TUNNEL LINK

1. It is heartening to see Malaysia and Singapore agreeing on a sub-sea tunnel to connect the two countries. The bridge that will not be built now is planned to have eight lanes. This is of course due to the expected heavy traffic.

2. The question is whether the tunnel can provide for this volume of traffic. An eight-lane tunnel would have to be very wide or it will need two tunnels. Even if it is a double-decker like the Smart Tunnel in Kuala Lumpur, it needs to be very tall especially as it must cater for the heavy vehicles with their containers etc.

3. Because it will be far below the sea-bed it will have to begin and end far inland as lorries and trucks need gentle gradients. It can be as far as four kilometres for both ends. This, together with the undersea part will stretch the tunnel to almost eight kilometres.

Continue reading TUNNEL LINK

MELAYU ISLAM

1. Sepatutnya orang Melayu tidak bermasaalah berkenaan agama mereka. Semua orang Melayu beragama Islam. Sejak sebelum merdeka lagi, dimasa penjajahan oleh British pun mereka semua beragama Islam. Jika mereka tidak beragama Islam maka mereka tidak diiktiraf sebagai orang Melayu. Apabila Malaysia merdeka, Perlembagaan negara menentukan bahawa walaupun mereka berbahasa Melayu dan beradat-istiadat Melayu, tetapi jika tidak beragama Islam, mereka bukan Melayu.

2. Perjanjian dengan British oleh Raja-Raja Melayu mengandungi larangan terhadap pendakwah Kristian mengkristiankan orang Melayu. Justeru itu tidak ada orang Melayu yang beragama Kristian dan hilang identiti sebagai Melayu.

3. Mungkin dari segi pengetahuan dan amalan, ramai orang Melayu tidak mencerminkan peribadi Islam sepenuhnya tetapi mereka tetap mempertahankan keislaman mereka. Bahkan mereka akan marah jika mana-mana pihak berkata mereka tidak Islam.

Continue reading MELAYU ISLAM

BORNEO HEIGHTS

1. Most Malaysians know Cameron Highlands and Genting Highlands. Their principle attraction is the coolness of the climate. They also know of Mount Kinabalu not so much because of its coolness but being, at 13,000 feet, the highest mountain in Malaysia.

2. Not many know of Borneo Heights, one of the most beautiful hill resorts in Malaysia. Situated only one hour slow drive from Kuching International Airport, the heights have retained much of its original tropical rain forest.

3. It is literally at the border between Sarawak and Kalimantan, Indonesia; literally because the border is a cliff which plunges 600 meter (2000 feet) from the southern boundary of the resort, to Indonesia Kalimantan. You cannot miss the border. One step over the rope marker you would be in Indonesia sans visa. The drop would not be pleasant.

Continue reading BORNEO HEIGHTS

MALAYSIA’S WORLD BANK LOANS

1. The accusation that I wrote to the World Bank asking for loans is baseless. But Malaysia had been borrowing project loans from the World Bank since 1958.

2. The last negotiations for the loans were made in 1997. These were for projects in:

a) Education sector USD 244 million

b) Social sector USD 60million

c) Technical sector USD100million

3. The currency crisis also began in 1997. Naturally the loans were not approved until 1999 when the crisis was over. The usual sequence is for application for a loan to be made, followed by negotiations. Approval would be given by the bank later.

Continue reading MALAYSIA’S WORLD BANK LOANS

TAKUT

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

Continue reading TAKUT

MENGENANG MASA DULU

Pulau Pinang negerinya baru

Kapten Light menjadi Raja

Bila terkenang zaman dahulu

Duduk mengalir air mata


1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.

2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya.

3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi, dan mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.

Continue reading MENGENANG MASA DULU

DEMOCRACY AND OLIGARCHY

1. America and Europe are the great proponents of Democracy. It is the greatest system of Government. It will make countries great. Democracy guarantees there will be no oppression of the citizens (oppressing and killing other people is okay of course).

2. But now they have demanded that Italy be governed by an unelected Government of technocrats headed by Mario Monti, an economist.

3. So democracy is not the panacea for all political and economic problems. So the will of the majority cannot always be permitted to wield power. In the end democracy has to depend on oligarchy to rescue it from the capitalist abuses.

Continue reading DEMOCRACY AND OLIGARCHY

SEKSUALITI MERDEKA

1. Masyarakat mana-mana pun tahu adanya orang yang dilahirkan dengan jantina tidak menentu. Ada yang memiliki tubuh badan lelaki tetapi bahagian-bahagian tertentu lebih mirip kepada perempuan. Mereka dikenali sebagai pondan atau ponen dan ada yang sebaliknya, iaitu tubuh badan perempuan tetapi mirip lelaki.

2. Mereka diterima oleh masyarakat sejak dahulukala lagi tanpa banyak masalah.

3. Tetapi di Barat, kerana gerakan bagi mendaulatkan kebebasan (freedom), mereka ini digesa untuk menuntut hak supaya diiktiraf sebagai sejenis yang berlainan. Mereka juga manusia dan manusia mesti diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja.

Continue reading SEKSUALITI MERDEKA

PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

1. Saya telah cuba menjelaskan berkali-kali bahawa penggunaan Bahasa Inggeris untuk mengajar sains dan matematik bukan untuk mempelajari Bahasa Inggeris atau memperbaiki penguasaan bahasa itu. Tujuannya ialah untuk menguasai ilmu sains dan matematik.

2. Sains dan matematik (hisab) bukan seperti mata pelajaran lain. Fakta sejarah, geografi, sastera tidak berubah dengan pengaliran masa. Fakta dalam sejarah, geografi dan sastera kekal dan tidak bertukar.

3. Sains sebagai ilmu berkembang melalui penyelidikan dan kajian sepanjang masa. Sains yang saya belajar di sekolah dan di universiti tidak sama dengan sains masa kini. Dahulu tidak ada sains elektronik, komputer sains, sains angkasa lepas, “nano” sains, sains pembedahan dada, sains perubatan stem cell dan berbagai-bagai lagi. Semua ini di kenali dan diperkenal dari masa ke semasa melalui penyelidikan oleh pakar-pakar sains.

Continue reading PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK