Yang Berhormat Dato’ Bung Mokhtar Radin
(Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat
berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.
ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah
diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah.
Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh
Rapid KL.
Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh
untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian
syarikat-syarikat ini.
Kenapa?