18. Mereka yang ingin menyertai UMNO perlu faham sejarah dan matlamat perjuangan UMNO. Jika mereka dapati perjuangan ini bertentangan dengan prinsip perjuangan diri sendiri, adalah lebih baik jika mereka berada di luar UMNO.
19. Walaupun demikian ini tidak bermakna UMNO beku dan jumud, bahawa perjuangannya sudah ketinggalan zaman, tidak relevan lagi.
20. Asas perjuangan untuk memberi tempat kepada orang Melayu di negara yang mereka bersetuju berkongsi dengan bangsa-bangsa lain tidak perlu diubah. Asas perjuangan UMNO untuk menebus maruah orang Melayu tidak perlu diubah. Asas perjuangan untuk orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain tidak perlu diubah.
21. Yang perlu diubah ialah pendekatan yang mampu mencapai matlamat dengan lebih awal dan lebih kukuh.
22. Liberalisme Barat yang menghalal segala-galanya tidak akan menjadikan orang Melayu lebih mulia dan lebih berjaya. Sebenarnya menerima semua yang datang dari Barat membuktikan ketandusan pemikiran Melayu. Setelah merdeka 60 tahun, apakah akal fikiran Melayu masih belum bebas, belum merdeka?
23. Tetapi jika ada yang baik yang datang dari mana-mana pun Melayu mesti bijak memilih, apa yang perlu ditolak, ditolak dan apa yang perlu diterima, diterima.
24. Umumnya budaya Barat yang mengutamakan hak individu lebih daripada hak orang ramai perlu ditolak.
25. Pemimpin yang cuba menukar perjuangan UMNO perlu ditegur. Jika tidak perjuangan akan lari jauh dari asas perjuangan Melayu. Sesungguhnya banyak sudah kesalahan yang berlaku dahulu kerana budaya Melayu yang tidak suka merentak hati pemimpin. Kemudian bermasalahlah mereka untuk menangani kesan kesalahan ini.
26. Ahli UMNO perlu bijak membeza antara pendekatan bagi menjayakan perjuangan UMNO dengan pendekatan yang akan mengubah perjuangan UMNO.
27. Semua ini mesti difahami oleh bakal ahli dan pemimpin UMNO. Jika mereka tidak tahu dan tidak faham, jika mereka anggap UMNO sebagai batu loncatan untuk kekayaan dan kuasa, adalah lebih baik jika berada diluar UMNO. Suarakanlah pendapat mereka di dalam negara yang bebas dan demokratik ini.
28. Disini akan timbul masalah lain pula. Dengan mengguna alasan tidak tahu dan tidak faham, atau alasan bercita-cita mengguna UMNO sebagai batu loncatan, maka pemimpin yang sedia ada akan menolak kemasukan ahli baru, terutama yang berbakat.
29. Oleh itu tapisan hendaklah dibuat oleh satu pasukan yang tidak punyai kepentingan apa-apa. Mereka yang sudah bersara dari jawatan dan orang luar yang bersimpati dengan perjuangan UMNO perlu diberi tugas untuk menapis keahlian.
30. Setelah ditapis mereka mestilah diterima oleh UMNO dan diletak di tempat yang sesuai, tempat dimana mereka tinggal atau yang ada kaitan. Layanan terhadap mereka oleh cawangan dan bahagian mestilah dipantau oleh badan khas.
31. Dalam UMNO tidak harus ada dinasti. Siapa sahaja yang layak dan cinta UMNO berhak dilantik ke semua jawatan. Kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.
32. Mungkin semua ini tidak mudah dilakukan. Tetapi percubaan mesti dibuat.
As-salam Tun,
Saya tidaklah pandai sangat tentang politik di Malaysia ni. Cuma pada pendapat saya pada PRU akan datang ni UMNO-BN akan membuat sejarah iaitu kalah yang mat teruk jika Dt Najib masih tidak berundur.
Jika UMNO-BN ingin menang, Dt Najib mesti resign & GST dibubuarkan.
Orang melayu bukan bodoh, cuma malas nk heboh-heboh macam bangsa lain di Malaysia.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/03/17/Masing-Tun-Dr-Mahathir-Najib/
He is right, tok det.
The reason I brought the driving test out is to let tok det knows, user friendly should be the way out to get votes. Always top down and oppressing opposition parties make the ruling party looks bad and aging. if najib cant be pm, hisham, mukhriz and kj pun tak boleh jadi. when kelantan approves to implement hukum hudud, bn will loose kelantan forever. other states will follow whereby state governments have choice not to be with putrajaya, right?
Bismillahirrahmanirrahim..
Salm Tun..
sebagai tambahan untuk renungan..
Firman Allah..
“mereka mengatakan dengan mulutnya barang yang tiada di dlam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dari apa yg mereka sembunyikan”
Hadith Riwayat At Tharmizi
Bersabda Rasulullah:
“mahukah kalian aku khabarkan sesuatu yg lebih baik dari amal amal kalian, lebih suci, lebih luhur lebih baik dan lebih bermenfaat dari emas dan perak dan lebih bagus dari pergi berperang” .mereka berkata ,khabarkanlah ya Rasulullah, “ iaitu zikrullah@ingat kepada Allah..
Salam dan terima kasih Tun..
Hamba Allah yg memelihara.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum Tun dan sahabat sahabat saya warga chedet..
Rindu saya nak menulis dlm ruangan Tun..
Pertama tama sekali.. saya terbaca karangan warna biru age of enlightenment.. kalau dulu saya mesti dah melenting dan terbawa bawa ngan emosi untuk bagi balik apa yg dikarang oleh beliau..
Tapi Alhamdulillah.. skrang berbeza.. cuma nak minta saudara age of enlightenment buat sikit rujukan sebelum menulis..tak boleh la kata Islam buat melayu jadi mundur macam negara Islam yg lain.. Yang mundur tu pemikiran kita sndiri.. dulu waktu era crusader tawan jurusalem.. Tamadun Islam ttap bangun dan maju walaupun Islam kalah perang..Tu ha bukti kat cordoba smpai europe zaman gelap pun jadi maju sbb mencontohi sistem dan ilmu orang Islam pada waktu tersebut..
Mesti ingat bahawa punca mula mula kekalahan Islam pada waktu tersebut disebabkan pemimpin yg lemah dr mesir yg bakar gereja.. Tu yg bukak peluang untuk crusader bersatu atas nama agama.. Jurusalem diserang dan penduduk habis dibunuh termasuk penganut kristian jurusalem..
Kemudian muncul Salahuddin @Saladdin sebagai pemimpin yg dihormati.. bukan sahaja bijak dan kuat.. tetapi tak main sentimen agama.. buktinya gereja dipelihara dan rakyat berlainan agama terjamin keselamatannya..
saudara age of enlight jgn cari salah sana sini .. Saya tak kisah saudara benci ngan attitude melayu.. cuba elakkan kaitkan mana2 agama.. Kalau awak takde kepercayaan terpulang la.. itu urusan awak tapi jgn libatkan orang lain untuk percaya kefahaman awak yg belum tentu bagus lagi.. Banyak chanel lain awak leh buat rujukan.. bukan chanel 4 je..
Lain topik… saya sokong posting Hang Jebat Derhaka dan 10cadangan beliau bersama penutup post beliau.. jadi tak payah saya tulis panjang2 sangat..UMNO akan tumbang kalau beku dengan culture lama.. orang lama..
sekian..
Salam rindu dan Terima Kasih Tun..
p.s ~ haji amin tan .. tak perlu ISA atau akta hasutan untuk edge of whatever tu.. Janji Allah itu pasti.. aminnn..
Assalamualaikum Tun dan Semua,
Saya dah lama tak mencelah. Pertama sekali saya pun nak panjat rasa syukur atas hebahan Tun. Saya adalah satu dari ramai orang yang pernah mengalami pengalaman tidak diterima borang permohonan ahli. Ketua cawangan kampung saya dulu dikenali sebagai komisen agen yang tak berdaftar. Tak payah nak ungkit sebab beliau dah lama ‘padam’.
Yang saya nak ungkit ialah bagaimana musuh kepada UMNO adalah orang2 UMNO sendiri yang crook, jahat, ulterior motive, opportunistik dan bertuhankan hawa nafsu semata2. Dibawah adalah analisa yang saya boleh illustrasikan berdasarkan pengalaman: Harap orang2 UMNO bacalah posting saya ni yer…..
1. Ketua cawangan menolak permohonan orang2 tertentu menjadi ahli
2. Selepas buat laporan, bahagian minta buka cawangan baru dan daftar semula. Harus cari ratusan nama dan seorang sponsor. Cawangan asal tak boleh sentuh dah. Gone case.
3. Orang2 yang bersemangat murni menjadi tawar
4. Hanya yesman beliau sahaja boleh jadi ahli
5. Cawangan kat kampung saya dulu dah jadi Dinasti beliau yang punya
6. Tabung parti dengan tabung persendirian tak dapat dibezakan, tak ada akauntabiliti
7. Tak organise, tak ada spirit melainkan yesman kepada warlord dengan harapan kita pulak dapat jadi warlord satu hari nanti
8. Ketua cawangan ngam2 pas SPM. Follower tahap SRP. Saya tak pasti Ketua Bahagian tu ada degree ke tak.
9. Ketua bahagian diselindungi pengetahuan dari isu-isu. Dengar cerita ketua bahagian punya issue lagi sadis
10. Pernah graduate oversea lawan ketua bahagian, dia ditewaskan dengan last minute bom atom. Bom atom adalah istilah suitcase penuh dengan wang. Agihan berlaku 15 minit sebelum undian. Seorang akan dapat seribu.
11. Bila digugat, ketua cawangan dan bahagian ugut nak bawak pengikut masuk pembangkang
12. Bila perangai jahat dia terbongkar, fitnahkan UMNO lepas tu masuk pembangkang lawan UMNO balik kononya UMNO yang korap. Padahal dialah selama ini yang mengkorapkan UMNO tu.
13. Pada tahun 2008, PKR menang diHulu Langat tapi calon yang menang adalah bekas orang UMNO yang selalu menang atas tiket UMNO sebelum ini. Orang sama tapi parti lain. Dengar kata beliau tak dicalonkan oleh UMNO. Orang ni pun dah lama padam. Dia ini kepala kepada geng2 yang macam ketua cawangan kampung saya.
21. Cawangan saya di negeri Selangor. Orang2 macam ni sekarang dah ramai pulak yang jadi PKR sebab UMNO dah tak perintah negeri dan dah dibusukkan
19. Sebilangan besar PKR dihurungi UMNO reject sebab tak dapat cari makan dalam UMNO lagi
UMNO kini semakin hilang arah dan jati diri. Disebalik itu, konflik dalaman PR pula makin parah, perebutan kuasa membuatkan kerusi melayang kepala berdarah. Ideologi PR lebih mirip kepada golongan kiri, liberal dan bersekongkol dengan fahaman ultra-zionist. Parti PAS pulak kerjanya menghalalkan apa saja yang PR buat dan mengharamkan apa saja yang BN buat.
Apa yang UMNO boleh buat ialah:
1. Didik kefahaman Al-Quran, perbanyakkan aktiviti kesedaran Akhirat. Biro Agama jangan duduk saja.
2. Didik bahawa pengorbanan tak semesti diganti dengan wang ringgit, bertuhankan Allah semata2 bukan hawa nafsu enjoy
3. Opportunist hendaklah diblack-list kan. Biarlah mereka duduk dalam PKR tu. Ada tak untung pergi tak rugi
4. Perjalanan parti mungkin ada bersistem sebab dah lama wujud tapi masih belum berapa mantap. Akauntabiliti harus ditingkatkan.
5. Fahami generasi muda dan bawa masuk bijak pandai yang ada hasrat murni masuk UMNO. Buat whistleblower hotline untuk memudahkan aduan dibuat terhadap mana2 ketua yang korap atau menghalang kemasukan nafas baru
6. Harus bijak menangkis fitnah. Saman mana2 fitnah yang dahsyat untuk menebus maruah. Kalau diam orang akan anggap tuduhan adalah benar.
7. Sistem hebahan lemah dan layu. Walaupun UMNO kerajaan punya, sistem hebahan pembangkang jauh lebih baik dari UMNO.
8. Perlu ada plean strategik yang realistik dan praktikal dalam jangka masa panjang
9. Pelan strategik harus lah jelas dengan strategi, taktik dan pelan tindakan yang praktikal
10. Objektif murni UMNO haruslah ditanam kepada semua dan kefahaman Al-quran disemai. Ini dapat jadikan orang2 UMNO yang sanggup miskin dan berkorban untuk agama, bangsa dan negara bukan sebaliknya.
Sekian sahaja saya mencelah. Untuk pengetahuan, saya masuk pembangkang selepas tidak diterima oleh UMNO. Tapi ternyata saya menjadi benci pula dengan amalan parti pembangkang. Kini saya adalah pemerhati bebas. Bagi saya politik hari ini tidak kira PAS, UMNO dan PKR memang terhad kepada hawa nafsu dunia saja. Lebih baik buat dakwah bebas dan kerja2 amal.
Sekian terima kasih….
Tun minta maaf.
Ini adalah sambungan komen saya.
Apa masalah dengan keyboard saya yang selalu silap eja dan kini mouse pula sudah jammed..:)
Tun.
Golongan professor roket saintis ini perlu sentiasa saring sputum mereka untuk TB.
Dapatkanlah kahak yang terbaik.
Jangan malu-malu dan segan silu.
Lakukan prosedur pengambilan sputum ini dengan enthusiatic dan bersemangat.
Luahkanlah kedalam bekas itu sebegini..
HAK..PTUIH!..:)
Maaf Tun.Apa mau heran kualiti komen saya seorang bangang..:)
Terima kasih Tun.
Assallammualaikum Tun.
Saya mohon ruangan.
[Apapun, ’idea dungu/bangang?’ (maaf sebab kasar sikit bunyinya) siapalah agaknya yang mencadangkan supaya ’UMNO mesti mati’ ]
Ahaha..Professor Roket Saintis saudah berhujah..:)
Tun..untuk makluman Tun,professor ini sebagaimana biasa hanya dia seorang sahaja yang pandai.Dato’ Seri Najib pun di umpat dan dikejinya sebagai bangang maka tentulah kurap seperti saya kutu sahaja pada pandangan mata professor ini..:)
Tun.
Manusia ini terbahagi kepada dua.
Satu mengamalkan fahaman Qabil dan satu lagi mengikut fahaman Habil.
Qabil reasoning and Habil reasoning.
Qabil sudah tentulah Tok Guru kepada Professor ini.
Sesiapa yang tidak bersetuju kepada ‘reasoning’nya maka akan diseksa dan ada yang dibunuh dengan kejam seperti mana Allah menemplak golongan tersebut di dalam Al Quran
“Maka apabila kamu menyeksa maka kamu menyeksa dengan kejam”.
Tak perlu kita berhujah dengan mereka Tun kerana sekali lagi di dalam Al Quran
“Lisannya tidak memperkatakan apa yang di dalam hatinya”.
Mereka mendoakan Tun semoga Tun aman bahagia dan sihat sejahtera tetapi satu jari pun tidak diangkat untuk membantu Tun yang di umpat keji di dalam blog Tun sendiri.
Apa nak hairan?
Follower of Qabil reasoning..:)
Tun.
Walaupun professor ini dan kuncu-kuncunya amat pandai dan saya amat bodoh,beliau tidak nampak ‘jerat’ yang saya pasang di sini.
Jerat itu ialah ‘reasoning of conscience’.
Mudah sahaja.
Professor ini dan kuncu-kuncunyalah yang berlambak-lambak di dalam sistem permerintahan dan perundangan kita.
Mereka mampu ‘intervene’ dan bertindak balas ‘respond to correspondingly’ kepada semua permasalahan negara kita sekarang.
Tetapi di sebalik menghulur tangan membantu mereka bersikap buas dan kejam dengan menjadi syaitan bisu.
Mereka memperbodoh-bodohkan orang lain dan memandang mulia kepada diri sendiri.
Sekali lagi di dalam Al Quran.
“Tidakkah kamu melihat mereka yang memandang mulia kepada diri mereka sendiri’?
Orang-orang bawahan mereka yang di namakan underling,minion dan surbodinate di tindas dengan sepuas hati mereka.Malah ada juga yang di sifatkan seperti binatang ternak ( C.O.W = Clerk Of Work ) semata-mata kerana gagal di dalam pengajian akademik.
TIADA SIJIL.
Professor dan kuncu-kuncunya suka melawat Jepun,Afrika dan Kutub Utara serta Kutub Selatan.Untuk apa pernyataan lawatan-lawatan ini?
Dapatkah ianya mebantu kami semua lembu-lembu seperti yang disifatkan oleh ‘superior’ kami.
Tun.
Pengamal ajaran Qabil memang buas dan kejam.Oleh itu mereka tidaklah perlu menghina orang-orang yang bodoh,bangang dan bahalul seperti saya.
Kesemua tulisan saya adalah memberi manafaat kepada pengamal ajaran Habil.
Manusia itu sentiasalah bertentangan pendapat seperti yang di sebutkan di dalam Al Quran seperti Surah Az Zariyat ini.
DEMI LANGIT YANG MEMPUNYAI JALAN-JALAN.
SESUNGGUHNYA KAMU BERBEZA-BEZA PENDAPAT.
DI PALINGKANNYA DARINYA ORANG_ORANG YANG DI PALINGKAN.
TERKUTUKLAH ORANG – ORANG YANG BANYAK BERDUSTA.
ORANG-ORANG YANG TERBENAM DI DALAM KEBODOHAN DAN KELALAIAN.
MEREKA BERTANYA,
BILAKAH HARI PEMBALASAN?
Tun.
Kita pengamal perubatan memang maklum dengan golongan sadis dan masochist.
Mereka mendapat kepuasan seks dengan menyeksa orang lain.
Panties mereka sentiasa basah dan hal ini adalah menjadi rahsia kepada kita ‘confidential’ melainkan kepada psychiatrist mereka.
Hasrat saya yang tulus ikhlas,mereka yang sakit segeralah mendapat rawatan.
Jangan suka membuli orang bawahan anda.
Tun.
Sekali lagi mereka-mereka ini juga di ambil sputum mereka unk
UMNO perlu Kepala yg mempunyai Kepala Otak yg Betul
Jika Kepala yg punya kepala otak nya betul barulah
Badan UMNO bolih bergerak dengan Betul
Dan ekor UMNO pun tidak lah macam Cicak hilang ekor
Betul tak ?
Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
SYUKUR Bhg. 1 & 2
Mohon izin Tun untuk berbicara dengan Saudara Abu Alya tentang komen beliau @ https://thechedet.com/?p=1584#comment-121454:
Terima kasih di atas pandangan Saudara. Ya, saya setuju yang kita ada/boleh guna perkataan ’mati’ untuk tujuan lain yang berkaitan dengan yang bukan hidup (tidak bernyawa) yang biasanya membawa maksud ’padam’/’terhenti’/’tersekat’, etc.. Kita juga ada ’jam mati’, ’lesen mati’, ’pendaftaran mati’, etc…mungkin Saudara tidak nampak konteks kenyataan saya.
Tapi kita tidak perlu merumitkan keadaan dengan mengambil kira segala lapisan/tingkat pemikiran/’interpretasi’/makna untuk satu perkataan dalam mana2 ayat jelas. Sebagai contoh, jika dalam blog ini ada yang mengatakan ’Semua yang hidup (bernyawa) pasti/mesti MATI’. Dalam konteks (’context’) ini, adakah kita akan terfikir tentang ’enjin mati’, ’jalan mati’, ’mati akal’, atau kita secara otomatik terfikir dan merujuk kepada benda2 yang ’bernyawa’ (’living things’) yang akan mati (tanpa ada pengecualian)?
Dan, kenyataan ’Semua yang hidup (bernyawa) mesti mati’ pula dikaitkan dengan UMNO yang kononnya juga ’mesti mati’. Cuma mereka yang sudah muflis idea & orang yg putus asa (mati akal?) saja yang akan guna hujah sebegini. Pihak pro-pembangkang memang suka beri hujah sebegini, dan mereka yang ’dangkal pemikiran’ (juga mudah ditipu) akan berasa yang hujah tersebut ’valid’ dan tidak boleh dipertikai. Jika ia ’valid’, maknanya UMNO bernyawa (seperti manusia yang mesti mati). Pemimpin2 UMNO sudah semestinya akan pergi buat selamanya suatu hari nanti, tapi UMNO tidak SEMESTINYA ’mati’ (bermaksud?) kerana ’hukum MESTI mati’ cuma ’valid’ ke atas yang hidup/bernyawa sahaja.
Apapun, ’idea dungu/bangang?’ (maaf sebab kasar sikit bunyinya) siapalah agaknya yang mencadangkan supaya ’UMNO mesti mati’ cuma kerana kita ada Presiden Liberal yang lemah dan kurang jati diri Melayu/Islam (yang sepatutnya boleh diganti dengan pemimpin yang lebih sesuai dan faham perjuangan asal UMNO; salah satu langkah untuk menyelamat UMNO). Hakikatnya UMNO masih lagi menang jumlah kerusi terbanyak pada PRU-13.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
Salam Tun,
Excellent writing, Tun.
I really enjoyed reading both parts.
Keep writing, Tun.
Those who wish to read English version of Tun’s writing, kindly click below http://www.translationfocus.blogspot.com
Thank you.
Assallammualaikumwarahmatulahiwabarokatuh.
Saya mohon ruangan Tun.
[Bagi saya, untuk melayan kerenah pihak biadap itu bukanlah satu opsyen yang baik]
Tuan Abu Alya yang budiman.
Syabas dan tahniah diucapkan kerana kata-kata berhemah dan budiman dari tuan.Ini sebenarnya adalah satu kemahiran yang tinggi.
Tahniah.
Saya adalah tidak mampu untuk mencapai kemahiran tinggi sebegini.Oleh itu biar sahajalah saya berperanan sebagai apa yang Saidina Umar r.a. pelopori.
Bertindak mengikut keperluan tindakan tersebut.
Measuring the measure’s by equal measures..
The proper response for an outrage is to be outraged.
And being courages at that..
Saya adalah agak tidak bersetuju dengan pendapat tuan kerana walaupun Rasullulah s.a.w tidak menghantar pembunuh kepada mereka yang menghina dan mencacinya tetapi Baginda s.a.w membenarkan para sahabat melakukan pembunuhan tersebut.
Hal ini adalah amat jarang diketahui oleh ‘civilian’ di kalangan muslimin tetapi pihak barat hanya ‘exemplies’ peranan Hassan Ibnu Sabah yang menghantar ‘Assassin’.Sebenarnya peranan menghapuskan elemen-elemen subversif adalah d perintahkan oleh Allah melalui Rasullulah s.a.w.
Tugas ini juga di perintahkan oleh Allah di dalam Al Quran.Sekali lagi jarang di ketahui orang awam di kalangan muslimin.
Tuan Abu Alya.
Mari kita menghayati ayat-ayat Al Quran ini.
At Takwir ayat 18.
Dan demi Subuh ketika ia bernafas.
Al-Ahzab ayat 72.
‘’Sungguh kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tapi mereka enggan memikulnya, kerana takut akan mengkhianatinya dan manusia bersedia memikulnya. Ia sungguh zalim dan bodoh sekali.’’
Di pertunjukkan kepada Rasullulah s.a.w dalam peristiwa Israq dan Mikraj bahawa dunia itu seorang perempuan yang sangat tua.
Begitu juga di mana wali wali Allah mampu untuk memanggil bangku atau meja untuk datang kepada mereka.
“Wahai bangku datang kepada aku”.
Maka bangku itu akan datang kepada wali Allah itu.
Mengapa boleh berlaku?
Dari hadith Rasullulah s.a.w.
“Mereka-mereka yang taat kepada Allah akan ditaati oleh mahkluk”.
Tuan Abu Alya.
Semua yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa selain Allah kesemua adalah makhluk yang hidup dan bernyawa.
Semua akan dipertanggunggjawabkan di atas kehidupan mereka.
Dan apakah kekesalan yang akan di bawa oleh UMNO dalam kehidupannya di dunia yang fana ini?
Ya Nabil..
Anda lagi?
Tak payah lah Nabil..
Kita ambil pula dari Al Quran
أَم حَسِبَ الَّذينَ يَعمَلونَ السَّيِّـٔاتِ أَن يَسبِقونا ۚ ساءَ ما يَحكُمونَ﴿٤﴾
(4) Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
Terima kasih tuan.
Terima kasih Tun.
salamualaikum ayahanda tun…
maaf beribu ribu maaf pd semua llki yg ketua /ketua keluarga yg baek..yg sebaliknya mohon terasa he he heeee….bila difikir2 jadik ketua keluarga pon najib kurang mampu….pandangan saya semata mata…
Salam Tun.
Izinkan saya sedikit ruang bersama Tuan Wajaperak dan Puan Hajar.
Tuan Wajaperak. Saya akur ada pihak yang menghina dan mencerca Tun di dalam blog ini, sebagaimana saya sedar ada Admin yang diamanahkan oleh Tun untuk menyelia setiap entri yang akan disiarkan. Saya tidak tahu apa pendekatan yang diambil oleh admin blog dalam soal ini. Bagi saya, untuk melayan kerenah pihak biadap itu bukanlah satu opsyen yang baik. Apatah lagi, bila ia mengaburi topik dan terkeluar dari fokus perbincangan yang Tun cuba sampaikan.
Puan Hajar. Pemahaman berlaku pada pelbagai tingkat pemikiran. Contohnya, suatu yang akan buat kita semua cemas ialah bila enjin kereta mati (enjin ada nyawa?), apa lagi kalau di tengah malam buta (malam ada mata?) di penghujung jalan mati (jalan ada nyawa?). Begitulah seterusnya dinamika bahasa …
Selaras dengan hujah Tun #26. Pendekatan yang kita ambil mungkin berbeda, tapi walau apa sekalipun kita kenalah menjayakan perjuangan UMNO dan bukannya berkempen untuk “mengubah perjuangan” UMNO seperti yang musuh Melayu/Islam mahu melihat ia berlaku.
Saya mentafsir percubaan oleh “25 Ofis Boy Melayu Terulung” adalah satu pendekatan baru untuk mengubah perjuangan UMNO melalui tekanan dan hasutan media dalam kempen Melayu-bashing, Islam-bashing di peringkat lokal dan global.
Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
SYUKUR Bhg. 2
1. Saya amat bersyukur kerana Malaysia pernah memiliki Tun sebagai PM selama 22 tahun. Tun telah melakukan perubahan yang ketara kepada pertambahan bilangan golongan pertengahan Melayu/Bumiputra dengan agenda2 Tun yang munasabah dan berwawasan. Saya kira jika bukan Tun yang Allah takdirkan untuk jadi PM pada jangkamasa tersebut, UMNO sudah lama terlingkup (walaupun tidak mati kerana UMNO tidak bernyawa); dan saya yakin Malaysia juga tidak berada di tahap ini bila melihat prestasi PM-PM selepas Tun (usaha/kejayaan Tun telah terhakis sedikit demi sedikit oleh kelemahan PM ke-5 dan PM ke-6).
2. Pada 2 Jan 2015 yang lalu saya ke bank untuk ’update’ buku ASB/ASN. Tujuan saya pergi pada hari pertama urusniaga ASB/ASN dibuka ialah kerana ingin lihat gelagat orangramai pada hari tersebut (’interesting…’). Hari tersebut biasanya lebih meriah. Saya sampai di bank hampir pukul 9am dan sudah tentu barisan sudah amat panjang sehingga melimpah ke luar (di jalan pun ada orang beratur). Jadi saya ambil keputusan tunggu di sebelah bertentangan dengan ’queue’ tersebut sebab rasa2 nombor mungkin akan habis sebelum sampai giliran saya. Namun saya bernasib baik sebab tiba2 pintu bank di buka dan beberapa staf bank keluar dan bertanya jika ingin ’update’ buku sahaja ianya boleh dilakukan tanpa beratur, dan saya pun terus beri buku2 saya berserta IC. Tidak sampai 10 orang yang beri buku kepada staf bank untuk proses ’update’ dan saya dll. dapat balik buku2 tersebut dalam masa kurang 5-10 minit sahaja (memang pantas).
3. Pada pengamatan saya usaha Kerajaan BN untuk mendidik kaum Melayu/Bumiputra untuk menabung bagi meningkatkan taraf ekonomi/hidup mereka adalah amat murni dan sedikit sebanyak telah mendatangkan hasil. Tapi, nampaknya ramai yang kurang faham tentang konsep melabur di dalam ASN/ASB. Menafaatnya akan berlipat-ganda jika duit dividen dilabur kembali dan tidak dikeluarkan (akan beranak-pinak). Yang saya nampak, majoriti pelabur2 ingin keluarkan duit pada hari pertama urusniaga ASN/ASB dibuka (lebih 90%). Mungkin Kerajaan patut beri kursus kepada para pelabur tentang konsep pelaburan jangka-panjang dan perlunya menabung secara konsisten setiap bulan (potongan gaji) dan juga tidak mengeluarkan kesemua dividen yang mereka dapat setiap tahun.
4. Apa pun ’syabas’ kepada usaha-usaha murni Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Namun, saya doakan mana-mana pemimpin masa kini yang rasa-rasa diri sudah tidak dikehendaki kerana tidak releven dengan perjuangan UMNO yang asal (untuk Agama, Bangsa, Tanahair) supaya ’berundur secara terhormat’. Ini saja cara untuk menyelamatkan UMNO dari tumbang pada PRU-14. Perkasa/ISMA bukan pilihan untuk mengganti UMNO; mereka cuma boleh membantu. Kita kena lihat dan belajar dari sejarah2 lampau.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
Assallammualaikum Tun.
Saya mohon ruangan.
Tuan Abu Alya
[namun saya tak dapat bayangkan UMNO mati dan meninggalkan ummat Melayu-Islam begitu sahaja tanpa alternatif yang bermaruah]
Tuan.
Tidakkah kita semua orang yang sukar untuk menerima hakikat dan kenyataan?
Jika ada maka hal itu amatlah jarang di mana Allah telah memilih dan mendidik golongan Muqarrobin sedemikian rupa.
Sehubungan dengan kenyataan tuan,saya ingin merujuk kepada perbandingan bahawa kita amatlah tidak bersedia untuk menerima hakikat ibu dan bapa kita akan mati dan meninggalkan kita.
Kita tidak menyediakan kesemua persediaan yang perlu apa yang perlu di lakukan semasa mereka masih hidup.Kita hanya akan amat menyesal apabila mereka telah meninggalkan kita.
Sebegitu juga UMNO.
UMNO mesti mati kerana begitulah hakikat kehidupan.
Di sebalik mempertikaikan hakikat ini,kita perlulah bersedia menghadapi kenyataan ini.
Decision must be made ( our choice) before it will made for you ( by force ).
Pertikaian ini tidaklah akan berakhir di sini.Cuma saya ingin menarik perhatian tuan kepada persediaan kita dalam menghadapi cabaran cabaran semasa.
Banyak blogger di blog Tun memandang sinis kepada saya kerana selalu bersikap kasar.
Apa yang mereka tidak sedar itu adalah keperluan dalam Act of Reprisal.
Reprisals refer to acts which are illegal if taken alone, but become legal when adopted by one state in retaliation for the commission of an earlier illegal act by another state.[3] Counter-reprisals are generally not allowed.
Itu adalah di antara Geneva Convention yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Dan
Protocol I to the Geneva Conventions defines:[1]
A person is ‘hors de combat’ if:
(a) he is in the power of an adverse Party;
(b) he clearly expresses an intention to surrender; or
(c) he has been rendered unconscious or is otherwise incapacitated by wounds or sickness, and therefore is incapable of defending himself;
provided that in any of these cases he abstains from any hostile act and does not attempt to escape.
Hubungkaitnya jelas di dalam blog Tun ini.
Apabila Tun yang banyak berjasa kepada kita diserang di dalam blognya sendiri,maka kita ‘combatant’ mestilah mempertahankan maruah Tun dengan memberikan mana-mana bogger yang ‘outlier’ zone call.
Jika di dalam blog Tun sendiri,satu jari pun kita tak mampu maka adakah kita-kita ini orang-orang yang dapat di harapkan mempertahankan kedaulatan negara ini?
Kita mestilah jujur kepada diri sendiri.
UMNO mesti mati.
Persoalannya hanyalah..
WOULD THE CHOICE BE FORCED UPON US?
Terima kasih tuan.
Terima kasih Tun.
Perjuangan UMNO untuk Kedudukan orang Melayu akan Pupus
jika makhluk seperti Anwar menjadi Gunting dalam Lipatan dalam masyarakat Melayu sendiri
DAP Lim Kit Siang & Lee Guan Eng sedang mengambil Kesempatan
Assalamualaikum Tun,
Pada perhimpunan Agung UMNO yang lalu, Presiden UMNO telah mewujudkan kemasukan ahli baru secara ‘online’. Untuk makluman Tun, pada hari Datuk Seri Najib umumkan kemudahan ‘online’ ini, pada keesokan harinya saya telah mendaftar. Selepas mendafar, sehingga hari ini tiada apa-apa berita sama ada saya berjaya atau tidak menjadi ahli. Di manakah keazaman UMNO untuk meremajakan UMNO yang begitu berkobar-kobar ketika perhimpunan agung itu? Adakah semangat itu hanya wujud ketika perhimpunan agung sahaja?
Mungkin selama ini ahli-ahli yang baru masuk tidak faham dengan jelas apakah ia perjuangan UMNO? Saya ingin cadangkan agar diwujudkan kursus ‘induction’ untuk ahli-ahli baru, supaya mereka tahu apa ianya perjuangan UMNO. Mereka perlu tahu apakah tujuan UMNO ditubuhkan, dan mereka perlu tahu, apakah peranan mereka menjadi ahli UMNO.
Sebenarnya nasihat Tun kepada bakal ahli-ahli baru dan juga kepada pemimpin-pemimpin UMNO sedia ada ini amatlah berguna. Terima kasih.
Assalamualaikum Tun.
Saya tak cari makan dengan menulis di sini.
Ye, betul orang lama akan kembali ke pangkuan Allah. Dan saya mungkin akan tiada tempat untuk menulis seperti ini lagi.
Biarlah kita bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah daripada kita gadaikan semua nikmatnya dengan niat yang menyimpang jauh bagi mencari kedudukan dan harta kekayaan.
Kerana terbaca artikel berkenaan biodata Tokku Paloh (antara 7 wali Tanah Melayu) maka saya terbuka hati sertai blog ini.
Kerana berkait dengan salasilah Tok Pulau Manis (Syeikh Abdul Malik) maka dapatlah saya menulis serba sedikit berkaitan tasawuf yang saya kira ia adalah kurniaan turun temurun.
Dan salasilah ini juga adalah berdarah bangsawan dan masih kekal hingga ke hari ini. Sultan Mizan YDP Agong semasa tahun 2018 adalah dari darah keturunan orang alim tersebut.
Dan penasihat agama beliau masih lagi dari keluarga Tokku Paloh iaitu cucu beliau.
Saya tidak risau dari segi latarbelakang jika perlu terjun kepada hal hal pentadbiran dan politik Malaysia walaupun ia bukan butiran rasmi mengenai pengenalan diri saya.
Cuma kita dapat berbicara di sini kerana berlakunya kehendak dan keizinan dari Allah s.w.t
Jika saya perlukan tempat cari makan, cukuplah jika dapat usahakan The Loaf di tempat tinggal saya ini, sebab itu skill yang saya gunakan untuk mencari rezeki sekarang. Buat roti.
Bagaimana untuk menjadikan itu realiti saya tak tahu macam mana.
Terima kasih Tun.
YABhg. Tun Dr.,
Berapa kerat sangat antara kalangan rakyat Malaysia (walaupun dari kalangan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO) yang tersedia maklum dan sedari bahawa kisah sejarah untuk rebutan kerusi Presiden UMNO yang Ke-2 (untuk menggantikan Dato’ Onn Jaafar), hampir-hampir terjatuh ke tangan seorang ahli UMNO yang biasa (yang bukan dari kalangan ‘bangsawan’ Melayu dan tidak pula ada kaitan ‘kekeluargaan’ dengan sesiapa dalam UMNO pada ketika itu). Orang yang dimaksudkan iaitu.., Encik Mustapha bin Hussain telah kalah begitu tipis sekali dengan hanya satu undi (iaitu melalui ‘undi-pemutus’ dari Pengerusi Tetap – iaitu Tan Sri Noah) semasa beliau telah dicabar oleh Tunku Abdul Rahman untuk merebut jawatan Presiden UMNO pada ketika itu.
Sedarkah kita bahawa Encik Mustapha Hussain telah kalah dalam pertandingan untuk merebut jawatan Presiden UMNO (pada tahun tahun 1951) kepada Tunku Abdul Rahman adalah oleh sebab Pengerusi Tetap UMNO pada ketika itu telah membuat suatu kejutan tiba-tiba apabila mengumumkan semasa persidangan, bahawa undian untuk pertandingan jawatan Presiden tersebut (dan juga lain-lain jawatan untuk Majlis Kerja Tertinggi UMNO) hendaklah dibuat secara ‘undi angkat tangan’ dan bukan pula secara undi sulit.
Nescaya, pengumuman oleh Pengerusi Tetap yang sebegitu telah membuat ramai dari para-perwakllan UMNO yang asalnya memang menyokong Mustapha Hussain telah mula naik risau dan cuak menyebabkan mereka menjadi gusar dan gementar terhadap kumpulan dari golongan ‘bangsawan’ yang ada pula hubungan ‘dinasti’ atau ‘kekeluargaan’ dalam UMNO.., lantas membuatkan sebilangan para-perwakilan tersebut beralih undi kepada kumpulan yang ‘bangsawan’ itu ataupun ada pula dikalangan mereka yang tidak berani pula angkat tangan untuk memberi undi kepada Encik Mustapha Hussain. Itu adalah merupakan suatu detik sejarah yang tidak lazim digembar-gemburkan oleh pakar-pakar sejarah kita mahupun oleh pihak UMNO selama ini.
Detik sejarah sebegitu juga mencerminkan betapa ada sikap penakut dan ‘timid’ dikalangan orang-orang Melayu (perwakilan) UMNO pada ketika itu, apabila berdepan dengan mereka yang jenis ‘bangsawan’ atau yang berpengaruh. Maka, sikap dan perangai sebegitu bukanlah suatu semangat para-pejuang yang sejati. Namun begitu, para-perwakilan UMNO pada masakini ada juga yang bersikap sedemikian, iaitu jenis yang hipokrit, oportunis dan suka bermuka-muka.
Kepada sesiapa yang tidak mengenali siapa dia Mustapha Hussain itu, maka ini dia pautan URL yang memberi sedikit ulasan:-
http://write2rest.blogspot.com/2011/05/mustapha-man-who-was-nearly-president.html
Ini pula ada beberapa video URL yang menceritakan sedikit-sebanyak tentang kisah Encik Mustapha Hussain, sebagaimana berikut:-
https://www.youtube.com/watch?v=2Li4ORC_jJk
https://www.youtube.com/watch?v=MOVOgQzF1Dw
https://www.youtube.com/watch?v=n7BUWDaRlGk
Bayangkan kalaulah Encik Mustapha Hussain pula yang menjadi Presiden UMNO yang ke-2.., apabila orang seperti beliau (dari kalangan seorang Melayu terpelajar yang ‘marhain’) yang telah lebih awal lagi menyedari tentang soal Nasionalisma dan Kemerdekaan negara jauh lebih terdahulu sebelum zaman kewujudan UMNO.., iaitu sebelum zaman Perang Dunia Ke-2 lagi.
Wira Melayu Yang Tidak Didendang itu (The Unsung Hero) sepatutnya mendapat iktiraf dan penghormatan dari ahli-ahli UMNO terutamanya oleh sebab keikhlasan perjuangan beliiau untuk Tanah Air kita.
Boleh berlinang air mata kita apabila membaca dan menghayati buku (memoir) beliau.., yang bertajuk ‘Malay Nationalism Before UMNO’. Penulisan buku (memoir) Mustapha Hussain itu mengimbas kembali tentang keadaan betapa daif dan ketinggalannya bangsa Melayu iaitu sejak zaman sebelum Perang Dunia Pertama dan juga semasa kebangkitan semangat Nasiolisma Bangsa Melayu iaitu sebelum Perang Dunia Ke-2 lagi.
Sedarkah generasi muda dan masakini bahawa bangsa Melayu yang begitu tertindas dan terkebelakang akibat ratusan tahun dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, akibat pemikiran yang terkongkong dan sikap yang ‘docile’ bangsa yang terjajah. Sedarkah orang Melayu masakini bahawa bangsa Melayu kini masih lagi ketinggalan dari segi pencapaian bidang ilmu dan juga ekonomi walaupun negara kita sudahpun berpuluhan tahun bebas Merdeka,
Nescaya, sekiranya asas perjuangan UMNO untuk menebus maruah orang Melayu tidak perlu diubah…, dan asas perjuangan UMNO supaya orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain tidak perlu diubah.., maka persoalannya apakah UMNO sudahpun menebus maruah bangsa Melayu..? Apakah orang Melayu sudahpun berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di negara kita..?
Atau.., apakah para-pemimoin UMNO masakini sudah mula berpuas-hati, senang-diri dan mula menjadi ‘complacent’ dengan ‘pencapaian’ bangsa Melayu dalam segala bidang..?
Janganlah pula UMNO hanya menunggu masa supaya ianya tidak lagi relevan bagi orang-orang Melayu. Maka sekarang ini, bangsa Melayu dan orang UMNO terutamanya sepatutnya.., Tepuk dada tanya selera..!!
Wassalam.
Salam Tun.
SYUKUR
“Ketika ada (atau dapat) kita berkongsi. Bila tak ada dan tak dapat, kita bersyukur.” .
Kenyataan dan definisi syukur ini yang diucapkan oleh seorang alim dari ahli keluarga Muhammad s.a.w, sangat luas pengertian dan paradigma jika dilihat dari pelbagai sudut, before and after, dan kombinasi matriks yang tersedia jika kita mahu berfikir secara mendalam maupun di luar kotak. Beberapa persoalan boleh ditimbulkan. Kita bersyukur dahulu atau kita berkongsi kemudian? Soalnya juga boleh dipakai dalam politik tanahair, adakah orang Melayu (UMNO) telah berkongsi dahulu, dan menyesal kemudian … dan itu dan ini.
1. Orang akan mengucap rasa kesyukuran apabila dia dapat apa yang dia mahu. Jarang kita dengar orang bersyukur bila dia terlepas peluang, tak dapat apa yang dia mahu, atau bila haknya diambil oleh pihak musuh. Pun begitu, keinsafan di akhir garisan bukanlah suatu yang sia-sia tapi boleh dijadikan permulaan baharu yang lebih bermakna. Saya tidak menafikan gagasan Tuan Wajaperak namun saya tak dapat bayangkan UMNO mati dan meninggalkan ummat Melayu-Islam begitu sahaja tanpa alternatif yang bermaruah.
2. Saya ingin terjemahkan makna SYUKUR yang Tun cuba sampaikan melalui entri kali ini, sebagai satu peringatan akhir kepada orang Melayu dan UMNO khususnya yang semakin lupa bahawa perjuangan UMNO adalah pada asas landasan yang benar dan betul.
3. Bahawa UMNO masih boleh bertahan kerana asas perjuangannya berdasarkan idealisme yang adil dan aman – hatta, jika ada bahagian kepimpinan UMNO yang sudah korupsi, terpesong dari perjuangan Melayu dan tidak kredibel lagi meminjam kata blogger Tuan Karl, maka pemimpin tersebut perlu ditegur dan jika masih berdegil juga perlulah di “seret” keluar secara tegas, tapi beradab.
3. Seperti yang disebut di sini oleh Tuan MubarakChan, saya setuju bahawa pihak jentera politik dan penerangan UMNO lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Semakin berterusan kejahilan dan naif pemimpin UMNO yang khayal terbuai dengan hasutan Liberalisme dan Pluralisme yang didendangkan dari mulut yang sudah dikenalpasti anti-Melayu dan anti-Islam, hingga ada 25 ‘rasul Melayu’ atau lebih tepat ’25 Ofis Boy Melayu Terulung’ – berani mencabar dan menghasut supaya masyarakat Melayu di-moderasi-kan oleh golongan di belakang tabir ini yang anti-Islam dan anti-Melayu, yang pekerjaannya ialah menghasut supaya orang ramai membenci syariat Islam.
4. Malangnya, suratkhabar di bawah tajaan UMNO seperti NST juga menjadi barua dan petualang yang menyebar propaganda musuh. Kalaulah bukan bangang, apa sebenarnya dah jadi dengan jentera komunikasi UMNO?
5. Bagi pemimpin UMNO yang tidak lagi kredibel, yang tidak boleh dipercayai dan telah hilang kepercayaan dan jauh terpesong dari landasan perjuangan Melayu UMNO yang berteraskan keadilan Islam, maka mereka itu wajiblah meninggalkan UMNO secara teratur dan terhormat. Kelompok ini sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah mereka dapat, walaupun tak banyak yang mereka kongsi.
6. UMNO tidak bersalah. Melayu tidak bersalah. Islam tidak salah. Yang bersalah ialah pemimpin UMNO yang tiada jati diri, tak sedar diri, tak kredibel dan tidak meletakkan kepentingan UMNO, Melayu, Islam di tempat yang teratas dalam agenda kepimpinan mereka.
7. Idealisme UMNO sebagai ‘guardian angel’ atau ‘malaikat penjaga’ orang Melayu, dengan artikata malaikah/kuasa/power tidak perlu diubah, tapi perlu ditambahbaik lagi dengan agenda ekonomi yang lebih dinamik dan realistik untuk meningkatkan keupayaan kewangan semua orang Melayu supaya dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa asing dalam sektor ekonomi.
Elsewhere, on the recent Paris Charlie Hebdo attack :
” … sure, they are very irritating. But you dont have to spray bullets to finish off the insects. You can take some lessons from National Geography and do a better job.”
Demi Allah, terima kasih Tun kerana menjaga kami dengan baik.
18. This not the main issue.
19. agree Umno rigid and struggle relevant.
20. agree
21. approach to solve Malay dilemma or Umno Dilemma?
22. The conflict between the individual and the community is a universal one, with the individual dominant in the west now. The Malay Mind has been a community mind until the onslaught of the West. It creates a struggle. How these struggles are going to be channeled is the problem. The last 60 years not a particularly strong test. Even under the colonials masters the Malay was free in their own way. Dignity intact.
23. Agree, what oi the capacity of the Malays to choose with all these rigidities caught in UMNO?
24. Generally, yes, because this is a universal phenomenon, and individual has been reigning for some time.
25. Critique a function of wealth accumulation, an old problem, not just a Malay problem, . The opposition in Penang already has this rigidities , after barely a term
26. Umno has no capacity to do this.
27 How can blinkered eyes see? Opposition also blinkered. People will claim obeisance to UMNO’s struggle and use it for their own purposes
28 yes, precisely the problem as in point above
29 that team of experts will be subverted to goals of the current regime
30 People know and should be allowed to elect candidates in general elections based on purity of intentions and actions. Problem is no party is pure now
31 Cannot be changed
32 If UMNO is going to join the Opposition to be popular and Western, why can’t you set up a new party with same vision?.
Salam, Tun,
Assalamualaikum. Berkenaan dengan komen yang UMNO harus menebus maruah bangsa and berdiri sama tinggi, tak usahlah kita menyebut berkali-kali. Padahalnya, polisi-polisi telah memihak kepada Melayu. Yang penting sekarang ialah memperkuatkan pemuda-pemudi kita, dengan semangat mengecapi pendidikan, melibatkan diri dalam aktiviti sihat, mengamalkan nilai-nilai moral yang dihormati, memerangi perasuahan dan sebagainya.
Baik kita praktiskan semangat 1Malaysia, demi masa depan Negara dan bangsa Melayu yang lebih cerah. Bagi UMNO pula, sememangnya harus diperbetulkan sekira adanya dinasti. Tokoh-tokoh politik UMNO lama tidak harus anggap jawatan tinggi dalam UMNO sebagai aset yang boleh diambil-alih anak cucu.
Yang ikhlas,
Fariq Islam
Salam tun…dalam pertemuan kita yang lepas saya sepatutnya memberi tugasan isteri saya bercakap tentang betapa seorang manusia(saya) mencintai dan menyayangi seorang manusia lain tanpa berjumpa dengannya(tun) tapi isteri saya dibawa kerana kami berkongsi idola yang sama….
saya dapat merasai keperitan tun dalam menegur melayu khususnya umno….lebih seratus kali saya menonton video perletakan jawatan tun secara langsung di PAU dan setiap kali itu saya tetap menitis air mata….
tun tidak bantu saya, saya sikitpun tidak kecik hati kerana pada saya Tun ada lebih banyak perkara negara dan bangsa perlu difikirkan…
UMNO perlu pada revolusi pemikiran dan juga reformasi sistem…
tulisan saya di blog saya berterusan mengkritik sistem ganjaran umno yang lapuk dan juga pemikiran mengayakan diri sendiri, kerabat dan kekal kuasa kepada dinasti….
dikesempatan ini saya berharap Eminent 25 boleh baca tulisan tun ini bahawa liberal dan globalisasi adalah agenda barat(baca yahudi)….islam sendiri sudah moderate moderate…..perlukah kita jadi ultra moderate baru agama lain terima kita sebagai moderate….bila kita sebut je melayu islam mereka gelar kita extreme…..
perlu diingat rasis adalah sifat mulia dan digunakan china untuk bangunkan negara mereka,….
Tun….sebab tun saya terus berjuang walalupun diri sendiri pasti terbakar hangus..tq TUN
Assalamualaikum Tun.
Berkaitan dengan viral pelukan Kpop.
Drama terbaru yang saya minat jugak tengok adalah Zahira.
Tetapi dalam sedar tak sedar sebenarnya drama drama Melayu kini telah berdakwah supaya menghampiri zina. Mengajak seluruh umat manusia Melayu berzina.
Terdapat adegan yang jelas dan selamba lelaki dan perempuan tidur sekali sekatil (tak macam drama masa dulu) dan anak anak kecil kita menonton sambil mak bapak kata “wah, sweetnye…”
Berzina adalah perkara besar dalam Islam. Jauhkan sejauh mungkin.
Kita tak bertolak ansur dalam perkara ZINA!
Terima kasih Tun.
Sori sikit Teknikal spelling
UMNO perlu Berubah
Yes UMNO Perlu Bourbon
UMNO sekarang masih Kolot Imagenya macam MakCik MakCik
Perlu Pembaharuaan pada mereka yg Layak baik mereka Cina , Melayu , India & sebagainya
Asalkan mereka anak Malaysia sejati bukan bantuan Hasutan Luar
Bukan pada Keturunan tapi pada Malaysian Keseluruhannya
Kepandaian memang ukuran tapi jika Kepandainya bertujuan mementingkan diri sendiri mementingkan Agenda sendiri tanpa melihat akan nasib anak Bumi kelak akan
LEBIH Membinasakan Malaysia
Lebih Baik ambil orang Bodoh dari orang yg tak Pandai tapi Memandai mandai
yg akhirnya merugikan Malaysia seperti PakLah yg tidal langsung ada ciri Kepimpinan
walau Beliau memang punya akhlak yg Baik
Setiap Perbuatan Pasti ada Niat
Anggotan yg masuk UMNO jika niat masuk UMNO untuk ambil Kesempatan
Maka digabungkan Keseluruhan Niat mereka
Terlungkuplah UMNO Terlungkuplah Malaysia
Niat perlu Ikhlas , Niat perlu Pergorbanan , Niat Perlu Perjuangan
Perlu Kepandaian dengan Niat yg Iklas bukan Kepandaian bertujuan Ribak
Orang sebergini tidak layak masuk Politik
Sifat bergini sesuai berniaga sendiri
UMNO perlu the Chemistry of the Right People
The Right Leader will be able to choose the Right People
UMNO must not have Dreams to but the Moon , The Star, The SKy
UMNO perlu pantau kesemua Badan Kerajaan yg Berfungsi Lemah
yg berimage Incompetence sekarang
UMNO mesti tukar image Kerajaan & Kesemua PerBadanan Kerajaan yg image sekarang
merupakan Incompetence Pegawai banyak Lepak tidak Berdisplin, banyak hanya BerSandiwara, banyak Cakap dari Buat
KERANA IMAGE INILAH YG MEMPERLIHATKAN IMAGE KERAJAAN UMNO LEMAH
KERAJAAN YG TIDAK COMPETENCE , MENUNDUK PADA PEMBANGKANG PADA RAKYAT
PADA UGUTAN LUAR
RESPECT HAS TO BE EARNED
UMNO HAS TO EARNED THAT RESPECT
Salam Tun,
Saya mohon supaya dibenarkan memetik posting seperti di bawah,
Age_of_EnlightenmentJanuary 11, 2015 at 3:18 AM | Permalink
Saya ingin mengingatkan En Age_of_Enlightenment telah melanggar beberapa undang2 negara dan JAIS dalam posting yang saya petik di atas. En Age telah menghina agama islam, hina orang Melayu dan hina Sultan , make Age boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. Tuan Age mengatakan agama islam telah menjadi orang melayu bodoh, malas dan tidak boleh dipercayai.
Tuan Age juga melanggar Enakment kerajaan negeri JAIS dengan cuba mendahwah kepada orang islam supaya tinggalkan Agama islam mereka dan menganut ANAMISM, SUATU KEPERCAYA zaman purba jahiliah dan kafirun. .
SAYA BERHARAP pihak MULTI MEDIA yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang segera dan sesuai untuk mencantas dan mencegah penyebaran agama palsu di kalangan orang islam yang pelopori oleh Tuan Guru Palsu Age_Of_Enlightenment. Wallahu alam.
amin tan
Setiap perbuatan pasti ada Niatnya
Niat Baik di percepatkan
UMNO , PAS ,PKR perlu Bergabung demi Ummah
Sebagaimana DAP bergabung denga PAP yg langsung
tidak ada kiatan dengan Kedaulatan Malaysia
Jangan kita fikir Singapura Maju mereka Berjaya
Jika ada survey yg Tulin nascaya Facts will Tells
Rakyat Singapura banyak sudah berhijrah kerana
Kehidupan yg Indah Khabar dari Rupa
Kemenangan LKY bukan kerana Beliau Hebat
Ia lebih pembawaan masuk New Singaporean dari Luar
Bukan kerana Rakyatnya memilih sangat
Lihat saja di Yahoo News dengan Rakyat sekarang berhak bersuara di social media
Sudah terserlah Kenyataan
New UMNO sounds like New WATER
Perlu ditapis , dirawat supaya mendapat Air yg Jernih
Apa pun jua
Apakah Visi Malaysia kedepan ?
1.Memaksa mengikut peredaran Zaman yg Pesat , yg konon nya Maju tapi Derita
seolah Hyprocrites ?
atau
2.Pembangunan Serderhana , Cara Kita , Budaya Kita ?
Segak kah kita ikut Irama Dunia berlagu Rock , Berbaju Kot , ber Tali Leher
dalam Cuaca Panas Malaysia
ADAKAH MURAH BUDAYA KITA YG PERLU KITA IKUT BUDAYA MEREKA
dan CARA KEHIDUPAN MEREKA ?
Saya bukan membantah Pembangunan Tetapi tidak perlulah kita sampai memaksa diri
Bukan Pemalas Kesederhanaan juga ajaran Agama
Ada Tempat Melindung yg Sempurna , Makanan yg Halal & Sehat ,Pakaian yg Sopan,
masa untuk Keluarga , Jiran , Sahabat , Masyarakat untuk Agama
Adalah satu Kejayaan yg tidak ternilai & tidak bolih di beli dengan wang ringgit
Mereka yg mencari siang malam , lupa anak bini, Kerajaan yg tidak peka kesengsaraan Rakyat asik nak mencari Wang , sebenarnya Belum Kaya walau nampak Kaya
Orang Kaya Adalah orang yg Beriman yg sebenarnya tidak Khairan akan Kebendaan
Yg mencari walau sudah kaya masih mencari sebenarnya masih miskin
Jadi new UMNO mesti tahu kemaha haluan kejayaan Malaysia sebanar
Tidak perlu Orang Bijak Sekolah Tinggi sangat sebab lagi Bijak
dia akan membodohkan Rakyat lagi banyak berlajar lagi banyak kurang ajar
dan bukanlah madsud saya cari yg Bodoh
Tidak Perlu juga Bangsa Asing yg kononnya pandai cakap Melayu
& yg mengunakan nama Allah
Sebab Lagi Pandai beliau pandai cakap Melayu Lebih banyak Beliau akan Tipu Melayu
assalamualaikum tuan doktor, e-mail tuan doktor apa ya?
macam yang saya pernah komen dalam post tuan doktor yang bertajuk keretapi tanah melayu itu lah. dulu memang tak boleh samakan dengan sekarang.
kita kena bangon. diorang ni kadang-kadang ingat diorang ni orang arab. tak sedar diri. taksub.
yang lagi satu kumpulan pulak terbawa-bawa sangat dengan budaya barat. siket-siket nak english. macam lah kita tak boleh cakap english. tapi kita ada bahasa ibunda.
saya baru dapat kerja ni. pipeline technician. with a pipeline pigging service company.
PIG as in pipeline inspection gauges.
email saya [email protected].
sekian. terima kaseh.
Amir Fififudin
Assalamualaikum Tun.
Saya bukan ahli UMNO.
Sebagai contoh, saya memang suka jugak memberi pendapat yang berkaitan dan selari dengan perjuangan UMNO.Tapi jika saya masuk UMNO adakah dijamin bahawa segala cakap-cakap saya akan didengar sepertimana sekarang?
Siapa nak dengar nasihat ‘bangang’ supaya pergi sendiri berjumpa Alexander Borodai?
Melainkan Tun dan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mana hanya sebilangan teman kepercayaan bersetuju dengannya dan ada antara penasihat membantah tidak setuju?
Dan jika pendapat sebegitu diutarakan ketika berada di dalam UMNO ia boleh dikenakan tindakan tatatertib?
Come on la Tun, Tun seorang yang tegas, tidak dengar cakap orang, orang wajib/mesti ikut cakap Tun. Kalau dikata A, maka A la perlu dilakukan.
Dan apakah orang UMNO fikir penasihat Tun ni seorang yang baik? Pijak semut pun tak mati?
Kata kata Tun didengari sebab perjuangan Tun yang lama dalam sejarah Malaysia. Termasuk sebelum merdeka.
Orang muda apa tahu? – kata orang lama dalam UMNO (mungkin).
Terima kasih Tun.
Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
SYUKUR Bhg. 2
Kata Tun: ” 18. Mereka yang ingin menyertai UMNO perlu faham sejarah dan matlamat perjuangan UMNO. Jika mereka dapati perjuangan ini bertentangan dengan prinsip perjuangan diri sendiri, adalah lebih baik jika mereka berada di luar UMNO.”
1. Secara logiknya memang betul apa yang Tun sarankan. Tapi bagi yang ingin menjadikan UMNO sebagai landasan untuk ’cepat kaya’, mereka mana ada ’prinsip perjuangan diri sendiri’ yang kekal. Prinsip mereka akan berubah-ubah mengikut keperluan. Di PAU pemimpin sebegini akan berlakon sebagai ’hero Melayu tulin terakhir’, tapi depan ’audience/khalayak’ yang ada pro-pembangkang mereka jadi ’Melayu Liberal’. Masuk UMNO pun semata-mata inginkan pangkat/harta/wang – memang hipokrit.
2. Saya patut ’tabik’ anak Tun, DP Marina. Saya memang tidak sealiran dengan cara pemikiran beliau yang ’liberal’, tapi sekurang-kurangnya beliau berada di luar UMNO. (Bukankah beliau juga ahli SIS yang telah diistihar sesat & beliau juga setuju yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah dalam bible BM? Ini memang pandangan ’sesat lagi menyesatkan’ yang mana seorang Islam mesti tidak bertoleransi/bersubahat kerana ianya ’syirik’.)
3. Pengkomen pertama artikel ini (January 11, 2015 at 3:18 AM) mengaku berketurunan Melayu (mungkin yg liberal), tapi cara penulisan beliau menggambarkan yang beliau bukan Melayu dan memang sah menolak Islam (dahulupun komen2 beliau memang menunjukkan yang beliau bukan Melayu Islam).
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
Emulate ‘ perjuangan Umno’. Specify is it from the Malayan union era of upright moral fibred breed of leaders or the crass ‘ batu loncatan’ ones of now.
Western liberalism does not ‘halalkan segalagalanya’. The inference is there is much Sodom n Gomorrah there. The ‘ little’ that is beneficial we should emulate but that ‘little’ is a result of much S n G n would b shirk.
‘hak individu’ is inaccurate. Human dignity , ‘ hak kemanusiaan’ explains better. No impinging on the rights of others. That is the ideal ‘Akal fikiran bebas, merdekakan’.
‘ perjuangan ‘ the old way is no more relevant. Powered by religion, race, ‘ maruah’ selfmanufactured conspiracy theories, paranoia, ‘ penjajah phobia’ it’s an anachronism. Does Indonesia rehash Dutch colonialism, Philippines Spanish, Vietnam French to explain away current locally made situations.?
The new methodology for ‘perjuangan’ is Net induced ideas. The Guthenberg press started the decline of church enforced edicts n ushered it western ‘perjuangan’ winning in the battlefields, marketplace, laboratories.
Salam yang saya hormati Tun,
Memang sinonim kalau dah namanya Melayu, kita acapkali terperangkap antara budaya dan adat, agama dan adab. Bila orang Melayu hendak membuat sesuatu konklusi, 4 unsur yang menjadi pegangan orang-orang Melayu ini akan menjadi penanda arah!. Justeru adakalanya untuk menegur seseorang pemimpin, orang-orang Melayu akan teragak-agak. Mungkin disebabkan budaya orang Melayu itu sendiri yang begitu menghormati seseorang pemimpin biarpun berlaku kekilafan dalam kepimpinan mereka. Paling tinggipun mereka akan mengomel dalam media sosial atau bercakap-cakap di sebalik tabir.
Cara ini bukanlah memberi impak yang besar. Sekadar menambah semangat untuk seseorang terus mengomel dan bercakap-cakap di belakang lagi. Saya setuju dengan Tun, bahawa demokrasi itulah satu-satunya senjata yang Melayu ada untuk menegur pemimpin. Untuk tahapan kami, cuma mampu mengomel dalam media sosial seperti blog sahaja nampaknya. Berbanding dengan Tun, saya melihat impaknya lebih sedikit. Bagaimanapun atas kapasiti Tun sebagai bekas orang no 1 dalam sistem pentadbiran Malaysia, semestinya Tun punya cara yang lebih berkesan. Jadi teruslah menegur. Ambilah kesempatan menegur pemimpin Umno terkini dalam setiap forum dan seminar yang Tun hadiri. Jika saya diberi peluang memilih, memang saya akan memilih Tun untuk kembali menerajui kepimpinan Negara. Namun mimpi di siang hari, bukanlah sesuatu yang boleh mendatangkan keajaiban!
Salam Tahun Baru Masehi dan Maulidul Rasul Tun,
Saranan Tun amat bernas. Berkenaan perlaksanaan nya seperti kata Tun mungkin agak sukar Tun.
Bagaimana kah kita boleh tentukan siapa yg berkebolehan, ikhlas and berkemampuan untok menjadi pemimpin tanpa proses yang tulus dan terbuka Tun.
Adalah lebih baik jika proses ini melalui saringan natural. Ia itu pertandingan (competition). Competition melalui proses undi dan perlaksanaan tugasan dari peringkat bawahan dan terus meningkat ke tahap tertinggi. Seperti mana Tun sendiri lalui.
Syarat nya, tiada orang harus di haling (block) dari menjadi ahli dan untok bertanding untok sebarang jawatan. Biar mereka tunjukan kebolehan, keikhlasan dan kemampunan mereka untok bertanding dan memenangi nya.
Tetapi sistem yg perlu di adakan mesti membuat amalan rasuah dan cantan mencantas amat sukar untok di lakukan.
Oleh kerana itu adalah lebih baik jika kemasukan keahlian di uruskan oleh satu badan sebagaimana Suruhan Jaya Pilihan Raya Malaysia berjalan. Badan ala SPR ini juga boleh di tugaskan untok melaksana, mengurus dan memantau semua pilihan jawatan dari bahagian hingga ke majlis tertinggi UMNO.
SPR UMNO ini juga akan memantau kejadian cantas mencantas dan politik duit. Calon boleh di haramkan bertanding jika di dapati melakukan amalan amalan ini.
Hanya menerusi pertandingan prosess saringan akan lebih efficient and membuahkan orang yg berkebolahan, ikhlas dan berkemampuan kerana hanya pengundi saja yg dapat menilai nya dari tingkah laku dan jalan kerja seseorang calon.
Berkenaan pengambilan ahli dan pemilihan jawatan…ketua bahagaian tidak boleh ada kuasa sama sekali.
Terima kasih Tun.
Salam Tun,
Saya baru selesai mengikuti siaran Channe 4
Sungguh menarik, saya pasti ramai yang akan suka.
Perihal UMNO, perjuangan UMNO dan masa depan UMNO, sebagai seorang keturunan Melayu yang tidak lansung khuatir akan kegelapan atau kehilangan Melayu, saya ingin memberi sedikit panduan.
Pertama, Melayu telah dijahah kian lama dan tanpa di sedari, masih dijajah dan di ikat lubang hidang di desak ikut kehulu kehilir.
Penjajahan terakhir Melayu ialah Islam, dan Melayu merata2 rantau ini obses begitu sekali dengan Islam ini sehingga bahasa ibunda Melayu Ibu tidak lagi disukai, lebih digemarii Umi, sebab bunyi Arab sikit, Islamic sikit.
Lemahnya minda Melayu kerana tidak dapat meyangkal ideologi Islam, lalu di terima bulat2. Akibat nya bangasa Melayu mundur seperti muslim2 lain di dunia Islam.
Attitude dan cara pemikiran Melayu sangat lemah, membuat Melayu menjadi malas, bodoh dan tidak boleh di percayai.
Saya sarankan supaya Melayu kembali kepada agama asal Melayu Animasi, yang mana agama apa sekali pun boleh di terima asalkan berniat baik. Ini merupakan kuatan utama bangsa Melayu. Roh Melayu bermula disini, menetap disini, dan akan senantiasa disini, di rantau ini.
Oleh kerana Melayu lupa akan kuatan ini dan di pengaruhi ideologi luar, juga dengan paksaan Sultan2, yang sekejap Hindu, sekejap Islam, maka kuatan dalaman bangsa Melayu serta keturunan nenek moyang ( agama roh, animasi ) terhakis samam sekali.
Sayang seribu sayang kerana ini sahaja yang boleh membantu Melayu. Bukan UMNO. Bukan bomoh. Bukan juga Islam.
Demokrasi boleh menerima Animasi dan sebaliknya, malah demokrasi memerlukan agam kerana demokrasi merupakan ideologi tanpa hati ( no soul ). Saya jangka Kombinasi Animasi dan Demokrasi sangat kuat dan boleh memerintah beberapa kurun lamanya.
Islam akan menetang demokrasi ini sekuat kuatnya kerana Islam tidak suka kepa nilai2 murni demokrasi ( demokratic values ) seperi freedom of speech dan freedom of religion.
Ini sebenarnya cabaran Melayu dan Malaysia masa depan. Bangsa Malaysia keturnan lain seperti Cina dan India berharap sangat Melayu dapat memberikan mereka satu kehidupan yang mewah dan bahagia, setelah memberikan IC kepada nenek moyang mereka.
Kalau kita lihat dari sudut kemajuan Melayu sekarang, usahkan memberi kehidupan pada orang lain, bangsa sendiri pun sukar cari makin. Sungguh lemah. Sedih saya.
Tapi saya tidak dapat berkata banyak sebab Tun pun tahu, ini semua sebab UMNO sendiri, sebab melayu sendiri. Cakap lebih sikit Perkasa melolong nanti. Itu saja yang depa tau.
Tidak ada jalan lain bagi Melayu kecuali dengan mengusai Ilmu Pengetahuan dan memperolehi kemahiran yang tinggi. Kekasaran tidak akan membawa hasil yang baik. There is no royal road to Algebra.
Sekarang tiada Sultan dan tiada UMNO yang dapat membantu Melayu. Setiap individu Melayu harus jalan sendiri dan berjaya sendiri tanpa mengharap kerajaan ( yang memang tak boleh harap pun ).
Mengapa saya lihat hanya Tun sahaja yang membunyikan semboyan supaya Melayu bangan dari tidur dan tidak lagi bermegah2 dengan Tanah Melayu, seperti Tun kata kalau kita hanya drebar dan jaga, nak megah apa ?
Jadi saya mengalakan Melayu supaya kita berayuh terus, usah pedulikan karut2 orang lain, dan tentukan nasib sendiri dengan sebaik baik nya.
Bila kita susah, tak akan ada Tuhan atau malaikat yang akan menolong kita, sebab Allah tidak akan mengubahkan nasib seseorang itu kecuali orang itu mengubahkan nasibnya sendiri.
Mari kita bahagia dan beruasaha keras seperti nenek moyang kita dulu, dan berjoget sekali sekala buat kekal jati diri.
Sekian Tun