ASSOCIATING WITH THIEVES

1. The MCA President has expressed his disgust at what he calls the lack of principle on the part of DAP.

2. He seems to think that DAP’s working together with me is all wrong.

3. But MCA’s working together with a known kleptocrat who has stolen billions of Ringgit is the worst example of a lack of principle. Or is the MCA unaware of what Najib has done to UMNO, BN and the nation. If he is not, I would like to tell him that under Najib Malaysia has been classified as one of the ten most corrupt country in the world.

Continue reading ASSOCIATING WITH THIEVES

KERAKYATAN

1. Menteri Besar Johor berkata bahawa tuduhan saya bahawa 700,000 orang asing akan mendapat kerakyatan Malaysia tidak munasabah.

2. Itu MB Johor. Itu bukan Perdana Menteri Najib. Kalau sebelum Najib menjadi PM saya tuduh bahawa ia akan mempunyai 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya di Ambank, siapa yang akan percaya. Orang akan kata saya gila.

3. Tetapi hari ini semua dunia tahu yang Najib telah lesapkan duit itu dari 1MDB yang ditubuh dan dikuasai penuh olehnya. Ya. Memang MB Johor tidak tahu. Memang ahli-ahli UMNO yang hadir dalam mesyuarat agong UMNO tidak tahu kerana telinga dan mata mereka telah disumbat dengan dedak dan mereka hanya boleh dengar cakap-cakap Najib dan konco-konconya schaja.

Continue reading KERAKYATAN

PILIHANRAYA

1. Kita lihat banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan setelah dijajah, memilih sistem demokrasi. Malaysia juga demikian. Tetapi sementara di Malaysia pilihanraya dapat menentukan parti yang akan mendiri Kerajaan, di kebanyakan negara lain pilihanraya hanya menghasilkan Kerajaan otokratik.

2. Sebabnya ialah banyak penipuan berlaku dalam pilihanraya sehingga keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.

3. Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihanraya. Diantaranya ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahara.

Continue reading PILIHANRAYA

OBAMA’S VALEDICTORY

1. The outgoing President of the U.S., HE Mr Obama, made his last speech on foreign soil at the Lima Convention Centre, in Peru on Nov 20, 2016.

2. Najib Tun Razak managed to have a picture of himself shaking hands with his golf partner, President Obama at the conference. The Malaysian controlled media showed this picture proudly.

3. The suggestion is that despite the US Dept. of Justice openly implicating Najib (referred to as Malaysian Official 1) in the fraudulent siphoning of billions of dollars of 1MDB money into his account, the President of the U.S still regard Najib as his friend or at least golf partner.

Continue reading OBAMA’S VALEDICTORY

KLEPTOKRASI NAJIB

1. Najib dan konco-konconya kerap menuduh sebarang usaha untuk menjatuh Kerajaannya yang dipilih melalui pilihanraya sebagai bertentangan dengan demokrasi.

2. Yang sebenar ialah dalam negara yang mengamal demokrasi tuduhan dan tindakan untuk menjatuh Perdana Menteri atau Presiden adalah perkara biasa.

3. Di Australia Perdana Menteri Tony Abbott telah dijatuhkan oleh partinya sendiri dengan memilih pemimpin lain, Malcolm Turnbull untuk jadi Perdana Menteri.

4. Di Brazil Presiden yang dipilih secara demokratik telah digantung jawatan untuk membolehkan siasatan dibuat ke atas tuduhan ia terlibat dengan rasuah.

5. Di Korea Selatan rakyat mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak Presiden Park Geun-hye meletak jawatan kerana membenar kawannya terlibat dengan urusan Kerajaan.

Continue reading KLEPTOKRASI NAJIB

NAJIB’S CHINA TRIP

1. The MCA President is trying to make any criticism of Najib’s dealings with China as a racial issue (read here). This is to divert attention from the financial implications of many of the deals. The deals, especially the East Coast Railway project will increase Malaysia’s Government debts considerably.

2. Whether it is with China or any other country Malaysians should protest against this huge borrowing by the Government because it could place a heavy burden on themselves, their children, grandchildren and beyond.

3. Firstly the 55 billion Ringgit to pay for the 600km would be borrowed from China. This means that the contract would be given to a China contractor. But Malaysia has many companies capable of constructing electrified railway lines.

Continue reading NAJIB’S CHINA TRIP

BILA LAGI

1. Wahai pemimpin UMNO yang masih menjunjung kepimpinan Najib. Bila lagi akan kamu berhenti dari menyokong kleptokrat yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kamu tahu ia telah memberi nama buruk kepada parti yang telah menyelamat negara ini dari dijadikan tanah milik British sebagai Malayan Union, parti yang memerdekakan Malaysia, parti yang membangunkan negara ini sehingga harum namanya di seluruh dunia.

2. Hari ini kerana kepimpinan kleptokratik oleh Najib, Malaysia terkenal sebagai negara yang disenarai sebagai satu dari 10 negara yang terkorap sekali di dunia.

3. Dunia pandang hina kepada negara ini kerana Najib didakwa melesapkan berbillion Ringgit duit negara, memasukkan Dua Ribu Enam Ratus million Ringgit ke dalam akaun peribadinya. Ia tidak dapat menjelas punca wang ini dan tidak dapat menafi dakwaan Department of Justice, Amerika Syarikat bahawa duit ini adalah duit 1MDB.

Continue reading BILA LAGI

JURUCAKAP NAJIB

1. Amatlah menyedihkan kerana kemampuan jurucakap Kerajaan Najib amat terhad.

2. Apabila didedah bukti berkenaan rasuah, pencurian wang Kerajaan, dan salahguna kuasa oleh Najib, jawapan yang diperolehi dari anggota kabinet kleptokratiknya terhad kepada memberi gelaran kepada saya. Memanggil saya antique, puppet, gimmick dan bermacam lagi tidak dapat menutup kesalahan Najib dan pemerintahannya; tidak dapat menidakkan dakwaan yang Najib memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya; tidak dapat mempertikai dakwaan DOJ yang wang ini datang dari 1MDB, tidak dapat mengembali berbillion Ringgit yang dihilangkan oleh 1MDB yang dipimpin oleh Najib, mengadakan Kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai Kleptokrasi iaitu Kerajaan pencuri, penyangak dan perompak.

3. Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab.

4. Kata pepatah Melayu anjing menyalak, bukit tak akan runtuh. Saya terima baik gelaran yang diberi kepada saya kerana ia sebenarnya adalah pengakuan bahawa segala dakwaan oleh saya dan oleh lain-lain pihak memang benar dan tidak dapat dinafikan.

BAJU KUNING BAJU MERAH

1. Kita sedang melihat perang baju – kuning lawan merah.

2. Kuning berjuang untuk membersihkan pilihan raya. Baju merah yang menentangnya tentulah berjuang untuk pilihan raya yang kotor. Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran Kerajaan, maka merah bersetuju dengan tuduhan baju kuning bahawa Kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya.

3. Undang-undang Security Council Act yang baru dilulus oleh Kerajaan memberi kuasa kepadanya mengisytihar keadaan sekuriti dalam mana-mana kawasan berada dalam keadaan bahaya.

Continue reading BAJU KUNING BAJU MERAH

DEMONSTRATION

If it is not right for a former leader to participate in demonstrations, I suppose it is right for a current leader to be a kleptocrat, accused of stealing billions of Ringgit from the Government, having 2.6 billion Ringgit in his private account from unknown source, incurring billions of Ringgit in debts, losing billions of Ringgit in dubious investments, suppressing the rule of law, abusing laws and power, being accused by the whole world of corruption, buying Government land at RM60/- psf and selling at RM3,500/- psf, usurping the authority of the Yang di-Pertuan Agong to declare emergency and suppress laws, denial of parliamentary right to debate, hiding reports of criminal act behind OSA etc.

Don’t demonstrate. Complain to your MP who has been stuffed with so much bran that he is now deaf and dumb.

Lest we forget in 1946 rakyats and their leaders demonstrated against the Malayan Union agreements and caused them to be abrogated. Where would everybody be if there had been no demonstrations.

DEMONSTRASI

Jika ianya satu kesalahan untuk seoarang bekas pemimpin menyertai demonstrasi, saya menjangka adalah betul untuk seorang pemimpin masakini untuk menjadi pencuri, dituduh mencuri berbilion Ringgit dari Kerajaan, mempunyai RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dari sumber yang tidak diketahui, membuat bebanan hutang berbilion Ringgit, menghilangkan berbilion Ringgit menerusi pelaburan yang mencurigakan, menginjak kedaulatan undang-undang, menyalahgunakan kuasa dan proses perundangan, dituduh rasuah di seluruh dunia, membeli tanah Kerajaan dengan harga RM60/sekaki persegi dan dijual pada harga RM3,500/sekaki persegi, merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat, menafikan hak perdebatan di Parlimen, menyembunyi laporan perbuatan jenayah di sebalik Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.

Jangan berdemonstrasi. Pergilah buat aduan kepada Ahli Parlimen yang telah terlalu kenyang memakan dedak sehingga ia sekarang menjadi pekak dan bis.

Sekiranya kita lupa, pada tahun 1946 rakyat dan pemimpin berdemonstrasi menentang perjanjian Malayan Union dan membuatkan perjanjian itu terbatal. Di manakah kita jika demonstrasi itu tidak berlaku.