1. Pakatan Harapan belum didaftar. Gabungan empat buah parti sehaluan ini telah memohon kepada Pendaftar Pertubuhan untuk didaftar dan logo/simbolnya dilulus tetapi sehingga kini P.H. belum didaftar walaupun berkali-kali P.H. cuba mendapat keputusan Pendaftar.
2. Pendaftar tidak pun jawab surat kami bahkan tidak menyatakan surat permohonan dan surat pertanyaan kami diterima atau tidak. Perjumpaan dengan pendaftar dua kali tidak menghasilkan penjelasan rasmi. Kononnya ada masalah dengan DAP dan Parti Pribumi. Kenyataan juga dibuat oleh Pendaftar kepada orang ramai, tetapi tidak ada surat rasmi menjelaskan apa dianya masalah.
3. Jawapan tertulis tidak pernah diterima dari Pendaftar. Hakikatnya ialah hingga sekarang selepas 7 bulan permohonan dibuat Pakatan Harapan tidak tahu apa kedudukannya. Tanpa kelulusan secara rasmi gabungan kami dan logo/simbolnya, kami tidak dapat bertanding dalam PRU 14 sebagai sebuah gabungan dengan logo/simbol yang sama.