MEMERANGI RASUAH

1. Kita bangga dengan usaha memerangi rasuah di Malaysia.

2. Banyak sudah kejayaan dicapai.

3. Rasuah sudah berkurangan.

4. Caranya istimewa.

5. 47 kes rasuah sudah dihapuskan dengan menghenti dakwaan di mahkamah.

6. Ada kes yang hukuman dikurangkan.

7. Ada kes-kes yang dakwaan digugur.

8. Banyak lagi sudah tidak dianggap rasuah yang perlu dibicara.

9. Dengan tindakan-tindakan ini berkuranglah rasuah dalam negara.

10. Malangnya telah dikenal pasti kes-kes baru. Kes-kes ini dikenali oleh pembesar sendiri. Dianya memaklumkan kepada masyarakat bahawa ramai Perdana Menteri dahulu apabila berkuasa telah curi berbillion Ringgit. Terdapat kotak-kotak dalam simpanan Kerajaan bukti yang jelas berkenaan pencurian ini.

11. Bukti-bukti ini akan ditunjuk kepada masyarakat umum. Malangnya proses mendedah bukti ini menghadapi banyak masalah.

12. Tetapi jangan khuatir. Orang yang punyai bukti ini boleh dipicit sehingga terkeluarlah bukti.

13. Proses ini mengambil masa sedikit. Tetapi pihak yang bertanggungjawab mampu mengeluarkan bukti.

14. Kesungguhan pihak berkuasa memerangi rasuah tidak boleh dipertikai. Bukan sahaja perasuah kerdil yang akan disiasat, tetapi Tun jerung dan Tan Sri Paus juga akan disiasat.

15. Percayalah, jika masa bertahun diperlukan tetapi buruan akan diteruskan. Bukti akan ditunjuk supaya orang awam sedar keperluan menyokong pihak yang memerangi rasuah. Syabas.

16. Bertuah sungguhlah rakyat Malaysia.

17. Kita bebas bukan sahaja dari rasuah tetapi undang-undang kita lebih kuat. Tun ka, Tan Sri ka tidak selamat.