Category Archives: Uncategorized

ISRAELI MONSTERS

1. 70, 000 Palestinians in Gaza have been killed by the Israelis. But
they are still killing even during a ceasefire. What kind of monsters
are these Israelis. They are worse than animals.

2. And now they are blocking supplies of medicine and food to Gaza.
Even the doctors are being blocked from entering Gaza to attend
to the sick and wounded in hospitals which had been destroyed by
Israeli savages.

3. The world is watching all these. But the world can do nothing as
the United States of America actively protects the Israeli savages.

4. Humanity cannot claim to be civilised. We have descended to the
level of savages. We see gross injustice, massacres, murders
unlimited and we do nothing.

ACEH – MALAYSIA

1. Aceh – Sumatera sedang mengalami malapetaka yang merebut nyawa
lebih 1000 orang.

2. Malaysia – Tanah Melayu selamat. Tidak ada seorang pun yang mati.

3. Sedarkah bahawa Aceh – Sumatera melindungi semenanjung kita dari
ribut taufan, dan malapetaka.

4. Tidak patutkah kita tunjuk penghargaan kita dengan membantu
pemulihan Aceh/Sumatera.

5. Komite Peralihan Atjeh perlu dibantu dalam usaha ini.

6. Sila hubungi:
KOMITE PERALIHAN ATJEH (KPA) PUSAT,
Jln. Dr. Mr. Muhammad Hasan Gp. Blang Cut,
Kecamatan Lueng Bata.
Kota Banda Aceh
[u.p.: Encik Zakaria N Yacob, Juru Bicara]
(No. Telefon: +6281219490409)

YB DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI, UMNO


1. YB Datuk Seri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dari
UMNO, menyata bahawa perjanjian Anwar dengan Trump tidak boleh
undur.

2. Tetapi dia juga berkata bahagian yang berat sebelah yang menguntung
Amerika boleh dikaji.

3. Untuk apa kajian hendak dibuat jika tidak boleh diubah.

4. Johari, ahli UMNO dan wakil-wakil rakyat UMNO sebenarnya terima
perjanjian ART walaupun tergadai kemerdekaan. Secara langsung
UMNO bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

5. Inilah perjuangan UMNO sekarang – menggadai Malaysia untuk
selamatkan pemimpin yang sakau. Biar negara hancur supaya
penjenayah selamat.

6. Anak cucu kamu akan kutuk kamu.

BONDI

1. 70,000 + Palestinians in Gaza have been murdered.

2. More Palestinians are being killed since the ceasefire.

3. Golan Heights, Lebanon and Syria have seen Palestinians being killed.

4. Of course all these have nothing to do with what happened in Bondi beach, Australia.

5. It is because of evil anti-Semitism, ISIS and visit to the Philippines.

6. I congratulate the Prime Minister of Australia for his insight. Yes. I agree
with him that it was all because of evil anti-Semitism.

PENCURI

1. Saya teringat satu cerita dongeng yang terdapat dalam
masyarakat kita. Ceritanya begini:

“Seorang pencuri yang sedang berlari dengan ayam yang dicuri
menjerit “Pencuri-pencuri”. Dan orang pun pandang ke arah yang
ditunjuk oleh pencuri berkenaan.
Sementara itu pencuri pun hilang dengan ayamnya.”

2. Jangan agung pemberi rasuah, kata si polan.

DEFENCE COOPERATION AGREEMENT

1. There is a report in the media that the Malaysian Government had
signed a new defence cooperation agreement with the United States of
America. This was done four days after the Agreement on Reciprocal
Trade was signed.

2. So far the Government has not made public the full MoU (the
memorandum of understanding).

3. This is a serious matter. The Government must not hide this MoU as it
undermines Malaysian policy of being friendly with all countries, and
ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality).

4. Hiding such an agreement may have serious legal implication.

MEMPERTAHAN MALAYSIA ATAU AMERIKA?

1. Mula-mula Tengku Zafrul cabar saya untuk bukti bahawa syarikat Amerika ambil alih status Bumiputera akibat dari perjanjian timbal balik Anwar dengan Trump (ART – Agreement on Reciprocal Trade).

2. Maka saya kongsi dengan dia Klausa 6.2 (1) ART yang kandungannya jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak boleh beri bantuan bukan komersial atau subsidi kepada GLC, tidak boleh diskriminasi produk Amerika.

3. Dalam bahasa mudah, tidak ada keistimewaan kepada mana-mana GLC atau syarikat tempatan bila berurusan dengan Amerika. Ini maknanya dasar-dasar yang memberi kuota atau kepentingan kepada syarikat Bumiputera tidak boleh lagi dilaksanakan.

4. Setelah saya beri secara terperinci mengenai Klausa 6.2 (1) bagaimana
perjanjian itu akan ketepikan kepentingan Bumiputera, Zafrul keluar satu lagi video dan kata saya salah dan tidak baca habis.

5. Dia kemuka bahawa di bahagian akhir Klausa 6.2 (1) ada menyatakan
bahawa “Malaysia shall refrain from providing non-commercial assistance or otherwise subsidising its good-producing SOEs (kita baca sebagai GLCs) except for the achievement of their public service obligations. Malaysia shall ensure a level playing field for US companies in Malaysia’s market with respect to SOEs of third countries.

6. Zafrul menggunakan “except for the achievement of their public service obligations (kecuali untuk memenuhi kewajipan kepentingan awam mereka)” sebagai peruntukan yang akan membenar kita meneruskan dasar-dasar kepentingan Bumiputera.

7. Pertamanya, apabila Zafrul perlu merujuk kepada pengecualian ini, ia
bermakna bahawa kenyataan saya bahawa Klausa 6.2 (1) kepentingan
Bumiputera tidak dibenar oleh perjanjian ini jelas betul.

8. Keduanya, apakah yang dimaksud dengan public service obligations?
Adakah ini termasuk kepentingan Bumiputera dan kebenaran kepada
syarikat tempatan mendapat kelebihan ke atas syarikat-syarikat Amerika dan diskriminasi yang disebut terdahulu tidak terpakai?

9. Dan Zafrul tidak pula nyatakan siapakah yang akan tentukan apakah yang didefinisi sebagai public service obligations? Sudah tentu bukannya
Malaysia sahaja tetapi Amerika juga.

10. Jika kita lihat keseluruhan ART, ia jelas segala peruntukan dan tuntutan adalah untuk kepentingan Amerika. Zafrul turut mengakui bahawa kita terpaksa menandatangani ART.

11. Tiba-tiba Zafrul nak yakinkan kita bahawa kita tak akan tunduk kepada apa yang Amerika tetapkan dan dia juga mendakwa bahawa dia sudah tetapkan red lines (syarat yang tidak boleh dilanggar) dengan Amerika bila berkaitan dengan kepentingan Bumiputera.

12. Setahu saya di dalam membuat perjanjian ART tersebut yang ada melukis red lines ialah Trump seperti yang dinyatakan oleh Kagan, Duta Amerika ke Malaysia yang sehingga kini tidak dinafi atau dibangkang oleh Zafrul atau Anwar.

13. Saya rasa cukuplah Zafrul pertahankan kepentingan Amerika dan mulakan usaha untuk membatal perjanjian yang menggadai kedaulatan Negara.

14. Jangan terlampau bongkak sehingga tak mahu mengaku telah silap
bersetuju dengan perjanjian ART. Ini bukan saya seorang yang kata. Ramai yang lebih bijak dan pakar kata semacam.

PRN SABAH

1. Ramai yang mengeluh kerana skandal yang berleluasa dalam PRN
Sabah.

2. Disebut juga yang mengamal rasuah ialah pegawai dan Kerajaan.

3. Sebaliknya Kerajaan konon sedang berjuang menghapus rasuah.

4. Ternampak seperti biasa Kerajaan kata lain, buat lain.

5. Kali ini ada tokoh yang sudah selidik dan bersedia dengan bukti bahawa
pembantu kerajaan terlibat secara langsung dengan rasuah.

6. Saya hanya dapat nasihat supaya ia hubungi pihak media.