AKHLAK


1. Tiap bangsa yang bertamadun mempunyai susunan tata tertib yang mencerminkan nilai hidup yang dipegang dan diamal bangsa berkenaan.
2. Buat beberapa kurun dunia anggap akhlak dan budaya orang Eropah sebagai yang terbaik. Oleh itu ramai masyarakat dunia meniru pakaian dan adat resam orang barat.
3. Sampai sekarang pun pakaian kot, tali leher dan seluar panjang dijadikan pakaian kebanyakan orang ramai di merata tempat.
4. Demikian juga nilai hidup atau budaya orang Eropah ditiru dan diamal dalam kehidupan manusia. Demikianlah sehingga orang Barat anggap budaya mereka adalah budaya dunia, (universal). Mereka anggap orang Asia tidak ada budaya tersendiri.
5. Tetapi sekarang kita sedang lihat budaya barat runtuh dan merosot.
6. Pakaian orang Barat sekarang tidak senonoh. Seluar pendek dan carik dipakai oleh muda mudi sehingga terdedah aurat tanpa segan silu.
7. Institusi perkahwinan dan berkeluarga (family) tidak lagi diamal, terutama dikalangan orang muda. Mereka mengadakan hubungan seks dengan siapa sahaja. Anak yang dilahir tidak lagi menjadi anak haram. Dengan bangganya mereka akui mereka adalah anak diluar nikah. Siapa yang menjadi bapa tidak dihirau.
8. Ada kala anak diluar nikah ini hidup bersama seolah-olah satu kelamin.
9. Tuntutan kesamaan (equality) antara wanita dan lelaki sudah sampai ke tahap cara hidup lelaki dan perempuan tidak lagi berbeza, walaupun dalam perlakuan maksiat. Jika lelaki boleh buat kenapa tidak wanita.
10. Akhirnya perkahwinan dan kekeluargaan boleh didiri antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Sebelum pun amalan ini dilaku masyarakat menerima liwat sebagai perkara biasa, tidak haram lagi dan dihalalkan oleh agama mereka.
11. Semua amalan-amalan ini bermula dalam masyarakat termasuk agama mereka. Tetapi semua amalan ganjil dan haram ini direstu oleh Kerajaan-Kerajaan mereka. Undang-undang lama dimansuhkan dan diganti dengan undang-undang baru. Undang-undang perceraian antara pasangan lelaki atau pasangan perempuan disediakan.
12. Semua amalan haram ini diamal secara terbuka di negara Barat.
13. Masalahnya Barat berpendapat semua amalan haram yang sudah dihalal oleh mereka hendaklah diamal oleh semua negara dan bangsa di dunia.
14. Secara terbuka mereka mempromosi budaya songsang mereka melalui filem dan konsert.
15. Mereka mengambil warna pelangi sebagai bendera mereka. Melalui berbagai acara dan produk, warna pelangi diguna untuk bukti penerimaan LGBT oleh mereka.
16. Dahulu kita semua sering meniru budaya dan akhlak Barat.
17. Hari ini budaya Barat sudah runtuh. Yang haram sudah dihalal oleh mereka.
18. Dunia tidak perlu tiru Barat, selain dari budaya lama mereka yang tidak menidakkan nilai hidup dan budaya kita.
19. Kita tidak harus keterlaluan. Tetapi pilihlah yang jernih dan buanglah yang kotor.
20. Janganlah terlalu taksub dengan Barat sehingga kita perhambakan diri kita.
21. Bagi orang Islam pegang kuatlah kepada cara hidup Islam atau Addeen.




UNDI

1. Ramai orang Melayu yang berpendapat politik membosan.
2. Oleh itu apa gunanya mengundi dalam pilihanraya.
3. Sama ada politik bosan atau tidak, hakikatnya ialah undi menentu siapa jadi Kerajaan.
4. Jika orang Melayu tidak undi, yang akan jadi Kerajaan ialah orang yang mendapat undi.
5. Dan undi ini datang dari pengundi yang telah disogok oleh parti dan calon yang berhasrat mencari kekayaan dengan menjadi Kerajaan.
6. Kita sudah lihat bagaimana calon yang tidak baik apabila menang dan mendiri Kerajaan telah curi berbillion Ringgit duit Kerajaan, merosakkan parti dan pemerintah dan menjadi Malaysia sebagai ‘Kleptokrasi’ iaitu negara yang diperintah oleh pencuri dan penjenayah.
7. Tidak mengundi samalah dengan mengundi calon yang bergantung kepada sogokan. Mereka yang bergantung kepada sogokan bukanlah calon yang bersih. Jika mereka mendiri Kerajaan, mereka akan salah guna kuasa dan mencuri.
8. Jika pengundi ingin dapat Kerajaan yang baik undilah calon yang tidak sogok wang. Undilah calon yang bersih.
9. Hanya Kerajaan yang didiri oleh wakil rakyat yang bersih sahaja yang akan berkhidmat untuk bangsa, negara dan agama.
10. Jangan bosan dan tidak undi. Tidak undi bermakna mengundi calon yang berniat jahat, yang akan rosakkan masa depan pengundi.

ISYTIHAR HARTA


1. Datuk Seri Anwar kata dia telah isytihar harta.

2. Saya juga telah isytihar harta beberapa kali semasa jadi Perdana Menteri dan ini juga pengetahuan umum.

3. Saya juga tidak ada masalah isytihar harta kerana tidak ada apa yang perlu saya sorok.

4. Yang jadi masalah ialah Anwar telah beberapa kali tuduh saya salah guna kedudukan semasa saya jadi Perdana Menteri untuk kayakan diri saya dan keluarga saya.

5. Saya juga dituduh memiliki wang berbilion ringgit, kapal terbang dan kapal. Kononnya semua orang tahu.

6. Saya kata tunjuk bukti saya salah guna kuasa untuk kayakan diri dan keluarga dan kalau tidak saya akan ambil tindakan mahkamah.

7. Saya telah ambil tindakan mahkamah dan sehingga hari ini dia tidak pernah tunjuk bukti selain ke sana ke mari buat tuduhan terhadap saya.

8. Sebaliknya, dia minta saya tunjuk bukti harta saya. Dia yang tuduh saya dan dia minta saya pula tunjuk bukti.

9. Maka saya ulang sekali lagi, tunjuklah bukti yang saya salah guna kuasa untuk kayakan diri saya dan keluarga.

10. Setakat cakap di atas pentas politik tanpa ada bukti ini siapa pun boleh buat. Mereka ini digelar “mat retorik”.

KELUAR GTA


1. Berkait kenyataan saya bahawa saya tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air, saya ingin jelaskan bahawa keputusan ini kerana saya ingin tumpu kepada Proklamasi Orang Melayu.

2. Saya merasa bahawa jika saya bergerak di atas landasan parti politik, ada orang Melayu dari parti politik yang lain tidak begitu selesa untuk menyokong proklamasi tersebut.

3. Proklamasi ini bertujuan menyatu orang Melayu melangkaui garis politik.

4. Ini bermakna orang Melayu yang juga ahli UMNO, Parti Keadilan Rakyat dan Amanah serta juga segelintir yang ada di dalam DAP, jika berkongsi kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi ini akan turut menandatanganinya.

5. Apabila orang Melayu dapat bersatu dan bersetuju dengan kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi, maka ia menjadi tanggungjawab setiap parti yang berlandas perjuangan Melayu.

6. Sama ada saya akan bergiat di atas landasan politik selepas ini bukan sesuatu yang perlu saya fikir ketika ini.

7. Yang penting ialah mendapatkan sokongan orang Melayu untuk Proklamasi ini.

8. Jadi tidak timbul saya mengetepi mana-mana parti politik Melayu yang wujud.

9. Orang Melayu akan kehilangan segala-galanya jika kita tidak ada kesedaran dan kesemua parti-parti dan kumpulan-kumpulan yang memperjuang kepentingan orang Melayu tidak bersatu.

10. Oleh itu sokonglah dan tanda tangan Proklamasi ini.

TANJAK KEMELAYUAN


1. Ramai orang Melayu sekarang memakai tanjak sebagai cara untuk menunjuk ke-Melayuan mereka.
2. Sikap berbangga dengan bangsa memang baik.
3. Alangkah baiknya jika selain tanjak, orang Melayu juga berbangga dengan mengundi dalam pilihan raya bagi calon Melayu yang terbaik supaya Kerajaan yang akan didirikan oleh calon-calon yang menang dapat mendiri Kerajaan yang juga baik.
4. Tidak mengundi atau mengundi kerana sogokan tidak menunjuk ke-Melayuan yang boleh dibanggakan, kerana hasilnya ialah pemerintahan oleh perasuah dan penjenayah.
5. Pakailah tanjak tetapi undilah dan tentukan kemenangan bagi Melayu yang kuat ke-Melayuan mereka dan mampu mendiri Kerajaan yang boleh kita bangga dengannya.

TUNJUK BUKTI



1. Saya hairan dengan tindak-tanduk Datuk Seri Anwar sejak akhir-akhir ini.

2. Konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan dia punyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan ini. Kalau sudah ada dedahlah dan cajlah di mahkamah.

3. Tetapi tidak. Konon nak suruh pemimpin lama isytihar kekayaan mereka dan bantu rakyat miskin. Anwar adalah satu dari pemimpin lama yang dituduh bantu kroni.

4. Dedahlah kekayaan di masa jadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dituntut sekarang. Dan bantulah rakyat dengan duit sendiri, bukan duit Kerajaan.

5. Di masa yang sama Anwar kononnya mempunyai maklumat tentang berbilion yang disapu oleh saya dan keluarga saya.

6. Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya.

7. Di mahkamah tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya.

8. Dengan itu pengisytiharan tentang kekayaan saya akan diketahui dunia.

9. Tak perlu saya isytihar lagi.

10. Tetapi Anwar juga perlu isytihar.

MENGURANG RASUAH SEMASA PILIHAN RAYA

1. Jika Kerajaan benar-benar ingin menghapus rasuah, cara terbaik ialah dengan menghadkan perbelanjaan oleh parti semasa PRU.
2. Umpamanya jika jumlah bendera atau sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi satu-satu kawasan yang ditandingi, perbelanjaan boleh dikurangkan.
3. Katakanlah jika parti letak calon dalam satu kawasan, hanya 100 bendera, 20 sepanduk dan 2 papan iklan dibenar, maka kos kempen tidak akan menjadi tinggi. Saingan antara parti yang kaya dan yang miskin akan jadi lebih adil.
4. Sogokan boleh dikurang dengan orang ramai mengguna kamera untuk rekod dan lapor. Pihak polis juga boleh guna kamera. Demikian juga badan-badan pencegah rasuah.
5. Jika terdapat tiga kes sogokan, pencalonan parti berkenaan perlu dibatal.
6. Memang sogokan kepada pengundi boleh disembunyi. Tetapi amalan sogokan secara terbuka seperti dilakukan dalam PRU 15 akan dikurangkan. Sedikit sebanyak ia berkesan dalam pengurangan sogokan.
7. Jika satu dua kes dikena tindakan, parti-parti akan lebih berjaga-jaga dan tidak akan sogok wang secara yang boleh dikesan.
8. Yang penting ialah menghadkan keghairahan memasang bendera, sepanduk dan papan iklan dikurangkan. Pertandingan akan jadi lebih adil. Yang kurang kewangan pun boleh harap menang. Di masa yang sama rasuah akan dikurangkan kerana kempen tidak perlu dana yang besar.

GREEN WAVE

1. Malaysia ditadbir oleh Kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.
2. Pembangunan yang pesat berlaku.
3. Kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan.
4. Tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau.

MRT SG. BULOH / PUTRAJAYA

1. Pada hari ketiga raya saya dan isteri bersama kawan-kawan mencadang mencuba MRT dari Sungai Buloh ke Putrajaya.

2. Staff MRT sambut baik cadangan kami. Mereka turut bersama sepanjang jalan. Ini memberi peluang kepada saya bertanya beberapa soalan berkenaan prestasi MRT ini.

3. Umumnya saya dapati seolah-olah saya berada di negara maju. Perjalanannya amat baik. Demikian juga kemudahan yang disedia untuk pelanggan. Stesen juga cukup besar dan dilengkapi dengan lif dan eskalator.

4. Saya percaya kemudahan rail ini akan disambut baik oleh rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan.

5. Tahniah saya ucap kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh / Putrajaya.

DUIT

1. Dulu duit mudah diguna.
2. Diperbuat dari logam emas, perak dan gangsa, dengan nilai yang jelas mudah diguna.
3. Lepas itu duit diperbuat dari kertas.
4. Ini juga mudah diguna.
5. Nilai duit kertas tertulis dan diterima.
6. Lepas itu ada cek – ditulis dengan tangan nilainya dan diterima.
7. Bank pun terima cek dari pemilik serta nilai cek dimasuk buku.
8. Bank juga boleh tulis cek dan beri pinjam duit yang bukan milik bank.
9. Yang penting ialah catitan dalam cek dan buku bank.
10. Sekarang tak perlu cek.
11. Tekan butang telefon bimbit, duit masuk bank.
12. Nak bayar bil tekan butang lagi.
13. Duit bergerak dari akaun pembeli ke akaun penjual.
14. Tidak ada duit, tidak ada cek.
15. Tetapi ada catitan dalam akaun bank.
16. Dan akaun ini diterima oleh pembeli, penjual dan bank.
17. Dari segi undang-undang semuanya halal, boleh diterima oleh mahkamah.
18. Yang tidak boleh diterima ialah cakap mulut.
19. Jadi kalau dituduh duit berbillion sudah diseleweng tanpa catitan, tidak laku.
20. Itulah duit sekarang, – tidak ada logam, kertas, cek atau catitan elektronik – tidak ada – tidak laku.