NAJIB PINJAM LAGI

1.    Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China.2.    Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur.

3.    Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.

4.    Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi.

5.    Jumlah semua melebihi 160 billion.

6.    Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.

7.    Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini.

8.    Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.

9.    Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

10.    Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.

11.    Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit.

12.    Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.

13.    Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

14.    Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?

15.    Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat.

16.    Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.

17.    Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.

18.    Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund.

19.    Tetapi hari ini Kerajaan tidak ada duit. Lagi pun nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

20.    Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun.

PEMBATALAN

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:

“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.

Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”

Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.

Sekian.

Terima Kasih.

ASSOCIATING WITH THIEVES

1. The MCA President has expressed his disgust at what he calls the lack of principle on the part of DAP.

2. He seems to think that DAP’s working together with me is all wrong.

3. But MCA’s working together with a known kleptocrat who has stolen billions of Ringgit is the worst example of a lack of principle. Or is the MCA unaware of what Najib has done to UMNO, BN and the nation. If he is not, I would like to tell him that under Najib Malaysia has been classified as one of the ten most corrupt country in the world.

Continue reading ASSOCIATING WITH THIEVES

KERAKYATAN

1. Menteri Besar Johor berkata bahawa tuduhan saya bahawa 700,000 orang asing akan mendapat kerakyatan Malaysia tidak munasabah.

2. Itu MB Johor. Itu bukan Perdana Menteri Najib. Kalau sebelum Najib menjadi PM saya tuduh bahawa ia akan mempunyai 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya di Ambank, siapa yang akan percaya. Orang akan kata saya gila.

3. Tetapi hari ini semua dunia tahu yang Najib telah lesapkan duit itu dari 1MDB yang ditubuh dan dikuasai penuh olehnya. Ya. Memang MB Johor tidak tahu. Memang ahli-ahli UMNO yang hadir dalam mesyuarat agong UMNO tidak tahu kerana telinga dan mata mereka telah disumbat dengan dedak dan mereka hanya boleh dengar cakap-cakap Najib dan konco-konconya schaja.

Continue reading KERAKYATAN

PILIHANRAYA

1. Kita lihat banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan setelah dijajah, memilih sistem demokrasi. Malaysia juga demikian. Tetapi sementara di Malaysia pilihanraya dapat menentukan parti yang akan mendiri Kerajaan, di kebanyakan negara lain pilihanraya hanya menghasilkan Kerajaan otokratik.

2. Sebabnya ialah banyak penipuan berlaku dalam pilihanraya sehingga keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.

3. Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihanraya. Diantaranya ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahara.

Continue reading PILIHANRAYA

OBAMA’S VALEDICTORY

1. The outgoing President of the U.S., HE Mr Obama, made his last speech on foreign soil at the Lima Convention Centre, in Peru on Nov 20, 2016.

2. Najib Tun Razak managed to have a picture of himself shaking hands with his golf partner, President Obama at the conference. The Malaysian controlled media showed this picture proudly.

3. The suggestion is that despite the US Dept. of Justice openly implicating Najib (referred to as Malaysian Official 1) in the fraudulent siphoning of billions of dollars of 1MDB money into his account, the President of the U.S still regard Najib as his friend or at least golf partner.

Continue reading OBAMA’S VALEDICTORY

KLEPTOKRASI NAJIB

1. Najib dan konco-konconya kerap menuduh sebarang usaha untuk menjatuh Kerajaannya yang dipilih melalui pilihanraya sebagai bertentangan dengan demokrasi.

2. Yang sebenar ialah dalam negara yang mengamal demokrasi tuduhan dan tindakan untuk menjatuh Perdana Menteri atau Presiden adalah perkara biasa.

3. Di Australia Perdana Menteri Tony Abbott telah dijatuhkan oleh partinya sendiri dengan memilih pemimpin lain, Malcolm Turnbull untuk jadi Perdana Menteri.

4. Di Brazil Presiden yang dipilih secara demokratik telah digantung jawatan untuk membolehkan siasatan dibuat ke atas tuduhan ia terlibat dengan rasuah.

5. Di Korea Selatan rakyat mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak Presiden Park Geun-hye meletak jawatan kerana membenar kawannya terlibat dengan urusan Kerajaan.

Continue reading KLEPTOKRASI NAJIB

NAJIB’S CHINA TRIP

1. The MCA President is trying to make any criticism of Najib’s dealings with China as a racial issue (read here). This is to divert attention from the financial implications of many of the deals. The deals, especially the East Coast Railway project will increase Malaysia’s Government debts considerably.

2. Whether it is with China or any other country Malaysians should protest against this huge borrowing by the Government because it could place a heavy burden on themselves, their children, grandchildren and beyond.

3. Firstly the 55 billion Ringgit to pay for the 600km would be borrowed from China. This means that the contract would be given to a China contractor. But Malaysia has many companies capable of constructing electrified railway lines.

Continue reading NAJIB’S CHINA TRIP

BILA LAGI

1. Wahai pemimpin UMNO yang masih menjunjung kepimpinan Najib. Bila lagi akan kamu berhenti dari menyokong kleptokrat yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kamu tahu ia telah memberi nama buruk kepada parti yang telah menyelamat negara ini dari dijadikan tanah milik British sebagai Malayan Union, parti yang memerdekakan Malaysia, parti yang membangunkan negara ini sehingga harum namanya di seluruh dunia.

2. Hari ini kerana kepimpinan kleptokratik oleh Najib, Malaysia terkenal sebagai negara yang disenarai sebagai satu dari 10 negara yang terkorap sekali di dunia.

3. Dunia pandang hina kepada negara ini kerana Najib didakwa melesapkan berbillion Ringgit duit negara, memasukkan Dua Ribu Enam Ratus million Ringgit ke dalam akaun peribadinya. Ia tidak dapat menjelas punca wang ini dan tidak dapat menafi dakwaan Department of Justice, Amerika Syarikat bahawa duit ini adalah duit 1MDB.

Continue reading BILA LAGI

JURUCAKAP NAJIB

1. Amatlah menyedihkan kerana kemampuan jurucakap Kerajaan Najib amat terhad.

2. Apabila didedah bukti berkenaan rasuah, pencurian wang Kerajaan, dan salahguna kuasa oleh Najib, jawapan yang diperolehi dari anggota kabinet kleptokratiknya terhad kepada memberi gelaran kepada saya. Memanggil saya antique, puppet, gimmick dan bermacam lagi tidak dapat menutup kesalahan Najib dan pemerintahannya; tidak dapat menidakkan dakwaan yang Najib memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya; tidak dapat mempertikai dakwaan DOJ yang wang ini datang dari 1MDB, tidak dapat mengembali berbillion Ringgit yang dihilangkan oleh 1MDB yang dipimpin oleh Najib, mengadakan Kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai Kleptokrasi iaitu Kerajaan pencuri, penyangak dan perompak.

3. Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab.

4. Kata pepatah Melayu anjing menyalak, bukit tak akan runtuh. Saya terima baik gelaran yang diberi kepada saya kerana ia sebenarnya adalah pengakuan bahawa segala dakwaan oleh saya dan oleh lain-lain pihak memang benar dan tidak dapat dinafikan.