2. Seorang Menteri pelancongan mempamerkan sepanduk dan papan tanda yang mempunyai gambarnya bersama Perdana Menteri diseluruh negara seolah-olah pelancong akan tertarik melawat Malaysia untuk melihat sepanduk berkenaan.
3. Setelah Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri semua sepanduk dan iklan yang lama telah diturunkan.
5. Saya akan ditegur bahawa di masa saya dulu ada juga sepanduk seperti ini yang dinaikkan oleh Menteri Besar tetapi tidak oleh Menteri Kabinet. Saya akui saya tidak ambil tindakan yang tegas menghentikan amalan ini. Tetapi tidak semua Menteri Besar yang mencuba tunjuk betapa dekatnya mereka dengan Perdana Menteri melalui cara ini.
6. Saya harap Barisan Nasional tidak memulakan semula amalan ini. Ia hanya akan menimbul kebencian kepada mereka.
Assalamualaikum semua…
Saya rasa menaikkan sepanduk atau poster atau yang bersamaan dengannya bukanlah permintaan Pak Lah. Kita pun tak tahu siapa punya idea. Mungkin Najib tak mahu poster gambar beliau dinaikkan sebab supaya dilihat tak sama seperti zaman Pak Lah. Setiap orang yang berkuasa mahu kelainan dalam pemerintahan. Siapa-siapa pun begitu. Macam juga Najib pernah cakap kalau menteri atau YB buat lawatan, tak perlu bunga manggar, tak perlu kompang, tak perlu itu ini. Bukankah kompang, bunga manggar tu sebagai tanda kehadiran orang-orang kenamaan ke sesuatu tempat? Mungkin sesetengah tempat tu tak pernah dilawati orang2 besar. Jadi, mereka berbesar hati menerima kunjungan dengan sambutan yang meriah. Kita kahwin pun nak diraikan dengan kompang dan bunga manggar. Kadang2, isu macam ni terlalu remeh untuk dikupas. Banyak lagi isu lain yang lebih berat untuk dibincang bersama. Mungkin soal sepanduk, poster, keraian menggunakan wang rakyat tapi berapa sen sanagtlah jika nak dibandingkan dengan duit rasuah yang terang2 menguntungkan sesetengah pihak. Janganlah kita jadi pembangkang yang sentiasa asyik nak menghentam. Dah tak ada idea pun masih nak menghentam sehingga perkara kecil pun berbangkit malah sehingga menutupi perkara yang lebih serius dan lebih perlukan perhatian. Apa lah dosa Pak Lah sehingga dikecam terlalu teruk. Dalam 5 Perdana Menteri, tak ada satu pun yang benar2 bersih. Bohonglah. Dah ada kuasa, apa pun boleh dilakukan. Hanya Nabi Muhammad SAW sahaja pemimpin yang benar2 bersih dari segala sifat yang tercela. Tak usahlah nak menghentam sangat. Yang dah pencen dan bersara, renung2kanlah saat anda berkuasa. Fikir dan tanya diri sendiri, apakah tidak ada satu dosa yang dilakukan semasa pemerintahan? Apakah kita perlu sentiasa menghentam orang sedangkan kadang2 kecaman kita pada orang lain itu juga pernah kita lakukan. Jangan menuding jari pada orang lain. Muhasabah diri. Saya sendiri dalam kerjaya saya, jika memarahi orang bawahan, saya juga akan bertanyakan pada mereka, adakah saya juga melakukan kesilapan sehingga kesilapan itu membabitkan bawahan. Bila kesilapan bermula di pihak atasan, maka terjadilah kesilapan seterusnya di peringkat bawahan kerana orang bawahan hanya berkata YES BOSS. Tun dan semua sahabat, maaf andainya saya komen terlalu panjang tapi sedarlah bahawa setiap kali kita menuding jari dan mencari kesalahan orang, masa yang sama orang lain akan sentiasa juga mencari kesilapan kita. Kita bukanlah yang terbaik, cuma kita berusaha menjadi yang terbaik. Buat Pak Lah yang juga saudara seIslam dengan saya, harap tenangkan fikiran di rumah. Banyakkan beramal ibadat moga Tuhan mengampuni segala dosa2 kita yang terdahulu dan terkemudian. sesungguhnya tak ada satu orang pun yang sempurna di dunia ini. Sudah nama manusia, tak sunyi dari kesilapan.. Buat Tun, sebagaimana ramainya orang yang menjunjung tinggi anda, ramai juga yang mencaci dan mengkritik. malah dalam kritikan mereka ada juga benarnya walaupun tak semuanya benar. Musuh sentiasa ada di mana2..
jangan suka menghentam orang, kita juga ada kekurangan..
Assalamualaikum…
assalamualaikum tun,
semoga sihat sentiasa dan gembira walau dimana tun berada…
saya mendoakan tun akan terus kekal di dalam umno
ASSALAMUALAIKUM….. TUN
INGAT LAGI PEPATAH ” HABIS MANIS SEMPAH DI BUANG “. SEMOGA RAKYAT MALAYSIA TIDAK DI COP RAKYAT YANG LUPA DIRI, TIDAK BERBUDI BAHASA DAN …. MENGAPA BANYAK SANGAT YANG MENGHINA DAN MENEGHERDIK TUN ABDULLAH. SAYA AMAT TERKILAN ATAS KRITIKAN INI. TERUK SANGAT KE BELIAU, BURUK SANGAT KE BELIAU PADA KATA?… INGAT APA JASANYA PADA KITA SEMUA. SESUNGGUHNYA BELIAU ANTARA PEMIMPIN YANG BERJASA PADA KITA. GAMBAR YANG DI PAPARKAN DI TEPI JALAN-JALAN UTAMA, ADAKAH PERMINTAAN BELIAU? ADAKAH ARAHAN BELIAU? KITA TIDAK TAHU!!!!…. BELIAU BANYAK MENYEDARKAN KITA AKAN PENTINGNYA BERBUDI PADA TANAH…. YANG KITA SUDAH HAMPIR LUPA… BELIAU MENJADI PEMIMPIN YANG AMAT KITA KASIHI…. SIFATNYA TAK UBAH SEPERTI SEORANG BAPA…. MUNGKIN KERANA BELIAU TIDAK SELALU MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA PADA BELIAU, BELIAU DI ANGGAP LEMAH…. APE PUN TUN ABDULLAH ( PAK LAH )…. SAYA AMAT MENGAGUMI ANDA….. SEMOGA ALLAH SWT. MELIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAT KEPADA TUN ABDULLAH DAN KELUARGA…. AMIN. AKHIT KALAM…. JAGA DIRI DAN INGATLAH SEMUA AMALAN KITA AKAN DI HITUNG DI AKHIRAT KELAK…..
WASSALAMUALIKUM…..
Salam hormat Tun, semuga Allah melimpahkan kerahmatan kesihatan Tun sentiasa.
Sebenarnya potret Dolah semasa pemerintahannya dahulu boleh kita lihat dimerata pelusuk negara hanya dirinya perasan bahawa dia tu handsome konon. Dia ingat senyuman dia tu membuatkan saya terpikat dan memuji dia. Tetapi dia tak tahu berjuta rakyat Malaysia asyik menyumpah termasuk saya kerana kebodohan dia sebagai PM dan Presiden Umno membuatkan Malaysia hampir lingkop dibuatnya.
Selepas dia letak jawatan, saya turut bersyukur dan tenang dan sekarang ni saya boleh tido lena. Kalau dia jadi PM saya dengar statement nya di tv … saya terus tukar channel lain. Kalau terus dengar saya rasa “jiwa kacau”.
Sekian tun.
Tun,
Watpa kita nak agung2kan wajah pemimpin tepi jalan.Tu semua pkai duit rakyat.Baik pemimpin semua pikiaq brapa ramai rakyat kita ni nak makan pun payah.Baik depa amik duit tu bagi rakyat makan.Tlg rakyat yg dok payah undi depa.Lagi rakyat respek dari tgk gambaq depa tepi jalan.Rakyat akan igt dan hargai pertolongan pemimpin.Bukan igt pemimpin sbb tgk gambaq.
Asalamualaikum….saja2 nak borak ngan bapak…baru2 ni najib kata toksah duk bergantung ngan subsidi…kaler ye pun duk bagi subsidi kat kami yg marhain ni yg najib beli barang n isi minyak tu rega lain ke…..dah naik pekak telinga dah ni duk di dendang ngan perkataan subsidi ngan tongkat…..kami ni kaler kuah pun dapat yg kat mangkuk tu yg boleh sapu ngan roti bagi ada rasa…oooo..kuag kari…ooo kuah masak lomak cili api…..la ni dlm satu ucapan dia(dlm minggu ni..subsidi beras…) dia kata kaler makan sekali 1/2 pinggan cukup…tapi kaler sampai 3 pinggan takto nak kata….mungkin dia tak berniat memperlekehkan kami2 yg daif ni…
tau ke dia kenapa ada org2 daif ni makan 3 pinggan…depa keja bukan pegang pen….depa pegang cangkul sabit tong racun pengait wandi.. najib tau aper tu wandi…keta sorong roda satu…slop…najib tau aper tu slop…pemotong sawit….depa ni kaler dah makan nasi takde pulak makan steak burger/kuih lain….
sebagai pm cakap biar berhemah…..kata berpendidikkan tinggi….
ntah lah saya pun bila nampak n dgr jer saper2 yg cuma tau cakap gah jer terus jadi pekak…..penat letih…..
Yelah, nape pak lah dapat Tun ye? Dia mana layak, macam dah wajib pula semua bekas perdana menteri dapat gelaran ‘Tun’. Ceis.
Menggunakan wang kerajaan untuk promosi diri menteri adalah rasuah
Dear Tun,
I have went to one of the launching of one of the university and DSN was invited. All the staff are so excited that we would able to shake hand with DSN and take pictures with him. Apparently, when DSN arrived, nobody were allowed to take any pictures from our own camera and the no shaking hands with him unless there is a media.
From there, I can see the differences between him and you. I still remember, you went to S’wak with DSAI and all of us are allowed to shake hand with you and I was 8 that time. My father who brought u all over MIRI for your visit as he is the DO there.
I know maybe DSN have many controversial things and afraid of his wife… but as Prime Minister, shouldnt you allow us to take picture as if you are from Royal? I think only 4 of Malaysian Prime Minister i would give salutation but not to other recent two. this is because they never live as a citizen, they are from “bangsawan” or urban/elite people… they dont know how do we feel to meet up with our PM.
I will love you and your wife always but not them! screw them!
assalammualaikum..Tun
baru2 ini saya ada terbaca berita `Manoharan ingin menhadapkan Tun ke makamah antarabangsa.Saya rasa ini keterlaluan..dia sangka dia akan jadi hero kepada masyarakat india.Tidak bershukurkah masharakat india di malaysia ini.Cuba mereka fikir berapa miskin dan daifnya masyarakat india di negara india.Saya mereka ini tidak pandai berterimakasih.Dan sikap mereka yg menbuat bangsa sendiri terpinggir.Berapa ramai Bangsa india yg kaya menggukan wangringgit mereka untuk menbantu bangsa sendiri.Saya rasa Manoharan patut ditahan di ISA kerana menggugat keamanan negara atau lucutkankan Kewarganegaraannya.Kerana Mlaysia tidak memerlukan Bangsat sepertinya.Kalau rasa negara seperti eropah boleh menberi layanan yg bgus padanya dipersilakan keluar dari bumi Malaysia.
salam Tun’
Wajah pemimpin yang dipaparkan yang digantung pada kebanyakan tiang-tiang lampu dalam bandar KL.Sebelum pilihanraya gambar IGP dan PM pak lah turut digantung saya hairan kenapa jadi bagini, apakah malaysia ini negara polis lantas saya memberitahu kawan SB supaya turunkan banting dua wajah tersebut. Alhamdulillah gambar banting dua wajah tersebut tidak lagi kelihatan.Saya berpendapat ini adalah percaturan broker yang membuat tempahan banting tersebut mereka tidak hiraukan kesan sebaliknya. Lagi satu YBG.Tun sebelum perayaan menyambut merdeka kita lihat bendera malaysia banyak digantung merata ceruk dalam bandar KL, pernahkah kita halusi bendera tersebut bulan dan bintangnya kebawah tidak sama seperti bendera asal saya harap bahagian penguatkuasa perlu memberi penerangan tepat supaya bendera kita tidak diubah sesuka hati.Pada hemat saya Pak lah adalah Perdana Menteri yang hipokrit besar tapi bermuka tebal kulit babi
Salam hormat YAB Tun berdua
1. Rasanya benar seperti pendapat beberapa blogger di ruang Tun, DSN masih menggunakan pendekatan ‘gula-gula’ dan meraih simpati rakyat.
2. Cara ini nampaknya ketinggalan kerana banyak lagi cara lain yang lebih terkini dan kontemporari boleh digunakan. Rakyat memberi kemenangan di Bagan Pinang kerana mereka nampak yakin dengan pentadbiran DSN.
3. Jangan disia-siakan kepercayaan ini. Bila dikatakan UMNO perlu berubah saya percaya tektik lama yang hanya menampakkan ‘jelek’ mata memandang dan telinga mendengar tidak lagi digunakan pakai.
4. DSN boleh berkongsi KPInya dengan rakyat supaya rakyat nampak kesungguhan bukannya pancing undi semata-mata. Bukanya semua, hanya pilih yang significant dan impact yang memberi kesan.
5. Saya melihat (setakat ini) hanya Tun yang mempunyai kekuatan memberi ‘reasoning’ yang mana kekuatan ini tidak ada pada pemimpin lain. Hanya dengan reasoning Tun semasa Tun menerajui dulu kami rakyat percaya kerana kami akur biarlah masalah negara dipikirkan oleh Tun untuk diselesaikan. Kami hanya menyelesaikan masalah kami sendiri dan menyokong usaha Tun memertabatkan bumi bertuah ini.
6. Jadi kepada DSN gunakan cara lain kerana UMNO masih mempunyai banyak kelebihan. DSN perlu mendengar arus perubahan yang datang bukan sahaja dari cawangan atau bahagian tetapi juga dari rakyat serendah-rendahnya.
7. Sebagai contoh, buang atau singkir musuh UMNO no. 1 seperti KJ dan mereka yang masih terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan wang kerana puak-puak inilah seperti kata pepatah ibarat “gunting dalam lipatan”.
8. Melayu perlu berubah kepada lebih positif wajib dimulakan oleh pemimpinnya. Kita tidak boleh menggunakan pendekatan mengambil hati atau menjaga hati orang lain sehingga akhirnya kita semua yang rosak binasa. Bukannya tidak elok mengambil dan menjaga hati orang tetapi biarlah kena pada tempatnya dan jangan kita pula yang menjadi mangsa sehingga musuh boleh bertindak sewenang-wenangnya atas kelembutan (silap-silap boleh jadi kelembikan) kita.
Mudah-mudahan UMNO akan kelihatan komited untuk terus memimpin dan ternampak masih relevan.
Tun berdua jaga diri ya..
Salam hormat YAB Tun berdua
1. Rasanya benar seperti pendapat beberapa blogger di ruang Tun, DSN masih menggunakan pendekatan ‘gula-gula’ dan meraih simpati rakyat.
2. Cara ini nampaknya ketinggalan kerana banyak lagi cara lain yang lebih terkini dan kontemporari boleh digunakan. Rakyat memberi kemenangan di Bagan Pinang kerana mereka nampak yakin dengan pentadbiran DSN.
3. Jangan disia-siakan kepercayaan ini. Bila dikatakan UMNO perlu berubah saya percaya tektik lama yang hanya menampakkan ‘jelek’ mata memandang dan telinga mendengar tidak lagi digunakan pakai.
4. DSN boleh berkongsi KPInya dengan rakyat supaya rakyat nampak kesungguhan bukannya pancing undi semata-mata. Bukanya semua, hanya pilih yang significant dan impact yang memberi kesan.
5. Saya melihat (setakat ini) hanya Tun yang mempunyai kekuatan memberi ‘reasoning’ yang mana kekuatan ini tidak ada pada pemimpin lain. Hanya dengan reasoning Tun semasa Tun menerajui dulu kami rakyat percaya kerana kami akur biarlah masalah negara dipikirkan oleh Tun untuk diselesaikan. Kami hanya menyelesaikan masalah kami sendiri dan menyokong usaha Tun memertabatkan bumi bertuah ini.
6. Jadi kepada DSN gunakan cara lain kerana UMNO masih mempunyai banyak kelebihan. DSN perlu mendengar arus perubahan yang datang bukan sahaja dari cawangan atau bahagian tetapi juga dari rakyat serendah-rendahnya.
7. Sebagai contoh, buang atau singkir musuh UMNO no. 1 seperti KJ dan mereka yang masih terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan wang kerana puak-puak inilah seperti kata pepatah ibarat “gunting dalam lipatan”.
8. Melayu perlu berubah kepada lebih positif wajib dimulakan oleh pemimpinnya. Kita tidak boleh menggunakan pendekatan mengambil hati atau menjaga hati orang lain sehingga akhirnya kita semua yang rosak binasa. Bukannya tidak elok mengambil dan menjaga hati orang tetapi biarlah kena pada tempatnya dan jangan kita pula yang menjadi mangsa sehingga musuh boleh bertindak sewenang-wenangnya atas kelembutan (silap-silap boleh jadi kelembikan) kita.
Mudah-mudahan UMNO akan kelihatan komited untuk terus memimpin dan ternampak masih relevan.
Tun berdua jaga diri ya..
assalamualaikum dan salam sejahtera
diharapkan di masa hadapan tiada lagi sikap mengampu terlampau di kalangan ahli , apa ada pada gambar kalau ia sekadar menjadi cemuhan rakyat. negara takkan maju dengan kuantiti wajah wajah pemimpin, tapi sekiranya perlaksanaan itu seiring dgn kejujuran sampai bila pun akan dikenang oleh rakyat.
Salam Tun,
Totally agree with you. Terlampau banyak sepanduk yang melibatkan wajah of so-called pemimpin as if the people need to be reminded on how they look. It’s like the propaganda of Mao.
Now, even top government servant are picking up this trend by putting their faces on banners.
Assalamu’alaikum Tun,
saya dapati bayak komen-komen bernas yg tersiar mengenai topik ini disini.alangkah baik nya kalau ia boleh diambil sebagai maklumbalas oleh kerajaan.secara peribadi,sya agak pesimis dgn DSN yg hanya syiok sendiri dalam agenda Pembaharuan nya.dia hanya pentingkan kedudukkan nya saja.nampak sangat dia kelangkabut merasuah rakyat untuk memancing undi.dah tak kira bangsa,tak kira ugama semua nya dia satukan dalam dasar satu malaysia nya.amat menjijikkan.padahal yg perlu dia lakukan untuk menang PRU 13 adalah MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKKAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA.ERTI NYA PASTIKAN UNDANG-UNDANG NEGARA BERFUNGSI.tak perlu agih gula-gula.
sebagai pemimpin,DSN sepatut nya mengambil langkah tegas mendidik rakyat agar berbakti kpd negara,bukan memanjakan rakyat untuk memancing undi.konsep begini hanya akan melemahkan dan memiskinkan negara.lihat contoh s’pura.saya anggap LKY itu walaupun hati nya kafir sekafir-kafir nya tapi otak nya Islam.dia tahu rasuah boleh menghancurkan negara,maka dia jadikan rasuah musuh utama nya.menjadi undang-undang tak bertulis bagi pemimpin-pemimpin PAP dan Pemerintah nya untuk;
1) pakai kemeja putih ketika bekerja.
2)memandu kereta sendiri,satu atau dua pengawal bersenjata duduk dlm kereta yg sama tanpa ada konvoi pengiring atau siren.
3)larangan beristeri lebih dari satu atau ada wanita simpanan.
dgn dasar begini,LKY berjaya menerap etika kerja yg baik,berdisiplin tinggi,hormat pada undang-undang dan tidak berfoya-foya,lalu tidak perlu kpd wang rasuah.sebab itu dia berani mengatakan ” apabila pemimpin-pemimpin ASEAN bersidang dan isteri-isteri kami berkumpul,maka isteri-isteri pemimpin s’pura lah yg paling miskin padahal gaji para pemimpin s’pura adalah yg tertinggi di dunia”.
Asalamualaikum….perasaan saya sama mcm truthseeker..saya tunggu najib cakap serupa bikin…..la ni apa yg saya rasa najib hanya cuba meraih sokongan jer…..sokongan akan datang bila terbukti najib cakap serupa bikin…..jgn sampai 10 perkataan 15 org tak percaya….khairi kalu 10 dia cakap 100 saya tak percaya…..
terimakasih bapak kerana membawa kemajuan kemakmuran ketenangan keamanan kepada kami rakyat m’sia…terimakasih atas segalanya…
semuga Allah sentiasa memberkati bapak…aminaminamin….
Salam Tun,
Memetik tajuk utusan malaysia hari ini “Dr. Mahathir Kecewa Rakyat Terlebih Gemuk”
Saya hanya ingin mencadangkan kepada YAB Tun untuk berkongsi tentang petua-petua Tun dalam menjaga kesihatan di dalam blog ini. Saya percaya ramai rakyat Malaysia di luar sana yang berminat untuk mengetahui “rahsia” Tun untuk kekal sihat dan cergas dalam usia emas.
Semua sedia maklum, petua menjaga kesihatan bukan lagi menjadi satu rahsia kerana sudah ada beribu-ribu artikel tentangnya boleh kita dapati. Namun, rahsia dan petua dari Tun adalah sesuatu yang berbeza kerana Tun adalah inspirasi kepada segenap lapisan Masyarakat di Malaysia =)
Sekian.
Salam YBhg. Tun.
Betul Tun kata.
orang Melayu kata “BERMUKA-MUKA” gantung gambar macam-macam MUKA ada. Tapi tak buat kerja. Bila rakyat dah bosan, pilihanraya, PADAN MUKA. Malu tak terkata TUTUP MUKA.
Roslee
Yang Terhormat Ayahanda Tun M, semoga dalam keadaan sihat walfiat, diberkati Allah dan di panjangkan usia.
Saya amat bersetuju supaya wajah-wajah pemimpin ini di kurangkan di billboard apatah lagi wajah-wajah isteri-isteri pemimpin. Adalah lebih berkat jika peruntukan wang tersebut di wajahkan dalam bentuk beberapa contoh seperti ini:
1. Wajah kemiskinan – supaya pemimpin dan rakyat perlu tahu ada
golongan yang perlu di bantu.
2. Wajah pembangunan – pemimpin dan rakyat perlu tahu ada
pembangunan infra dan sebagainya yang perlu di bangunkan.
3. Wajah perpaduan – menyedarkan rakyat bahawa Malaysia negara
tercinta melalui keharmonian dan kesejahteraan.
4. Wajah keamanan – supaya yang melihat insaf betapa keamanan itu
penting daripada peperangan.
Terkadang terdapat banyak wajah-wajah pemimpin dalam bentuk CD dan majalah koporat. Si pencipta CD dan pengarang majalah seharusnya mengurangi wajah-wajah pemimpin.Terkadang pengarang ini terbawa-bawa dengan perasaan ingin “menjaga hati” pemimpin yang tertentu daripada bahan yang sebenarnya yang di tonjolkan.
Kejayaan akan bercakap dengan sendirinya bukannya wajah-wajah pemimipin yang hendak di bicarakan. Meskipun di media cetak, wajah-wajah isteri-isteri pemimpin hendaklah di kurangkan.
Kita terlupa. “Pemimpin dilantik untuk memimpin kearah yang benar”
Assalammualikum Yang Amat Berbahagia Tun, semoga sehat sehat selalu, insyallah. Izinkan saya mencadangkan bahawa kerajaan hendaklah mempamirkan Poster di papan Iklan terbesar di Jalan Raya (highway) atau tempat tempat tumpuan orang ramai menunjuk kan rakyat berbilang bangsa menjulang tinggi angka 1 Malays dengan backdrop bendera Malaysia dan di ikuti dengan princip2 RUKUN NEGARA. Saya harap PM membaca cadangan ini. Sekian terima kasih wasalamualikum,
4. Saya harap amalan seperti ini tidak diadakan lagi. Jauh daripada mereka yang menaikkan gambar mereka menjadi popular, rakyat sebenarnya jelak dan bosan melihat sepanduk-sepanduk ini mencemarkan kecantikan alam.
Mencemarkan kecantikan alam? Haha sinisnya, tun!
Semoga Tun & keluarga sihat selalu..
Assalamualaikum Tun,
Sama macam di Perlis la jugak, gambaq Shahidan merata tempat yang syok tu gambaq dia dok sekali dengan senarai Perdana Menteri Malaysia Kah kah kah
salam Tun,
THANK YOU.THANK YOU. THANK YOU.
and may ALLAH bless you.
sifat pemimpin umno memang macam tu.
hipokrit..masa pilihanraya sibuk berbasikal dan berjalan kaki meredah kampung..berjiwa rakyat konon..sesudah pilihanraya bereskot kesana kesini..semua rakyat kena halau ketepi untuk beri laluan..urusan resmi konon..
lupa diri..signboard projek akan dipampang dengan tulisan “JASA KEPADA RAKYAT”..sedangkan ia sepatutnya ditulis “TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT”..sebelum pilihanraya merayu minta undi..selepas pilihanraya sombong pula suruh rakyat bersyukur dengan itu ini..
parti projek untuk orang gila projek buat projek..
Salam Tun and fellow bloggers,
1. I fully agree that the rakyat are getting fed-up and sick of all these nonsenses,
2. Dont blame the contractors or others, dollah the idiot started it and all the ministers just take advantage of it. Remember that poster – picture of dollah and sharizat…MASYARAKAT BERMARUAH BERMULA DENGANMU…as if sharizat was refering to dollah as the initiator of masyarakat bermaruah…imagine, as though during Tun’s era there was no maruah. And that same idiot dollah was the king of those without maruah.
3. So, the bottom line is, those ministers or anybody not fit to have their faces up there are people without maruah. Rakyat are sick of looking at your faces.
4. Tun, I would like to share something;
a. its proven and clear that you didnt take advantage of your
22 years as PM to do such immoral and wasting rakyats’
monies – like popularizing yourself thru such methods.
You’re very intelligent, you know how to popularize
yourself if you want to, but you didnt want and didnt need
to. Dollah wants to be popular by making all sorts of
actions, including promising najib he will not criticise
najib (even though if najib’s wrong?)..cos dollah needs to
be in najib’s good book, or maybe afraid that by provoking
najib, najib will retaliate by opening dollah’s can of
worms!
b. during your time, you worked for the rakyat, you put
priorities for rakyat…so those who couldnt take it left
the cabinet like musa black, and others. Those without
balls hanged on, pretended like they were with you, but
when you left, these dogs started barking at you; sami,
nazri and others.
c. during your time I was willing to risk myself by defending
all your actions, ideas, plans, visions, policies…I was
so committed in persuading others to follow your
leadership. But when dollah came in, initially I was
supporting his decisions till I found that this idiot not
only bodoh but sombong. During his time, I totally
withdrew myself from all his actions…no more supporting
the govt and umno. Until today, even though najib is the
PM, I still cannot and will not commit myself
full-heartedly until I see najib take action againsat
dollah for all his wrongdoings. Can you imagine, 200 odd
billion ringgit he took from petronas within 6 years and
yet najib kept quiet, opposition kept quiet too…my god..
d. look at the perhimpunan umno recently, no one touched on
dollah’s legacies – destroying umno and betraying the
malays.
Thank you Tun for highlighting this issue.
Happy Dewali …
slam Tun.
Sejak menteri pelancungan tu kalah dalam penghimpunan Umno dan di tendang keluar dari tourism Malaysia.. gambar2 beliau dah diturunkan dari billboards kan.
Teringat saya semasa by election Parlimen Kuala Terengganu.. beliua dengan bangga menamakan kawasan anak angkat Bn yang beliau diamanahkan di Kuala Terengganu dinamakan “Rumah A_____na” padahal kawasan lain yang dijaga oleh BN dinamakan mengikut nama bahagian UMNO malah balachi2 beliau ‘awek2 cun’ memakai jeket gambar dan nama beliau.
Bukan nak kutuk beliau or balachi beliau.. dalam soal ini orang2 umno terlalu senang lupa diri dan seolah2 nak stand out from others.
saya banyak juga melawat negeri2 lain di malaysia perkara poster ni dah kurang sekarang kecuali negeri yang MB nya tak pakai proton perdana tapi pakai mercedeH. Pergilsh ke negeri tu .. tengoklah kat sempadan negeri dah ada billboard bersama DSNR..
agak2 berapa ratus ribu ringgit billboard tu ye? tapi mungkin tak semahal yang menteri pelancungan tu ye…
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1) Saya bersetuju dengan pendapat Tun mengenai gambar wajah-wajah orang tertentu di papan-papan jalan.
2) Cuma saya TIDAK BERSETUJU jika blog Tun ni dijadikan seperti warong kopi di mana terdapat orang melepaskan geram, kata mengata terhadap orang tertentu (walaupun betul)dan seumpamanya.
3) Sehingga ke hari ini, saya masih memerhati dan mengambil intipati PANDANGAN-PANDANGAN Tun sahaja. Walaupun di masa, terdapat komen Tun terhadap orang tertentu. Itu saya “TUTUPKAN MATA’ sahaja. Kerana kita semua tahu yang SEMUA manusia melakukan kesalahan.
4) Saya berharap ruangan ini hanya dijadikan tempat menyalurkan idea dan pandangan Tun yang bernas sahaja.
5) Saya mohon maaf kepada Tun dan Blogger lain jika nasihat saya ini mennyinggung perasaan Tun dan Blogger lain.
6) “Nasihat-menasihati pada (menegakkan)kebenaran…” Surah Al’Asr.
Salam TUN dan semua
Sbb gambar banyak terpampang la maka Pak Lah sekarang dapat ijazah doktorat dari merata universiti di malaysia ni. Saya tak tahu lah apa nak jadi dengan negara kita ni. Kita suka memberi penganugerahan tidak mengikut kebolehan atau jasa tetapi ikut suka suka. Beberapa contoh :
1. Penanugerahan ijazah kehormat kedoktoran kepada Pal Lah oleh universiti tertentu. Apa kah beliau betul betul layak untuk dianugerah sedemikian rupa? apakah jasa beliau? seingat saya beliau la perosak kepada UMNO dan BN bersama menanntu nya.
2. Isteri beliau yg baru Jean Abdullah dianugerah TUN. Apakah jasa beliau atau adakah kerana beliau adalah isteri kepada Psk Lah baru beberapa tahun. Cukuplah setakat mendapat gelaran Toh Puan.
daripada keadaan ini maka ramai berlumba membeli pangkat dan gelaran dan akhirnya semuanya tiada nilai.
malaysia memang pelik. Indonesia lagi bagus dalam soal ini, semua orang di panggil Pak tak kira apa pun kedudukan mereka.
Assalamualaikum,
Ybhg Tun dan para pengunjung blog chedet.Terima kasih kerana Tun sentiasa mengetengahkan topik yang relevan dengan keadaan semasa.Tun,saya berpendapat gambar-gambar itu di turunkan kerana Ybhg Tun Pak Lah tidak lagi bekuasa.Biasalah lumrah manusia apabila dah berkuasa yang di sanjung seperti dulu.Walau apapun saya bersetuju dengan Tun menaikan gambar-gambar ini hendaklah di hentikan kalau pun mahu kurangkanlah kerana ia membajirkan wang negara sahaja walaupun mungkin ada yang kena sponsar atau sengaja di letakan oleh yang berniat udang di sebalik batu.
Apa pandangan Tun tentang pendapat saya cukai yang kerajaan kutip adalah bukan wang pembayar cukai atau wang rakyat tetapi ia adalah wang negera.Penggunaan istillah wang pembayar cukai atau wang rakyat untuk merujuk kepada wang kerajaan gunakan untuk mengurus dan membangun negara harus di hentikan dan di haramkan.Semua orang kena bagai cukai sama ada secara langsung atau tidak langsung.Cukai yang di kutip adalag obligasi bagi semua yang mengadakan pendapatan di negara ini,cukai yang di kutip itu dah jadi Wang Negara dan milik semua:manusia(rakyat dan pembayar cukai),binatang.bumi negara ini,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya,sebab itu ia kena di urus dengan baik oleh mereka yang berkuasa.
wassalam.
YABhg Tun,
…dahulu saya ada pernah ” tahan ” YABhg Tun untuk ambil gambar bersama dengan Tun semasa Perhimpunan Agong UMNO, tetapi Tok Mat tak bagi…last..last terpaksa ambil gambar beramai – ramai. Begitu ” strict ” sekali pada masa itu.
Its sad tht in Malaysia, individualism is not taught to the public but more of pack mentality. Individual achievement is sweeter!!
The hanging of pictures is a derivatives from the British colonisation. We shld move on, improve and be creative too. Stop hanging to the past action and advance.
Saya bersetuju dengan pandangan Tun. Banyak sekali kepicangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran negara sekarang ini. Misalnya:
1. Menteri yang mengunakan kuasa untuk mendapat duit dari urusan/projek kerajaan.
2. Projek kerajaan seperti Rumah Mesra Rakyat telah diputar belit oleh pemaju perumahan yang melaksanakan projek tersebut. Peruntukan disalurkan sebanyak RM60 ribu untuk membina rumah, tetapi rumah semakin kecil berbanding kos RM40 ribu bagi rumah tersebut pada fasa pertama.
3. Projek-projek gajah putih yang dilaksanakan akan tetapi akhirnya hanya tinggal pada namanya sahaja, tetapi projek terbengkalai atau tidak diteruskan/dilaksanakan setelah siap projek.
Ini hanyalah sebilangan kecil dari penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh para Menteri. Diharapkan Tun dapat memanjangkan isu ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Terima kasih.
Ini hanya sebilangan kecil dari pelbagai lagi penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh para Menteri. Diharapkan Tun dapat memanjangkan
Assalamualaikum!
Tun yang di hormati dan di ingati.Semoga sentiasa sihat selalu.Teguran Tun kali ini memang bertepatan sekali. Walaupun ada juga kebaikanya memaparkan gambaran pemimpin ini,bah kata tak kenal maka tak cinta,tetapi jangan keterlaluan muak jadinya nanti.Lagi pun melibatkan kos, dan membajir wang rakyat,sesetengah orang kata wang pembayar cukai.Nampaknya terungkit pula saya perkataan yang paling saya tidak suka dengar ia itu wang rakyat atau wang pembayar cukai, oleh kerana sudah terungkit maka saya ingin sentuh sedikit istilah wang rakyat atau wang pembayar cukai ini.
Saya berpendapat wang rakyat atau wang pembayar cukai yang di gunakan untuk merujuk cukai yang di kutip oleh kerajaan tidak bertepatan dan perlu di ubah. Dalam parlimen pula biasa di gunakan wang pembayar cukai. Apakah betul ia adalah wang pembayar cukai.Cukai yang di bayar kepada kerajaan adalah pendapatan negera bukan wang pembayar cukai. Bayar cukai adalah obligasi yang perlu di lunaskan oleh tiap-tiap orang yang mengutip pendapatan di negara ini. Semua rakyat dan apa yang ada di bumi Malaysia ini menyumbang kepada pembayaran cukai. Contoh nelayan tangkap ikan dan di jual kepada orang tengah itu yang kemudianya membayar cukai hasil dari pendapatan menjual ikan. Apakah penjual ikan itu sahaja bayar cukai, tidak bukan dia sahaja nelayan,ikan yang di jual juga menyumbang kepada penjual ikan untuk membayar cukai. Ini bermakna semua rakyat negera ini termasuk apa yang ada di bumi negara ini membayar dan menyumbang kepada pembayaran cukai yang kemudianya jadi pendapatan negera. Maknanya wang yang kerajaan kutip sama ada melalui cukai atau lain-lain adalah milik semua mahkluk bernyawa atau tidak bernyawa di bumi kita yang tercinta ini.Kerajaan gunakan wang ini bukan sahaja untuk bantu rakyat tetap,menjaga kesejatran alamnya,jalanraya dicantikan dan macam-macam kerana semua berhak untuk menikmati hasil pendapatan yang di usahakan oleh kerajaan.Jadi saya cadangkan istilah wang rakyat atau wang pembayar cukai terutamanya di haramkan penggunaanya dan ia di ganti dengan istilah wang negera atau kalau ada yang lebih sesuai daripada itu.Saya amat sedih sebenarnya jika ada pemimpin yang gunakan istilah wang pembayar cukai apa bila ada sesuatu yang di bangunkan untuk orang-orang miskin kononya membajir wang pembayar cukai,sedangkan semuapun termasuk orang-orang miskin menyumbangkan kepada pembayaran cukai,nelayan,penoreh getah dan lain-lain juga membayar cukai dari sudut menyumbang untuk membolehkan orang lain dapat pendapatan yang besar.
Saya harap akan ada wakil-wakil rakyat membangkitkan ini di perlimen,hapaskan atau haramkan penggunaan istilah wang rakyat atau wang pembayar cukai terutamanya untuk merujuk kepada wang kerajaan. Gunakan istilah WANG NEGARA ia milik semua apa yang ada di Malaysia ini:manusia,binatang,bumi,air,tanah dan sebagainya.
Yang berbahagia Tun, terima kasih banyak-banyak kerana telah meletakan Malaysia di kedudukanya sekarang,dan berharap DSN-PM akan meneruskan perjuangan Tun untuk membangunkan negara ini di samping meneruskan apa yang baik yang telah di tinggalkan oleh Ybh Tun Paklah.Kalau di zaman Tun Pak lah banyak gambar2,saya rasa itu bukan kehendak Tun Paklah, kita harap di DSN-PM sekarang kurangkan gambar2,jimat juga Wang Negara.
Wassalam.Semoga Allah melindungi kita semua.
Assalamualaikum Tun,
PESANAN UNTUK KJ
Petang tadi berakhirnya Persidangan UMNO dan saya mengikuti ucapan najib. Tertarik apabila beliau mengulas bahawa sebelum ini mereka yang bertanding mampu mengenali 2500 perwakilan malahan tahu nombor telefon mereka. Camera terus memfokus kepada KJ dan KJ sedang memandang kebawah…
Saya tidak tahu nasibnya selepas ini. PRU 12 BN mendapat tamparan hebat iaitu sewaktu di bawah pimpinan Pak Lah. Faktor utama, rata2 saya temui mengundi pembangkang disebabkan mereka benci kepada KJ. Bukan Pak Lah. Umum mengetahui teruknya KJ ini.
Sepertimana ulasan datuk Sri Najib petang tadi, beliau memohon dan merayu kepada pemimpin untuk berkorban. Berkorban atas nama perjuangan. Nah, khusus utk KJ, tolonglah fahami mesej yang disampaikan. Anda tidak mendapat pencalonan tertinggi semasa bertanding Ketua Pemuda diperingkat bahagian tetapi di waktu pemilihan pusat anda boleh menang. Ini yang rakyat nampak. Ini yang buat rakyat benci sebab ianya terlalu terang.
Berkorban lah KJ. Seandainya anda mempercayai bahawa kewujudan anda akan menumbangkan UMNO, adakah anda sanggup berkorban untuk memastikan UMNO terus mendapat sokongan? Sekiranya anda mengundurkan diri, barulah anda akan mendapat pujian dari kalangan rakyat. percayalah. Anda masih muda dan masa depan anda cerah.
Reputasi Pak lah hancur disebabkan oleh anda. Dengarlah pandangan akar umbi. Muhasabahlah. ya, anda kini mengurangkan publisiti kerana anda sedar bahawa rakyat membenci anda. tetapi itu tidak mencukupi. Apa yang perlu ialah anda perlu mengundurkan diri seketika secara total. Berjuang dengan cara senyap sebagai penyokong yang tidak bernama.
Gunakanlah kekayaan anda untuk berzakat. bantulah golongan miskin dengan kekayaan anda secara senyap. Jangan ada publisiti seperti Datuk K. Nak menderma kena ada wartawan. Anda kaya kerana Tuhan menjadikan anda kaya. Gunakanlah kekayaan itu untuk mereka yang memerlukannya. Fikirkanlah. kekayaan anda tidak dapat dibawa mati.
Saya sayangkan anda KJ. Janganlah anda ingat rakyat membenci anda. Tidak sama sekali. Anda pemimpin yang hebat. Tetapi belum lagi cukup hebat untuk memimpin negara buat masa sekarang. Bersabarlah. Siapkan diri anda dengan kasih sayang. Tunjukkan pada rakyat betapa anda berjuang dalam diam.Tunjukkan nilai seorang pejuang Melayu yang sejati. Lepas 10 tahun, anda akan diterima dan jadi PM. Insyallah.
ikhlas,
http://reformasimindaguru.blogspot.com
Tun,
PAS telah melakukan perkara ini berzaman-zaman lamanya.
dan tiada orang pun yang komplen.
Lihatlah spanduk2 mereka.
Ia mesti ada wajah Nik Aziz atau Abdul Hadi.
Mungkin mereka meniru budaya Arab.
Gambar Saddam Hussin berada diseantero Iraq.
Begitu juga Khomeini dan pemimpin negara2 arab.
Islam kah itu?.
.
assalamualaikum dan salam sejahtera buat tun berdua serta pembaca, penulis, penonton chedet.cc…
saya setuju dengan pendapat tun.. tak payahlah nak tunjuk muka-muka yang bermuka-muka tu..
masa kita berkuasa, semua orang dekat, semua orang sayang, bila kita dah tak ada kuasa, semua pergi, kawan pun jd lawan..
bukan apa, nak projek, kontrak, ejas masuk keje, asrama penuh, itu ini.. biasalah..kita kan orang besar masa tu.. kroni-kroni dan nepotisme berleluasa.. tapi bila kita dh tak ada kuasa.. tata titi tutu.. saya rasa semua bersetuju dgn saya..
bukti? tak payahlah.. sebab dah jelas nyata.. SPRM (dulu BPR) pun tak berani nak lawan.. hehehe..
nak tak nak, rasuah mesti ada.. kalau tak ‘hulur2’, tak kenal YB2, sori la..tu sebabnya projek hnya dpt kat org yg sama je.. temder2 tu sekadar nak rekod je.. padahal dah tau sape dpt..
tu je nak cakap..
sekian..
P/S: DENGAR CERITA, ADA PETUGAS DIARAH BERI WANG KPD PENGUNDI SUPAYA PANGKAH ‘EHEM2’.. TAPI KALAU LAPOR PUN TAK GUNA SEBAB SPRM MESTI TAK CAYA..
Asaalamualaikum Ayahnda n Bonda,
Izinkan anaknda enterframe skali lagi!
nak habaq setuju sangatla dgn OrangLama, betui! betui! betui!
lebih baik bubuh gambar budak2 bermain bersama tanpa mengira bangsa & agama kerana itulah Malaysia kita. Bubuhla gambar pelajar2 kita yg sama2 belajar, bermain, bersukan dan bergotong-royong kerana itulah kita sebenarnya.
Yang dok bertelagah, mengata mung aku ialah ahli2 politik tiga suku. Kita rakyat, anak2 kecik selalu berbaik antara satu sama lain. Dalam kerja buat hari2 pun, terutamanya sebagai cikgu, kita tidak pilih bulu, semua pelajar kita kita didik bersama2 sebab kita ada matlamat jangka panjang…melahirkan pelajar serba boleh, berketrampilan & mampu berfikiran jauh..sepertimana dlm falsafah pendidikan yg kita pegang. tapi semua hasrat murni ini akan jadi abu bakar arang kalau ikut gelagat ahli2 politik setengah tiang.
Sekian. Dari orang lama kpd OrangLama & semua pengikut blog Tun yg dihormati…
Semoga diberkati Allah jua Ayahnda Tun N Bonda..
Wassalam.
just my brain wave…
Assalamualaikum Ayahnda Tun n Bonda Toh Puan,
Salam rindu, seketika rasa sebak kerana terkenang pelajar saya yg kemalangan lima bulan dulu, hilang keupayaan berfikir & tak mungkin dapat menduduki spm tahun ni…
Dah lama tak mencatat di sini. Sibuk dgn periksa kertas percubaan & program pasca percubaan spm yg akan berterusan hingga spm nanti. Hari ni cuti sampai ahad ni, bolehla ambik kesempatan sat.
nak cakap pasal ahli2 politik bn ka, pr ka, yg hebat melobi diri hinggakan rakyat terasa masing2 seperti artis2 popular yg ingin meraih lebih perhatian dari peminat2 sebelum tarikh akhir pencalonan artis popular dalam pesta2 yg diadakan saban tahun.
dulu2 org politik tulen akan turun sendiri ke ceruk2 kampung bercakap secara terus dgn orangramai, miskin kaya, kecil besar tua muda. lama kelamaan, teknologi digunakan untuk ‘berhubung’ dgn orangramai. radio, televisyen hinggalah ke zaman sekarang telefon tangan yg canggih & internet jadi sandaran. bila teknologi lebih diutamakan sebagai alat perhubungan & banyak disalahgunakan, timbullah ahli politik plastik, plastik seplastik plastiknya!!!
kalau dulu ahli2 politik dirakamkan dlm gambar hitam putih dengan cara terhormat, bermesra dgn rakyat dgn ikhlas utk memajukan kawasan masing2 & membantu rakyat miskin hinggalah sebahagian dari penyokong mereka ini berjaya dlm bidang pelajaran & mampu pula bekerja, berjaya menaikkan taraf hidup diri & keluarga. ada pula yg berjaya menjadi ahli masyarakat yg baik hingga nama menjadi harum & dikenang ke akhir hayat. jasa yg ditinggalkan pula tak terhitung & mampu menjadi idola kpd orang muda.
tetapi sebaliknya ada pula yg kurang baik asas hidupnya, kurang luhur budi & pemikiran yg hingga setelah matipun, ada saja keburukan dicanang orang…ditambah pula dgn penggunaan teknologi moden, gambar2 warna warni boleh dicetak & diubahsuai sesukahati, hinggakan yg tiada, yg palsu boleh diada2kan.
dari sini timbullah satu budaya songsang yg amat menakutkan kerana ramai yg membelakang ajaran agama yg murni yg melarang kita mengaibkan sesiapa, hatta seorang pelacur sekalipun, kerana sememangnya tiada sesiapapun yg tahu nasib seseorang itu, waima nasib kita sendiri ke mana kita selepas mati nanti. kebanyakannya mengambil kesempatan menggunakan kecanggihan teknologi untuk mendajalkan ahli2 politik yg mereka tidak suka dan mempermainkan sesiapa sahaja yg tidak digemari tanpa menyedari natijahnya di kemudian hari.
jika dulu bila org2 bn menaikkan sepanduk/banner2 yg memaparkan wajah2 pemimpin besar & kecik sempena acara2 yg akan dibuat di mana2, pembangkang & penyokong mereka sangat marah & benci hingga ada yg merosakkan sepanduk/banner2 itu. pembangkang & penyokong mereka juga marah bila org2 bn memberikan bantuan itu & ini bila pemimpin2 bn ini turun melawat ke kampung2 dan menganggap pemberian, sedekah atau hadiah2 itu sebagai rasuah.
inilah dilema yg pemimpin politik bn tanggung sekian lama. bila tidak turun padang & memberi sebarang benda, hadiah, sedekah atau projek, pemimpin2 ini akan dianggap tidak prihatin, sombong, bongkak & tak tahu buat kerja. bila mereka datang berjumpa org kampung memberi projek atau sedekahkan itu ini, pembangkang akan kata pilihanraya dah nak dekat & pemimpin2 bn nak bagi rasuah ka rakyat pulak.
kini kita dapat lihat di mana2 saja, apa yg pembangkang katakan kpd pemimpin2 bn dulu berlaku kpd mereka sendiri, bahkan lebih hebat dari apa yg mereka cuba menentang selama ini. mengata dulang… Papan2 tanda, banner yg memaparkan wajah mereka ada di mana2. ada saja slogan dan kata2 berupa perancangan semata2 yg mereka letakkan di papan2 tanda & banner2 di kawasan masing2 yg strategik. ada yg sesetengahnya tak masuk dek akal kerana perkara2 yg dipamerkan tidak diikuti dgn perlaksanaan yg betul..hanya sekadar pameran…
sbagai contoh di kelantan, segala papan tanda yg mempamerkan koridor itu koridor ini tetapi ‘no materials delivered’…
saya tidak minat kpd apa saja bentuk publisiti politik atas billboard, baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. jika betul2 ikhlas nak berkhidmat, jgn hanya war2kan atas papan tanda tetapi lakukanlah dgn masuk ke kampung2 secara terus, berjumpa dgn rakyat tanpa mengira waktu atau tanpa perlu ada acara besar2an. cukuplah kalau pergi menziarahi org yg uzur, kematian, kenduri kecik besar, majlis2 keyukuran, kerja2 gotong-royong TANPA PERLU MEMBAWA KREW TV ATAU ROMBONGAN AHLI POLITIK RAMAI2. BUAT MENYEMAK SAJA…lawatan perbadi pemimpin lebih menyentuh nurani org kampung yg rata2 mudah pemikiran mereka. kamu datang secara peribadi, kami sambut dgn rendah hati…tambat hati mereka dgn keikhlasan. bukannya dgn mewar2kan segala kegiatan di media hinggakan kadang2 menjatuhkan maruah mereka yg dilawati pulak…
ada pemimpin2 tempatan, baik bn mahupun pas yg kerap melakukan lawatan peribadi. adun & mp yg baik akan dikatakan baik jua. namun saya agak terkilan kerana ada adun & mp yg selama ini saya rasa sgt ikhlas, telah melakukan satu perkara yg tak patut dibuat hingga mematahkan rasa hormat saya & rakan2 atas pagar selama ini.
ada pemimpin2 politik yg meletakkan gambar wajah mereka atas bekas kurma utk disedekahkan semasa puasa Ramadhan baru2 ini membuatkan saya terkilan & tidak tertelan kurma2 tersebut… selama ini saya terima pemberian jika hanya diberitahu ‘Terimalah sedekah ini’ tanpa mengetahui siapa yg memberi & kita berterima kasih atas badan tuan yg memberi & juga bersyukur kpd Allah SWT mendapat kurma yg amat disunatkan semasa Ramadhan. itulah IKHLAS namanya bila kita tidak tahu yg memberi. tidak timbul soal nak tahu siapa yg bersedekah kerana lumrah di bulan puasa. tetapi bila terpampang gambar ahli politik ini suami & isteri, jawatan politik dan kawasannya, tekak jadi bengkak…
Wajib diingat oleh kita semua, setiap apa yg dilakukan menjadi tanggungjawab diri sendiri di aknirat nanti. tidak ada sesiapapun dapat melepaskan diri kerana yg memberikan keterangan nanti bukanlah peguam yg kita lantik atau penasihat peribadi atau kawan rapat tetapi setiap anggota badan kita yg akan menceritakan semua perbuatan & pemikiran kita BAIK & BURUK secara terperinci…JIKA KITA MUSLIM SEJATI YG PERCAYA KPD HIDUP SELEPAS MATI, PERCAYA KPD QADHA & QADAR, ini adalah sesuatu yg pasti berlaku kpd kita semua, tiada yg terkecuali.
Sekian saja Ayahnda n Bonda pandangan anaknda kali ni…maaf jika ada terkasar, tersasar…
Semoga Ayahnda n Bonda diberkati Allah SWT selalu hendaknya… InsyaAllah dengan doa dari jutaan peminat terutamanya mereka yg selalu mengenang jasa…
Selamat menyambut Deepavali kepada yg berkenaan.
Wassalam.
just my brain wave…
Saya akan saman Abdullah badawi di hadapan mahkamah Allah nanti kerana membawa Malaysia mundur dan menjadikan umat Islam semakin lemah.
Saya ingin cadangkan kepada pimpinan tinggi UMNO supaya menasihati Tuanku-Tuanku Sultan supaya jangan anugerah pangkat Datuk kepada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua-Ketua Bahagian dan lain-lain jawatan tinggi UMNO. Iktiraflah mereka selepas mereka didapati telah berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat apabila mereka bersara atau berundur dari politik kelak.
Ini adalah untuk mencegah mereka bersikap sombong dan riak hinggakan menjejas image parti UMNO dan akhirnya rakyat merasa tersisih dan meluat dengan pemimpin mereka.
Salam Tun… semoga sihat selalu.. maaf mencelah walaupun tidak selari dengan topik, apa2 pun pasal pemimpin juga… setiap kali bertukar pemimpin maka bertukarlah slogan. Terkini “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” Inilah slogan paling tepat sepanjang pemerintahan UMNO.. apa saja yang terjadi dari dulu kini dan selamanya rakyatlah yg didahulukan. Naik harga bahanapi rakyat lah yang rasa dulu kesan2nya… Politik tak stabil..ekonomi tak stabil rakyat juga yang merana… Dan sekarang rakyat berpendapatan rendah memiliki kenderaan berusia 10 keatas, tertekan gara2 permainan sykt insurans…. macam2 perkara dah berlaku..kemudian “dipaksa” pula untuk membeli PA ikut kapasiti tempat duduk..
Boleh tak TUN tolong kami.. ketengahkan masalah ini dengan cadangan “tidak mewajibkan” memiliki insurans am pun masih boleh renew road tax… biar mereka (ejen insurans am) bekerja sebagai mana ejen insuran hayat bekerja untuk menyedarkan rakyat perihal pentingnya insurans… tapi bukan mandotory seperti sekarang, yg menjadikan sykt insurans am demand dan besar kepala…
Sekali maaf Tun… saya dah boring dan tatau kemana nak luahkan perasaan ini sebagai “rakyat yang didahulukan”
Salam Tun… semoga sihat selalu.. maaf mencelah walaupun tidak selari dengan topik, apa2 pun pasal pemimpin juga… setiap kali bertukar pemimpin maka bertukarlah slogan. Terkini “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” Inilah slogan paling tepat sepanjang pemerintahan UMNO.. apa saja yang terjadi dari dulu kini dan selamanya rakyatlah yg didahulukan. Naik harga bahanapi rakyat lah yang rasa dulu kesan2nya… Politik tak stabil..ekonomi tak stabil rakyat juga yang merana… Dan sekarang rakyat berpendapatan rendah memiliki kenderaan berusia 10 keatas, tertekan gara2 permainan sykt insurans…. macam2 perkara dah berlaku..kemudian “dipaksa” pula untuk membeli PA ikut kapasiti tempat duduk..
Boleh tak TUN tolong kami.. ketengahkan masalah ini dengan cadangan “tidak mewajibkan” memiliki insurans am pun masih boleh renew road tax… biar mereka (ejen insurans am) bekerja sebagai mana ejen insuran hayat bekerja untuk menyedarkan rakyat perihal pentingnya insurans… tapi bukan mandotory seperti sekarang, yg menjadikan sykt insurans am demand dan besar kepala…
Sekali maaf Tun… saya dah boring dan tatau kemana nak luahkan perasaan ini sebagai “rakyat yang didahulukan”
Dearest Tun,
Tun punya komen kali ni memang paling best.
You’re the best lah Tun!
Salam Bahagia Tun,
1. Saya fikir kesalahn orang lain tidak boleh diletakkan sebagai kesalahan orang tertentu.
2. Memasang poster pemimpin politik yang berkuasa adalah satu bentuk rasuah secara tidak langsong dengan harapan mendapat projek besar.
3. Barangkali Tun tidak merestui mana-mana pihak memasang poster Tun di merata jalan tetapi orang tertentu melakukannya juga kerana kumpulan sasarnya ialah peniaga yang mahu jalan pintas mendapat mengguna kuasa menteri.
4. Adakah undang membenarkan tuan punya poster merobohkannya sesuka hati? adakah perbutn itu bercnggah dengan undang-undang?.
5. Untuk mengelak perkara buruk seumpama ini berlaku, adalah lebih baik bagi pihak berkuasa tempatan atau majlis Bandaran atau Majlis Bandaraya mendapat kebenaran tuan punya gambar poster sebelum mendirikannya. Jika didirikan juga tanpan persetujuannya, maka poster itu tentu boleh dirobohkan.
6. Pada masa ini kita sedang menyaksikan Dao’ Seri Najib sedang berusaha membangunkan negara melalui ucpan sulungnya di PWTC. Wajahnya yang terpapar di dada akhbar dan kaca TV bukan poster tetapi gambar hiasan kerana ucapannya.
7. Marilah kita memberi sumbangan positif kepada ucapan Najib melalui teguran membina. Ucapannya adalah isu besar kepada bangsa dan negara kita. Kita telah memberi kuasa kepadanya dan marilah sama-sama kita menyokongnya demi kebaikan agama bangsa dan negara.
YBhg Tun,
Terima kasih kerana mengingatkan Dato’ Seri Najib dan kerajaan. Mungkin bila teguran datang dari Tun, adalah tindakan.
Hendaknya PM dan Kabinet juga sedar yang Rakyat jelek dan benci menonton berbagai lagi karenah meraka:
1 Bila menghadiri majlis, tidak tepat masa
2 Bila disuruh berucap, menjela-jela tak jelas isinya
3 Bila keluar negara, menderu rombongan anak-isteri dan pegawai kaki dan tangan.
Saya pernah satu pesawat dengan seorang menteri kabinet yang dalam lawatan resmi dengan isteri, 2 anak dan tak kurang lima orang pegawai — di Kelas Pertama dan membawa tidak kurang sepuloh bagasi termasuk beberapa buah Louis Vuitton cases dan beberapa kotak Noritake! Bayangkan kecohnya di Kaunter MAS lapangan terbang tersebut!! Dan sibuklah pegawai MAS melayan Menteri, dan bukannya penumpang lain yang membayar tiket masing-masing.
4 Pegawai kerajaan di kedutaan dan konsulat luar negara yang sentiasa sibuk melayan lawatan menteri dan pegawai kerajaan. Saya pernah tengok betapa sibuknya seorang pegawai kedutaan bersiap untuk menyambut seorang CEO syarikat Malaysia yang datang menemani seorang ahli keluarga pembesar Negara. Sedih dan kecewa melihat penyalahgunaan kuasa.
5 Lihat berapa banyak rumah dan apartment di biayai rakyat di kota London? Kenapa harus Felda pun ada apartment untuk kakitangannya bercuti di London? Sedihnya mengingatkan keringat orang tua di ladang kelapa sawit…
Mungkinkah ada Menteri Kabinet yang membaca tulisan begini dan dengan jujur membuat penilaian diri?
The idea to display the faces of ministers comes from the businessmen and not the ministers themselves. The businessmen just want to make money- they mooted the idea, convinced the ministers and insisting that their faces be prominently displayed, they got the contract and there goes the rakyat money.
I always wondered why you were not more stringent on the images on the board. You were the prime minister then and you could have put a stop to all these pictures and images of both politicians and the royals. It is true that i just cannot see the logic of having the images of them on the bill boards and also at some govt offices. i once questioned a bank officer at arab malaysian bank for the reason of having those pictures on the walls. It was a picture of the former MB of Selangor. I asked the significance of it and they said that it was required! Strange. Is it an offence not to have their photos on the walls? I honestly thought the opposition would be different but they are just the same. It does not bother me really but like you said after awhile you realise that it is a waste of money and you get tired at looking at those faces.
Dear Tun,
Pictures says a 1000 words. So the lazy ministers/YBs assume that by having their pictures all over the country using all the the PR consultant available it is an easy job. No need to see the rakyat, the rakyat can see them. No need to cover the country , just have the SMS number the team of SMSasses will reply to all the rakyat SMS. Shortcut to stardorm. Leaders/ YB spending other people money for all this .
The opposition are competing too nowadays. Every corner of the Masjid fences, full of the respective Adun and even Ketua Bahagian!!!. , Pakatan Rakyat rep etc.. on the excuse of some ceramah opening of a warong maybe.
Whats happening?? Pening pening
salam
halimsagrod
Assalammualaikum w.b.t Ayahanda Tun dan Isteri,
Buat ape nak paparkan gambar kat billboard kalau nak popular macam artis. Patutnya masuk tv3 jadi selebriti, bukannya jadi ahli politik. Ahli politik bila nak raih undi baru turun padang, tu pun bukan semuanya pegi ke rumah, tapi ke padang yang rasmi itu, rasmi ini. Kalau bukan hari undi, jangan haraplah nak jenguk rumah ke rumah, kirim salam. Rakyat dah jelak dengan cerita aktiviti pembangunan. Sebabnya, pembangunan dibuat untuk kroni2 dapat kontrak, tapi hasilnya kepada rakyat sikit je. Contohnya, buat tempat tunggu bas, puluh2 ribu tapi atapnya ala kadar je. Bila hujan, tempiasnya pun boleh basah kuyup, bila panas, nak terbakar kulit kena matahari. Benda, ni kecik je tapi ramai rakyat yang guna. Satu lagi klinik kerajaan. Ayahanda Tun datang lah melawat kat Klinik Seri Kembangan, Selangor, dekat2 Plaza South City pada setiap hari selasa (hari pemeriksaan untuk bayi & kanak2), tempat kecik, parking tak cukup, tempat menunggu crowded macam tin sardin. Usahkan nak dapat tempat duduk, nak berdiri pun belum tentu muat. Aircond dlm bilik doktor je, rakyat cuma dapat kipas. Klinik untuk keselesaan rakyat tapi kemudahan, MasyaAllah macam duduk kat Myanmar. Doktor yang ada selalu merungut sbb doktor sikit, pesakit/baby ramai. Hanya Tun yang boleh dipercayai untuk tegur pemimpin2 kat atas. Memanglah lambat untuk buat klinik baru, tapi apa salahnya pasang aircond 2-3 biji untuk keselesaan ibu2, bapa2 dan anak2. Derma 1 juta dolar ke Padang, Indonesia boleh tapi 5-6 ribu ringgit untuk aircond takkan tak boleh? Ini contoh di Seri Kembangan, klinik2 tempat lain pun sama juga keadaannya. Pemimpin yang prihatin sudah tentu akan mendapat undi dari rakyat. Sekian, terimakasih. Wassallam.
Razak
Apa khabar Tok det….semoga sihat sentiasa
Tak tahu nak tulis apa….tapi bolehlah memberi sedikit gambaran
Saya tak pernah pula timbul rasa benci bila tengok gambar-gambar yang terpampang besar itu , cuma saya terfikir ? , mana sumber mereka dapat duit maklumlah rakyat disuruh berjimat . Pihak kerajaan tak habis-habis nak membazir . itu yang membuat saya lebih menyampah adalah …..
Salam hormat Yg Bhg Tun,
Memang tepat sekali pandangan Tun bahawa sepanduk besar (Giant Size)yang mempamirkan potret Perdana Menteri ke 5 dengan diapit oleh isteri dan ada diantaranya oleh Ketua Menteri, Menteri Besar dan Menteri Kabinet yang terdapat begitu berleluasa dipamerkan hampir seluruh kawasan strategic dalam Negara Malaysia. Mungkin juga ada tujuan-tujuan tertentu sepanduk besar itu dipamerkan, diantaranya mungkin suatu kaedah bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat. Saya menganggap sepanduk-sepanduk besar sedemikian rupa adalah satu bentuk pembaziran disamping boleh juga mencacatkan pandangan persekitaran di mana sepanduk itu dipasang. Mengikut pandangan rambang masyarakat ramai yang tidak menyenangi kehadiran sepanduk-sepanduk besar sedemikian. Jika mahu diambil kira untuk menarik perhatian rakyat dirasakan tidaklah begitu bersesuaian. Nampaknya tindakan YAB Perdana Menteri ke 6 Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tidak meneruskan amalan atau tidak mewarisi amalan memasang dan mempamerkan sepanduk besar potret-potret pemimpin Negara bagi menarik perhatian rakyat. Langkah sedemikian amat wajar. Malaysia sudah mempunyai berbagai cara dan kaedah yang lebih sempurna dan wajar memperkenalkan wajah-wajah pemimpin kepada rakyat.
Potret wajah pemimpin yang dipamerkan di merata tempat atau kawasan tidak banyak membantu dalam usaha memikat hati rakyat. Zaman sudah berubah. Rakyat mahu melihat nilai-nilai seseorang pemimpin melalui gerak kerjanya kepada rakyat bukan melalui melalui potret. Kredibiliti seseorang pemimpin akan diukur dan dinilai melalui pencapaian tertentu bagi kepentingan rakyat. Ini amat bersesuaian dengan Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Amalan-amalan yang tidak menguntungkan dan tidak bersesuaian dengan kehendak semasa haruslah dipinggirkan atau dihentikan sama sekali.
Sekian. Wassalam Tun.
A;kum Tun,
Pada saya pemimpin bukan diingat kerana gambar yg byk di tayangkan,ttapi jasanya pada rakyat. Saya tahu teguran Tun memang ikhlas. Semoga Tun dan isteri diberi kesihatan yg baik oleh Allah
persoalannya adakah dengan hanya letak banner rakyat berjaya/sudah didekati?
banner nie zaman komputer nyer stail…
mungkin…’pelobi’ umno dan pas boleh guna teknik ‘org dulu2’…
ukir patung dan letak merata tempat…
senang nak letak colok ngan pulut kuning…
p/s-teringat pemimpin ulung muslim yang melarang gambarnya dilukis…kenapa yer?
just wonder…
YABhg Tun,
Hope you can comment on the economic disparity in this country, inter-racial and intra-racial.
And whether a welfare state, or social democratic principles should be established in this country.
Thank you.
Selamat Hari Raya to you and family.
Umno is not racist: Najib
KUALA LUMPUR: Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak has warned political parties to not simply accuse Umno of being racist.
Najib said parties which accused Umno of being racist should look at themselves and the reality of the racial composition in their own parties and check if it truly reflected the openess they have been espousing.
comment:
Yes, yes, yes !! That goes without saying. Make no mistake about it. They are hypocrite people of the first order trying to deceive others. In reality,they are deceiving themselves. They are lowering our intelligence, period !!
Mereka sentiasa JAHIL !!!
Tun,
Why it took you so long to broach this topic. In fact I first saw the said ads I asked myself this question: “What in the world is the Minister of Tourism trying to do?” and “What is the expected return?” Does it mean by having the pictures of both the then Prime Minister and Minister of Tourism that also carries the visual of ZOOM Malaysia really means anything?
Why change to Zoom Malaysia? What does it signify? Who are they targeting at? To me personally….it was a sheer waste of public funds. The Minister was using the Tourism platform to promote the Prime Minister and herself. Yes….we really want to puke when we saw all these billboards and buntings around the country. Yikes…certainly the Minister would have more decorum in promoting herself!
Well Tun, we have also seen DSN picture for 1Malaysia campaign and hopefully this is not fully exploited and abused! Don’t let the rakyat feels nausea. There should be a lesson learnt and not to repeat the same stupid mistake!
Tun
Bukan setakat gambar billboard sahaja. Di pejabat kerajaan sepatutnya ada gambar Agong, Raja Permasirui, Sultan dan Sultanah Berkenaan, PM dan Mb saja.
Harap gambar menteri kabinet tak perlulah. Cukuplah gambar angggota kabinet beramai-ramai yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan.
Kami di IPTA dah lima tahun ni letih asyik kena naik turun gantung gambar menteri pengajian tinggi sebanyak tiga kali. Ketika gambar menteri Dr. Shafie baru siap nak gantung, tiba-tiba kena menteri bertukar. Ketika gambar Datuk Mustapa baru siap nak gantung, dah tak jadi pula kerana masuk Khaled Nordin.
Ni nak tanya, rombakan nanti Khaled Nordin kena tukar pulak ke. Boleh tak bagi tahu awal-awal supaya jurutera kami boleh rancang gambar apa pulak gantung. Kalau tak ada gambar kan lagi senang kerja kami. Dah banyak sangat lubang frame yang kami tebuk kat dinding Bilik Senat dan ofis-ofis. Lagi bagus kalau buat gambar tapi tak tulis nama kementerian mana. Biar kami yang tulis nama kementerian yang dia duduk ketika itu. Taklah rugi kertas. Takkan tak boleh kerja kalau tak ada gambar menteri kot. Kan semuanya pensyarah bijak pandai. Hidup 1 Malaysia.
Assalammualaikum Tok Det
BILA PEMIMPIN DAH MACAM ARTIS
1. Memang dah naik berbulu biji mata melihat gambar pemimpin yang ditayang di sana-sini macam artis iklan. Dah naik asap! Terasa macam dipaksa melihat wajah pemimpin setiap hari. Seperti kita terpaksa membaca iklan “ah long” yang ditampal dan ditabur merata-rata.
2. Wajah pemimpin pun dah macam gambar artis dengan gaya solekan dan teknik lampu yang super fotogenik. Bagi yang wanita terserlah keayuan dan keibuan. Manakala lelaki pula terserlah ketampanan dan ketulusan hati. Tak perjaya tengok gambar “promo” Sharizat dan Khir Toyo. Macam artis! Pemimpin lain pun sama juga. Masing-masing mempunyai ‘konsep penampilan’ sendiri yang hendak ditonjolkan. Khabarnya ada yang sampai buat kosmetik surgeri untuk mencantikkan wajah masing-masing supaya nampak berseri-seri. Tetapi perut pemimpin UMNO/BN yang buncit nampak seperti kuat makan rasuah tak pulak buat surgeri kempis perut!
3. Maka apabila terdedah sesuatu keburukan pemimpin seperti politik wang, rasuah, skandal dsb rakyat tersentak dan kemudian mula rasa meluat hendak menatap wajah pemimpin. Apatah lagi seluruh rakyat dipaksa menatap wajah pemimpin setiap hari yang terpampang dan tesergam di merata tempat. Lagilah rakyat naik geram, benci dan menyampah.Terasa macam nak baling sahaja muka mereka dengan dengan kasut macam Bush kena di Iraq!
4. Rakyat merasa pemimpin yang wajahnya ditatap setiap hari “indah rupa dari akhlak”. Rakyat terasa seperti telah ditipu, dikhianati. Rakyat melihat pemimpin seperti penipu dan bermuka-muka. Di gambar nampak baik tetapi sebaliknya amat busuk dan jijik.
5. Pemimpin yang TELAH DIDAPATI BERSALAH seperti Ali Rustam yang masih menjadi Ketua Menteri Melaka masih bersepah di serata pelusuk negeri. Apakah Ali Rustam fikir rakyat Negeri Melaka suka menatap wajahnya yang telah mengecewakan mereka kerana memalukan Negeri Melaka tidak dapat betanding Timbalan Presiden UMNO disebabkan kesalahan rasuah? Apakah UMNO/BN fikir rakyar Melaka dan pelancong dan pelawat dalam dan luar negara yang berduyun-duyun ke Negeri Melaka suka melihat wajah pemimpin yang sudah terpalit rasuah?
6. Saya sendiri sebagai rakyat dan pengundi berdaftar di Negeri Melaka sudah muak mendengar pelbagai cerita busuk dari orang dalam dan luar. Dah naik kematu telinga! Kalau cerita-cerita yang tiada bukti tak mengapalah. Tetapi bagaimana cerita dengan telah terbukti bersalah mengamalkan rasuah? Macamana nak ditepis? Nak disorok? Bangkai semut bolehlah disorok. Ini bangkai gajah. Satu Malaysia dan satu dunia dah tau!
7. Sebab itu apabila Ali Rustam terus dikekalkan memegang jawatan Ketua Menteri oleh Najib terasa amat pelik dan tak faham. Bukan sahaja orang luar, tetapi rakyat negeri Melaka pun pelik. Najib, UMNO/BN tak serik lagi ke? BN nak biarkan Melaka yang menjadi kubu kuat UMNO selama ini terlepas ke PR ke? Mungkin sebab Isa Samad dah menang di N9 maka tidak mengapalah UMNO/BN angkat pemimpin yang terpalit rasuah?
8. Rakyat sedang memerhatikan barisan kepimpinan UMNO/BN yang sebelum ini terjerit-jerit melaungkan BERANI BERUBAH. Berubah… atau rebah.
UMNO SEGALANYA RASUAH
NAK JAWATAN – RASUAH
NAK UNDI – RASUAH
NAK KONTRAK – RASUAH
NAK LESEN – RASUAH
NAK GELARAN DATUK – RASUAH
NAK APAPUN – RASUAH!!!
Nak masuk syurga boleh rasuah ke???
PEMBELA
http://pembelamelayu2009.wordpress.com/
Assalamu Alaikum Tun
Ya lah Tun, kalau yang untung cuma kontraktor sbb lepas tu..kontraktor akan minta macam-macam projek. Kan elok kalau kos bina papan tanda tu diguna bantu orang miskin…tidak membazir. Saya tidak menolak semua jenis papan tanda seperti itu tetapi kerana ada juga yang bawa manfaat kepada rakyat..contoh papan tanda YB dengan no hanponnya sekali.. jadi rakyat boleh cari wakil rakyat mereka 24 jam.
saranan Tun memang bagus sekali. Tapi para menteri tu ade ke baca komen2 kat sini. Ada baiknya Tun mengajak mereka untuk membaca posting2 di blog ni supaya mereka yang berkenaan tahu setakat mana rakyat suka dan tak suka sesuatu perkara yang dilakukan…dan rajin2 la turun padang untuk bermesra dengan rakyat dan tengok apa masalah rakyat….
Ada pemimpin pembangkang di tempat saya, berposter ikut perayaan.Habis tiang letrik TNB jadi mangsa.Nak tonjol image yang dia ni versatile kut?Tapi dari segi mana dan apa ye?Macam pemenang rancangan realiti TV, memang berbakat tapi tidak cukup ummph, kata mereka,mereka ‘cute’ tapi sebenarnya, sebab politik penerbit maka mereka menang, sampai sekarang ni tidak menyerlah di persada hiburan dalam negeri, kalau nampak pun asyik aksi yang sama…nampaknya cuma boleh hibur sebahagian yang berupaya mengundi sahaja dari semua yang sebenarnya menonton.Bolehlah kalau nak kata, menghabiskan beras aje!
Maaf Tun…saya merapu.
Apa apa pun, assalamualaikum Tun dan Tun Siti. Seperti selalunya, saya berharap yang Tun berdua sentiasa diberkati dengan tahap kesihatan yang memuaskan dan gembira sentiasa disamping keluarga tersayang.Amin.
Tun,
saya setuju.
para menteri dah diberikan KPI oleh DS Najib.Mesti utamakan performence/persembahan.Bila menteri selalu turun padang, rakyat akan ingat.itu sudah cukup.
terima kasih kerana tun sudi menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung umno pagi tadi.
umno, dulu kini dan selamanya.
Salam Tun,
Bukan sepanduk atau billboard, malah dalam akhbar2 pun. Bekas MB Selangor dulu siap dalam magazine pun ada.
Kalau ada pilihan raya kecil…….pemimpin digambarkan bersama rakyat, cium kanak kecil, usung orang sakitlah, macam2 lagi. Gambar2 besaaaar!
Semua ini lapok dan pupus punya tektik.
Salam
Y.Bhg. Tun
Agaknya kebetulan dengan post Tun berkenaan wajah pemimpin yang Tun bangkit saya pun dua tiga lepas terfikir perkara yang saya … ada MB di bahagian utara ni memang suka sangat buat amalan macam tu nak sampaikan ucapan melalui banner dari Hari Raya Aidilfitri sampai tahun baru cina dan deepavali… merdeka pun buat juga tapi lebih besar sehingga seluruh pelusuk negeri letak ..tak cukup dengan banner billboard buat sekali.
Kadang2 agensi dan majlis tempatan serta kerajaan negeri pun buat perkara yang sama kenapa perlu letak gambar MB. Kadang-kadang Pemimpin itu sendiri pun tak suka letak gambar dia di banner dan billboard tetapi orang-orang dibelakang pemimpin ni yang lebih ghairah buat demikian untuk kepenting diri.
Kalau nak sampai ucapan saya lebih baik turun padang berjumpa dengan rakyat jelata secara dekat bukan melalui ucapan di banner sahaja…baru mesra rakyat. Pergi la Nat (pasar pagi) , pasar malam,pasar borong, kedai kopi, kampung2 tak semestinya kena buat program baru nak turun … lebih baik turun cara macam ni lebih dekat dan tahu masalah dan kehendak rakyat.. Harap kepimpinan BN sekarang boleh berubah.
Salam YAB dan Di Kasihi Tun,
Memang betul-betul MEMBAZIR kerajaan pimpinan Tun Lah, dan yang lagi TERUK ialah perkara tersebut membuat orang menyampah dan meluat.
Apa yang pasti, wajah pemimpin yang saya suka tengok ialah wajah TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Dear Tun perhaps you can comment more on our so called neighbours Indonesia (serumpun) on the sentiment of anti Malaysia.
The Anti Malaysian become worst then the media reported? And the sad part is our government just keep quiet about it.
Salam Tun,
1. Ya saya bersetuju dengan Tun seratus peratus supaya perkara2 seperti itu ( pembaziran ) tidak patut diulang dan patut dihapuskan. Diharap pemimpin2 sekarang sedia menerima pandangan ini dan mempunya political will untuk melaksanakannya.
2. Jangan jadikan keahlian BN atau UMNO khanya sebagai lesen mutlak untuk mendapatkan kekayaan dan kuasa melalui kontrak2/projek2 yang membazirkan negara/rakyat atau memberi
Assalammualaikum Tun,
Saya bersetuju benar agar amalan menunjukkan wajah pemimpin dipapan tanda dan sepanduk jangan diulang lagi. Rakyat sememangnya meluat melihat gambar pemimpin diserata tempat diseluruh negara, macam rakyat tak kenal rupa mereka.Kalau nak jadi popular jangan jadi pemimpin ,jadilah artis.
Kita tanya kenapa mereka (menteri) dan termasuk dari parti parti pembangkan turut serta menanyangkan wajah pemimpin. Sebeb itu tak perlu bayar macam iklan iklan yang terpaksa bayar banyak wang kepada kerajaan tempatan atau bandaraya.Entah entah orang yang memasang kan Iklan tu pun tak di bayar
Tujuan mereka ialah meraih populariti di kalangan rakyat. Maklum lah nak jadi Glamor macam artis-artis yang mengiklan produk, seperti Mawi, Siti norhaliza , Rosham noor , Malek Noor,Jalaludin Hassan yang jasa mereka tak le sebanyak mana hingga bergelar datuk. (Makes me wonder what is the basis to qualify this datukship cracteria)mungkin pandai gelek kot macam Daud Kilau.
Mereka-mereka ini(para Menteri) takut tak di pilih semula dan hendak berkuasa sehingga orang benci macam Si “SemiVelue” jadi dengan cara ini aje lah mereka berpendapat dan menggunakan peluang sebelum mereka di buang dari profolio
Pada topic Tun kali ni saya setuju hanya PM selain daripada Baginda Agong serta Sultan yang layak di letak gambar mereka sebagai pemimpin. Yang lain tu buang masa dan duit aje. Zaman IT ni banyak lagi cara nak jadi menarik perhatian. Be creative sikit
kalau nak papar gambar pemimpin juga suruh bayar 3 juta Ringgit sekeping untuk sebulan, Duit tu buat simpanan dan belanja untuk rakyat
Dear Tun,
Only a short comment.
Kalau gambar menteri merata-rata boleh tahan lagi. Ini gambar bininya merata-rata. ” Lotih nengok eee “. Sorry la Tun, tercakap guna mother tongue pula. Sekali sekala tak pa la Tun noooo…
Salam hormat.
Please take care.
p/s: betoi ka depa nak impose gst?
Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada yang Berbahagia Tun seisi keluarga.
Amalan menumpang populariti Perdana Menteri yang telah menjadi amalan pada pucuk pemerintahan yang baru lepas sememangnya mendukacitakan kami rakyat Malaysia. Billboard bersaiz gergasi diletakkan di tempat-tempat dirasakan strategik oleh mereka tetapi membelakangkan dan mencemarkan keindahan alam Malaysia.
Kos yang terlibat untuk mendirikan Billboard itu tentulah besar dan boleh disalurkan untuk belanja yang lebih perlu seperti pembaikan jalan, infrastruktur mahupun untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Populariti seseorang pemimpin tidak perlu diraih dengan cara memboroskan perbelanjaan wang rakyat/kerajaan dengan cara ini tetapi melalui cara melaksanakan perancangan seperti yang diwar-warkan/dirancangkan dan mengotakan janji kepada para pengundi sesuatu DUN/Parlimen yang berkaitan.
Sesetengah Billboard pula boleh mengundang bahaya kerana didirikan terlalu strategik sehingga melupakan aspek keselamatan disebabkan ianya didirikan dipersimpangan jalan atau menutup pandangan lalulintas.
Terimakasih Yang Berbahagia Tun atas pandanganmu..
Masih ada pihak PBT, Jabatan Kerajaan, Kementerian dll yang memasang sepanduk sambutan perayaan, tapi masalahnya, yang memenuhi ruang sepanduk berkenaan ialah gambar Menteri Besar atau Menteri berkenaan.
Rasanya arahan bertulis telah diedarkan kepada pihak-pihak ini.
Tak tahulah samada pihak-pihak ini yang bebal atau Menteri Besar/Menteri terbabit yang bebal.
saya setuju dgn Tun…
Salam Ayahanda Tun,
Rakyat sekarang sudah pandai menilai Menteri mana yg berkerja.. tak perlu menunjuk2 dan mengejar populariti.
K-Peng Da Gretto
KSAH’96
Betul Tun. Rakyat juga benci amalan Rasuah di kalangan pemimpin. Juga kalau pemimpin Menunjuk-nunjuk Kekayaan mereka (walaupun diperolehi dengan apa cara jua pun), kerana walaupun ini tidak salah, tetapi bagai tidak mengambil kira hati dan perasaan rakyat yang susah dilanda zaman gawat dengan harga barang yang semakin naik.
Kisah Gambar besar bersama PM atau TPM atau Menteri bukan saja berlaku kepada ahli Kabinet tetapi juga kepada pegawai kerajaan yang memegang taraf ketua eksekutif. Memang in satu pembaziran kerana bila kabinet dirombak maka gambar pun perlu diturunkan lah. Bila jawatan ketua berubah maka gambar pun perlu juga turun. Malangnya dia pula memasukan gambar Canselor dan Pengerusi LPU IPT berkenaan.
Tapi perkara berlaku mengikut musim. Bagi pegawai kerajaan seperti di IPTA dan juga mana-mana agensi ia berlaku ketika ketua itu seperti NC atau ketua berkenaan berada dipenghujung perkhidmatannya iaitu tamat tempoh kontrak.
Berbagai program tiba-tiba diadakan dan sering juga muncul secara kebetulan dengan hari istimewa seperti Perhimpunan UMNO. Banyak program rupanya dilonggok supaya berlaku pada musim berkenaan.
Maka keluarlah gambar ketua-ketua ini bersama PM, TPM dan juga isteri PM kalau boleh. Alamak lupa pula nam masukkan gambar Menterinya sendiri. Ia bertujuan menunjukkan betapa rapatnya hubungan dengan orang besar itu. Maka rugilah kalau terpaksa turunkan billboard itu. Oleh yang demikian, NC atau ketua itu hendaklah disambung perkhidmatannya lagi. Perkara ini akan diulang pula pada perhimpunan UMNO akan datang. Gambar PM dan TPM memang akan ada. Gambar menteri tak ada sebab menteri sering bertukar agaknya menurut pengalamannya.
Begitu mahalnya nilai untuk belanja promosi dalam tiga muka penuh akhbar dan juga kos billboard untuk menyambung khidmat seorang ketua di IPTA. Agaknya berapa pula kos menganjurkan pemberian ijazah kehormat yang diadakan secara tiba-tiba?
Salam perjuangan…
Saya sokong amalan ini tidak diteruskan lagi..
Biarlah berkhidmat dengan tidak memandang dimana
pemimpin itu berada..
Tidak semua penyokong ada di kawasan pemimpin itu..
Ada pendapat mengatakan Melayu adalah SEMBERONO. Adakah anda marah atau apa pendapat anda mengenai label ini – MELAYU SEMBERONO.
Assalammualaikum.. Mg Ybhg TUN sentiasa sihat selalu.
Bagi saya, klu seseorang pemimpin tu sentiasa peka dgn masalah rakyat / pengundinya serta mengambil tindakan yang sepatutnya, pemimpin tersebut akan sentiasa dekat dihati mereka… tak perlu lah sentiasa terpampang di sana sini…
Betul Tun.
Perasaan benci melimpah-limpah bila iklan propaganda macam ini berleluasa pada zaman Pak Lah dulu. Mcm komunis pon ada, yang kurang hanya siren propaganda saja.
Salam sejahtera Tun,
Apa ada pada gambar? Kenapa habiskan beribu-ribu ringgit kerana gambar?
Perhimpunan UMNO baru ini pun terdapat poster (termasuk gambar) di jalanraya Kuala Lumpur (peliknya ada lambang BN). Kenapa nak diwar-warkan secara berlebihan perkara itu.
Saya ni memang anti dengan pembaziran/perbelanjaan secara berlebihan. Agaknya kalau duit itu dari titik peluh sendiri, PASTINYA, tidak belanja berlebihan. TOLONGLAH, jangan belanja berlebihan dan melampau sangat atau berbelanja sebab syok sendiri. Bukan tak boleh berbelanja TAPI JANGAN melampau DAN guna duit dari poket sendiri. Fikir dari mana duit itu datang. Berbelanjalah secara produktif dan berhemat. Sepatutnya perbelanjaan tersebut memberi manafaat dan kebaikan kepada rakyat umum. Tampal gambar dan poster ada ke memberi manafaat kepada orang miskin di bandar atau di kampung yang “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”. Trend atau cara lama jangan diikut. Buang jauh-jauh.
Sepatutnya salah satu KPI menteri dan wakil rakyat ialah penggunaan wang rakyat mestilah produktif. Barulah berhati-hati nak guna.
Assalamualaikum Tun Dr Mahathir & Family,
Saya sungguh tertarik dengan topik tun,
Sebenarnya itulah cara Pak Belalang untuk nak jadi glamour,
saya rasa DSN lebih matang dalam tindakanya dan yang pastinya ada
perubahan kearah 5s.
Dan saya yakin DSN akan dapat kembalikan BN dalam keadaan yang lebih baik spt yang TDM hasratkan Insyaallah.
Dengan adanya pandangan drpd TDM akan lebih cergaslah BN.
TERUSKAN TUN!!!
TERUSKAN TUN!!!
SEMOGA WAWASAN 2020 AKAN TERCAPAI!!!
Salam Tun
Setuju sangatlah Tun, tak yahlaa tunjuk muka2 pemimpin..buatlah keje dan tunjukkan prestasi terbaik..rakyat mesti suka…inilah yang terbaik…
Tapi nampaknya sekarang, isu gambar ini pulak dipentingkan oleh Perosak Rakyat (PR)…segala mak nenek sepanduk ada di negeri2 Perosak ini Tun, diaorang pulak ikut cara BN yang tak betul…bagus2..dulu kutuk BN sekarang nie diaorang plak guna cara yang sama…tengok sahaja di negeri2 kelantan, kedah gambar2 pemimpin..apa yang bagusnya letak gambar diaorang nie???tak yah letak laaa..buat orang makin meluat jer..yang menyokong Perosak ini sedar2lah..sebelum anda disedarkan…jangan nampak BN sahaja yang teruk..PR pun lebih kurang sama bahkan lebih teruk dari itu..
Sekarang Perosak Rakyat tercari2 idea macam mana nak fitnah kerajaan BN lagi..isu2 lain plak ingin diambil..biasalah dah kering modal…cakap pasal rasuah..ketua Perosak Rakyat merupakan perasuah utama…tapi still menang pilihanraya macam ISA…ISA sekurang2nya di ambil tindakan..dia mana ada..begitulaa Perosak Rakyat…keje nak rosakkan orang jer..
Nampaknya Najib telah betul2 komitmen untuk berubahkan negara…dia telah amalkan satu perkara yang baik dalam pentadbirannya untuk rakyat….Inilah bezanya beliau sebagai pemimpin Tun..
Salam YABhg Tun,
Saya bersetuju sangat dengan saranan tersebut. Amalan yang hanya membazirkan wang rakyat patut dihentikan kerana sememangnya mendatangkan perasaan jelik rakyat jelata.
Saya juga meluat dengan sepanduk-sepanduk besar yang ditaja khas oleh kerajaan selangor hari ini yang membazirkan wang rakyat dengan sepanduk Hapuskan ISA – Bebaskan Manoharan serta Pulangkan Hak Air Kepada Rakyat Selangor – Hentikan Pemberian Syarikat Air Kepada Kroni.
Apa faedahnya kepada rakyat? Apakah sumbangan Manoharan kepada negara? Dalam byk2 tahanan ISA, kenapa Manoharan lebih penting. Adakah dia orang berjasa? Dan benarkah rakyat yang mahukan hak air tersebut atau Wakil2 Rakyat PR?
Salam,
Tun nak tanya apa perkembangan rancangan Tun nak hantar bantuan dengan kapal ke Palestin? Saya sentiasa doakan rancangan Tun akan berjaya.
Hidup Tun!!
Dear Tun
I agree. It’s so very 3rd world.
Salam,
Tun saya diantara brjuta orang yang amat mengagumi Tun, saya setuju dengan apa yang Tun tulis, letak ler sepanduk lain pasal keindahan malaysia ke baru la betul ini letak muka depa saya pun tak suka.
I LOVE U TUN & YOUR WIFE!!
YBgh Tun
Very true as mentioned,popularity is not by photograph, but simply by the hearts for the Rakyat to acknowledge of our leaders. DSN is wise and has learned the hard way by not allowing his photograph and bunga mangga to be displayed. His visit often is unannounced and thus is a true leader for 1 Malaysia.
YBgh Tun during your time similarly as AAB time as PM, some one or somebody is trying to bodek the PM, by displaying such big photograph not only of the PM but also of themself as Ministers. Such a waste of the Rakyat money.DSN has a tremendous role to ensure UMNO & BN is still relevant and thus he must be cautious of such issues do not recur. I for sure knows that DSN is a fair PM and dislikes waste, and being a PM he need to know his enemy within his team “Musuh dalam Selimut”. I hope UMNO sincerity and leadership this time around would improve and has learned the lesson for UMNO survival. UMNO Corruption as we all know was when DSAI tying to topple the late Tun Gaffar and was atr its worst peak when he was the DPM.YBgh Tun UMNO is healing from its wounds brought by AAB and UMNO healers is YBgh Tun.BN is still in crisis by MCA, MIC, PPP etc.
Salam Tun,
1) Sepanduk berserta gambar gambar pemimpin bukan sahaja bersepah malah dalam akhbar pun penuh sampai satu,dua, tiga muka pun ada.
2) Tidak cukup dengan itu, ada GLC sedang menghadapi penyakit yang sama.
3) Rakyat meluat satu hal, tetapi dari segi kos ianya sudah tentu melibatkan wang yang banyak.
4) Bukan tidak boleh buat iklan tetapi perlulah berpada.
5) Yang menjelikkan terdapat ciri ciri untuk menonjol diri atau untuk mengampu.
6) Akhir akhir ini semakin ramai yang membuat sepanduk termasuk dari adun UMNO,PKR,PAS dan DAP. Peliknya ia terlalu berwarna warni hingga tidak diketahui dari parti mana… idiot.
Wassalam.
Tun M..
Memang meluat pun.
La ni bejangkit kat PR pulak. Setiap simpang kat alor staq muka depa saja. Nyampah nengok. Dah tau duit negeri sikit dok perabih kat signboard pulak..
Salam perjuangan buat Tun yang dikasihi,
1.Amat setuju dengan pendapat Tun.
Ya…ia boleh mencemarkan keindahan alam semulajadi.
2.Masa PRU-12 terutamanya di kelantan… rakyat naik muak dengan gambar besar .. seperti “Awang Adek – bakal menteri besar kita”!!!
3.Di kok lanas …ada juga gambar pemimpin BN yang dibuat besar… entah apa tujuannya saya pun tak tahu!
4.Tapi… gambar tok guru pun apa kurangnya, hampir sepanjang jalan ada gambar dia … yang terbaru ada gambar besar dia sedang khusyuk berdoa….tepi tu ada lilin!
5.Masih ingat bagaimana rakyat iraq menumbangkan patung/gambar saddam dan kencing atas kepalanya! kita tak mahu jadi seperti itu.
wassalam.
Assalamulaikum TDM dan isteri,
bukan apa merekan publisiti aje..untuk lebih menonjolkan diri.
memang meloyakan apabila muka muka pemimpin yg dibencikan dipaparkan dekat bill board di jalanan. takpelah klu jalan itu bukan dilalui setiap kali tapi bayangkan apa yg berlaku klu jalan itu dilalui hampir 2-3 kali dhm masa sehari..rasa benci bertambah tambah. semoga semua menteri besar, ketua menteri dan pemimpin negara menambal gambar gambar mereka si selurh jalan raya bermula dari sekarang agar rakyat berasa loya dan nak muntah…dgn ini, BN akan dijatuhkan pada GE13. semoga mereka terus meneruskan amalan ini yg membazirkan wang pembayar cukai dlm tempoh terdekat kerana mereka akan kalah tak lama lagi.
Salam Tun,
KARTUN sungguh !!!! Cho Tun pi lawat pekan Sungai Petani la ni. Depa dok penaik papan tanda dengan gambar MB PAS (Azizan) pulak dah. Aden pun rasa jelik tengok papan tanda tu. Dulu PAS dok mengata kat UMNO, la kena kat depa. Tak malu sungguh !!. Saya dok SP 5 tahun lebih, sikit punya cantik UMNO penaik pekan Sungai Petani bertahun lamanya. tup tup..puak PAS masuk cuci kaki kata depa punya kerja. Apa depa ingat magik ka nak buat semua ni dalam sekelip mata.
Wajah2 pemimpin era Pak Lah diturunkan ketika era DS Najib kerana mahukan perubahan dan slogan 1 Malaysia memerlukan semua wajah mewarnai negara dalam semua bangsa.
Jadi nak senang cerita wajah seorang saja dah boleh menggambarkan semua dalam 1 Wajah.
Wajah2 pengkhianat negara yang perlu perhatian dan tindakan:
http://www.zoompanas2.com/2009/10/orang-dikehendaki-polis.html
Salam..
Sebagai pemimpin, rakyat adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Segala hiasan dan tampalan wajah2 tersebut sebenarnya kurang bermanfaat dan mendatangkan faedah kepada rakyat.
Justeru adalah baik jika peruntukan tersebut digunakan untuk pembangunan atau disalurkan kepada pihak yang amat memerlukan.
Prestasi seorang pemimpin bukanlah diukur melalui ‘pembungkusnya’, tetapi ia akan dinilai melalui prestasinya. jgn lah terlalu fokus terhadap ‘solekan’ luaran sehinggakan terabai apa yang ada di dalam diri.
Saya tertarik dengan gaya dan cara hidup presiden Iran kini. Beliau berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat…bersikap sederhana dalam semua hal. Tegas dalam pendirian. Hak2 rakyat terbela. inilah pemimpin yang kita cari!!
Y. Bhg. Tun,
Mempromosi diri sendiri memang tidak baik. Di negara blok sosialis atau komunnis dulu dan sekarang, gambar pemimpin bersais besar semamangnya dipamirkan secara terancang seperimana bandar New York atau Tokyo mengiklan jenama barang-barang. Memang suatu ketika dulu menjadi lumrah untuk melihat gambar PM, TPM dan menteri atau menteri besar dipamirkan bersama.
Saya dapat tahu ketika itu seboleh-bolehnya gambar Tun tidak boleh dipamirkan walaupun dalam buku-buku cenderamata. Bermaksud wajah Tun kena blackout ketika itu. Jika terpaksa pun kerana gambar itu releven tetapi liputannya mestilah kurang daripada PM. Saya sendiri menghadapi dilema sedemikian dan kini saya rasa menyesal tetapi terpaksa menurut arahan. Sepatutnya dalam menyorot sejarah negara sumbangan Tun adalah lebih banyak tetapi terpaksa dijinakkan dengan liputan yang tidak begitu menonjol.
Datuk Najib kena belajar daripada pengamalan dan iktibar promosi diri sendiri yang berlebihan.
Saya baru berjumpa rakan dari US, dia amat ambil berat apa yang sedang berlaku kepada Tun.
Semoga Tun sekeluarga diberkati Allah.
Dear Tun,
Near the place I am working, one of the cabinet ministers will have his poster posted come chinese new year, deepavali, christmas and hari raya. Lately I noticed that these posters have been smeared with red paint.
Good day Tun,
Poh
Assalamualaikum..
Saya setuju 100% teguran TUN kali ini..sekurang2nya boleh jimat space iklan dan peluang space itu blh diberi kpd syarikat yang memerlukan publisiti yang lebih kritikal. Rakyat sudah maklum pun siapa PM mereka walau tiada gambar pun di tepian jalan/papan2 iklan.
Jika UMNO ingin berubah, tinggalkanlah budaya melobi2 ini.Syukran
Assalamualaikum Ayahanda Tun…
Pada pendapat saya, apa yang Tun katakan adalah benar. Kita perlu mempamerkan identiti rakyat Malaysia kepada pelancong-pelancong asing, bukannya wajah-wajah pemimpin tertentu. Geli hati apabila melihat papan tanda di Putrajaya berslogan ‘Daripada Sebuah Ladang, Lahir Sebuah Impian’ (kalau tidak silap saya) dengan berlatarbelkangkan wajah Pak Lah.
Salam Tun,
Harap begitu lah hendaknya….
Ini lah masanya untuk BN kembali menawan semula hati rakyat yg rata-rata telah benci dan menolak BN.
Harap segala perancangan dan gerak kerja murni ini akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT.
Yg Amat Berbahgia Tun
Tentang gambar pemimpin ni, di Kedah gambar ustaz Azizan Menteri Besar Pas Kedah ada di merata rata. Tak tahulah pula MB ni rasa dia handsome ke, segak ke aper ke tapi saya merasakan gambar gambar besar dia ni tidak mesra alam dan disesetengah tempat mengganggu lalu lintas ajer.
Yang lucunya ada sampah yang bertimbun di depan gambar besar ustaz azizan ni seolah olah dia melihat sampah yang tidak di pungut ini oleh pekerja Majlis tetapi hanya membiarkan sahaja dengan tersenyum.
salam tokdet
di kota bharu, wajah seorang ketua ulamak berada di mana2.
beribu peruntukan digunakan utk wajah yg dikatakan jika dilihat
akan memberi pahala kepada org yg melihatnya.
SALAM KASIH DAN SAYANG
AYAHANDA RAKYAT TUN,
IZINKAN,
..DAN KINI DENGAN USUL EMPAT RUKUN BARU UMNO, NAJIB MENGHARAPKAN AHLI2 UMNO AKAN BERJIWA BARU…
PERSOALAN NYA?
APAKAH DENGAN RUKUN BARU TERSEBUT, WAJAH2 PEMIMPIN YANG TELAH DIDAPATI ‘BERSALAH’ SEPERTI ISA SAMAD, ALI RUSTAM DAN KHAIRY JAMULUDDIN YANG MASIH ‘POPULAR’ DENGAN PUCUK KEPIMPINAN AKAN MENGUBAH PANDANGAN RAKYAT PENGUNDI TERUTAMANYA GENERASI MUDA DAN AKAN MENYOKONG UMNO SEMULA?
JANGAN BERHARAPKAN SANGAT, SELAGI WAJAH2 YANG TELAH MENCEMARKAN BAIK UMNO MASIH BERGELAR PEMIMPIN DIDALAM RUMAH KERAMAT BANGSA MELAYU ITU.
BAGI KAMI YANG TIDAK PUTUS MENGUNDI BN SEHINGGA PRU 11 ( PRU 12 TERIMA ‘BAD OMEN’ – KERETA ROSAK DALAM PERJALANAN) TIDAK AKAN LAGI PERGI MENGUNDI SELAGI PUCUK PIMPINAN UMNO HANYA BERANI ‘BERCAKAP TAPI TAKUT BINI’….OOPS, TAKUT BIKIN.
KPI NAJIB MASIH DITAKOK LAMA APABILA MEMILIH CALON KITAR SEMULA UNTUK BAGAN PINANG, MASIH MENGEKALKAN ALI RUSTAM SEBAGAI KETUA MENTERI DAN KJ DAN KHIR TOYO ANTARA PEMIMPIN YANG MASIH BERMASALAH, YANG BELUM DIKENAKAN TINDAKAN BAIK OLEH UMNO MAHU PUN KERAJAAN ( SURUHANJAYA PILIH RASA)
KAMI KATAKAN, WALAUPUN 10 RUKUN SEKALI DIUTARAKAN, RAKYAT AKAN HANYA TERIMA SEBAGAI SATU JENAKARAMA SELAGI MEREKA YANG BERBADAN NAJIS MASIH DITERIMA SEBAGAI PEMIMPIN UMNO…PERCAYA LAH!
ALFATIHAH, AMIN.
ps. Jangan terlalu gembira atas kemenangan besar Isa Samad diBagan Pinang. Kami yang hanya duduk dirumah pun telah meramalkan nya. Hanya kami katakan BN menang jadi arang, kalah jadi abu.
salam Tun..
kali nie saya sependapat dengan Tun.keupayaan PM bukan pada gambar dan populariti tetapi pada usaha dan kebijaksanaan mentadbir.
apa guna bercakap manis dan menunjuk-nunjuk kebaikan jika hasil yang digapai kosong dan memalukan.Apa gunanya amalkan baling batu sembunyi tangan,kelak negara yang rugi dan rakyat yang sengsara.Kesannya lahirlah pemimpin yang tidak berguna,apa gunanya menterbalikkan sistem perundangan kelak akhirnya dijadikan peluru dan imuniti untuk mencari alasan.timbul lah perkara baru dan akan memeningkan kepala setiap penentu apabila diperlakukan oleh pelaku yang inginkan keadilan palsu,mendapat akhiran yang jelek,diketawakan oleh pihak luar seolah-olah badut membuat persembahan.
Apa-apa pun komen yang diberi, jasa Tun tetap dikenang kerana ada hasilnya,apa-apa pun yang dilemparkan terhadap Tun,kejayaan telah diperlihatkan.walaupun soal sahsiah dilemparkan dan soal kemajuan diambil serius itu bukan soalnya bagi pemikir duniawi.soalnya dimana fungsi kelangsungan objektif yang ingin dikejar.setakat ini hanya mencipta slogan palsu dan jelek.bukan slogan demi slogan yang harus dicipta tetapi penambahbaikan terhadap matlamat ataupun pembaharuan yang dibawa agar selari dengan sahsiah dan kemajuan untuk negara.jika gagal tidak mengapa kerana ada usaha.tetapi jika tiada usaha apa ukuran nya.apa penandaanya.apa arasannya..
walaupun Tun tidak mencapai tahap wasilah tetapi duniawi telah menjadi landasan kepada rakyat agar mengejar ukhrawi.Tidak dinafikan kesannya adalah sangat buruk tetapi masih terkawal.tetapi sekarang tiada apa yang hendak dibanggakan..hanya syok sendiri dengan permainan mencipta slogan.Lebih malang kerana mempunyai legasi dan komuniti yang bijak mencari peluang dan ruang agar diri menonjol bukan membanggakan tetapi membebankan.kesan ketaranya terpaksa memikirkan pelbagai alasan penyelesaian imej berbanding mengejar kemajuan.
Salam Tun,saya adalah seorang pelajar perubatan tahun pertama tajaan JPA di sebuah universiti di India.Sejak dari kecil lagi saya menyanjungi segala perjuangan,jasa dan pemikiran jauh Tun yang banyak mengubah Malaysia sehingga menjadi sebuah negara terkenal dan digeruni oleh serata dunia.Saya menjadikan Tun sebagai “Role Model” saya.Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar yang sedia berkhidmat untuk agama,bangsa dan negara dan ingin menjadi seorang yang berjaya seperti Tun pada masa hadapan kelak…InsyaAllah
Saya sangat teringin untuk bertanya soalan kepada Tun tentang segala pengalaman-pengalaman manis mahupun pahit ketika Tun bergelar sebagai seorang pelajar khususnya semasa menjadi seorang palajar perubatan dan ketika menjadi seorang doktor perubatan dahulu.Saya juga teringin untuk mengetahui apakah rahsia dan pendorong utama yang menjadikan Tun seorang yang berjaya.
Saya doakan semoga Tun dipanjangkan umur,sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki dan semoga Malaysia akan terus maju dan cemerlang setanding dengan negara-negara maju lain.Sekian,ribuan terima kasih.Salam
Salam,
Saya setuju dengan Tun. Gambar pemimpin hanya untuk pilihanraya sahaja. Bukan sebab tak hormatkan pemimpin, tapi bila billboard sebegitu mcm cendawan tumbuh lepas hujan, hanya satu je dalam kepala rakyat bila melihat – GILA GLEMER betul orang ni. 😀 Gambar raja dan sultan ok. – ianya lambang kedaulatan tanah melayu. Tiada personal gain dalam tu.
Gambar orang yang dibenarkan patutnya gambar raja-raja (lambat kedaulatan), dan juga gambar gambar perdana menteri sahaja (lambang sumbangan mereka). Kira perdana menteri itu mewakili semua menteri pada masa zaman dia lah.
Harap para pemimpin tidak galakkan budaya ‘idolism’ dalam masyarakat kita.
Saya setuju dengan pendapat tuan. Sayangnya kesedaran tuan sudah terlambat kerana waktu berkuasa dahulu tuan tidak membetuli apa yang perlu. Tuan banyak membawa pembangunan dan kejayaan pada negara terutama tuan bersama dengan DSAI. Beliau juga bersama tuan sewaktu party UMNO berpecah dan diharamkan. Cuma saat akhir apabila tuan rasa diri tuan tergugat dan anak anak tuan jatuh teruk dalam perniagaan tuan mengambil tindakan yang agak tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat. Akhirnya pemimpin disekeliling tuan berkerja untuk tuan bukan bersama tuan kerana mereka ini tidak ada pendirian. Mereka takut bersuara dan masing masing mengambil kesempatan untuk mengkaya diri mereka tidak kira halal dan haram harta yang dikumpul.Hanya yang bersih dan berani bersama DSAI memperjuangkan keadilan. Pemimpin peminpin ini takut kalau kuasa diambil oleh pembangkang kerana segala harta yang terkumpul secara haram akan dibongkar. Untuk mendapat kemenangan mereka sanggup mengeluarkan wang berjuta juta untuk mendapat sokongan. Ini termasuk dalam pemilihan pemimpin dalam UMNO. Maka orang orang melayu yang masih tidak mahu berubah menganggap rasuah satu budaya yang tidak dapat dipisahkan.Mereka tidak sanggup kalau UMNO dikorbankan sekira mahu perubahan pada negara.Biarkah pemimpin yang ada penuh dengan skandal dan rasuah asalkan ada sedikit ketuanan melayu memerintah negara. Kekayaan yang terdapat pada orang melayu kebanyakkan bukan kerana usaha tetapi dari kuasa politik. Mimpi saya orang kerdil masih jadi mimpi, ingin sebuah negara yang betul betul demokrasi,media yang bebas,pemimpin yang bersih berjiwa rakyat, makamah, PDRM, SPR, SPRM bebas dan jauh dari pengaruh kuasa politik. Semangat perjuangan yang ada pada UMNO hanya sewaktu diperhimpunan tetapi selepas itu balik kejalan asal, perpecahan dan rasuah. Hanya pantun dan kata kata menjadi kesedapan dalam perhimpunan disusuli pula dengan media, pembaca berita yang tidak habis habis memuji dan mengulas kata ucapan pemimpin.
YAB dan dikasihi Tun
Saya amat setuju dengan saranan Tun itu,tapi kalau yang dinaikkan itu wajah Tun tak apalah sebab orang suka tengok,wajah Tun kan handsome!…… kalau wajah orang lain tak tahulah saya…..
Terima Kasih Tun..
Salam Tun dan pembaca-pembaca budiman,
1. Negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan sedang galak menaikkan billboards dengan wajah-wajah pemimpin mereka, daripada wakil-wakil rakyat kawasan dan parlimen, hinggalah kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri nan satu itu.
2. Wajah-wajah tersebut siap berposing, dengan senyuman tak lekang di bibir, berserta kata-kata yang bermacam-macam bunyinya….
3. Betul nasihat Tun, sudah ada timbul sedikit ‘cemus’ di hati kerana wajah-wajah tersebut asuyik timbul sana sini.
4. Tapi mereka tak kan nak dengar nasihat Tun, betul tak??
5. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya… Biarkan!! Biarkan!!
sikenit.
Assalamualaikum Tun,
1.Diharap orang UMNO jangan jangan jadi seperti penyokong taksub PAS,bukan sahaja di Kelantan dipenuhi dengan muka Nik Aziz (ulamak nyanyok) malah sekarang ini menjadi stiker pada cermin kereta.
2.Bila tengok gambar Nik Aziz pada papan tanda atau pada kereta, memandupun dah jadi tak tenteram teringat akan fatwa songsangnya.
3.Lebih damai melihat pokok ataupun pemandangan alam semulajadi.
Assalammualaikum Yang Amat Berbahagia Tun semoga sehat sehat selalu insyallah. Saya berstuju Tun supaya gambar gambar PM dan Menteri menteri tidak di pamir sedemekian sebalik nya YAB PM mengarahkan supaya gambar gambar rakyat berbilang bangsa yang menjulang 1 Malaysia di pamirkan, gambar gambar rakyat yang berjaya, gambar gambar Malaysia yang boleh menarik pelancong , gambar gambar yang boleh memberi semagat ke kitaan, gambar gambar yang boleh menyatukan rakyat, gambar gambar yang boleh memberi perasang kepada anak anak muda untuk terus belajar menuntut ilmu science dan teknology dll.sekian terima kasih Wasalammualaikum.
Assalamualaikum Tun Yang Amat Dihormati,
1.Papan tanda yang menunjukkan wajah seseorang pemimpin ,bagi saya tidaklah begitu memberi kesan,tetapi yang menjadi masalah sekiranya terlampau banyak,tambahan pula,sekiranya pemimpin itu bukan seorang yang mempunyai rekod kerja dan kepimpinan yang cemerlang.
2.Walaupun Tun tidak bersetuju gambar Tun diletakkan di mana-mana papan tanda,bagi saya Tun lebih layak dan sesuai(sejuk memandangnya),bersesuaian rekod pemerintahan dan kepimpinan Tun yang cemerlang.Bukan hendak membodek,tetapi itulah kenyataan.
Semoga Tun dan Tun Siti Hasmah sentiasa menjaga kesihatan.Keikhlasan seorang hamba Allah terpancar pada air mukanya,itulah yang saya nampak pada Tun.Semoga Tun berdua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.Semoga negara kita akan kembali ke landasan yang betul dibawah kepimpinan DSNTR,terlalu banyak lagi tugas yang harus kita dilakukan.
BERSATU RAKYAT UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA TERCINTA,MALAYSIA.
Tun,
InsyaAllah.. mudah-mudahan begitulah.. serasanya, biarpun tanpa sepanduk, jika pemimpin itu dekat dihati rakyat, insyaAllah wajahnya akan sentiasa diingati dan dikenali..
~ OnDaStreet
Dear Tun,
Teguran Tun amat tepat sekali. Semasa saya berhari raya di Seremban, seluruh tiang-tiang letrik di bandar Seremban digantung dengan sepandok gambar muka Menteri Besar Mohamad Hassan kononnya untuk mengucap Selamt Hari Raya.
Amalan ini mesti di hentikan. Ianya satu pembaziran wang rakyat.
Y.A.Bhg Tun,
Terima kasih kerana Tun telah menimbulkan isue ini. Sebenarnya menaikan poster yang besar dimerata tempat diseluroh negara adalah peluang untuk memberi perniagaan kepada kroni. Saya perhati, banyak Kementerian mempunyai pelbagai poster besar yang dipasang diseluroh negara dan amat menyemakan. Belanjanya sudah tentu besar sehingga pulohan juta. Contohnya kempen Tak Nak Merokok. Siapa yang dapat kontrak untuk pasang poster dimerata tempat dan berapa jumlah peruntukan yang digunakan. Kementerian Kewangan sangat lemah dalam memantau perbelanjaan oleh pelbagai Kementerian. Nampaknya, matlamat utama adalah untuk memberikan peluang kntrak kepada kroni.
2. Menaikan poster besar PM, MB dan juga Menteri tertentu adalah sesuatu yang sangat menjijikan kerana wang rakyat digunakan. Perbelanjaan yang bagitu besar lebih baik digunakan untuk membina rumah kos rendah atau membiayai makanan kepada murid miskin. Kalau kita pergi ke negara maju lain, tidak ada poster sedemikian.
3. Syabas Tun kerana membangkitkan isue berkenaan. Tetapi siapa yang baca blog ini. PM, MB atau Menteri ada masa nak baca ke?. Mereka mungkin tidak sedar yang rakyat benci dan meluat melihat gambar mereka diposter yang besar. Pencacai mereka sebenarnya lebih camca dari bubor yang akhirnya bos mereka tersungkor. Contohnya Azlina ,bekas Menteri Pelancongan dah tersungkor. Gambarnya diposter bukan main intim lagi dengan mantan PM. Tolong jangan buat benda yang menimbulkan kebencian rakyat. Duit rakyat hendaklah digunakan dengan baik supaya negara terus maju bukan mundor ke belakang. Singapura dah jauh meninggalkan kita kerana pemimpinnya jaga duit rakyat dengan baik dan tidak ada benda pelik yang mereka buat. Di Malaysia, banyak belanja kepada benda-benda yang pelik dan tidak masuk akal, contoh terkini projek PKZ. Tanah dibeli beratus juta ringgit. Kontrak diberi secara runding terus dan akhirnya berbilion ringgit dibelanja tanpa pemantauan yang betul.
Yang Iklas,
Rahim
Tun
LOL – dont tell me you’re now recycling topics
The last time you raised this whole poster issue, I thought it was sour eggs…
On the topic this time, I recognise there is some merit to the content. I agree Leaders shouldnt be idolised. They should be respected, NOT idolised.
During your era, there were other type of idolisation of you including posters of yourself. However, you make out Tun Abdullah (or during his Premiership) had more posters than you.
You know what, his supporters probably felt that the right thing at the time – ie. advertising. You see, Tun Abdullah was leading the country after a long regime under you. His supporters probably felt they needed for him to “shake your shadows” so to speak so the country knows who was leading it.
Obviously, you take it personal and don’t wish for anyone other than yourself to be idolised.
(Ravi)
—– bila sesuatu dipamirkan bersaiz dan cara sederhana, bolehlah diterima, tapi jika dibesarkan dan diletakkan di merata rata tempat; seolah olah memaksa orang menatap wajahnya memanglah mencemarkan pemandangan alam semula jadi. Berpada padalah.
ASWT YAB TUN,
Absolutely agree with U
Not just WHO U ARE.
Most importantly WHAT U DO.
Salam
Sel
Satu lagi cara iklan yang memuakkan mata , bila mana ada suatu projek kerajaan yang akan dibena, maka berdirilah dengan megah nya poster besar yang berbunyi ” SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL” rakyat tahu lah tu..
1. Salam kepada ayahanda TUN dan keluarga
2. Saya amat bersetuju dengan pendapat TUN itu. Kacak @ Lawa sangat ke menteri-menteri kita ni sampai gambar mereka diabadikan di atas banner @ poster. Adakah dengan memaparkan gambar mereka-mereka ini dapat menarik pelancong datang berduyun-duyun ke negara kita.
3. Sepatutnya banner@poster ini hendaklah memaparkan keindahan alam di negara kita. Sebagai contoh tempat-tempat peranginan seperti Langkawi, Pangkor dan sebagainya. Dengan memaparkan tempat-tempat sebegini pelancong-pelancong luar akan tahu dimana hendak ditujui.
4. Diharap semua agensi-agensi kerajaan mengambil berat teguran daripada TUN
Hidup TUN, Hidup Melayu, Hidup Bumiputra, Hidup Rakyat Malaysia
Tun,
Teguran perlu senantiasa diberikan kerana seperti Tun sering mengingatkan bahawa kami ini cepat lupa. Namun adalah sungguh mencemaskan apabila yang mendengar peringatan itu tidak mengendahkan malah hanya berubah sikap apabila dilanda krisis.
Lebih-lebih lagi mereka tidak mahu pula mendengar nasihat dari Tun yang sudah amat terbukti keberkesanan dalam pendapat dan sejarah perjuangan Tun sendiri. Sekiranya mereka ini tidak mahu dengar cakap Tun, apatah lagi kita orang kerdil rakyat bawahan. Lagi tidak akan didengari nasihat maupun rungutan kami ini.
Harap dengan asyik menulis di sini harap-harap ada juga pemimpin negara yang menjenguk dan mengambil begitu banyak buah fikiran rakyat yang boleh diguna-pakai demi masa depan bersama.
Redhuan D. Oon
PendAtang Dengan Izin
Yg Berhormat Tun,
Komen yg baik dan ikhlas.
Salam Tun,
Tak payah lah wajah pemimpin2 di pamer di sana sini – buang duit aja. Pembasiran. Nak jadi Macam Saddam ke atau Stalin ke atau Pemimpin2 yang sewaktu dgn nya?
Apa ada pada wajah? Don’t judge a book by its cover.
Apa yang penting kebolehan, ikhlasan dan keberkesanan merealisasikan cita2 Negara.
Saya mnemang amat kagum dan bangga dengan kebolehan, keikhlasan dan pencapaian Tun sebagai PM Malaysia. Bila saya lihat gambar Tun di sama sini – sidikit pun saya tak merasakan apa2.
Tetapi ucapan (dan idea) Tun dan tindak tanduk Tun lah yang membuat saya kagum dan bangga.
Kerana Tun telah membawa Malaysia ke tahap kemajuaan yang setanding dengan negara2 Asian Tigers yang lain.
Jika dulu LKY dan rakyat nya suka memperkecilkan Malaysia. Tun telah menunjukan kepada LKY bahawa Malaysia BOLEH.
Malaysia dengan system demokratik nya yang sihat ada peluang yang lebih baik kekal kesinambungan kepimpinan nya.
Singapore – jika LKY tiada – tak tahu apa nasib yang akan menimpa mereka.
Terima Kasih Tun.
SALAM BUAT TUN BERDUA MOGA DIRAHMATI ALLAH S.W.T.
1) INI ADALAH KALI KEDUA TUN MENGUTARAKAN MENCARI PUBLISITI UNTUK BERGAMBAR DENGAN SEORANG PERDANA MENTERI.
2) RIMBA EMAS SENDIRI AKAN RASA BERBANGGA JIKA MEMPUNYAI GAMBAR BERSAMA-SAMA TUN UNTUK SIMPANAN PERIBADI.INI SALAH SATU SEBABNYA RIMBA EMAS SANGGUP MENYERTAI TUN DALAM KOMENTAR INI.SEBABNYA TUN MEMBERI PELUANG UNTUK KOMEN.
3) RIMBA EMAS RASA TUN SUDAH KETAHAP POPULAR SEHINGGA TELAH MENJADI IKON UNTUK MENJADI SESEORANG YANG DIINGATI SERTA CITA RASA YANG DIMASUKKAN DALAM CATATAN YANG DI KEHENDAKI SESETENGAH INSAN BERNAMA MANUSIA,JADI TAK PERLULAH TERLALU MERENDAH DIRI, PASTI TUN BERSYUKUR AKAN ANUGERAH ALLAH S.W.T INI.
4) TUN PERLU FAHAM RAMAI YANG INGIN MENUMPANG UNTUK SEKURANG-KURANGNYA UMPAMA BERKAT ATAU TUAH YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA TUN ITU YANG TERLALU JUGA INGIN DIMILIKI OLEH SESETENGAH INSAN BERNAMA MANUSIA INI.
5) NAMUN KESEINAMBUNGAN PEMIMPIN KEPADA PEMIMPIN YANG LAIN YANG TELAH DI RENCANAKAN ANTARA GOLONGAN ATASAN INI TERMASUKLAH HUBUNGAN KELURGA,AKADEMIK,YANG MENYERTAI PIMPINAN PARTI,DI BAWAH TUGASAN KERJA SENTIASA MENPUNYAI HUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN TUN.
6) JANGAN SALAHKAN RIMBA EMAS DAN KOMENTAR YANG TIDAK PERNAH MENDAPAT BANTUAN SECARA (PERSONAL)DARI TUN SENDIRI TERPAKSA MENGUNAKAN PENDEKATAN BEGINI.
7) RIMBA EMAS TERPAKSA MENGAKU TIADA PERUBAHAN YANG TELAH BERLAKU DALAM SEBARANG URUSAN DARI TUN SEHINGGALAH PERDANA MENTERI KITA SEKARANG DATO’SRI NAJIB, KEADAANNYA SAMA SAHAJA TIADA PELUANG.
8) MASIH TERASA KOMENTAR BAGAI LANGIT DENGAN BUMI, HANYA ALLAH S.W.T SENTIASA DI SISI.
WALLAHUA’ALAM
Assalamualaikum dan salam hormat buat Tun.
1. Apabila seseorang itu mencari nama(populariti)secara melampau melebihi amanah yg dipikul,akhirnya ia akan jatuh dgn keadaan yg memalukan.
2. Adalah disarankan supaya semua lapisan pemimpin termasuk PM,TPM semua menteri mahupun wakil rakyat supaya turun padang dengan iklas dan jujur (tanpa karpet merah & publisiti)untuk memahami dan merasi sendiri masalah rakyat jelata bukan sahaja yg berada di pedalaman malahan yg berada di bandar-bandar besar, yg bekerja dikilang-kilang dgn pendapatan yg rendah, yg begitu bersusah payah utk membesarkan anak-anak, yg adakalanya anak-anak mereka terbiar berkeliaran (kerana ibu bapa mereka TERPAKSA sibuk mencari nafkah),yg kebanyakannya menjadikan mee segera sebagai makanan ruji mereka,yg semakin berusia tetapi masih terpaksa bekerja mencari sesuap nasi dan yg..yg..yg.. banyak lagilah!!
3. Apabila pemimpin2 ini turun padang, tidak perlulah bawa sumua pengikut2nya,atau pengampu2nya,atau bodyguard2nya. Jika perlu, bermalamlah bersama rakyat golongan susah ini, turunlah ke surau/masjid mereka,turunlah dipasar tempat mereka berbelanja dan dengarlah keluhan mereka,naikilah bas yg mereka naiki dan dengarlah luahan hati mereka.Bantulah mereka ini seikhlas-ikhlasnya.(Jgn pula keesokan harinya terpampang diakbar utama, si polan itu memberi sebanyak ini.)Wahai pemimpin2ku, sanggupkah dan beranikah anda berbuat demikian??? Cepatlah sebelum terlambat. Jgn pula apabila pembangkang memulakannya baru anda ingin mencuba!!!
Fikirkanlah dan pertimbangkanlah dgn sewajar-wajarnya.
Salam Tun,
Pak Lah itu bukankah handsome orangnya saperti model. Sentiasa tersenyum dan begitu juga menteri menterinya.Jadi tak salahlah mereka papar muka muka mereka ditepi tepi jalan.Kalau di akhbar nanti orang buat alas periok didapur.Selepas ini gambar Rosmah pula dipapar disana sini. Sorang model lah konon nya.
Sedikit hari dahulu gambar Anwar dipapar besar diBatu Cave. Semua orang India berhenti sembah gambar ia ketika lalu dekatnya.Mungkin Pak Lah minta orang ramai berbuat demikian tetapi tidak laku. Kasihan………
Sekian 10Q
Ya saya SETUJU TUN..SETUJU SANGAT-SANGAT..If BN taknak dengar apa yg TUN katakan ini,kalah pilihanraya padan muka lah sebab rata-rata ramai yg meluat dgn BN sekrg kerana BN tunjuk EGO,BESAR DIRI dan BONGKAK..
Salam hormat Tun M
Paling baik sekiranya pemimpin-pemimpin seperi Tun menegur semasa berkuasa. Bila kuasa sudah tiada, payah sikit untuk orang terima
Dearest Tun,
You are absolutely right, we really hate those giant billboards. Like “angkat diri dalam bakul”. If a leader is capable and people like them, they don’t need to remind us of their looks or what they do. They will always remain in our hearts, just like Tun.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salam YBhg Tun,
Setuju sangat dengan saranan YBhg Tun. Masa raya lepas banyak juga papan tanda gergasi ucapan Selamat Hari Raya daripada individu-individu yang juga Menteri Besar atau Ketua Menteri. Saya rasa ini boleh dimaafkan dengan syarat diturunkan semula selepas habis beraya.
Benar itu Tun.
Tambahan pula meletakkan poster dengan wajah pemimpin, tidak jauh bezanya dengan mendirikan tugu untuk mereka.
Apatah lagi kalau berbulan-bulan dibiarkan bergantungan.
Kadang poster yang cukup cantik dirasakan tercemar pula dengan adanya wajah pemimpin meskipun pemimpin itu kita sebenarnya suka.
Hormat lebih baik daripada memuja..
Kejutan 1 Malaysia
Salam Tun,
Apa relevannya muka diorang dalam sepanduk dan papan tanda merata2 tu…
Guna duit sapa buat sepanduk2 dan papan2 tanda tu agaknya. Guna duit poket sendiri ke?
Kami rakyat memang nampak benda2 pembaziran mempromosikan diri yang semacam ini tapi pendam saja dalam hati.
Dengan adanya blog Tun ini dapat juga kami luahkan.
ermmm … adakah Tun bermaksud bahawa muka Perdana Menteri di atas papan tanda seharusnya tidak boleh dicemari oleh menteri lain … agar muka Perdana Menteri lebih menonjolkan?
Salaam Tun,
Pada pandangan kecil saya, ini adalah salah satu ‘PR’ excercise, yang digunakan oleh muka-muka baru, dan lebib-lebih lagi mereka yang tahu diri mereka kurang ‘popular’. Ini satu exercise yang “kill two birds with a stone”. PR dan publisiti untuk mereka yang memerlukan nya, dan kesambilan itu membuka/memberi ruang “business project” untuk merangup keuntungan wang bagi kuncu-kuncu mereka yang dalam bidang advertising, printing dan bill board. 😉 Win Win situation, of course.
Betul tu Tun… tambahan pulak waktu tu menteri pelancongan tu selalu menang tanpa bertanding jer.. Tak mesra rakyat pulak tu, sombong!! Berlagak lebih, jadi menteri… Lelaki pun tak sombong mcm dia.. saya bandingkan dia dgn lelaki sebab dia lagak mcm lelaki..
Askum Tun …
Rakyat ni kadang2 cepat memaafkan orang tambahan pulak klu pemimpin jaga tempat mereka dengan baik.
Peduli apa orang kampung pasal rasuah2 ni. Asalkan kampung mereka terjaga asalkan pemimpin leh jenguk2 sakit pening mereka.
Pemimpin PKR & PAS pun bukanlah clean sangat but still diterima rakyat sebab mereka dekat dengab rakyat. Pandai amik hati rakyat.
Tun …
Tunjuklah jalan pada semua lapisan pemimpin umno. Baliklah jenguk2 tempat dan kawasan mereka. Baliklah n jemaahlah dengan pengundi2 mereka.
Semudah itu juga mereka boleh kembali yakinkan rakyat.
Sudah-sudahlah tu dok melengak atas kerusi empuk. Udah-udah ler tu yop. Ingat next PRU dah dekat.
Wasallam
Salam,
Ya gambar2 ahli politik tak sesuai lansung dipapar di papan besar khalayak umum.
Gambar2 yang sesuai pada papan tanda besar umum termasuklah
1. gambar Raja2 dan Permaisuri
2. gambar perpaduan/muhibah pelbagai kaum
3. gambar2 Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjelang kemerdekaan sambutan kemerdekaan.
4. gambar2 kempen peringkat kebangsaan seprti kempen basmi denggi,dadah,Mat Rempit, pemuliharaan almsemula jadi, kempen beli barang Malaysia.
5. gambar motivasi seprti kerja kuat dan lain2
terlalu banyak gambar yang bersesuaian. Semua ini boleh menguntungkan BNasional tetapi kerajaan BNasional lansung tak ambil peluang keemasan ini.
Seperkara lagi semak mata memandang gambar2 iklan merata2 di tepi jalan. Ditambahkan pula berduyun2 papan iklan di kawasan2 perumahan.