UMNO

1. Dahulu UMNO besar dengan wakil rakyat yang terbanyak ialah wakil rakyat UMNO.

2. UMNO mendominasi Barisan Nasional.

3. Sekarang UMNO menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan yang terpaksa tunduk dan sokong DAP dan Keadilan.

4. Tiga suku dari ahli UMNO dan penyokong sudah tolak UMNO.

5. Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan Zahid supaya undi DAP.

6. UMNO yang kononnya tidak akan terima Anwar dan DAP sekarang menjadi alat Anwar dan DAP.

7. Matlamat UMNO bukan lagi memperjuang bangsa, Negara dan agama.

8. Matlamat UMNO hanyalah untuk selamatkan Zahid Hamidi dari dihukum kerana rasuah, seleweng wang.

9. Itu sahajalah perjuangan UMNO sekarang.

10. Parti yang mengagal Malayan Union British, memerdekakan negara dan membangunnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia, sudah jadi pengikut buntut PKR/DAP dan alat Zahid Hamidi.

11. Syabas UMNO.

Leave a Reply