1. Ramai berpendapat surau yang telah diguna oleh orang bukan Islam tidak lagi boleh diguna sebagai tempat sembahyang orang Islam. Surau itu patut diroboh.
2. Saya berpendapat jika jemaah di qariah berkenaan tidak lagi suka untuk mengguna surau berkenaan, itu adalah hak mereka membuat apa-apa tindakan.
3. Apabila Sultan Mehmet II tawan Constantinople, ibu kota Byzantium, gereja Hagar Sophia yang terbesar, dijadikan masjid bagi bangsa Turki yang beragama Islam. Demikian juga beberapa gereja Kristian di Hungary dijadikan masjid apabila Hungary jatuh ke tangan Othmaniah Turki.
4. Di Cordoba (Kurtubah) dan di Granada, masjid orang Islam dijadikan gereja apabila wilayah-wilayah ini ditawan semula oleh orang Katolik Sepanyol.
5. Di Malaysia juga ada gereja yang dijadikan masjid. Kem Terendak di Melaka di zaman British diguna sebagai kem bagi askar British. Sebuah gereja didirikan oleh British untuk askar mereka yang beragama Kristian.
6. Gereja ini sekarang, jika saya tak salah, dijadikan masjid untuk askar Melayu.
7. Setakat yang saya tahu tidak ada kuil Buddha atau Hindu yang pernah dijadikan masjid.
