1. Saya berterimakasih kepada Amin Tan yang memperingati saya bahawa saya bukan ulama. Justeru itu saya lebih baik tumpu kepada bidang yang saya miliki kebolehan, seperti bidang perubatan dan pentadbiran.
2. Tiap kali saya sentuh hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam saya menerima peringatan ini. Saya umarak dan bukan ulama. Jangan bercakap berkenaan agama Islam.
3. Apakah seorang Muslim tidak perlu faham akan ajaran Islam barang sedikit pun? Apakah seorang Muslim dikehendaki mengikut secara buta-tuli apa sahaja yang didakwa oleh orang yang berpelajaran agama walaupun dakwaannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang diketahui oleh semua orang Islam?