Tim. Presiden Pas yang baru dan sedang berusaha untuk membentuk suatu platfom yang kuat melalui kempen dengan mengenengahkan isu-isu yang tidak relevan mengikut lunas-lunas sejarah negara yang sebenar, dan pada yang sama ingin memikat hati rakan politik DAP dan PKR. Pas amat teruja selepas mendapat sedikit undi kaum China pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Pas dengan sedaya upaya cuba meneruskan momentum sokongan undi kaum China pada pilihanraya umum ke 13 bersama DAP dan PKR. Pas tak bangga Allah S.W.T lahirkan mereka sebagai orang Melayu Islam, hanya berasaskan kemahuan politik semata-mata. Allah S.W.T jadikan makhluknya dari berbagai warna kulit dan bangsa, sudah tentu ada hikmah terbaik Allah berbuat demikian, dan kita harus bersyukur dan menerima anugerah Allah menjadikan kita orang Melayu dan beragama Islam.

    Tepuk dada tanyalah selera, gunakan akal fikiran berasaskan hukum syariat Islam yang sebenar lagi suci apabila kita membuat sesuatu keputusan memilih kepimpinan yang bersesuaian bagi memimpin negara ke arah memajukan ummah.

    Sekian, terima kasih Yg Bhg Tun. Salam 1 Malaysia dan Wassalam.

  31. Salam Tun, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Semoga Tun sihat dan ceria selalu,..Saya sedih tengok orang2 melayu yang rasa dirinya bijak, tapi disebabkan fanatisme , fikiran mereka jadi sangat sempit.. Betul cakap Tun.. Cakap la apa pun, pengikut dan penyokong mereka tak akan dengar lansung.. Pemimpin terdesak nakkan kuasa manakala pengikut dan penyokong pulak berfikiran sempit..

  32. YABhg Tun,
    Salam hormat.

    Mat Sabu sebagai orang Melayu adalah bangsat (bangsa khianat) kepada kaumnya sendiri.

  33. Assalamu’alaikum wr wb.
    Tuan Guru Dr Mahathir didoakan sentiasa mendapat Rahmat ALLAH.

    1, Mat Sabu/Mat Sabo(taj), pemimpin2 PAS serta ahli PAS yg masih tinggal, sedang bertungkus lumus memerah otak (yg tidak berakal) dan bersusah payah sehingga terberak lagi di sana sini bagi menegakkan benang yang amat basah yang amat susah kering.

    2. Hanya jika mereka bertaubat dan kembali kepada UMNO parti mereka yang asal, barulah Allah akan terima.

  34. Salam & Selamat Hari Raya Tun,

    Dalam isu apa yang diperkatakan oleh En. Mat Sabu baru-baru ini, menimbulkan berbagai persoalan di kepala saya. Mungkin saya terlalu banyak membaca makalah ‘teori konspirasi’ dan awal-awal lagi saya ingin memohon maaf jika apa yang akan saya persoalkan ini mencuit perasaan pembaca.

    Yang pertamanya, gaya En. Mat Sabu yang pada kebiasaannya jarang menyentuh hal-hal yang kurang difahami oleh beliau tetapi isu beliau yang terbaru ini seperti sudah menyimpang dari gayanya. Dan, setiap isu yang ditimbulkan oleh beliau sebelum ini pada kebiasaannya akan disusuli dengan jawapan tangkisannya, tetapi dalam isu terbaru ini, beliau seperti terkedu dan jawapan yang diberikannya juga kurang meyakinkan. Persoalannya, adakah ini gaya terbaru En. Mat Sabu atau beliau seperti didesak?
    Keduanya, En Mat Sabu selalunya memainkan isu-isu yang popular dan semasa tetapi isu Mat Indera agak berlainan. Sebelum ini, boleh dikatakan ramai tidak mengenali siapa itu Mat Indera dan untuk beliau memainkan isu ini adalah di luar kebiasaan beliau.
    Ketiga, ini bukan berkaitan Mat Sabu tetapi ini secara amnya, apabila seseorang itu telah menerima didikan agama, apa yang membuatnya menerima ideologi komunisme ini yang ada menyebut isu ‘ketuhanan’.
    Akhirnya, kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai komunisme dalam julat masa yang pendek, apa yang jadi persoalannya adalah ‘kenapa?’ dan ‘apa yang tersirat?’. Adakah ini suatu ‘strategi berfasa’ atau semuanya secara kebetulan? Semua ini perlu direnung dan difikirkan.
    Sekali lagi saya memohon maaf.

  35. biasala tue tun…

    org banyak cari makan guna peluh…

    politician cari makan guna air liur…

    macam-macam rasa air liur nyer…:)

  36. Salam TUN,
    Their recent foray to debunk Bukit Kepong draw flaks.
    A foolish stand, as politician,should leave it to the historian.
    On that fateful day,mortality not only include patriotic policemen,but also women and children.
    Islam forbade the killing of women and children in war.
    By placing the perpetrators on the pedestal certainly contradicts the hadiths and their perceived champion of Islam.
    Seems like they are lost in times.
    A sendiwara in motion indeed,Msabun play the bad guy while Ksingha play the good guy(as Captain America)trying to save the masses in dire straits.
    They should stick to ranting,slandering and rhetoric(their forte) with winning Putra Jaya in their mind,because Barisan National is in the fore front in nation building.

  37. Semakin byk cerita yg membuat generasi baru tertanya-tanya kebenarannya…sehingga tidak terungkai jawapan…sejarah ditulis oleh mereka yg menang & undang2 juga digubal oleh mereka yang menang…

    Apa yg pasti kebenaran pasti akan muncul…Setinggi mana tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua…

    Dunia baru, the invisible world, where’s the poverty from the shantytown starting to speak out to the world asking their needs and the genius gonna blow out an ideas in the world wide web.

    Whatever it is, the truth will lead

    ~nFx~
    http://noframex.blogspot.com

  38. SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHU Akbar
    Tuan Guru Dr Mahathir yg di rahmati ALLAH,

    1. Orang berusaha layak mendapat kesejahteraan/kekayaan/kejayaan.
    2. Orang yang teramat sangat berjasa seperti TGDrM memang sepatutnya teramat layak pula mendapat kesejahteraan/kekayaan/kejayaan.
    3. Orang HAPRAK adalah orang yang berdengki dengan kesejahteraan/kekayaan/kejayaan orang lain.

  39. Salam Tun,

    1. Mat Benny Sabu, surely does plenty work for us. Thank You. Good medicine, laughter is. I really appreciate it.

    Benny Hill normally get chased by many pretty women towards the end of his shows, unlike Mat Sabu who unfortunately gets chased by many angry men.

    2. You are right …”Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan”. Karpal is afraid this Sabu will cause PR to karam an acted swiftly to repair the damage. But then Mat Benny is a pro. And so is Karpal. So we should relax. People are sooo afraid to use the word “komunis” in public. That’s why i said i think perhaps the communists have actually won in history. Komunis – komunis – komunis – komunis – komunis – komunis – komunis – komunis – komunis – komunis – komunis – komunis – komunis. Nah.
    Thank You Tun, puas dah.

    3. UMNO has no sense of humour at all. Asyik nak mengamuk saja. Melayu betul. Bakar kelambu pun tak apa, asalkan puas tidoq. Even if UMNO tries to be funny, no one will not find it funny. In fact, nowadays i think they do not even need to act, it comes naturally, only they aren’t laughing. That’s why i says they have no sense of humour.

    4. It seems D.S. Rosmah has entered stage now, or rather people put her there. I don’t why people get so upset she delivered a Hari Raya message. How can one get upset for a lady merely for wishing you Hari Raya ? Have you all gone mad ? I mean opposition pun, kalau nak cari issue, please find one worth our time, for example – Tun Mahathir.

    Tun Mahathir is an issue worth debating and theorerizing about. Wither he appear next ? How much is his shoes. How much does his hair cut costs. Does he get a discount for teh tarik ? What will be the title of his next blog ? These are things i’d rather learn about.

    I think lame & non critical messages are better delivered by a wife, rather than a Prime Minister. I’d rather PM gives speeches on economy and social construct, JAIS, and issues like that, than speeches on festive season, which no one pays much attention to anyway ? What did she say ? There, you see.

    Thank You Tun

  40. Assalammualaikum Tun,

    Saya Dr Airil Yasreen Mohd Yassin, Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Johor Bahru. Saya telah membuat rakaman video dimana saya telah memberikan hujah berkenaan isu Bukit Kepong dan komunis. Saya tidak bersetuju dengan pernyataan YB Mat Sabu dan sebaliknya, saya mempertahankan perjuangan polis Bukit Kepong. Video tersebut telah di upload ke youtube. Saya amat berbesar hati jika Tun dapat meluangkan masa untuk mendengar hujahan saya. Jika Tun berminat, video2 tersebut boleh ditonton di blog saya:

    http://airilsametok.blogspot.com/

    Jika pada pandangan Tun video2 ini ada kebaikannya, adalah diharapkan juga agar ia dapat dihebahkan dan disebarkan pada masyarakat umum. Terima kasih. Wasalam.

    Yang Benar

    DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN

    Senior Lecturer and Research Fellow,
    Steel Technology Centre (STC),
    Fakulti Kejuruteraan Awam,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Johor Bahru.

  41. Salam hormat Yg Bhg Tun,

    Melihat laporan akhbar saya nasih teruja meneruskan ulasan mengenai kepimpinan Pas (khususnya Mohd Sabu & lain-lain kepimpinan) yang mendakwa pasukan pengganas kominis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong, Daerah Muar Johor zaman dharurat sebelum Merdeka sebagai wira sebenar memperjuangkan kemerdekaan negara, dan menafikan pasukan keselamatan (pasukan Polis) yang mempertahankan Balai Bukit Kepong demi maruah negara sebagai wira negara sebenar. Tindakan Mat Sabu dengan disokong oleh segelintir kepimpinan Pas sudah tentunya menyentuh dan mengguris hati dan perasaan para pejuang negara (khususnya pasukan keselamatan) yang telah berkorban nyawa mempertahankan maruah negara demi mendapatkan kemerdekaan dari cengkaman penjajah.

    Negara Malaysia sudah melalui tempoh kemerdekaan selama lebih 54 tahun yang lalu. Pasukan kominis telah meletakkan senjata dan berundur dari terus menghuni hutan belantara Malaysia bagi perjuangan yang sia-sia. Saya pernah bertugas di negara dibawah pemerintahan kominis (Hanoi Vietnam) dalam tahun 1981, membantu kerja-kerja pengubahsuaian Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi, atas perintah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Saya dapat merasa dan melihat sendiri pahit maung hidup di sebuah negara kominis, aktiviti agama langsung tidak dibenarkan, tiada siapa boleh berpakaian atau berbelanja lebih antara satu sama lain kononnya atas perinsip kesaksamaan, tiada kebebasan untuk rakyat menyampaikan buah fikiran, sebarang maklumat luar disekat sama sekali dari pengetahuan rakyat, tiada harta pemilikan sendiri dibenarkan, malah semuanya adalah hakmilik pemerintah. Itu semua adalah segelintir aktiviti pemerintahan kominis yang saya dapat rasakan dalam tempoh masa lebih kurang setahun berada di negara kominis. Apakah rakyat Malaysia mahu menerima pemerintahan mengikut dasar kominis yang kononnya atas perinsip kesaksamaan seperti yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat?

    Soalnya tepuk dada tanyalah selera sendiri. Malaysia sudah membangun dengan begitu pesat sebagai negara industri, khususnya semasa era pentadbiran yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kenikmatan pembangunan negara sudah terang lagi nyata dapat dinikmati bersama oleh semua golongan masyarakat termasuk rakyat yang menyebelahi pembangkang, facts cannot be denied.

    Sekian, terima kasih.

  42. pakpandir08 oooo pakpandir08

    kau mmg pandir la… malaysiakini tu pun berat sebelah… siap dapat support dari NED/CIA lagi.. $100000 time 2010.. sokong yer puak2 yahudi ambik alih Malaysia kan? ish ish ish.. sekurang2nya Utusan melayu islam punya duit

  43. 1. Communism is an ideology.
    2. Started from marxiest then leninist the non marxiest then non leninist etc etc etc..
    3. Since it is an ideology, so these people start creating un-neccessary believes such as no GOD etc etc etc and declared they are atheism.
    4. Why? bcoz, they want to halal kan wat is haram.
    5. so boleh khalwat
    6. so boleh tipu, belit
    7. so boleh mencarut
    8. so boleh macam macam la.. bak kater pelacur ” apa suka lah…” n one of lagu P Ramlee ” dunia ini ana yang punya”

    9. ooouch.. sound like mat sabu ajer….or PAS or… mat dot dot tu..

    10. no wonder he praised komunis kat bukit kepong tu…

    11. ah-ha.. HBT.. you are rite!. I don’t know about communism…

    12. so wa luluk liam liam lah..

  44. What is “Your comment is awaiting moderation” ?
    What so “unmoderate” about Tun still in power?

    Tun Dr. M is still the most powerful man in Malaysia and Tun can still change Malaysia for the better if he want to….! With his might, a single stoke of his influential swing or jab he can move Malaysia and Malaysians. Tun can unite all Malaysians as Malaysian or continue to worsen the current situation.

    I think Tun is a very special person sent from heaven to do good things on earth. With his special power, skill and mind if used in the righteous way (many good things done) will make Tun a legend and a saint or a immortal.

    Tun do you every wonder why you are so smart and can see things that others cannot see (vision). Do you think you were given this power by some unexplainable?

    Selamat Hari Raya and may you be healthy and happy

  45. Dear Tun,

    Today’s Star Biz,

    ///SIME Darby had on Aug 27 announced its intention to acquire 273 million Eastern & Oriental Bhd (E&O) shares and 60 million irredeemable convertible secured loan stocks (ICSLS) in E&O, which, on a fully diluted basis, amounts to a roughly 30% equity interest in this niche property developer.

    Sime offered RM2.30 for each E&O share, or a total of RM766mil ringgit for the block, with the sale shares coming from just three main groups: Datuk Terry Tham Ka Hon, E&O’s managing director, Singapore-listed GK Goh Holding Ltd and a group led by Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, formerly of Land and General Bhd.

    Sime has cited its reasons for the acquisition as being “aligned with its strategic direction to extend its presence in the property development and hospitality sectors, beyond the Greater KL region, specifically in Penang and Johor.”

    Will there be a mandatory general offer (MGO) for the rest of E&O’s shares, since the combined block passing to Sime does not cross the necessary quantitative 33% threshold for it to take place, is a question which is being asked in corporate circles.

    According to the Mergers and Acquisition Code, in instances where a party buying stakes of between 20% and under 33%, there can be deemed to have been created a situation triggering an MGO.

    These instances are laid out in Practice Note 9 of the Malaysian Code on Take-overs and Mergers 2010 and largely involve situations where there is some arrangement between the vendor of the block of shares and the new buyer on how they are going to vote on company decisions, the ability of the acquirer to exercise control of the retained voting shares and the consideration.

    Our analysis is as follows.

    With 30%, normally companies would be able to have effective control when there is fragmented shareholdings.

    The vendors are selling only part of their shares and will have still 11.5% left among them.

    The biggest owner, Tham, who owns 15.7%, will still end up with a 5.1% stake post-acquisition dilution.

    A 60% premium is being paid, which is not something that can be scoffed at.

    Where does this leave the minority shareholders? Is it fair to them?

    We believe that in the circumstances, the Securities Commission should investigate whether the other conditions for an MGO have been fulfilled.

    And what of Sime’s minority shareholders?

    Arguably, does Sime really need E&O all that much at that price?

    Much has been made of the mega-merger that integrated the property arms of the former Golden Hope Plantations Bhd, Kumpulan Guthrie Bhd and Sime Darby Bhd, which has given the group a massive and undeveloped landbank of 37,000 acres, as well as 126,000 acres in Sime Darby Vision Valley.

    With this massive amount of land on tap, Sime Darby Property’s gross development value now stands at RM30bil.

    This purchase is one of the biggest developments since its leadership change, and as a leading government-linked company (GLC) which seeks to practice good corporate governance, an arguably more beneficial deal to all parties could have been proposed.

    The main sore point is the offer price which amounts to 19 times E&O’s forecast earnings for 2012 and 1.85 times its price-to-book value, where by comparison, the property sector has an average of 12 times forecast earnings for 2012 and 0.8 times price to book value.

    Yes, the premium could be partially justified since it is a controlling block, but with a mere 30% stake, the extent of earnings contribution accruing to Sime is merely at the equity-accounting level as an associate, or a mere 0.6% increase to Sime Darby’s profits in 2012 and 2013.

    So soon after reeling from its recent billion-ringgit losses in its energy division, it is hoped that the board had undertaken all due diligence in this deal.///

    amin tan

  46. Salam hormat Tun,

    Mengikut laporan akhbar Timbalan Presiden Pas Mohd Sabu (Mat Sabu) mencabar Timbalan Perdana Menteri/Timbalan Presiden UMNO berdebat bagi mempertahankan pandangannya bahawa pasukan pengganas kominis yang menyerang Balai Polis Kepong, daerah Muar Johor adalah sebenarnya wira negara bagi menuntut kemerdekaan negara Malaysia. Mat Sabu enggan menerima cabaran Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO untuk berdebat atas isu yang sama dengan alasan bahawa Timbalan Perdana Menteri lebih banyak mengulas pandangan beliau. Mungkin juga Mat Sabu merasakan YB Khairi Jamaluddin (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO) tidak sama statusnya dengan beliau (Timbalan Presiden Pas) untuk berdebat.

    Bagi saya Mat Sabu tak perlu mencabar Timbalan Perdana Menteri untuk berdebat atas tajuk siapa wira-wira negara sebenarnya yang memperjuangkan kemerdekaan negara Malaysia. Adalah lebih relevan Mat Sabu merujuk kepada pakar-pakar sejarah negara Malaysia, para-para akademik yang terulung mengenai sejarah dan kemerdekaan negara Malaysia untuk mendapatkan fakta sebenar siapakah atau pihak manakah yang sebenarnya wira-wira negara yang berjuang untuk maruah dan kemerdekaan negara Malaysia.

    Soalnya mengapa sekarang setelah negara Merdeka selama 54 tahun dari cengkaman penjajah, isu-isu wira negara yang memperjuangkan maruah dan kemerdekaan negara Malaysia dibangkitan? Mat Sabu cuba menjadi jaguh sejarawan negara dengan mengeksploitasi isu sejarah yang telah benar-benar termaktub dalam perlembagaan negara. Mat Sabu kelihatan sudah kehabisan isu-isu politik yang mahu dikemukakan untuk menaikkan imej diri selepas terlantik sebagai Timbalan Presiden Pas, dan pada masa sama mencari populariti murahan supaya rakan-rakan pakatan rakyat (DAP dan PKR) yang sememangnya ada pandangan yang seiring dengan pandangan beliau mengenai pengganas kominis di Malaysia. Mat Sabu mengharapkan ada keuntungan politik bagi parti-parti pembangkang apabila membangkitkan isu pengganas kominis. Mat Sabu bukanlah dari kalangan akademik (cerdik pandai) khususnya yang telah membuat kaji selidik secara ilmiah dengan mendapatkan fakta-fakta benar terhadap usaha wira-wira negara (para cendiakawan, pasukan keselamatan, ahli-ahli politik, para sejarahwan, para wartawan terdahulu yang terkemuka dan lain-lain organisasi dan individu tertentu) yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Kononnya Mat Sabu hendak menulis semula sejarah negara mengikut pandangan peribadi beliau sendiri. Mat Sabu tak perlulah membuang masa dan waktu untuk menulis semula sejarah negara khususnya isu pengganas kominis yang dianggap sebagai wira negara oleh beliau. Mat Sabu haruslah mencermin diri sendiri sejauh mana keupayaan beliau untuk mengcungkil semula kesan-kesan sejarah negara. Masih banyak lagi isu-isu menarik perhatian rakyat untuk diketengahkan untuk meraih laba politik. Mat Sabu sudah melakukan kesilapan besar.

    Mat Sabu amat wajar mohon maaf khususnya kepada seluruh ahli keluarga pasukan keselamatan yang benar-benar telah berkorban demi maruah dan keselamatan negara untuk mencapai kemerdekaan negara Malaysia. Keterlanjuran tindakan Mat Sabu untuk meraih keuntungan politik dengan mengeksploitasi isu pengganas kominis di Malaysia amat keterlaluan dan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan dan kebaikan kepada pembangunan negara Malaysia, malah akan meruntuhkan keharmonian negara.

    Sebagai anat jati Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, Mat Sabu amat wajar bermuhasabah diri. Jadilah seorang ahli politik yang benar-benar mempamerkan keintelektualan, berintegriti tinggi, bersemangat juang untuk kepentingan bangsa, agama Islam dan negara Malaysia.

    Salam Sejahtera dan 1 Malaysia Tun.

  47. yang kenapa jadi dengki anak2 mahathir, hussein, abdullah jadi kaya sebabnya yang pendengki tu memang pemalas nak jadi kaya.
    saya ni pun cuma ada sijil SPM dah boleh jadi kaya…
    x payah pun nak pinjam2 duit
    sebabnya noniwahid nak mengikut sangat kawan…
    tu yang dengki tengok orang lain kaya…

    anak2 anwar ibrahim kaya ada siapa dengki?
    rumah banglo RM7 juta kat Kuala Lumpur… dengki la noniwahid

  48. Salam Tun.

    Saya memang sudah jangkakan bahawa apabila Mat Sabu menang jawatan Tim. Presiden PAS, ahli2 dan penyokong2 PAS kebanyakan telah menunjukkan perubahan sikap. Mereka lebih berminat kepada penceramah2 yang boleh menggentel isi perut mereka, yang berupaya membuat mereka ketawa terbahak2. Jalan cerita dan kebenarannya tak penting asalkan mereka boleh dibahagiakan untuk menikmati hiburan lucu dengan murah/percuma dari ceramah2 politik yang mereka hadiri.

    Penceramah2 ni pula apabila sudah ketandusan modal akan beralih kepada apa2 jua perkara termasuk yang pelik2. Bercerita bahawa Nabi Muhammad s.a.w. seorang penderhaka lah, Tuhan mencarut lah, Chin Peng wira negara lah, undi PAS masuk syurga lah, bohong land rover polis langgar lah, apa2 saja yang boleh menjadi bahan ketawa pendengar2 akan terus mereka semburkan tanpa berfikir akibat2 yang menunjukkan kebodohan mereka.
    Yang penting pendengar seronok dan dipastikan tidak berasa boring supaya pulang berperasaan puas hati. Sukarelawan terbunuh di Somalia, orang2 Islam dimurtadkan semuanya dijadikan bahan kelentong mereka!

    Saya nak beri cadangan kepada ahli2 dan penyokong2 PAS/PKR, selalulah datang ke Chow Kit road di KL kerana disana kalian akan dapat menikmati hiburan berterusan yang serupa dan lebih hebat daripada ramai penjual2 ubat jalanan. Yang nyata berbeza ialah penjual2 ubat ni melakukan usaha murni untuk mencari rezeki dan mereka tak pernah MENGGUNAKAN ISLAM untuk mencapai tujuan mereka, berlainan sekali halnya dengan penceramah2 berserban/berketayap dari Parti Aslam-murtad SaMalaysia ni.

    Si Mat Sabu ni pula, setiap kali pendengarnya ketawa, maka di palulah gendang/tong kosong milik setianya dengan sekuat mungkin! Ini membuatkan pendengar2nya ketawa lebih lantang, dan seterusnya ia membuktikan budaya tong kosong PAS yang dah lama bersemadi yang amat digemari ahli2/penyokong2 mereka!
    Kalau tak di awasi (dan tanpa disedari), ianya akan menular ke sikap carca-marba yang amat terkenal dengan PKR, sekutu kuat mereka!

    Ramai penyokong2 langsung dah tak punya perasaan malu pada diri sendiri. Tengok telatah si noniwahid tu, tulis hentam-keromo ikut sesuka hati je, macam budak sekolah rendah! Sungguh memalukan, perempuan pula tu!

    Satu Luncai, satu lagi Pak Pandir.
    Si Luncai berangan2 nak jadikan “Malaysia Negara Kebajikan” tapi sikit pun tak tahu apa kebajikannya dan bagaimana caranya!
    Si Pak Pandir pula asyik nak suruh orang bersikap adil tapi tak pernah bersikap adil kerana tak tahu maana sebenar adil atau pun tak peduli.
    SEDARLAH & INSAFLAH.

  49. Untuk saudari Noniwahid, tergerak untuk saya memberi persoalan..
    Ai…Takkanlah semua anak tun ni tidak boleh berharta dan billionaire kot..? Apa masalahnya..? Kenapa pulak nak segan..?

  50. Salam Tun n family
    Karpal xsetuju dengan Mat Sabu kerana itu akan menghina orang keturunan sikh. Semasa British kebanyakan anggota polis dan pasukan keselamatan lainnya ketika itu ramai kaum sikh yang berkhidmat dengan British.

    Mat Sabu kata jika bunuh pegawai British itu adalah hero sebenar negara. Jadi Karpal xsetuju lah perkataan Mat Sabu tu, kerana ketika itu ramai kaum sikh bekerja dengan British. Mungkin ada antara mereka itu adalah saudara mara kepada Karpal. tq.

  51. Good evening Tun,

    1. YB Nazri Aziz mudah lupa.

    2. Beliau lupa bahawa Perdana Menteri kita yang ke-5 kita telah meletakkan jawatannya, secara sukarela.

    3. Perdana Menteri ke-6 kita ini adalah pengganti kepada PM ke-5 saja.

    4. I support Vice President MCA, YB Chor Chee Heung 110% that if MCA cannot maintain 15 seats out of 31 seats, MCA will not join the Cabinet to respect the Chinese Community.

    5. Hence, YB Nazri no need to persuade YB Najib and the Prime Minister’s Department, who has married MCA as 1st wife for 54 years edi, to offer cabinet positions to MCA, and Gerakkan too when they are old and not attractive anymore with anak2 dan cucu2 yang ramai sekarang.

    6. If tanya TS Myuhiddin sebagai Malay 1st, the UMNO Baru Vice President, the traditional man, I am sure he will tell us that his wife doesn’t allow him to take in new young wife.

    7. If YB Najib and YB Nazri think that they do not have to ikut adat tradisi UMNO and have space in their heart to take in 2 more young and attractive online girl friends, contohnya Toni and T.C., as new wives, it’s OK, takda apa2, betul tak A-Minor?

    8. Tuntuah, kalau tak faham apakah tu Komunis dan sejarah kita, luluk liam2, k?

    9. Yes, Mat Sabu looks like Benny Hill, British most cheekiest and famous comedian in the 80s who loves to talk craps, tak dosa kan?

    10. Kalu Utusan UMNO Melayu mahu cuit Mat Sabu sampai beliau di ISAkan, tak pa, kita boleh sokong Berita Harian, Harakah, Sinar Harian dan sebagainya.

    Goodnight Tun.

  52. Assalamualaikum Tun.

    Habislah Pas PRU 13 kali ni.Karpal Singh yang berpengalaman 40 tahun pun tak berdaya nak buat apa-apa.

    Tapi DAP tetap tak rugi undi pun.Cuma Pakatan akan hilang banyak negeri.

    Itulah niat Lee Kuan Yew bila ke P.Pinang.Pesan pada Lim Guan Eng supaya jaga P.Pinang.

    Tapi walau macam mana sekalipun,orang Cina tak sehebat orang Melayu memerintah.Singapore sendiri mengimport orang putih menjadi warganegara Singapore.Bermakna orang Cina Singapore perlu bersaing dengan orang putih pula.

    Sedangkan pentadbir Melayu kekal ortodoks menjamin kerakyatan Cina dan India tetapi tidak Bangla,Vietnam

  53. Dear Tun,

    Please allow me to divert a little bit. Today’s STAR report business section, E & 0 deal under scrutiny. Sime Darby bought the above shares at rm2.30 per share for rm766 millions from some vendors whereas the market price is only rm1.40.

    Why buy at rm2.30 when the trading at the market is only rm1.40. There may be some hidden agenda. Please remember the majority share holder of Sime Darby is the Malaysian Government and Permodalan Nasional Berhad(amanah saham bumiputra). From what I can see it is broad day light cheating of Sime Darby by the vendors. MACC should be called in. I think the vendors are from DAP and PKR as E & 0 is Penang based. I hope Tun can elaborate on this topic as a lot of rakyat money is being spent in suspicious manners.

    amin tan

  54. Salam Tun and All,

    Malam tadi Mat Sebu mintak maaf. Katanya bukannya tak mengiktiraf perjuangan UMNO mendapatkan kemerdekaan tetapi mereka lebih memuji sikap penentangan secara total kaum komunis untuk mendpatkan kemerdakaan daripada British.

    Daripada cakap yang sebegini kalau orang yang terang akalnya bermakna mereka lebih ghairahkan perjuangan yang menumpahkan darah berbanding cara diplomasi ala UMNO. Memang dasar orang yang berjiwa pemberontak. Bila Malaysia aman damai orang macam ini akan merasa boring sebab tak dapat ‘bergeruh’ ataupun bergaduh.

    Orang yang berjiwa camni akan tertarik pada pemimpin camni. Sanggup akan gunakan apa cara hatta mengorbankan prinsip negara Islam sendiri nak menang undi. Seperti kaum Komunis yang tidak bertuhan.

    Perkataan nepotisma ni mula mula dipopularkan oleh Anwar Ibrahim. Ia nya untuk menjatuhkan lawan politiknya. Hari ini parti beliau dipenuhi anak bini dan sanak saudara beliau. Rumah bernilai jutaan ringgit diperolehi dari business apa? Dengar kata syarikat Radicare adalah proksi milik beliau. Elok la ditamatkan perkhidmatan nya.

    Kaji dulu sebelum menaruhkan hasad dengki pada orang lain. Tidak salah anak pemimpin hatta siapa pun Melayu Cina atau India jadi bilionaire. Yang salah menyalah gunakan wang rakyat. Melayu jangan jadi Pak Pandir

  55. You are still in control of Malaysia and you’re still the (unofficial) PM. Every politicians including Najib is still very afraid and kowtow to you. You are behind every move the Govt taking and you are against 1Malaysia because you dont want the people to see how you divide Malaysians by using race and religion (your biggest sin). I think you will only truly retire when one of your sons become the official PM so that he can continue your legacy and both hands on the money bag (tax and petronas money). You still handsome too

  56. Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,

    1. Politik PAS amat berbahaya kepada orang Melayu.

    2. Politik PAS membantu mempercepatkan penjajahan asing

    3. Politik PAS mengundang dosa kepada pemimpin2nya dan ahli2nya.

    4. Wahai saudara PAS, bertaubatlah ya……………. insaflah bahawa :

    5. UMNO dengan izin ALLAH adalah penyelamat untuk semua.

  57. Assalamu’alaikum wr wb.
    Tuan Guru Dr Mahathir yg di Rahmati ALLAH,

    1. Mat Sabu/Mat Sabo(taj) berdosa kepada seluruh orang Melayu.

    2. Mat Sabu/Mat Sabo menyanjung orang yang tidak percayakan Allah.

    3. Karpal,…. dia kan loyar, semua orang kenal loyar.

    4. Orang PAS sahaja yg tidak kenal loyar………… kasihaaan.

  58. Akm,
    Renungan,
    Tulisan yg berbudi bahasa, bersopan santun dan membina mengambarkan hatibudi, peribadi dan pemikiran seorang penulis yg baik, disamping lebih berkesan mempengaruhi pembaca.

  59. Now PAS wants review of independence struggle
    KUALA LUMPUR, Sept 6 — PAS today urged Putrajaya to form a Cabinet committee to review the history of the nation’s independence amid controversy surrounding the party’s deputy president’s remarks on Malaya’s pre-independence freedom fighters.

    PAS No. 2 Mohamad Sabu, widely known as Mat Sabu, told a Bukit Gelugor ceramah recently that those who attacked the Bukit Kepong police station — which killed 25 — during the pre-independence communist insurgency in 1950 were freedom fighters, including Muhammad Indera.

    PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali said today that Umno had lied in calling Muhammad, better known as Mat Indera, a communist, highlighting a book endorsed by the Johor state government titled “Pengukir Nama Johor”.

    “If he is sincere, (Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) can set up a Cabinet committee to review the history of the country’s independence,” said PAS vice-president Salahuddin Ayub at a press conference today with Mohamad, Mustafa, party central committee member Dr Dzulkefly Ahmad and party information chief Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Mohamad has since been accused of being a communist sympathiser by Umno leaders and sniped at daily in Umno-owned newspaper Utusan Malaysia despite denying that he had used the word “communism” in his speech.

    Umno Youth said recently it would gather former soldiers, policemen and kinsmen of victims of the Bukit Kepong tragedy in a nationwide roadshow — called the Pentas Patriot or Patriot Stage — to counter Mohamad’s view of the fire-fight.

    Tun,

    Terus membaca
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/now-pas-wants-review-of-independence-struggle/

  60. Akm, betul ke tanah melayu merdeka bila org lain setuju terima islam sebagai agama rasmi, agong dari sultan-sultan jadi ketua negara, perdana menteri mesti org melayu. yg tak setuju, tak boleh jadi warganegara? Kalau masa tu dia org tak setuju, takkan org melayu nak biar islam tak jadi agama rasmi, agong bukan ketua negara, perdana menteri bukan org melayu. Nasib baik masa tu org islam dan melayu sama sepakat, jadi org tahu, nampak, hormat, yg org melayu kuat, org tak ganggu, dapat tumpang merdeka. Lagipun melayu dah terbukti baik dan pemurah, tak berkeras dgn hak yg ada, takut org kecik hati. Sekarang org dah tak tahu, nampak dan hormat lagi. Mungkin melayu terlalu baik, pemurah dan tak berkeras dgn hak yg ada. Minta kalau boleh Tun komen. setuju atau tidak, atau apa-apa yg boleh bagi semua org tahu, nampak dan hormat yg org islam dan melayu tu memang sentiasa sepakat. Maaf, tolong betulkan saya pasal tak paham, tkasih

  61. I don’t know why but everytime I see Mat Sabu, I remember the British comedian Benny Hill. I remember a friend told me that he’s attending Mat Sabu’s ceramah, because the guy is funny!!! Now he is the PAS Deputy President??? Dunno Lah!!!

    By the way, Selamat Hari Raya Adil Fitri to Tun.

  62. Assalamualaikum Tun….
    Biar bicara kita bersahaja,
    Biar perilaku dengan santun bahasa,
    walau banyak kritikan diterima,
    Bersabarlah dengan seadanya.

    Semoga Tun dan keluarga sentiasa sihat walafiat…

  63. salam tun..

    bila dah tak diajar dengan sikap suka berterima kasih atas budi baik orang inilah jadinya…

    kadang2 kerana politik manusia mudah lupa dengan ajaran agama dan tatasusila…

    semuga tun dan keluarga sihat selalu…

    My Help Desk

  64. Hai Pakpandir08,

    Tak bijaklah hukum media mainstream sebagai penyebar fitnah..terlepas pandangkah media yang diterbit “untuk ahli sahaja” dan media online atau portal atau orang kata media baru? Jangan lupa sumbangan media mainstream kepada pembangunan masyarakat, agama dan bangsa. Pakpandirpun dapat faedah tau..

  65. Assalammua’laikum wrt… Tun yang dihormati,

    Kita” merujuk kepada diri penulis, berbahagia Tun dan pembaca mesej ini.

    1. Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi kita rezeki yang melimpah ruah, keamanan, kemakmuran, dan yang paling utama memberi kita nikmat Islam. Janganlah sampai kita lupa bahawa kenikmatan tersebut hanyalah sementara di alam dunia ini dan Allah boleh menariknya pada bila-bila masa. Mungkin selepas dari membaca mesej ini, Allah mencabut nikmat nyawa kita kerana yang hidup pasti mati. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah SWT wajib dilaksanakan dan diamalkan.

    2. Semoga Allah SWT terus mengurniakan Tun kesihatan mental dan fizikal, dipanjangkan umur, diberi taufik hidayah dan dirahmati Allah SWT selalu. Amin.

    3. Pada pendapat saya untuk makluman berbahagia Tun: Perkara yang paling pelik ialah Allah SWT sudah mengurniakan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup. Tetapi kenapa kita tidak mahu ikut? Sungguh pelik bin ajaib!

    4. Persoalan Pertama: Apa usaha kita untuk meletakkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan pertama & utama selepas dari undang-undang ciptaan manusia?

    5. Persoalan Kedua: Adakah kita masih merujuk kepada apa orang kata @ apa akhbar kata, lebih tinggi makamnya dari Al-Quran dan Sunnah Nabi?

    6. “Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.” (Terjemahan Surah Az-Zumar ayat 55)

    7. Nasihat saya mungkin boleh dianggap cucu kepada yang berbahagia Tun; biarlah manusia-manusia ini hendak berkata apa-apa kerana mereka tiada kuasa pemerintahan. No Action Talk Only (NATO). Tetapi yang paling utama dan wajib diambil perhatian ialah apa usaha kita untuk mengikut, memertabatkan dan mengamalkan apa kata-kata yang Allah SWT dan rasul kita telah sampaikan. Itu yang paling utama sekali.

    8. Selamat hari raya maaf zahir batin.

    rgds
    Ibnu Sulaiman

    Komen² Terdahulu:-
    1. Jom Solat Fardu 5 Waktu Berjemaah
    2. Ciri-ciri Asas Pemimpin
    3. Yang Hidup Pasti Mati
    4. Islam Menolak Fahaman Asabiah, Perkauman dan Kebangsaan
    5. Bala Bencana!!! Apabila Hubungan Kita Dengan Allah SWT Tidak Dijaga
    6. Adakah anda termasuk dalam golongan manusia yang sanggup menghina Allah SWT dan Rasul-Nya?
    7. Kesan Buruk Sistem Kapitalis
    8. Iklan Kekosongan Jawatan

  66. Mat Sabu.. kalu dah berkhalwat nyer kaki, cakap polis langgar dierlah, komunis merdekakan negaralah….

    MINTA TOLONG.. Jangan busukan nama ISLAM
    Org Islam tak cakap tipu
    Orang Islam tak sokong komunis
    org Islam ditegah berkhalwat.

    Nik Aziz Atau Haji Haji, tolong tashkil sikit mat sabu ni…

    Mat Sabu. Samada ko Islam atau Kapir.. itu engkau dengan Allah.
    Aku tak nak masuk campur.

    Tapi Kalu ko kater ko Islam, tolong jangan berdusta lagi sebab nanti aku tuntut kat Akhirat kalu ko dusta.

  67. Good morning Tun,

    1. I have nothing to comment about Karpal and Mat Sabu.

    2. To them, do it or die is the only way out.

    3. Do it or die will guarantee them votes from Bumiputras, the politicians decide since they are paid for that job from public monies.

    4. If Pakatan DAP-PKR-PAS contest under individual party, I will vote DAP.

    5. If Pakatan DAP-PKR-PAS contest under Pakatan DAP-PKR-PAS, I will vote BN.

    6. Why?

    7. Vote is hak istimewa kita, bukan hak ketuanan kita.

    8. Of course, as a property owner in Petaling Jaya, I will vote BN when Pakatan DAP-PKR-PAS contest under Pakatan DAP-PKR-PAS.

    9. Why?

    10. I do not want to see another pre-mature property bubble bust in Selangor which is very very bad for Selangor state and Malaysians when Pakatan DAP-PKR-PAS wins in GE13.

    11. DAP starts to recruit Malay and rural votes in peninsula and Sabah means they do not want to put all eggs into 1 basket.

    12. If DAP is not greedy for political power only, today, they can be at par with PAP in Malaysia.

    13. Bumiputras are not stupid, politicians are stupid.

    Good day, Tun.

  68. Klu pasal sejarah dulu China baik dgn melaka bg kawin puteri hang li poh. Asal mereka bukan komunis kemudian byk penjajah ada terjadi pulak komunis diChina. Semua perang saudara vietnam, korea bila ada org asing. skrg bila dah takda penjajah China dah kurang komunis. China tak menjajah Malaysia.

    Bukan nk sokong komunis tp ingin org buang tangapan komunis tu cina. Komunis tu termasuk Cuba, Rusia dan berbagai lg . Mereka pernah buat kesilapan krn dulu byk penjajah dan wajar dimaafkan. Sedangkan penjajah sendiri dimaafkan.

    Perkauman harus dibuang. Anda tak setuju? Apa boleh buat? Kita dah beritahu dgn baik…

  69. Assalamu Alaikum Tun,

    Rakyat kita kian bijak menilai pemimpin dan isu semasa. Mereka boleh buat perbandingan antara retorik dan realiti..Jadi, kita tak perlu risau dengan telatah Mat Sabu yang bercakap ikut sedap mulut saja.Dua sedang menggali liang lahad politiknya sendiri..

  70. Assalamualaikum Tun, saya minta maaf sebab tak sempat ke rumah terbuka Tun. Insyaallah kalau panjang umur tahun depan saya akan datang ke rumah Tun. Saya doakan Tun sekeluarga akan terus panjang umur & murah rezeki kerana insan seperti Tun ini, sudah tidak ramai lagi di Malaysia ni. Iaitu insan yang benar2 kasihkan agama, bangsa & negaranya. Tentang tajuk diatas, saya yakin Tun sudah begitu masak dengan manusia2 fasik itu, oleh itu saya cadangkan Tun teruskan usaha dengan mengasak dan mendesak dengan mata pena Tun, supaya musuh2 negara itu dapat kita tewaskan.
    Wassalam.

  71. Salam,

    Penubuhan komunis pada asalnya menolak agama dan raja. Di Malaysia penyokong komunis dulu atau sekaramg memang tak perlu di beri pertimbangan. Today, Mat Sabu nak berjumpa waris Bkt kepong, nak buat apa? Mat Sabu please learn to comb your hair with diff style before you want to comb other people hair. Halalsurf.Com social network memang tak setuju cara Mat Sabu (syabu). Terima kasih dari rustam rizalman ghazalli

  72. Salam Tun and fellow bloggers,
    1. we must admit, mat sabu is smart – he knows any angry malay will forgive him when the time comes for him to apologize..he knows about the malays very well – a bunch of apologetic people, full of sympathy, forgiving, so kick the malays in the ass and later ask for forgiveness!
    2. he is smart becos the DAP and the chineses are watching him..they’ll be willing to sponsor him as their barua, oops, ambassador to the malays…there you see, he is one smart ass.
    3. for the rest of us, forget about mat sabu buta sejarah, tidak faham perjuangan, etc, dont waste your time – this idiot knows what he’s doing. If the police sympathizers whack him or maybe he whack himself, it would be a hot issue during the election – just like anwar’s black eyes! Somewhat like the movie ‘dirty harry’ whereby the bad guy paid others to bash him up and accused the police.
    4. hmm..sounds like one guy plays the bad cop role (mat sabu) and karpal the good cop.

    scums will do anything!


  73. noniwahid September 3, 2011 at 5:02 pm
    “umno dulu nepotisma.anak tun tiga tiga billionaire.anak paklah pun millionaire,anak hussein on terus dapat DUKE expressway.
    sekarang umno tunggu tengok anak najib jadi millionaire ke tak…lol! apalah tun…takkan pandai sangat sampai semua anak tun BILLIONaire.tak segan ke?”

    Cina yang berlambak jadi billionaire tak bising ponn, melayu yang 2-3 kerat jadi billionaire dia nak kecoh. Dah memang dasar melayu, tak boleh tengok sesama sendiri senang, ada je pe’el dengki.

    Melayu meniaga je yang selalu kena santau, Cina tak penah pulak kena. Haii, betul laa Melayu ni…

  74. alaaa aper nak kisah anak2 tun m trillionaire ke haper ke….
    itu pn tak terbalas kerja keras tun m selama nih….ader haku kesah…
    ader sorang menantu tak kerjer tu pn wasernya taraf kayarayawan gak tp si mentua mcm ****….aper yg kuar dr molot dia lebur m’sia….nih najib jd pewaris dia kot yg senyap sunyi ja tak kata apa2…naik lemaih marhaein najib n kdn duk wat deq jer….sian kat blogger pro bn bersilat bagai najib uk dak ek dak……haissssh….

  75. Salam Tuan Guru Dr Mahathir Yg Di Rahmati ALLAH,

    1. Apa yang TGDrM cakap semuanya benar belaka, terima kasih TGDrM, Allah beri ilham yang baik kepada TGDrM supaya dakwahkan kepada semua umat.

    2. UMNO adalah parti sebenar, benar dan amat bertanggungjawab, ikhlas dan terbukti menjayakan rakyat serta negara, tidak boleh dinafikan sama sekali.

    3. Mat Sabu ni layak dengan nama ‘Mat Sabotaj’.

    4. Mat Sabu/Mat Sabotaj ni siapa yang tidak kenal sebagai individu teramat jahat ……………… Sek Men Sultan Abdul Halim ada sejarah jahat Mat Sabu/Mat Sabotaj.

  76. Assalamualaikum Tun,

    Saya rasa sudah tiba masanya pengundi Melayu tukar daripada sikap mengundi secara membuta tuli kepada sesebuah parti, kepada menggunakan akal dalam menentukan parti yang benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

    Saya rasa ramai dari kalangan ahli politik sekarang yang tidak lagi mengutamakan orang Melayu. Sebaliknya undi orang bukan Melayu dianggap begitu berharga bagaikan emas.

    Ini kerana sikap pengundi Melayu yang begitu fanatik kepada sesebuah parti tanpa memikirkan samada parti itu berada di landasan yang benar atau sebaliknya.

    Contohnya kalau orang Melayu tu sokong PAS, maka segalalah yang dibuat oleh PAS tu betul dan orang lain semua salah. Contohnya apabila pemimpin PAS kata mencarut boleh, atau boleh ditukar prinsip dari penubuhan negara Islam kepada negara kebajikan, atau boleh bersahabat dengan DAP yang jelas menentang penubuhan negara Islam, maka penyokong-penyokong fanatik ini akan sokong PAS tanpa memikirkan sama ada ianya baik atau tidak untuk kepentingan orang-orang Islam.

    Demikianlah juga, kalau UMNO sekalipun membuat kesilapan, janganlah kita mengiyakan atau menjadi Pak Turut sebaliknya menegur pemimpin. Kalau pemimpin lihat penyokong asyik mengiyakan sahaja, maka mungkin beliau tak nampak kesilapan yang dilakukannya.

    Sikap fanatik ini, telah menjadikan undi orang Melayu tidak berharga pada pandangan ahli politik sebab macam mana sekalipun orang Melayu akan tetap undi parti yang dia taksubkan itu.

    Dengan ini, isu menganggap komunis sebagai pejuang kemerdekaan, orang politik tidak gusar dengan orang Melayu, sebab mereka tahu orang Melayu yang fanatik akan tetap sokong mereka.

    Yang mereka pentingkan adalah orang cina, sebab sikap orang cina ini, mereka memikir dahulu apa yang terbaik untuk dirinya sebelum mengundi sesuatu parti.

    Kita dapat lihat dalam satu pilihanraya suatu masa dulu, DAP kalah dengan begitu teruk sehingga dua orang kuat DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh gagal mendapat kursi Parlimen yang ditandingi. Akan tetapi dengan mudah trend ini berubah apabila sekarang MCA dan Gerakan pula kalah dengan teruk apabila pengundi cina beralih arah kepada parti pembangkang pula.

    Jadi saya menyeru orang Melayu supaya berfikirlah tentang masa depan kita sebelum mengundi. Kalau sesuatu parti itu memperlehkan agama atau orang Melayu, maka jangan undi mereka. Tunjukan kemarahan kita melalui undi. Ikutlah sikap orang cina yang tidak fanatik tetapi berfikiran sebelum mengundi.

    Perkasa boleh membantu orang Melayu apabila tiba pilihanraya nanti untuk menentukan siapakah dia pengkhianat agama, bangsa dan negara.

    Dengan ini, diharapkan ahli politik akan mula menjaga hati dan kepentingan orang Melayu kerana bimbang akan kehilangan undi Melayu.

    Sempat juga saya datang ke rumah terbuka Tun dan bersalaman dengan Tun dan isteri. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.

    Terima kasih.

  77. Dari dulu lagi manusia bernama MAT SABU nii chakap dia tak pernah bole percaya .. the MOST ELIGBLE PERSON kalau nak diketegorikan sebagai manusia MUNAFIK ..

    Tak payah lah nak rasionalise apa yang dia bahas atau ceramah .. none is worth to hear . Buat menambah dosa ada lee. So semua ahli masjid especially Bekas Tentera dan Polis buat sembahyang HAJAT. Masjid Koperasi POLIS di GOMABK annouce buat SEMBAHYANG HAJAT .. LAKNAT KAN Si MAT SABU niii. . Mengadu kepada ALLAH … DUNIA nii DIA yang punya .

  78. Buat semua ahli Bekas Tentera and Polis ..

    Saya cadangkan kita buat sembahyang HAJAT untuk MAT SABU nii.. Kalau benar dia pembela komunis , ALLAH LAKNATKAN dia ….
    Begitu juga kepada yang nak menunaikan haji tahun nii.. niat didepan Kaabah jika benar seperti yang diberitakan .. ALLAH LAKNAT kan dia..

    Apa dia ingat dia sorang jee ada ALLAH ..

  79. Dearest Tun,

    Selamat Hari Raya.

    Some of your comments are not relevant anymore. I wonder what plays in your brilliant mind when you write things like this. There are many of us waiting to explore the idealistic side of you. Your pragmatic politics might win votes now, but it might not stand the test of time.

    Anyways, keep writing.

  80. Org putih yg menjajah tp komunis jd mangsa. Sampai hr ini kita bergaduh, komunis sebagai alasan.

    Klu kita tgk org putih tanya diri adakah teringat marah atau pun terangkat dan suka?

    Itulah kesan pecah dan perintah sehingga kita marah mangsa lain tp tidak pd mereka. Klu anda ingin memerintah Malaysia gunakan pecah dan perintah.

  81. noniwahid, kenapa cemburu anakx Tun jadi billionaire. Harta dunia bukan boleh bawa kemanax pun. Semua akan kita tinggalkan. Nabi Muhammad SAW tidur atas tikar palma pun tak dengki atau sakit hati kepada maharaja rom, farsi tidur atas tilam empuk dan dalam istana besar.
    Perbincangan pada kali ini ada kaitan dengan menafikan jasa angkatan bersenjata menentang komunis.
    Elok juga anakx Tun jadi billionaire supaya mengimbangi jumlah billionarie bangsax lain yang ada. Sekurangxnya tak banyak sedikit dapat juga membantu sesama bangsa. Saya pun susah dan biz pun kecil tapi tak pula sakit hati melihat mereka yg berjaya samada mendapat ‘syufaat / nepotism’ atau dari hasil kerja kuat.
    Perkarax yg tak nampak atau tersembunyi atau tak pasti, itu pasti akan diadili, disemak, diaudit ect di padang masyar. So, tak perlu sakit hati. Hidup di dunia sementara sahaja tetapi jangan sampai kita menggadaikan maruah bangsa dan memperjudikan nasib bangsa pula hanya kerana ingin memerintah. Apa yg kurang, apa yg cacat kita tambah dan perbaiki samax dan tak perlu kita ganti yang lain.
    noniwahid pasti ke 100% yg baru (PKR + PAS + DAP) lebih baik?

  82. Salam Tun

    Saya tidak hairan & tidak takut dgn Perang Psikologi yg dibuat Mat Sabu & sekutunya itu. Percayalah tak lama lagi, Tuan Guru Mursyid Nik Abdul Aziz pun akan berfatwa lagi untuk menyokong Mat Sabu 100%. S.O.P PAS & Pakatan. TGNA jadi tukang ampun dosa mereka!

    Apapun, itu memanglah kerja pembangkang utk memutarbelit apa saja yg boleh dibuat isu walaupun nampak sangat sumbangnya ilmu sejarah mereka. Itu pun S.O.P mereka juga.

    Tetapi yang saya hairankan Tun, ialah calon Tun sendiri YAB Dato Seri Najib, yang dilihat seolah-olah KELAT berkata-kata untuk menangkis fitnah Mat Sabu ini. Isu ini bukanlah yg pertama bahkan sudah berbundle-bundle isu yg disalah fitnah oleh pembangkang yg boleh menjerat mereka sendiri tetapi YAB DS Najib seolah-olah tidak petah bercakap untuk membalas paku buah keras kepada pembangkang.

    Sehinggakan, kami rakyat jelata khasnya golongan muda yg rajin membaca kini mula percaya yg YAB DS Najib memang kurang ilmu perjuangannya khasnya tentang Sejarah Malaysia. Beliau hanya mengulang buah yang sama sejak jadi PM iaitu kisah FELDA.

    Pada saya, YAB TS Muhyiddin nampaknya lebih bijak bermain senjata mengelak & menyerang pembangkang. Haruskah berlaku perubahan lagi sebelum PRU 13? Atau PRU 13 akan menyaksikan kekalahan BN bukan kerana BN tak buat kerja tapi kerana tak pandai Bercakap! & Berhujjah!

    Wasalam

  83. Salam Edulfitri Buat Tun & Keluarga.

    Malaysia sudah merdeka. Kemerdekaan negara pun mahu digossipkan. Ada pros and cons nya isu ini, namun kita jangan lupa, kita mengangkat pejuang kemerdekaan Tanah Melayu daripada Penjajahan British, membentuk sebuah negara merdeka, bukannya berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British dan masukkan ke bawah Jajahan tanah besar China. Bintang 3 yang berkiblatkan negara China memulakan perjuangan setelah mereka ditindas dan diperangi oleh orang2 Jepun. Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. Kalau jepun tak masuk daun masa british memerintah, kehidupan bintang 3 ni lagi senang. Mudah berniaga, British beri kekayaan ekonomi dan kekuasaan bandar dan lombong kepada mereka. Kaum asal Tanah Melayu di kepung daripada berilmu dan ke bandar, terus terporok di kampung2, bertani dan bersawah. Namun mungkin ada pejuang2 kemerdekaan yang mengambil peluang bernaung di bawah parti komunis untuk menentang British yang ketika itu berkuasa di Tanah Melayu. Sekarang kita mesti pandang ke depan. Memakmurkan kemerdekaan yang dikecapi. Mempertahankan kemerdekaan negara mengikut acuan kita bersandarkan tatasusila dan adab sopan serta berlandaskan agama yang suci dan murni disamping memajukan ekonomi dan menaikkan taraf hidup rakyat. Sepatutkan kita menumpukan perhatian kepada sejarah yang lebih penting iaitu kepada eksplorasi arkeologi sungai batu yang mana telah membuktikan bahawa Tanah Melayu ini wujud seawal kurun-1 Masehi dan kita bukanlah sebuah negara yang baru, malahan adalah sebuah negara yang tua yang wujud sebelum Angkor Wat dan Borobudur. Tanah Melayu bukanlah sebuah negara pendatang tetapi merupakan antara penempatan dan tamadun tertua di Asia Tenggara. Namun tidak dinafikan negara Malaysia yang berbilang kaum adalah sebuah negara yang muda, Usia 54 tahun sudah cukup matang untuk bertoleransi. Jangan biarkan penggossip2 ini menjadi batu api. Cukuplah 4 tahun sekali kita berbeza pendapat. Jangan asyik bergossip 4 tahun tak sudah2.
    Saidina Ali Abi Talib berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Barang siapa banyak cakapnya, sedikit malunya dan sedikit waraknya (mudah membuat yang haram), matilah hatinya. Maka dia akan hidup berbuat barang sekehendak hatinya.”
    “ Barangsiapa yang banyak perkataannya nescaya banyak silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyak dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat Ibn Naim)

  84. Malaysia sudah merdeka. Kemerdekaan negara pun mahu digossipkan. Ada pros and cons nya isu ini, namun kita jangan lupa, kita mengangkat pejuang kemerdekaan Tanah Melayu daripada Penjajahan British, membentuk sebuah negara merdeka, bukannya berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British dan masukkan ke bawah Jajahan tanah besar China. Bintang 3 yang berkiblatkan negara China memulakan perjuangan setelah mereka ditindas dan diperangi oleh orang2 Jepun. Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. Kalau jepun tak masuk daun masa british memerintah, kehidupan bintang 3 ni lagi senang. Mudah berniaga, British beri kekayaan ekonomi dan kekuasaan bandar dan lombong kepada mereka. Kaum asal Tanah Melayu di kepung daripada berilmu dan ke bandar, terus terporok di kampung2, bertani dan bersawah. Namun mungkin ada pejuang2 kemerdekaan yang mengambil peluang bernaung di bawah parti komunis untuk menentang British yang ketika itu berkuasa di Tanah Melayu. Sekarang kita mesti pandang ke depan. Memakmurkan kemerdekaan yang dikecapi. Mempertahankan kemerdekaan negara mengikut acuan kita bersandarkan tatasusila dan adab sopan serta berlandaskan agama yang suci dan murni disamping memajukan ekonomi dan menaikkan taraf hidup rakyat. Sepatutkan kita menumpukan perhatian kepada sejarah yang lebih penting iaitu kepada eksplorasi arkeologi sungai batu yang mana telah membuktikan bahawa Tanah Melayu ini wujud seawal kurun-1 Masehi dan kita bukanlah sebuah negara yang baru, malahan adalah sebuah negara yang tua yang wujud sebelum Angkor Wat dan Borobudur. Tanah Melayu bukanlah sebuah negara pendatang tetapi merupakan antara penempatan dan tamadun tertua di Asia Tenggara. Namun tidak dinafikan negara Malaysia yang berbilang kaum adalah sebuah negara yang muda, Usia 54 tahun sudah cukup matang untuk bertoleransi. Jangan biarkan penggossip2 ini menjadi batu api. Cukuplah 4 tahun sekali kita berbeza pendapat. Jangan asyik bergossip 4 tahun tak sudah2.
    Saidina Ali Abi Talib berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Barang siapa banyak cakapnya, sedikit malunya dan sedikit waraknya (mudah membuat yang haram), matilah hatinya. Maka dia akan hidup berbuat barang sekehendak hatinya.”
    “ Barangsiapa yang banyak perkataannya nescaya banyak silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyak dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat Ibn Naim)

  85. Sudah sememangnya orang umNO setelah dipimpin Tun selama 22 tahun menjadi hipokrit, busuk hati, putar belit dan hanya menjadikan wang dan kuasa kepentingan. Agak2 wang dan kuasa itu boleh kah dibawa masuk ke kubur nanti?
    Apa kata Tun memberi penjelasan anak Tun ingin mengunakkan wang penjualan arak San Miguel untuk membeli syarikat minyak. Mungkin itu lebih relevan untuk Tun menghuraikan dari memberi komen mengenai apa yang Tun tidak lagi arif dan tipu daya belaka.

  86. Wahai semua sekalian, adakah Mat Sabu seorang “season politician” tidak sedar bahawa dengan menyatakan sokongan beliau terhadap perjuangan komunis yang dikatakan menyumbang kepada kemerdekaan negara kita, beliau akan disambut dengan pelbagai pandangan dan kritikan. Tetapi, jika ada motif disebaliknya, memang kian jelas sekarang dengan KJ ahli politik separuh masak masuk perangkap untuk berdebat the Mat Sabu. Di pentas debat, siapa yang akan menang? Ingat lagi sebelum pilihanraya 2008, DSAI berdebat dengan Datuk Shabery dimana Datuk Shabery digoreng hidup-hidup. Populariti Anwar meningkat. BN kecundang dalam pilihanraya 2008. Pembangkang menagihkan platform TV/akhbar/ dll untuk menagih sokongan rakyat. KJ secara tidak langsung menjadi umpan untuk platform ini.

  87. Wishing All Selamat Hari Raya & Selamat Menyambut Hari Merdeka.

    To my opinion in gaining support most of the politicians are playing with fire and are using the younger generation post 1969 as their “firewoods” & “matchess” to burnt national harmony.

    As for supporting the communist to gain votes, I think it is the most stupidiest thing to use in testing anyone political support. My late father was in the army (Royal Malay Regiment) who retired in 1976. Since I was born in 1961 and before his retirement I hardly have the opportunity to celebrate Hari Raya with him as most of the time he will be somewhere in the jungle of malaysia fighting the communist. Do you think that you will gain my votes?

    Also, during the recent Hari Raya holiday I went back to my hometown as was taken by supprise to see the ADUN pictures hanging on the lamp posts extending his Selamat Hari Raya wishess. And be mindful that this ADUN who was a former ADUN son won the last general election by merely 55 votes (if I am not mistaken) to a non-experience opposition candidates.

    To all politicians is this action sufficient to gain voters support and trust?

    The ADUN concern should be attending funurels, kenduris, Fridays prayers (at least) in all the mosque in his constituent on rotational basis. One think an ADUN could do is visit the Pasar Minggu/Pasar Tani at least once a week where he can unofficially meet with his voters.

    Last by not least; To all ADUN (BN especially) please wake up if you want to remain where you are now.

    Regards.

  88. Tidak dinafikan pejuang kita yg menentang komunis adalah wira yg berani. Tp kesilapan moyang dulu org yg jd komunis bukan alasan buat kita guna utk menyakiti anak cucu mereka. Oleh itu apa salahnya klu Chin Peng mahu bertukar kita ka jd tuhan nk mengadilinya? Pernah guru agama menasihati biar pun skrg mcm alim belum tentu masuk syurga dan biarpun pernah org tu berdosa tp belum tentu tuhan tidak buka hatinya. Kita bukan tuhan.

    Sama jua suatu ketika dulu moyang kita yg bukan Islam tetapi skrg cucu cicit dah jd Islam. Takan nk hina org bukan Islam kafir dan membenci mereka??? Seperti calit lumpur dimuka sendiri dan menghina moyang. Itukah cara Islam?

  89. Tun … entah apa ceritanya … tetapi pada masa sekarang, confirm PAS lebih baik daripada parti lain pada pandangan orang bukan Islam … kerana orang PAS berjiwa Islam …

    helah politik menakut-nakutkan orang bukan Islam bahawa PAS akan menjalankan hukum hudud tak laku lagi … kerana untuk orang bukan Islam, gelagat menghunuskan keris menggugat keselamatan orang lain tiap-tiap tahun, lebih mengerikan ….

  90. Kaji Selami Bacalah Sejarah-
    Hakikat Kebenaran Jangan Diubah-
    Rakyat Prihatin Ambil Kisah-
    PKM Selama Adalah Barah

  91. Salam Tuan Guru Dr Mahathir yang di Rahmati ALLAH,

    1. PAS sudah terlalu melampau.

    2. PAS telah mengguris dan mengecewakan hati sanubari semua orang Melayu dan bukan melayu yang berjuang untuk keamanan dan berjuang untuk kemerdekaan.

    3. Jom kali ini kita AJAR PAS yang sudah terlalu malampau ini.

  92. salam TUN yang dihormati ,
    rupa orang politik sekarang masing-masing nak cari rezeki(ticket/undi) ke putrajaya , serupa kalau kalau dapat masuk p’jaya kerja sudah habis ? masing2 lupa pasal kederitaan rakyat yang kian ramai yang hauskan peluang perkerjaan and layanan yang kira sesama antara semua .
    selepas PRU 12 sampai sekarang , ramai hal yang berlaku di kalangan masyarakat yang kita(rakyat) tunggu-tunggukan dan hendakan keadaan sebuah negara yang aman&damai dan rakyat bersepadu dan saling memahami sesama sekali .
    cuba meninjau tokoh2 politik kita dari masa dahulu dan sekarang , banyak berbeza ,,,
    saya ingin meneka disini dengan pendirian saya yang tersendiri , kasi 30 tahun di tanah ini , lebih lebih pun , kita mungkin ternampak ratusan lebuhraya di bina , jambatan panjang ( bawah air laut ) di sediakan ataupun bangunan gergasi yang menuju ke langit di dirikan , tapi … ini tidak menentukan atau menandakan negara kita SUDAH MAJU dan keuntungan per kapital sudah naik ke tahap yang dinanti-nantikan …
    tolonglah para tokoh-tokoh politik sekalian …
    jangan bertengkar lagi ,,,
    pada pendirian saya , saya rasa sebuah negara yang MAJU , yang penting kita hendakan aturan baik dari segi Kesihatan , Pelajaran , keadaan Politik yang stabil dan bersefahaman dari semua tokoh2 politik demi mengambil kira ketenteraman negara khusus nya , walaupun mereka dari parti yang berlainan . negara ini mahukan kepimpinan dan bersefahaman dari tokoh2 politik yang bersentiman , tidak kira keturunan dan bangsa , turun lah ke padang , carikan usur2 yang mehalang kemajuan negara ini , berbuka hati demi sedia menerima segala kritikan dll …
    ketidakfahaman di antara tokoh2 politik , tolong lah jangan sampai di alihkan ke kami(rakyat) yang “innocent” ini . kita tidak ada campur diri kita ke mana mana arena politik yang kini kian hebat di baca di surat kahbar ,,, bila kamu masuk pejabat yang direka dan dibina berjuta2 ringgit , bukan kita yang dapat apa2 pun , tapi bila kamu ada perselisihan di antara tokoh2 lain , kita yang jadi mangsa , cintailah malaysia ,
    sekian ,
    salam bahagi

  93. Assalamualaikum…..
    Tepat sekali tulisan Tun…
    PAS dah bankrap sekarang… dah muflis… perjuangan, hala tuju, prinsip… semua kosong…

  94. Dearest Tun

    //1. Akhbar melaporkan sesuatu yang pelik.
    2. Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas..//

    1-I disagree Tun.I think these two chaps are just ‘sandewara’ing.

    2-Yes agree that Mat Sabu /PAS is only wooing the non Malay votes.They were ‘that’ close in 1999.Had they got the non Malay votes then, Anwar would already have been saved from ‘fitnah’ while Tun would have been the villain instead.Many of the PAS/KEADILAN guys children would have already become millionaires/billionaires just like yours too by now.But due to their over zealousness to capture the Malay votes through the promise of Hudud an the Islamic State had turned off the non Malays so bad they actually abandoned DAP and supported the BN instead.They are not ever going to repeat that extremely costly mistake.

    3-This time around they’ll do anything to win the non Malays.If that is going to guarantee them votes,they are going to let the communist,or non Malays take the credit of freeing Malaya from the rule of the British.The Malays were all the while working for and with the British to fight the communist so how come they are the ones who ‘fought’ for independence?Mat Sabu may have a point so let the non Malays know the Malays did not fight for this country,it was the non Malays,Chinese in particular,who did.

    4-They are going to renounce the NEP to surely win the votes.They may also tackle this other thing most non Muslims are truly not happy with Malaysia and that is the special position Islam is enjoying being the official religion of this country.While non Muslims are free to convert to Islam,the Muslims are not allowed to be disturbed let alone convert to other religion.We can see that PAS is now beginning to show their empathy with the non Muslims.I think soon enough it is no longer a problem for the Christian missionary to attempt to convert Muslims. Very soon Mat Sabu may realize that the Quran does say that there is no compulsion in religion.As we aware they are also not very bothered now with the control over Azan or Quran reading in the PAKATAN dominated states like they use to.Now it is whatever as long as the non Muslims are happy and would vote for them come PRU13.

    6-Karpal Singh is my opinion only trying very hard to win the Malays.They may also want to show the World that they are not yes man of the Malay majority PAKATAN,and,very unlike the BN,the member parties have a mind of their own and free to agree or disagree.

    7-The DAP knows what they say about the communists after all does not carry much weight so it doesn’t matter as long as PAS have said it.Even if they really deny whatever,their own supporters would know what really the stand of DAP on who actually fought for independence-whether its the non Malays or the Malays.After many decades,even their followers have achieved the wisdom to trust their leaders to do what is right .

    8-The only important thing is that the Malays will begin to support the DAP.The Malays have generally not supported the DAP before but through the PAKATAN relationship the DAP is now exploiting this window of opportunity to secure more and more Malay votes.Learning from the lesson of 1999,its too risky to depend entirely on the non Malay votes.It is evident that both PAS and DAP are all willing to do whatever it takes to secure their non traditional votes.

    9-The incumbent BN on the other hand hope to win the Chinese votes with a superficial rhetorical One Malaysia,while at the same time offend them by justifying the need to continue the NEP to help the Malays who has not yet achieved the targets after 4 decades of BN rule and now, by insisting that it is UMNO alone that ‘fought’ for the independence of Malaysia,with the non Malays contributing nothing significant at all to kick the British out.

    10-I find what the PAKATAN is attempting to do is surely politically smarter as compared with what the BN is doing. I think I will give my vote to the PAKATAN for being at least more intelligent.

    Thanks Tun

  95. Dear Tun,

    Sudin and Wajaperak went to your open house around 11 am. I went to your house with my daughter around 1.40 pm, que until 4 pm and lost the patience due to fatigue and left home. The crowd was overwhelming. Prime Minister Najib and Deputy PM, Tan Sri Rahim and Datuk Lee Chong Wei were there.
    Since I could not wish you selamat hari raya just now, may I now wish you selamat hari raya, maaf zahir batin.

    I also wish all muslims visitors to this blog selamat hari raya, maaf zahir batin

    amin tan

  96. Assalammualaikum Tun,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    1. Politik ialah berkaitan angka. Apabila berpolitik berpaksikan perasaan dan menafikan angka akan meletakkan parti sendiri tidak tentu hala.

    2. Inilah terjadi kepada PAS yang berpolitik ikut perasaan. Perasaan marah, dendam, dengki, khianat dan belot menyelubungi diri setiap pemimpin PAS dari dahulu hingga kini.

    3. Sejarah menubuhan PAS sendiri adalah dari perasaan marah, dendam dan dengki orang yang kalah bertanding jawatan Yang DiPertua UMNO.

    4. Kini apabila dicongak bilangan dan angka rupanya PAS bukan dari kalangan yang menguasai dari segi angka. Itu sebabnya menukar hala tuju parti dari nak menubuhkan negara Islam kepada menubuhkan negara berkebajikan.

    4. Nak cerita dari aspek kebajikan kita tidak perlu hitung kebajikan yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Dari dalam kandungan ibu sudah dijaga kebajikan seseorang hinggalah ke liang lahat.

    5. Apabila Karpal singh kata Mat Sabu perlu tarik balit kenyataan yang tidak boleh dipertahankan, maka Mat Sabu kata akan pergi mengadap Karpal Singh. Kenapa perlu Mat Sabu pergi mengadap Karpal Singh? Ini kerana angka tidak menyebelahi mereka.

    6. Kapada semua rakyat Malaysia janganlah buang masa memikirkan parti mana nak dipilih dalam PRU13, pilih saja Barisan Nasional kerana angkanya mantap dan menyakinkan.

    Sekian.

  97. Asmkm Tun

    Selamat AidilFitri 1432

    Dulu saya pernah menulis d web Tun mengenai perjuangan bentuk baru komunis. Perjuangan komunis tidak mungkin akan berhenti, sama seperti kerja polis tidak mungkin akan berhenti kerana perompak tetap akan wujud sehingga kiamat. Tak ada yang perlu di hairankan orang2 seperti YBB Mat Sabu atau Karpal atau Nik Aziz atau Anwar Ibrahim atau Ambiga……. Sejak dulu dalam pakatan komunis pun memang ada orang Islam, memang ada orang sesat agama, memang ada orang Islam sesat arah hidup walaupun bukan sesat agama; jadi apakah tak mungkin dalam PAS, DAP, GERAKAN, MIC dan mungkin musuh dalam selimut dalam UMNO atau jabatan kerajaan pun ada komunis?

    Komunis bergerak dalam minda sekolah, dalam ekonomi dengan memiliki banyak bangunan, perniagaan dan rangkaian sosial kaunseling; dalam komuniti, paling banyak Cina, diikuti India, dan Melayu.

    Apa la halnya pihak polis nak timbang2, nak timang2 lagi, buat aja la kerja pencegahan macam zaman 1960an dulu. Masa sekolah dulu kita ada definasi aktiviti komunis, cikgu2 yang promot komunis atau anti kemakmuran dengan mengelirukan peranan mulia kerajaan, semua nya ditangkap. Sekarang tak ada langsung langkah pencegahan yang kuat seperti dulu walaupun ada KDN dan polis baru.

    Saya hairan, rujuk hukum duniawi buatan kita, kalo memiliki dadah 0.5g boleh dihukum beberapa ribu, ditahan menunggu bicara hingga lebih setahun atau 40g boleh kena hukum tak masuk akal digantung sampai mati, macam mana hal isu neo komunis boleh ditangguh2. Ya, dadah merosakkan orang melalui pengamal perubatan, doktor, pengedar awam dan pengguna. Adakah neo komunis yang kemungkinan membawa anarchy di jalan2 awam melibatkan ribuan orang boleh dianggap enteng?

    Apa salahnya diberi peluang masuk penjara atau lokap polis selama 6 7 bulan untuk orang2 ini. Tolong la………

    Elok la pihak berwajib buat mandat yang telah diberikan kerajaan, buat yang jujur, insylh.

    Salam manis utk Tun dan keluarga, moga sihat dan bertenaga selalu.

  98. Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

    Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

    Siapa Mat Indera

    Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.
    Teruskan membaca:
    http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5201-kerajaan-johor-iktiraf-ketokohan-mat-indera

    KINI KITA TAHU SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA!!!!

  99. Salam YAB & diKasihi Tun,

    1. Memang Karpal Singh seorang yang cuma pentingkan diri sendiri dan bertindak demi “survival” parti DAP. Tiada KEIKHLASAN yang beliau pamerkan ketika meminta Mat Sabu menarik balik kenyataannya. Nampak seperti beliau berlakon & sekadar membaca teks semata-mata. Karpal Singh cuma bimbangkan reaksi negatif perbagai pihak terhadap kenyataan Mat Sabu.

    2. Lagipun kita tahu siapa dia Karpal Singh & bagaimana sikap sebenar beliau. Beliau boleh menyuruh Anwar Ibrahim untuk BERTAUBAT, tetapi masih bermati-matian membela & mempertahan Anwar dalam kes liwat 1 & kes liwat 2. Sepatutnya, jika beliau seorang yang BERPRINSIP & ada harga diri, beliau patut menarik diri dari menjadi peguambela kes liwat Anwar Ibrahim.

    3. Saya berharap rakyat sedar apa akibat nya menyokong & memberi mandat kepada Pakatan Rakyat; PR cenderung menyokong para penjenayah & penkhianat negara.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  100. Dear former PM of M’sia,

    Although the Mat Sabu from PAS and Karpal from DAP current support for the opposites makes a good soap opera, you too are not that far in doing the same during your tenure as PM.
    Remember when you vehemently telling the world during the Balkan world where the brutal Serbs are killing the innocent Muslim in Bosnia almost on an equal or parallel level as the Nazi Holocaust.You were the front guy who make a lot of noise at the world arena championing the cause of the innocent Muslim in Bosnia albeit M’sia did not send any sophisticated fighter jet to fight with the Serb in Balkan nor contributed great army to assist in ending the Balkan war.
    We should not forget during the World War 2 when the Japanese invaded our country (then known as Malaya), an equal or parallel atrocities of the Balkan war was also committed by the Japanese army. Mass murder, famine, women forced to serve as comfort women, prisoner of war forced to endure slave labour, death of prisoner of war, biological warfare experiment conducted on innocent civilian and not to mention the brutality inflicted by the Japanese innocent man, children, women and elderly in prison.
    Although it happened in our country, you can just liberally tell the Japanese government by saying there is no need for them to apologise which makes them ultimately free from their responsibility and does not need to give any justice to the victim.
    This will sure make everyone to start thinking, how come such a brutal atrocities that happened in Malaysia can be swept off just like that by Dr M but an atrocities that happened in other country, our dear former PM would go all out to champion their cause?
    I have no idea, you have seen the Japanese atrocities as you were there during their occupation in World War 2, you would have a better idea. Is this due to the reason the Japanese can render a lot of economic investment to our country, as such the atrocities that they have committed is acceptable?
    What would future generation learn from this episode, they would kowtow to anyone that give them benefit in economic term without consideration of their dignity and sense of justice?or in politics, no matter how much we suffer, no one can remain friend or foe forever?
    I believe you won’t publish this blunt and direct comment on your blog.

  101. Betul kata Tun, penyokong fanatik PAS tak akan peduli dengan sikap pemimpin mereka demi mencapai matlamat untuk berkuasa. bukan sahaja sanggup menjual bangsa, agama Islam pun mereka sanggup belakangkan kerana gila kuasa. Dah lama dulu pemimpin mereka dah bagi fatwa PAS sanggup bekerjasama dengan syaitan pun untuk kalahkan BN. Bayangkan Allah swt telah beri amaran dalam Al Quran Syaitan adalah musuh yang nyata tu pun PAS sanggup engkar dan masih sanggup bekerjasama dengan syaitan demi menang pilihanraya.

  102. Assalamualaikum Tun, terima kasih Tun dedahkan niat sebenar Karpal Singh. Nanti ada pulak orang-orang Melayu salah faham dan anggap Karpal Singh sebagai hero pulak. Saya sokong penuh pendapat Tun. Karpal dah sedar dulu tahun 1998 dia dah buat silap bila sumpah LANGKAH MAYAT DIA DULU SEBELUM PAS NAK JADIKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM. akibat sumpah dia UMNO serang balik gunakan isu kafir zimmi dan kafir harbi,akibatnya pakatan pembangkang kalah teruk pada PRU 10. Karpal bijak dan cepat belajar dari kesilapan tapi pemimpin Melayu tak juga sedar-sedar dan biar diri mereka jadi tunggangan pihak lain. Doa saya semoga Tun sentiasa sihat sejahtera sentiasa.

    Amran, Langkawi.

  103. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    Izinkan,
    ..
    6. Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.
    Ada pula seorang guru mengajar(tanpa segan silu) murid sekolah diShah Alam supaya berkata Dr. Mahathir ada bilik gelap yang mengandungi patung2 sembahan penganut hindu dikediaman rasmi PM diPutrajaya… tapi bila tanya oleh gurubesar ‘ Mana cikgu tahu semua ni, cikgu pempuan simpanan Dr. Mahathir ke? .. Kelu lidah nak menjawab dan malu ‘dibogelkan’ dek gurubesar secara sinis.
    ….
    10. Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata …

    Kami pula berasa tidak perlu disangkal kenyataan pemimpin2 PR tu. Lebih baik disokong dengan dipaparkan di ‘Billboards’ diseluruh negara khas untuk pengikut PAS, DAP dan PKR kata2 Nik Aziz, Mursyidul Am PAS dengan fatwanya mengkafirkan pengundi UMNO/BN dan menyatakan Allah ‘mencarut’, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan pujiannya terhadap komunis, Karpal Singh, Pengerusi DAP dengan ugutannya terhadap hudud, Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dengan simpatinya terhadap Chin Peng.. dan supaya ‘janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.’

    Selepas itu baru didakwa mereka…
    Nik Aziz kerana dahwah sonsangnya
    Mat Sabu kerana menghina YDP Agung kerana Polis itu DIRAJA
    Karpal Singh kerana mencabar hukum Hudud PAS
    Anwar Ibrahim pula?..cukup sampai disini.. sayang. Tak dapek nak ditolong dah..

    Persoalan nya,
    Ada ko ‘Pendekar2’ UMNO atau BN yang berani mengambil tindakan yang dicadangkan?
    ADO ko?.. wallahualam

    MERDEKA! MERDERKA! MERDEKA!

    ALFATIHAH, AMIN
    Ps. Kita menjunjung falsafah perjuangan Ayahanda Tun.. kini tiada lagi ejekan kata hina… Melayu bodoh!

  104. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    Izinkan,
    ..
    6. Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.
    Ada pula seorang guru mengajar(tanpa segan silu) murid sekolah diShah Alam supaya berkata Dr. Mahathir ada bilik gelap yang mengandungi patung2 sembahan penganut hindu dikediaman rasmi PM diPutrajaya… tapi bila tanya oleh gurubesar ‘ Mana cikgu tahu semua ni, cikgu pempuan simpanan Dr. Mahathir ke? .. Kelu lidah nak menjawab dan malu ‘dibogelkan’ dek gurubesar secara sinis.
    ….
    10. Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata …

    Kami pula berasa tidak perlu disangkal kenyataan pemimpin2 PR tu. Lebih baik disokong dengan diaparkan khas untuk pengikut PAS, DAP dan PKR kata2 Nik Aziz, Mursyidul Am PAS dengan fatwanya mengkafirkan pengundi UMNO/BN dan menyatakan Allah ‘mencarut’, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan pujiannya terhadap komunis, Karpal Singh, Pengerusi DAP dengan ugutannya terhadap hudud, Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dengan simpatinya terhadap Chin Peng.. dan supaya ‘janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.’

    Selepas itu baru didakwa mereka…
    Nik Aziz kerana dahwah sonsangnya
    Mat Sabu kerana menghina YDP Agung kerana Polis itu DIRAJA
    Karpal Singh kerana mencabar hukum Hudud PAS
    Anwar Ibrahim pula?..cukup sampai disini.. sayang. Tak dapek nak ditolong dah..

    Persoalan nya,
    Ada ko ‘Pendekar2’ UMNO atau BN yang berani mengambil tindakan yang dicadangkan?
    ADO ko?.. wallahualam

    MERDEKA! MERDERKA! MERDEKA!

    ALFATIHAH, AMIN
    Ps. Kita menjunjung falsafah perjuangan Ayahanda Tun.. kini tiada lagi ejekan kata hina… Melayu bodoh!

  105. YTM Tun,
    Saya harap Tun akan membaca laman blog Sakmongkol yg telah mengupas topik ni dengan lebih mendalam. Setahu ada yg melaporkan Alexa ranking Sakmongkol sudah mengatasi Tun bermakna lebih ramai yg mahu membaca nukilan bekas ADUN Pulau Manis berbanding bekas Perdana Menteri Malaysia . Ini mungkin kerana satu blog memaparkan cerita berdasarkan fakta fakta dan analisa terperinci sementara yg satu lagi hanya mengkitar semula cerita dongeng dan karut untuk dijadikan santapan bagi pengikut gerombolan United Malays National Organization.

  106. YTM Tun,
    Saya percaya retorik kononnya parti UMNO lah yg telah memerdekakan negara Perseketuan Tanah Melayu, menggagalkan Malayan Union, menentang Jepun dan menewaskan pengganas komunis tidak lagi dipercayai oleh golongan belia. Ini kerana umum sedar, sejarah Perseketuan Tanah Melayu yg diajar di sekolah dipinda untuk menaik naikan UMNO dan memandang rendah ke bawah sumbangan orang lain.

    Lagipun, ramai sudah menganggap parti UMNO sebagai parti yg dipenuhi oleh pak turut dan opportunis. Maka sudah tentu agak mustahil sebuah parti yg mempunyai badan anggota sedemikian mampu melakukan semuanya diatas. Malah Tun sendiri kerap kali mengecam parti UMNO sebagai sebuah parti yg busuk hingga ke usus, sedangkan parti UMNO 2011 tidak langsung berbeza dengan terdahulu.

    Lagipun Tun juga telah cuba memutarkan fakta fakta kes dengan menuduh Mat Sabu sebagai memuji pengganas komunis. Yang anehnya Mat Sabu tidak langsung melafazkan kata “komunis” perkataan ini ditambah oleh pencacai UMNO dan mereka yg sewaktu dengannya. Saya rasa Tun terpedaya kerana tidak rajin seperti dulu dimana segala fakta diselidik dan dikaji untuk menetapkan kesahihannya.

    Akhir sekali, para anggota pasukan keselamatan khususnya anggota polis mungkin terkilan jikalau menjangka rakyat secara amnya akan merasa marah terhadap luahan Mat Sabu. Ini rakyat sudah cukup mual kerana karenah polis Malaysia yg lebih mengutamakan tanggungjawab politiknya terhadap parti UMNO dari tanggungjawab siviknya.

  107. Saya bersetuju dengan pendapat Tun.

    Ironinya perjuangan mendapatkan kemerdekaan disamping menjaga keamanan daripada ancaman pengganas komunis telah dijadikan bahan politik untuk mengaburi mata rakyat.

    Sejarah tidak boleh berubah.
    Keperitan dan kesusahan yang dialami oleh rakyat pada zaman dahulu tidak boleh dinafikan. Isteri-isteri dan ibu-ibu yang kehilangan suami dan anak dalam medan pertempuran menentang anasir komunis tidak boleh diambil ringan. Ibarat “berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.

    Adakah dengan ‘menghalalkan’ serangan komunis ke atas polis dan tentera sebagai usaha untuk memperjuangkan kemerdekaan?
    Harus diingat matlamat komunis adalah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis, bukan memperjuangkan kemerdekaan. Secara terang-terang, fahaman komunis menentang fahaman beragama. Andai kita bersetuju bersengkongkol dengan tindakan komunis, adakah kita perlu menukar konsep fahaman beragama kepada tidak beragama? Saya berpendapat persoalan ini perlu dijawab oleh pihak-pihak berkenaan.

    Perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan kini mempertahankan kemerdekaan perlu disertai oleh semua pihak walaupun berlainan bangsa, agama dan fahaman politik. Menjadikan isu perjuangan kemerdekaan sebagai satu bahan politik adalah tindakan kurang bijak yang bakal memecahbelahkan kesatuan dan perpaduan rakyat. Andai kata kita cuba dijajah oleh kuasa luar samada dalam bentuk ketenteraan atau secara halus menerusi pergolakan dalaman, adakah kita mampu mengenepikan perbezaan fahaman untuk sama-sama bangkit berjuang? Semoga apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Mesir dan terbaru di Libya boleh kita jadikan iktibar.

    Terima kasih.

    arch_aegis77

  108. terima kasih Mat Sabu si tukang karut boria ITM

    terima kasih kerna membukakan mata anak-anak muda seperti saya untuk mengkaji sejarah

    terima kasih pada sejarah kerna membukakan mulut kami untuk menentang si buta sejarah, Mat Sabu(mat kona baring) hehehe..

  109. Salam Bahagia Tun,

    Mengenai perkara tersebut, ia amat mengejutkan apabila Mat Sabu menyatakan atau bersaran bahawa anggota-anggota polis yang terkorban di Bkt.Kepong bukanlah hero dan kumpulan komunislah sepatutnya hero negara.
    Kita rasa tersinggung dengan kenyataan tersebut dan rasa pelik juga kenapa Mat Sabu sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut. Apakah dia sudah ke tandusan idea untuk mendapatkan sokongan atau agenda untuk berdialog dengan penyokongnya?
    Adakah dia sebenarnya “trojan horse” parti pemerintah yang diselitkan dalam PKR untuk membuat hal dan kecoh supaya penyokong tersebut akan memulaukan parti tersebut?

    Pelbagai reaksi kesangsian dan kontrovesi terhadap Mat Sabu kini telah tercetus apatah lagi dengan tuduhan penyelewengan perbelanjawan perubatannya baru-baru ini. Ia sedikit sebanyak memang memberi persepsi buruk terhadap PKR dan PAS yang berlaung-laungkan ketelusan dan keadilan.
    Akan tetapi pada pendapat saya, penyokong dua-dua parti tersebut tidak mudah berpindah kem, tetapi lebih bersikap ingin tahu daripada mahu mengambil tindakan memulaukan parti tersebut.
    Mereka kini mesti berpendapat bahawa Mat Sabu ini sebenarnya agen parti pemerintah. Mahu tak mahu, saya rasa inilah sentimen golongan penyokong parti lawan ini buat masa kini.

    Kenyataan yang dikeluarkan Karpal Singh memang dilihat sebagai “damage control” buat parti PKR. Memang diketahui suatu kenyataan akan dikeluarkan PKR untuk mengawal situasi daripada menjadi lebih teruk. Tetapi, seperti biasa adakah kenyataan tersebut sememangnya jujur? Adakah ianya suatu daripada pelbagai cara untuk memperbetulkan suatu perkara atau percakapan yang terlanjur batas kefahaman dan perjuangan parti tersebut?

    Walau bagaimana pun, kenyataan Mat Sabu ini adalah sangat tidak bertanggung jawab dan tidak sepatutnya diungkapkan oleh seseorang pemimpin rakyat yang kononnya memperjuangkan hak-hak kebebasan dan kemerdekaan rakyat.
    Tidak kira fahaman apajua pun, perjuangan oleh anggota keselamatan negara kita untuk mempertahankan kemerdekaan negara ini tidak dapat dipertikaikan.

    Salam bahagia Tun.

  110. cantek > cantas > cantum > congngak > maha adil ( ALLAH ) BERKUASA KEATAS SEGALA SEGALA NYA jangan guna islam buat cari makan sedang kan maruah diri rendah > pemalas > pilih jalan singkat mau kaya

  111. Salam hormat Yg Bhg Tun,
    Amat menarik perhatian ramai apabila akhbar menyiarkan berita bahawa Mohd Sabu (Mat Sabu) Timbalan Presiden Pas dilaporkan menyokong pasukan kominis yang menyerang balai polis Bukit Kepong sebagai wira untuk perjuangan kemerdekaan negara Malaya (Malaysia) dari penjajah British dan bukannya anggota polis yang terkorban bagi mempertahankan balai Bkt Kepong dan maruah negara. Memang benar Mat Sabu mungkin buta sejarah dan berusaha memeperolehi sokongan ahli dan kepimpinan DAP khususnya orang China kepada perjuangan Pas dalam Pakatan Rakyat.

    Memang tepat pandangan Yg Bhg Tun bahawa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dengan pantas memintas pandangan Mat Sabu untuk mengambil hati khususnya pasukan keselamatan supaya tidak melunturkan sokongan mereka terhadap politik Pakatan Rakyat. DAP pernah berpandangan dan memohon kerajaan Barisan Nasional supaya Chin Peng dapat dibenarkan kembali balik ke negara Malaysia. Cadangan sedemikian mendapat tentangan keras daripada khususnya pasukan keselamatan Malaysia dan rakyat umum kerana amat jelas bahawa DAP berhasrat mengangkat martabat pengganas kominis sebagai pejuang kemerdekaan. Oleh kerana kepentingan politik Karpal Singh boleh berubah pandangan dengan serta merta dan menyanggah pendapat Mat Sabu.

    Fakta sejarah sebenar bahawa pasukan keselamatan negara Malaya (Malaysia) adalah pejuang tulin dan wira bagi mempertahankan maruah negara dari terus dijajah tidak boleh dinafikan dan dijadikan senjata politik untuk meraih sokongan terhadap perjuangan mana-mana parti politik. Rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian negara, mengiktiraf sejarah dan pembangunan negara mestilah bangkit menentang sebarang usaha mana-mana pihak, individu atau organisasi politik dari mempermainkan isu-isu sejarah untuk diekploitasi dan dijadikan satu senjata dan mekanisma meraih keuntungan politik.

    Pas sudah amat jauh terpesong daripada perjuangan asalnya terhadap status Islam di negara Malaysia selepas bersekongkol dengan PKR dan DAP. Dulu mereka (Pas) berjuang untuk menegakkan negara Islam, selepas itu mereka juga kata menegakkan negara Islam tiada tersebut dalam Al’quran dan mengubah arah perjuangan kepada negara berkebajikan dan mendakwa ianya bersesuaian dengan aspirasi Pakatan Rakyat. Pas dah jadi macam sifat Sesumpah, boleh saja berubah mengikut kesesuaian rakan kongsi politik. Pas tidak lagi berpegang kepada perinsip perjuangan. Dipercayai akibat Pas tidak lagi berpegang kepada perinsip perjuangan yang asal dan tulin, ramai penyokong akar umbi (Melayu Islam) yang berpendirian pada awalnya bahawa Pas berjuang untuk Islam akan tidak lagi berterusan menyokong Pas dalam pilihanraya ke 13 nanti. Begitu jugalah pengundi di atas pagar akan beralih arah menyokong parti-parti lain, mungkin majoriti akan berpindah menyokong UMNO/Barisan Nasional. Pas tidak boleh dipercayai lagi untuk terus menyokong perjuangan menegakkan negara Islam, sebab dah begitu terpengaruh dengan PKR dan DAP. Islam tidak lagi menjadi pilihan utama Pas. Pas hanya ingin berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP untuk menumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya ke 13.

    Mengikut rekod terkini Pas tidak diberi kuasa sebenarnya dalam kepimpinan negeri-negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya Pulau Pinang dan Selangor. Pas macam lukut di tepi gantang, suaranya tidak diambil kira sepenuhnya oleh rakan-rakannya dari kepimpinan PKR dan DAP apabila cuba memperjuangkan isu-isu agama Islam. Pas haruslah muhasabah diri, menilai semula kedudukan dan kualiti kepimpinan mereka dalam Pakatan Rakyat. Rakyat khususnya orang Melayu Islam sudah tentu pandai menilai status perjuangan Pas yang tidak boleh lagi diharapkan untuk terus berjuang demi kepentingan Islam.

    UMNO sebenarnya adalah pejuang Islam secara konsisten. Terlalu banyak bukti dan fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan mana pihak sekalipun bahawa UMNO telah dan akan terus memartabatkan Islam di negara Malaysia. Ekoran dari rasa dengki khianat parti-parti pembangkang khususnya Pas dan PKR segala usaha murni UMNO terhadap Islam diperlekehkan dan dijadikan isu politik untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap UMNO/BN. Sama-samalah kita renongkan dan bertindak positif pada pilihanraya ke 13, supaya tidak lagi tersalah pilih.

    Sekian, terima kasih.

  112. Assalamualaikum, YBhg Tun. Selamat hari raya.
    Penyokong PAS akan terus menyokong apa saja (betul atau salah) asalkan dapat menumbangkan UMNO. Biarpun kebanyakan penyokongx mereka (yang saya kenal-tidak semua) tidak berpuasa dan bermain judi di bulan ramadhan. Imej keislaman tidak penting lagi, cuma kebencian yang ada dalam hati. Setiap usaha murni yang ditaburkan oleh kerajaan akan dipandang serong (dianggap tidak telus-ada udang sebalik mee). Buatlah apa saja, semuanya tiada bermakna dan tiada rasional lagi pada mereka.
    Mereka akan ketawa terbahakx apabila orang seperti Mat Sabu menempelak kerajaan dalam ceramah, seolahx kebenaran dipihak mereka (walaupun salah). Tiada guna lagi menegur mereka sebab mata dan telinga telah ditutup rapatx.

  113. Dirgahayu Tun Berdua,
    Tepat sekali bacaan Tun keatas Karpal. Mat Sabu tidak lebih dari seorang Ahli Baru yang perlu membuktikan keberaniannya. Harapan beliau agar menjadi juak DAP yang lebih menarik dari Ketuanya sendiri. Saya percaya beliau merasakan dirinya sekalibar dengan Abdullah CD atau Rashid M. Janganlah kita terikut-ikut dengan lenggang tarinya. Penganut tegar komunis pun sudah bertukar angin, tetapi malangnya si Mat Sabu ini baru berjumpa dengan alunan bayu Komunis. Biarkan Si Pak Pandir ini dengan kebutaan hatinya. Allah memberi dan menarik nikmat dari anak Adam mengikut kehendaknya. Dirgahayu Tun.

  114. Assalamualaikum Tun
    Mat Sabu memang unik orangnya. Beliau mempunyai kemahiran untuk menterjemahkan sejarah mengikut sesukahati beliau.

    Kalau diperhatikan betul-betul, kita akan dapati ‘perkataan-perkataan’ yang diucapkan oleh beliau bagaikan mulut beliau berada dipunggung atau punggung beliau berada diatas!

    Kata-kata yang keluar itu adalah satu kentut yang terlalu busuk baunya sampaikan Karpal Singh sendiri tidak boleh tahan!

  115. Assalamualaikum TUN DR,

    Komunis tiada TUHAN komunis tiada AGAMA. Itulah puji-pujian oleh Mat Syabu kepada pengganas komunis.

    Karpal menentang negara Islam,,yang pelik mereka berdua smacam nada yang sama.

    Wallahhuaqlam

  116. mungkin mat sabu terlalu kebuloq jawatan(maaf kasaq)…
    depa nih semua buleh…isu murtad pn senyap..ntah haperhaper ntah ler….hampir semua pemimpin pas n pkr saya tak percaya…
    lebih2 lg yg suka memburukkan org len…..depa nih seme dh rigid kut….politik politik la…tang akidah n ugama jgn ader tolak ansur….ni seme nak balaih seropa…mane buleih mcm tu…
    saper2 yg duk perlekeih gat polis ka tentera ka…harap2 umah dia ka hapa ka kena samun ka kena colek ka(bkn nak doa la conntoh ja)pada sapa depa nak p ngadu tgk….saya mmg tak puaih hati ngan mangkuk sia 4 tingkat serangkai…malaih nk sebut nama aih….gerem tenan la….

  117. Assalamu’alaikum Tun

    Mat Sabu berani memuji gerakkan komunis adalah kerana kedayusan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yg atas nama ‘kebebasan bersuara’,membiarkan saja Karpal dan gerombolan nya terus-terusan melancarkan provokasi-propaganda menyerang apa-apa saja saja yg berkaitan Melayu-Islam-Umno.

    sementara Karpal,Lim kitsiang,Teresa Kok dan sebagai nya,termasuk lah ekompute dan d.tan di blog Tun,mengambil peranan menyerang Islam dan Melayu,anggota Pakatan dari PAS dan PKR seolah-olah diberi tugas memprovokasi Umno dgn kecaman dan tuduhan yg pelik-pelik.

    cuba bayang seorang tauke kayaraya memberi Mat Sabu satu envelop berisi sedikit duit dan sekeping skrip untuk sidang akhbar.kalau dia masih beriman,tentu berkocak juga iman nya membaca skrip yg ditulis oleh orang-orang asing…

    tapi seandai nya dia diberi jaminan ‘pengampunan dosa’ oleh Tok-tok Guru PAS,masuk confessional dan confess ala satu agama tu…tentu berkobar semangat nya untuk mengkhianati Agama,Bangsa dan Tanah-Air nya tanpa sedikit pun rasa bersalah.

    Tun,naluri manusia adalah amat liar.bila dibiarkan bebas tanpa kawalan,kejahatan yg mampu dicetus nya akan meningkat.hari ini berbohong,besok mencuri,lusa menipu,tulat merompak…ini adalah anak-tangga keruntuhan akhlak.dan keruntuhan akhlak begini hanya boleh dikawal dgn Rotan yakni Undang-undang.

    apabila Undang-undang tidak dapat berjalan,maka berebut-rebut lah orang seperti d.tan,ekompute,LKS,Karpal dan gerombolan nya cuba menyaingi sesama mereka dalam hal siapa yg lebih berani mencetus kontroversi yg lebih besar..

    LKY dan kaum nya malah Chua soi lek pun mungkin ada cita-cita mengenengahkan kemurnian perjuangan komunis,namun mereka takut menghadapi kesan nya.ambiga mungkin tidak begitu berguna dalam hal ini.impak nya akan lebih terasa kalau disampaikan oleh PAS.jadi pilihan tepat adalah Mat Sabu.

    dan Mat Sabu ini pun bukan lah berani sangat.tanpa umpan dan jaminan,tak mungkin dia dgn ikhlas hati mahu mewar-warkan sesuatu yg amat bertentangan dgn pendirian seluruh Bangsa nya sendiri.lalu apabila dia membuat kenyataan begitu,dia sepatut nya di tangkap dan di siasat siapa dalang dibelakang nya.

    malang nya,sejak Tun bersara,pemimpin-pemimpin kita sudah jadi begitu pengecut.selama bertahun-tahun orang-orang asing ini melancarkan provokasi demi provokasi yg setiap satu lebih hebat dari yg lain,dan kita bangkit menghadapi mereka secara rasional,beratus-ratus aduan Polis di buat,oleh orang-perseorangan,oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam,oleh badan-badan bukan-kerajaan malah oleh Umno sendiripun..namun tiada satu pun yg dikenakan tindakkan.

    Undang-undang tidak berjalan kerana kita dipimpin oleh orang-orang dayus yg pengecut.lalu jangan hairan pada Mat Sabu.dalam suasana Malaysia yg amat Demokratik ini,akan ada banyak lagi mat sabu lain yg akan sedia mengkhianati bukan setakat Agama,Bangsa dan Negara malah akan sanggup menggadai ibu-bapa,anak-isteri dan kaum keluarga nya sekalipun.ini kita jgn hairan sebab kita sendiri yg melantik tikus dayus ala-mat sabu sebagai Menteri Dalam Negeri.malah sebagian besar kabinet kita juga berisikan mat-mat sabu yg mensabotaj kepentingan Bangsa dan Agama kita.

    Tun,saya tidak tahu sejauh mana pengaruh Tun dalam pentadbiran hari ini.tapi saya mohon Tun buat lah yg terdaya untuk memastikan Undang-undang Negara ini di hormati.ISA-kan lah orang-orang yg memang layak di-ISA kan.keadaan sekarang sudah jauh melampaui batas-batas kesabaran Bangsa Melayu.beri lah nasihat kpd Pemimpin Tertinggi untuk mula menggunakan Rotan sebagai alat penyatuan yg lebih realistik dari sekadar slogan-slogan yg mengelirukan.

    Terimakasih Tun.

  118. umno dulu nepotisma.anak tun tiga tiga billionaire.anak paklah pun millionaire,anak hussein on terus dapat DUKE expressway.
    sekarang umno tunggu tengok anak najib jadi millionaire ke tak…lol! apalah tun…takkan pandai sangat sampai semua anak tun BILLIONaire.tak segan ke?

Comments are closed.