DARURAT


1. Saya difaham pihak Kerajaan masih berusaha untuk isytihar darurat di negara tercinta ini.

2. Mengikut hujah mereka kononnya negara berada dalam keadaan krisis, dengan 10,000 anggota polis diserang COVID-19, satu juta orang asing sudah melanda negara ini dan kononnya jika darurat tidak diisytihar sebelum Isnin, 2 November, pasar saham akan jatuh merudum.

3. Ya, benar COVID-19 sudah meningkat sehingga lebih dari Satu Ribu Dua Ratus pada beberapa hari. Tetapi ini disebabkan Kerajaan Pusat sengaja rebut kuasa di Sabah. Kesan dari Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah ramai rakyat Sabah diserang COVID-19 dan mereka dari semenanjung yang ke sana untuk berkempen dijangkiti COVID-19. Apa perlunya Perikatan Nasional (PN) merebut kuasa Kerajaan Sabah – terutama semasa kita diserang COVID-19.

4. Saya tidak tahu benar atau tidak 10,000 anggota polis diserang COVID-19. Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin kata 10,000 anggota dan pegawai polis telah dikuarantin, dan 200 disahkan positif.

5. Ya! 10,000 anggota polis diserang COVID-19 menggerun kita. Tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador dilapor berkata jumlah tersebut adalah kumulatif dari bulan Mac. Jadi bukanlah 10,000 pada satu masa! Laporan Hamzah tidak sebut perkara ini.

6. Walaupun angka kes baru tinggi tetapi tidaklah seburuk seperti negara lain. Di Amerika Syarikat hampir 100,000 kes baru dilapor setiap hari. Kematian meningkat sampai 200,000 lebih berbanding hampir 300 di Malaysia.

7. Benar penduduk Malaysia 32 juta sementara penduduk Amerika Syarikat 360 juta atau lebih 10 kali ganda ramai. Jika kadarnya sama kematian maka di Malaysia jumlah tentu lebih dari 300,000. Jadi sebenarnya kematian di Malaysia kurang seribu kali.

8. Berbanding dengan jiran-jiran kita juga keadaan kita lebih baik.

9. Apakah kuasa penuh oleh Perdana Menteri melalui darurat boleh kurangkan lagi kes COVID-19. Apakah yang boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dengan kuasa penuh dari darurat yang tidak boleh dilakukan sekarang.

10. Belanjawan pun boleh dilulus oleh Parlimen. Tetapi takkanlah tanpa melihat belanjawan, kita luluskan belanjawan. Itu seperti menandatangan “cek” kosong (blank cheque). Kita percaya pada Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri adalah manusia biasa – mungkin tersilap. Kita juga ada idea yang baik yang boleh dimasukkan. Selepas itu kita luluslah.

11. Jika keadaan kritikal, Parlimen boleh sebulat suara tangguh pilihan raya. Fikirkanlah, jika berada dalam peperangan, kita nak ada pilihan raya jugakah? Tentu kita tangguh. Kita akur akan undang-undang. Tetapi tak akanlah sehingga mati. Kita sedar jika diadakan pilihan raya, beribu-ribu akan mati. Nak buat jugakah?

12. Kita pegang kuat kepada Perlembagaan. Tetapi Perlembagaan boleh dipinda jika lebih dari 2/3 bersetuju.

13. Berkenaan dengan dakwaan kononnya jika tidak diisytihar darurat sebelum 2 November, pasar saham akan jatuh merudum pada 2 November. Yang kita lihat ialah walaupun darurat tidak diisytihar sebelum Isnin 2 November, pasar saham tidak jatuh merudum. Sebaliknya pasar saham berada dalam keadaan sihat.

14. Jelaslah dakwaan bahawa pasar saham akan jatuh merudum jika darurat tidak diisytihar adalah cara untuk memaksa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong isytihar darurat.

15. Fikir. Fikir dalam-dalam. Undang-undang untuk selamat kita, bukan untuk bunuh kita.

LANGKAWI

1. Saya baru pulang daripada lawatan tiga hari ke Langkawi.

2. Langkawi hijau, iaitu bebas dari Covid-19.

3. Namun penduduk patuh SOP dan pemeriksaan untuk Covid-19 dikenakan kepada semua pelawat.

4. Tetapi semasa saya di sana saya dapati keadaan muram. Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan di daratan akibat Covid-19 menjejaskan industri pelancongan Langkawi.

5. Hanya dua tiga penerbangan sahaja dari Subang/Sepang masuk Langkawi tiap hari. Jadual penerbangan masuk, serta perkhidmatan feri amat berkurangan setelah kawalan pergerakan terbaru dikenakan ke atas Selangor, terutamanya.

6. Walaupun beberapa bulan lalu terdapat peningkatan kemasukan pelancong tempatan, malangnya pertambahan mendadak kes-kes Covid-19 telah membantutkan kedatangan pelancong ke Langkawi.

7. Peniaga-peniaga merungut, banyak kedai ditutup, ada yang hanya sementara tetapi ada juga yang gulung tikar. Pusat-pusat pelancongan kelihatan sepi. Kereta-kereta sewa banyak yang tersadai kerana ketiadaan pelanggan. Restoran-restoran yang dulunya tumpuan pelancong juga sepi.

8. Nyata PKP terbaru ini menjejas sektor pelancongan kerana ramai pelancong tempatan, terutamanya dari Selangor dan Kuala Lumpur tidak dapat berkunjung ke Langkawi.

9. Saya khuatir kesan jangka panjang kepada ekonomi Langkawi dan kepada kehidupan penduduk pulau ini.

10. Sebenarnya terdapat banyak cara dan cadangan untuk memperbaiki ekonomi Langkawi. Tetapi setakat ini kebenaran Kerajaan tidak dapat diperolehi. Mungkin ia disebabkan wabak Covid-19. Tetapi jika dirancang dengan mengambilkira SOP Covid, industri pelancongan dan lain-lain industri boleh diperbaiki.

11. Ini bukan sahaja boleh dilakukan tanpa peruntukan Kerajaan tetapi boleh menyumbang kepada pertambahan dana Kerajaan.

12. Saya fikir penyakit ini akan ambil masa yang lama. Kita tidak mungkin dapat hapus terus penyakit ini dalam masa terdekat.

13. Sementara itu, rakyat perlu terus hidup dan menjana pendapatan untuk sara kehidupan serta keluarga. Mereka harus diberi peluang jika tidak negara akan mengalami kehancuran ekonomi.

14. Mungkin ada sesiapa dalam Kerajaan yang boleh dengar rintihan peniaga kecil seperti ini dan beri pertimbangan. Saya akan terus berikan idea lain jika ianya dapat membantu.

MISREPRESENTED CONTEXT

1. I am indeed disgusted with attempts to misrepresent and take out of context what I wrote on my blog yesterday.

2. Those who did that highlighted only one part of paragraph 12 which read: “Muslims have a right to be angry and to kill millions of French people for the massacres of the past.”

3. They stopped there and implied that I am promoting the massacre of the French.

4. If they had read the posting in its entirety and especially the subsequent sentence which read: “But by and large the Muslims have not applied the “eye for an eye” law. Muslims don’t. The French shouldn’t. Instead the French should teach their people to respect other people’s feelings.

5. Because of the spin and out of context presentation by those that picked up my posting, reports were made against me and I am accused of promoting violence etc… on Facebook and Twitter.

6. FB and Twitter had then requested the administrators of my Facebook and Twitter accounts to remove the postings. Despite attempts to explain the context of the posting, they were removed.

7. There is nothing I can do with FB and Twitter’s decision to remove my posting. To my mind, since they are the purveyor of freedom of speech, they must at least allow me to explain and defend my position.

8. But that is what freedom of speech is to them. On the one hand, they defended those who chose to display offending caricatures of Prophet Muhammad S.A.W. and expect all Muslims to swallow it in the name of freedom of speech and expression. On the other, they deleted deliberately that Muslims had never sought revenge for the injustice against them in the past.

9. Even my appeal that the French should explain the need to advise their people to be sensitive and respect the beliefs of other people is left out.

10. What is promoted by these reaction to my article is to stir French hatred for Muslims.

RESPECT OTHERS

1. A teacher in France had his throat slit by an 18-year-old Chechen boy. The killer was angered by the teacher showing a caricature of Prophet Muhammad. The teacher intended to demonstrate freedom of expression.

2. The killing is not an act that as a Muslim I would approve. But while I believe in the freedom of expression, I do not think it includes insulting other people. You cannot go up to a man and curse him simply because you believe in freedom of speech.

3. In Malaysia, where there are people of many different races and religions, we have avoided serious conflicts between races because we are conscious of the need to be sensitive to the sensitivities of others. If we are not, then this country would never be peaceful and stable.

4. We often copy the ways of the West. We dress like them, we adopt their political systems, even some of their strange practices. But we have our own values, different as between races and religions, which we need to sustain.

5. The trouble with new ideas is that the late comers tend to add new interpretations. These are not what the originators intended. Thus, freedom for women, meant the right to vote in elections. Today, we want to eliminate everything that is different between men and women.

6. Physically we are different. This limits our capacity to be equal. We have to accept these differences and the limitations that are placed on us. Our value systems is also a part of human rights.

7. Yes, sometimes some values seem to be inhuman. They cause some people to suffer. We need to reduce the sufferings.
But not by force, if the resistance is great.

8. The dress code of European women at one time was severely restrictive. Apart from the face no part of the body was exposed. But over the years, more and more parts of the body are exposed. Today a little string covers the most secret place, that’s all. In fact, many in the west are totally naked when on certain beaches.

9. The West accepts this as normal. But the West should not try to forcibly impose this on others. To do so is to deprive the freedom of these people.

10. Generally, the west no longer adhere to their own religion. They are Christians in name only. That is their right. But they must not show disrespect for the values of others, for the religion of others. It is a measure of the level of their civilisation to show this respect.

11. Macron is not showing that he is civilised. He is very primitive in blaming the religion of Islam and Muslims for the killing of the insulting school teacher. It is not in keeping with the teachings of Islam. But irrespective of the religion professed, angry people kill. The French in the course of their history has killed millions of people. Many were Muslims.

12. Muslims have a right to be angry and to kill millions of French people for the massacres of the past. But by and large the Muslims have not applied the “eye for an eye” law. Muslims don’t. The French shouldn’t. Instead the French should teach their people to respect other people’s feelings.

13. Since you have blamed all Muslims and the Muslims’ religion for what was done by one angry person, the Muslims have a right to punish the French. The boycott cannot compensate the wrongs committed by the French all these years.

PENOLAKAN USUL DARURAT

1. Bagi pihak Pejuang saya alu-alukan keputusan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bersama-sama Raja-Raja Melayu untuk tidak mengisytihar darurat di Malaysia seperti yang dipohon dan dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Rakyat tentu gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

3. Pejuang juga sambut baik nasihat Yang Maha Mulia Duli Tuanku supaya orang politik kurangkan politik. Sudah tentu ini tidak terhad kepada ahli politik pembangkang sahaja, tetapi termasuklah ahli politik Kerajaan.

4. Oleh itu, diharap sementara ahli politik pembangkang menghormati nasihat Duli Yang Maha Mulia, ahli politik Kerajaan dan Kerajaan juga henti tindakan politik seperti melucutkan jawatan orang politik yang tidak sokong Kerajaan, memberhentikan peruntukan wakil rakyat yang tidak sokong Kerajaan, membeli penyokong parti lawan untuk menjatuhkan Kerajaan Parti lawan, memaksa pilihanraya diadakan kerana percubaan merebut Kerajaan, menolak pendaftaran parti politik seperti Pejuang, dan bermacam lagi tindakan politik seperti sogokan wang dalam pilihanraya.

5. Pejuang tetap akan patuh kepada nasihat DYMM YDP Agong, supaya politik di Malaysia menjadi stabil. Pejuang sanggup bekerjasama dalam usaha semua pihak menangani ancaman Wabak Covid-19.

6. Akhir kata, sebagai pemimpin Pejuang yang belum didaftar, saya ingin menyatakan kesyukuran kami dan junjung kasih kami kepada Kebawah Duli Tuanku YDPA yang telah utamakan kepentingan rakyat dengan membuat keputusan yang bijak terhadap cadangan mengisytihar darurat di negara tercinta ini.

STATE OF EMERGENCY

1. Covid-19 has been used to justify Parliament being delayed, shortened and void of any debates.


2. Now it is to justify declaring a State of Emergency. But the power and authority in today’s Government have been adequate to deal with the pandemic.

3. We don’t find the kind of objection by the people as seen in the US and Europe. Our people have very largely obeyed the restrictions such as the MCO.


4. What can Emergency do to stop the pandemic more than what we can do now. Nothing.


5. But an Emergency would give extra power to the Prime Minister. What he has done so far has not mitigated the political, economic and social problems affecting the country.


6. He has a huge Cabinet which has contributed nothing to the well-being of the people and the country.


7. Most of the things done is about the political situation. This Government is not the Government elected by the people. It has come to power by undemocratic means. And now it is only concerned about staying in power.


8. Faced with the possibility of being overthrown, the Prime Minister wants the powers under a state of Emergency. The only benefit would accrue to the Prime Minister, as Parliament would be paralysed. He would claim that it is the wish of the Palace.


9. Already, the mere rumour of an emergency has resulted in the stock market taking a deep dive.


10. If Emergency is declared then the market will collapse completely. The investors have no faith in the Prime Minister being able to manage the economy.


11. He messed up the Covid-19 situation by trying to grab the Government of Sabah. The present spike is entirely due to the Sabah elections.


12. So, the Government has been changed. What good has it brought to Sabah.


13. Countries with more severe Covid-19 problems have not declared emergency for the whole country but only for the affected areas.


14. That was specific for dealing with the local problem. But none have suspended laws and Parliament as it would if Emergency is declared in Malaysia.


15. There are no riots or violence in Malaysia, no breakdown of laws and order to justify an Emergency.


16. But there is a need for some changes to be made to the Government which seized power through undemocratic means.

PRN SABAH

1. Sepatutnya PRN Sabah tidak diadakan.

2. Sabah sudah ada PRN pada 2018. Warisan menang dan tubuh Kerajaan. Tapi Kerajaan pintu belakang Pusat berhasrat kuasai Sabah juga melalui pintu belakang.

3. Untuk elak daripada ini berlaku, Kerajaan Warisan terpaksa dibubar untuk adakan PRN.

4. Maka menanglah duit, kerana dia raja.

5. Tapi kosnya tinggi. Bukan sahaja wang Ringgit, tetapi juga serangan COVID-19. Dari Sabah berkembang ke Semenanjung.

6. Kononnya Menteri kebal tak payah kuarantin.

7. Malangnya COVID-19 tidak tahu Menteri kebal.

8. Maka berjangkitlah COVID-19 dan merebaklah. 631 sehari.

9. Dari negeri yang selamat Sabah jadi kluster.

10. Beribu akan jadi mangsa, maut pun ada.

11. Kata pemimpin tertinggi, kalau menang, PRU akan diadakan.

12. Jangan mungkir janji. Adakan PRU. Biar ratusan ribu dijangkiti.

13. Biar lebih ramai mati.

14. Politik lebih utama dari prinsip.

15. Apa aku peduli.

16. Aku dapat.

GRAFT

1. Mr Zaim Ibrahim is of the view that my anti-graft campaign will not work now (The Malaysian Insight, Oct 1, 2020).

2. I should instead be selling “the deal” my new party is offering to the people?

3. Perhaps it is true that the Malays in particular are not concerned about graft. A campaign against graft will not bring support from them.

4. Even if this is true it is still important for graft to be condemned by the country as a whole. We are not dealing with the common garden bribe for an officer to expedite approval of an application or to approve a bad proposal. We are talking about buying Governments which rule our country.

5. We can have elections and determine the majority which will set up the Government. That is the democratic way to choose a Government.

6. But now we are seeing elected Governments being brought down through bribing some of its members to cease to support it. Once the elected Government loses its majority, it will cease to be the Government.

7. The members who have been bought can then join the people who bribed them to form the new Government. This Government would be under the control of the corrupt people who bribed them. This means that the people rejected by the electorate will form the Government.

8. This is what happened to the present Central Government and what very nearly happened to the Sabah Government.

9. What is the good of elections if the Government of the electorates’ choice can be overthrown through bribes and the party the electorate rejected would become the Government.

10. The election would be meaningless. The country would be ruled by corrupt leaders.

11. If the people of this country do not mind having corrupt people as their Government then they should not support anti-corruption campaigners. Effectively they would be promoting corruption in the Government of the country.

12. My party may not get support because it insists on appealing to the good sense of the people to reject corruption.

13. But we will still fight corruption even if we are rejected.

PEJUANG

1. Negara Malaysia sudah menjadi negara rasuah terutama dalam politiknya. Ini jelas dilihat bagaimana Kerajaan pilihan rakyat diganti dengan Kerajaan yang dibeli oleh pihak tertentu.

2. Jika dibiar rasuah akan berkembang dan akan rosakkan pentadbiran negara dan menghalang pembangunannya.

3. Rakyat semua akan menderita teruk kerana terpaksa menghulur wang untuk khidmat Kerajaan.

4. Parti Pejuang ditubuh untuk membanteras aliran ke arah ini.

5. Memang tidak mudah melawan budaya rasuah. Tetapi jika tidak ada sedikitpun usaha membanteras rasuah, penyalahgunaan wang, salah guna kuasa akan berkembang dengan lebih cepat lagi, lebih teruk lagi.

6. Jika Pejuang diberi sokongan dan peluang, sedikit sebanyak rasuah dan salah guna kuasa boleh dikurangkan.

7. Pejuang menjemput mereka yang sedar akan bahaya rasuah untuk menyokong atau menyertai perjuangannya.

8. Kita sudah dengar berkenaan usaha untuk menukar nilai hidup kita supaya yang tidak baik menjadi baik dan yang baik menjadi tidak baik.

9. Kita dengar seorang penjenayah berkata “Aku Boss, apa nak malu (kalau aku curi)”. Dan ini disambut oleh penyokongnya dengan menerima dakwaan ini, dan disambung dengan laungan “Ya. Kalau dia curi pun, bukan curi duit kita”.

10. Jadi sekarang mencuri pun tidak mengapa kerana yang dicuri bukan duit kita dan pencuri itu adalah Boss kita. Dan kita pun dapat sedikit duit yang dicuri.

11. Apabila mencuri dianggap tidak salah, maka rasuah, menipu, hukuman salah, membohong – semua ini pun tidak salah juga.

12. Maka menubuh Kerajaan pimpinan Melayu Islam oleh penjenayah seperti ini pun boleh diterima sebab dia Melayu dan Islam.

13. Hari ini di Malaysia sudah terdapat Kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Kerajaan Sabah pun hampir terguling kerana 13 ahli Kerajaan dibeli dengan bermillion Ringgit.

14. Jika dua lagi ahli dapat dibeli, maka Kerajaan Sabah pilihan rakyat akan jatuh dan diganti dengan Kerajaan pintu belakang. Di masa hadapan mereka yang mempunyai wang yang banyak boleh beli Kerajaan, bahkan mendiri Kerajaan. Sudah tentu Kerajaan yang dibeli ini akan diguna oleh penjenayah untuk jenayah mereka.

15. Bukan sahaja itu tetapi apabila tuduhan dibuat terhadap anggota mereka, Peguam Negara mereka boleh disuruh buang kes. Tuduhan juga boleh dibuat terhadap musuh politik sehingga dihadap ke mahkamah, didapati bersalah dan dipenjara.

16. Tidak akan ada “Rule of Law” dalam negara yang Kerajaannya terdiri dari penjenayah. Lihat sahajalah apa yang berlaku di zaman Najib. Orang yang cuba tegur salah laku oleh Najib dimasuk dalam tahanan di bawah undang-undang SOSMA.

17. Mungkin ada yang berpendapat Kerajaan penjenayah seperti ini tidak mungkin berlaku di negara kita. Tetapi ia sudah pun berlaku dan penjenayah sudah pun dibicara dan didapati bersalah apabila rakyat pilih Kerajaan rakyat.

18. Sesungguhnya di Malaysia sudah berlaku di mana sebuah Kerajaan pilihan rakyat dijatuhkan dan sebuah lagi hampir jatuh kerana ahli parti Kerajaan dibeli. Besar kemungkinan di masa hadapan penjenayah kaya akan beli Kerajaan dengan bermillion Ringgit dan pemerintahan kuku besi didiri oleh penjenayah.

19. Atas kesedaran kemungkinan inilah maka parti Pejuang ditubuh. Kita akan tentukan pemimpin Pejuang akan terdiri dari pejuang-pejuang anti-rasuah dan anti-politik wang.

20. Kami juga akan berusaha membantu rakyat dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang mengikut aturan-peraturan dan bersih.

21. Kami akan utamakan “The Rule of Law”.

22. Kami tidak terikat dengan mana-mana parti campuran. Sebaliknya kami akan sokong mana-mana pihak yang utamakan prinsip-prinsip perjuangan kami.

23. Kami seru kepada rakyat supaya sertai kami atau sokong kami dalam PRU.

24. Percayalah kami mempunyai banyak cara (idea) untuk menjayakan peperangan kami melawan rasuah dan politik wang.
25. Sokonglah kami sebagai PEJUANG untuk memulih bangsa yang berjaya dan mulia.

Bagi pihak Pejuang,
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
https://www.daftarpejuang.com/

USUL TIDAK PERCAYA KEPADA YAB PERDANA MENTERI

SAYA telah bercadang untuk membawa usul tidak percaya terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat.

Tetapi Kerajaan menentukan usul ini tidak akan dikemukakan dan dibahas dengan dua kali meletak usul ini di akhir sidang dewan. Usul Kerajaan didahulukan sehingga tidak ada masa untuk usul saya dibahas. Dengan cara ini sampai bila-bila pun usul saya tidak akan dibincang dalam dewan.

Oleh kerana saya tidak mungkin kemukakan usul saya dalam Parlimen maka saya terpaksa siar usul ini dalam blog saya untuk tatapan orang ramai.

Sekian. Terima kasih.


Tuan Yang di-Pertua,
1. Saya bangun untuk mengemuka usul tidak percaya terhadap YAB Ahli bagi kawasan Pagoh, Perdana Menteri Malaysia kerana sebab-sebab yang saya akan jelaskan sekarang.

2. YAB Tan Sri Muhyiddin bersama dengan saya dan beberapa orang lain telah tubuh sebuah parti politik dengan tujuan khusus untuk menjatuh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib. Parti yang kami tubuh ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia-Bersatu.


3. Pendirian Tan Sri amat tegas dalam perjuangan untuk menjatuh Perdana Menteri Najib. Oleh kerana rakyat juga ingin melihat Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) dijatuhkan, pandangan YAB Pagoh diterima baik dan sokongan diberi kepada Bersatu dan Pakatan Harapan (PH), sehingga menang PRU 14.

4. Datuk Seri Najib berpakat dengan Parti PAS dan telah serang Pakatan Harapan kerana kononnya Kerajaan Pakatan Harapan ini dikuasai oleh DAP yang akan hancurkan orang Melayu. Untuk elak dari kehancuran ini, sebuah Kerajaan Melayu Islam perlu ambil alih Kerajaan.

5. Dakwaan bahawa DAP boleh hancur orang Melayu tidak masuk akal. Orang Melayu tidak mudah dihancur. Percubaan British merampas negeri-negeri Melayu melalui Malayan Union digagalkan oleh orang Melayu.

6. Demikian juga penyangak mata wang yang cuba jatuhkan nilai mata wang Malaysia supaya kita terpaksa serah pengurusan ekonomi kita kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) juga digagalkan oleh pemerintahan pimpinan Melayu.

7. Parti Komunis Malaya yang cuba merampas kuasa secara bersenjata Kerajaan pimpinan Melayu, juga dikalahkan.

8. Jika DAP cuba hancurkan orang Melayu, Ahli Parlimen Pagoh sebagai Menteri Dalam Negeri pada masa itu boleh batalkan pendaftaran parti itu dan haramkan aktiviti mereka.

9. Tetapi Tan Sri kononnya percaya DAP boleh hancur orang Melayu. Caranya untuk elak kehancuran ialah dengan menjatuh Kerajaan Pakatan Harapan dan membentuk Kerajaan campuran dengan UMNO dan PAS.


10. Saya tidak dapat terima cadangan ini kerana Najib dan UMNO yang telah merosakkan negara akan kembali jadi sebahagian daripada Kerajaan. Ini mengkhianati rakyat yang mengundi kita.


11. Saya telah minta Bersatu tangguhkan perancangan ini tetapi Tan Sri Muhyiddin sudah rapatkan hubungan Bersatu dengan UMNO dan PAS di Sheraton Hotel untuk meraya gabungan antara mereka.

12. Sesungguhnya cara Ahli YB Pagoh menjadi Perdana Menteri amatlah memalukan. Ia tidak pernah berlaku sehingga kini di Malaysia. Beliau sendiri mengaku bahawa Kerajaan Perikatan Nasional ini bukanlah Kerajaan pilihan rakyat.

13. Saya sedia terima ahli UMNO yang sudah keluar dari UMNO untuk menjadi ahli Bersatu dengan syarat. Tetapi kata Zahid Hamidi, UMNO hanya akan sertai gabungan en-bloc sebagai parti dan bukan sebagai ahli.


14. Saya bertanya kepada YAB Tan Sri samada dia sanggup bekerjasama dengan parti UMNO yang kita musuhi dahulu kerana mencuri dan menipu dan mengamal rasuah? Kata Tan Sri dianya sanggup.

15. Saya nyatakan saya tidak sanggup. Jika Tan Sri sanggup, itu pilihan Tan Sri. Dengan itu pecah berkecailah Bersatu.

16. Saya sedih kerana rakan seperjuangan sanggup pilih musuh, iaitu Najib, dan menolak saya, rakan dalam parti yang kita tubuh bersama.

17. Cara Tan Sri kejar jawatan Perdana Menteri ialah dengan menipu rakyat dengan janji memperjuang cita-cita mereka.

18. Apabila Tan Sri jadi Perdana Menteri maka kuasa disalah guna untuk mendapat sokongan dengan menawar jawatan-jawatan yang bergaji tinggi kepada sesiapa yang ikrar menyokong Tan Sri. Jika jawatan sudah tidak ada lagi, maka dicipta jawatan baru bertaraf Menteri kepada penyokong.

19. Mereka yang tidak sanggup sokong, dilucut keahlian dan jawatan sehingga diperingkat ketua cawangan pun.

20. Perbuatan ini melanggar undang-undang tubuh parti kerana selain dari tidak sokong Tan Sri mereka tidak langgar apa-apa peraturan parti.

21. Ugutan dibuat kepada sesiapa yang membantah.

22. Kerajaan Pakatan Harapan telah berusaha membersihkan pengurusan syarikat-syarikat Kerajaan dari diisi dengan ahli politik yang tidak berpengalaman. Pengganti yang dipilih terdiri dari tokoh profesional yang berpengalaman yang bukan ahli politik dan bukan dari Pakatan Harapan.


23. Tan Sri telah buang orang profesional ini dan lantik orang politik yang menyokongnya. Maka situasi yang terdapat di zaman Najib pun kembali semula.

24. Jika sogokan tidak diterima maka tekanan boleh dilakukan dengan dipanggil untuk disoal siasat oleh jabatan Kerajaan.

25. Sesungguhnya orang dari parti bukan Kerajaan ditekan dengan pelbagai cara supaya jika diadakan PRU mereka ini akan takut dan terhalang dari bertanding.

26. Cara demokrasi bukanlah cara disukai oleh Kerajaan pimpinan YAB Pagoh. Ternampak jelas yang YAB cuba menentukan supaya tiada siapa akan lawan beliau dalam PRU.


27. Tetapi Tan Sri Ahli YB Pagoh sekarang cuba menghalang bekas ahli Bersatu dari dicalon dengan melucut jawatan dan keahlian mereka dalam parti. Untuk bertanding ahli Bersatu perlu dapat watikah dari parti. Sudah tentu watikah tidak akan diberi. Ahli Bersatu yang menubuh Bersatu sekarang tidak berhak bertanding sebagai ahli Bersatu.

28. Sesungguhnya pelantikan Tan Sri sebagai Perdana Menteri tanpa PRU mencabul sistem dan aturan peraturan dalam Perlembagaan Negara. Cara ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat bahawa melalui PRU rakyat dapat bentuk Kerajaan pilihan mereka. Yang jelas ialah suara rakyat tidak mempunyai nilai di Malaysia lagi. Kerana melalui pintu belakang parti yang ditolak oleh rakyat boleh jadi Kerajaan. Rakyat tertipu dengan cara ini.

29. Apa gunanya PRU jika yang ditolak oleh rakyat boleh mendiri Kerajaan, dan yang dipilih oleh mereka dijatuhkan dengan penipuan.

30. Inilah sebab utama yang saya kemukakan usul tidak percaya kepada YAB Tan Sri dari Pagoh sebagai Perdana Menteri. Rebutan jawatan oleh beliau merampas hak rakyat.

31. Seperti yang Tan Sri sendiri mengaku Kerajaan Tan Sri bukanlah Kerajaan pilihan rakyat. Ia adalah hasil dari penipuan terhadap rakyat yang bersusah payah datang dari jauh dan dekat untuk mengundi.

32. Kita tidak perlu undang-undang untuk menghalang penipuan seperti ini.

33. Kita harap orang politik di Malaysia mempunyai moral yang tinggi dan menolak rasuah dan penipuan.

34. Jika tidak, maka akan hancurlah negara kerana akan diperintah oleh penyangak dan penyamun.

Tuan Yang di-Pertua,

35. Saya mohon mencadang Kerajaan Perikatan Nasional ini menyerah balik kuasa kepada yang hak.